The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Presentation Ayat Kefahaman Surah Al Hasyr ayat 21-24

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saodah ali, 2020-06-06 12:45:20

Presentation Ayat Kefahaman Surah Al Hasyr ayat 21-24

Presentation Ayat Kefahaman Surah Al Hasyr ayat 21-24

AYAT KEFAHAMAN: SURAH
AL-HASYR AYAT 21-24

TAJUK:
KEMULIAAN AL QURAN

Selamat belajar daripada:
Pn Saodah binti Ali

Pada akhir pelajaran diharapkan murid dapat:

Menerangkan maksud ayat 21-24 Surah Al-
Hasyr secara ringkas.

Menjelaskan intisari ayat 21-24 Surah Al-
Hasyr.

Menyatakan keistimewaan al Quran.

Menerangkan cara makhluk selain manusia tunduk dan
patuh kepada Allah.

Menghuraikan langkah-langkah untuk menjadi
orang yang menghayati al Quran.

Menghuraikan maksud perbandingan antara bukit
dan orang yang mengingkari perintah Allah.

Merumuskan pengajaran ayat.

SURAH AL-HASYR AYAT 21-24

Maksud ayat:

Ayat 21 • Sekiranya kami turunkan al Quran ini ke atas gunung, nescaya engkau
dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada
umat manusia supaya mereka memikirkannya

Ayat 22 • Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang
ghaib dan nyata, Dia Maha Pemurah lagi maha mengasihani

Ayat 23 • Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang Menguasai (sekalian alam)
Ayat 24 yang maha suci, yang maha selamat sejahtera (daripada segala
kekurangan). Dia melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi
segala kebesaran-Nya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka
sekutukan dengannya

• Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan
(daripada tiada kepada ada) yang membentuk rupa (makhluk-Nya
menurut yang dikehendaki-Nya) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-
baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit
dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha
bijaksana.

INTISARI AYAT

• Allah menyatakan sekiranya al-Quran diturunkan ke atas gunung

1 yang teguh, nescaya ia akan pecah.

• Ini disebabkan gunung tidak mampu melaksanakan tanggungjawab

2 untuk menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya.

• Allah mempunyai nama-nama yang indah dan sifat yang sempurna.

3

• Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk dan bertasbih kepada

4 Allah.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

1.Mukjizat agung kepada Rasulullah.

2.Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek
kehidupan seperti akhlak, ekonomi, sosial, sains dan politik.

3.Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa,
tempat dan masa.

4.Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan
hingga kiamat.

5.Tiada makhluk yang mampu menandingi
keindahan bahasa al-Quran.

6.Membimbing manusia menuju
kebahagiaaan hidup di dunia dan akhirat.

7.Setiap huruf yang dibaca dikira ibadat
dan diberikan pahala.

MAKHLUK SELAIN MANUSIA TUNDUK DAN PATUH
KEPADA ALLAH

• Dalam ayat 24 surah al-Hasyr Allah menyatakan bahawa
1 semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah.

• Antaranya dengan cara bertasbih dan mengikut semua
2 ketentuan dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

• Matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya.
3

• Manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya tidak
4 menderhakai Allah yang telah mencipta kita.

Cara Menghayati al Quran

1 • Istiqamah dalam membaca al Quran

• Memahami dan mengamalkan al Quran dalam
2 kehidupan seharian.

• Sentiasa mempelajari dan mengayati isi kandungan al
3 Quran.

• Membaca atau menghafaz al Quran dengan bertajwid
4 dan bertarannum.

PERBANDINGAN ANTARA GUNUNG DAN ORANG
YANG INGKAR KEPADA ALLAH

Allah membandingkan keingkaran manusia menerima al-
Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai apabila
diturunkan al-Quran.

Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan
kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar.

Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk
membaca al-Quran.

Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan
hancur berkecai kerana takut kepada Allah.

Asma’ al Husna dalam ayat:

Al Al Quddus
Musawwir
As- Salam

Al Baari’ Al Mukmin

Al Khaaliq Asma ‘al Al Muhaimin
Husna

Ar Rahim Al Aziz

Ar Rahman Al Al Jabbar

Mutakabbir

Keistimewaan /kelebihan beramal dengan asma’ al
Husna:

Membolehkan berdoa mengikut kesesuaian nama-nama Allah.
Dapat menambah pahala.
Dapat menenangkan jiwa.
Dapat menjadi penawar bagi penyakit.
Mendapat kekuatan rohani dan jasmani.
Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Diampuni dosa.

Pengajaran ayat:

Kita hendaklah mengambil iktibar daripada
peringatan-peringatan yang terdapat dalam al Quran
agar menjadi panduan hidup yang benar.

Kita hendaklah mencontohi ketaatan makhluk
ciptaan Allah selain manusia yang sentiasa tunduk
bertasbih kepada Allah SWT.

Kita hendaklah sentiasa mengamalkan berdoa
dengan nama-nama Allah yang sesuai dengan
permohonan agar doa mudah dimakbulkanNya.


Click to View FlipBook Version