NAMA NO MATRIK MUHAMMAD HAMIDI BIN MOHD RODZI 16DKM21F1048 MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD NAZAUDDIN 16DKM21F1063 MUHAMAD SYAFIQ IKMAL BIN SALIMI 16DKM21F1064 SUKAN MENYATUKAN HATI RAKYAT PENSYARAH : PN NORAINI BINTI SULAIMAN KELAS : DKM5B MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
BIL PERKARA BIL M/S 1 PRAKATA 1-2 2 PENGENALAN 3 3 FAKTOR/PUNCA 4 4 KESAN 5-7 5 LANGKAH-LANGKAH 8 6 PANDANGAN/CADANGAN 9 7 KESIMPULAN 10 8 RUJUKAN 11-13 ISI KANDUNGAN
"BERKUMPUL BERSAMA ADALAH PERMULAAN.BERSATU ADALAH KEMAJUAN.BEKERJASAMA ADALAH KEJAYAAN" SUKAN DAN PERPADUAN 2
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan E-Folio dengan jayanya. Tugasan kerja kursus kami ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan pada masa akan datang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Puan. Noraini Binti Sulaiman kerana tidak jemu memberikan bimbangan, dorongan dan juga tunjuk ajar mengenai kursus ini dan juga tugasan kerja E-Folio ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan kami yang sudi memberikan pandangan dan berkongsi idea dalam menyiapkan tugasan E-Folio ini. PRAKATA 2 ُه ُت ُة ِهللا َوَب َرَكا ْم َوَرْحَم ُك ْي لَّساَلُم َعَل َا
UKAN ialah terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Dari segi takrifan, Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. APAKAH ITU SUKAN? 3 S
ukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Apabila bersukan atau beriadah, tiada siapapun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan. Sama ada bola sepak, badminton, olahraga, rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum dan rakyat. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan juga adalah agen perpaduan. Contohnya aktiviti bersukan juga dapat lebih mengeratkkan hubungan silaturahim dan juga boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan rakyat atau peserta. Di samping itu, sukan juga dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang dimana kesannya kita dapat mempertahankan kadaulatan negara. 4 fAKTOR-FAKTOR SUKAN MENYATUKAN HATI RAKYAT S
KESAN bersukan englibatan dalam aktiviti sukan tidak hanya memberi faedah kepada individu, tetapi juga memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Faedah bersukan telah lama diakui sebagai salah satu aspek penting dalam memperkukuhkan kesihatan fizikal dan mental masyarakat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai alat untuk memperkukuhkan perpaduan dan hubungan sosial antara warga negara. 5 P
Bersukan dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila seseorang berada dalam keadaan fizikal yang sihat dan bertenaga, mereka cenderung lebih bersemangat dan berdaya saing dalam menjalani aktiviti harian. Contohnya, seorang pekerja yang terlibat dalam rutin bersukan seperti jogging atau berenang, cenderung mempunyai tahap kecergasan yang lebih baik, menjadikan mereka lebih berkesan dalam menyelesaikan tugas-tugas di tempat kerja. Hal ini turut mempengaruhi sektor ekonomi negara kerana tenaga kerja yang produktif mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Amalan bersukan secara berkala dapat membantu masyarakat menghindari penyakit dan masalah kesihatan. Aktiviti fizikal dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko obesiti, dan mengawal paras kolesterol dan tekanan darah. Contohnya, mengamalkan gaya hidup aktif seperti berjalan kaki atau berbasikal dapat membantu mencegah masalah kardiovaskular dan diabetes, yang menjadi cabaran kesihatan utama dalam masyarakat kita. Dengan mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan negara, lebih banyak sumber dapat dialokasikan untuk pembangunan dan kemajuan negara. Penglibatan dalam aktiviti sukan turut mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang. Pelbagai kemudahan sukan seperti padang golf, taman permainan, dan laluan jogging memberi kesan positif kepada persekitaran fizikal. Selain itu, ia juga mendorong kelestarian alam sekitar dan mewujudkan ruang hijau yang menyegarkan dan menenangkan jiwa. Masyarakat yang menyayangi alam semulajadi cenderung berusaha untuk memelihara alam sekitar, memastikan kelestarian sumber alam bagi manfaat 6 generasi masa depan.
Dato' Muhammad Azizulhasni Awang dikenali sebagai The Pocket Rocketman Datuk Dr (HC) Nicol Ann David juara dunia sukan squash Datuk Lee Chong Wei juara dunia sukan badminton etiga tiga orang di atas telah membuat Malaysia berbangga dan terharu diatas kejayaan yang telah di capai oleh mereka bertiga . Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi banyak gelaran juara dalam peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk tiga pingat perak Olimpik pada Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012, dan Rio 2016. Lee Chong Wei juga telah memenangi beberapa Kejuaraan Dunia dan terkenal kerana tahap kecekapan dan ketekunan yang tinggi dalam permainannya. Datuk Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020. 7 K
Langkah-LANGKAH MENYATUKAN HATI RAKYAT DALAM SEKTOR SUKAN 8 ihak kerajaan dapat memperkenalkan Hari Sukan Malaysia secara meluas ke semua sektor masyarakat. Hal ini untuk memperkenalkan sukan kepada anak-anak muda yang mempunyai kurang minat dalam beriadah. Perkara ini dapat memberi pencerahan kepada mereka dan menarik minat kanak-kanak dalam melahirkan generasi yang gemar bersukan dan dapat melahirkan lebih banyak atlet. Secara tidak langsung remaja yang gemar bersukan dapat memupuk perpaduan antara satu sama lain. Justeru, wajarlah semangat sukan ditanam di dalam hati anak muda. Sebagai contoh, kerajaan dapat menganjurkan Hari Sukan di pusatpusat jabatan kerajaan. Selain itu, pihak badan bukan kerajaan(NGO)turut menyertai dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui sikan di kawasan perumahan seperti di taman-taman yang berpelbagaian kaum. Tambahan pula, ibu bapa juga memainkan peranan dalam menarik minat anak-anak. Bagi melahirkan keluarga yang sihat dan gemar beriadah, ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak muda untuk bersukan bersama-sama dan mengajar mereka untuk bersukan bersama jiran tetangga. Di samping itu, pihak kerajaan perlulah melaksanakan aktiviti sukan yang dapat menarik perhatian rakyat. Contohnya acara sukanekan untuk ibu bapa dan juga sukaneka kepada kanak-kanak. Hal ini dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri yang membentuk keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, majlis sukan boleh melaksanakan cabutan bertuah supaya dapat meningkatkan semangat rakyat. Akhir sekali, majlis sukan juga boleh menyediakan makanan untuk rakyat yang sertai aktiviti yang dijalankan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat. P
Pandangan yang saya boleh berikan terhadap sukan dalam Malaysia ini amat memberi kesan yang positif yang perlu kita teruskan . Dengan aktiviti bersukan ini kita dapat bersama sama rakyat yang berlainan agama dan bangsa bermain satu permainan yang sama. Saya amat berasa bangga dan bersyukur manjadi rakyat Malaysia kerana di Malaysia aman dan damai Pada pandangan saya ataupun cadangan yang saya boleh berikan adalah sukan di Malaysia sangat diutamakan oleh masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum ataupun bangsa. Hal ini dapat menjadikan negara Malaysia lebih bersatu padu dan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kerajaan perlu memperbanyakkan lagi program sukan di Malaysia supaya semua kaum dan bangsa dapat menyertai dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. 9 PANDANGAN Pada pandangan saya, aktiviti bersukan dapat menambahkan nilai positif dalam diri sendiri dan orang ramai. Contohnya, dapat melahirkan sikap muhibah dan toleransi yang tinggi. Dengan ini, ia dapat membina persefahaman dan sifat bermoral secara berterusan dalam kalangan masyarkat serta dapat belajar nilai kemanusiaan sejagat.
Kesimpulan 10 Kesimpulannya, sukan adalah satu langkah dalam membentuk perpaduan yang paling berkesan dalam menyatukan masyarakat yang berbilnag kaum di negara ini. Tidak kira dalam bentuk apa jenis sukan, kesemuanya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kau. Betapa besarnya peranan sukan ini dapat dapat dilihat dari aspek Malaysia ini terus menerus memastikan perpaduan kaum terus utuh selepas Malaysia menyambut Hari Kebangsaan. Sukan bukanlah hanya satu aktiviti yang ditonton, dilihat dan dinikmati persembahannya, tetapi ianya juga adalah jauh lebih besar iaitu menjadi penyebab kaum-kaum di Malaysia sentiasa bersatu padu sehingga ke hari ini. Jelaslah bahawa, sukan boleh dikategorikan sebagai satu rangkaian perpaduan di negara Malaysia tercinta ini iaitu yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Perkara ini secara tidak langsung menghapuskan jurang yang wujud antara kaum dan seterusnya mengalakkan orang ramai untuk melupakan perbezaan sesama sendiri. Jadi, apa yang telah pasti, semangat persaudaraan yang dapat dibina melalui aktiviti sukan ini kan terus diterapkan supaya negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan juga harmoni. K
RUJUKAN https://www.utusanborneo.com.my/2019/09/04/sukanmenyatupadukan-masyarakat https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukansebagai-platform-satukan-rakyat-anas-zubedy-293913 https://www.hmetro.com.my/arena/2018/09/376402/sukan -satukan-masyarakat https://issuu.com/team6pep/docs/kumpulan_6_efolio_sukan_dan_perpaduan_pdf/s/11021401 11
12 IKLAN 12
[email protected] Kulim Hi-tech Park, 09000 Kulim, Kedah https://ptsb.mypolycc.edu.my/ @ptsb_ude BERSUKAN MENYATUKAN HATI RAKYAT 11 13