KeSUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 BMMB 1134
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini berkaitan dengan Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu. Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus individu. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini. Pertama sekali kepada Encik Yazi Bin Keyra selaku pensyarah BMMB1104 kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus masing- masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak menghulurkan bantuan secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kerja kursus dijalankan dan disiapkan PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN 01. Konsep Kesusteraan 02. 03. Fungsi Sastera Melayu Akal Budi Puisi Tradisional Pantun Syair Seloka Gurindam
Konsep Kesusteraan Melayu 01
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. sastera dari segi makna umu bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karangmengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. Takrif
Takrif Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi, sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula bermaksud baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.Daripada definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.
mitos legenda cerita rakyat sastera hikayat sastera panji sastera kepahlawanan Puisi Rakyat
contohnya: Syair contohnya: Pantun Gurindam Seloka
contohnya: novel cerpen drama esei/kritikan biografi contohnya: sajak
Ciri Kesusteraan Melayu Kesusasteraan Melayu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri daripada pelbagai aspek yang tertentu. Antaranya adalah, ianya mempunyai keindahan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, sastera menggunakan gaya dan lenggok bahasanya yang tersendiri, berbeza dengan karya-karya lain yang tidak mempunyai unsurunsur kesusasteraan. Selain itu, sastera Melayu yang sering dihasilkan, ditulis berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada si pengarang. Pengalaman yang dilalui ini, digambarkan secara realiti untuk menceritakan sesuatu kepada si pembaca, dan pengalaman ini pula telah disampaikan melalui bahasa. Di samping itu, sastera Melayu ini juga mempunyai nilai kesenian yang tersendiri. Antara cara untuk membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera adalah, nilai-nilai estetik gaya bahasa yang khusus serta sifat-sifat fiksyen. Nilai-nilai estetik membolehkan penulis mengungkapkan isi dengan lebih jelas dan mendalam.
FUNGSI SASTERA 02
1.HIBURAN Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. •Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika. Contoh : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan •Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun
2. PENDIDIKAN Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi
3. DAKWAH Dakwah sebagai proses menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia melalui medium atau saranan yang difahami Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang dialektika yang mampu menemukan warna baru dalam menyampaikan pesan Tuhan yang disebut sebagai dakwah. Definisi dakwah mengikut Hidayatul Mursyidin ialah mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah dari perbuatan mungkar supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selain itu. A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamakan kaedah syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah.
4. KRITIKAN SOSIAL Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam Masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.
MENIFESTASI AKAL BUDI 03
Menifestasi akal budi dalam pantun Keindahan pemilihan perkataan dalam pantun jelas menyatakan kebijaksanaan masyarakat terdahulu mencipta pantun. Tujuan pantun ialah untuk memberikan. pengajaran kepada rakyat
PANTUN 1 Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada yang silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Pantun yang saya pilih berkaitan dengan adab. Mengikut pentaksiran saya masyarakat dahulu memilih perkataan jarum mungkin disebabkan saiz jarum yang kecil dan tajam mudah disimpan di peti. Namun perkataan" jangan" digunakan kerana apabila jarum disimpan dalam peti akan menyebabkan jari kita tercucuk akibat daripada kelalaian sendiri. Namun, begitu juga dengan kesalahan yang dilakukan orang lain terhadap kita sebaiknya dimaafkan kerana sekiranya kemarahan kita berlarutan maka wujudlah kebencian dalam hati. Oleh itu, sebaiknya kita menjaga percakapan kita kerana percakapan yang salah akan melukakan hati orang lain.
PANTUN 2 Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum dan berwarna kuning apabila masak. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi. yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.
PANTUN 3 Kalau merenda supaya indah, Tekat tenun beri berjambul, Kalau meminta kepada Allah, Lambat laun pasti terkabul. Pantun ini mengajarkan kita untuk sentiasa memohon permohonan dan permintaan kepada Allah SWT kerana sebagal hamba, kita perlulah sentiasa bersabar danpercaya bahawa Allah tidak akan membiarkan umatnya menderita di dalam keperitan hidup serta akan memakbulan permintaan kita secara sepat manupun lambat. Kalau bertanak denga menggulai, Mengacau gulai pecah isinya, Kalau gelak nak jangan mengilai, Kalau mengilai rendah budinya. PANTUN 4 Di dalam contoh pantun di sebelah, ianya mengajar kita untuk tidak ketawa dengan kuat kerana sikap ini memberi gambaran kepada seseorang yang tidak baik budi pekertinya.Sikap ketawa secara mengilai akan menggambarkan sifat sebenar seseorang individu sama ada, individu tersebut sombong atau riak.
PANTUN 5 Pembayang Berdasarkan pembayang pantun di atas, pisang dirujuk sebagai sejenis buah yang kerana harganya yang murah dan sedap dimakan. Sambungnya lagi, apabila pisang ini dijual di pasar niaga, sudah tentu pisang ini senang dijumpai walau di mana jua kita berada. Malah, pisang juga sering diungkapkan dalam pantun-pantun yang lain seperti "pisang emasdi bawa berlayar. Disebabkan pisang mempunyai warna kuningkeemasan dan rasa yang manis, maka ramai orang akan tertarik lalu membelinya. Kalau merenda supaya indah, Tekat tenun beri berjambul, Kalau meminta kepada Allah, Lambat laun pasti terkabul. Maksud Berdasarkan maksud pantun di atas, emas dan perak sememangya alat perhiasan diri yang selalunya diguna pakai oleh golongan wanita namun terdapat juga segelintir golongan lelaki yang memakai alat perhiasan yang diperbuat daripada perak. Terdapat juga sesetengah orang yang memakainya ingin merasa kagum dan kelinatan kaya. Begitu juga dengan pisang yang digunakan sebagai pembayang telah menunjukkan bahawasanya dua perkara ini sebenarnya boleh dimiliki dengan mudah tetapi tidak bagi budi bahasa yang menjadi perhiasan diri. Budi bahasa seseorang itu dinilai dari cara bagaimana seseorang itu berinteraksi dan gayanya. Jika seseorang itu seorang yang tinggi bahasanya ketika bercakap, sudah tentu budi bahasanya berada pada tahap yang terpuji.
Menifestasi akal budi dalam syair Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, syair merupakan puisi tradisional yang sangat popular pada ketika itu. Hamzah Fansuri iaitu seorang tokoh ulama dan pujangga Melayu telah menghasilkan syair yang sangat berkesan dengan temanya di mana syair itu bersifat kemelayuan. Syair Melayu berbentuk konvensional, mempunyai rima a- aa-a dalam serangkap. Walaupun mempunyai variasi syair yang lain, bentuk konvensional inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu. Syair digunakan sebagai bahan hiburan yang mana syair ini dilagukan di dalam majlis perkahwinan, peminangan dan lainlain. Selain itu, ianya juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran terutamanya dalam hal-hal keagamaan dan pengajaran agama Islam.
Syair 01. Syair Burung Nuri rangkap ke-8. 02. Berdasarkan apa yang saya dapati ialah syair ini ditulis untuk mengungkapkan perasaan kecewa tapi tidak dapat turuti maka penyair lebih rela mati daripada hidup. Kalau merenda supaya indah, Tekat tenun beri berjambul, Kalau meminta kepada Allah, Lambat laun pasti terkabul. Syair Perahu Hamzah fansuri Wahal muda, kenali dirimu, lalah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, Ke akhirat jua kekal diammu. Syair ini mengajarkan agar sentiasa mengenali tuhan kerana hidup kita yang kekal hanya di akhirat dan hidup kita di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan hanya pinjaman sematamata.
Menifestasi akal budi dalam SELOKA Seloka berasal daripada bahasa sanskrit iaitu shloka. Seloka mempunyai bentuk-bentuk yang tertentu di mana ianya mempunyai bentuk yang tertentu. Seloka berfungsi untuk menyindir, mengejek di samping dijadikan sebagai alat kawalan sosial. Selain itu, seloka ini juga digunakan untuk mengkritik segala kepincangan atau perlakuan yang negatif tanpa memberikan kekacauan mahupun menyinggung perasaan seseorang individu. Di samping itu, penggunaan seloka ini juga sangat penting dalam sesebuah masyarakat, kerana ianya menggambarkan keharmonian dan kesusilaan. Puisi tradisional jenis seloka ini, tidak memerlukan pembayang dan merupakan sesuatu yang bebas dan tidak terikat, kerana setiap rangkap, perkataan, suku kata dan rimanya adalah tidak tetap.
SELOKA PAK PANDIR Di dalam contoh seloka di atas, seloka ini mengajarkan kita agar tidak menjadi seperti Pak Pandir yang mementingkan kategori orang asing daripada anak sendiri. Pak pandir juga turut menggadai segala harta miliknya kerana terlalu percaya kepada orang luar sehingga tidak memiliki apa-apa. Selain itu, syair ini juga mengajarkan kita untuk sentiasa mementingkan diri kita sendiri berbanding dengan orang lain kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kita sendiri. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang PAK KADUK Aduhai Malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran " Seloka ini menyindir kebodohan Pak Kaduk yang sanggup menukar ayamnya dengan raja disebabkan sikap lurus bendulnya. Oleh itu kita perlu bijak berfikir agar tidak mudah ditipu.
Menifestasi akal budi dalam GURINDAM Kirindam 'yang bermaksud perumpamaan merupakan bahasa sanskrit, yang kemudiannya diubahsuai menjadi gurindam. Gurindam berfungsi untuk menyampaikan sesuatu yang berunsurkan pendidikan di samping ianya juga turut digunakan di dalam majlis- majlis yang formal. Rima yang digunakan di dalam gurindam adalah a- a, a-b atau serima. Selain itu, di dalam pembentukan guindam juga, perlulah mempunyai hubungan sebab dan akibat pada setiap barisnya. Gurindam ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu yang pertama adalah gurindam serangkap dua baris, gurindam serangkap empat baris dan terakhir adalah gurindam yang berbentuk bebas.
GURINDAM GURINDAM FASAL 1 Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma'rifat Barang siapa mengenai Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengerial akan Tuhan yang bahri Barang siapa mengenal dunia, tahulah la barang yang teperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah la dunia mudarat. Di dalam contoh gurindam di sebelah, gurindam tersebut mendidik kita untuk sentiasa taat kepada Allah SWT dan mengutamakan agama di dalam kehidupan serta mengingati segala pembalasan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berdosa MAKSUDNYA :
GURINDAM GURINDAM FASAL 2 Barang siapa mengenal yang tersebut. tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa. Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji. Contoh gurindam ini, mengajar kita sebagai manusia untuk sentiasa patuh kepada Allah SWT dan sentiasa taat kepada segala aturan iaitu dengan melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. MAKSUDNYA :
RUJUKAN Harun Mat Piah; (1989). Puisi Melayu Tradisional.Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Md Nor & Abd, Rahman Kash, (2016), Puisi Melayu tradisi, Kuala Lumbur Dewan Bahasa dan Pustaka, Siti Zaleha M. Hashim. (2016). Kenali puisi tradisional kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN TERIMA KASIH