The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pb, 2018-12-02 03:54:45

Kolokium Pendidikan Kebangsaan 2018

Kolokium Pendidikan Kebangsaan 2018

TAJUK 26

KAMI DI SISIMU

Dr. Zunariah Mahamad, PhD
Muhammad Wardi Ab.Rahman

Rosnani Mat Noor
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas,

KELANTAN

ABSTRAK

Gred Purata PPD (GPD) Pasir Mas yang menunjukkan penurunan dalam peperiksaan awam SPM
dua tahun berturut-turut tahun 2015 dan 2016 menjadikan perlunya program bagi
mengenalpasti masalah dan isu penyebab kepada penurunan tersebut dan seterusnya
memulihkan dan menambah baik pencapaian sekolah. Data untuk SPM 2016 menunjukkan
terdapat 14 buah sekolah Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Sejarah di bawah 5.00. Sejarah
merupakan matapelajaran wajib lulus untuk murid mendapat sijil SPM. Tujuan program “Kami
Disisimu” adalah untuk meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam SPM 2017, menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah dan mengenalpasti
pengetahuan isi kandungan yang memberi peluang seterusnya membantu murid lemah untuk
lulus. Perancangan program dimulakan dengan dialog bersama Pengetua, Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru kanan matapelajaran Sains Sosial sekolah terpilih bagi mengenalpasti
analisis keperluan, seterusnya dialog bersama Guru Cemerlang mata pelajaran Sejarah untuk
mendapatkan analisis pengetahuan isi kandungan. Pelaksanaan secara berjadual pergerakan
bimbing bantu guru dan murid di dalam bilik darjah bermula dengan pengajaran dan
pembelajaran(PdP) Sejarah bagi murid gagal Sejarah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
PdP menggunakan kaedah PAK21 disesuaikan dengan keperluan murid di setiap sekolah. GPMP
matapelajaran Sejarah telah meningkat untuk semua sekolah yang dibimbing berdasarkan
perbandingan peperiksaan pertengahan tahun dengan peperiksaan percubaan. Peningkatan
juga berlaku dalam peperiksaan SPM 2017 dari segi peratus lulus dan GPMP semua sekolah di
mana terdapat dua sekolah yang mencatat kelulusan 100%. Hasil daripada peningkatan
peratus lulus dan GPMP Sejarah, maka berlaku peningkatan GPS bagi PPD Pasir Mas iaitu
daripada 5.10 (2016) kepada 4.94 (2017). Program “Kami Disismu” menunjukkan tiada murid
gagal dalam mata pelajaran Sejarah jika PdP guru membantu mereka dalam kelas dan
perlunya komitmen guru untuk kelangsungan PdP PAK 21 dalam bilik darjah seterusnya
memastikan murid-murid lemah ini seronok berada di sekolah dengan menggunakan
kepelbagaian aktiviti yang menarik minat mereka.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, PAK 21, Sejarah SPM

TAJUK 27

“METAMORFOSIS PDPC BERKUALITI MELALUI IDEA PA21”

Cik Yang Roziah binti Mohd Yaacob
Pn. Anis Oweeda binti Ismail
Tn. Hj. Yusairi bin Hj. Othman

Pejabat Pendidikan Daerah Kerian
PERAK

ABSTRAK

Pada tahun 2014, 2 buah Sekolah Rintis PA21 di Daerah Kerian iaitu SK Dato’ Alaudin dan SMK
Selinsing diwujudkan untuk membantu guru Kerian mempraktikkan PA21 dalam PdPc dengan
berkesan. Namun terdapat masalah yang timbul sepanjang bimbingan oleh SISC+ di sekolah rintis
tersebut kerana tiada garis panduan yang dapat membantu penyelidik dan guru-guru
melaksanakan PA21 secara sistematik. Sehubungan itu, SISC+ dan SIP+ Kerian telah menghasilkan
Modul IDEA PA21 bagi menangani masalah ini. Analisis dokumen dan soal selidik telah digunakan
dalam kajian ini untuk melihat keberkesanan penggunaan modul ini. oleh guru dibimbing (GDB)
secara sistematik. GDB beserta guru-guru lain menggunakannya sebagai rujukan dalam PdPc
mereka selaras dengan keperluan SKPMg2 Standard 4. Intipati Modul IDEA PA21 ini adalah PdPc
berpusatkan murid dan melahirkan murid sebagai pembelajar aktif. Ia merangkumi persiapan
fizikal bilik darjah, kepelbagaian pedagogi, pelaksanaan PdPc bermakna, Penilaian PdPc dan
refleksi. Ia juga mengenengahkan pembelajaran teradun, pembelajaran terbeza dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk mengukuhkan keperluan SKPMg2 Standard 4. Modul ini telah
dimanfaatkan oleh pelbagai kategori pendidik iaitu guru di sekolah, Pegawai di Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian
Tinggi (IPTA), dan para penyelidik di seluruh Malaysia dan beberapa Negara berdekatan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium penyampaian ilmu. Dapatan daripada soal selidik
menunjukkan 100% pengguna mengatakan yang modul ini berkesan dan membantu dalam
penyampaian PdPc berimpak tinggi. Kami percaya kesan penggunaan modul ini akhirnya akan
menghasilkan pelajar yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM).

TAJUK 28

PENDEKATAN MODULAR MELALUI PEMBELJARAN BERASASKAN PROJEK : PENDIDIKAN ISLAM
(MODEL CUBA)

Latifah Mat Ali
SMK Hamzah, Machang. KELANTAN

Hasni Abdul Rahman
Pejabat Pendidikan Daerah Machang,

KELANTAN

ABSTRAK
Pendekatan Modular bukanlah sesuatu yang baharu dalam strategi pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan Modular yang dihasilkan merupakan satu gambaran hollistik pelaksanaan
kepelbagaian kemahiran dalam masa yang sama. Model CUBA yang dilaksanakan ialah kombinasi
perkataan Cakna, Usaha, Berani dan Aktif. Guru mempamerkan rasa Cakna iaitu prihatin terhadap
keperluan insaniah murid. Guru menerapkan sikap ingin berusaha dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan. Murid dilatih untuk berani berkomunikasi secara terbuka, telus dan tulus berbicara
dan akhir sekali murid perlu lebih aktif dalam pelbagai aktiviti dan latihan amali yang mampu
disempurnakan dalam setiap topik. Pemilihan aktiviti yang menarik bukan sahaja mampu
menjadikan PdPc lebih berkesan tetapi mampu menyuntik ilmu yang lebih menyeluruh.
Pendidikan Islam bukan sahaja menjadi asas untuk peperiksaan sema-mata tetapi juga merupakan
garapan ilmu untuk masa depan. Pendekatan Modular yang diaplikasi dalam subjek Pendidikan
Islam ini ialah gabung jalin beberapa kemahiran seperti kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Gabung jalin beberapa kemahiran dalam
satu topik dominan juga telah menjadi inisiatif yang sangat efektif ke arah kemenjadian murid
yang bersedia mendepani kehidupan akan datang bukan sahaja dengan ilmu dunia tetapi juga
ilmu akhirat. Pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi yang disisipkan dalam setiap
kemahiran yang dimodularkan juga bukan semata-mata untuk menyelesaikan sukatan pelajaran
tetapi juga menyulam kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis dalam kalangan
murid-murid demi merealisasikan enam aspirasi murid.

Kata kunci : kemahiran berfikir aras tinggi, pendekatan modular, kemenjadian, aspirasi

TAJUK 29

PROGRAM TERAPI 30 MINIT AL-QURAN PEMANGKIN PERUBAHAN DAN KEMENJADIAN SAHSIAH
TERPUJI DALAM KALANGAN PELAJAR SMK BUKIT DAMAR

Tn Hj Mat Jusoh Bin Che Ngah
Smk Bukit Damar 28500 Lanchang,

PAHANG

Dr Nasarudin Bin Abdullah
Pejabat Pendidikan DaerahTemerloh

PAHANG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan sahsiah dan akhlak
pelajar. Tumpuan kajian meliputi pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran, Pelajar kurang
menghafal bacaan al-Quran, pelajar yang malas untuk solat Zuhur secara berjemaah, tingkah
pelajar yang kurang sopan dan pelajar yang malas untuk belajar. Semua pelajar Islam (304 orang)
menjadi kumpulan sasaran dan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
kaedah pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa ramai pelajar berada
pada tahap yang rendah dalam penguasaan bacaan al-Quran, pelajar culas untuk mengerjakan
solat Zuhur secara berjemaah di surau sekolah,sebahagian besar daripada pelajar tidak bersolat
Subuh di rumah dan ada sebahagian kecil pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran. Oleh itu
perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan bilangan pelajar yang boleh
menguasai bacaan al-Quran walaupun secara merangkak-rangkak, tahap penguasaan hafazan
pelajar kepada yang lebih tinggi, bilangan pelajar lelaki yang bersolat Zuhur secara jemaah di
sekolah, perubahan sikap pelajar terhadap kitab suci al-Quran., GPS dalam peperiksaan penting
seperti Peperiksaan Percubaan, disiplin murid kepada yang lebih baik, kehadiran pelajar ke
sekolah, pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar kepada yang lebih baik dan bilangan pelajar
yang bersolat Subuh di rumah. Kajian ini diselesaikan dalam tempoh lapan bulan. Keputusan
pascaujian telah menunjukkan peningkatan dalam isu yang dikaji dan dibuktikan dengan data-
data kutipan hasil daripada soal selidik dan pemerhatian. Dapatan dari Program Sentuhan Kasih
Pengubat Jiwa pula menunjukkan murid lebih bersahsiah terpuji dan berakhlak mulia berbanding
tingkah yang sebelumnya.

TAJUK 30

SEDERAP DAN SEJELEKIT BERSAMA
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Hj Ahmad Sanusi Bin Hj Ramlee
[email protected]

GURU BESAR
Sk Tok Bok,18500 Machang

KELANTAN

Sederap dan sejelekit bersama mengungguli kecemerlangan menjadi teras segala gerak kerja
warga SK Tok Bok dalam memacu kecemerlangan kokurikulum sekolah. Amalan terbaik ini
menuntut semua warga untuk melangkah dari kelaziman ke arah menggungguli kecemerlangan
dengan menawarkan sesuatu yang berbeza, unik dan bernilai tinggi. Langkah pertama bermula
2017 ,seiring dengan pengiktirafan sekolah TS 25 2.0 , SK Tok Bok mendaki untuk cemerlang dalam
bidang Kokurikulum di peringkat PPD, negeri dan kebangsaan . Keistimewaan sebumbung dengan
PPD Machang menambahkan lagi amalan sederap dan sejelekit untuk menjadi wadah kekuatan
sekolah. Kelebihan itu telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapat tunjuk ajar dan
bimbingan semaksimum mungkin. Analisa pencapaian Kokurikulum membuktikan kemenjadian
murid terus dipacu hasil pemimpin berkesan, guru berkualiti, sokongan PIBG dan komuniti.
Semuanya dicampur , diadun dan diuli sebati dengan rempah ratus yang secukup rasa oleh kepala
pemimpin sekolah yang berwawasan untuk menghasilkan murid yang cemerlang dan sekolah
berkualiti dalam bidang Kokurikulum.

Matlamat utama PBL ini adalah mengkaji fasa-fasa bulan dengan mengambil kira pelbagai faktor.
Pelaksanaan aktiviti adalah selama 4 minggu yang mana data-data fasa bulan akan direkod,
dianalisis dan dibentang semasa showcase. Bagi menjayakan projek ini, kami perlu berbincang
dalam kumpulan melibatkan guru-guru subjek (inter disciplinary) kerana ia melibatkan empat
mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, dengan mengambil kira
DSKP setiap mata pelajaran sebelum perbincangan dilanjutkan bersama dengan pelajar. Mata
pelajaran Sains yang dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam projek ini. Murid diberi peluang dan
ruang untuk mencetus idea dari mula projek berjalan . Elemen PAK 21 diterap dan diamalkan
sepanjang projek berjalan Dapatan hasil kajian lebih menjurus kepada kesedaran terhadap
pelbagai faktor yang yang boleh mempengaruhi fasa bulan. Rumusan hasil kajian akan
dipersembahkan dalam bentuk sajak, puisi, lakonan kepada semua murid, guru dan akan
dikongsikan nanti dengan pihak yang berkepentingan. Penilaian terhadap setiap peringkat kajian
(proses dan produk) kami adalah berdasarkan rubrik-rubrik tertentu yang telah digariskan..

TAJUK 31

KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
DI DAERAH KERIAN, PERAK.

Azhar bin Zahidi
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian,

PERAK
[email protected]

Anita binti Mohd Ali
SMK Doktor Burhanuddin, Taiping

PERAK
[email protected]

ABSTRAK

Kajian non-intervensi ini merupakan sebuah tinjauan yang bertujuan untuk menerangkan trend
kesediaan guru menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran
bahasa Melayu. Kajian penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan guru
bahasa Melayu ini dijalankan melalui kaedah Kuantitatif. Instrumen soal selidik yang mengandungi
soalan berbentuk skala Likert dan jenis terbuka digunakan serta nota pemerhatian dan penelitian
dokumen. Ini bertepatan dengan pernyataan oleh Weirsma (1991) triangulasi satu teknik kaedah
silang (cross validation). Triangulasi ini melibatkan triangulasi antara kaedah dengan sumber data
melalui pemerhatian dan penelitian dokumen serta soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik
Mohd Safarin dan Nur Hidayah (2014). Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malysia gelombang
2 (SKPMg2) digunakan sebagai kaedah penilitian dokumen dan Matriks Bimbingan Guru digunakan
sebagai kaedah pemerhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Sampel kajian terdiri
daripada 91 guru-guru bahasa Melayu yang melaksanakan kurikulum baharu iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang merupakan tahun pertama diperkenalkan dalam
kalangan murid sekolah menengah. Item soal selidik berdasarkan domain pengetahuan, kemahiran
dan nilai guru diukur kesahan dan kebolehpercayaannya dengan Model Pengukuran Rasch
menggunakan perisian Winstep versi 4.0.1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru
berada pada tahap rendah, dengan kecenderungan 42.86% dalam aspek penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran bahasa Melayu dan didominasi oleh domain
pengetahuan 15.38%, domain kemahiran 15.38% dan domain nilai 12.10%. Dicadangkan, melalui
dapatan kajian ini, sebuah kajian lanjutan dapat dijalankan untuk meneroka lebih jauh dan
mendalami berkaitan hubungan, tendensi dan keberkesanan kesediaan guru terhadap pengajaran
guru bahasa Melayu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kata kunci : kesediaan guru, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pengajaran, KSSM

TAJUK 32

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN FROG VLE DALAM PENGAJARAN PENULISAN
KARANGAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH MENENGAH

Mohammad Jazuli Madenan
Dr. Azhar Md Sabil, PhD

Dr. Abdul Rasid Jamian, PhD
Dr. Shamsudin Othman, PhD
Dr. Rozita Radhiah Said, PhD

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
SELANGOR

ABSTRAK

Aplikasi Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE) merupakan gerbang kepada limpahan
sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam
persekitaran yang selamat dan telah ditapis. Melalui Frog VLE, pendidikan tidak lagi terbatas
dalam bilik darjah secara tradisional, malah pengajaran dan pembelajaran maya boleh dilakukan
di mana jua, dan pada bila-bila masa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi
guru terhadap penggunaan Frog VLE dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu murid
sekolah menengah. Kajian ini akan membincangkan tentang kefahaman guru dan keperluan
penggunaannya terhadap pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengumpulan data kajian ini
menggunakan protokol temu bual dan kaedah temu bual separa berstruktur bagi memperoleh
dapatan kajian dengan lebih baik. Kaedah temu bual dijalankan kepada guru yang mengajar
penulisan karangan Bahasa Melayu sebagai dapatan utama. Skop kajian ini juga memfokuskan
kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 4. Dapatan kajian mendapati kesemua
responden yang ditemu bual memahami bahawa terdapat sistem fail dan data yang boleh disimpan
dan boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan capaian internet. Kajian
ini diharapkan dapat membantu guru bahasa Melayu untuk menambah baik dan meningkatkan
penggunaan aplikasi Frog VLE dalam pengajaran serta menggalakkan minat pelajar dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu dengan berkesan.

Kata kunci: Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE), penulisan karangan,
Pengajaran dan pembelajaran maya, internet

TAJUK 33

AMALAN INTERAKSI PENSYARAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN BAHASA

Zarien Nurlieyana Aminuddin
Dr. Azhar Md. Sabil (Ph.D)

Dr. Abdul Rasid Md. Sabil (Ph.D)
Dr. Shamsuddin Othman (Ph.D)

Nik Hanis Zuraihan Rahimi
[email protected]

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia
SELANGOR

ABSTRAK

Pendidikan adalah asas utama dalam pembangunan sesebuah negara. Sistem pendidikan
menjelaskan bahawa pendidikan di Malaysia berteraskan menguasai ilmu, kemahiran dan mampu
berketerampilan dalam berbahasa. Pengajaran bahasa terutama bidang bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi menjadi tunjang kepada penyampaian lisan semasa pengajaran. Pendekatan
pengajaran bahasa berteraskan kepada transformasi pengajaran melahirkan kemenjadian graduan
yang bersifat kritis, kreatif dan inovatif. Pelaksanaan pengajaran bahasa merangkumi tiga
kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran lisan. Kertas kerja
ini menjelaskan bahawa kemahiran lisan menjadi medium utama pengajaran pensyarah semasa
berinteraksi dengan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti teknik dan strategi
lisan yang digunakan oleh pensyarah pendidikan bahasa yang sentiasa menjadi amalan terbaik
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengumpulan data melalui temu bual separa
bersturuktur bagi mendapatkan maklumat kajian dengan lebih jelas. Dapatan kajian juga
menerangkan bahawa inovasi 4K menjadi pelengkap dalam pendidikan bahasa iaitu kritis, kreatif,
kolaboratif dan komunikasi. Komunikasi lisan dalam pengajaran pensyarah bukan sekadar hasil
tambah penguasaan bahasa malah komunikasi pensyarah sebagai media lisan isi kandungan ilmu
pengajaran. Oleh itu, amalan terbaik pengajaran pensyarah yang kreatif sewajarnya mengikut
kesesuaian semasa berteraskan kepada pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik pengajaran
bahasa demi melahirkan kemenjadian bakal guru yang berkualiti dalam komunikasi

Kata Kunci: amalan terbaik, interaksi lisan, penyampaian lisan, komunikasi, pengajaran
pensyarah

TAJUK 34

GURU BERKESAN : PERUBAHAN DALAM PENGETAHUAN DAN TINGKAH LAKU DI BILIK DARJAH
ABAD KE-21

Puan Roa’ani Binti Mohamed
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan,

PAHANG

ABSTRAK

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai pendidik. Dalam proses ini, guru perlulah mempunyai kelengkapan
keilmuan disertai keluhuran budi serta peribadi. Begitulah idealnya guru sebagai pendidik yang
berkesan. Kalangan guru harus menjadi pelaksana dasar yang kompeten dan sentiasa bersedia di
gelanggang. Justeru perkongsian amalan terbaik ini adalah berfokus kepada menelusuri peranan
baru guru dalam bilik darjah abad ke-21 yang memerlukan perubahan dalam pengetahuan dan
tingkah laku di bilik darjah.Guru perlu tahu bagaimana untuk bertindak sebagai coach atau
pemudah cara dalam kelas dengan merancang aktiviti PdPc yang berkesan. Aktiviti yang dirancang
haruslah menggambarkan perlakuan kerja buat murid dan berurutan perkembangannya. Di
samping itu setiap perkembangan aktiviti yang dirancang juga perlu menampakkan perkembangan
perlakuan kemahiran berfikir secara terancang mengikut urutan dari KBAR kepada KBAT.
Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam kaedah
penyoalan, kemahiran mencungkil respons dan kemahiran mencungkil maklumat murid-murid
yang diajarkannya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
subjek yang diajar agar sentiasa kemas kini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Pembelajaran
berkesan haruslah mendorong murid mencari tahu dari pelbagai sumber observasi, bukan diberi
tahu (spoon feed).Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan
dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang
dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.Guru efektif sentiasa
berfikir dan merancang aktiviti penglibatan optimum murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran
berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-
guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang harus
bersistematik dengan mengambil kira penglibatan setiap murid dalam aktiviti PdPc. Bermula
dengan aktiviti secara individu, berpasangan, kerja dalam kumpulan dan akhirnya penglibatan
keseluruhan kelas.Murid-murid perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat,
menunjuk cara perlakuan (hands on) dan eksperimen. Dalam konteks ini guru perlu mempunyai
jiwa dan roh sebagai seorang guru untuk menarik minat murid terus belajar. Pengukuhan yang
berterusan dalam PdPc secara tidak langsung akan merancakkan penglibatan murid-murid secara
aktif di samping akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam
pembelajaran.
Kesimpulannya, keberkesanan PdPc guru di bilik darjah akan dapat diukur apabila berlakunya
perubahan tingkah laku murid sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Secara umumnya
pengukuran secara tersurat berlaku apabila murid-murid dinilai dalam pentaksiran secara lisan
mahupun bertulis di bilik darjah. Manakala pengukuran perubahan tingkah laku tersirat pula
berlaku apabila isi kandungan pembelajaran berjaya diaplikasikan dalam kehidupan harian murid-
murid itu sendiri yang membawa kepada kemenjadian insan yang kita inginkan.

Kosa kata; KBAR= Kemahiran Berfikir Aras Rendah, KBAT= Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
PdPc = Pembelajaran dan Pemudahcaraan

TAJUK 35

“MENYELESAIKAN MASALAH HARIAN MATEMATIK BENTUK PERKADARAN BAGI MURID TAHUN 5
DAN 6 SK AYER MERAH MACHANG MELALUI MODUL SIMPLY SQUARE “

Zamry Mohammad
SK Ayer Merah, Machang.

KELANTAN

ABSTRAK

Inovasi “ SIMPLY SQUARE “ ini adalah satu usaha kecil untuk memudahkan murid-murid sekolah
rendah tahun 5 dan tahun 6 khususnya di SK Ayer Merah menyelesaikan masalah Matematik yang
berbentuk perkadaran. Kebanyakan masalah harian matematik diolah dalam bentuk perkadaran
bagi memudahkan murid memerhatikan hubungan antara pembolehubah masalah. Seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan algoritma yang betul dan menghasilkan jawapan
yang tepat. Inovasi ini mengandungi kad SS murid yang boleh diulang tulis dan dipadamkan,
panduan kepada murid, algortma penyelesaian serta modul mengikut peringkat dan jenis masalah
perkadaran. Banyak masalah harian matematik yang dapat disimpulkan atau diolah dalam bentuk
perkadaran. Ianya meliputi keseluruhan tanjuk dalam sukatan pelajaran Matematik tahap 2.
Memandangkan algoritma penyelesaian adalah merupakan satu kerangka penyelesaian dalam apa-
apa masalah matematik, maka Modul ini akan membiasakan murid dengan algoritma. Adalah
menjadi harapan agar murid akan dapat menggunakan modul ini secara pembelajaran kendiri dan
meningkatkan prestasi matematik mereka khususnya masalah perkadaran ini dengan lebih baik.
Modul ini juga sesuai untuk pembelajaran berkumpulan. Diharapkan juga agar Modul ini dapat
memberikan manfaat kepada guru-guru serta murid-murid dari sekolah lain.

TAJUK 36

WRITING MADE EASY: SATU PENDEKATAN MODULAR

KHO CHAI KUAI
Pejabat Pendidikan Daerah, Machang

MACHANG

ABSTRAK

Writing Made Easy merupakan satu inovasi penulisan berbentuk modular yang dihasilkan bagi
membantu guru-guru Bahasa Inggeris yang dibimbing (GDB) di daerah Machang apabila UPSR
format baru diperkenalkan pada tahun 2016. Format baru UPSR Bahasa Inggeris Penulisan
menimbulkan keresahan dalam kalangan GDB kerana kemahiran menulis diuji sedemikian rupa
dan memastikan murid-murid lemah lulus dilihat sebagai satu kekangan yang amat mencabar dan
mustahil. Topik yang begitu banyak untuk diselesaikan menambah kepada permasalahan yang
sedia ada. Justeru, inovasi berbentuk modular dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai topik
dan kemahiran yang perlu dikuasai bermula daripada Tahun 3-6. Bahkan, integrasi
perbendaharaan kata yang merangkumi 100 kata kerja asas Bahasa Inggeris, struktur ayat asas
serta tatabahasa mudah menjadikan modul ini mesra guru dan juga murid. Inovasi ini juga
bertujuan sebagai garis panduan kepada para GDB bagaimana proses PdP di dalam kelas boleh
dilaksanakan dalam bentuk modular sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia sebaik sahaja KSSR diperkenalkandan selari dengan pendidikan abad 21. Seramai 12 GDB
dari 11 buah sekolah rendah telah menggunakan modul ini mengikut saranan dalam 13 buah kelas
bermula daripada Ogos 2016 sehingga September 2017 dan peratus penguasaan tahap minimum
subjek Bahasa Inggeris Penulisan dalam pentaksiran sumatif akhir tahun 2016 dan pentaksiran
UPSR 2017 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak 21.55% iaitu melebihi
sasaran peningkatan penguasaan tahap minimum sebanyak 3%. Inovasi ini telah berjaya
membuktikan bahawa pendekatan modular mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
oleh GDB Bahasa Inggeris. Juga diharapkan inovasi ini mampu menjadi titik tolak kepada para
GDB menghasilkan modul sendiri berdasarkan persekitaran dan sumber masing-masing.

Kata kunci: modular, KSSR, penguasaan tahap minimum, pendidikan abad 21, pentaksiran
sumatif

PAOBSSTTREARK

POSTER 1

PENGGUNAAN TEKNOLOGI ‘VIRTUAL REALITY’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGIMAGINASIAN DAN PENGEMPATIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM SUBJEK

SEJARAH

Nik Aliff Hakimi Nik Mohd Fadzil
Nurul IzzatiMohdAiseri

Nik Ammar Syaffian NikMohd Fadzil
Hazlina Awang Lah PhD

Centre for Language Studies and Generic Development
Universiti Malaysia Kelantan PengkalanChepa, 16100 Kota Bharu, KELANTAN.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut TERENGGANU.

ABSTRAK

Pengimaginasian dan pengempatian merupakan salah satu daripada komponen kemahiran
pemikiran sejarah sekolah rendah yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Murid perlu
dilatih dengan kemahiran visualisasi supaya mereka dapat mengambil nilai-nilai murni
dan iktibar daripada kejadian dan peristiwa sejarah yang telah berlansung. Namun,
apabila guru menceritakan sesuatu fakta sejarah, berlaku keciciran fakta serta kadang-
kala agak membosankan. Manakala murid akan silap interpretasi sesuatu fakta sejarah
serta mudah lupa akan perkara yang didengarinya. Hal ini menyebabkan komponen
kemahiran tersebut tidak dapat diterapkan dengan berkesan. Kajian ini di sasarkan
kepada murid tahun empat dalam matapelajaran Sejarah topik Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tinjauan awal mendapati murid yang tidak
memahami isi pengajaran gagal untuk menerangkan kembali nilai-nilai murni yang
terkandung. Maka, suatu intervensi telah dijalankan iaitu penggunaan teknologi ‘Virtual
Reality’ dalam sesi PdPc Sejarah. Pelajar dibekalkan dengan Kadbod VR, telefon pintar
dan fon telinga untuk menonton tayangan video 360 pensejarahan. Penggunaan teknologi
‘Virtual Reality’ ini telah meningkatkan kemahiran pengimaginasian serta pengempatian
terhadap peristiwa sejarah. Di samping itu juga, mereka dilihat lebih menghayati
peristiwa dan cerita bersejarah dan mampu menceritakan kembali nilai-nilai murni serta
pengajaran yang terkandung di dalam cerita berkenaan.

Kata kunci : Teknologi ‘Virtual Reality’, sejarah, kemahiran pengimaginasian dan
pengempatian, visualisasi dan nilai-nilai murni.

POSTER 2

PENGGUNAAN “KITS CARD TRANSLATION” DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
PROGRAM DUA TAHUN (PDT) BAGI TOPIK EXPRESSION OF BIOLOGICAL INFORMATION

DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Noor Hayati Saleh,
Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Perak

PERAK

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tindakan bertemakan inovasi dalam pendidikan yang dijalankan
bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Program Dua Tahun untuk menulis
esei bagi proses ‘translation in protein synthesis’ dalam Topik Expression Of Biological
Information. Seramai 14 orang pelajar Program Dua Tahun (PDT) di Kolej Matrikulasi Perak yang
bermasalah dari semua kelas tutoran yang diajar oleh pengkaji dijadikan sampel kajian. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap sikap pelajar semasa pembentangan
berkaitan proses ‘translation in protein synthesis’, kertas tugasan pelajar, semakan jawapan esei
pelajar di dalam buku tutoran dan data markah kuiz 2 pelajar kelas tutoran. Hasil analisis data
markah kuiz 2 menunjukkan setiap kelas yang diajar menyumbang beberapa orang pelajar yang
gagal untuk menulis esei ‘translation in protein synthesis’ dengan baik. Situasi ini terjadi
disebabkan oleh kegagalan pelajar untuk menerangkan setiap peringkat dengan tepat berdasarkan
gambarajah proses ‘translation in protein synthesis’. Satu tindakan intervensi dirancang untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar- pelajar yang gagal untuk menulis esei proses
‘translation in protein synthesis’ dimana pada peringkat awal, semua pelajar setiap kelas tutoran
yang gagal diminta untuk menghadiri sesi konsultasi berjadual dan diberi soalan ujian pra untuk
mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dalam menulis esei proses‘translation in protein
synthesis’. Kemudiannya tindakan intervensi dikenalpasti iaitu penggunaan “Kits Card
Translation” dilaksanakan. Kits Card Translation merupakan bahan bantu mengajar (BBM) hasil
inovasi nota kuliah yang dijadikan T-Strip, T- Diagram dan T-Card. Keberkesanan tindakan
intervensi dipantau dan dinilai melalui data keputusan Ujian Pos dan pemerhatian terhadap reaksi
dan tingkahlaku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Melalui analisis data
Ujian Pos, didapati terdapat peningkatan markah di kalangan pelajar setelah menjalani intervensi
yang telah dirancang di mana 100 peratus pelajar memperolehi markah penuh untuk soalan esei
proses ‘translation in protein synthesis’.

Kata Kunci: Pelajar Program Dua Tahun, T-Strip, T-Diagram, T card, Inovasi nota kuliah, proses
‘translation in protein synthesis’.

POSTER 3

LET’S WRITE FRAME – A TOOL TO SUPPORT NARRATIVE WRITING FOR STRUGGLING WRITERS

Adenan Hashim
Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat,

KELANTAN

Jamilah bt. Hassan
Yusnita bt. Yusoff
SMK Kampung Laut, Tumpat.

KELANTAN

ABSTRACT

This poster presentation suggests the use of an innovative tool “Let’s Write Frame” to help
struggling writers in writing a story. The Let’s Write Frame supports writers who lack vocabulary
and grammatical competency to write simple sentences. The study discovers that most students
who fail the English SPM paper is caused by their inability to answer Paper 1 of the SPM paper,
especially Section B which is continuous writing. A professional learning community (PLC) of
SMK Kampong Laut, Tumpat, Kelantan looked at problems faced by struggling writers using data-
driven approach. A pre-test was administered to a class of 25 students. Students’ scripts were
analysed and the PLC team unpacked the questions and the scripts for mistakes. The mistakes
show the lack of vocabulary and grammatical competency required in order to write a story.
The PLC team planned and implemented a set of intervencies to address the problems faced by
the students in the forms of whole class feedback including the use of the Let’s Write Frame.
The use of Let’s Write Frame has shown improvement of students ability to write stories. The
number of words and grammatically correct sentences have shown significant increase in the
post test compared to the pre test. The Let’s Write Frame is a helpful tool for struggling writers
to write better stories.

POSTER 4

THE GRADUALLY DIMINISHING CONTROL STRATEGY –
A CASE STUDY OF NON - WRITER TO WRITER

Hjh Farhanah Lee binti Abdullah
SISC+ PPD Kota Bharu

Writing is a long term process that cannot be developed overnight. As our children learn to write,
many of them feel dissatisfied with what they have written to the point where they just give up or
turn in a poorly writing assignment. Our students may have difficulty in organizing ideas, spelling,
grammar, punctuation rules and accessing prior knowledge while writing.

The objective of the study is to encourage our students to write and gradually producing a good
piece of writing. The method used to achieve this aim is by adapting the principle of the Gradually
Diminishing Control that begins with introducing the 10 points to ponder when writing. The degree
of control can be varied. As to our weakest students, the simplest they need to do is only replace
the blanks with selected words. Using a model and the similar structure of the model as a guide also
helps the students to produce a piece of writing. Data were collected from 30 primary schools
students through students’ writing samples. The results revealed an improvement shown by the
students in their 014 writing paper during the Mid-Year examination. It is hoped that this study will
help teachers to encourage students to write without fear.

POSTER 5

STEM HUB

Hartini Hashim
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kota Bharu,

KELANTAN
[email protected]

ABSTRACT

An unclear definition of STEM education will bring the difficulty in establishing in how STEM
learning should appear in the classroom. As we knew, rethink the nations in the 21st century,
learning should be specific for learners, and they should be the problem solver by bringing real
world problem into the classroom. However, educators face a paradox. The main purpose of
developing STEM hub is to unite schools, nonprofits businesses, and civic leaders on the
regional level to drive local STEM education. The hubs also leverage local resources and
opportunities to bring STEM to students early, engaging with them in the classroom and out of
school workshops. Besides, seeks to expand and improve opportunities for local students and
teachers to engage in STEM learning.

POSTER 6

“JUMANJI WORLD!” AN EPIC JOURNEY TO LEARN ENGLISH THROUGH TRADITIONAL GAMES.

Adrilayanti Alaudin
Saratha a/p Krishnan
Kolej Matrikulasi Perlis,

PERLIS

ABSTRACT

Nowadays, a growing number of young people spend much more time on modern games than
traditional games. Teachers and parents tend to worry about this trend because they firmly believe
that modern gadget games have more negative effects to health compared to traditional games
where young people do better in terms of developing a whole variety of skills. Undeniably, modern
games provide an environment that allows for computer skills enhancement. By playing electronic
games, especially online computer games, enthusiastic young players are rapidly familiar with how
to send instant messages or emails to other players, how to get information about games from the
Internet, how to install, update and uninstall the game program, and so forth. However, all of these
are limited in the domain of computer.

It is widely accepted that playing traditional games contributes to improve young people’s
social skills. Traditional games involve human interactions in real world instead of human-machine
interactions in virtual world, thus providing opportunities for children to learn ways of effective
communication with both languages as well as gestures. In addition, traditional games are usually
played in groups. It allows chances for young people to experience different talents, skills and
backgrounds from all other players. This experience can help them to understand the need to respect
others and learn how to cooperate with different kinds of people.

Thus, our innovation is inclusive of traditional games in learning English language. The main
aim is learning English in a fun way which brings back traditional games that used to be played by
young people in the village which is almost forgotten.

POSTER 7

TERAPI SENI ABSTRAK

Mohd Azmi bin Abdullah
Surialazma binti Idris

Wan Azizon binti Wan Ahmad

Sekolah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang,
KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan projek di pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah penting
untuk melahirkan murid yang dapat mengawal diri, emosi dan perilaku. Kemahiran ini membantu
murid untuk berdikari dalam kehidupan seharian. Murid-murid akan dapat meneruskan kehidupan
mereka dengan mengaplikasikan kemahiran pada masa yang akan datang. Pada awalnya murid-
murid pendidikan khas dikesan tiada kemahiran dalam konsep ruang, bentuk, warna, komunikasi
dan juga kemahiran-kemahiran lain kerana mereka adalah kanak-kanak istimewa yang
memerlukan bimbingan khas. Pihak sekolah juga perlu menerapkan kemahiran motor halus, motor
kasar, gerakan dan perubahan tingkah laku. Program Terapi Seni Abstrak telah diperkenalkan
kepada murid-murid bermula sejak dari tahun satu secara berperingkat sehingga tahun enam.
Mata pelajaran yang terlibat untuk program ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan
Seni Visual, Matematik, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Jasmani dan Pengurusan Tingkahlaku.
Kesemua matapelajaran ini diadaptasi dalam bentuk elemen merentasi kurikulum. Murid-murid
telah diajar untuk mengenali warna, bentuk, ruang, media dan bahan yang akan digunakan.
Kesemua murid dikehendaki merekacipta corak geometri menggunakan pita pelekat pada dinding
ruang rehat di blok pendidikan khas. Seterusnya, mewarnakan corak tersebut dengan kombinasi
warna yang menarik. Hasilnya, murid-murid dapat menghasilkan lukisan dinding yang menarik.
Jelas mereka telah dapat mengawal pergerakan diri, memperolehi kemahiran mewarna,
mengetahui corak dan bentuk dan membuat kemasan projek secara kreatif. Hasil projek ini telah
dipamerkan dan mendapat menarik minat komuniti sekolah. Projek diterus oleh murid aliran
perdana untuk menceriakan kawasan sekitar sekolah dengan corak tersebut.

Katakunci:
Bermasalah dalam pembelajaran, tiada kemahiran konsep, hasilkan corak geometri, buat

kemasan projek secara kreatif, hasil dikembangkan, sekolah ceria

POSTER 8

PPAKAT GHATE UPSR 2018

Normah binti Ahmad
Azman bin Zakaria
Faradiza bin Muhd Parik

Sekolah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang,
KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

‘Ppakat Ghate UPSR 2018’ ialah sebuah program mempertingkatkan pencapaian peratus lulus
UPSR 2018 yang telah dilaksanakan bagi menguruskan program latihan kepada murid tahun enam.
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan kemudiannya telah melancarkan program ‘Ppakat Wat Kiro’
yang matlamatnya sama dengan program ini. Pihak sekolah telah memanfaatkan paduan program
ini menjadi satu. Ianya mampu dilaksanakan dengan penglibatan bukan sahaja dikalangan guru-
guru tahun enam tetapi pentadbir, guru lain, ibubapa dan kakitangan sekolah yang lain. Program
dilaksanakan dalam kitaran mingguan dengan jadual waktu anjal sekurangkurangnya dalam
tempoh tiga minggu. Teknik pendekatan lebih kepada ‘Model Kaizen’ yang disepadukan dengan
‘Inovasi’ atau penambahbaikan berterusan. Kesemua murid tahun enam dikumpulkan dalam lima
kumpulan berasaskan kepada kemampuan belajar. Murid diberi modul latihan empat subjek utama
dengan enam format UPSR 2018. Latihan menjawab dikelolakan oleh bukan guru subjek UPSR.
Kertas jawapan akan ditanda dan dianalisis punca kegagalan oleh guru pemeriksa. Tenaga
pengajar menyediakan intervensi yang sesuai untuk menambaik kefahaman murid. Intervensi
dijalankan dengan bantuan guru lain atau ibubapa mengikut kumpulan kecil. Setelah selesai
intervensi penambahbaikan, latihan ke dua pula diberikan dengan konten sama dengan latihan
pertama serta memberi syarat kepada murid supaya mengatasi latihan pertama. Kitaran
diteruskan sehingga latihan ke tiga. Selepas latihan ke tiga, murid akan dimasukkan dalam kitaran
baru. Kitaran mingguan boleh diubahsuai ke minggu berikutnyanya mengikut kemampuan murid.
Setelah program selesai dijalankan sebanyak empat siri pada tahun 2018, peratus lulus dalam
semua subjek dan keputusan peratus lulus am juga meningkat. Pola peningkatan kefahaman murid
telah menjadi kenangan indah dan motivasi kepada murid, guru dan ibubapa. Program ini amat
membantu peningkatan peratus lulus di SK Hamzah, Machang, Kelantan.

Katakunci: kerjasama, tingkatkan peratus lulus, Kaedah Kaizen-Inovasi, murid faham, peratus
meningkat

POSTER 9

PONTENG SIFAR MURID PINTAR

Rohiman bin Othman
Isaidi bin Mohd Jusoh
Hasmawati binti Hassan

Sekolah Kebangsana Hamzah
Machang,
KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

Kes ponteng kelas di sekolah rendah kini tidaklah menjadi masalah besar. Namun begitu, pihak
sekolah telah memandang serius masalah ini kerana akan menyebabkan masalah yang lebih besar.
SK Hamzah terletak dalam persekitaran bandar kecil telah dikategorikan Kebangsaan sekolah
risiko colek. Oleh yang demikian masalah ponteng kelas telah dijadikan agenda utama unit HEM
SK Hamzah dengan melaksanakan program Ponteng Sifar Murid Pintar. Program ini berkuatkuasa
selepas jam 08.10 pagi iaitu selesainya PdPc waktu pertama sehinggalah waktu akhir. Sebelum
program ini dilaksanakan, terlalu lama masa diambil untuk senarai murid ponteng sampai ke
pengetahuan guru yang bertanggungjawab dalam hal ini. Sistem kehadiran dan keberadaan telah
dibangunkan oleh pihak sekolah. Ianya berbentuk laman sesawang aplikasi yang beroperasi atas
talian. Tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan proses pungutan data kehadiran dan
keberadaan murid. Inovasi ini sangat berguna kepada guru kelas untuk membuat tindakan segera
menyelesaikan masalah kehadiran dan keberadaan murid secara berfokus. Laman sesawang
aplikasi ini mampu menyediakan senarai murid ponteng secara atas talian yang berintegrasi secara
cekap serta manipulasi pengimbasan ‘Qr-code’. Ianya boleh diakses oleh pelbagai perkakasan
serta dikongsi oleh pengguna secara meluas (World Wide Web). Sekiranya guru melaporkan murid
ponteng, penggera telefon pintar guru yang bertanggungjawab akan berdering. Guru tersebut
boleh membuat tindakan lain secara serta merta tanpa menunggu untuk dapatkan maklumat
murid kerana maklumat sudah ada dalam sistem. Tindakan cepat dari kalangan guru disiplin atau
bimbingan telah dapat menyelesaikan kes ponteng dan tidak hadir sekolah. Peningkatan
pencapaian peratus kehadiran dan keberadaan tahun ini telah menggambarkan program ini telah
berjaya mempercepatkan kadar bertindak guru disiplin dan bimbingan terhadap masalah
kehadiran dan keberadaan murid di sekolah ini.

Katakunci:
Ponteng, risiko culik, laman sesawang aplikasi, maklumat cepat, peratus kehadiran dan

keberadaan meningkat

POSTER 10

BERKIDMAT SAMBIL BELAJAR

Wan Nor Rizan binti Ahmad
Tg. Norsham bt Tg. Aziz
Rusmariah binti Mohamad

Sekolah Kebangsaan Hamzah, Machang,
KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran perhubungan adalah kemahiran yang sangat penting yang harus dimiliki oleh individu
sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan. Ianya akan menjadi alat utama dalam urusan
menyampaikan maklumat kepada individu atau orang ramai. Kemahiran ini harus diterapkan
kepada murid-murid sejak dari awal persekolahan lagi. Pendedahan pada peringkat awal lagi
secara berperingkat dan menyeluruh akan menjadikan mereka lebih mahir berkomunikasi lebih
awal. Mulanya, didapati ramai murid sekolah ini yang tidak tahu, takut dan tidak ada keyakinan
untuk bercakap dikhalayak ramai secara terbuka. Apalagi untuk menyampaikan perkongsian
pendapat mereka bersama guru atau sesama murid lain. Jadi sesi pembelajaran menjadi hambar
dengan bergerak sehala dari guru kepada murid. Program Belajar Sambil Berkhidmat
diperkenalkan oleh unit kokurikulum. Ianya bertujuan memangkinkan kebolehan murid untuk
berkomunikasi dan mengendalikan pelbagai majlis sekolah. Kegiatan ini akan memberi
pengalaman secara langsung dalam komunikasi dan pengaturcaraan majlis kepada murid.
Kemahiran ini akan membantu ceriakan komunikasi bilik darjah dan susana PdPc abad ke 21.
Matlamat jangka panjangnya, murid-murid mempunyai kemahiran komunikasi untuk hadir sesi
temuduga atau urusan pekerjaan mereka pada masa akan datang. Dalam program ini,
muridmurid menyertai aktiviti-aktiviti seperti mengendalikan Majlis Perhimpunan Mingguan,
mengendalikan majlis rasmi sekolah, membentang atau membaca laporan sesi pembelajaran,
mengendalikan program sambutan sekolah dan lain-lain. Program melibatkan aktiviti
komunikasi dan pendendalian majlis berdepan dengan ramai penonton. Penonton adalah
mungkin terdiri dari kalangan murid, guru, ibubapa dan tetamu yang hadir dalam majlis rasmi
tersebut. Hasilnya, sekumpulan murid yang terlatih telah petah berbicara dan boleh
berkomunikasi secara lancar dan boleh mengendalikan majlis-majlis sekolah dengan empat
bahasa, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab.

Katakunci:
Komunikasi, takut untuk bercakap, program mengendalikan majlis, majlis rasmi sekolah,

petah berbicara empat bahasa

POSTERL 11

KERTAS JAWAPAN ATAS TALIAN

Che Siti Khadijah binti Ibrahim
Wan Norazian binti Wan Ahmad Raihan binti Zakaria

Sekolah Kebangsaan Hamzah
18500 Machang, KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

Masa itu emas. Peribahasa lama telah dibina masyarakat untuk mengingatkan ahlinya tentang
masa. Dalam pengurusan pendidikan, contohnya bidang akademik, sekolah perlu pantas membuat
keputusan terutamanya tentang pentaksiran. Perolehan keputusan pentaksiran segera
membolehkan sekolah, PPD atau Jabatan Pendidikan boleh mencadangkan intervensi baru supaya
pencapaian murid dapat dibaiki dengan segera. Penambahbaikan memungkinkan murid mencapai
kejayaan cemerlang. Isu pihak sekolah lewat memperolehi keputusan disambut dengan alasan
seperti tugasan guru banyak, tempoh tanda kertas singkat, kertas jawapan hilang dan lain-lain
lagi. Akibatnya, keputusan pentaksiran tidak diperolehi mengikut masa yang ditetapkan. Isu ini
juga berkait dengan isu kerja rumah yang tidak disemak oleh guru. Bagi mengurangkan isu ini, SK
Hamzah telah memanipulasikan penggunaan TMK sebagai pemangkin pentaksiran. Laman
sesawang aplikasi atas talian telah dibangunkan. Tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan
proses pungutan, memeriksa, menganalisis dan memberitahu keputusan. Inovasi ini sangat
berguna kepada guru subjek untuk membuat penambahbaikan terhadap kefahaman kepada isi
pelajaran murid secara berfokus. Ia juga menggambarkan tahap pencapaian diri murid untuk giat
berusaha lagi serta untuk makluman ibubapa. Aplikasi laman sesawang ini dibina melalui proses
kitarhayat pembangunan sistem “Model Air Terjun” mampu menyediakan kaedah menjawab
secara atas talian yang berintegrasi secara cekap serta manipulasi pengimbasan ‘Qr-code’. Ianya
boleh diakses oleh pelbagai perkakasan serta dikongsi oleh pengguna secara meluas (World Wide
Web) dalam batas autentik keselamatan. Semasa proses pembangunan dengan kod ‘PHP’, html,
java dan pangkalan data ‘mysql’ telah digunakan. Ternyata penggunaannya telah dapat
mempercepatkan proses mentaksir, menganalisis, memaklum keputusan pentaksiran yang
memberi impak yang besar kepada kejayaan murid serta mengurangkan isu lewat keputusan
pentaksiran.

Kata kunci: Keputusan Lambat, pemangkin pentaksiran, Kitar Hayat Pembangunan Sistem,
Laman sesawang aplikasi, Impak besar kejayaan murid

PANEL 12

PROBLEM-POSING MULTIMEDIA MODULE (PROPOSE-M) TO ENHANCE HOTS
AMONG FORM FOUR BIOLOGY STUDENTS

Nor Tutiaini Ab. Wahid, Universiti Putra Malaysia
Othman Talib, Universiti Putra Malaysia

Tajularipin Sulaiman, Universiti Putra Malaysia
Mohd Hazwan Mohd Puad, Universiti Putra Malaysia

SELANGOR

ABSTRACT

Learning and teaching activities in education are crucial in presenting meaningful learning to
students. Other than mastering low order thinking skills (LOTS) such as remembering which
becomes main approach in traditional teaching method (TRAD), science students need to be
armed with high order thinking skills (HOTS) to find solution for problems in science subject
like Biology. Science processes in Biology are abstract and dynamic in nature make students
misunderstood Biology as a tough subject. As such, an alternative tool has to be introduces in
school to enhance HOTS in Biology among students. Recognizing the critical role of HOTS in
enhancing students’ learning experiences, this research aims to investigate the effectiveness
of problem-posing multimedia module (PROPOSE-M) to enhance HOTS among Form Four Biology
students.
Specifically, this research extends the application of cognitive theory of multimedia learning
theory (CTML) by Mayer & Moreno (2002) by combining the CTML with a unique problem-posing
instructional strategy (PPIS) to develop PROPOSE-M. To test the proposed framework, this study
employs quantitative approach. Research questions of this study is (1) Is there any significant
difference in the mean score of the group exposed to PROPOSE-M and the group exposed to
TRAD? Quasi-experimental is used to examine the effectiveness of the PROPOSE-M compared to
TRAD. Two groups of students from two different schools with compatible characteristics were
involved in this experiment consisting one experimental group (n=31) and one control group
(n=30). Students’ performance were analysed through IBM Statistic SPSS using the mean score
of post-test LOTS and
HOTS. The results of this research revealed that PROPOSE-M enhance students’ performance
not only in HOTS but in LOTS too. The mean score for PROPOSE-M group is higher (Mean LOTS=
79.87, Mean HOTS= 58.88) compared to the mean score of TRAD group (Mean LOTS= 70.60,
Mean HOTS= 45.30) in both post-test LOTS and post-test HOTS.

Keywords: Biology Education, Multimedia Module, Problem-Posing, Critical Thinking, High
Order Thinking Skills

PANEL 13

PILL SEBAGAI ALAT MENINGKATKAN KUALITI GURU MATEMATIK

Zainariah binti Mohd Nor*
Bhakhari bin Abd. Rahman
Rohanah binti Abdul Rahim

Norlia binti Samin,
Izaziah binti Ismail
Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Gombak,

SELANGOR

ABSTRAK

Pelan Intervensi Lima langkah (PILL) adalah satu daripada alat yang dicadangkan dalam garis
panduan pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP). PILL ini membantu sekolah
mengenalpasti masalah yang wujud dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang kritikal
serta pemilihan intervensi yang berimpak tinggi. Melalui program Taskforce Matematik Daerah
Gombak 2018, borang PILL yang telah diberi nilai tambah digunakan untuk 1. Membantu guru
subjek Matematik melihat masalah menggunakan data dan secara mikro 2. Membantu guru
menjana intervensi yang berimpak tinggi 3. Meningkatkan kemahiran insaniah guru terutama
dalam aspek kepimpinan dan kemahiran pengucapan awam. Tiga siri telah dirintis di dua buah
sekolah yang kurang dari 20% murid Mencapai Tahap Minimum (MTM) dalam subjek Matematik.
Siri 1: Penerangan PILL, Siri 2: Bimbingan Pelaksanaan, Siri 3: Pembentangan Dapatan. Semasa
Siri 1 dan 2, borang PILL dan pelan tindakan yang diberi nilai tambah, digunakan bagi membimbing
guru melaksanakan intervensi. Pada Siri 3, guru berkenaan akan membuat penilaian kritikal
terhadap intervensi yang telah dijalankan dan membentangkan dapatan. Hasil temubual dan
soalselidik guru terhadap penggunaan borang dalam program taskforce Matematik ini
menunjukkan terdapat peningkatkan aspek Pengetahuan guru terhadap item, Kemahiran guru
membaca data meningkat dan sikap guru terhadap isu berkaitan dengan pengurusan data juga
bertambah positif.

Kata kunci: PILL, MTM, pengurusan data, pelan tindakan.

PANEL 14

IMBAS SIMPULAN BAHASA

Muhammad Haziq bin Abu Shah
Mohamad Nizam bin Sajali
Najwa binti Rosli

Aina Zafirah binti Mohd Najib
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

KUALA TRENGGANU

ABSTRAK

sIMBAS merupakan sebuah inovasi pembelajaran bahasa Melayu yang memfokuskan peribahasa
jenis simpulan bahasa. Penggunaan elemen digital iaitu teknologi digital Augmented Reality (AR)
yang diimplimentasikan ke dalam projek ini bertujuan untuk menarik minat dan meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap simpulan bahasa sesuai dengan tahap pelajar teerutamanya tahap
1. Inovasi ini telah dinamakan sIMBAS sesuai dengan cara penggunaannya yang memerlukan
pelajar untuk mengimbas simpulan bahasa bagi mendapatkan makna, contoh ayat dan contoh
situasi yang berkaitan dengan simpulan bahasa tersebut. Selain itu, tarikan utama inovasi ini
ialah, sIMBAS dihasilkan berdasarkan tema atau edisi tertentu iaitu edisi tubuh badan. Grafik,
audio, animasi dan tema berfokus yang terdapat dalam sIMBAS telah memenuhi setiap gaya
pembelajaran. Pembelajaran menggunakan gajet ini seiring dengan teori kognitif yang
dikemukakan oleh J. Bruner. Beliau merumuskan pembelajaran memerlukan persekitaran
tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej dan perkataan (Suppiah Nachiappan, et.
al., 2009). J. Bruner menyatakan bahawa struktur kognitif terbahagi kepada tiga mod utama iaitu
mod enaktif, mod ikonik dan mod simbolik. Mod enaktif ialah kecenderungan kanak-kanak untuk
bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Manakala mod ikonik pula ialah penggunaan
imej mental (ikon) misalnya bentuk, visual, auditori, akustik dan sebagainya (Shahabuddin
Hashim, et. al., 2003). Seterusnya, mod simbolik pula merujuk kepada kecenderungan kanak-
kanak dalam memahami dunia menerusi simbol-simbol seperti huruf dan audio (Judith L. Meece,
et. al., 2008). Melalui simbol-simbol, kanak-kanak berupaya menggunakan perkataan dan bahasa
kerana penaakulan simbolik berlaku secara drastik pada peringkat kanak-kanak. Berdasarkan
beberapa jurnal yang telah dikaji para pelajar tidak dapat memahami peribahasa dengan baik
kerana bagi pelajar peribahasa mengandungi makna abstrak yang sukar untuk digarap. Mereka
hanya menghafal semata-mata (Arni Johan, 2012: Norhashimah Junaini, 2010). Di samping itu,
guru tidak mengambil berat tentang penggunaan bahan bantu dalam pengajaran simpulan bahasa
di sekolah dan menganggap ia dapat dihafal oleh pelajar sendiri (Aslida Khamis, 2003). Oleh hal
yang demikian inovasi sIMBAS ini dihasilkan untuk menangani masalah-masalah ini. Hasil dapatan
pemerhatian yang telah dilakukan para pelajar dapat menguasai simpulan bahasa yang
dirangkumkan dalam sIMBAS dengan baik berbanding simpulan bahasa yang tidak terdapat dalam
sIMBAS. Impak positif daripada penghasilan inovasi sIMBAS dijangka mampu melancarkan proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Bahasa Melayu terutamanya bagi topik simpulan
bahasa.

PANEL 15

KERTAS KONSEP : GROWTH ORIENTED DEVELOPMENT (G.O.D)

Mohd Shukor b. Muhammad Salleh
Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat,

KELANTAN

ABSTRAK

Pendidikan Abad Ke-21 merupakan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi Abad
Ke-21 dan mampu memenuhi harapan keperluan pendidikan kini dan masa depan.Oleh
yang demikian, peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid akan terus menjadi fokus
dalam Gelombang Kedua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Hal
ini perlu dilihat secara pendekatan
holistik yang menghubungkan titik connecting the dots dalam usaha guru memantapkan
kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta menumpukan kepada pembangunan
pengetahuan asas growth oriented development (G.O.D) dalam aspek kognitif, emosi, sosial dan
spiritual. Penekanan kepada pembinaan kemahiran dan sahsiah murid serta tidak menjadikan
peperiksaan sebagai high stake. Dapatan kajian ini memaparkan bahawa kerangka konsep
Growth Oriented Development merupakan satu kerangka yang digemblengkan elemen-elemen,
seperti SKPMg2 (Standard 4), Asas Penulisan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH), Standard
Asas PAK 21, iaitu Komunikasi, Kolaboratif. Kritis, Kreativiti serta Aplikasi Nilai Murni dan Etika
(4K 1N) dan Pembelajaran Koperatif untuk menjadikan PdPc di dalam kelas lebih bermakna
serta memastikan penguasaan kompetensi asas mencapai tahap yang standard

ABSTRAK
PAMERAN

PAMERAN 1

MI IKAT : INOVASI ANAK SYURGA

Nor Asima Binti Abu Bakar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, Perak

[email protected]

Nor Asiah Binti Nasir
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
[email protected]

ABSTRAK

Kepentingan pendidikan vokasional untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
sememangnya tidak dapat dinafikan, Hal ini penting terutamanya dalam menyediakan murid
berkenaan dengan kemahiran yang berguna untuk memasuki alam pekerjaan. Oleh itu, pengkaji
telah melaksanakan satu inovasi terhadap mi yang diberi nama Mi Ikat. Mi Ikat ini dinovasikan dengan
kepelbagaian perasa. Selain daripada perasa asli, terdapat inovasi Mi Ikat kering dan basah berperasa
labu, bayam dan karot. Sepanjang proses menghasilkan mi dijalankan pengkaji membuat
pemerhatian bagi melihat tahap kemahiran murid bekerja. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji
mendapati murid dapat membuat mi dari proses permulaan iaitu menyukat bahan sehingga proses
terakhir iaitu membungkus. Hasil temu bual pula mendapati, murid dapat menyatakan proses
pembuatan mi dari mula hingga akhir. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid
bermasalah pembelajaran dengan pembuatan dan pemprosesan mi. Selain dapat menerapkan nilai
keusahawanan kepada murid, projek ini juga boleh menjadi program transisi ke kerjaya. Guru
bertanggungjawab untuk membimbing dan memastikan murid menjaga kebersihan diri bagi
memastikan penghasilan produk mi ikat yang bersih dan berkualiti.

PAMERAN 2

SANTUNILAH ELEKTERIK

Tuan Ahmad Helmy bin Ku Mat
Rosnah Hashim

SK Bukit Tiu, Machang, KELANTAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
18500 Machang ,Kelantan.
[email protected]

ABSTRAK

Projek ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid tahun 4 tentang penerokaan dan kepentingan
elektrik dalam kehidupan dengan menggabungjalinkan empat mata pelajaran iaitu Sains, Reka
Bentuk & Teknologi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hasil temu bual ringkas, sebahagian besar
murid masih kurang arif tentang kepentingan dan keselamatan tentang penggunaan peralatan
elektrik dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan projek dimulakan dengan mesyuarat yang
melibatkan guru-guru subjek berkenaan bagi memugar DSKP masing-masing agar dapat dijelmakan
menjadi suatu idea utama (The Big Idea-TBI), hasil daripada persetujuan bersama. Projek ini
dijalankan selama 4 minggu berdasarkan kaedah inkuiri penemuan dan melalui eksperimen dengan
penekanan kepada elemen PAK21. Data-data yang dikumpul, diproses, diterjemahkan dalam satu
bentuk model dan pembentangan sewaktu PdPc formal. Impak utama daripada projek ini telah
mewujudkan iklim pembelajaran aktif dalam kalangan murid dan berjaya menimbulkan kesedaran
tentang aspek keselamatan penggunaan elektrik.

PAMERAN 3

PROJEK MODEL FASA BULAN DALAM
PEMBELAJARAN SAINS

Che Azizun Che Mod@Mahmood,Zurina Abdul Latif,
Tg Noor Latifah Abdul Wahab & Noriha Che Pa
SK Tok Bok, Machang
KELANTAN

ABSTRAK

Projek Fasa Bulan merupakan satu projek yang dirancang oleh Guru Matapelajaran Sains,Bahasa
Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik tahun 5 Beta sejajar dengan Modul 6 Kefahaman Melalui
Rekabentuk (KmR) Transformasi Sekolah 2.0. Projek ini membolehkan pelajar tahun 5 Beta
mencapai Tahap penguasaan 6 dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sejajar dengan kehendak
dan keperluan pelan pembangunan pendidikan malaysia (pppm) yang menekankan kepada
kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya.
Oleh itu, program inovasi Model Fasa Bulan ini sebagai satu permulaan dan diharap dapat
menyuntik semangat murid-murid di SK Tok Bok ,Machang Kelantan untuk lebih kreatif dan
inovasi dalam bidang reka cipta. Sejajar dengan perubahan pendidikan di Malaysia yang begitu
mendadak demi kelangsungan kemenjadian murid untuk melahirkan generasi masa hadapan
yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin
mencabar. Projek Fasa Bulan merialisasikan hasrat, cita-cita dan falsa!ah Pendidikan
Kebangsaan untuk menjadi pelengkap dalam kurikulum. Idea penghasilan model fasa Bulan
tercetus daripada beberapa permasalahan yang dikenalpasti oleh guru matapelajaran sains
tahun 5. Yang pertama,murid agak sukar memahami kejadian fasa Bulan tanpa adanya model
kerana sebelum ini guru mengajar berpandukan Buku Teks semata-mata..Selain itu, guru turut
menghadapi masalah untuk memberi penerangan tentang kejadian fasa Bulan tanpa bantuan
alatan maujud Fasa bulan yang dapat dilihat secara jelas oleh para pelajar, Seterusnya, guru
juga mengenalpasti para pelajar tahun 5 tidak dapat menjawab soalan peperiksaan berkaitan
Fasa Bulan.Ekoran dari permasalahan itu, dengan mengambil kira pemahaman kejadian fasa
bulan, guru sepakat untuk menghasilkan inovasi PdPc Model Fasa Bulan bagi meningkatkan
pemahaman murid terhadap kejadian Fasa Bulan.

PAMERAN 4

MENGATASI MASALAH PENGUASAAN FAKTA ASAS TAMBAH DAN TOLAK MELALUI PENDEKATAN
‘FUN –DRILLING: SQUIZZY RULER’

Maimun bt Mat Saleh, Aniza bt Yusoff, & Salma bt Ab Rahman

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kota Bharu ,
KELANTAN

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ‘Fun – Drilling: Squizzy Ruler’ ini merupakan kajian tindakan untuk mengatasi masalah murid
pemulihan dalam penguasaan fakta asas tambah dan tolak. Kegagalan penguasaan fakta asas
tambah dan tolak ini memberikan implikasi kepada kepantasan dan ketepatan jawapan. Masalah
penguasaan ini ada kaitan dengan sikap murid yang menganggapkan fakta asas ini mudah dan tidak
memerlukan penguasaan kerana boleh dihitung dengan menggunakan jari. Implikasinya, masih
terdapat murid Tahun 6 yang masih menghitung dengan jari apabila menyelesaikan masalah
penambahan dan penolakan nombor. Kajian ini adalah didasarkan kepada dapatan kajian lepas
kepada 11 orang murid Tahun 6 di SK Zainab 1 dan ujian pra penguasaan asas tambah dan tolak
yang diberikan kepada 10 orang murid pemulihan Tahun 3 di SK Demit 2. Konsep ‘Fun Drilling:
Squizzy Ruler’ yang diperkenalkan ini merupakan satu bentuk latihtubi penguasaan fakta asas
tambah dan tolak yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Kajian ini menggunakan Model Kemmis
McTaggert 1088). Kaedah pengumpulan data menggunakan pemerhatian, temubual, ujian pra dan
ujian pasca yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan dalam
masa dua minggu. Data dianalisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada
pencapaian murid kajian semasa Ujian pra dan pasca.

Kata kunci : murid pemulihan, penguasaan asas , ‘fun Drilling’

PAMERAN 5

‘GENIUS MULTIPURPOSE CLOCK’ (G-M CLOCK) MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
DALAM TOPIK MASA DAN WAKTU
Oleh:
HAJI YUSAIRI BIN HJ. OTHMAN

Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.
HJH. NOR RAZANA BINTI HJ. ISMAIL
SK Dato’ Mas’ud, Bagan Serai, Perak.

Inovasi G-M CLOCK ini dibuat adalah untuk membantu guru dan murid sekolah rendah mencapai empat
kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu memahami fakta, kemahiran,
konsep dan prinsip sekaligus memenuhi peringkat tertinggi dalam pembelajaran iaitu penyelesaian
masalah matematik (GAGNE THEORY) dalam topik masa dan waktu. Idea ini menggabungjalinkan asas
muka jam (CLOCK) yang telah diubahsuai dan dipelbagaikan kegunaannya (MULTIPURPOSE) untuk
meningkatkan kefahaman murid dalam topik masa dan waktu.

Menurut teori Gagner, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak iaitu FAKTA,
KEMAHIRAN, KONSEP dan PRINSIP yang mana beliau menekankan peringkat tertinggi dalam pembelajaran
murid adalah penyelesaian masalah. Manakala teori Dienes pula menekankan konsep matematik boleh
dipelajari melalui enam peringkat iaitu, permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri,
perwakilan gambar, perwakilan simbol, dan akhirnya formalisasi. Kedua-dua teori ini dirujuk dan
digunapakai untuk meningkatkan kefahaman murid dalam topik masa dan waktu menggunakan G-M
CLOCK.
Di dalam buku teks, topik masa dan waktu telah diajar sejak tahun satu lagi hingga ke Tahun 6 Sekolah
Rendah. Ia memfokuskan kepada kefahaman asas masa melibatkan pengenalan muka jam, jarum jam
seterusnya unit-unit masa dan perkaitan dan pertukaran unit-unit masa. Murid juga dibantu untuk
menyeleasaikan masalah melibatkan masa dan waktu menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Murid juga didedahkan berkaitan sistem 12 jam dan 24 jam. Mereka perlu tahu menyatakan waktu
dalam sistem 12 jam atau 24 jam dan mengira tempoh masa yang diberikan.
Oleh itu, Inovasi G-M CLOCK telah dicipta yang diambil dari singkatan ‘GENIUS MULTIPURPOSE CLOCK’
berperanan untuk menyelesaikan masalah melibatkan empat kategori yang harus dipelajari murid iaitu
melibatkan FAKTA, KEMAHIRAN, KONSEP dan PRINSIP dalam menyelesaikan pelbagai masalah rutin dan
bukan rutin murid melibatkan topik masa dan waktu. Inilah yang di nyatakan dalam Teori Gagner.

G-M CLOCK ini dihasilkan bukan sahaja sebagai garis panduan murid untuk melihat kedudukan Fakta Asas,
konsep dan prinsip masa dan waktu, malah ia memudahkan guru dan murid untuk membuat perkaitan
antara unit-unit masa serta mencari tempoh masa menggunakan kaedah yang lebih mudah.
G-M CLOCK ini mempunyai ciri-ciri yang istimewa seperti ringan dan bersaiz kecil membuatkan ia mudah
dibawa, meliputi semua sub topik dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Menarik dengan pelbagai warna, mudah
dihasilkan dan senang digunakan oleh guru dan murid serta kos yang rendah. Dibelakangnya terdapat sifir
muka jam sebagai salah satu kaedah mengingat sifir menggunakan muka jam. Dibekalkan juga kalendar
untuk 3 tahun iaitu tahun 2018, 2019 dan 2020 untuk memudahkan murid menganalisa kalendar dan
melihat perbezaan antara tahun biasa dan tahun lompat.
Kelas yang menggunakan G-M CLOCK ternyata lebih menarik dan sekali gus menambah minat murid untuk
mempelajari sub topik ini yang sukar dikuasi oleh murid terutamanya kelas LINUS, Kelas Pemulihan dan
Kelas yang muridnya berprestasi rendah.
Diharapkan agar G-M CLOCK dapat di gunakan oleh semua Guru Matematik sebagai Bahan Bantu Mengajar
yang praktikal bagi memantapkan kefahaman asas murid dan sekaligus menyelesaikan masalah rutin dan
bukan rutin dalam topik masa dan waktu.

PAMERAN 6

PEMBARIS MEDIAN MOD (PMM)

Nurulhuda Binti Taib 1*, Nurul Najwa Binti Ngah 2,
Zuzita Binti Ibrahim 3, Husnita Binti Hussin 4 Dan

Ahmad Zahari Bin Azizan 5
Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected], [email protected]
[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Di manakah silapnya? Senarai rumus bagi mencari median dan mod diberi dalam
peperiksaan, namun pelajar masih gagal menguasai soalan itu dengan baik. Alasan utama
pelajar kerana mereka tidak meminati tajuk statistik dan ada segelintir pelajar ragu-ragu
untuk membaca nilai data daripada jadual kekerapan yang diberikan dalam soalan.
Objektif Pembaris Median Mod (PMM) ini adalah untuk membolehkan pelajar menguasai
soalan statistik yang melibatkan pengiraan median dan mod bagi data terkumpul. Selain
daripada itu PMM ini boleh menanamkan minat pelajar menguasai bidang satistik dengan
menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) PMM dan seterusnya bagi mendapatkan markah
maksimum bagi Kertas 2 Matematik di peringkat Matrikulasi. Keunikan PMM ini adalah ia
dihasilkan berdasarkan watak-watak kartun yang mempunyai ciri fizikal yang sama dengan
rumus median dan mod. Watak kartun ini disusun mengikut jalan penceritaan agar nilai
data yang dibaca menjadi mudah dan sehala. ABM PMM ini menjadi panduan kepada pelajar
dalam membuat latih tubi latihan yang disediakan oleh pensyarah dan lama kelamaan ia
menjadi satu kelaziman kepada pelajar. ABM PMM seterusnya dapat mengatasi masalah
yang sering dihadapi oleh pelajar di peringkat Matrikulasi.

Kata kunci: Median, Mod, Statistik

PAMERAN 7

MENCARI ADJOINT MENGGUNAKAN KAEDAH FIFO

Zuzita Binti Ibrahim
Nurul Nadiah Binti Che Rahim

Siti Rahmah Binti Ramly
Nur Fatimah Binti Abdul Gani

Noor Hayati Binti Yaacob

Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected],
[email protected]

[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Mencari matriks adjoint adalah langkah penting dalam mencari songsangan bagi sesuatu
matriks. Namun langkah kerja yang panjang serta berulang-ulang sebanyak sembilan kali
menyebabkan berlakunya kecuaian semasa pengiraan. Maka satu kaedah yang dinamakan
sebagai FIFO diperkenalkan dalam meringkaskan jalan kerja pengiraan. Kaedah ini adalah
mudah, ringkas dan nilai yang diperolehi telah melalui fasa transpos. Objektif kaedah FIFO
adalah untuk menanamkan minat untuk pelajar di peringkat Matrikulasi menjawab soalan
yang melibatkan tajuk songsangan menggunakan kaedah adjoint dan meminimakan
kesalahan pengiraan semasa menjawab soalan yang melibatkan adjoint. Keunikan kaedah
FIFO adalah ia meringkaskan langkah kerja dari sembilan langkah kepada 3 langkah kerja
sahaja, ringkas, tidak perlu langkah kerja transpos dan cepat. Kaedah FIFO ini menjadi
panduan kepada pelajar dalam membuat latih tubi latihan yang disediakan oleh pensyarah
dan lama kelamaan ia menjadi satu kelaziman kepada pelajar. Di harap dengan
menggunakan kaedah FIFO ini akan dapat mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh
pelajar di peringkat Matrikulasi.

Kata kunci: Adjoint, Songsangan,Transpos

PAMERAN 8

RODA SIFIR

Zuzita Binti Ibrahim 1*, Tuan Arfah Binti Tuan Mat 2,
Roziah Binti Ismail 3, Muhamad Bin Ariffin 4 Dan
Nur Adeebah An-Najwa Binti Muhamad 5
Kolej Matrikulasi Kelantan, Hospital Machang 4
Sekolah Menengah Dato’ Perdana, Bachok
KELANTAN 5

[email protected], [email protected]
[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRACT

Different school practice different techniques in memorizing sifir. Some teachers practice
it by asking random questions involving sifir but some teachers apply partition squares that
range from 1 to 12. The first method require a lot of time to memorize "sifir" while the
second method using drill routine to fill the value of the empty squares of first until the
12th range.The objective of the "Roda Sifir" is to attract the elementary students to blend
in with the "Roda Sifir" Teaching Aids tool, also to continue mathematical interest until
primary school and importantly is to spark the intimacy of students-parents relationship.
“Roda Sifir” uses “Power point” animation. Numbers are divided into two categories, ones
place (“sa”) and tens place (“puluh”). The ones place (“sa”) use odd and even number
pattern while the tens place (“puluh”) uses logical approach. “Roda Sifir” can help
students to memorize the sifir in the nick of time.

Keywords: Odd number, even number, logical approach.

PAMERAN 9

GERABAK VEKTOR

1Nik Majizaidi bin Nik Muhammad, 2Roziah binti Ismail, 3Azlina binti Abd Kadir
4Husnita Binti Hussin, 5Nur Fadilah Binti Mohamad Zain
1-5Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan
KELANTAN

ABSTRAK

Gerabak Vektor adalah suatu alat maujud yang dibina untuk menunjukkan beberapa
aplikasi vektor seperti sudut antara garis dan satah, vektor normal terhadap satah
dan pelbagai lagi. Model Gerabak Vektor dibina daripada beberapa alatan terpakai
seperti kotak kertas A4, batang payung, klip kertas, dan sebagainya. Melalui
pemerhatian, pelajar mempunyai masalah dalam mengenalpasti aplikasi yang
menggunakan vektor, maka sasaran penyelidik adalah pelajar yang bermasalah dalam
topik Vektor. Penyelidik melaksanakan perkongsian Model Gerabak Vektor ini dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah bersama-sama pelajar di Kolej
Matrikulasi Kelantan. Sebelum penggunaan alat ini, didapati 85% pelajar dalam kelas
yang dikaji tidak dapat membayangkan situasi yang diberikan berkaitan vektor secara
lakaran dan seterusnya tidak mampu mencari nilai atau persamaan berdasarkan
formula. Selepas menggunakan Model Gerabak Vektor, temubual mendapati 100%
pelajar dapat mengaplikasikan model ini untuk menerangkan pelbagai aplikasi vektor
yang berkaitan. Model ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk
menyelesaikan masalah tidak dapat membayangkan situasi atau melakar gambarajah.
Apabila pelajar dapat menyentuh dan bermain dengan model ini, secara tidak
langsung pelajar dapat mengingati dan memahami dengan jelas.
Kata kunci: Gerabak Vektor, aplikasi vektor, lakaran, satah

PAMERAN 10

PROJEK WAKAF KALKULATOR

Roziah Binti Ismail
Wan Nor Izra Binti Wan Mohmad Rasdi

Mazlina Binti Mohd Zain
Nur Hidayah Binti M. Razif

Zuhaizi Bin Abdullah
Wan Nurlaila Binti Wan Ahmad

Badrisam Bin Saidin
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan

KELANTAN

ABSTRAK

Projek Wakaf Kalkulator diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan
kalkulator sepanjang tempoh minggu ulangkaji dan sepanjang peperiksaan.
Pemerhatian tertumpu kepada masalah kehilangan kalkulator di kalangan pelajar
yang berlaku dengan kerap menjelang peperiksaan. Sasaran adalah pelajar-pelajar
di Kolej Matrikulasi Kelantan yang menggunakan kalkulator sebagai medium
pengiraan sewaktu peperiksaan bagi subjek-subjek teras seperti Matematik, Fizik,
Pengurusan Perniagaan dan sebagainya. Memandangkan keperluan kalkulator
adalah sangat penting, penyelidik mewujudkan peluang kepada golongan yang
mampu untuk menyumbang dana bagi menyediakan seberapa banyak kalkulator
bagi menjayakan projek Wakaf Kalkulator. Projek ini telah dijalankan pada minggu
ulangkaji dan peperiksaan semester 1 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang
memuaskan. Pelajar yang memerlukan kalkulator mendapat akses mudah untuk
meminjam kalkulator sekali gus mengurangkan beban mereka semasa peperiksaan.
Dokumentasi proses kemasukan dana dan proses pinjaman kalkulator direkod
menggunakan perisian Excel bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan.
Penyelidik berharap, projek ini turut dijalankan pada waktu selain minggu
ulangkaji dan peperiksaan sekiranya dana mencukupi bagi membantu pelajar yang
memerlukan.

Kata kunci: Wakaf, kalkulator, pelajar memerlukan, pinjaman

PAMERAN 11

PROJEK DOKTOR KALKULATOR

Zuzita Binti Ibrahim, Nurulhuda Binti Taib, Mohd Shahridwan Bin Ramli
Ezzati Binti Jamil Dan Norkamaisah Binti Mohd Noor Husen
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan
KELANTAN

ABSTRAK

Projek Doktor Kalkulator diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan
keperluan membaiki kalkulator sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Kelantan.
Pemerhatian diberi terhadap masalah utama pelajar iaitu penukaran bateri baru dan
juga masalah yang melibatkan menyambungan wayar yang tertanggal dari lokasi asal.
Sasaran utama adalah pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan yang
menggunakan kalkulator sebagai medium pengiraan sewaktu peperiksaan bagi
subjek-subjek teras seperti Matematik, Fizik, Pengurusan Perniagaan dan
sebagainya. Memandangkan keperluan kalkulator adalah sangat penting, penyelidik
mewujudkan peluang kepada Dr Kalkulator KMKt untuk menyumbang tenaga bagi
menyediakan perkhidmatan ini. Bayaran RM 1 dikenakan bagi tujuan penggantian
bateri baru. Projek ini telah dijalankan secara besar-besaran pada sesi 2018/2019
dan telah mendapat sambutan yang memuaskan. Pelajar yang memerlukan
perkhidmatan ini mendapat akses mudah untuk membaiki kalkulator sekali gus
mengurangkan beban mereka semasa peperiksaan. Perkhidmatan ini juga diberikan
sepanjang minggu peperiksaan bagi membolehkan pelajar menjawab dengan lancar.
Dokumentasi proses baikpulih dan proses penukaran bateri baru kalkulator direkod
bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan. Penyelidik berharap agar projek ini
dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kata kunci: Doktor, Kalkulator, Bateri, Pateri

PAMERAN 12

PROJEK REZEKI PAGI (PRP)

Amirah Binti Mohammad, Nur Fadilah Binti Mohamad Zain
Ahmad Izudin Bin Yahya, Sarimi Bin Sabdin
Nur Azdiyanah Binti Mohd Nazri
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan
KELANTAN

ABSTRAK

Projek Rezeki Pagi (PRP) dijalankan bagi memberikan motivasi kepada pelajar di
Kolej Matrikulasi Kelantan untuk bangun di awal pagi. Telah menjadi kebiasaan
pelajar akan mengulangkaji sehingga lewat malam pada minggu ulangkaji dan
bangun lewat pada esok harinya. Budaya ini perlu disekat kerana ia mendatangkan
kesan yang buruk semasa minggu peperiksaan seperti mengantuk dan tidak terjaga
dari tidur. Sekumpulan penyelidik telah sepakat untuk membekalkan sarapan pagi
beserta air secara bergilir-gilir pada minggu ulangkaji PSPM 1 Sesi 2018/2019. Projek
Rezeki Pagi (PRP) ini dilaksanakan selama 5 hari dan sambutan yang diberikan amat
menggalakkan dari hari ke hari. Pelajar yang mengunjungi kubikal pensyarah akan
berpeluang untuk menikmati makanan percuma sepanjang berada di situ.
Dokumentasi proses penyediaan air dan proses pengagihan makanan direkod bagi
memudahkan penambahbaikan dilakukan. Penyelidik berharap, projek ini turut
dijalankan pada waktu selain minggu ulangkaji dan peperiksaan sekiranya dana
mencukupi bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Kata kunci: Rezeki, PSPM 1, Kubikal

PAMERAN 13

KEBERKESANAN KAEDAH ‘ICIC’ TERHADAP PELAJAR FIZIK DALAM TOPIK HUKUM KIRCHOFF

Norsarina bt Amran
Ahmad zahari b Azizan
Tuan Maziyah bt Tn Zin
Noorazah bt Mat Zali

Zuzita bt Ibrahim

Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia

KELANTAN

ABSTRAK

Kajian eksperimen ini secara umum bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah ‘1C1C’
terhadap Pelajar Fizik Dalam Topik Hukum Kirchoff di Kolej Matrikulasi Kelantan. Seramai
23 pelajar sesi 2017/2018 dari dua kumpulan tutoran terlibat dalam kajian ini. Kumpulan
yang dipilih ialah S1BT10 (11 orang) dan S1BT7 (12 orang). Sampel kajian dari kedua-dua
kumpulan adalah merupakan pelajar tutoran kepada penyelidik. S1BT10 dijadikan kumpulan
kawalan (KK) dimana pelajar tidak didedahkan dengan Kaedah ‘1C1C’ dan pembelajaran
adalah lebih kepada kaedah konvensional. S1BT7 pula dijadikan kumpulan rawatan (KR)
dimana semasa menjalankan aktiviti tutoran, pelajar didedahkan dengan Kaedah ‘1C1C’.
Ujian pra diadakan sebelum kaedah ‘1C1C’ dalam kelas tutoran bagi kedua dua kelas
tersebut, manakala ujian pos diadakan bagi kedua-dua kumpulan selepas Kaedah ‘1C1C’
dijalankan kepada kumpulan rawatan (KR). Kajian ini dianalisis dengan menggunakan
analisis deskriptif, Ujian Levene`s dan analisis statistik General Linear Model : Univariate
Ancova. Dapatan kajian keputusan ujian ANCOVA antara subjek menunjukkan bahawa
terdapat kesan utama pemboleh ubah bebas kelas (kaedah PdP berbeza) yang signifikan
terhadap pemboleh ubah bersandar ujian pos [F(2,221.542) = 8.381, p<0.05]. Keputusan
juga menunjukkan ada kesan utama pemboleh ubah kawalan ujian pra yang signifikan
terhadap pemboleh ubah bersandar ujian pos [F(1,221.542) = 8.237, p<0.05].Dapatan ini
menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar bagi kelas S1BT7 kumpulan rawatan
(KR) menggunakan kaedah 1C1C dengan kelas S1BT10 kumpulan kawalan (KK) yang
menggunakan kaedah konvensional.

Kata Kunci : Kirchoff, Fizik, Tutoran

PAMERAN 14

KAEDAH SS@S:
MEMBANTU PELAJAR MENGIRA RINTANGAN BERKESAN BAGI LITAR ELEKTRIK

1Zaihasma binti Ismail, 2Aifaa binti Awang Kechik, 3Saloma binti Zakaria
4Shiqah binti Ebrahim, 5Nurulhuda binti Taib

1-5Kolej Matrikulasi Kelantan
KELANTAN

ABSTRAK

Kaedah SS@S adalah Bahan Bantu Mengajar yang dibina untuk membantu pelajar
mengira rintangan berkesan bagi litar elektrik. Terdapat dua jenis susunan perintang
dalam litar elektrik iaitu susunan selari dan susunan sesiri. Bahan Bantu Mengajar
SS@S ini dihasilkan menggunakan perisian Power Point yang dilengkapi dengan
animasi dan simulasi gerakan arus yang melalui litar tertutup. Melalui pemerhatian,
didapati pelajar berhadapan dengan masalah dalam mengenalpasti jenis susunan
perintang dalam litar elektrik, maka sasaran penyelidik adalah pelajar yang
bermasalah dalam mengira rintangan berkesan di Kolej Matrikulasi Kelantan.
Penyelidik melaksanakan perkongsian Kaedah SS@S ini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pensyarah bersama-sama pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan sesi
2017/2018. Sebelum penggunaan alat ini, didapati 80% pelajar dalam kelas yang
dikaji tidak dapat membayangkan situasi yang diberikan berkaitan aliran arus dan
jenis susunan perintang secara lakaran dan seterusnya tidak mampu mencari nilai
rintangan berkesan. Selepas menggunakan Kaedah SS@S, temubual mendapati 100%
pelajar dapat mengaplikasikan BBM SS@S dengan baik. Kaedah SS@S ini memberi
peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang tidak
boleh digambarkan.

Kata kunci: Rintangan, Berkesan, Selari, Sesiri

PAMERAN 15

PROF. KALKULATOR

Zuzita Binti Ibrahim, Tuan Arfah Binti Tuan Mat,
Fatin Nabila Binti Rosly, Noor Hayati Binti Yaacob Dan

Nor Affizal Bin Shaffie

ABSTRAK

Projek Prof. Kalkulator diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan
manual penggunaan kalkulator jenis CASIO 570MS. Penyelidik memilih tajuk statistik
sebagai kajian rintis kerana tajuk ini dipelajari oleh pelajar sekolah menengah atas dan
juga pelajar di peringkat Matrikulasi. Bahan-bahan ditukarkan kepada kod QR mengikut
jenis data dan pelajar hanya perlu mengimbas kod QR tersebut bagi mendapatkan manual
penggunaannya. Sasaran utama adalah pelajar-pelajar yang mempelajari metematik
tambahan di sekolah menengah dan pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan yang
menggunakan kalkulator CASIO 570MS sebagai medium pengiraan sewaktu pembelajaran.
Memandangkan keperluan kemahiran penggunaan kalkulator adalah sangat penting dan
dalam masa yang sama penyelidik ingin mewujudkan budaya PAK21, maka manual
penggunaan kalkulator tidak diberikan dalam bentuk ”hardcopy” tetapi sebaliknya
manual penggunaan kalkulator diberikan dalam bentuk kod QR. Penyelidik berharap agar
projek ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan mengambilkira tajuk-
tajuk lain.

Kata kunci: Manual, kalkulator, Matrikulasi

PAMERAN 16

APLIKASI PBL DALAM PDPC SEJARAH

Rothiyah Ishak
SMK Hamzah, Machang. KELANTAN

Hasni Abdul Rahman
PPD Machang, KELANTAN

ABSTRAK

Poster yang dihasilkan merupakan satu gambaran hollistik pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek yang diaplikasikan dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Elemen
kepelbagaian strategi pembelajaran tidak menjanjikan keberkesanan suntikan 4K 1N jika
tidak mampu merealisasikan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih global.
Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan syarat utama untuk membuktikan
pelaksanaan PdPc berpusatkan murid atau aplikasi PAK-21. TMK juga tidak menjanjikan
inisiatif guru untuk mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi kepada corak
yang lebih moden. Justeru, tidak dapat dinafikan pemilihan teknik pembejalaran yang lebih
holistik seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Berasaskan Masalah dan
Pembelajaran Berasaskan Projek mampu melahirkan corak pembelajaran yang lebih menarik
dan relevan dalam usaha guru mengaplikasi pembelajaran berpusatkan murid di samping
menggarap kaedah pembelajaran koperatif. Terdapat sebilangan pendapat yang
menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan subjek yang membosankan namun
dengan aplikasi PBL, Sejarah mampu menjadi subjek yang sangat menarik dan efektif.
Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek yang berstruktur juga dapat menerapkan
kebolehan menguasai kemahiran asas insaniah semasa melaksanakan projek yang dirancang
tanpa mengkesampingkan Sukatan Pelajaran.. Antara lain, PBL juga .akan dapat
merealisasikan pentaksiran bilik darjah dan kemahiran berfikir aras tinggi mampu diaplikasi
secara menyeluruh. Justeru, PBL dalam mata pelajaran Sejarah sudah pasti dapat
merealisasikan 4K 1N sekali gus menyempurnakan aspirasi murid yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Kata kunci : aspirasi murid, pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi

PAMERAN 17

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
(PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASI (PM), PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB) DAN
PEMBOLEH UBAH DIMALARKAN (M) SAINS TAHUN 6 DENGAN MENGGUNAKAN “TEKNIK

JADUAL 9 KOTAK SAINS”

Zalmimi Bt. Ibrahim
Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2), Pasir Mas,

KELANTAN.

ABSTRAK

Pameran ini merupakan perkongsian aplikasi Teknik jadual 9 Kotak Sains dalam usaha
meningkatkan kemahiran proses sains(kps) iaitu mengawal pemboleh ubah : Pemboleh ubah
dimanipulasi (PM), mengawal pemboleh ubah bergerak balas (PB) dan mengawal pemboleh
ubah dimalarkan (M) bagi subjek sains tahun 6 dengan menggunakan Teknik Jadual 9 Kotak.
Pengkaji menggunakan tiga langkah utama untuk membantu murid-murid dalam
meningkatkan kefahaman dalam mencari pm, pb dan malar. Langkah pertama, murid-murid
diwajibkan untuk memahami TEKNIK JADUAL 9 KOTAK, langkah kedua BINA AYAT
PARAMETER DAN OBJEK dan langkah ketiga 50 KOLEKSI AYAT-AYAT PM,PB DAN MALAR. Cara
penyampaian kepada murid-murid adalah dalam bentuk 3 carta yang direka khas oleh
pengkaji. Teknik ini dapat membantu murid-murid tahun 4, 5 dan 6 terutama ketika mereka
hendak menjawab soalan Sains kertas 2. Idea ini tercetus hasil daripada murid-murid SKOT
(2) yang lemah dalam mencari pm, pb dan malar.Kajian ini dijalankan ke atas 17 orang
murid-murid 6 Hambali di SKOT (2). Murid-murid tahun 6 hambali ini adalah golongan murid
yang sangat lemah. Kedudukan kelas yang ke-empat. Antara tindakan yang telah dijalankan
ialah pengkaji mengadakan ujian 1 sebagai ujian pra dan ujian 2 sebagai ujian pasca, temu
bual dibuat sebelum dan selepas tindakan diambil. Dapatan kajian mendapati dalam ujian
pra dan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan pada tahap yang sederhana iaitu
daripada 2 orang kepada 10 orang responden yang mendapat lulus dalam Sains. Manakala
pada tahap lemah ada penurunan daripada 17 orang kepada 10 orang. Pengkaji mendapati
TEKNIK JADUAL 9 KOTAK ini banyak membantu responden yang lemah dalam mencari PM,
PB DAN MALAR yang amat sukar ketika menjawab soalan sains kertas 2 dan secara tidak
langsung dapat membantu responden dalam meningkatkan kefahaman kps mengawal
pemboleh ubah khusus untuk sains kertas 2. Selain itu, responden juga dapat menjawab
soalan tujuan, hubungan, hipotesis, 1 maklumat, 2 maklumat, dan membuat kesimpulan

PAMERAN 18

ABSTRAK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

Siti Shahara bt. Yusof
SMK Sri Intan, Machang

KELANTAN

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan projek ialah proses pembelajaran yang berlaku melalui tugasan
dengan matlamat akhirnya murid menghasilkan sesuatu projek. Murid akan memahami
matlamat pembelajaran mereka dengan cara merancang dan menghasilkan sesuatu produk.
Proses pembelajaran melalui pendekatan PBL ini bermula dengan soalan-soalan berpandu,
memahami konsep dan prinsip teras mata pelajaran. PBL berjalan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Pengintergrasian ini membuka peluang kepada guru
untuk lebih bijak mengguanakan sumber pendidikan supaya proses pengjaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Beberapa projek telah dibuat oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kerja berkumpulan yang terdiri daripada dua atau empat orang ahli. Berikut adalah
beberapa contoh hasil atau produk yang hasilkan oleh pelajar .
Penggunaan PBL dalam pengajaran telah memberi kesan positif ke atas sikap pelajar dari
segi pengetahuan dan tingkah laku pelajar di samping memperbaiki kaedah pengajaran
guru yang bersifat rutin dan tidak menarik . Kaedah PBL dapat membantu pelajar menangani
masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Melalui artifak yang
dihasilkan pelajar berupaya bertindak menyelesaikan masalah, membuat keputusan ,
mereka cipta dan menyelidik. PBL juga berupaya meningkatkan motivasi pelajar yang
didorong sifat ingin tahu.

PAMERAN 19

MOBILE LEARNING AS SOLAH

DALAM MENINGKATKAN KEOLEHAN PELAJAR PEKAK MENUNAIKAN SOLAT

Dr. Abdullah Bin Yusoff
Dr. Nik Hassan Bin Seman

Azhari Bin Muhamood
Zubir Bin Ismail

Che Noorwani Binti Che Wil

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan
[email protected]

ABSTRAK

Pameran ini merupakan aplikasi sebenar sejauhmana aplikasi program dalam membantu
orang pekak mengalami masalah dalam pendengaran dan pertuturan. Walau demikian, orang
pekak wajib melaksanakan solat seperti orang biasa. Kajian ini bertujuan untuk (1)
mengenal pasti kebolehan pelajar pekak melaksanakan solat, (2) mengenal pasti kefahaman
pelajar pekak terhadap perkataan berkaitan dengan solat, (3) menilai peningkatan
kebolehan menunaikan solat melalui penggunaan Mobile As Solah dan (4) menilai kebolehan
pelajar pekak bersolat selepas 4 minggu. Kajian ini berbentuk penerokaan secara deskriptif
yang mengaplikasikan kaedah kajian kes. Kajian ini dilakukan dalam dua fasa. Fasa Pertama
melibatkan 121 orang pekak dan Fasa Kedua 10 pelajar pekak. Instrumen yang digunakan
terdiri daripada pemerhatian, senarai semak, temu bual dan Mobile As Solah. Data dikutip
melalui pemerhatian langsung, catatan senarai semak dan temu bual. Dapatan daripada
kajian Fasa Pertama mendapati daripada 121 orang pekak 119 bersolat secara tidak betul.
Dua orang sahaja bersolat dengan betul. Setelah 6 sesi bimbingan secara ceramah dan tunjuk
cara tentang solat hanya satu orang sahaja yang dapat bersolat dengan betul yang
membuktikan kesukaran orang pekak bersolat. Dapatan ini dijadikan dasar dalam pembinaan
serta pemilhan bahan intervensi melalui Mobile As Solah. Pada Fasal Kedua, 10 pelajar pekak
dipilih sebagai sampel kajian. Kajian mendapati hanya 2 daripada 10 pelajar pekak dapat
bersolat dengan betul. Setelah mereka menggunakan Mobile As Solah selama 5 hari, berlaku
peningkatan pelajar bersolat dengan betul seramai 8 orang. Dalam aspek kefahaman
terhadap 27 perkataan, kajian mendapati hanya 2 daripada 10 orang memahami perkataan
berkaitan solat. Setelah diberi bimbingan melalui penerangan serta memperkenalkan kata
melalui isyarat dalam Mobile As Solah, kebolehan mereka meningkat kepada 9 orang.
Selepas 4 minggu, kajian mendapati 9 pelajar tersebut kekal dapat menunaikan solat dengan
betul. Kesimpulannya, pelajar pekak dapat melaksanakan solat jika BBM yang sesuai
digunakan semasa mereka belajar bersolat. Oleh itu, andaian yang mengatakan orang pekak
sukar belajar berkaitan keagamaan adalah meleset. Dicadangkan pembelajaran melalui
Mobile As Solah diperluaskan kepada orang pekak dengan meletakkan Mobile As Solah di
sekolah dan di Masjid. Orang biasa juga boleh mempelajari solat melalui Mobile As Soleh
kerana perisiannya adalah sesuai untuk semua orang.

Jawatankuasa Induk Kolokium Pendidikan Kebangsaan 2018
Dengan Tulus Ikhlas Ingin Merakamkan

Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih Kepada :

YBrs. En. Muhammad Zahari b. Othman
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

YBrs Tn. Hj Arazmi b. Seman
Pegawai Pendidikan Daerah Machang

YBhg. Prof. Dr Kamarul Shukri b. Mat Teh
Pensyarah Kanan, Fakulti Islam Kontemporari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Trengganu.

Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Machang

Majlis Guru Besar, PPD Machang

Majlis Pengetua Sekolah Menengah, PPD Machang

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang, Kelantan

Pegawai- pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Machang

Pemakalah

Pembentangan Poster & Pameran

Peserta-Peserta Kolokium Pendidikan Kebangsaan 2018

Dan

Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Secara
Langsung

Dalam Menjayakan
Kolokium Pendidikan Kebangsaan 2018


Click to View FlipBook Version