The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM1623 HOSSANNA EVELYN ANAK ALBERT ARIT, 2023-08-21 10:02:46

Tutorial M2 Pengantar Kesusasteraan Melayu (BMMB3193)

Kumpulan 3 Tutorial M2 (BMMB3193)

BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU Ahli Kumpulan 3: Wan Mohammad Hazim Cecilia Amy Catherine Hossanna Evelyn Evelyn Jena


Soalan tugasan 1. Secara berkumpulan, anda diminta memilih seorang tokoh penerima SEA Write Award dan seorang tokoh Anugerah Sasterawan Negara dan sediakan dari segi latar belakang pelibatan dan sumbangan karya-karyanya. Anda boleh menggunakan grafik untuk memaparkan maklumat. 2. Pilih sebuah karya tokoh tersebut dan hubungkaitkan dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya yang memberdayakan kreativiti pengarang dalam penghasilan karya yang dipilih. Tutorial M2


Anugerah Sasterawan Negara (A. Samad Said)


Sekolah Melayu Kota Raja - Lulus darjah IV (1940-1946) Beliau telah belajar sendiri di Victoria Instituition dan memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Sejarah awal pendidikan Latar Belakang Pelibatan A. Samad Said (Sasterawan Negara ke-4, 1985)


Latar Belakang Pelibatan A. Samad Said (Sasterawan Negara ke-4, 1985) Sejarah awal pelibatan A. Samad Said, seorang pengarang melayu yang unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.


Beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Karya sastera sajak dan cerpen A. Samad Said telah tersiar sejak zaman sekolah lagi. A. Samad Said juga menggunting cerpencerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpen. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali ke Singapura untuk bekerja dengan akhbar mingguan di bawah pimpinan Usman Awang. Sekitar tahun 60-an, A. Samad Said dilantik sebagai Pengarang Berita Harian.


A. Samad Said berhasil memandukan tugas sastera dengan nilai yang diperlukan. Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah dari hasil pengalamannya sendiri dan berkat membaca karya orang lain. Walaupun beliau mengagumi nilai sastera, namun beliau tidak menolak konsep 'Seni untuk Masyarakat', puisi pertamanya ialah "Untuk Angkatan 50". Beliau dianggap tokoh menghubungkan sasterawan-sasterawan 50 yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan-sasterawan generasi seterusnya.


Sumbangan karya A. Samad Said Cetakan pertama novel Salina adalah pada tahun 1961. Novel ini pernah memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1958). Novel ini banyak memaparkan kisah negatif Perang Dunia Kedua di Singapura. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1984. Ceritanya berlaku semasa zaman kolonial, iaitu pada zaman pendudukan Jepun sehingga kemasukan British kali kedua pada tahun 1945 (Neeshanti A/P Rhamaroo, 2018) Novel ini juga merupakan karya terbesar beliau. Salina Sungai Mengalir Lesu


Sumbangan karya A. Samad Said Pementasan pertama drama ini telah diadakan pada tahun 1997. Cerita ini telah diadaptasi menjadi teater atau drama pentas. Karya beliau ini memaparkan kisah suka duka perempuan joget di Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Karya ini telah diterbitkan pada tahun 2004. Rindu Ibu merupakan antologi puisi kanak-kanak A. Samad Said yang pertama. Karya ini mengandungi 101 puisi kanak-kanak menjelang remaja. Lantai T. Pinkie Rindu Ibu


Sumbangan karya A. Samad Said yang lain


Karya A. Samad Said. Berdasarkan pengalaman nyata dari Singapura pada zaman perang pendudukan Jepun, lahirlah sebuah novel realisme sosial, yang merakamkan nasib sekelompok manusia di bawah judul Sungai Mengalir Lesu (SML). Merupakan karya pengarang besar sasterawan A Samad Said. Sungai Mengalir Lesu, novel kedua A. Samad Said setelah penerbitan karya novel Salina (1961).


Karya A. Samad Said. Masyarakat yang bersatu padu Pengarang mengajarkan bahawa kita sewajarnya sentiasa bersatu padu dengan kaum yang lain tanpa mengira budaya dan agama individu tersebut kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam novel tersebut menceritakan mengenai watak-watak yang berbilang kaum dan agama, berbeza usia dan jantina serta tempat asalnya dipertemukan pengarang dalam novel ini menerusi jalinan persamaan nasib semata.


Karya A. Samad Said. Masyarakat yang bersyukur Pengarang memberi pengajaran terhadap pembaca bahawa setiap individu perlu bersyukur dengan nikmat dan kesenangan yang ada. “Di antara lecak lumpur, di celah-celah rangka tongkang dan golekkan balak, mereka menjengah mencari-cari kalau-kalau ada ayam atau itik yang mati, kalau-kalau ada kulit nanas atau ubi yang tersadai. Mata mereka selalu ke tengah sungai memerhatikan setiap sampah-sarap yang mengalir lesu, mengharapkan juga kalau-kalau di tengah-tengah sampah-sarap itu ada makanan-makanan busuk yang masih boleh dimakan.” (Halaman 15, 16)


SEA WRITE AWARD (Aminah Mokhtar)


Aminah Mokhtar dilahirkan pada 04 Oktober 1959 Beliau menetap di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian, beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. L a t a r B e l a k a n g p e l i b a t a n & s u m b a n g a n k a r y a - k a r y a .


SUMBANGAN KARYA AMINAH MOKHTAR Novel Dominasi Tebrau merupakan nukilan Aminah Mokhtar yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pengkarya iaitu Aminah Mokhtar merupakan penulis kreatif apabila beliau menggunakan ramai watak wanita dalam penulisan beliau bagi mengangkat martabat dan hak wanita. Keanekaragaman sosiobudaya yang terdapat dalam karya beliau ialah struktur sosial masyarakat yang menjadi kebiasaan apabila ibu bapa ingin melihat anak-anak untuk bekerja di luar negara agar dapat mengangkat nama keluarga dan juga negara.


Rujukan Biografi Sasterawan Negara. A. Samad Said. klikweb.dbp.my Neeshanti A/P Rhamaroo (2018). Novel Sungai Mengalir Lesu: Satu Kajian Strukturalisme Genetik. http://studentsrepo.um.edu.my/12049/1/Neeshanti.pdf https://ms.wikipedia.org/wiki/Aminah_Mokhtar https://www.malaysiakini.com/columns/258195


Terima kasih


Click to View FlipBook Version