PANDUAN PENGGUNAAN
TANDA BACA YANG BETUL
ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU
TANDA NOKTAH (.)
cara penggunaan :
Ada akhir ayat penyata.
Singkatan bagi gelaran, pangkat, jawatan dan
sebagainya
contoh ayat:
Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
Y.B. Dato’ Karim akan melawat sekolah kami.
Dr. Kamariah terkenal di hospital itu.
TANDA KOMA ( , )
cara penggunaan :
Mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam
ayat.
Selepas kata seru
Sebelum tanda pembuka kata ( “ ) atau penutup
kata ( “ )
contoh ayat:
Emak pergi ke pasar membeli buah oren,
epal, tembikai dan betik.
Wah, cantiknya kasut kamu!
Ali berkata, “saya tidak datang kerana
hujan lebat.”
TANDA TANYA ( ? )
cara penggunaan : contoh ayat:
Pada akhir ayat tanya Berapakah harga beg itu?
TANDA SERU ( ! )
cara penggunaan :
Pada akhir ayat seruan
Untuk menunjukkan perasaan
marah,sedih,suka dan sebagainya.
contoh ayat:
Aduh, sakitnya kaki saya!
Awaklah yang menyusahkan kami
semua!
contoh ayat: TANDA
Murid-murid SEMPANG ( - )
sedang bermain
bola keranjang. cara penggunaan :
Pasukan bola sepak Memisahkan
sekolah kami telah kata-kata dalam
mendapat tempat kata ganda
ke – 3 dalam Merangkaikan
kejohanan itu. imbuhan ke-
dengan angka
TANDA NOKTAH
BERTINDIH ( : )
cara penggunaan :
Untuk penerangan lanjut tentang sesuatu
Tulis masa
Dalam dialog
contoh ayat:
Butir-butir tentang konsert adalah seperti
berikut :
Kami dijangka sampai di sana pada pukul
2:00 petang.
Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Siti : Tidak, saya baru sampai.
TANDA PENGIKAT KATA ( "..." )
cara penggunaan : contoh ayat:
Pada awal dan akhir ayat “ Saya suka makan laksa ” kata Siti.
cakap ajuk.
TANDA KURUNG (...)
cara penggunaan :
Untuk penjelasan tambahan
contoh ayat:
Kakak saya akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini.
TERIMA KASIH