The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

10_MUHAMMAD ZULHARITH BIN ABD HALIM_BMI_T1BMMB3283

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulharith Halim, 2024-02-25 02:56:48

ANTARA DUA DARJAT

10_MUHAMMAD ZULHARITH BIN ABD HALIM_BMI_T1BMMB3283

Keywords: Buku Cerita Kanak-kanak

ZULHARITH ABD HALIM ANTARA DUA DARJAT ANTARA DUA DARJAT


ANTARA DUA DARJAT Tahun Terbitan 2024 ANTARA DUA DARJAT


ANGKA GILIRAN KELAS AMBILAN MUHAMMAD ZULHARITH BIN ABD HALIM 2021232340491 BAHASA MELAYU I PISMP AMBILAN JUN 2022 IPG IPG KAMPUS PERLIS NAMA


SINOPSIS Cerita ini mengisahkan kehidupan dua ekor kucing yang berbeza. Kehidupan Rambo sebagai kucing jalanan membuatkan dirinya sentiasa berasa rendah diri. Namun pertemuan Rambo dengan Zoro iaitu seekor kucing perliharaan telah membuatkan dirinya bersemangat kembali. Apakah yang telah berlaku kepada Rambo sehingga membuatkan dirinya bersyukur menjadi seekor kucing jalanan.


Kucing merupakan seekor haiwan peliharaan. Namun kucing terbahagi kepada dua jenis iaitu kucing peliharaan di rumah dan kucing jalanan. Kedua-duanya mempunyai kisah dan jalan hidup yang berbeza. Pembangunan kawasan perumahan dan sikap manusia yang suka memilih kasih menjadi punca pemisah utama dunia dua ekor kucing ini.


Pada suatu hari, kebiasaannya rutin Rambo ialah berjalan untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupannya. Selalunya, Rambo akan mencari makanan di dalam tong sampah yang berada di belakang kedai makanan terlebih dahulu. Sisa makanan yang dibuang merupakan sumber makanan buat Rambo. Rambo akan bersama-sama rakannya mencari makanan setiap hari. Ada kalanya makanan tidak mencukupi kerana terlalu banyak kehadiran kucing jalanan yang lain. “Cis, makanan ini aku punya, aku yang jumpa dahulu !” Rambo dimarahi oleh Toro. Toro merupakan kucing yang paling berkuasa dikawasan itu kerana saiz badannya yang lebih besar berbanding kucing yang lain. Semua kucing yang lain terpaksa akur dengan segala arahan yang diberikan oleh Toro kerana takut kepadanya.


“Toro, lepaskan kawan kami !” Jerit Miko. Miko yang bersama-sama dengan Ciko, Bobi dan Jimbo tanpa ragu-ragu terus bergegas menyelamatkan Rambo. Toro walaupun bertubuh sasa namun tetap berjaya dikalahkan oleh rakanrakan Rambo.


Pergaduhan demi pergaduhan dihadapi oleh Rambo dan rakannya. Demi meneruskan kelangsungan hidup, mereka terpaksa bergaduh dengan kumpulan kucing jalanan yang lain. Namun disebabkan bersahabat yang erat bersama rakannya dan saling menjaga antara satu sama lain, Rambo dan rakannya setiasa berada dalam keadaan yang selamat.


Jika tiada bekalan sisa makanan yang mencukupi Rambo akan pergi ke dalam kedai makanan untuk meminta sedikit makanan untuk dimakan. Ditendang dan dipukul merupakan perkara biasa buat Rambo dan rakannya sebagai kucing jalanan setiap hari kerana Rambo dan rakannya dianggap kotor dan berbau busuk.


Pada waktu pagi pula, Rambo akan bersiar-siar ke pasar pagi bagi mendapatkan seekor ikan. Rambo dan rakannya sering dimarahi dan dikejar oleh peniaga pasar kerana perbuatan mereka mencuri ikan. Namun terdapat juga segelintir peniaga ikan yang menyediakan sebakul ikan mentah kepada kucing-kucing yang berada di pasar.


Rambo berjalan ke kawasan perumahan yang berada berdekatan pasar pagi. Ketika Rambo meluangkan waktu sambil bersiar-siar, tiba-tiba Rambo ternampak seekor kucing yang berada di dalam rumah. “patutkah aku pergi ke sana” fikir Rambo. Kemudian setelah Rambo membuat keputusan, Rambo berjalan mendekati pintu rumah tersebut bagi melihat seekor kucing yang berada di dalam rumah. Rambo hairan, mengapakah kucing ini berada di dalam rumah dan bukannya berada di luar seperti dirinya”. Tiba-tiba Zoro ternampak kehadiran Rambo lalu Zoro pergi mendekati Rambo yang berada di hadapan pintu rumah tuannya dalam keadaan yang marah. Rambo yang juga melihat Zoro yang datang kearahnya mencuba untuk menyapa. Namun setelah melihat riak wajah Zoro yang begis seakan-akan sedang marah, Rambo membatalkan hajatnya untuk menyapa Zoro.


“Hey, pergi kamu dari sini!” kata Zoro kepada Rambo. Rambo terkejut lalu berkata “apakah salahku ?”. Zoro dengan egonya berkata “kamu itu kucing jalanan. Kamu tidak layak berada di kawasan ini” Rambo berasa dirinya sedang dihina. “Sampai hati kamu berkata begitu kepadaku” kata Rambo. “Aku kata pergi, badan kamu sudahlah kotor, berbau pula.” tambah Zoro. “Cis, berlagaknya kamu!” mengeluh Rambo dalam hatinya dengan kata-kata Zoro. Rambo berlalu pergi tanpa menghiraukan ejekkan Zoro. Rambo berasa kecewa kerana dirinya dianggap tidak setaraf dengan kucing peliharaan.


Sikap angkuh yang dimiliki oleh Zoro adalah disebabkan oleh gaya kehidupannya yang jauh berbeza dengan Rambo. Zoro tidak pernah berasa lapar kerana dia tidak perlu risau untuk mencari makanan. Tuannya akan sentiasa menyediakan dan memberikan makanan seperti ikan rebus dan whiskas kepadanya setiap hari. Badan Zoro boleh dikatakan lebih sihat dan tegap berbanding Rambo kerana mendapat makanan yang mencukupi.


Bulu Zoro juga sentiasa bersih kerana tuannya memandikan Zoro setiap hari dengan menggunakan sabun. Malah kukunya juga sentiasa pendek kerana dijaga dan dipotong oleh tuannya. Zoro tidak takut akan air kerana tuannya memandikannya sejak dari Zoro kecil.


Zoro juga diberikan pelbagai jenis mainan oleh tuannya agar dirinya tidak kesunyian ketika tuannya pergi ke tempat kerja pada setiap waktu pagi. Pada waktu hujung minggu tuannya akan meluangkan masa dengan bermain bersama Zoro. Rambo berkumpul bersama rakannya pada keesokkan hari. Salah seekor rakannya berasa hairan dengan Rambo kerana sikapnya secara tiba-tiba berubah menjadi sedih dan pendiam. “Rambo, mengapakah kamu sedih?” tegur Ciko. “Saya berasa sedih kerana diejek oleh seekor kucing peliharaan yang berada di dalam rumah. Dia berkata saya ini kucing jalanan dan kotor”. Miko yang mendengar perbualan antara Ciko dan Rambo berkata “Cis beraninya dia mengejek kau” marah Miko.


Bobi yang juga turut mendengar perbualan itu berkata “ayuh kita pergi berjumpa dengan kucing itu, kita tidak boleh membiarkan rakan kita Rambo dihina seperti itu”. Jimbo berkata, “jika dia mengejek Rambo, dia telah mengejek kita semua sebagai kucing jalanan”. Rambo dan rakannya bersama-sama berjalan pergi ke rumah Zoro.


“Zoro, keluar engkau ke sini” jerit Miko. Zoro pergi ke arah pintu untuk melihat siapakah yang menjerit. “Ehh engkau lagi kucing busuk, apa tujuan engkau ke sini hah !” marah Zoro. “Kami datang ke sini kerana engkau telah mengejek kawan baik kami” kata Ciko. “Uh, kesah pula aku” kata Zoro. Bobi berkata “apa kelebihan engkau Zoro?”. “Zoro lihat ini, engkau mampu panjat pokok seperti aku?” kata Jimbo.


Zoro melihat jarinya dan menangis kerana kukunya tidak panjang dan tidak mahir memanjat pokok. Rambo dan rakan-rakannya ketawakan Zoro


“Engkau itu walaupun kucing peliharaan tapi engkau hidup terkurung, tidak seperti kami yang bebas bergerak ke mana sahaja kami mahu” Kata Ciko kepada Zoro. Zoro yang sedar akan kehidupannya banyak dihabiskan di dalam sangkar mula merasa dirinya kekurangan berbanding kucing jalanan.


Zoro telah mula sedar akan kesilapannya mengejek Rambo. “Maafkan aku Rambo, aku tidak berniat untuk mengejek engkau. Aku cuma berasa sunyi di rumah kerana tidak mempunyai rakan seperti engkau. Sudikah engkau memaafkan aku” kata Zoro kepada Rambo.


Rambo menerima permohonan maaf daripada Zoro kerana Zoro benar-benar ikhlas meminta maaf. “Maafkan kami juga atas keterlaluan kami” kata Rambo kepada Zoro Tiba-tiba rakan-rakan Rambo menyanyikan sebuah lagu. Rambo dan Zoro turut menyanyi bersama. Marilah semua, gembira bersama, jangan bermasam muka baru hidup bahagia. (irama lagu tema kacang)


Setelah kejadian itu, Zoro sentiasa bermain dengan Rambo dan rakannya pada waktu petang. Rambo bersyukur walaupun dirinya hanya kucing jalanan namun memiliki kelebihan tersendiri serta rakan-rakan yang baik.


PENGAJARAN 1.Kita mestilah prihatin dengan keadaan sekeliling. Kita mestilah bekerjasama melakukan sesuatu perkara. 2. 3.Kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita mestilah berwaspada menjaga tutur bicara kita 4.


Click to View FlipBook Version