The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SACHITA DEWI NAVALARSELIYAN, 2021-04-25 05:51:28

bahasa melayu anyflip

bahasa melayu anyflip

Bahagian 1
bidang morfologi
Bab 5:kata adjektif

pengenalan

• Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama,
contohnya, pelajar baharu, budak kurus, rupa elok, suara merdu, dan lain-lain. Dalam
contoh pelajar baharu, baharu merupakan kata adjektif yang memberikan penjelasan
tentang kata nama, iaitu pelajar.

• Kata adjektif boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

• Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat, misalnya paling baik, cantic
sungguh, besar sekali, amat laju, dan lain-lain.

• Dalam binaan frasa adjektif, frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur keterangan yang
lain, khususnya kata bantu dan kata penguat. Contohnya ;

 Pemuda yang berbaju batik itu paling tampan.

 Halaman rumah Mak Bedah amat bersih.

• Frasa yang berhuruf condong dalam ayat (a) dan ayat (b) merupakan predikat ayat yang
terdiri daripada frasa adjektif. Dalam ayat (a), tampan ialah kata adjektif, manakala
paling ialah kata penguat. Dalam ayat (b) pula, bersih ialah kata adjektif, manakala amat
ialah kata penguat.

JENIS KATA ADJEKTIF

• Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis berdasarkan
maksud atau kriterianya;

JENIS KATA ADJEKTIF
SIFATAN / KEADAAN

WARNA
UKURAN
BENTUK
WAKTU

JARAK
CARA
PERASAAN
PANCAINDERA

KATA ADJEKTIF SIFATAN/KEADAAN

• Kata adjektif sifatan/keadaan ialah perkataan yang menerangkan perangai, tabiat, atau
keadaan bagi kata nama atau frasa nama. Contohnya;

a)berani d)cemerlang g)mundur
b)kuat e)kasar h)sihat
c)baik f)kusut i)tenang

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Badan datuk masih lagi lemah.
b)Permukaan jalan tar itu agak kasar.
c)Wajah ibunya sentiasa kelihatan tenang.
d)Pegawai polis itu memang berani orangnya.
e)Zaki memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kata adjektif warna

• Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu nama atau unsur
keterangan nama. Contohnya ;

a)biru c) jingga e)kelabu
b)hijau d)kuning f)ungu

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Perang warna rambut pramugari itu.
b)Walupun sudah berusia,rambutnya masih lagi hitam
c)Warna hijau daun amat saya gemari.
d)Dinding rumah Maimun coklat gelap.
e)Baju yang berwarna biru laut itu mahal harganya.

Kata adjektif ukuran

• Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang menerangkan saiz, berat, atau ringan

tentang benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.
Contohnya ;

a)besar d)pendek g)tinggi

b)tebal e)panjang h)kerdil

c)kecil f)renek i)rendah

• Contoh pengunaannya dalam ayat:

a)Buku Sejarah itu tebal sungguh.
b)Kuku wabita itu memang panjang.
c)Novel yang nipis itu sudah pun saya baca.
d)Rumah jutawan kosmetik itu besar sungguh.
e)Kebanyakan pokok di kawasan itu agak renek

Kata adjektif bentuk

• Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan rupa atau bentuk sesuatu.
Contohnya ;

a)bengkok d)kempis g)lekuk
b)buncit e)lonjong h)bundar
c)bujur f)leper i)lurus

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Perut anak kucing jiran saya buncit.
b)Piring leper kesukaan ibu sudah pecah.
c)Bola ragbi sememangnya berbentuk lonjong.
d)Badan budak itu semakin bulat akhir-akhir ini.

Kata adjektif waktu

• Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan tempoh, masa, atau waktu.
Contohnya ;

a)Lama d)awal g)lambat
b)Dahulu e)cepat h)lewat
c)Silam f)segera
i)lampau

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Jangan diungkit kejadian lampau.
b)Orang tua itu kerap benar ke hospital.
c)Pelajar itu selalu datang awal ke sekolah.
d)Mereka sudah lama menetap di kampong ini.
e)Ketibaan pesawat itu lebih cepat daripada yang sepatutnya.

Kata adjektif jarak

• Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan jarak atau jenis perkataan yang
membawa konsep ruang. Contohnya ;

a)Dekat c)renggang e)jauh
b)Hampir d)rapat f)nyaris

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Sekolah rendah itu jauh dari bandar.
b)Budak itu nyaris dilanggar oleh bas sekolah.
c)Pejabat ayah saya hamper dengan pusat bandar.
d)Dinding pondok itu renggang kerana cuaca panas.
e)Kami berdua memang berkawan rapat sejak dahulu.

Kata adjektif cara

• Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan ragam atau kelakukan bagi kata nama
atau frasa nama. Contohnya ;

a)laju d)ligat g)tangkas
b)deras e)cepat h)giat
c)lebat f)pantas i)lambat

• Contoh penggunaannya dalam ayat:

a)Huraian isi karangannya amat jelas sekali.
b)Pergerakan kapal layar itu maakin lama makin laji.
c)Dia merupakan pemain boling negara yang hebat
d)Kincir angina di tepi laut semakin ligat menjelang senja.
e)Dia giat memajukan perniagaannya.

Kata adjektif perasaan

• Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang memberikan penjelasan tentang konsep
perasaan atau emosi.

• Kata adjektif jenis ini haus diikuti oleh kata sendi nama akan, dengan, atau terhadap
apabila diperluas dengan frasa nama.

• Contoh penggunaan kata adjektif perasaan dalam ayat:

a)Rita sangat rindu akan adiknya di kampong.
b)Kanak-kanak amat takut pada replica harimau itu.
c)Cinta kepada Tuhan akan kekal abadi.
d)Pengetua berasa geram dengan murid yang ponteng kelas.
e)Rasa saying terhadap isterinya semakin mendalam.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

• Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan sesuatu yang dapat dirasai
atau dikesani oleh deria, sama ada deria rasa, deria dengar, deria sentuh, deria
pandang, dan deria bau. Contohnya :

Jenis kata adjektif pancaindera contoh
1.Kata Adjektif Deria Rasa Enak, masin, manis, pahit, maung
Lunak, mersik, parau, lantang, merdu
2.Kata Adjektif Deria Dengar Licin, halus, kasar, lembap, kesat
3.Kata Adjektif Deria Sentuh Indah, cantik, buruk, segak, comel
4.Kata Adjektif Deria Pandang Wangi, semerbak, hanyir, harum, busuk
5.Kata Adjektif Deria Bau Atau Hidu

Pembentukan kata adjektif

Kata
adjektif
tunggal

Kata Bentuk Kata
adjektif kata adjektif
terbitan adjektif majmuk

Kata
adjektif

ganda

Kata adjektif tunggal

• Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan
menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur
tersebut. Contohnya

i. Warna kuning digemari oleh kakaknya.

ii. Cara hidup seniman itu amat sederhana.

iii. Pada malam ini bulan sungguh terang

Kata adjektif terbitan

• Bagi kata adjektif, misalnya, penggolongan kata dilakukan berdasarkan fungsi atau
tugasnya di dalam ayat. Oleh itu, kata adjektif didefinisikan sebagai kata yang
menerangkan nama. Ini menunjukkan bahawa kriteria yang digunakan dalam
menggolongkan kata ini tidak tekal. Disebabkan kriteria tradisional ini kurang saintifik
sifatnya, maka kini beberapa kriteria lain digunakan, iaitu penggolongan kata
berasaskan kriteria formal (bentuk kata) dan kriteria fungsian atau sintaksis (tugas dan
distribusi kata).

• Berdasarkan ciri morfologi, penggolongan kata diteliti dari aspek imbuhan, iaitu
imbuhan dijadikan ciri bagi menunjukkan keanggotaan sesuatu kata ke dalam golongan
tertentu. Contohnya bagi kata nama, imbuhan yang biasanya membentuk kata nama
ialah imbuhan peN-, per-...-an, pe-...-an, ke-...- an dan -an (Asmah Hj. Omar 1962). Oleh
itu, imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar, akan membentuk kata
terbitan yang tergolong dalam kata nama. Menurut Asraf Abdul Wahab (1978), imbuhan
merupakan penanda bagi sesuatu golongan kata. Nik Safiah Karim et al. (1989) juga
menjadikan imbuhan sebagai salah satu kriteria penggolongan kata, iaitu setiap
golongan kata mempunyai imbuhannya yang tersendiri. Contoh: Kata Adjektif Awalan
Akhiran Apitan Sisipan ter- ke-...-an -else- -er- -em- Nik Safiah Karim menggunakan
kriteria makna dan fungsian.

Kata adjektif ganda

• Definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian
daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh
mendahului atau mengikuti dasarnya. Penggandaan penuh - proses yang menggandakan
keseluruhan kata ganda.Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan.
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh
mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata
ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).

• Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah merupakan penggandaan
separa yang berlaku dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan
imbuhan.Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak
di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.Penggandaan
Separa Berimbuhan dengan Awalan. Penggandaan separa berimbuhan dengan awalan
ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di hadapan kata dasarnya.

• Beberapa contoh kata adjektif yang mengalami penggandaan berima iaitu lekak-lekuk,
remuk-redam, bengkang-bengkok, hiruk-pikuk, terang-benderang,

• licin-lican, herot-perot, hingar-bingar, hina-dina, huru-hara dan senang-lenang (Abdullah
2008). Nik Safiah Karim (2006) memberikan contoh seperti kacau-bilau, gilang-
gemilang, kontang-kanting, titik-bengik, porak-peranda, gelap-gelita, kucar-kacir, kusut-
masai dan simpang-siur kata adjektif yang mengalami pergandaan berima

Kata adjektif majmuk

• kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terbentuk dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk membentuk
perkataan baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru laut, muda remaja, dan kuning langsat ialah contoh kata adjektif
majmuk

• Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

i. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.
ii.Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
iii.Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut.
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang
berikut:

i. panjang tangan
ii. besar kepala
iii. ringan tulang
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
i. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.
ii. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
iii. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang

• Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh
menerima penyisipan di antaranya. Contohnya:

• i. riang gembira - riang dan gembira
• ii. tua muda - tua dan muda
• Iii. miskin kaya - miskin dan kaya

• Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan
kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu

Kata adjektif dalam bentuk
perbandingan

• kata adjektif ialah perkataan yang menjadi penerang kata nama. Misalnya, besar dalam
frasa rumah besar dan rajin dalam frasa pelajar rajin. Kata adjektif hadir selepas kata
nama. Sebagai bandingan dalam bahasa Inggeris kata adjektif hadir sebelum kata
nama, misalnya big house. Susunan kata diikuti kata adjektif itu disebut susunan
mengikut hokum D-M, iaitu unsure yang diterangkan (D) mendahului unsure yang
menerangkan (M). Hokum ini merupakan satu peraturan penting bagi bahasa Melayu

• Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan darjah perbandingan, iaitu darjah
biasa, darjah perbandingan dan darjah penghabisan

Darjah
biasa

Darjah
perbaningan

kata
adjektif

Darjah Darjah
penghabisan bandingan

a.Darjah biasa

• Pada darjah biasa, kata adjektif biasa digunakan, iaitu tanpa apa-apa
tambahan bentuk. Contohnya, kata-kata adjektif seperti pandai dan laju
dalam ayat yang berikut:

• i. Anak Encik Ismail sangat pandai
• ii.Bas itu laju sungguh

• Kata adjektif biasa boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat,
contohnya sangat dan sungguh. Bentuk kata ajektif biasa ialah kata
tunggal iaitu yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau proses
pembentukan kata lain seperti penggandaan atau pemajmukan

b. Darjah bandingan

• Terdapat dua cara darjah bandingan dalam bahasa Melayu. Iaitu bandingan yang sama dan yang
kedua ialah bandingan berbeza

• Yang pertama merujuk pada bandingan yang sama,
• Iaitu dengan menggunakan awalan se- dangan kata adjektif. Contohnya ialah sebesar (se + besar)

seperti dalam ayat yang berikut
• i. Rumah saya tidak sebesar rumah Ali
• Atau secantik (se + cantik ) dalam ayat:
• ii. Gadis itu secantik tuan puteri
• Demikian juga dengan sepandai (sama pandai), segagah (sama gagah) dan sehebat (sama hebat)
• Cara bandingan yang kedua ialah antara ciri berbeza.

• Iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai
bandingan

• i. Rumahnya lebih besar daripada rumah Ali
• ii. Lukisan itu kurang cantik daripada lukisan Siti
• Perkataan lebih (jika sifatnya lebih) dan kurang (jika sifatnya kurang) digunakan dengan kata

adjektif. Contoh ialah lebih besar (lebih + besar ) dan kurang cantik (kurang + cantik) dalam ayat-
ayat diatas.

c. Darjah penghabisan

• Terdapat pelbagai cara menggunakan kata adjektif untuk menunjukan darjah penghabisan. Satu cara untuk
menunjukkan darjah penghabisan adalah dengan menggunakan bentuk kata adjektif yang digandakan, didahulukan oleh
awalan se-. Misalnya sepandai-pandai (tupai melompat), sebaik-baik (manusia), dan semanis-manis (madu).

• Contoh ayat adalah seperti yang berikut
i. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
ii. Semanis-manis madu, labih manis lagi gula ini.
• Cara yang kedua adalah dengan menggunakan awalan ter- dihadapan kata adjektif. Salah satu makna yang didukung

oleh awalan ter- adalah untuk darjah penghabisan. Contohnya ialah terpandai, terbaik dan termanis.
• Contoh ayat adalah seperti yang berikut

i. Mohd. Irfanlah pelajar yang terpandai di dalam kelas itu
ii. Keputusan peperiksaan lalu merupakan yang terbaik bagi sekolah saya
• Cara seterusnya bagi menunjukan darjah penghabisan adalah dengan menggunakan perkataan paling, yang seperti

awalan ter-, juga membawa maksud tersebut. Contohnya ialah paling pandai, paling baik, dan paling manis.
• Seterusnya, darjah penghabisan disampaikan menggunakan perkatan sekali selepas kata adjektif. Sekali juga membawa

maksud yang sama seperti paling dan awalan ter-. Contohnya ialah pandai sekali, baik sekali, dan manis sekali.

Terima kasih semua!


Click to View FlipBook Version