The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Fazlina Duanam, 2024-01-08 03:05:09

1 Pantun 1 Jabatan

1 Pantun 1 Jabatan

PDTAG 1 Pantun 1 Jabatan TAHUN 2023 Buku Pantun "Memartabatkan Warisan Seni Pantun" PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH 78000 ALOR GAJAH, MELAKA www.pdtag.gov.my www.facebook.com/pdtag pdtalorgajah 06-333 3333 06-5563488 Bijak Laksana Tuah Berani Laksana Jebat


Pantun JABATAN PDTAG cemerlang tinggi prestasi, Warganya cerdik penuh wawasan, Komited menyumbang hasil negeri, Progresif Dinamik jadi sandaran.


Pantun YANG TERPILIH NORZILAWATI BT ABU BAKAR @ IBRAHIM NORAZURA BINTI AB RAHIM PDT Alor Gajah lama bertahan, Prestasi cemerlang sebutan watan, Dinamik progresif jadi sandaran, Supaya kekalkan kecemerlangan. Kapal dagang sarat muatan, Pedagang dari Pulau Jawa, Kakitangan komited memberikan perkhidmatan, Progresif dan Dinamik tersemat di jiwa.


Pantun BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN KAMARIAH BINTI SIDEK Bunga kesidang penuh di saku, Harum mewangi sampai ke subuh, Warga PDTAG bagai isi dengan kuku, Laksana bersatu teguh bercerai roboh. Bunga kesidang daun semalu, Seri pagi indah melata, Warga PDTAG mesra, harmoni selalu, Sehati sejiwa seiya sekata. PDTAG ceria penuh sejarah, Bangunannya megah tersergam indah, Warganya harmoni, mesra serta peramah, Bersemangat waja, kental serta tabah. Berbagai kisah penuh berliku, PDTAG, disitu tempat berlaku, Warganya bagai isi dengan kuku, Sedia berbakti tak kira waktu. MOHD SHAHROLL BIN ABDULLAH Jebat dan Tuah seindah namanya, Bijak dan Berani menjunjung titah Raja, Jabatannya megah didalam daerah, Itulah dia Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.


Pantun UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT BAHARUDDIN BIN AB RASID Bila rindu terpandang pandang, Ingatkan dikau tidak terkira, Sawah menghijau sejuk mata memandang, Alor bersatu aman makmur sejahtera. Pagi pagi mengail sembilang, Hari hati sengat berbisa, Alor Gajah maju gemilang, Rakyat nya hidup aman sentosa. Bila rindu terpandang pandang, Ingatkan dikau tidak terkira, Sawah menghijau sejuk mata memandang, Alor Gajah bersatu aman makmur sejatera.


Pantun UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT WIDIAASTUTY BINTI SOFYAN MUHAMMAD HATTA BIN MAHMOD Pahlawan Dol Said Wira yang dikenang, Menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka, Diucapkan Tuan Dan Puan Selamat Datang, Warga Pdtag sambut dengan hati terbuka. Anggotanya unggul berdedikasi, Sistem pentadbirannya berkesan dan berkualiti, Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah umpama nadi, Untukmu Alor Gajah yang sentiasa dihati. RUBIS BINTI ISMAIL Bersedia Maju Penuh Semangat, Progresif & Dinamik Imej Dituruti, Walau Luruh Peluh Keringat, Tidak Regresif Terus Berbakti.


Pantun UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL SAMSUDIN BIN NASRI Pahlawan Dol Said Wira yang dikenang, Menjadi kebanggaan rakyat jelata Alor Gajah, Diucapkan Tuan dan Puan Selamat Datang, Warga Pdtag sambut dengan senyuman diwajah. Dato’ Dol Said Pahlawan Terbilang, Pemimpin Melayu Gagah Perkasa, Budaya Mesra Pelanggan Janganlah Hilang, Amalan Dikenang Sepanjang Masa. Menyeberang Sungai Dengan Titi, Hendak Menuju Ke Kampung Sebelah, Bertegur Sapa Saling Menghormati, Mohon Maaf Andai Tersalah. Dari Kuala Linggi ke Balai Nelayan, Singgah Sebentar di Jeti Pengkalan, Tonggak Sebelas Dijadikan Panduan, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Merialisasikan


MOHD AZAM BIN ZALIL Pengkalan Balak Pantainya Indah, Pahlawan Dol Said Namanya Termahsyur, Pemimpin Gemilang Rakyatnya Peramah, Daerah Maju Pembangunannya Tersohor. Pantun UNIT PENGUATKUASAAN TENIKAL DAN HASIL Dataran Keris Tempat Bersejarah, Di situ Tempatnya Pejabat Daerah, Kebajikan Masyarakat menjadi Amanah, Kebaktian Terpuji Penyatuan Ummah. Merbah Melayang Di Pohon Ara, Hinggap Di Pohon Berkawan-Kawan, Alor Gajah Maju Rakyat Sejahtera, Jabatan Gemilang Pemangkin Warisan. Pengkalan Balak Pantainya Indah, Pahlawan Dol Said Namanya Termahsyur, Pemimpin Gemilang Rakyatnya Peramah, Daerah Maju Pembangunannya Tersohor. Enak Rasanya Si Udang Galah, DiMasak Lemak Bersama Peria, Pesat Membangun Alor Gajah, Daerah Indah Menggamit Dunia.


BARI'AH BINTI DZULKIFLI Menganyam bakul berpatah silang, Hasilnya cantik menjadi rebutan, Masyhur Dol Said pahlawan terbilang, Alor Gajah terus menjadi sebutan. Pantun UNIT PENDAFTARAN Tanjung Bidara ke Tanjung Tuan, Indahnya sungguh luas pemandangan, Makmurnya daerah tempat tumpuan, Pelbagai tempat jadi kunjungan. Sekian lama di bumi bertuah, Pejabat Daerah teguh berpaksi, Bermula 1938 Alor Gajah menyerlah, Zaman berzaman megah berdiri.


UNIT PEMBANGUNAN TANAH DAN PELUPUSAN NORZILAWATI BT ABU BAKAR @ IBRAHIM Bunga kesidang kebanggaan Melaka, Jadi pilihan si dara rupawan, Warga PDTAG muafakat belaka, Moga berkekalan sepanjang zaman. Pantun Alunan gurindam mengikut ritma, Si dara mendengar tersenyum girang, Integriti & muafakat agenda utama, Moga warga PDTAG terus cemerlang PDT Alor Gajah nama diberi Penyumbang utama hasil negeri, Kerjasama muafakat pemangkin prestasi, Terus cemerlang tadbir negeri.


BAHAGIAN PERUNDANGAN NORAZURA BINTI AB RAHIM Perahu hanyut tidak berarah, Terdampar jauh tidak diikat, Di bawah pimpinan Pegawai Daerah, PDTAG memacu pembangunan masyarakat. Pantun PDTAG bekerja seikhlas hati, Tidak pernah meminta balasan, Amalan rasuah perlu dijauhi, Jika tidak merana badan. Pahlawan Dol Said tokoh sejarah, Menentang British demi Negara, Dari Kuala Linggi ke penghujung Daerah, Tanah Adat Melaka harus dipelihara.


Terima Kasih "Memartabatkan Warisan Seni Pantun" 1 Pantun 1 Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH 78000 ALOR GAJAH, MELAKA www.pdtag.gov.my www.facebook.com/pdtag pdtalorgajah 06-333 3333 06-5563488 Bijak Laksana Tuah Berani Laksana Jebat


Click to View FlipBook Version