The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Bahagian Agama dan Kaunseling JIPS Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2019.

Buletin BAKA adalah inspirasi dari YDH DCP Dato' Dr Laila bt Hj. Ali, Timbalan Pengarah BAKA dan diterajui oleh YDH SAC Hj. Ghazali bin Hj. Daud, KPP BAKA serta YDH ACP Zahari bin Mohamed selaku Editor bersama semua SIDANG REDAKSI menyediakan buletin ini.

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Selamat membaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zac Al-Razye, 2020-04-20 06:37:16

BULETIN BAKA 2019

Buletin Bahagian Agama dan Kaunseling JIPS Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2019.

Buletin BAKA adalah inspirasi dari YDH DCP Dato' Dr Laila bt Hj. Ali, Timbalan Pengarah BAKA dan diterajui oleh YDH SAC Hj. Ghazali bin Hj. Daud, KPP BAKA serta YDH ACP Zahari bin Mohamed selaku Editor bersama semua SIDANG REDAKSI menyediakan buletin ini.

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Selamat membaca.

PENGARAH

JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD

POLIS DIRAJA MALAYSIA






Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Buletin BAKA Bukit Aman 2019 di

atas kejayaan menerbitkan Buletin BAKA yang penuh berinformasi. Terima kasih kerana
memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin ini.


Warga kerja yang berkualiti tinggi merupakan aset penting kepada kejayaan sesebuah
organisasi dan negara. Enam teras dimensi nilai iaitu amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan
bersyukur yang termaktub dalam Garis Panduan Pelaksanaan dan Mekanisma Sistem
Penyeliaan Program Nilai-nilai Murni dan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) Perkhidmatan
Awam bukan sekadar memerlukan individu untuk melengkapkan keperluan dirinya sahaja,

sebaliknya melibatkan etika dan tindakan baik yang dilakukan dalam persekitaran kerja dan
organisasi. Kesemua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan moral serta
tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan individu akan
mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi. Justeru,
pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi

amat perlu diterapkan dalam diri setiap individu sebagai usaha pemantapan jati diri dalam
mencapai kesejahteraan psikologi secara holistik.


Program-program yang dilaksanakan oleh BAKA memberi penekanan kepada elemen-elemen
PSIKOLOGI dan KEROHANIAN/KEAGAMAAN. Elemen-elemen ini merupakan agen
transformasi dalam peningkatan, pembudayaan dan pengukuhan integriti warga PDRM, dan
mampu menjadi pelengkap kepada pembangunan modal insan PDRM yang sejahtera,
berprestasi tinggi dan berkualiti. Ia sekaligus mampu memastikan mutu penyampaian

perkhidmatan dapat disampaikan dengan cekap dan profesional serta berintegriti. Syabas
kepada pihak BAKA kerana dapat menyahut saranan pucuk pimpinan tertinggi PDRM untuk
meningkatkan integriti warga Pasukan melalui program dan aktiviti yang berjaya dilaksanakan
secara berterusan di Bukit Aman, Kontinjen, Briged dan Formasi.


Saya juga mengucapkan tahniah di atas usaha dan inisiatif BAKA untuk menerbitkan Buletin
BAKA Tahun 2019 ini. Adalah diharapkan penerbitan buletin ini dapat menjadi satu wacana
penyampaian maklumat yang lebih pantas dan sistematik, yang akhirnya diyakini mampu

memberi impak tinggi serta menghasilkan outcome seperti yang ditetapkan. Kepada pembaca
buletin ini, semoga beroleh ilmu dan manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.


CP Dato’ Zamri bin Yahya
Pengarah
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Polis Diraja Malaysia

TIMBALAN PENGARAH (AGAMA DAN KAUNSELING)

JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD

POLIS DIRAJA MALAYSIA








Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Bahagian Agama dan

Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah berjaya menerbitkan Buletin BAKA Tahun 2019. Sekalung syabas dan tahniah
kepada Sidang Redaksi Buletin BAKA kerana kesungguhan mereka itu menyebabkan buletin
ini dapat direalisasikan.
Saya percaya dan yakin artikel-artikel dan maklumat-maklumat dalam buletin ini akan dapat
menambahkan pengetahuan warga PDRM mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab

BAKA sebagai “agen perubahan” dalam usaha penerapan dan pembangunan sahsiah dan
integriti warga PDRM berteraskan pendekatan psikologi dan spiritual / kerohanian. Pada
masa yang sama, buletin ini diharap dapat menangkis persepsi negatif warga PDRM
terhadap BAKA yang antara lainnya hanya dilihat sebagai pembaca doa sahaja.

Beban kerja yang semakin bertambah dan keadaan persekitaran serta senario semasa yang
begitu mencabar telah menyebabkan segelintir warga PDRM menghadapi tekanan, di mana

ia boleh menjurus kepada perlanggaran disiplin dan salah laku serta boleh menyumbang
kepada statistik bunuh diri dalam kalangan warga PDRM. Di sinilah peranan yang boleh
dimainkan oleh BAKA untuk membantu mereka yang terlibat. Justeru, buletin ini diharap
dapat memberikan insight kepada warga PDRM terhadap usaha-usaha BAKA untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup warga PDRM.

Sekian, Wassalam.


DCP Dato’ Dr Laila binti Hj. Ali


Timbalan Pengarah (Agama Dan Kaunseling)
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard


Polis Diraja Malaysia

BULETIN BAKA BUKIT AMAN TAHUN 2019








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Pembaca,



Pertama-tama, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
di atas limpah kurniaNya hingga kita semua masih diberi kesempatan untuk
melaksanakan kewajipan yang diamanahkan termasuk memperkembangkan ilmu
pengetahuan dalam kalangan warga PDRM.

Ilmu pengetahuan kini menjadi titian yang dapat mendorong kita ke mercu kejayaan
dalam era baru globalisasi. Sebagai warga yang prihatin serta menghargai pengorbanan

dan usaha pemimpin kita dalam konteks perkhidmatan yang kita sumbangkan kepada
bangsa dan negara, penerbitan Buletin Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit
Aman ini dilihat dapat berfungsi sebagai medium perantaraan bagi menyampaikan
mesej agar kita bangkit menyahut seruan pemimpin untuk memperbaiki diri demi
kemajuan dan kesejahteraan Pasukan.

Saya berharap segenap lapisan warga PDRM tidak berhenti menimba ilmu pengetahuan
selagi masih berkhidmat dalam PDRM, bukan saja untuk menjamin penerusan karier
bahkan juga membina akhlak dan peribadi serta kewibawaan sebagai warga PDRM

yang profesional dan berkebolehan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang
terlibat yang telah bekerjasama dan berusaha menghasilkan edisi kali ini. Adalah
menjadi harapan saya agar buletin ini dapat berfungsi sebagai wadah dan menjadi
saluran untuk menyampaikan maklumat, sumber ilmu pengetahuan serta menyebarkan
berita-berita muktahir kepada seluruh warga PDRM.



Salam hormat



ACP Zahari bin Mohamed
Editor Buletin BAKA 2019
Bahagian Agama dan Kaunseling
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Polis Diraja Malaysia Bukit Aman

E-mail kepada [email protected]

BULETIN BAKA 2019



CP DATO’ ZAMRI BIN YAHYA
PENGARAH
JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN
STANDARD


DCP DATO’ DR LAILA BINTI HJ. ALI
TIMBALAN PENGARAH (AGAMA DAN KAUNSELING)
JIPS








ACP ZAHARI BIN MOHAMED P/SAC HJ. GHAZALI BIN HJ. DAUD ACP ZAITON BINTI HUSSAIN
PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH (PSIKOLOGI DAN KAUNSELING)
(KESEJAHTERAAN ORGANISASI) (AGAMA DAN KAUNSELING) JIPS







PUAN IMLAH BINTI ABD AZIZ SUPT TURIMAN BIN AHMAD TABON PN. NOR AZIZI BINTI MANSOR
PEGAWAI TURUS AGAMA S48 PEGAWAI TURUS KAUNSELING PEGAWAI TURUS PSIKOLOGI S48



INSP AXRUL SYAH BIN HJ AHMAD
(INSP KESEJAHTERAAN ORGANISASI)
DSP SUZALANI BIN SHAFIE
(DSP KAUNSELING KERJAYA / KELUARGA)
EN. MOHAMAD SAIDI BIN JAAFAR
(KETUA UNIT PENGIMARAHAN MASJID / SURAU / KAFA S44)
ASP HJ MUHAMMAD RIDHUWAN BIN ZAINI
(ASP KESEJAHTERAAN ORGANISASI (1)) EN. MOHD ILIYAS BIN MOHAMAD RAZALI
(KETUA UNIT ALAT UJIAN DAN PENGUKURAN PSIKOLOGI S44)

EN. EIZZUL A’LA BIN BAJURI@MOHAMAD
PN. NUR HUSNA BT MOHD HAFIZ
(KETUA UNIT DAKWAH & PENERBITAN S44) (KETUA UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PSIKOLOGI S44)

PN. MAZLIZA SURIAYANA BT DOLLAH
(KETUA UNIT SAHSIAH) PN. YAP LAI KENG
(PEGAWAI PSIKOLOGI S41/44)

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING BUKIT AMAN 2019



20192019





















SUPT YA20

SEKALUNG PENGHARGAAN PENGARAH JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD


SEKAPUR SIRIH TIMBALAN PENGARAH (AGAMA DAN KAUNSELING) JIPS


KATA ALUAN EDITOR BULETIN BAKA BUKIT AMAN TAHUN 2019

SIDANG REDAKSI

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS BUKIT AMAN TAHUN 2019



ARTIKEL PILIHAN

SENARAI AKTIVITI CAWANGAN AGAMA (UNIT DAKWAH DAN PENERBITAN)
SENARAI AKTIVITI CAWANGAN AGAMA (UNIT PENGIMARAHAN MASJID / SURAU / KAFA)

SENARAI AKTIVITI CAWANGAN AGAMA (UNIT SAHSIAH)

SENARAI AKTIVITI CAWANGAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UNIT PSIKOLOGI)

SENARAI AKTIVITI CAWANGAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UNIT KAUNSELING)

SENARAI AKTIVITI CAWANGAN KESEJAHTERAAN ORGANISASI

PROGRAM ROCK, CHANGE, AND CARE (RCC)

INFO SEMASA (MODUL KEFAHAMAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL BAGI KENAIKAN PANGKAT PDRM)

POSTER HASIL KAJIAN BUNUH DIRI DALAM KALANGAN WARGA PDRM
REHAT DAN RAWAT (R&R)

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN BAKA

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BAKA JIPS BUKIT AMAN TAHUN 2019
AKTIVITI SANA SINI SINUN (KENANGAN 2019)

KATA-KATA HIKMAH

#COVID-19 DAN NO TELEFON PERKHIDMATAN SOKONGAN PSIKOLOGI (TELE-PSYCARE)

FOKUS BAKA BAGI TAHUN 2020

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING,
JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD,
POLIS DIRAJA MALAYSIA: SATU TINJAUAN

Oleh: DCP Dato’ Dr Laila binti Hj. Ali


Pendahuluan


Kepentingan ilmu agama dan kaunseling telah lama disedari oleh pucuk pimpinan Polis

Diraja Malaysia (PDRM). Justeru itu, ia dimasukkan dalam silibus Kursus Latihan Asas

Kepolisan PDRM, diikuti penubuhan Unit Agama pada skala yang kecil. Pada 16 Ogos

1996, Unit Kaunseling telah ditubuhkan di Bahagian Tatatertib, Bukit Aman.
Bagaimanapun, Unit Kaunseling ini dipisahkan dari Bahagian Tatatertib berdasarkan

stigma yang ada dan distrukturkan semula menjadi Cawangan Psikologi dan Kaunseling

PDRM pada tahun 2002. Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM diletakkan di
bawah kawalan Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Cawangan ini seterusnya telah

mengemukakan permohonan tambahan 537 perjawatan kepada Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) pada 28 Mei 2005.

Sementara itu pada 13 Mei 2005, Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan

Perjalanan dan Pengurusan PDRM telah mencadangkan agar Unit Agama ditubuhkan

untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis. Sehubungan itu, bagi

memenuhi keperluan semasa, kedua-dua Unit Agama dan Cawangan Psikologi dan
Kaunseling PDRM digabungkan menjadi Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)

PDRM. BAKA telah diluluskan penubuhannya mengikut Waran Perjawatan K41 tahun
2007 bertarikh 3 April 2007. Perjawatan yang diluluskan adalah sebanyak 1,503 di mana

20% diisi oleh pegawai polis dan selebihnya pegawai awam terdiri daripada Pegawai

Hal Ehwal Islam (PHEI) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pegawai

psikologi/kaunselor dari JPA. BAKA diketuai oleh seorang pegawai kanan polis
berpangkat Senior Assistant Commissioner Police (SAC) dan diletakkan di bawah

Urusetia Ketua Polis Negara (KPN). Ia beroperasi di peringkat Bukit Aman, kontinjen,

daerah, briged dan batalion Pasukan Gerakan Am (PGA), Institusi Latihan Kepolisan,
Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Unit Udara Polis

(UUP). Perjawatan BAKA yang telah diluluskan adalah seperti di Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Perjawatan BAKA PDRM yang Diluluskan di Seluruh Negara
Mengikut Waran Perjawatan K41 Tahun 2007

Pegawai Pegawai Awam
Bil Unit Beruniform Wujud Sedia Ada Jumlah

1 Agama 67 973 * 1,040

2 Kaunseling 170 114 * 284
3 Pentadbiran - 179 179
Jumlah 237 1,266 1,503


Jadual 1 menunjukkan terdapat 237 pegawai polis dan 1,266 pegawai awam
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,503 perjawatan BAKA di seluruh negara.


Perubahan Struktur Organisasi BAKA PDRM



Dengan tertubuhnya Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM pada 25
Julai 2014 mengikut Waran Perjawatan Bil. K69 Tahun 2014 bertarikh 1 Januari 2014,

BAKA telah digabungkan dengan Urus Setia KPN (Tatatertib) dan Cawangan Naziran

jabatan-jabatan yang dikoordinasikan di dalam satu jabatan yang khusus kepada

Integriti dan Pematuhan Standard. Ini selaras dengan Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013
mengenai penubuhan Unit Integriti di setiap kementerian atau agensi. JIPS diketuai

oleh seorang Pengarah berpangkat Commissioner Police (CP), dan dibantu oleh dua
Timbalan Pengarah berpangkat Deputy Commissioner Police (DCP) iaitu Timbalan

Pengarah JIPS (Integriti) dan Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard). BAKA

yang menjadi Cawangan Agama dan Kaunseling diletakkan di bawah Bahagian Integriti

bersama-sama Cawangan Tadbir Urus dan Kepolisan Am (TUKA) serta Cawangan
Pengurusan Aduan (CPA). Jawatan utama seperti Ketua JIPS Kontinjen/Daerah/

Formasi adalah jawatan asal Ketua BAKA dan perjawatan BAKA.


Ekoran pengukuhan perjawatan melalui Waran Perjawatan Bil. K164 Tahun

2017 bertarikh 18 Disember 2017, Cawangan Agama dan Kaunseling telah dinaik taraf

ke Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dan diketuai oleh seorang pegawai kanan

polis berpangkat DCP.

Terkini, Pengarah JIPS dibantu oleh tiga Timbalan Pengarah berpangkat DCP iaitu

Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) dan
Timbalan Pengarah JIPS (BAKA). Timbalan Pengarah JIPS (BAKA) dibantu oleh seorang
Ketua Penolong Pengarah berpangkat SAC. Terdapat (3) cawangan di bawah BAKA iaitu

Cawangan Agama, Cawangan Psikologi dan Kaunseling serta Cawangan Kesejahteraan

Organisasi yang masing-masing diketuai oleh Penolong Pengarah berpangkat Assistant

Commissioner Police (ACP). Fokus dan fungsi BAKA adalah untuk meningkatkan,

mengukuhkan dan membudayakan integriti melalui penerapan ilmu psikologi dan
spiritual/kerohanian/agama yang melibatkan aspek pembangunan, pencegahan dan
pemulihan. Kekuatan terkini BAKA PDRM di seluruh negara (sehingga 31 Disember 2019)

adalah seperti di Jadual 2.



Jadual 2: Kekuatan BAKA, JIPS PDRM di Seluruh Negara Sehingga 31 Disember
2019

Pegawai Beruniform Pegawai Jumlah

Bil Unit Pegawai Anggota Awam

1 Agama 1 1 790 792
2 Psikologi & Kaunseling 6 2 90 98
3 Kesejahteraan 4 3 - 7

Organisasi
Jumlah 11 6 880 897


Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah pegawai beruniform di BAKA yang amat ketara

berkurangan daripada 237 kepada 17 orang sahaja. Kesemua 17 orang pegawai

beruniform ditempatkan di BAKA Bukit Aman. Tidak terdapat seorang pun pegawai

beruniform khususnya yang berkelulusan agama mahupun psikologi atau kaunseling
ditempatkan di BAKA kontinjen, daerah, briged dan lain-lain formasi di seluruh negara.


Fungsi dan Peranan BAKA, JIPS PDRM



Fungsi dan peranan BAKA merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Penasihat kepada Pengarah JIPS dan Ketua Polis Negara dalam segala hal ehwal

yang berkaitan bidang keagamaan, psikologi dan kaunseling PDRM;
2. Memastikan pelaksanaan, pembudayaan dan penginstitusian integriti dalam organisasi

diperkukuhkan;

3. Memastikan matlamat mewujudkan kesejahteraan warga PDRM dapat dicapai secara
menyeluruh dan berkesan;

4. Memastikan seluruh warga PDRM mempunyai ilmu kepolisan yang berteraskan
elemen-elemen keselamatan, keagamaan, psikologi dan kaunseling dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat;

5. Mewujudkan jaringan kerjasama yang baik dan efektif khusus dalam bidang yang
berkaitan dengan perkhidmatan agama, psikologi dan kaunseling dengan agensi

awam dan swasta dalam dan luar negara;

6. Memastikan perkhidmatan agama, psikologi dan kaunseling mematuhi polisi dan
dasar yang telah ditetapkan;

7. Menentukan dan merangka program peningkatan profesionalisme pegawai-pegawai

PDRM;
8. Memastikan dasar-dasar dan peraturan pelaksanaan perkhidmatan berkaitan bidang

tugas (BAKA) dipatuhi dan mengikut garis panduan yang ditetapkan;

9. Memastikan pelaksanaan pekeliling-pekeliling berkaitan dengan perkhidmatan

agama, psikologi dan kaunseling diaplikasikan dalam pengurusan sumber manusia
PDRM;
10. Memastikan keberkesanan kerja berpasukan dan keberkesanan kerjasama antara

bahagian-bahagian lain di PDRM dalam pengurusan tatatertib dan integriti; dan

11. Memberi khidmat nasihat berkenaan pengurusan kewangan secara berhemah

kepada warga PDRM.




Pelaksanaan Program/Aktiviti BAKA, JIPS PDRM

Pengaruh nilai spiritual ke atas perhubungan sosial menggunakan elemen psikologi

khususnya dalam penyampaian perkhidmatan PDRM telah dikaji pada tahun 2015. Hasil

kajian membuktikan terdapat peningkatan dalam aspek kesejahteraan sosial apabila

adanya peningkatan dalam aspek kesejahteraan spiritual/kerohanian. Sehubungan itu,
elemen psikologi dan spiritual mula diterapkan dalam modul program pengukuhan integriti
di bawah JIPS khususnya yang dilaksanakan oleh BAKA. Modul-modul ini dikenali

sebagai Modul My Psychology Spiritual (MyPS). Terdapat lapan (8) modul MyPS yang

telah dibangunkan seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Modul MyPS Anjuran BAKA, JIPS PDRM


Bil Modul Tujuan Kumpulan Sasar Outcome

1 MyPS Permata Pembentukan asas Warga PDRM yang Pengukuhan institusi
Hati keluarga bahagia dan berkeluarga keluarga dan

(Pembentukan keseimbangan peranan keseimbangan kerjaya)
keluarga bahagia) dalam kerjaya dan (Keutamaan bagi
kehidupan (family life warga PDRM yang
cycle & work life balance) dirujuk untuk sesi
kaunseling
keluarga)

2 MyPS KRT Memupuk semangat Anak-anak warga Membentuk anak-anak
(Kem Remaja sayangkan PDRM, PDRM berumur 13- yang mempunyai daya
Terbilang) tempat ibubapa mencari 17 tahun ketahanan yang tinggi
rezeki dan pendedahan dan cemerlang
kepada kehidupan polis

3 MyPS INDAH Intervensi pembangunan, Warga PDRM yang Modal insan yang
(Intervensi Dadah) pencegahan dan dikenalpasti berisiko memiliki ketahanan dan
pemulihan melalui terlibat dalam jati diri yang tinggi dari
pendekatan psiko penyalahgunaan segi fizikal, emosi, mental
pendidikan dan kelompok dadah dan rohani
psikologi spiritual

4 MyPS Harmoni Bekerja bersatu padu, Pegawai Kanan Membentuk etika kerja
(Etika dan sepakat dan mempunyai Polis, Pegawai positif dalam menjalankan
Pembangunan semangat kerja Rendah Polis dan tugas, produktif dan
Diri) berpasukan yang mantap pegawai awam di mementingkan kerja
dan jitu dengan mana keutamaan berpasukan dalam
mengamalkan etika kerja kepada peserta organisasi serta
yang betul, menerapkan bukan Islam pembangunan diri yang
nilai-nilai murni dan positif melalui penerapan
budaya kerja yang positif nilai-nilai murni dan
semasa melaksanakan pematuhan kod etika kerja
tugas PDRM

5 MyPS Ex-Bonding Pelaksanaan tugas Warga PDRM Pasukan yang kuat dan
(Kerja dengan penuh komitmen seluruh jabatan mantap serta dapat
Berpasukan) berasaskan semangat mengatur strategi secara
kerja berpasukan atau kreatif dan inovatif dalam
teamwork dan keazaman melaksanakan tugas
tinggi dalam mencapai
visi dan misi organisasi

6 MyPS 4U Pembentukan personaliti Warga PDRM yang Modal insan yang

(Unique, unggul dan dinamika berkhidmat selama kompeten dan berdaya
Understanding, kerja berpasukan yang 5 tahun dan ke atas saing dalam memberi
United, Urbane) memahami antara satu dalam agensi yang perkhidmatan profesional
sama lain bagi sama dan berkualiti
meningkatkan motivasi
dan komitmen kerja
dalam organisasi

7 MyPS 3PI Penerapan nilai-nilai Petugas MPV, Pengamalan budaya
(Peningkatan murni dan pengukuhan URB, lokap, kerja sihat, tingkahlaku
Integriti, jati diri dalam sempadan positif dan amalan-
Pembudayaan meningkatkan integriti (frontliners) yang amalan murni dalam
Integriti, dalam kalangan warga terlibat secara penyampaian

Pengukuhan PDRM langsung dengan perkhidmatan
Integriti) pelanggan/masyara
kat semasa
menjalankan tugas

Bil Modul Tujuan Kumpulan Outcome
Sasar
8 MyPS Program Pendedahan tentang Warga PDRM yang Bebas daripada masalah
Intervensi Celik pengurusan kewangan mempunyai keterhutangan kewangan
Kewangan (PICK) agar mencapai matlamat pendapatan bersih yang serius dengan
(Kerjasama perbelanjaan untuk bulanan kurang perancangan aliran

strategik dengan memenuhi keperluan dan daripada 40% kewangan yang bijak dan
Bank Negara kehendak dalam teratur
Malaysia) kehidupan ataupun
penggunaan semasa



Pelaksanaan program atau aktiviti BAKA dikategorikan mengikut fokus utama
BAKA, JIPS PDRM berdasarkan cawangan-cawangan yang ada di BAKA seperti berikut:



1. Program/Aktiviti Kerohanian/Spiritual
(Khusus untuk Pegawai Muslim)

Peningkatan Integriti Pembudayaan Integriti Pengukuhan Integriti

Antaranya: Antaranya: Antaranya:


 Kursus jati Diri Muslim  Pengimarahan Masjid/  Kursus Pemantapan
Surau Kerohanian dan
 Program Penguasaan Integriti
Al-Quran (PPQ)  Program sempena Isra’
Mikraj  Kursus Khalifah Talk
 Seminar Pemantapan
Akidah  Program sempena  Kursus Khalifah
Nuzul Al-Quran Dinamik

 Kursus Solat Pencegah
Kemungkaran  Program Ihya’  Forum Perdana Hal
Ramadhan Ehwal Islam
 Kelas Pengajian
Fardhu Ain  Tadarus dan Khatam  Tilawah Al-Quran
Al-Quran
 Kursus Pemantapan  Kursus Pra-

Imam/Bilal Beruniform  Program sempena Awal Perkahwinan
Muharam
 Kursus Bacaan Doa  Kursus Pasca
Pegawai Kanan Polis  Program sempena Perkahwinan
Maulidur Rasul
 Kursus Pengurusan
 Majlis Bacaan Yassin Jenazah
dan Tahlil
 Seminar

 Ceramah Bulanan Pengimarahan
Masjid/Surau
 Kuliah/Tazkirah

2. Program/Aktiviti Psikologi dan Kaunseling
(Berdasarkan Empat (4) Pemerkasaan Aplikasi Psikologi)

Penilaian Pembangunan Pembangunan dan Intervensi
Personel Personel Penyelidikan

Antaranya: Antaranya: Antaranya: Antaranya:


 Penggunaan  Kursus  Kajian Impak  Sesi
alat ujian Pembimbing (Kajian Keber- Kaunseling
psikometrik Rakan Sekerja kesanan
Readiness of Perkhidmatan Program Pre  Sesi Runding
Change (ROC) Awam (AKRAB) dan Post) Cara/ Khidmat
Nasihat

 Penggunaan  Program  Kajian
alat ujian Pementoran Pembangunan  Psy-Care
psikometrik (Isu dan
bagi tujuan  Program Cabaran)  Program
pengurusan Kerjasama Intervensi
bakat Dinamik (MyPS Dadah (MyPS
Ex-Bonding) INDAH)
 Penggunaan
alat ujian bagi  Program Motivasi  Program

tujuan (MyPS 4U) Intervensi Celik
pengurusan Kewangan
trauma dan  Program Kem (MyPS P.I.C.K)
intervensi krisis Remaja
Terbilang (MyPS  Fasa
KRT) Pemerhatian
Exit Policy

 Program
Pemantapan

Integriti

 Seminar
Gangguan
Seksual

 Seminar

Psikologi/AKRAB

3. Program/Aktiviti Kesejahteraan Organisasi

Pengurusan dan Pentadbiran Peningkatan Integriti
(Termasuk Pegawai Bukan Muslim)

Antaranya: Antaranya:

Pengurusan Sistem Fail Kursus Pemantapan Jati Diri dan Solidariti

Pengurusan Personel BAKA Kursus Pengukuhan Pasukan

Pembangunan Kompetensi MyPS Permata Hati

Latihan dalam Perkhidmatan Kursus Pemantapan Kendiri

Pentadbiran dan Keurusetiaan BAKA

Penyelarasan dan Pemantauan Laporan
Program di Jabatan, Kontinjen, Daerah,
Briged dan Formasi

Penerbitan



Secara umumnya, pelaksanaan program/aktiviti BAKA, JIPS PDRM adalah

menjurus kepada aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Ia diterjemahkan

menerusi program/aktiviti pembangunan/pendidikan, sesi kaunseling/rundingcara dan
khidmat nasihat, ujian psikometrik, klinik kaunseling bergerak, intervensi kaunseling, aktiviti

psikososial dan penyelidikan berpandukan kepada empat (4) Pemerkasaan Aplikasi

Psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, pembangunan dan penyelidikan
serta intervensi) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi

dalam Perkhidmatan Sumber Manusia Sektor Awam.


Terkini, BAKA turut memperkenalkan Ujian Modul Kefahaman Islam/Pendidikan

Moral untuk proses pengambilan dan kenaikan pangkat dalam PDRM. Modul ini diadakan

untuk meningkatkan integriti dan sahsiah diri individu polis dari awal mereka memasuki
perkhidmatan polis dan semasa berkhidmat. BAKA juga dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan intervensi ke atas mereka yang mengalami masalah keterhutangan

serius/gaji bersih di bawah 40%. Intervensi ini dilaksanakan berpandukan kepada profiling

kewangan yang disediakan melalui tindakan bersepadu melibatkan Ketua
Jabatan/Pegawai Pemerintah, Penyelia e-SKDD dan Ketua JIPS (KJIPS).


BAKA turut dipertanggungjawabkan sebagai Urusetia Sistem Pengurusan Audit

Nilai (SPAN) Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan. SPAN

bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program-program berkaitan

nilai dan integriti dalam perkhidmatan awam, dengan mengambil kira enam nilai teras iaitu
amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Audit nilai menggunapakai lima (5)

instrumen psikologi iaitu Rekod Amalan Nilai, Indeks Nilai Ideal, Indeks Nilai Peribadi,

Indeks Nilai Organisasi dan Rekod Maklum Balas Pelanggan yang menjadi ukuran

kepada tahap keberkesanan penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni.

Data yang dikumpul dapat memberi gambaran mengenai tahap pengamalan nilai-nilai
murni di kementerian/ jabatan/agensi terbabit. Dapatan audit nilai ini seterusnya boleh
digunakan untuk membuat perancangan program-program nilai yang bersesuaian, dan

seterusnya membangunkan strategi untuk meningkatkan kesedaran, penghayatan dan

pengamalan nilai-nilai tersebut di kementerian/jabatan/agensi di bawah seliaan masing-

masing.


SPAN dilaksanakan bermula Januari hingga Disember setiap tahun. Pada tahun

2019, BAKA telah berjaya melaksanakan audit nilai yang melibatkan maklumbalas warga

PDRM seramai 38,503 orang yang terdiri dari Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah
Polis dan Pegawai Awam di kontinjen, briged dan formasi seluruh negara dan 873 orang

pelanggan PDRM. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan Indeks Nilai SPAN PDRM

berada pada tahap 81.77 iaitu pada tahap yang baik dan boleh diterima dengan

meneruskan usaha peningkatan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
warga PDRM. Bagi tujuan meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni dalam PDRM ini,
BAKA seterusnya bertanggungjawab untuk melaksanakan Program Intervensi Nilai mulai

tahun 2020 yang menjadi pelengkap kepada SPAN.



Fokus utama program-program yang dilaksanakan oleh BAKA adalah untuk

membantu kestabilan fizikal, emosi dan kognitif bagi meningkatkan kesejahteraan hidup,
mengurangkan tekanan dan ketidakfungsian, seterusnya mencadangkan penyelesaian

krisis dalam menangani pelbagai isu dan cabaran dalam kehidupan kini. Dalam pada itu,

hasil-hasil kajian/penyelidikan yang berjaya dilaksanakan oleh BAKA dibentangkan dalam
Mesyuarat Barisan Kepimpinan Tertinggi PDRM yang dipengerusikan oleh Ketua Polis

Negara, dibukukan dan juga dimasukkan dalam Jurnal Integriti. Hasil kajian/penyelidikan

ini juga turut dijadikan satu arahan atau garis panduan dalam usaha meningkatkan
kesejahteraan hidup warga PDRM. Antara kajian-kajian yang berjaya dilaksanakan pada

tahun 2019 adalah Kajian Penerokaan Bunuh Diri dalam Kalangan Warga PDRM; Kajian
Persepsi, Ekspektasi dan Keberkesanan Terhadap Fungsi dan Peranan Kader JAKIM di

PDRM; dan Kajian mengenai Faktor-faktor Ketahanan Diri Penagih Dadah dalam

Kalangan Pegawai Polis untuk Kekal Pulih setelah Menjalani Program MyPS Indah.

Komitmen dan usaha yang berterusan oleh pihak BAKA ini Insya Allah mampu
melahirkan warga PDRM yang sejahtera secara holistik, sekaligus dapat meningkatkan
profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih profesional, berkualiti


dan berintegriti.

2019





















2019

Punca Kuasa



Kesemua program/aktiviti dan tindakan yang dilaksanakan oleh BAKA, JIPS PDRM

adalah berlandaskan punca-punca kuasa yang berkaitan seperti berikut:

1. Kod Etika Kaunselor, 1994 Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA);


2. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580);



3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan
Kaunseling di Agensi Awam;

4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi dalam Perkhidmatan

Sumber Manusia Sektor Awam;



5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22/2005: Garis Panduan Mengendalikan Gangguan
Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam;


6. Arahan YAB Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007: Pelaksanaan Sistem
Pengurusan Audit Nilai (SPAN) dalam Perkhidmatan Awam;



7. Garis Panduan Doa Rasmi JAKIM Tahun 2007;

8. Panduan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam

2008;



9. Garis Panduan Penggunaan e-Psikologi dan Kod Etika Ujian Psikologi dalam
Perkhidmatan Awam 2009;



10. Garis Panduan Saudara Baru JAKIM Tahun 2010


11. Garis Panduan mengenai Maksiat dari Perspektif Islam JAKIM Tahun 2010


12. Garis Panduan KAFA JAKIM Tahun 2011;



13. Garis Panduan bagi Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk

JAKIM Tahun 2012;

14. Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban JAKIM Tahun 2013;

15. Garis Panduan Program Motivasi berunsur Islam JAKIM Tahun 2014;



16. Pekeliling Bil. 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi Pegawai

yang Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam;


17. Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia (PSPDRM) 2015-2020;



18. Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Pra-Perkahwinan Islam JAKIM 2016;


19. Pelan Integriti Polis Diraja Malaysia 2016 - 2020;



20. SOP e-SKDD bertarikh 11 Januari 2017: Penyeliaan Berkesan;

21. Akta 504 Undang-undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan;



22. Akta 505 Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan;



23. Akta 559 Undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan;


24. Perkhidmatan Kaunselor Polis Diraja Malaysia Bil. KPN 87/35/2/2 bertarikh 14 Mac
2019;


25. Jawatankuasa Tertinggi Psikologi (JKTP) Polis Diraja Malaysia Bil. KPN 87/35/2/2
bertarikh 26 Ogos 2019;


26. Sistem Pengurusan dan Pendidikan Mualaf Polis Diraja Malaysia 2019 Bil. KPN 87/35

bertarikh 19 November 2019;

27. Pengurusan Masalah Keterhutangan Kewangan Yang Serius (Gaji Bersih Di Bawah

40%) Warga Polis Diraja Malaysia Bil. KPN 87/35/2/1 bertarikh 7 Januari 2020;


28. Arahan Pentadbiran JIPS Bil 1/2020, Pengurusan Kesihatan Mental. Arahan ini
dikeluarkan hasil ‘Kajian Penerokaan Bunuh Diri dalam Kalangan Warga PDRM’ yang

telah dibentangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM pada 23 Januari 2020.

Kerjasama Strategik


Dalam memastikan perancangan melaksanakan program/aktivitinya berjalan lancar dan

berkesan, BAKA turut mengadakan kerjasama strategik dengan organisasi/agensi
berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JPA, Jawatankuasa

Pentadbir Masjid Bukit Aman, Bank Negara Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri-

Negeri (Contoh di Wilayah Persekutuan ialah JAWI), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

(contoh di Wilayah Persekutuan ialah MAIWP), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT),

Pusat Pungutan Zakat (contoh di Wilayah Persekutuan ialah PPZ MAIWP), Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kedutaan Arab Saudi dan lain-lain.


Dalam memperkasakan kader JAKIM di PDRM, BAKA turut mengadakan beberapa
sesi mesyuarat dengan pihak JAKIM untuk membincangkan perkara-perkara yang

berkaitan dengan kader JAKIM di PDRM. Hasil kajian BAKA mengenai Persepsi,

Ekspektasi dan Keberkesanan Terhadap Fungsi dan Peranan Kader JAKIM di PDRM
turut dibentangkan untuk tindakan bersama PDRM dan JAKIM. Antara persetujuan

bersama PDRM-JAKIM adalah:

a) Pemerkasaan perjawatan kader JAKIM akan dilakukan bagi menyesuaikan

dengan beban tugas sedia ada melalui kaedah tukar ganti (trade off) dan pindah

butiran (redeployment) serta tiada implikasi kewangan tambahan;


b) Gred paling rendah kader JAKIM di PDRM akan ditetapkan kepada S29 kerana
ia lebih sesuai dengan kompleksiti bebanan tugas; dan


c) Latihan persediaan akan diberikan kepada kader JAKIM yang baru ditempatkan

di PDRM seperti Kursus Latihan Intensif Kader, manakala kader yang sedia ada

akan diberikan kursus untuk meningkatkan kompetensi dan nilai tambah diri
(added value).


BAKA juga mengadakan kerjasama strategik dengan pihak JPA dalam memastikan
pegawai psikologi yang ditempatkan di PDRM dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Pihak JPA melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi tujuan meningkatkan

kemahiran dan kompetensi pegawai psikologi dalam menyampaikan perkhidmatan di
agensi masing-masing. Program yang dilaksanakan berbentuk Competency Development

Program (CDP) merangkumi kursus penulisan laporan kaunseling, Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS), Exit Policy, Pembangunan Modul Intervensi Krisis dan

Psychological Selfcare (Coping Skills). Program-program ini juga turut melibatkan
penyertaan semua pegawai psikologi lain-lain agensi yang berkhidmat dalam
perkhidmatan awam.



Way Forward BAKA



Apabila kod etika direka dengan baik dan berjaya digabungkan dengan amalan integriti,
maka budaya dan disiplin akan menjadi asas moral yang dinamik dalam sesebuah

organisasi (Malan & Smit, 2001). Disiplin adalah satu istilah yang biasa tetapi kerapkali
disalah tafsirkan ertinya. Umum percaya bahawa tujuan disiplin adalah untuk

menghukum. Walaupun tindakan disiplin sering melibatkan hukuman, ia tidak sepatutnya

menjadi sebab utama kepada tindakan ini. Wilson (1950) mengatakan disiplin adalah satu

fungsi pemerintahan yang perlu dilakukan untuk mengenakan tekanan yang menjurus

kepada arahan dan kawalan. Disiplin adalah satu bentuk latihan dan satu alat
pembentukan kepimpinan yang penting bagi menghapus kelemahan. Disiplin dan
hukuman tidak boleh dikelirukan. Disiplin, jika dilaksanakan dengan baik, boleh

menghasilkan pegawai yang akur kepada peraturan dan prosedur jabatan. Tindakan

hukuman perlu dilakukan apabila peraturan dan undang-undang dicabuli.



Disiplin merupakan satu bentuk latihan pembetulan (correctional) dan
pembentukan prestasi tugas individu. Ia melibatkan latihan mental dan moral yang

dapat membentuk individu supaya patuh dan taat kepada peraturan, arahan dan kawalan
demi kebaikan kumpulan atau organisasi (Hoover, 1965; Morris, 1993). Disiplin juga turut
merujuk kepada kesanggupan bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib,

menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

mengganggu kepentingan orang lain, hormat-menghormati di antara satu sama lain,

menurut perintah, berperawakan kemas, cergas dan cekap menjalankan tugas, patuh
kepada undang-undang, berbudi bahasa, ramah dan mesra bersama rakan-rakan,
bersopan santun tetapi tegas, jujur, ikhlas dan berdedikasi, mempunyai semangat tolong

menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

membina, sentiasa menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji serta

sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Seorang individu yang berdisiplin juga boleh

mengawal perasaannya dalam menghadapi cabaran hidup (Mohd Reduan Aslie dan
Mohd Radzuan Ibrahim,1984).

Pekerja yang tidak berdisiplin sebaliknya pula membuat kerja-kerja yang keji dan

tidak bersopan di khalayak ramai seperti mencuri harta pejabat, mabuk, berjudi dan

bergaduh serta sengaja melanggar peraturan dan arahan yang telah ditetapkan
(Bernhardt, 1984). Tingkah laku negatif ini berlaku antaranya adalah kerana lemahnya

penyekatan dalaman dan penyekatan luaran individu. Dalam hal ini, teori penyekatan

yang dikemukakan oleh Walter C. Reckless pada tahun 1961 (Reckless, 1961) melihat
tingkah laku tidak berdisiplin sebagai reaksi timbal balik di antara dua bentuk kawalan

yang dikenali sebagai penyekatan dalaman dan penyekatan luaran. Penyekatan dalaman
merujuk kepada komponen ‘kendiri’ iaitu kekuatan dalaman personaliti individu

termasuklah imej kendiri yang baik, hati nurani yang berkembang baik, rasa

tanggungjawab yang tinggi, tahap toleransi kekecewaan yang tinggi, berorientasikan arah

dan matlamat dalaman, moral dan etika dalam diri dan ego dan superego yang

berkembang baik. Penyekatan luaran pula merujuk kepada persekitaran sosial individu
iaitu kekangan normatif yang digunakan oleh masyarakat dan kumpulan untuk mengawal

ahli-ahlinya termasuklah rasa kekitaan (identifikasi dengan kumpulan), penyeliaan

berkesan, kejelikitan di antara ahli-ahli kumpulan, hukuman/tindakan tatatertib dan
peluang untuk mencapai kejayaan.



Saranan asas teori ini ialah terdapat faktor ‘penolak’ dan ‘penarik’ yang boleh
menghasilkan tingkah laku tidak berdisiplin kecuali ia dihalang oleh penyekatan. Faktor

penolak adalah seperti rasa tidak puas hati dengan keadaan hidup dan konflik keluarga,

sikap agresif dan bermusuhan dan rasa kecewa serta bosan. Faktor penarik pula adalah
seperti rakan-rakan sebaya dan sub-budaya yang negatif. Kemungkinan tingkah laku

tidak berdisiplin meningkat apabila penyekatan dalaman dan luaran lemah. Begitu juga

sekiranya motivasi untuk bertingkah laku tidak berdisiplin adalah kuat manakala sekatan

oleh organisasi atau keluarga yang baik dan menyokong pula adalah lemah, kemungkinan
berlakunya salah laku atau tingkah laku tidak berdisiplin juga adalah tinggi.

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai penyekatan dalaman yang kuat mampu
menahan lebih baik berbanding mereka yang lemah.



Reckless (1961) menyatakan penyekatan dalaman adalah lebih penting

terutamanya dalam masyarakat yang sentiasa berubah seperti masyarakat bandar yang
sedang mengalami kemajuan pesat dalam bidang industri. Penyekatan dalaman ini

menjadi benteng kepada perlakuan salah laku. Ia juga merupakan kekuatan dalaman

personaliti individu dan membentuk sistem sokongan individu. Lebih kuat penyekatan
dalaman, lebih kurang individu melakukan salah laku, dan sebaliknya lebih lemah

penyekatan dalaman, lebih kuat kecenderungan individu untuk melakukan salah laku.

Disiplin diri dianggap satu benteng penyekatan dalaman yang kuat bagi seseorang
individu. Dalam konteks PDRM, disiplin merupakan perkara yang paling penting dan ia
dibentuk dan diasimilasikan ke dalam jiwa pegawai polis sejak mereka menjejakkan kaki


ke institusi latihan asas kepolisan lagi. Tanpa tahap disiplin yang tinggi, pasukan polis
tidak mampu untuk bertindak dengan cekap, bersemangat, profesional dan berintegriti.

Bagi pegawai polis yang telah menerima amanah untuk mengawal keamanan dan

menguatkuasakan undang-undang negara dengan penuh keadilan dan kejujuran, disiplin
perlu dijadikan akar tunjang kepada profesionalisme dan integriti pasukan. Hanya dengan

disiplin yang tinggi, seseorang pegawai polis itu boleh menghadapi cabaran tugas dengan
lebih bertanggungjawab dan bijaksana serta dapat mengawal dirinya dengan lebih

sempurna (Mohd Reduan Aslie dan Mohd Radzuan Ibrahim,1984; Majalah Law and

Order, 2002; Miller, 2004; Kod Etika PDRM, 2005). Kepentingan disiplin telah ditegaskan

oleh Mahathir Mohammad (New Sunday Times, 16 Mac 1997) dengan mengatakan:


“seseorang rakyat yang tidak bertanggungjawab boleh

menyebabkan sebuah negara menjadi huru hara. Jika mereka
kurang berdisiplin, sistem kerajaan yang terbaik dan pemimpin

yang paling bijak pun tidak akan dapat membantu mereka.”



Ustaz Dr Abdul Somad dalam tazkirah beliau bertajuk “Pasukan Berintegriti
Masyarakat Dilindungi” pada 2 Februari 2020 di Masjid Bukit Aman mengatakan:


“integriti adalah merasakan kehadiran Allah swt. Bagaimana
nak rasa Allah hadir? …. Allah tu dekat, Allah lebih dekat dari

urat leher manusia itu sendiri ………”



Sehubungan itu, dalam meningkatkan integriti, membangunkan jati diri, disiplin
dan sahsiah individu, agama memainkan peranan penting. Sebagaimana kita sedia
maklum, agama (addin) merupakan the way of life. Kegagalan organisasi yang besar

seperti PDRM dalam merealisasikan fakta ini boleh menyebabkan hasrat untuk mencapai

tahap integriti yang tinggi dalam kalangan warganya tidak kesampaian. Sebagai contoh,

al-Quran menjelaskan bahawa sesuatu kemungkaran atau perlanggaran itu boleh

dicegah sekiranya kita sentiasa mengutamakan ibadat solat kerana solat itu sendiri boleh
mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan/maksiat sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

“… dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya

mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari

ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan.”



Secara keseluruhannya, program-program dan aktiviti-aktiviti BAKA lebih

menjurus kepada menyediakan penyekatan dalaman diri individu polis. Ia dilaksanakan
melalui program-program berbentuk spiritual dan psikologikal dalam usaha untuk
meningkatkan, membudayakan dan mengukuhkan integriti dalam kalangan warga

pasukan.



Sehubungan itu, dalam merancang hala tuju atau way forward BAKA, kita perlu

mengaitkannya dengan fungsi dan peranan BAKA itu sendiri. Penugasan dan
tanggungjawab BAKA pada hari ini bukan sahaja di peringkat PDRM semata-mata,

malahan menjangkau ke peringkat kementerian dan nasional. BAKA bukan sahaja
ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis (Laporan
Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, 2005), BAKA juga kini

dipertanggungjawabkan dengan pembentukan dan pelaksanaan aplikasi psikologi di

peringkat JPA dan kementerian melalui penubuhan Jawatankuasa Psikologi
Perkhidmatan Awam (JPPA) dan Jawatankuasa Tertinggi Psikologi (JKTP) PDRM di

mana semua pelaporan JPPA dan JKTP agensi perlu dilaporkan kepada Bahagian
Pengurusan Psikologi, JPA dan JKTP Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing.
BAKA juga dipertanggungjawabkan sebagai urusetia SPAN yang merupakan satu inisiatif

di peringkat nasional. Pelaporan SPAN disediakan bersama-sama Unit Integriti KDN dan

JPA sebelum ditaklimatkan empat bulan sekali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-

Rasuah (JAR) Induk PDRM, diikuti JAR KDN sebelum dihantar kepada JPA selaku
Urusetia JAR nasional.


Dalam pada itu, BAKA sepertimana juga kementerian/agensi lain juga tidak dapat

lari daripada dinilai oleh JPA setiap dua tahun sekali dalam menyampaikan perkhidmatan

psikologi. Hasil naziran JPA ini akan disenaraikan mengikut kementerian dan agensi.

Sebelum naziran JPA ini dilaksanakan, BAKA Bukit Aman akan menjalankan naziran ke
atas BAKA kontinjen, daerah, briged dan batalion PGA, Institusi Latihan Kepolisan,
Pasukan Polis Marin, PSP dan UUP terlebih dahulu untuk memastikan semua keperluan


naziran dipatuhi.

Setakat ini, hasil naziran BAKA Bukit Aman ke atas kontinjen, daerah, briged dan

batalion PGA, Institusi Latihan Kepolisan, Pasukan Polis Marin, PSP dan UUP yang

merangkumi aspek agama dan aplikasi psikologi mendapati masih ada KJIPS, Ketua
Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) dan Ketua Cawangan Integriti dan
Pematuhan Standard (KCIPS) yang memandang enteng mengenai keperluan penilaian

oleh pasukan naziran BAKA Bukit Aman sehingga ada yang mendapat penarafan 3

bintang ke bawah sahaja. Dalam hal ini, ketua perlu memainkan peranan penting dalam

memastikan BAKA relevan dengan keperluan semasa khususnya dalam aspek agama

dan aplikasi psikologi dalam PDRM. Di sinilah pentingnya ketua atau timbalan ketua di
peringkat JIPS kontinjen/daerah/briged dan formasi mempunyai pengetahuan dalam

bidang agama, psikologi mahupun kaunseling.

Ketika ini semua Ketua dan Timbalan Ketua JIPS kontinjen, daerah, briged dan

formasi rata-ratanya dipegang oleh pegawai kanan polis dari tatatertib dan bukan dari

BAKA. BAKA di peringkat kontinjen dan lain-lain formasi semuanya terdiri daripada

pegawai awam. Keadaan ini menyebabkan terdapat program/aktiviti BAKA tidak dilak-
sanakan dengan baik mengikut modul program/aktiviti yang telah dirancang dan
ditetapkan oleh BAKA Bukit Aman kerana kurangnya pemantauan dan pegawai
beruniform yang bertanggungjawab ke atas BAKA pula kurang berminat ataupun kurang

pengetahuan dalam bidang agama dan psikologi/kaunseling. Ini sekaligus menyukarkan

kajian keberkesanan program BAKA dilaksanakan. Malahan terdapat kes di mana

taklimat mengenai perkhidmatan BAKA seperti SPAN dan JKTP yang disampaikan
kepada KJIPS tidak sampai ke peringkat pelaksana sehinggakan pegawai agama dan
pegawai psikologi terpaksa merujuk semula kepada BAKA Bukit Aman untuk

mendapatkan penjelasan lanjut bagi melaksanakan arahan tugas yang perlu diambil
tindakan. Malahan ada kes di mana KJIPS tidak yakin untuk memberi taklimat mengenai

SPAN dan JKTP kepada Ketua Polis apabila diminta berbuat demikian dan terpaksa

memanggil pegawai BAKA Bukit Aman untuk berbuat demikian. Sebagai pegawai
tatatertib, mereka mungkin melihat penguatkuasaan atau mendidik melalui hukuman

sebagai salah satu cara untuk meningkatkan integriti atau mengurangkan salah laku
integriti. Pendekatan ini amat berbeza dengan BAKA yang lebih berfokus kepada soft
approach bagi membentuk integriti, jati diri dan kesejahteraan warga PDRM. Sehubungan

itu, adalah amat sesuai sekiranya salah seorang pucuk kepimpinan tertinggi JIPS (KJIPS

dan 2 Timbalan) di peringkat kontinjen, daerah, briged dan formasi terdiri daripada bekas

pegawai BAKA ataupun lain-lain pegawai yang mempunyai kelulusan dalam bidang
agama, psikologi atau kaunseling. Ini kerana mereka lebih memahami keperluan BAKA
dan seterusnya dapat memantau dengan baik penugasan dan tanggungjawab BAKA

seperti yang telah dirancang dan ditetapkan oleh BAKA Bukit Aman mengikut keperluan
semasa dan akan datang. BAKA juga perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan lagi

keberkesanannya. Pemerkasaan perjawatan kader JAKIM perlu dilakukan dengan mene-

tapkan gred paling tinggi kepada S52 dan gred paling rendah kepada S29 seiring dengan

kompleksiti bebanan tugas, di samping menambah pegawai beruniform di Unit Agama.


Sementara itu, ujian Modul Kefahaman Islam dan Pendidikan Moral sebagai salah

satu kriteria pemilihan calon pegawai polis dan syarat kenaikan pangkat perlu diteruskan.
Ini penting kerana integriti perlu ditanamkan ke dalam jiwa individu polis dari awal lagi

semasa proses pengambilan bagi menyediakan penyekatan dalaman diri individu polis.

Ujian Kefahaman Islam dan Pendidikan Moral sebagai syarat kenaikan pangkat pula
dapat menggerakkan secara paksa rela warga PDRM untuk menimba dan mendalami

ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut bagi memenuhi kriteria untuk dinaikkan pangkat.

BAKA Bukit Aman, kontinjen, daerah, briged dan formasi ada menganjurkan program-
program seumpama ini, tetapi kehadiran warga PDRM tidak menyeluruh, sementelah kos

untuk menganjurkan program ini adalah agak terhad. Ada pula yang dicalonkan untuk

hadir program tetapi tidak hadir atas alasan kekangan tugas. Sehubungan itu, ujian ini

dapat memaksa mereka untuk belajar atau menghadiri program bimbingan mengenainya
sekiranya mereka hendak dinaikkan pangkat. Sekurang-kurangnya langkah ini diharap

dapat memberi hidayah kepada mereka untuk mendalami, menghayati dan mengamalkan
ilmu agama yang lama ditinggalkan kerana kekangan kehidupan seharian, seterusnya

menyediakan penyekatan dalaman dan menyemai benih integriti dalam jiwa individu polis.



BAKA juga perlu memberi perhatian kepada program-program intervensi dalam
membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan warga PDRM. Ini seiring dengan

keperluan BAKA untuk menjalankan intervensi ke atas mereka yang menghadapi

masalah keterhutangan serius/gaji bersih di bawah 40%. Program intervensi nilai
perkhidmatan awam seperti program pementoran, program kepimpinan/penyeliaan,

komunikasi berkesan dan khidmat kaunseling/rundingcara serta khidmat nasihat boleh

menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan SPAN dalam PDRM. Memandangkan
pegawai psikologi dan kaunseling BAKA tidak ramai di kontinjen, daerah, briged dan

batalion PGA, Institusi Latihan Kepolisan, Pasukan Polis Marin, PSP dan UUP maka

pegawai-pegawai PDRM di luar BAKA yang mempunyai kelulusan dan pendedahan
dalam bidang agama, psikologi dan kaunseling (seperti pegawai kaunselor, lulusan

Executive Diploma in Counseling [EDIC], lulusan pengajian agama Islam dan ahli

Pembimbing Rakan Sekerja Perkhidmatan Awam [AKRAB]) dicadang dan diharapkan

dapat digerakkan bagi membantu BAKA melaksanakan program penerapan, peng-

hayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam meningkatkan kesejahteraan warga

PDRM. Sekurang-kurangnya mereka dapat membalas jasa pasukan yang menghantar

dan membenarkan mereka mengikuti pengajian atau kursus dalam bidang yang

berkaitan.

Penutup



Tugas dan peranan BAKA, JIPS PDRM adalah untuk membantu warga kerja PDRM

menjadi individu yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui

perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cekap dan berkesan
bagi mencapai objektif organisasi. Ini dilaksanakan melalui program-program dan aktiviti-

aktiviti yang menerapkan elemen psikologi dan spiritual. YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul
Hamid bin Bador, Ketua Polis Negara semasa lawatan kerja beliau ke JIPS PDRM pada
1 Julai 2019, mengingatkan mengenai peranan BAKA sebagai “agen perubahan” dalam

usaha penerapan dan pembangunan sahsiah dan integriti warga PDRM berteraskan

pendekatan psikologi dan spiritual. Ini termasuklah tindakan intervensi seperti khidmat

nasihat dan penyeliaan rapi kepada mereka yang memerlukan. BAKA dirasakan berada
di landasan yang betul dalam menerapkan nilai murni dalam kalangan warga PDRM
melalui program-program/aktiviti-aktivitinya yang menjurus kepada meningkatkan,
membudayakan dan mengukuhkan integriti. Ini terbukti daripada dapatan keseluruhan

kajian SPAN yang menunjukkan Indeks Nilai SPAN PDRM berada pada tahap 81.77 iaitu

pada tahap yang baik dan boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan dalam

menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga PDRM.

Rujukan:

Al-Quran

Bernhardt, K. (1984). Discipline and Child Guidance. New York: McGraw Hill.

Hoover, J.E. (1965). Core Issues in Policing. London: Pearson Education Ltd.

Kod Etika PDRM. (2005). Bukit Aman: Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan.

Majalah Law and Order, Vol. 9. (2002). Bukit Aman: Cawangan Perhubungan Awam.

Miller, L. (2004). Good cop - bad cop: problem officers, law enforcement culture and
strategies for success. Journal of Police and Criminal Psychology, 19(2), 30- 47.

Mohd Reduan Aslie dan Mohd Radzuan Ibrahim. (1984). Polis Diraja Malaysia: Sejarah,
Peranan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

New Sunday Times. (1997). PM: Discipline Key to Our Well Being. 16 Mac: 2.

Reckless, W.C. (1961). The Crime Problem. New York: Appleton-Century-Crofts.

Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (2005). Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Wilson, O.W. (1950). Police Administration. New York: McGraw-Hill.

UNIT DAKWAH DAN PENERBITAN




BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT


1 Kursus Pemantapan Jati Diri 18 - 22/2/2019 Bilik Kuliah, Masjid
Saudara Baru (Muallaf) Siri 1/2019 Bukit Aman
2 Taklimat dan Pelancaran Program 27/2/2019 Masjid Bukit Aman
Penguasaan Al-Quran (PPQ)

3 Seminar Penghayatan Al-Quran Siri 27/2/2019 Masjid Bukit Aman
1

4 Program Penguasaan Al-Quran 4/03/2019 hingga Masjid Bukit Aman
(PPQ) 4/10/2019
5 Program Solidariti PDRM bersama 27 - 30/4/2019 Perkampungan
Masyarakat Orang Asli Orang Asli Sungai
Tiang, RPS Banun,
Gerik, Perak
6 Kursus Pemantapan Jati Diri 22 - 26/7/ 2019 Kompleks Darul

Saudara Baru (Muallaf) Siri 2/2019 Hidayah
7 Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat 21 - 23/8/2019 Bilik Kuliah Masjid
Bukit Aman Bukit Aman
8 Majlis Tilawah Al-Quran PDRM 29/8/2019 Dewan Serbaguna
Peringkat Bukit Aman Masjid Bukit Aman

9 Kursus Pemantapan Akidah 4 - 5/9/2019 Bilik Kuliah Masjid
Bukit Aman
10 Kursus Pemantapan Jati Diri 10 - 12 /9/ 2019 Mes Pegawai
Saudara Baru (Muallaf) Siri 3/2019 Kanan, PULAPOL
Langkawi
11 Konvensyen Pemerkasaan Kader 23/9/2019 Dewan Dato’ Mohd
JAKIM di PDRM Shahir, ILIM, Bangi.

12 Bengkel Panduan Bacaan Doa 24-25/9/2019 Bilik Kuliah Masjid
dalam Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Bukit Aman
PDRM
13 Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat 21 - 22 /10/2019 Maktab Polis Diraja
Kebangsaan Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
14 Kursus Pemantapan Jati Diri 21 - 25/10/ 2019 Kompleks Belia dan
Saudara Baru (Muallaf) Siri 4/2019 Sukan
(Persekutuan),

Putatan, Sabah
15 Majlis Tilawah Al-Quran PDRM 23 - 25/10/2019 Maktab Polis Diraja
Peringkat Kebangsaan Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
16 Simposium Saudara Baru (Muallaf) 4 - 6/11/ 2019 Kompleks Darul
seluruh Malaysia Hidayah, Sentul,
Kuala Lumpur

17 Kelas Intensif Saudara Baru Februari - Masjid Bukit Aman
Disember 2019

UNIT PENGIMARAHAN MASJID/SURAU/KAFA



BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT

18 Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa 10/1/2019 Masjid Bukit Aman
Selamat Sempena Tahun 2019
19 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 21/3/2019 Masjid Bukit Aman
Sempena Peringatan Hari Polis

20 Masjid Solehin,
Solat Jumaat Bersama YAB Perdana 22/3/2019
Menteri Sempena Hari Polis PULAPOL Kuala
Lumpur
21 Kursus Persediaan Haji dan Umrah 5 hingga Masjid Bukit Aman
26/04/2019
22 Majlis Iftar KDYMM SPB Yang di- 14/5/2019 Masjid Bukit Aman
Pertuan Agong dan KDYMM SPB

Raja Permaisuri Agong Bersama
PDRM

23 Program Tadarus Al Quran Sepanjang bulan Masjid Bukit Aman
Ramadhan 2019/1440H Ramadhan
24 Majlis Khatam Al-Quran PDRM 24/5/2019 Masjid Bukit Aman
peringkat Bukit Aman 2019
25 World Quran Hour Masjid Bukit Aman 30/5/2019 Masjid Bukit Aman


26 Program Ihya’ Ramadhan 2019 Sepanjang bulan Masjid Bukit Aman/
Ramadhan Surau Satelit Masjid
Bukit Aman/PGA
Cheras/IPK Sela-
ngor/PULAPOL
Kuala Lumpur
27 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 25/6/2019 Masjid Bukit Aman
Peringkat Bukit Aman

28 Majlis Meraikan Bakal Haji Bukit 12/7/2019 Masjid Bukit Aman
Aman
29 Mini Karnival Masjid Bukit Aman 25/7/2019 Masjid Bukit Aman

30 Program Ibadah Qurban Perdana 13/8/2019 Masjid Bukit Aman

31 Penyertaan Perarakan dan 9/11/2019 Axiata Arena Bukit

Perhimpunan Maulidur Rasul Jalil
Peringkat Kebangsaan (JAKIM)
32 Karnival Pertandingan Memasak 12/11/2019 Masjid Bukit Aman
PERKEP Malaysia
33 Program Berkhatan Perdana Anak- 8/12/2019 Masjid Bukit Aman
Anak Warga PDRM

UNIT SAHSIAH


BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT

34 Khalifah Talk Siri 1 20/02/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
35 Majlis Penyerahan Wang Wakalah 5/3/2019 Bilik Mesyuarat
dan Kunjung Hormat MAIWP/ PPZ JIPS, Tingkat 30

ke PDRM
36 Kursus Pemantapan Integriti dan 10-15/03/2019 Maktab Polis Diraja
Kerohanian Penyelia-penyelia Malaysia, Kuala
Kanan PDRM Kubu Bharu
Sarjan - Sub Inspertor (Lelaki)

37 Kursus Pemantapan Integriti dan 14 - 19/04/2019 Institut Latihan
Kerohanian Penyelia-penyelia Islam, Kampus
Kanan PDRM Selatan

Sarjan - Sub Inspertor (Wanita)
38 Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 29 - 30/6/2019 Dewan Masjid
Bukit Aman
39 Khalifah Talk Siri 2 Dewan Masjid
16/7/2019 Bukit Aman

40 Kursus Solat Pemangkin Integriti Siri 23/7/ 2019 Dewan Masjid

1 Bukit Aman
41 Kursus Khalifah Dinamik 17 -18/9/2019 Maktab Polis Diraja
Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
42 Kursus Pemantapan Integriti dan 6 - 11/10/2019 ILIM Jelebu
Kerohanian Pegawai Polis Wanita
(Insp - ASP)

43 Kursus Pasca Perkahwinan Siri 29 - 31/10/2019 Masjid Bukit Aman
1/2019
44 Kursus Pasca Perkahwinan Siri 22 - 24/10/2019 IPK Kuala Lumpur
2/2019
45 Perkahwinan Beramai-ramai 11/11/2019 PULAPOL Kuala
Lumpur


46 Kursus Pra Perkahwinan PDRM Siri 16 - 17/11/2019 Masjid Bukit Aman
2/2019

UNIT PSIKOLOGI



BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT


47 Klinik MyPS 28/1/2019 Lobi Menara 1, Bukit
Aman
48 Kolokium Kaunselor PDRM 13 - 14/2/19 Maktab Polis Diraja
Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
49 Program Pementoran Siri 1 27/2/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
50 Program AKRAB Tahap 1 12 - 14/3/19 Auditorium Latihan,
Bukit Aman
51 Program MyPS 4U Zon Tengah 8 - 11/4/19 Kem Latihan Belia,
Kuarters KLIA
52 Program AKRAB Tahap 2 9 - 11/4/19 Auditorium Latihan,
Bukit Aman
53 Program MyPS Ex-Bonding Zon 15 - 18/4/19 PULAMAR, Tampoi,
Selatan Johor
54 Simposium Pegawai Psikologi PDRM 23 - 25/4/19 Masjid Bukit Aman
55 Program Pementoran Siri 2 30/4/2019 Bilik Mesyuarat JIPS,
Aras 8, Menara 1

56 Executive Talk (Pekeliling Gangguan 16/5/2019 Dewan Theatrette,
Seksual 2018) Bukit Aman

57 Bengkel Kajian Bunuh Diri 10/5/2019 Maktab Polis Diraja
30/8/2019 Malaysia, Kuala Kubu

14/11/2019 Bharu; Shahzan Inn
Bukit Fraser; dan Bilik
Mesyuarat BAKA,
Aras 17, Menara 1
58 Program Tautan Kasih Seindah Budi 6/7/2019 Rumah Saudhatus
Sakinah, Rawang
59 Program MyPS Ex-Bonding Zon Timur 21 - 25/7/2019 Kompleks Perumahan
PDRM, Alor Akar,
Kuantan Pahang
60 LDP: Personaliti Kendiri Polis Wanita 5, 6 & 18/9/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
61 Kursus Psychology First Aid (PFA) 11 - 13/9/2019 Institut Sosial
Malaysia, Sg. Besi, KL
62 Kursus Pemerkasaan AKRAB 24 - 26/9/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
63 Seminar AKRAB PDRM 3/10/2019 Maktab Polis Diraja
Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
64 Program Sehari Bersama Pelajar SMA 12/11/2019 SMA JAIM Al-Mahadi,
JAIM Al-Mahadi Melaka
65 MyPS Kem Remaja Terbilang (KRT) 22 - 25/12/2019 Kompleks Falak Al-

Khawarizmi, Masjid
Tanah, Melaka

UNIT KAUNSELING





BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT

66 Kursus MyPS Kewangan Siri 1 29/05/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman

67 Kursus MyPS INDAH Siri 1 8 - 15/07/2019 Maktab Teknik
PDRM Muar Johor
68 Kursus MyPS Kewangan Siri 2 27/08/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
69 Kursus MyPS INDAH Siri 2 17 - 24/09/2019 BN 9 PGA, Gong
Badak, Terengganu
70 Kursus MyPS Kewangan Siri 3 25/09/2019 Dewan Theatrette,

Bukit Aman
71 Kursus MyPS Kewangan Siri 4 14/10/2019 Dewan Theatrette,
Bukit Aman
72 Program Literasi Kewangan PDRM 30 - 31/10/2019 Bank Negara
2019 Zon Sabah Malaysia (BNM)
Kota Kinabalu
Sabah

73 Program Literasi Kewangan PDRM 07 - 08/11/2019 BNM Kuching
2019 Zon Sarawak Sarawak
74 Program Literasi Kewangan PDRM 09 - 10 Disember BNM Kuala Lumpur
2019 Zon Tengah 2019

BIL PROGRAM/KURSUS/SEMINAR TARIKH TEMPAT


75 Program Pemantapan Integriti,
Solidariti dan Jati Diri Pegawai Auditorium IPK
23-24/04/2019
Kanan Polis Tahun 2019 Melaka
(Zon Selatan)
76 Program Pemantapan Integriti, Dewan IT,
Solidariti dan Jati Diri Pegawai Kompleks Logistik
Kanan Polis Tahun 2019 29-30/04/2019 Alor Akar,
(Zon Timur) IPK Pahang
77 Program Pemantapan Integriti, Dewan Komuniti

Solidariti dan Jati Diri Pegawai 29-30/04/2019 Pasukan Polis
Kanan Polis Tahun 2019 Marin W1, Batu
(Zon Utara) Uban Pulau Pinang
78 Program Pemantapan Integriti,
Solidariti dan Jati Diri Pegawai Auditorium IPK
Kanan Polis Tahun 2019 29-30/04/2019 Selangor
(Zon Tengah)

79 Majlis Sumbangan Amal JIPS Dewan Thearette
31/05/2019
Bukit Aman
80 Program Pemantapan Integriti, Pusat Latihan
Solidariti dan Jati Diri Pegawai Kecemerlangan
Kanan Polis Tahun 2019 01-02/07/2019 Koperasi
(Zon Sabah) (PULAKOP)
Papar Sabah

81 Program Pemantapan Integriti, Mes Pegawai
Solidariti dan Jati Diri Pegawai 08-09/07/2019 Kanan IPK
Kanan Polis Tahun 2019 Sarawak
(Zon Sarawak)
82 Kursus Pemantapan
Integriti,Kesusilaan dan Sahsiah 18 – 22/08/2019 Maktab PDRM
(KBIPS / KCIPS JIPS) KKB

83 Kursus Pemantapan Integriti dan Maktab PDRM
Sahsiah Ketua-Ketua Polis Balai 02 – 06/09/2019 KKB
PKP (Insp-ASP) Tahun 2019
84 Kursus Motivasi Pegawai Kanan Kem Wawasan
JIPS Negara Lipis
01-04/10/2019 (I-Lead) KBS Kuala
Lipis Pahang

PROGRAM ROCK, CHANGE AND CARE (RCC)

NAZIRAN PENILAIAN STANDARD PERKHIDMATAN



BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING






BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH TEMPAT

85 RCC (Naziran BAKA) 29/4/2019 Briged Tengah,
Cheras

86 RCC (Naziran BAKA) 30/4/2019 Maktab Polis Diraja
Malaysia, Cheras,
Kuala Lumpur
87 RCC (Naziran BAKA) 30/4/2019 PULAPOL Kuala
Lumpur
88 RCC (Naziran BAKA) 25/6/2019 IPK Johor


89 RCC (Naziran BAKA) 26/6/2019 Maktab Teknik
PDRM, Bakri,
Muar, Johor
90 RCC (Naziran BAKA) 2/7/2019 PLPGA, Ulu Kinta,
Perak
91 RCC (Naziran BAKA) 9/7/2019 Briged Tenggara,
Pahang

BAKA, JIPS Bukit Aman telah mengadakan
Kursus Pemantapan Jati Diri Saudara Baru

(Muallaf) sebanyak 4 siri sepanjang tahun
2019 yang melibatkan 221 orang saudara -
baru PDRM. Siri 1 diadakan pada 18 – 22
Februari 2019 melibatkan 49 orang peserta.
Siri 2 pada 22 – 26 Julai 2019 melibatkan

80 orang peserta. Siri 3 pada 10 – 12
September 2019 melibatkan 47 orang
peserta. Siri 4 pada 21 – 25 Oktober 2019

melibatkan 80 orang peserta. Kursus ini
dilaksanakan sebagai satu inisiatif kepada
semua muallaf yang bertugas di PDRM
untuk menambah ilmu pengetahuan agama
Islam dan memberi pendedahan tentang

tanggungjawab sebagai seorang muslim
yang mana mampu meningkatkan integriti
dalam melaksanakan tugasan yang telah
diamanahkan.

YDH CP Dato’ Zamri bin Yahya, Pengarah
JIPS hadir sebagai Perasmi Penutup Kursus


Program ini berbentuk ceramah
berkaitan dengan pengetahuan
fardu ain seperti solat, puasa,

zakat dan sebagainya, talaqqi

Al-Quran secara berkumpulan
dengan menggunakan Iqra’ dan
praktikal solat yang sempurna.

Peserta juga didedahkan dengan
isu semasa dan perkara yang
berkaitan dengan permasalahan
saudara baru (Muallaf) seperti

Barisan Tetamu Utama cara untuk mendapatkan khidmat
nasihat berkaitan agama,
kerjaya, rumahtangga dan
bantuan kewangan.

BAKA JIPS telah mengadakan
Program Khalifah Talk seba-
nyak 2 siri iaitu pada 20
Februari 2019 dan 16 Julai
2019 bertempat di Dewan

Theatrette Bukit Aman. Kursus
ini telah dihadiri seramai 160
orang terdiri daripada Pegawai

Kanan Polis, Pegawai Rendah
Polis dan Pegawai Awam Polis
sekitar Lembah Klang. Tujuan
program ini diadakan adalah
untuk memberi penjelasan

berkenaan zakat serta
kepentingan pelaksanaan Tetamu kehormat yang hadir di Siri 1 pada 20 Februari 2019
potongan zakat pendapatan
dalam kalangan anggota
PDRM.


Selain slot ceramah, turut
diadakan kaunter semakan dan
pengiraan zakat pendapatan
oleh pihak Pusat Pungutan

Zakat (PPZ). Hasilnya ramai
dalam kalangan peserta telah
membuat potongan gaji bagi

tujuan untuk membayar zakat.




Tetamu kehormat yang hadir di Siri 2 pada 16 Julai 2019





“Tahukah Anda” - Fakta Sains

Mengapa saiz matahari kelihatan
sama dengan bulan apabila

diperhatikan dari bumi?

Kerana jarak bumi ke bulan lebih
dekat berbanding jarak bumi ke

matahari.


Sesi pendaftaran

BAKA JIPS dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman
telah mengadakan Kelas Intensif Saudara Baru bermula Februari 2019
sehingga Disember 2019 sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin
dan Khamis bertempat di Bilik Kuliah Masjid Bukit Aman. Kelas ini diadakan
bertujuan untuk:

Tetamu kehormat yang hadir pada siri 1 pada 20 Februari 2019

I. Membantu peserta memahami konsep, isu dan tuntutan akidah;
II. Memberi pendedahan tentang ilmu fardu ain; dan
III. Membantu memahami dan membaca Al-Quran.


Seramai 20 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Kanan Polis, Pegawai
Rendah Polis dan Pegawai Awam dari jabatan PDRM Bukit Aman telah
menyertai kelas ini. Pembelajaran kelas ini berdasarkan kitab “Indahnya Hidup

Bersyariat” dan “Iqra” sebagai rujukan peserta. Kelas ini juga lebih menerapkan
pemahaman tentang ilmu asas fardu ain bagi saudara baru dan cara
memahirkan bacaan Al-Quran.












Perbincangan melibatkan kumpulan kecil Penerangan mengenai ilmu fardhu ain















Ketua Unit Dakwah BAKA, Ustaz Eizzul A’la sedang

memberi penerangan kepada para peserta kursus

Bacaan Al-Quran oleh S/Insp Razali bin Sidek YDH SAC Dato’ Dr Laila binti Hj. Ali, Ketua Penolong
dari BAKA Pengarah BAKA menyampaikan hadiah


BAKA JIPS mengambil inisiatif untuk membudayakan bacaan Al-Quran dalam
kehidupan seharian warga PDRM yang beragama Islam melalui Program

Penguasaan Al-Quran (PPQ) bermula pada 4 Mac hingga 4 Oktober 2019
sebanyak 42 jam, Seminar Penghayatan Al-Quran sebanyak 2 siri pada
27 Februari 2019 dan 27 November 2019 serta diakhiri dengan Majlis Khatam Al-

Quran Perdana PPQ pada 27 November 2019. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran bacaan Al-Quran dan melahirkan warga PDRM yang
berintegriti melalui pemantapan ilmu dan penghayatan Al-Quran.













Bacaan Al-Quran oleh peserta wanita




YDH ACP Hj. Ghazali bin Hj. Daud
menerima Sijil Penghargaan




Bergambar beramai-ramai bersama tetamu Kehormat

BAKA JIPS dengan kerjasama Masjid
Bukit Aman, Kuala Lumpur telah
mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke

Masjid Contoh di Johor Bahru dan
Singapura pada 28 Februari hingga 2
Mac 2019. Program ini bertujuan untuk

mendapatkan input bagi tujuan
penambahbaikan masjid / surau di
bawah PDRM di samping meninggikan

syiar Islam melalui ziarah dan Masjid A-Iman, Singapura
silaturrahim. Melalui program pengima-
rahan masjid ini juga, delegasi telah

dibawa melawat ke beberapa buah
masjid terpilih.








Delegasi dari PDRM Bukit Aman bergambar kenangan

Antara masjid yang diziarahi adalah:
i. Masjid Tunku Laksamana
Sesi penerangan dari Jawatankuasa Masjid yang
diziarahi Abdul Jalil, IPK Johor;
ii. Masjid Al-Iman, Singapura;

iii. Masjid Sultan, Singapura;
iv. Masjid Al-Islah, Singapura; dan

v. Masjid Jamek Bandar Baru
Uda, Johor Bahru


“Tahukah Anda” - Fakta

Sains

“Ketika kita bersin, semua

Bergambar beramai-ramai bersama Jawatankuasa Masjid organ dalam badan tidak
berfungsi termasuk
jantung”

BAKA JIPS telah mengadakan

3 siri Kursus Pemantapan
Integriti dan Kerohanian. Kursus
ini diadakan bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai murni
berteraskan agama yang selari

dengan prinsip serta nilai
integriti. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran serta komitmen
peserta dalam memperkukuh-

kan kerjasama dalam organi-
sasi.
Majlis Penutup Kursus oleh YDH SAC Shafien bin Hj. Mamat,

Ketua Penolong Pengarah BAKA Siri pertama kursus ini telah

diadakan pada 10 hingga 15
Mac 2019 di Maktab PDRM
Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia
melibatkan Penyelia-penyelia

Kanan PDRM iaitu yang
berpangkat Sarjan hingga Sub
Inspektor lelaki seramai 87
orang.


Siri kedua pula melibatkan
seramai 73 anggota berpangkat
Sarjan hingga Sub Inspektor

perempuan diadakan pada 14
hingga 19 April 2019
bertempat di Institut Latihan
Di antara pengisian program yang dilaksanakan Islam Malaysia (ILIM) Kampus

Jelebu, Negeri Sembilan.


Siri ketiga seterusnya diadakan
pada 6 hingga 11 Oktober
2019 bertempat di Institut
Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Kampus Jelebu, Negeri
Sembilan yang disertai oleh
pegawai kanan polis wanita

perpangkat Inspektor dan ASP
Kelas syarahan seramai 57 orang.

BAKA JIPS telah melaksana-
kan Kursus Pembimbing Rakan

Sekerja (AKRAB) Tahap 1 dan
Tahap 2 untuk 19 orang
peserta yang terdiri dari

Pegawai Kanan Polis, Pegawai
Rendah Polis dan pegawai
Awam yang bertugas di Bukit

Aman. Kursus ini telah
diadakan sebanyak 2 kali
Sesi taklimat kepada para peserta
mengikut tahap iaitu pada 12

hingga 14 Mac 2019 dan 09
hingga 11 April 2019. Semua
peserta perlu mengikuti kursus

sebanyak dua (2) tahap se-
belum diiktiraf dengan pelan-
tikan sebagai ahli AKRAB

PDRM.


Kursus ini diadakan dengan

tujuan untuk memberi
pendedahan dan pengetahuan
tentang kemahiran asas Penyampaian Sijil Penyertaan

kaunseling bagi melaksanakan
sesi bimbingan kepada klien
yang memerlukan dalam

membantu perubahan tingkah
laku ke arah yang lebih
berkualiti dan berintegriti.

Kursus ini berjaya melahirkan
ahli AKRAB yang lebih
kompeten, berkemahiran dan

berkeyakinan tinggi dalam
melaksanakan tugas dan
memainkan peranan dalam

memberi khidmat bimbingan Sesi bergambar bersama peserta

untuk membantu rakan yang
memerlukan bantuan.

Hampir 500 pegawai dan anggota

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir
menunaikan solat Maghrib dan Isyak
serta Tahlil bersama Menteri Dalam
Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

di Masjid Bukit Aman sempena Hari
Polis ke-212 pada 21 Mac 2019.


Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini
merupakan sebahagian daripada
Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Peringatan Hari Polis acara tahunan PDRM sempena
Ke-212 dipimpin oleh YDH ACP Hj. Ghazali bin Daud,
selaku imam Masjid Bukit Aman sambutan Hari Polis.

Antara objektif majlis ini adalah bagi
mendoakan kesejahteraan serta
mengenang jasa warga PDRM yang
berkorban demi keamanan,
ketenteraman dan keselamatan

negara.






Suasana ketika Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena
Peringatan Hari Polis Ke-212

Mutiara Kata


“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian

dan bersiap-siaplah sebelum ia datang kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.”



“Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepadaNya,
maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka

janganlah kalian mentaatiku!”


[Umar bin Abdul Aziz, Khalifah Zaman Umaiyah]

Solat Jumaat telah diadakan di

Masjid Sallehin, Pusat Latihan
Polis (PULAPOL) pada 22 Mac
2019. Ia yang dihadiri oleh lebih

kurang 1,000 warga PDRM di
peringkat Bukit Aman dan sekitar
Lembah Klang serta para pelatih

yang sedang menjalani latihan
asas kepolisan. Khutbah Khas
Solat Jumaat bertajuk ‘Islam

Agama Keamanan’ turut
disampaikan sempena sambutan
Khutbah Jumaat Khas oleh YDH ACP Hj. Ghazali bin Hj. Daud dari peringatan Hari Polis ke-212 yang
BAKA
disambut pada 25 Mac 2019.


Turut diadakan solat jenazah ghaib
bagi mangsa-mangsa serangan

ganas tembakan di dua masjid di
Christchurch, New Zealand pada 15
Mac 2019, yang dipimpin oleh Ustaz

BAKA, Hj. Muhammad Ariff Hj.
Mohd Rajoli.
Tetamu kehormat yang hadir adalah
Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri

Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun,
Timbalan Ketua Setiausaha Di antara tetamu kehormat yang hadir
(Keselamatan), Kementerian Dalam

Negeri, YBhg. Datuk Zainal Abidin
bin Abu Hassan, Pemangku
Timbalan Ketua Polis Negara, YDH

CP Dato’ Seri Abdul Hamid bin
Bador, barisan Pengarah PDRM
dan Komandan PULAPOL Kuala

Lumpur, YDH SAC Shamsuddin bin
Mat.




Ustaz Hj. Mohd Ariff bin M. Rajoli memimpin Solat

Jenazah Ghaib

Sempena Peringatan Hari Polis yang
ke-212, PDRM melalui BAKA JIPS

Bukit Aman dengan kerjasama Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Selangor
telah menganjurkan Forum Perdana

Hal Ehwal Islam pada 28 Mac 2019
bertempat di Dewan Utama IPK
Selangor dan siaran langsung di TV1
RTM.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam kali Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam di
TV1 RTM
ini membawakan tajuk “Integriti
Setulus Hati” dengan penampilan
selebriti nasyid tanahair, Ustaz Nabil

bin Ahmad sebagai moderator,
Ustaz Mohd Elyas bin Ismail dan
Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki

sebagai ahli panel.





Hadirin Forum Hal Ehwal Islam bertajuk

“Integriti Setulus Hati”













Ustaz Nabil bin Ahmad (moderator) Antara tetamu yang hadir
menerima sijil penghargaan

BAKA JIPS dengan kerjasama
BAKA IPK Negeri Sembilan
telah berjaya melaksanakan

Kursus MyPS 4U Zon Tengah
pada 8 hingga 11 April 2019 di
Kem Belia Negara Kuarters

KLIA, Sepang Selangor.
Kursus ini dihadiri oleh 47
orang peserta terdiri daripada

Pegawai Rendah Polis yang
bertugas di Kontinjen, Briged
dan Formasi Zon Tengah.


Antara Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan

Tujuan utama kursus ini adalah

untuk memberi pengetahuan
dan pendedahan kepada
peserta kursus bagi meningkat-

kan motivasi dan komitmen
kerja dalam menjalankan tugas
yang telah diamanahkan.

Program ini berjaya melahirkan
warga PDRM yang bermotivasi
tinggi dan komited dalam

pelaksanaan tugas melalui
penekanan konsep 4U iaitu
Unique, United, Understanding
dan Urbane yang merupakan

aspek terpenting dalam
pembangunan jati diri dan
Bergambar kenangan

semangat berpasukan.
Program ini juga dilihat mampu

meningkatkan tahap kesiap-
“Tahukah Anda” siagaan warga PDRM pada

setiap masa khususnya dalam
MyPS 4U adalah salah satu menghadapi cabaran perkhid-
daripada 8 modul MyPS yang matan kepolisan yang memerlu-
kan anggotanya sentiasa peka
dibangunkan oleh Bahagian
Agama dan Kaunseling dan cakna terhadap ekpektasi
masyarakat dan pucuk
pimpinan PDRM.

BAKA JIPS telah berjaya

melaksanakan Kursus MyPS
Ex-Bonding Zon Tengah pada
15 - 18 April 2019 di Pusat

Latihan Marin (PULAMAR),
Tampoi, Johor. Kursus tersebut
melibatkan 60 orang peserta
yang terdiri daripada Pegawai
Kanan Polis yang bertugas di
Bukit Aman, Kontinjen, Briged

dan Formasi Zon Selatan.



Tujuan utama program adalah
Bergambar kenangan bersama Pengarah JIPS,
untuk memberi pengetahuan
YDH CP Dato’ Zamri bin Yahya
dan pendedahan bagi mening-

katkan semangat kerjasama
berpasukan dan membentuk
ciri-ciri kepimpinan yang ber-
kesan dalam kumpulan.

Program yang menekankan

konsep kebersamaan bagi
meningkatkan kejelikitan an-

tara warga PDRM sekaligus

mampu memacu peningkatan
produk-tiviti dan penyampaian

perkhidmatan PDRM kese-

luruhannya. Pendekatan kerja
berpasukan ini juga adalah

satu aspek yang penting

dalam pengurusan sumber
Akitiviti yang dilaksanakan oleh para peserta manusia dan menjadi pra-

syarat yang penting bagi
Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh para peserta membina kesatuan dalam

kalangan warganya khusus-

nya dalam mencapai misi dan
aspirasi pucuk pimpinan
PDRM.

BAKA JIPS telah

melaksanakan Simposium
Pegawai Psikologi PDRM untuk
Pegawai Psikologi dan

Penolong Pegawai Psikologi
dari semua kontinjen, briged
dan formasi seluruh negara.

Simposium tersebut telah
diadakan pada 23 - 25 April
2019 di Dewan Serbaguna

Masjid, Bukit Aman melibatkan
78 orang peserta.
Ucapan perasmian penutup oleh YDH ACP Zaiton binti Hussain,
Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) BAKA

Objektif program ini adalah
untuk memberi pendedahan

tentang prosedur dan kaedah
pengurusan dokumentasi pela-
poran kes kaunseling yang

memenuhi standard piawaian
yang ditetapkan. Peserta
mendapat kemahiran berkaitan

penyediaan laporan kes
kaunseling agar memenuhi
piawaian yang ditetapkan
dengan mengambil kira teori

dan teknik kaunseling yang
Di antara peserta yang hadir
dipegang khususnya dalam

mengendalikan kes-kes di
bawah Dasar Pemisah (Exit
Policy).












Ceramah disampaikan oleh YDH ACP Zaiton binti Hussain Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Mahani

binti Mohazir daripada JPA


Click to View FlipBook Version