The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan, mari kita ketahui dengan lebih lanjut..

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mpu21032dka1d22.23kumpulan3, 2022-10-23 02:39:34

DASAR-DASAR KE ARAH PERPADUAN NEGARA (edit)

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan, mari kita ketahui dengan lebih lanjut..

Keywords: mingguan polimas,mpu21032,etika dan peradaban,e-majalah,dasar-dasar kerajaan,dasar-dsar kerajaan ke arah perpaduan negara,polimas,dka1d

OKTOBER 2022

MINGGUAN

POLIMAS

MPU21032 ISU SEMASA
PENGHAYATAN ETIKA DAN 2022
PERADABAN
IMEJ BARU
DASAR-DASAR
KERAJAAN KE SM : RM12.00
ARAH SS : RM15.00
PERPADUAN
NEGARA

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan
perancangan dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun.
Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke
arah perpaduan, mari kita ketahui dengan
lebih lanjut..

Sidang Redaksi OKTOBER, 2022

DIDEDIKASIKAN KHAS:

TN. PISOL BIN NASIR



KETUA EDITOR :

NUR AFIQAH AFIFAH BINTI SAHARUDIN
(03DKA1D22F1004)



PENOLONG KETUA EDITOR :

NUR FATIN NABILA BINTI MOHD AKHYAR
(03DKA22F1008)



KETUA ARTIKEL :

NUR FASIHAH BINTI ZAINOL
(03DKA22F1090)



KETUA GRAFIK :

DHAKSHETRA A/P MAHA PRAGASH
(03DKA22F1109)



KETUA WARTAWAN :

NUR SYAZA ALIYA BINTI YAHYA
(03DKA22F1040)



KETUA FOTOGRAFI :

NUR ALLYA NATASHYA BINTI AMIR ROSTAM
(03DKA22F1044)

Pengenalan

Disunting oleh: Nur Fasihah Binti Zainol Jumaat, 07 Oktober 2022

Perkataan dasar merujuk kepada tingkah
laku beberapa aktor atau pelaku yang
tertentu dalam pembuatan dasar awam
yang rasmi seperti agensi kerajaan dan
badan perundangan. Ianya juga merupakan
satu keputusan yang dibuat oleh individu
dankumpulan tertentu dalam sesebuah
kerajaan mengikut keadaan negara bagi
mencapai matlamat untuk mengurangkan
masalah tertentu dan pembangunan negara.
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar
tertentu akan kelihatan pincang dan sukar
bagi pemimpinnya memajukan sesebuah
negara. Keperluan dasar selain
pembangunan bertujuan meningkatkan taraf
hidup masyarakat dan merapatkan lagi
jurang antara kaum. Dasar-dasar dibentuk
bukan sahaja oleh negara-negara maju,
malahan lebih penting buat negara yang
baru membangun.

Dengan kata lain,

pembangunan sukar
dilaksanakan tanpa adanya
dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh.
Dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh
kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang
timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang
terdahulu. Proses merancang, menganalisis dan
mengadakan perubahan demi perubahan terhadap
dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat
dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat
mewujudkan sebuah negara maju.

1

JENIS
JENIS

DASAR

Disunting oleh: Fatin Nabila Binti Mohd Akhyar

Selepas merdeka, kerajaan telah Selain itu juga terdapat pelbagai Selepas merdeka,
memulakan perancangan dan dasar lain yang boleh dilihat dan kerajaan telah
melaksanakan pembangunan negara dikenal pasti memulakan
dengan lebih tersusun. Terdapat perancangan dan
beberapa dasar-dasar kerajaan ke Dasar penerapan nilai-nilai melaksanakan
arah perpaduan negara iaitu Islam dalam pentadbiran pembangunan
negara dengan
1) Dasar ekonomi baharu. Dasar Wasatiyyah Negara lebih tersusun.

2) Dasar kebudayaan kebangsaan. Dasar Luar Negeri WIKIPEDIA

3) Dasar pendidikan negara. Dasar Tenaga Malaysia
4) Dasar sosial negara. Dasar Pertahanan Negara
5) Dasar pembangunan nasional. Dasar Visa Ahli-Ahli ASEAN
6) Dasar wawasan negara. Dasar Pandang Ke TIMUR

Wikipedia ialah ensiklopedia yang berbilang bahasa,
berasaskan web, kandungan percuma. |
wikipedia.com

09 Oktober 2022   |    2

DASAR-DASAR KERAJAAN

Dasar
Ekonomi
Baharu

Disunting oleh: Nur Afiqah Afifah Binti Saharudin
11 Oktober 2022

Dasar ekonomi baharu ini diperkenalkan pada tahun
1970 dan mempunyai matlamat seperti berikut:

1) Pembasmian Kemiskinan Tanpa Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam
Mengira Kaum beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan,
perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan,
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan
merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya mendapat faedah dan pembahagian yang adil. Dalam dasar
dan golongan miskin tanpa mengira kaum. Jurang ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti
ekonomi yang besar antara kaum akan mencetuskan dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti
suasana yang tidak harmoni akibat rasa tidak puas rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera
hati antara satu sama lain. pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan
DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk
Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu:
kerajaan telah memberikan banyak tumpuan kepada
golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni -Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang
estet, petani, nelayan dan pesawah. berupaya.

2) Penyusunan Semula Masyarakat -Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi
tertentu.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) penyusunan
semula masyarakat menjadi antara matlamat penting -Melatih dan membentuk para usahawanan dan pedagang baru
ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian di kalangan masyarakat bumiputera.
tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan,
kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan -Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian
perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera.
dan taraf kehidupan pelbagai kaum
-Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakkan
ihtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta

3

DASAR NEGARA

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

P   enggubalan Dasar Kebudayaan Disunting oleh: Dhakshetra A/P Maha Pragash

Kebangsaan adalah penting bagi
sesebuah negara membangun dan
yang mempunyai penduduk
berbilang kaum seperti Malaysia.
Dasar ini nanti akan dapat menjadi
Garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia
antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat
dengan mempertimbangkan fakta-
fakta perkembangan sejarah serantau
dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat
tamadun dan perdagangan sejak dua
ribu tahun yang lampau. Peranannya
sebagai sebuah pusat pertemuan,
telah melahirkan proses interaksi,
pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur
yang sesuai kepada kebudayaan asas
rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia.

Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan APA ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN?
oleh Kerajaan sebagai Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu: K     ebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan

Berteraskan kepada Kebudayaan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Rakyat Asal Rantau Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
Unsur-unsur Kebudayaan Lain meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah negara
Yang Sesuai yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses
Islam Menjadi Unsur Yang Penting pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
Dalam Pembentukan Kebudayaan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan.
Kebangsaan Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

4

 Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau

Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai
pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang
bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya.

Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat
manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-
unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan
dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat
pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya
.
Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat
yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan
usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan
nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
P  embangunan Kebudayaan Kebangsaan amatlah penting
O  bjektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu

padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
mencapai tiga objektif penting iaitu: ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,
Kebudayaan. pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. usaha-usaha membimbing dan melatih.
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan kebangsaan dan kenegaraan.
pembangunan sosio ekonomi. Memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf
dan mutu kesenian..

5

Dasar Sosial Disunting oleh: Nur Syaza Aliya Binti Yahya
Negara

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar
pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai
murni dan peningkatan keupayaan insan bagi
mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19
Februari 2003 bermatlamat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dari aspek
sosial, ekonomi dan teknologi.

Setia anggota masyarakat berpeluang untuk
memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat
berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu,
berdayatahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama.

Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:

Menjamin setiap individu, keluarga dan
komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama, budaya jantina dan fahaman politik
serta wilayah dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara
serta menikmati kesejahteraan hidup secara
berterusan.

Memastikan keperluan asas individu, keluarga
dan masyarakat.

Membangun dan memperkasakan insan
sepanjang hayat.

Memperkukuh dan membangunkan sistem
sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dan

Menjana sinergimulti sektor

6

Dasar
Pembangunan
Nasional

Disunting oleh: Nur Allya Natashya Binti Amir Rostam

Tahun 1990, menandakan berakhirnya RRJPI dan DEB. Dalam tempoh perlaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun
pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses kejuruteraan
(sosioeconomic engineering) ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan
mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amya. RRJPK2 (1991-2000) telah digubal berasaskan DPN dan rancangan ini
menandakan bermulanya satu lagi era baharu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarkat yang bersatupadu adalah penting untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan
satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi.
Strategi perlaksanaan DPN merangkumi perkara berikut :

Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil
daripada pembangunan Negara.
Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunannegara dapat
dikekalkan secara berterusan

7

DASAR NEGARA 20 OKTOBER, 2022
MINGGUAN POLIMAS

Pengenalan kepada Dasar Pendidikan Negara

Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan
Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem
pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

Pengubalan ini merupakan satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan
dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam
pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem
rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam
masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan
sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi.
Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar
pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan
termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan
agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi,
kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh
kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu
digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat.
Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan
menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam
dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat
dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.

8

20 OKTOBER, 2022
MINGGUAN POLIMAS

PDeansadridikan
Negara

Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan
mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan
formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses
sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang.
Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia
hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat
sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu
sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis
dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,
orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi
dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini
dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem
Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Dasar-dasar baru yang
ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui
pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Sekolah-Sekolah.

9

Dasar Negara

Dasar Wawasan
Negara

Disunting oleh: Nur Fasihah Binti Zainol
26 OKTOBER 2022

Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan
dalam DWN adalah seperti berikut :

‘Menjana pertumbuhan yang Teras Utama Dasar Wawasan
didorong oleh sumber dan Negara:
kekuatan tempatan melalui
pengukuhan. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan
memupuk perpaduan, menyemarakkan
Pelaburan dalam negeri dan semangat patriotik, mendidik kematangan
pembangunan keupayaan politik, membina masyarakat supaya lebih
tempatan di samping penarikan. bertolak ansur dan penyayang yang tersemat
dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti
Membangunkan Malaysia sebagai hidup dan keutuhan ekonomi.
sebuah masyarakat berasaskan
pengetahuan. Menggalakkan pewujudan masayarakat yang
saksama melalui pembasmian kemiskinan dan
Menjadikan sektor pertanian, pengurangan ketidakseimbangan dalam
pembuatan dan perkhidmatan kalangan dan dalam kumpulan etnik serta
lebih dinamik melalui penerapan wilayah..
pengetahuan yang lebih tinggi.
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
dengan memperkukuh sumber pertumbuhan,
institutsi kewangan dan korporat serta
pengurusan ekonomi makro

10

KEPENTINGAN DASAR
KERAJAAN

Disunting Oleh: Fatin Nabila Binti Mohd Akhyar

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri
daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang
telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika
paling tinggi.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa
yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologitetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental

11

Dasar 2022
Negara
Kesimpulan
Disunting oleh:
Nur Afiqah Afifah Binti Saharudin D asar-dasar negara yang digubal oleh
kerajaan bertujuan untuk menjadikan
sebuah negara aman dan damai serta
menstabilkan sistem didalam negara. .
Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa
ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin
dalam suatu tempoh masa. Namun matlamat
dasar-dasar tersebut masih sama walaupun
mempunya sedikit perubahan. Selepas
tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang
digubal khusunya pada awal tahun 1970-an adalah
berteraskan DEB sebagai dasar induk yang
bertujuan untuk mencapai perpaduan negara.

12

SUMBER
SEGALA YANG DITULIS ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. SUMBER YANG ASAL
DAN ASLI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

BUKU :

Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dasar Buku Negara, Diterbitkan untuk MajJis Buku Kebangsaan Malaysia
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM, Dr. Mohd Bin Samsudin, Dr.
Azharudin Bin Mohamed Dali, Ridzuan Bin Hasan, Ishak Bin Saidoo,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020

Penghayatan Etika Dan Peradaban, Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki
Yusuff, Zaleha Embong, Penerbit UMK, 2022

INTERNET : OKTOBER 2022

BLOGPOST, DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA,
SYASYA, POLITEKNIK MALAYSIA KOTA KINABALU
https://mpu21032dasarkerajaan.blogspot.com/

BERITA HARIAN, 3 OBJEKTIF UTAMA DASAR PERPADUAN NEGARA, RAFIDAH
MAT RUZKI
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786274/3-
objektif-utama-dasar-perpaduan-negara-pm

ISSUU, E FOLIO ETIKA, MUHAMMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD SHOFI
https://issuu.com/izzatizzuddin/docs/e_folio_etika

ANYFLIP, DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA,
MUHAMMAD IKHWAN DAN AHMAD SHAHIR
https://anyflip.com/nuxho/xnuj/basic

13

POLIMASMINGGUAN

Mingguan POLIMAS adalah majalah pembelajaran tentang isu-isu
semasa dan perkongsian maklumat untuk siswazah-siswazah di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi tanpa mengira lokasi, bangsa dan agama.

Terima Kasih kerana sudi membeli dan membaca majalah ini.



untuk sebarang pertanyaan:
[email protected].


Click to View FlipBook Version