LANGKAH
KESELAMATAN DALAM
MAKMAL
SAINS
SEMESTER 1 (SVM)
KOD KURSUS : A04101
DISEDIAKAN OLEH : PN. KURNIAWATI BINTI HASHIM
1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
Peralatan perlindungan
diri ialah kelengkapan
yang diperlukan untuk
memberikan perlindungan
kepada pemakainya
daripada bahaya.
1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
Contoh-contoh Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya
Bil Nama Peralatan Fungsi
1 Gogal
2 Topeng muka -Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya
3 Sarung tangan seperti asid, bromin, ammonia dan logam reaktif.
Baju makmal -Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia
yang sengit dan mudah meruap serta debu.
Kasut bertutup/ kasut
keselamatan -Sarung tangan yang diperbuat daripada getah melindungi
tangan daripada bahan kimia berbahaya.
-Baju makmal terdiri daripada lapisan keselamatan dan
mudah untuk dibuka sekiranya berlaku kecemasan.
-Baju makmal penting untuk melindungi kerosakan pada
pakaian.
-Kasut yang bertutup perlu dipakai ketika berada di dalam
makmal untuk melindungi kaki daripada tumpahan bahan
kimia dan serpihan kaca.
1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal
Bil Nama Alat Fungsi
1. Kabinet aliran laminar • Mengelak kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dengan
(Laminar flow cabinet) mikrobiologi dijalankan
2. Kebuk Wasap • Digunakan untuk menjalankan eksperimen yang
(Fume chamber) menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar,
beracun, mengakis dan berbau.
3. Penyiram kecemasan • Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian
(Safety shower) badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera
4. Pembilas mata • Digunakan untuk membilas dan mencuci mata yang terkena
(Eyewash station) bahan kimia dengan segera.
1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
Kabinet aliran laminar Kebuk Wasap Penyiram kecemasan dan pembilas mata
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
Bahan sisa boleh dibahagikan kepada dua jenis:
i) Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki
ii) Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki
i) Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki
• Cecair atau larutan berkepekatan rendah dan tidak berbahaya.
• Contoh : bahan neutral, asid lemah, alkali lemah
ii) Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki :
• Sisa pepejal
• Bahan yang mempunyai nilai pH < 5 dan > 9
• Sebatian pelarut organic
• Bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak hydrogen peroksida)
• Bahan toksik
• Logam berat
• Bahan sisa organic (mikrob dan bangkai haiwan)
• Bahan buangan radioaktif
• Bahan meruap
• Bahan reaktif
Aktiviti 1
Tujuan : Mencari kesan pembuangan bahan yang tidak
boleh dibuang ke dalam singki.
Arahan:
1. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan
2. Cari kesan pembuangan bahan-bahan berikut ke
dalam singki :
3. Gunakan pelbagai sumber seperti internet dan pusat
sumber untuk mendapatkan maklumat.
4. Bentangkan hasil perbincangan.
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
Mengurus Bahan Sisa Biologi
• Bukan semua sisa biologi boleh dibuang ke dalam singki
makmal.
• Bahan sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang
boleh menimbulkan kemudaratan atau bahaya biologi.
• Contoh : bahan kumuh, tisu, bangkai, medium kultur, bekas
plastik, kaca dan sarung tangan.
• Bahan ini perlu diuruskan dengan menggunakan Prosedur
Operasi Standard (POS) untuk menguruskannya.
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
Prosedur Operasi Standard (POS) Pelupusan Bahan Biologi
Kategori bahan sisa Kategori A Kategori B
Jenis Bahan Sisa Biologi Peralatan tajam Pepejal tidak tajam
Contoh • Picagari • Sarung tangan
• Jarum • Tisu
• Bilah scalpel • Medium kultur
Pengurusan sisa biologi • Masukkan ke dalam bekas khas • Bungkus dan masukkan ke
(bekas sisa tajam). dalam beg plastic
• Tidak diautoklaf. biobahaya.
• Bekas disimpan ditempat yang • Diautoklaf dan
selamat sebelum dilupuskan. dimasukkan ke dalam tong
biobahaya
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
Prosedur Operasi Standard (POS) Pelupusan Bahan Biologi
Kategori bahan sisa Kategori C Kategori D
Jenis Bahan Sisa Bangkai, organ Cecair
Biologi
• Haiwan makmal • Darah
Contoh • Haiwan ujikaji • Serum
Pengurusan sisa • Dibalut dalam bahan penyerap • Dinyahkontaminasi secara
biologi (kertas, tisu), dibungkus rapi
didalam beg plastik biobahaya dan autoklaf.
disejuk beku sebelum dilupuskan. • Dilupuskan secara terus ke
dalam system kumbahan melalui
singki makmal atau tandas.
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
Carta Alir Operasi Standard (POS) Pelupusan Bahan Sisa Biologi
Lakukan pengasingan di • Sisa yang telah dibungkus itu dilabel dan
puncanya dengan betul
dimasukkan ke dalam tong biobahaya.
• Tong biobahaya disimpan sementara dalam
keadaan selamat, terkawal dan disejukkan
sebelum pelupusan berpusat dijalankan.
Kategori bahan sisa: Sisa yang telah dinyahkontaminasi
Kategori A : Disimpan sementara ditempat yang selamat dimasukkan kedalam beg biobahaya.
Kategori B : Dimasukkan ke dalam beg autoklaf kalis bocor
dan diautoklaf (suhu 121 C, tekanan 15 psi, 20 minit)
Kategori C : Dibungkus dengan cermat dan disimpan
sementara di dalam penyejuk beku
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
Kemalangan di dalam makmal boleh
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian
di luar jangkaan atau kurang kemahiran dan
pengetahuan dalam pelaksanaan
eksperimen.
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
Antara kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal :
• Terkena serpihan kaca
• Terkena asid atau alkali pekat
• Berlaku kebakaran kecil
• Terkena serpihan letupan tindak balas logam reaktif
• Termometer pecah
• Kebocoran gas atau kebocoran bahan kimia
• Kejutan elektrik
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
Langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan melibatkan
tumpahan bahan kimia
Guru atau Kawasan Tumpahan disekat
pembantu makmal tumpahan daripada merebak
dijadikan sebagai menggunakan pasir
perlu diberitahu Kawasan larangan untuk membentuk
dengan segera jika
sempadan
berlaku
kemalangan
Tumpahan bahan Tumpahan bahan
kimia dibuang dengan kimia dikaut
selamat
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
Keracunan Merkuri
• Merkuri atau raksa merupakan unsur logam berat berwarna
perak.
• Walaupun hanya sebatang thermometer terjatuh dan pecah,
merkuri yang tertumpah boleh menyebabkan sesak nafas dan
pengsan.
• Langkah pertama yang perlu diambil sekiranya thermometer
pecah di dalam makmal ialah segera melaporkan kepada guru.
• Keracunan merkuri berlaku apabila seseorang terkena merkuri
melalui cara terhidu wap, tersentuh atau melalui penyerapan
kulit.
• Racun merkuri boleh menyerang sistem saraf, salur
pencernaan, ginjal dan merencat pertumbuhan fetus.
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
Langkah-langkah menguruskan kemalangan yang melibatkan merkuri
Guru atau pembantu Kawasan tumpahan Serbuk sulfur
makmal dimaklumkan dijadikan sebagai ditaburkan untuk
Kawasan larangan menutupi tumpahan
dengan segera
merkuri
Jabatan Bomba perlu
dihubungi dengan
segera
LANGKAH MENGURUS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
Jenis Pemadam Kebakaran
• Kebakaran berlaku jika terdapat bahan api, oksigen dan
haba.
• Oleh itu, untuk memadam kebakaran, salah satu daripada
syarat itu perlu disingkirkan.
• Alat pemadam kebakaran adalah sejenis alat yang
digunakan untuk mengawal atau memadam kebakaran.
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
• Terdapat empat
jenis alat pemadam
kebakaran yang
biasa digunakan.
• Alat pemadam
kebakaran
dikelaskan
berdasarkan punca
kebakaran.
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
Jenis alat pemadam kebakaran dan kegunaannya
Jenis alat Warna Punca Api/ Bahan Bakar Penerangan
pemadam label
kebakaran Air mempunyai kesan penyejukan dan
Merah Kebakaran jenis pepejal, kain, menyingkirkan salah satu syarat kebakaran,
Air kertas dan kayu. iaitu haba
Buih Krim Kain, kertas, kayu, minyak, cat dan Buih mempunyai kesan penyejukan seperti air.
gas asli Selain itu buih juga akan membentuk satu
lapisan mengasingkan api dengan bahan api.
Karbon dioksida Hitam Kebakaran elektrik seperti papan Karbon dioksida memadamkan api dengan
Serbuk Kering Biru
transformer, peralatan elektrik, gas menyingkir dan menggantikan oksigen (salah
dan wap. satu syarat kebakaran).
Memadam semua jenis kebakaran Serbuk kering menutupi api dengan
sama ada logam atau bukan logam. membentuk satu lapisan antara bahan api dan
oksigen.
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
Terdapat satu jenis lagi pemadam kebakaran yang
biasa dijumpai di dalam makmal, iaitu jenis ABC.
Pemadam kebakaran jenis ini mempunyai beberapa
kelebihan, iaitu :
a) Digunakan untuk semua jenis kebakaran (terutama
Kelas A, B dan C), kecuali kebakaran Kelas D yang
disebabkan oleh logam.
b) Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan
c) Tidak mencemarkan tanah
d) Menghasilkan kelembapan yang lebih lama.
e) Penyelenggaraan yang minimum (sekurang-
kurangnya sekali setahun)
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
Kaedah Penggunaan Pemadam Kebakaran
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
Selimut Kebakaran
• Selimut kebakaran digunakan untuk
menyelubungi tempat yang terbakar.
• Ia diperbuat daripada kain rintangan api
yang mempunyai dua lapisan gentian kaca.
• Fungsi selimut kebakaran ialah :
a) Boleh memadamkan api yang kecil
atau sederhana dengan berkesan.
b) Menyelamatkan seseorang
terkena nyalaan api dengan cara
membalut badan mangsa.
• Setiap makmal juga perlu mempunyai
sekurang-kurangnya dua baldi berisi pasir
kering. Pasir kering digunakan untuk
memadamkan kebakaran kecil termasuklah
pembakaran logam.
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
• Jika berlaku kebakaran, penggera kebakaran perlu diaktifkan dengan segera.
• Semua suis elektrik perlu ditutup.
• Pastikan semua orang keluar dari makmal dalam keadaan beratur.
• Jika kebakaran berlaku ke atas badan murid, pastikan murid tersebut tidak
berlari-lari, sebaliknya baring di atas lantai.
• Gunakan selimut api untuk membalut badan mangsa.
• Elakkan menyiram badan mangsa dengan air atau menggunakan alat
pemadam kebakaran ke atas mangsa.
AKTIVITI 1.1
MENCIPTA ALAT PEMADAM KEBAKARAN RINGKAS
PEMADAM API BUATAN SENDIRI Perbincangan:
Cuka bertindak balas dengan soda bikarbonat untuk
Tujuan : Mencipta alat pemadam kebakaran menghasilkan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida
menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada udara .
rumah Gas karbon dioksida mengurangkan oksigen lalu
mamadamkan api
Radas dan Bahan : Botol Plastik, Benang, Soda
Bikarbonat, Cuka/Asid Etanoik, Tisu, Sabun Pencuci. Kesimpulan : Hasil tindak balas antara cuka dan soda
bikarbonat boleh memadamkan kebakaran keci
Prosedur
INGAT !!! Safety First! semoga berjaya. Selamat mencuba!
1) Isikan botol kira-kira setengahnya penuh dengan
cuka.
2) Masukkan serbuk pencuci ke dalam botol
3) Gantungkan soda bikarbonat yang telah dibalut
dengan tisu menggunakan benang
4) Goncangkan botol sebelum menggunakannya
5) Halakan botol pada api
TERIMA KASIH