INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2021) PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJMS3092) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PHUA MEI LING NO KAD PENGENALAN 020922140850 ANGKA GILIRAN 2021192340039 KUMPULAN PISMP G2 AMBILAN JUN 2021 BM (SJKC) SEMESTER 5 TAHUN 2 NAMA PENSYARAH CIK TAN YAN IM TAJUK TUGASAN PROJEK KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN TARIKH PENYERAHAN 6 MAC 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
SENARAI KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Penghargaan 1 2.0 Pengenalan 3 3.0 Objektif 3 4.0 Matlamat 3 5.0 Sasaran dan Penyertaan 4 6.0 Maklumat Aktiviti 4 7.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk 4-5 8.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja 6-8 9.0 Belanjawan 9 9.1 Anggaran Pendapatan 9 9.2 Anggaran Perbelanjaan 9 10.0 Penutup/Syor 9 11.0 Rujukan 10 12.0 Lampiran 11
1 1.0 Penghargaan Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih atas sokongan moral yang diberikan. Selain itu, saya mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Cik Tan Yan Im kerana memberi bimbingan dan sokongan moral kepada saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat dihargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan ibu bapa saya yang memberi pemudahcara kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi didikan moral yang menjadi sumber rujukan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ibu bapa juga memberikan penjagaan sempurna supaya kesihatan saya sentiasa dijaga dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi peringatan dan pertolongan terhadap saya untuk menyiapkan kerja kursus. Ribuan terima kasih atas pencerahan dan bantuan yang diberikan pada setiap masa. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam kerja kursus ini. Terima kasih bahan anda yang membolehkan saya menjadikannya sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.
2 SK ST. MARY, KUALA LUMPUR JALAN INTAN BAIDURI 5D, TAMAN INTAN BAIDURI 5D, KUALA LUMPUR, MALAYSIA KERTAS KERJA PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN [PERMAINAN TRADISIONAL- BATU SEREMBAN] TEMPAT: DEWAN SK ST. MARY TARIKH: 22 FEBRUARI 2023 ANJURAN: KELAB DAN SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL SK ST.MARY
3 TAJUK: KERTAS KERJA: PERTANDINGAN PEMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN) 2.0 Pengenalan Berdasarkan Zuriawati & Asyiek (2014) menyatakan bahawa permainan tradisional dikenali sebagai permainan rakyat yang dimainkan oleh nenek moyang dahulu. Permainan tradisional merupakan warisan tidak ketara yang menjadi saluran masyarakat untuk menyeronokkan dan memberikan hiburan. Melalui permainan tradisional, kanak-kanak dapat berinteraksi sosial dengan rakan-rakan. Permainan tradisional biasanya tidak memerlukan peralatan moden atau teknologi yang canggih untuk dimainkan. Permainan tradisional ini hanya memerlukan benda-benda yang mudah dijumpai di sekitar kita. 3.0 Rasional i. Penganjuran pertandingan permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid. ii. Penganjuran pertandingan ini diharap dapat memberikan pendedahan pengetahuan batu seremban kepada murid. iii. Memupuk nilai kerjasama, toleransi, dan perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan murid dalam usaha menyertai pertandingan batu seremban ini. 4.0 Objektif i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan St. Mary dalam menyertai pertandingan batu seremban. ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam batu seremban untuk diserap dan digilap dalam murid. iii. Mendedahkan dan meningkatkan kemahiran bermain batu seremban dalam kalangan murid. iv. Membuka peluang murid untuk mencungkil bakat dan melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. v. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru. 5.0 Matlamat i. Meningkatkan pemahaman murid terhadap batu seremban ii. Meningkatkan kemahiran sosial antara murid dengan guru dan murid.
4 iii. Meningkatkan jasmani, emosi, dan intelek pada diri murid. iv. Memupuk nilai-nilai positif dan memperkenalkan warisan budaya. v. Meningkatkan kecerdasan otak dan minda murid dalam menyelesaikan masalah. 6.0 Sasaran dan Penyertaan Murid tahun 6 SK. St. Mary yang dipilih (Setiap kelas menghantar 10 orang wakil untuk menyertai pertandingan batu seremban) 7.0 Maklumat Aktiviti Tema : Sambutlah batu seremban saya! Tarikh : 22 Februari 2023 Hari : Rabu Masa : 8.00 pagi hingga 12.45 tengah hari Tempat : Dewan Sk St. Mary 8.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk RUJUK LAMPIRAN A 9.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja RUJUK LAMPIRAN B 10.0 Tentatif Pertandingan RUJUK LAMPIRAN C
5 11.0 Belanjawan 11.1 Anggaran Pendapatan Bil. Item Jumlah (RM) 1. Penaja daripada PK Kokurikulum: Puan Hamzah Nurliana 100 2. Sumbangan PIBG 120 3. Sumbangan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (Pembelian Batu Seremban) 21.90 JUMLAH: 241.90 11.2 Anggaran Perbelanjaan Bil. Item Jumlah (RM) 1. Kuih Muih (60 set) 90 2. Sijil dan Hadiah (i) Johan – Hadiah bernilai RM30 (ii) Naib Johan – Hadiah bernilai RM 20 (iii) Ketiga – Hadiah bernilai RM 10 120 3. Biji Batu Seremban (6 set) 21.90 4. Kebersihan a) Plastik sampah (1 paket) 10 JUMLAH: 241.90 12.0 Senarai Nama Peserta RUJUK LAMPIRAN D 13.0 Pengenalan Permainan Batu Seremban dan Prosedur Permainan RUJUK LAMPIRAN E
6 14.0 Peraturan Pertandingan RUJUK LAMPIRAN F 15.0 Sistem Pertandingan RUJUK LAMPIRAN G 16.0 Senarai Peralatan RUJUK LAMPIRAN H 17.0 Borang Penyertaan dan Pemarkahan RUJUK LAMPIRAN I 18.0 Penutup/ Syor Semoga perancangan rapi daripada pihak kami dapat diberikan pertimbangan sewajarnya berdasarkan objektif dan tujuan penganjuran program seperti yang dinyatakan di atas. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, (PHUA MEI LING) Setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional, SK ST MARY, KUALA LUMPUR
7 18.0 Rujukan Abdullah Arsad. (2021, 22 Disember). Penulisan Kertas Kerja & Kertas Cadangan: Format, Teknik & Gaya Penulisan. Universiti Putra Malaysia. https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20220103163507NOTA_PENULISAN _KERTAS_KERJA_DAN_KERTAS_CADANGAN_2021_(4).pdf Jabatan Warisan Negara. (2021). Permainan Tradisi. Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara.https://www.heritage.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id =135&Itemid=592&lang=ms Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Ahmad Zaki Abd Latif & Mohammad Mahyuddin Khalid. (2014). Panduan Penulisan Kertas Kerja & Pembentangan. Zakat Research Institute of Malaysia. Zuriawati Ahmad Zahari & Mohd Asyiek Mat Desa. (2014). Permainan Tradisional dan Teknologi: Penelitian dan Tinjauan Terhadap Persepsi Kanak-kanak. 1st Internasional Conference on Creative Media, Design & Technology, Universiti Sains Malaysia.
8 19.0 Lampiran LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK Bil. Senarai Jawatankuasa Tugas Utama Nama Pemeganag Jawatankuasa 1. Penasihat • Menyelia kelancaran pertandingan. • Puan Hamzah Nuliana 2. Pengerusi • Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti. • Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan. • Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. • Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan. • Mengadakan mesyuarat dan mentadbir mesyuarat. • Bertanggunngjawab menentukan hala tuju pertandingan. • Encik Chee Kiong Qiang 3. Naib Pengerusi • Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. • Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya. • Puan Anucia A/P Jayaretnam 4. Setiausaha • Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan. • Puan Wahida Shahira binti Saiful
9 • Memastikan kehadiran ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat. • Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat kepada yang berkenaan. • Mencatatkan setiap isu perbincangan dalam minit mesyuarat. • Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. • Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat. 5. Bendahari • Bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran kewangan. • Menyedia dan menyimpan wang tunai milik pertandingan. • Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. • Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat. • Cik Phua Mei Ling LAMPIRAN B: AHLI JAWATANKUASA KERJA Bil. Senarai Jawatankuasa Tugas Utama Nama Pemegang Jawatankuasa 1. JK Pertandingan • Menyediakan syarat pertandingan yang terkini. • Memastikan peserta menerima dan mematuhi syarat pertandingan. • Cik Foo Pei Jing • Encik Muhammad Sabran bin Mansor
10 • Menyediakan format pemarkahan untuk hakim-hakim. • Memberi taklimat syarat pertandingan kepada peserta. • Memastikan peserta memberi wang cagaran jika diperlukan. 2. JK Teknikal • Menyediakan syarat pertandingan • Mencadangkan tempat sesuai bagi hakim bertugas. • Melantik seorang penjaga masa jika perlu. • Menyediakan pelan lakar tempat pertandingan. • Memberi taklimat kepada hakimhakim dan pengurus sukan. • Melantik juri rayuan jika diperlukan. • Encik Muhaimin bin Zakruan 3. JK Peralatan • Menyediakan alatan dan membantu jawatankuasa pertandingan. • Memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi. • Menyediakan tempat pertandingan • Menempah tempat pertandingan. • Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi kelicinaan perlaksanaan program. • Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan. • Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa pertandingan dijalankan. • Encik Maniyamin bin Hairul • Encik Khairul Hisyam
11 4. JK Siaraya/ Seranta, Publisiti dan Dokumentasi • Menghasilkan poster pertandingan dan menyebarkan pertandingan • Menguruskan peserta yang menyertai pertandingan. • Menyenaraikan peralatan yang diperlukan. • Menghebah pertandingan ini di media. • Menyediakan banners dan posters dan meletakkannya di sekeliling sekolah dengan kebenaran. • Membuat rakaman peringkat pusingan. • Mengambil gambar-gambar pasukan yang berjaya untuk media. • Menyerah segala rakaman dan gambar-gambar kepada urus setia. • Cik Tho Mei Yee • Cik Teng Qiao Yi • Cik Gan Yee Lan 5. JK Pengacaraan Majlis • Menyediakan skript pengacaraan pertandingan. • Menjadi pengacara majlis pertandingan. • Memeriahkan suasana pertandingan. • Cik Chia Boon Ping • Cik Wana Isa 6. JK Hadiah • Menyediakan sijil dan hadiah bagi pemenang pertandingan. • Membeli dan membalut hadiah sebelum pertandingan. • Menguruskan jawatankuasa yang memberi hadiah kepada pemenang. • Puan Gayathira A/P Thirusam • Puan Navaneetha A/P Gopal
12 • Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk kelulusan. • Mengenalpasti tempat sesuai untuk meletakkan hadiah. • Mendapatkan salinan keputusan pertandingan daripada urus setia. • Menyerahkan segala butiran pembelian kepada bendahari. 7. JK Keselamatan/ Kebersihan • Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program dijalankan. • Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak mendatangkan bahaya. • Memastikan kebersihan tempat pertandingan dijaga. • Puan Nazura binti Sofian • Semua peserta 8. JK Jamuan dan Makanan • Menyediakan makanan dan minuman yang sesuai kepada jawatankuasa dan peserta. • Menempah makanan dengan pihak pengurusan cafe. • Puan Fatimah Haslinda binti Azad • Puan Yogesdeshini A/P Muthu LAMPIRAN C: TENTATIF PROGRAM Tarikh dan Masa Aktiviti 8.00 pagi • Pendaftaran Peserta 8.30 pagi • Taklimat Pertandingan oleh Pengerusi Pertandingan 9.00 pagi • Pertandingan dimulakan 11.30 tengah hari • Pertandingan tamat
13 12.00 tengah hari • Majlis Penyampaian Hadiah i. Nyanyian Lagu Negaraku, Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah ii. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, SK St. Mary iii. Majlis Penyampaian Hadiah iv. Nyanyian lagu Lagu United and Strong v. Gambar Semua Peserta 12.45 tengah hari • Bersurai LAMPIRAN D: SENARAI NAMA PESERTA Bil. Nama Nombor Surat Beranak Kelas 1. NORADDASUE BINTI SAIFUL BG56452 6 Seroja 2. ADAWIYAH RABIATUL BG79852 6 Seroja 3. LOW JUN YING BK52080 6 Seroja 4. CHEW KAI LING BF46223 6 Seroja 5. WINSBY KANG BH58223 6 Seroja 6. MANJEET KAUR BG84522 6 Seroja 7. MAGGIE CHIA BG45435 6 Seroja 8. ELSA TAN BG88958 6 Seroja 9. NORHALINE BINTI JUBRI BF66892 6 Seroja 10. NORHALINA AZIZZA BF54862 6 Seroja 11. KAMISTRA A/P GOPAL BF54531 6 Tulip 12. ABYLASHINI A/P SENGAM WF25368 6 Tulip 13. KONG SHI LING SF53258 6 Tulip 14. PAVEETRA RANJIT BF56526 6 Tulip 15. BALJEET KAUR BH59865 6 Tulip 16. KALISHA BATRISYA BINTI SHAMSUL WE87845 6 Tulip 17. MUBDIA AATIYA WE68630 6 Tulip 18. AFEEN BINTI KHAIRUL WB36022 6 Tulip 19. DHIALISA BINTI SABTU WB30345 6 Tulip 20. IHKAM SAILAJA A/P MENJAP WB08089 6 Tulip 21. CHEE KEE YING WB23040 6 Mawar 22. NG ZI YUN WK08220 6 Mawar 23. SOFIA SADIP BINTI ZIKRY WS05087 6 Mawar
14 24. KHATIJAH SOFIALIN BINTI AHMAD BE51084 6 Mawar 25. MARJIA JEEP BD09058 6 Mawar 26. WALEEYA BINTI WAN ABDULLAH WD05055 6 Mawar 27. WAN AMALIN BINTI SAIRUL WE00545 6 Mawar 28. LAKSHMIVISYA A/P VALIVAN WD04500 6 Mawar 29. JHANSI WEESURYA WG08045 6 Mawar 30. NAVINEETHA A/P JUJIT WD40454 6 Mawar 31. ZOEY WONG BE08454 6 Anggerik 32. TILLY BEE BJ055408 6 Anggerik 33. SATYA SAUMYA A/P DIVEN BW98949 6 Anggerik 34. AMULYA A/P KATHIRAVAN VW00891 6 Anggerik 35. ZAHEERA SOFIA BINTI ISKANDAR VE08875 6 Anggerik 36. WARDDA ZULAIDHA VW03568 6 Anggerik 37. ZAMIRA ZULLA WE00598 6 Anggerik 38. KHADIJAH HALINA BINTI AZAD WH50489 6 Anggerik 39. SURIAWATI BINTI AMMAR WJ36421 6 Anggerik 40. SULEIKA TIJAH BINTI AQLAN WG06505 6 Anggerik LAMPIRAN E: PENGENALAN BATU SEREMBAN DAN PROSEDUR PERMAINAN Batu seremban merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu dan dimainkan oleh dua orang atau lebih daripadanya. Batu seremban dapat dimainkan oleh kanak-kanak atau dewasa dalam mengisi masa lapang. Permainan batu seremban ini melatih koordinasi mata dan tangan serta ketepatan gerakan permain. Permainan ini akan menggunakan lima buah batu kecil yang diletakkan di atas permaidani sebagai alas bermain. Dalam memulakan batu seremban, batu akan dilontar ke udara dan menangkapnya dengan satu tangan, lalu menimbun satu batu kecil di atas tapak tangan dan melambung tinggi kembali empat batu ke udara. Kemudian, menimbun dua batu kecil di atas tapak tangan dan melambung tinggi tiga batu ke udara. Proses ini akan terus berlanjut sehingga hanya tersisa satu batu kecil di atas permaidani. Prosedur Permainan: 1. Guru akan menyediakan permaidani sebagai alas bermain dan meletakkan di permukaan yang datar. Guru juga perlu letakkan lima batu kecil di atas permaidani. 2. Dalam memulakan permainan ini, peserta akan mengumpulkan kelima-lima biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.
15 3. Setelah mengumpulkan batu-batu, peserta haruslah menyelerakkan batu tersebut secara bebas di atas lantai. 4. Peserta akan mengambil sebiji batu yang dikenakan sebagai buah ibu dan melambungkan ke udara. Sebelum batu dijatuhkan, peserta akan memungut sebiji batu lagi sambil menyambut semula batu yang dilambung tersebut dengan menggunakan satu tangan yang sama. 5. Peserta akan memilih sebiji batu dan mengutip dua biji daripada baki batu menggunakan tangan yang sama sebelum menyambut batu yang dilontar. 6. Langkah diulang sehingga baki batu selesai dikutip. 7. Peserta haruslah meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk diletakkan tepi dan sambung dengan peringkat 3 hingga 6. Peringkat Permainan: a) Peringkat pertama • Pemain perlu memilih sebiji batu kemudian lontarkannya ke udara • Pada masa yang sama, pemain perlu mengutip sebiji batu daripada baki batu menggunakan tangan yang sama sebelum menyambut batu yang dilontar • Langkah diulang sehingga baki batu selesai dikutip b) Peringkat kedua • Pemain perlu memilih sebiji batu kemudian lontarkannya ke udara • Pada masa yang sama, pemain perlu mengutip dua biji batu daripada baki batu menggunakan tangan yang sama sebelum menyambut batu yang dilontar • Langkah diulang sehingga baki batu selesai dikutip c) Peringkat ketiga • Pemain perlu memilih sebiji batu kemudian lontarkannya ke udara • Pada masa yang sama, pemain perlu mengutip sebiji batu daripada baki batu menggunakan tangan yang sama sebelum menyambut batu yang dilontar • Langkah diulang sehingga baki batu selesai dikutip d) Peringkat keempat • Pemain perlu memilih sebiji batu kemudian lontarkannya ke udara • Pada masa yang sama, pemain perlu mengutip empat biji batu daripada baki batu menggunakan tangan yang sama sebelum menyambut batu yang dilontar
16 • Langkah diulang dengan mengutip sebiji lagi baki batu e) Peringkat kelima • Pemain perlu menyatukan kedua-dua tapak tangan melalui genggaman tangan kemudian mengeluarkan ibu jari dan jari telunjuk daripada kedua-dua tangan • Menggunakan gaya tangan tersebut, pemain perlu mengutip sebiji batu menggunakan kedua-dua jari telunjuk kemudian memasukkannya ke dalam genggaman tangan • Pemain perlu mengutip kelima-lima batu secara satu persatu f) Peringkat keenam • Tanpa mengalihkan atau membuang kelima-lima biji batu daripada peringkat lima, pemain perlu memilih sebiji batu yang berada dalam genggaman • Kemudian, lontarkan batu yang dipilih dan pada masa yang sama, jari telunjuk tangan yang menggenggam batu mencalit lantai • Setelah mencalit lantai, pemain perlu cepat-cepat menyambut batu yang telah dilontar LAMPIRAN F: PERATURAN PERTANDINGAN Format Pertandingan: Lima orang peserta bagi satu pasukan. Peraturan Bermain: • Satu permainan diberi masa 10 minit untuk kumpul mata mengikut keupayaan peserta • Semasa bermain, peserta tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada peserta lain untuk mengetahui peserta telah mati di buah yang berapa. • Semasa mengambil buah-buah itu, peserta tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran. • Peserta hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah jatuh ke lantai. • Pada setiap kali dalam satu peringkat, peserta haruslah mengumpulkan dan menyertakan semua buah untuk peringkat yang lain. • Peserta akan menukar giliran bermain apabila peserta sebelumnya telah melakukan kesilapan atau kesalahan semasa menyambut buah serta mati. Mati dikira atas sebab-sebab di bawah: a. Peserta tidak dapat menyambut buah yang dilambung b. Ketika memungut buah di lantai, peserta tersentuh buah lain.
17 c. Pada langkah timbang, peserta menyambut semula buah ke tapak tangan dengan jumlah yang tidak sama. d. Peserta terlupa tahap permainannya ketika menyambung semula. • Peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dalam kumpulannya dikira sebagai pemenang Pemberian mata dan penentu kemenangan • Peserta diberi 2 peluang untuk menghabiskan 6 peringkat di setiap pusingan. Peserta yang berjaya menghabiskan di satu peringkat akan mengumpul 1 mata. Jika peserta mati di peringkat 4 pada peluang kedua, maka markah terkumpulnya pada pusingan itu adalah 4 markah. Markah tertinggi akan diambil bagi setiap peluang yang diberikan. • Pengiraan markah: Menang: 1 markah, Kalah: 0 markah • Di peringkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka pasukan yang mempunyai peserta memang tertinggi dikira sebagai pemenang, jika seri, pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi sebagai pemenang. LAMPIRAN G: SISTEM PERTANDINGAN • Pertandingan akan dijalankan secara liga dan kalah mati. • Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan melalui undian. • Dua pasukan teratas (Juara dan naib juara kumpulan) dari setiap kumpulan akan layak bertanding di peringkat suku akhir (sekiranya 4 pasukan) atau separuh akhir (sekiranya 2 pasukan) • Pasukan yang kalah akan terus disingkirkan. LAMPIRAN H: SENARAI PERALATAN Bil. Perkara Kuantiti 1. Batu Seremban (6 set x 5 ketul) 35 ketul
18 2. Meja Ketua Hakim 1 buah 3. Kerusi 1 buah 4. Kad Manilla 10 keping 5. Pen Marker 3 batang 6. Pita Pelekat 1 gulung LAMPIRAN I: BORANG PENYERTAAN DAN PEMARKAHAN PERMAINAN BATU SEREMBAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SK ST.MARY NAMA KUMPULAN: _________________________________ KETUA KUMPULAN: ________________________________ KELAS:____________________________ BIL. NAMA PESERTA NO SIJIL BERANAK 1. 2. 3. 4. 5. *Semua peserta hendaklah mendapat satu borang penyertaan yang mengandungi nama dan no sijil beranak. PENGAKUAN IBU BAPA Saya ___________________(nama ibu/bapa/penjaga) dengan ini bersetuju untuk membenarkan anak saya, _____________ (nama anak) _______ (kelas) untuk menyertai pertandingan batu seremban di SK St. Mary. Saya berjanji bahawa segala kecederaan yang berlaku adalah atas tanggungjawab saya sendiri pada sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini. Tarikh: __________ Tandatangan:__________________ BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN
19 NAMA KUMPULAN: Bil. Nama Peserta Kelas Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Jumlah Mata Kedudukan 1. 2. 3. 4. 5. BORANG PEMARKAHAN