BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG 2024 / 2025 ©Hak Cipta Terpelihara Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau dihantar dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa cara eletronik atau mekanikal termasuk fotokopi, rakaman atau mana-mana storan maklumat dan sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada Sekolah Kebangsaan Subang Diterbitkan oleh: SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG JALAN MERBAU, KAMPUNG MELAYU SUBANG 40150 SHAH ALAM, SELANGOR
NAMA NO. FAIL JPNS ALAMAT KEDIAMAN NO TELEFON EMAIL MOE EMAIL PERIBADI TARIKH KHIDMAT SEKOLAH SEMASA TARIKH LANTIKAN TARIKH PENGESAHAN PERTAMA TARIKH NAIK PANGKAT AKADEMIK TERTINGGI OPSYEN 1 OPSYEN 2
1.1 Falsafah Pendidikan 51 1.2 Visi, Misi, Motto dan Slogan 52 1.3 Piagam Pelanggan 53 1.4 11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 54 1.5 Sejarah Sekolah 55 1.6 Lencana Sekolah 56 1.7 Lagu Sekolah 57 1.8 Waktu Persekolahan 58 1.9 Pelan Sekolah SeKeSu 59 1.10 Pelan Tangga SeKeSu 60 1.11 Pelan Kecemasan SeKeSu 61 1.12 Penggal Persekolahan 2024/25 62 1.13 Cuti Umum 2024 63 1.14 Cuti Perayaan 2024/25 64 1.15 Peruntukan Masa KSSR 65 i Foto Jawatankuasa Buku Pengurusan 10 ii Jawatankuasa Buku Pengurusan 11 iii Foto Barisan Pentadbir SeKeSu 12 iv Foto Penggerak Kecemerlangan SeKeSu 13 v Kata Alu-aluan Guru Besar 17 vi Peraturan Pentadbiran SeKeSu 18 v Info TS25 31 vi Info PBD 32 vii Info KBAT 34 viii Info SPSK 35 ix Info SKPM Kualiti@Sekolah 45 x Info Pengurusan Aktiviti Berkualiti 47 xi Info PSO 48 PERIHAL 1.0 MAKLUMAT AM
2.1 Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah 69 2.2 Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Sekolah 70 2.3 Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 71 2.4 Jawatankuasa Lembaga Tatatertib 72 2.5 Pasukan G-Force SK Subang 73 2.6 Jawatankuasa Kewangan dan Audit Sekolah 74 2.7 Jawatankuasa Pembangunan Aset Alih Kerajaan 75 2.8 Pasukan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 76 2.9 Pasukan Pemandu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 78 2.10 Pasukan Jadual Waktu 79 2.11 Pasukan Latihan Personel Dan Professional Learning Community (Ladap & PLC) 80 2.12 Pasukan Pelaksana Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti @Sekolah (SKPM Kualiti @Sekolah) 81 2.13 Pasukan Petugas Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 82 2.14 Pasukan Kerja Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 83 2.15 Pasukan Pelan Strategik Organisasi (PSO) 85 2.16 Pasukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 86 2.17 Pasukan Maklumat Sekolah (JPMS) Sistem Pengurusan Sekolah 87 2.18 Penyelaras Bilik-bilik Khas Sekolah 88 2.19 Senarai Nama Guru Sesi Pagi 2024/25 90 2.20 Senarai Nama Guru Sesi Petang 2024/25 91 2.21 Senarai Nama Guru Kelas dan Guru Pembantu 92 2.22 Senarai Nama Staf Sokongan 94 2.23 Pengurusan Program Khas Sekolah 95 2.24 Peranan Pentadbir Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Peringkat Sekolah 99 2.25 Jadual Tugasan Mingguan 101 2.0 PENTADBIRAN
3.1 Carta Organisasi Kurikuklum 111 3.2 Jawatankuasa Induk Kurikulum 113 3.3 Jawatankuasa Pengurusan Panitia 115 3.4 Penyelaras dan Penolong Penyelaras 117 3.5 Jawatankuasa Pengurusan Pentaksiran 118 3.6 Pasukan Pemulihan 119 3.7 Jawatankuasa Standard Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 120 3.8 Pasukan Portal DELIMa 121 3.9 Pasukan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) 122 3.10 Pasukan 'Highly Immersive Programme' (HIP) 123 3.11 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah 124 3.12 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah 126 3.13 Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah 127 3.14 Pasukan Pengurusan Prasekolah 129 4.1 Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 133 4.2 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 135 4.3 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 136 4.4 Jawatankuasa Lembaga Disiplin 137 4.5 Jawatankuasa Badan Pengawas 138 4.6 Jawatankuasa Murid Cicir 139 4.7 Jawatankuasa Kebajikan 140 4.8 Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan & Bencana Alam dan Kesihatan (3K) 141 4.9 Jawatankuasa Kantin 143 4.10 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 144 4.11 Jawatankuasa Pencegahan Jenayah 145 4.12 Pasukan idMe 146 4.13 Pasukan PA Sistem 147 4.14 Pasukan Pemilihan Prasekolah 147 4.15 Pasukan i-STApp 148 3.0 KURIKULUM 4.0 HAL EHWAL MURID
5.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Induk Kokurikulum 151 5.2 Jawatankuasa Induk Kokurikululm 152 5.3 Jawatankuasa Bakat Murid 154 5.4 Jawatankuasa Pengurusan Unit Beruniform 155 5.5 Jawatankuasa Pengurusan Kelab & Persatuan 161 5.6 Jawatankuasa Pengurusan Sukan & Permainan 167 5.7 Jawatankuasa Pengurusan Sukan Tahunan 174 5.8 Jawatankuasa Pengurusan Rumah Sukan 175 5.9 Pasukan Pembangunan Sukan Sekolah 179 5.10 Pasukan Pemantauan dan Penilaian Sukan / Kokurikulum 180 5.11 Pasukan Elit Sekolah 181 5.12 Pasukan Pembangunan Ko-Akademik 184 Mac 2024 187 April 2024 188 Mei 2024 189 Jun 2024 190 Julai 2024 191 Ogos 2024 192 September 2024 193 Oktober 2024 194 November 2024 195 Disember 2024 196 Januari 2025 197 6.0 TAKWIM TAHUNAN 5.0 KOKURIKULUM
10
PENGERUSI : EN. MOHD NASIR BIN IBRAHIM Guru Besar Cemerlang TIMBALAN PENGERUSI : EN. WAN ZAYUHISHAM BIN WAN YUSOFF PK Pentadbiran & Kurikulum NAIB PENGERUSI : PN. HAJAH ROSIMAH BINTI MOHAMAD PK Hal Ehwal Murid : PN. HAJAH RUZLINA BINTI OMAR PK Kokurikulum : EN. WAN MOHD FARIK BIN HASSAN PK Petang SETIAUSAHA : PN. FAHIZAL AZLEEN BINTI MUSTAFA S/U Kurikulum PEN. SETIAUSAHA : PN. NORHASNIZA BINTI HUSIN S/U HEM : PN. NUR EMELIA BINTI MANSUT S/U Kokurikulum : PN. NORHAFIZA BINTI MD ZIN S/U Pengurusan BENDAHARI : PN. FARAHIYAH BINTI ABD RAHMAN PT (Kewangan) PENYELARAS : PN. MARHAINI BINTI OTHMAN Penyelaras Bestari AHLI JAWATANKUASA : EN. NUR AZAM BIN ALI Guru Pengurusan Data : PN. ERNI REIYANA BINTI MOHAMAD NASRI Guru Perpustakaan Media : PN. ASMALYZA BINTI MANAP Guru Prasekolah : PN. SHARIFAH MAZNAH BINTI SYED ROMLY Pembantu Penolong Kanan Petang : PN. SALEHA BINTI HASHIM Setiausaha Jadual Waktu : PN. NOOR HIDAYAH BINTI GHAZALI Pen. Setiausaha Jadual Waktu : EN. MOHAMAD ADILY BIN BACHIK Setiausaha Latihan Personel : EN. MOHD FADHELY BIN MOHAMED Tugas-tugas Khas : EN. MOHD RAZIF BIN MUHAJIR Tugas-tugas Khas 11 BPS 2024/25 HOTEL SRI COSTA MELAKA BPS 2023/24 HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
12
13
14
15
16
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya kehadratNya, dengan izin dan limpah kurniaNya, Buku Pengurusan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Subang (SeKeSu) bagi tahun 2024/2025 dapat diterbitkan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutamanya Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah SeKeSu yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan buku ini. Buku Pengurusan Sekolah ini adalah satu dokumen yang amat penting kepada sekolah sebagai satu rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang tahun 2024/2025. Buku ini merangkumi semua skop pengurusan sekolah bagi mencapai matlamat, visi dan misi yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 – Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid. Saya mengharapkan seluruh warga sekolah sentiasa bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen yang terbaik agar segala usaha akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan dalam profesion yang kita ceburi. Ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Akhir kata, kepada semua guru dan staf, selamat bertugas dan teruskan usaha gigih agar SeKeSu terus gemilang dan terbilang. #SKSCEMERLANGSOKMO #SKSUBANGBENCIDADAH MOHD NASIR BIN IBRAHIM Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Subang 17
1. ARAHAN AM ▪ Pegawai kerajaan tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Semua guru dikehendaki membaca dan memahami serta mematuhi Peraturan Am Kerajaan, Surat-surat Pekeliling dan Warta-warta Kerajaan. ▪ Guru hendaklah mengamal dan menghayati tatasusila profesion keguruan. ▪ Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. ▪ Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ▪ Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. ▪ Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah. ▪ Bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah. ▪ Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang dinamik, cekap dan berkesan. 2. VISI / MISI / MATLAMAT / BUDAYA SEKOLAH ▪ Semua warga sekolah perlu mengetahui, memahami, menyokong dan membantu ke arah pencapaiannya. 18
3. WAKTU RASMI SEKOLAH 3.1 MURID SESI PAGI (MASA DATANG DAN PULANG) ▪ Hari Isnin dan Selasa – SEBELUM Jam 7.30 pagi dan PULANG Jam 12.50 tengah hari ▪ Hari Rabu dan Khamis – SEBELUM Jam 7.30 pagi dan PULANG Jam 12.20 tengah hari ▪ Hari Jumaat – SEBELUM Jam 7.30 pagi dan PULANG Jam 11.50 pagi 3.2 MURID SESI PETANG (MASA DATANG DAN PULANG) ▪ Hari Isnin hingga Khamis – SEBELUM Jam 1.00 tengah hari dan PULANG Jam 5.50 petang ▪ Hari Jumaat – SEBELUM Jam 2.00 petang dan PULANG Jam 5.50 petang 3.3 GURU (MASA DATANG DAN PULANG) 3.3.1 SESI PAGI ▪ MASA DATANG - Hari Isnin hingga Jumaat – SEBELUM Jam 7.30 pagi ▪ MASA PULANG - Hari Isnin hingga Khamis – SELEPAS Jam 1.05 tengah hari Hari Jumaat – SELEPAS Jam 12.05 tengah hari 19
3.3.2 SESI PETANG ▪ MASA DATANG - Hari Isnin hingga Khamis – SEBELUM Jam 1.00 tengah hari Hari Jumaat – SEBELUM JAM 2.00 petang ▪ MASA PULANG - Hari Isnin hingga Jumaat – SELEPAS Jam 6.05 petang 3.4 GURU BERTUGAS MINGGUAN SESI PAGI DAN PETANG • DATANG 30 minit awal dan PULANG 30 minit lewat bagi memastikan kelancaran peralihan masa datang dan pulang murid-murid ▪ Semua guru dikehendaki menepati masa masuk kelas untuk pengajaran pembelajaran berlangsung. 4. PERHIMPUNAN ▪ Semua guru mesti hadir dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin bermula jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi. ▪ Semua guru mesti duduk di kerusi yang disediakan semasa perhimpunan rasmi. ▪ Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan perhimpunan ini. Atur cara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984 KP.(BS)8591/jld.II/(24) bertarikh 14.7.84. ▪ Semua guru hendaklah berada bersama-sama murid dalam semua perhimpunan. 20
5. KEDATANGAN GURU ▪ Berada di sekolah sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum jadual pertama persekolahan dan balik lima belas (15) minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh Guru Besar. ▪ Waktu tiba dan balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani di dalam Buku Kedatangan Guru serta didaftar masuk/keluar ke sekolah dalam sistem perakam waktu. ▪ Guru perlu memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah kepada Guru Besar dengan segera. ▪ Buku Rekod Mengajar, anak kunci bilik-bilik khas dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar semasa bercuti. ▪ Kelewatan hadir atas sebab tertentu perlu dimaklumkan kepada Guru Besar dengan kadar segera. 6. PAKAIAN ▪ Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. (Mengikut SPI Bil 7/2001) ▪ Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian negara lain tidak dibenarkan bagi guru perempuan. ▪ Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai dan kemas. ▪ Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu :- 21
Guru Perempuan : Seluar trek panjang, T-shirt sukan, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit dan tanda nama Guru Lelaki : Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, T-shirt sukan berkolar, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit dan tanda nama • Pada hari Rabu, semua guru digalakkan memakai pakaian seragam unit masing-masing. ▪ Pada hari Khamis, semua guru digalakkan memakai baju batik. ▪ Pada hari Jumaat, semua guru lelaki digalakkan memakai pakaian baju melayu yang lengkap. 7. MESYUARAT GURU ▪ Guru-guru wajib menghadiri semua mesyuarat yang diadakan oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia. 8. KELUAR SEKOLAH WAKTU BEKERJA ▪ Semua guru tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah pada waktu bekerja tanpa kebenaran Guru Besar. ▪ Semua kebenaran untuk keluar sekolah mesti mengisi borang khas disediakan di pejabat dan ditandatangani oleh Guru Besar serta direkod dalam buku keluar guru. 22
9. PERATURAN PEJABAT ▪ Guru-guru ditegah mengambil fail-fail atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa keizinan Guru Besar. Suratsurat penting untuk tindakan guru yang berkenaan boleh difotokopi dengan memaklumkan kepada ketua Pembantu Tadbir sekolah dan direkodkan. ▪ Guru-guru dilarang: ▪ Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Pembantu Tadbir tanpa izin. ▪ Mengambil / menulis buku-buku stok kecuali guru yang berkenaan dipertanggungjawabkan. ▪ Mengarah kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. ▪ Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi. 10. SURAT-MENYURAT RASMI ▪ Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan. ▪ Surat yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera. ▪ Jika surat tersebut ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan setelah tindakan diambil. ▪ Semua surat rasmi mesti ada nombor rujukan dan satu salinan difailkan. 23
11. CUTI PENGGAL ▪ Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1977: TugasTugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan bertarikh 6 Julai 1977. la memperuntukkan bahawa Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan guru untuk hadir bertugas semasa cuti penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh dari cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut seperti mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan. 12. CUTI SAKIT ▪ Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. ▪ Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. ▪ Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun samada berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 13. CUTI TANPA GAJI ▪ Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. ▪ Cuti yang melebihi 15 hari memerlukan kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia. ▪ Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 24
14. CUTI REHAT KHAS ▪ Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja mengikut syarat ditentukan. ▪ Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun bagi guru lantikan bawah 10 tahun perkhidmatan dan 15 hari dalam setahun bagi guru lantikan melebihi 10 tahun (dengan syarat tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran). ▪ Borang mohon cuti hendaklah dihantar kepada GPK Pentadbiran sebelum mendapatkan kelulusan Guru Besar. ▪ Kelulusan CTR adalah mengikut budi bicara Guru Besar. ▪ Guru hanya boleh bercuti setelah mendapat kelulusan Guru Besar. 15. CUTI KE LUAR NEGARA ▪ Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh bercuti. 16. KUNJUNGAN KE PPD DAN JPN ▪ Guru-guru tidak digalakkan ke PPD atau JPN tanpa sebarang urusan rasmi semasa sedang bertugas di sekolah. 25
17. PERHUBUNGAN SESAMA GURU ▪ Guru perlu memupuk hubungan profesional yang baik, sihat dan semangat kerja berpasukan. 18. PEJABAT GURU ▪ Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta benda sekolah merupakan tanggungjawab semua guru. ▪ Waktu Senggang (free period) guru hendaklah dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. ▪ Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. 19. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN. ▪ Guru yang menghadapi masalah dalam bidang perjawatan boleh berurusan dengan Guru Besar. ▪ Guru yang menghadapi masalah dalam pengajaran boleh berurusan dengan Ketua Panitia Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau Guru Besar. 20. TUGAS ▪ Guru yang diberikan tugas-tugas Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pentadbiran perlu melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. ▪ Semua tindakan susulan daripada tugas dijalankan hendaklah segera diambil tindakan mengikut tarikhtarikh ditetapkan. 26
21. PELAWAT ▪ Semua pelawat perlu berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. ▪ Pelawat rasmi KPM, Jemaah Nazir akan dibenarkan menemui guru-guru di kelas. ▪ Pelawat peribadi dilarang berjumpa guru di kelas pada masa guru sedang bertugas. ▪ Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan. 22. PEMBELIAN ▪ Guru yang hendak membeli Bahan Bantu Mengajar (BBM) mesti mencadangkannya melalui Ketua Panitia / Ketua Unit masing-masing. 23. TANDA NAMA ▪ Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah. 24. BUKU STOK DAN INVENTORI ▪ Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa. 27
25. KURSUS / BENGKEL / SEMINAR / MESYUARAT ▪ Guru-guru wajib hadiri kursus/bengkel/seminar/mesyuarat bila diarahkan. Perlu hadir sepenuh masa dan menjaga disiplin/ imej diri sepanjang masa. ▪ Guru hendaklah menyampaikan maklumat dan menyerahkan bahan-bahan diterima kepada Guru Besar sekembali dari kursus/mesyuarat/bengkel. ▪ Guru mesti mengadakan sesi perkembangan staf untuk menyampaikan maklumat kepada rakan lain di sekolah. ▪ Semua kursus perkembangan staf mesti dihadiri kecuali dengan kebenaran Guru Besar. ▪ Guru-guru yang terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah perlu menyediakan lembaran kerja / kerja rumah kepada murid-murid sama ada melalui buku aktiviti atau lembaran kerja dan pastikan sekembali dari tugas rasmi , membuat semakan jawapan /perbincangan dalam kelas bersama murid-murid 26. BERTUKAR SEKOLAH ▪ Guru-guru yang akan berpindah atau tidak lagi mengajar di sini hendaklah menyiapkan semua kerja terlebih dahulu, memulangkan segala harta sekolah dan membuat penyerahan tugas sebelum berpindah. ▪ Urusan serah tugas hendaklah dibuat di hadapan Guru Besar. 27. PENGGUNAAN ALATAN / ASET SEKOLAH ▪ Guru bertanggungjawab menjaga peralatan yang digunakan dan memulangkannya dalam keadaan yang baik. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan. ▪ Semua alatan sekolah tidak dibenarkan dipinjamkan kepada orang luar tanpa kebenaran Guru Besar. 28
28. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG ▪ Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) serta PIBG. 29. ARAHAN DAN PEKELILING ▪ Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar / JPN dan KPM perlu dibaca dengan teliti dan dipatuhi. ▪ Guru atau pihak berkenaan yang gagal mematuhi semua arahan yang ditetapkan akan diberi amaran bertulis. ▪ Sebarang edaran dalaman sekolah mesti dengan kebenaran dan ditandatangani oleh Guru Besar. 30. ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN ▪ Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. ▪ Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Guru Besar. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 31. KEGIATAN KOKURIKULUM ▪ Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan mengikut jadual yang ditetapkan. ▪ Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah. 29
32. JADUAL WAKTU MENGAJAR ▪ Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. ▪ Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. ▪ Guru Kelas (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 33. LATIHAN PERSONEL (LP / LADAP) • Semua guru wajib hadir sekiranya ada LP / aktiviti/ program / mesyuarat pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat • (Surat Pekeliling Bil.13 Tahun 2005, SPI Bil.8 Tahun 2005- Peraturan Bekerja 5 hari seminggu, Surat Siaran KPM Bilangan 2 Tahun 2016) • Semua guru perlu merancang aktiviti kekeluargaan supaya tidak ada sebarang aktiviti yang boleh mengganggu program pada minggu kedua dan keempat • Guru yang tidak hadir / tidak dapat hadir sila maklumkan kepada Guru Besar beserta dengan surat alasan tidak dapat hadir • Guru yang tidak hadir tanpa sebab akan diambil tindakan. • Guru Besar boleh menggunakan budi bicaranya dalam membuat keputusan. • Kehadiran pada hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat akan diambil kira untuk tujuan rekod dalam SPLKPM kecuali mesyuarat * tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah. 30
31
32
33
34
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK01 Pengurusan Panitia Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan panitia diurus dengan cekap dan teratur supaya prestasi setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam meningkat tiga (3) peratus atau minimum enam puluh lima (65) peratus keseluruhan dalam tahun semasa. Prosedur ini meliputi semua aktiviti panitia yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran dan pengajaran bagi setiap mata pelajaran. Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia PK02 Pengurusan Jadual Waktu Prosedur ini diguna pakai untuk memastikan jadual waktu diedarkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum sesi persekolahan dimulakan. Prosedur ini digunapakai dalam penyediaan jadual waktu untuk pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran PK03 Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Prosedur ini bagi memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanakan 100 % berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan, melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah. Prosedur ini digunakan oleh semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran PK04 Pengurusan Pencerapan Prosedur ini bertujuan memastikan guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah/Menengah Negeri Selangor dicerap minimum sekali (1) kali setahun. Prosedur ini digunakan untuk mengurus pencerapan pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Penolong Kanan / Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Cemerlang 35 PEMEGANG PROSEDUR KERJA SPSK SEKOLAH
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK05 Pengurusan Peperiksaan Prosedur ini disediakan untuk memastikan penyediaan soalan dan pengurusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dapat berjalan dengan lancar dalam tempoh enam puluh (60) hari mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam Takwim Sekolah. Prosedur ini digunapakai oleh semua guru supaya dapat menyediakan soalan, pengawasan peperiksaan, menyemak kertas jawapan murid dan menyiapkan laporan markah peperiksaan. Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Cemerlang / Setiusaha Peperiksaan PK06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid Prosedur ini bertujuan untuk memastikan: a) 100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran. B) Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum dua kali setahun. Prosedur ini digunakan oleh: 2.1 Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid. 2.2 Pihak pentadbir untuk memantau penyemakan hasil kerja murid. Penolong Kanan / Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Cemerlang PK07 Pengurusan Mesyuarat Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian mesyuarat yang teratur mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991. Prosedur ini digunapakai oleh semua sekolah di Negeri Selangor dalam mengendalikan mesyuarat di mana kehadiran ahli mesyuarat tidak kurang dua pertiga (2/3) dan ketidakhadiran adalah atas sebab- sebab yang munasabah. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia PK08 Pengurusan Bimbingan Prosedur ini bertujuan untuk memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya, Perkhidmatan Pembangunan Diri Murid dan Perkhidmatan Bimbingan Motivasi, melainkan dalam halhal yang bukan kawalan pihak sekolah. Prosedur ini digunakan dalam semua Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan olehGuru Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat membantu pengurusan diri murid dalam menghadapi proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Bimbingan & Kaunseling / Kaunselor 36
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK09 Pengurusan Pusat Sumber Prosedur ini bertujuan untuk memastikan lapan puluh peratus (80%) murid membuat pinjaman buku di Pusat Sumber di sekolah, minima sepuluh (10) buah buku dalam setahun persekolahan. Prosedur ini digunakan bagi pengurusan penggunaan Pusat Sumber berkaitan dengan proses peminjaman dan pemulangan buku serta penggunaan Pusat Sumber oleh murid. Penolong Kanan / Guru Media & Perpustakaan / Pembantu Pusat Sumber PK10 Pengurusan Latihan Personel Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua guru sekolah di Negeri Selangor mendapat latihan tujuh (7) hari dalam satu tahun, sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 2.3 Prosedur ini digunakan oleh pentadbir sekolah dalam mengenal pasti, merancang, dan melaksanakan latihan yang diperlukan mengikut kompetensi guru. Penolong Kanan / Setiausaha LADAP PK11 Pengurusan Aduan Pelanggan Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian aduan diurus dengan cekap dan teratur melalui: a) Tindakan terhadap semua aduan yang diterima dan yang direkodkan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja; dan Tindakan penambahbaikan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah secara berkesan dan berterusan. Prosedur ini digunapakai dalam mengendalikan setiap aduan yang diterima daripada pelanggan sama ada secara lisan atau bertulis berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. Aduan yang masih dalam siasatan pihak JPN Selangor dan PPD tidak terikat dengan tempoh lima belas (15) hari bekerja. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang 37
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK12 Pengurusan Maklum Balas Pelanggan Prosedur ini bertujuan memastikan proses pengurusan maklum balas pelanggan dan tahap kepuasan guru dan staf diuruskan secara terancang dan berkesan. Analisis hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan: a) Maklum balas pelanggan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. b) Tahap kepuasan guru dan staf sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. c) Maklum balas murid murid dua (2) kali setahun. Prosedur ini diguna pakai oleh semua sekolah di negeri Selangor dalam mengendalikan setiap maklum balas pelanggan yang diterima secara bertulis berkaitan dengan perkhidmatan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang diberikan. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang PK13 Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara kawalan dokumen dan rekod kualiti bagi memastikan semua dokumen dan rekod yang digunakan dalam sistem pengurusan dokumen dan rekod kualiti dilaksana mengikut kaedah yang ditetapkan di bawah prosedur ini. Prosedur ini juga bertujuan supaya rekod kualiti dikendalikan dengan baik, dapat dibaca, mudah dikenal dan mudah diperolehi semula. Prosedur yang diwujudkan bertujuan untuk mengawal, mengenal, menyimpan, menjaga, mendapatkan semula dan melupuskan rekod kualiti. 2.4 Prosedur ini diguna pakai oleh Pengurus Kualiti Negeri, Pengurus Kualiti Daerah dan semua sekolah dalam program MS ISO 9001:2015 bermula dari proses penyediaan hingga pelupusan Dokumen dan Rekod Kualiti berkenaan. Penolong Kanan / Penolong Kanan Kokurikulum / Ketua Juruaudit Dalam (Setiausaha SPKS) 38
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK14 Pengurusan Audit Dalam Prosedur ini bertujuan menentukan kaedah mengendalikan Audit Dalam supaya dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa dengan teratur dan cekap bagi memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan di semua sekolah negeri Selangor. Prosedur ini diguna pakai oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Unit Pengurusan Kualiti Daerah dan pihak pengurusan di sekolah dalam merancang serta melaksanakan aktiviti Audit Dalam bagi proses Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mengikut kekerapan yang ditetapkan dalam Jadual Audit Dalam Tahunan. Penolong Kanan / Penolong Kanan Kokurikulum / Ketua Juruaudit Dalam (Setiausaha SPKS) PK15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur Prosedur ini adalah panduan bagi mengawal perkhidmatan tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam proses Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di semua sekolah di negeri Selangor. 2.5 Prosedur kawalan ke atas perkhidmatan tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan ini diguna pakai ke atas Sistem Pengurusan Kualiti yang merangkumi semua proses Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di semua sekolah di negeri Selangor. Penolong Kanan / Penolong Kanan Kokurikulum / Ketua Juruaudit Dalam (Setiausaha SPKS) 39
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK16 Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua ketakakuran dikaji dan tindakan pembetulan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi menghapuskan punca-punca ketidakpatuhan supaya ianya tidak berulang. Prosedur ini digunakan untuk mengambil tindakan pembetulan dan melaksanakan cadangan-cadangan penambahbaikan serta kawalan ke atas ketidakakuran perkhidmatan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang digunapakai di semua sekolah di negeri Selangor. Penolong Kanan / Penolong Kanan Kokurikulum / Ketua Juruaudit Dalam (Setiausaha SPKS) PK17 Pengurusan Perolehan Prosedur ini bertujuan untuk memastikan perolehan dibuat secara cekap, berkesan dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, tanpa Audit Berteguran. Prosedur ini digunapakai oleh semua sekolah di negeri Selangor dalam menguruskan perolehan melalui : 2.1 Perolehan ; 2.2 Pembelian terus ; dan 2.6 Sebutharga. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Pegawai Aset Sekolah PK18 Pengurusuan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Ganti Prosedur ini bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek. Prosedur ini digunapakai untuk Melindungi Masa Instruksional (MMI) Guru Subjek bagi situasi berikut; 2.1 Guru menghadiri kursus/mesyuara t/bengkel/aktivi ti sukan; 2.2 Guru Cuti Sakit; 2.3 Guru Cuti Rehat Khas (CRK); dan Guru Cuti Tanpa Rekod. Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran 40
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK19 Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Prosedur ini disediakan untuk memastikan pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Jawatankuasa PBS sekolah. Prosedur ini diguna pakai oleh semua guru supaya dapat melaksanakan pentaksiran sekolah, berdasarkan PPPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan merekod perkembangan pembelajaran murid secara offline atau secara manual mengikut kesesuaian masa guru. Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Cemerlang / Setiusaha Peperiksaan PK20 Pengurusan Data Prosedur ini bertujuan untuk menentukan proses pengurusan data yang sistematik supaya dapat diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh dipercayai 2.1 Prosedur ini diguna pakai oleh sekolahsekolah seluruh negeri Selangor. 2.7 Data yang diserahkan hendaklah data terkini yang telah disahkan (real-time) pada masa yang diperlukan. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Kokurikulum/ Guru Maklumat & Data PK21 Pengurusan Program Prosedur ini bertujuan memastikan pengurusan program dilaksanakan secara terancang dan berkesan bagi mengukur pencapaian objektif seperti berikut: a) Objektif bagi setiap pelaksanaan program tercapai; Menyediakan laporan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah program selesai. Prosedur ini diguna pakai oleh sekolahsekolah seluruh negeri Selangor untuk semua program kecuali pengendalian mesyuarat. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia 41
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK PK22 Pengurusan Sumber Luar (Khidmat Kontrak) Prosedur ini bertujuan memastikan pengurusan kontrak perkhidmatan diuruskan sebagaimana berikut: a) Memastikan Penilaian Prestasi Kontraktor Perkhidmatan (Kebersihan Bangunan dan Kawasan/ Kawalan Keselamatan) dilaksanakan pada setiap bulan. Memastikan mesyuarat penilaian prestasi dilaksanakan dua (2) kali setahun. Prosedur ini diguna pakai oleh sekolahsekolah seluruh negeri Selangor dalam memastikan pematuhan ke atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak perkhidmatan luar merangkumi Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK). Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Petang/ Ketua Pembantu Tadbir PK23 Pengurusan Risiko dan Peluang Prosedur ini bertujuan memastikan Pengurusan Risiko adalah seperti berikut: a) Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sekolah-sekolah di negeri Selangor sentiasa berada di tahap yang cemerlang dan berupaya melaksanakan program- program yang telah dirancang; b) Mengenalpasti kategori risiko dan kaedah-kaedah bagi menguruskan risiko dengan berkesan tanpa menjejaskan perkhidmatan utama sekolah- sekolah di negeri Selangor; c) Mengawal dan memantau pengurusan risiko di sekolah- sekolah negeri Selangor yang berkaitan dan terlibat secara langsung; dan d) Memberi kesedaran dan pendedahan kepada warga sekolah-sekolah di Selangor Prosedur ini bertujuan untuk mempertimbangkan isuisu bagi menguruskan risiko sekiranya keberhasilan yang dibuat tidak seperti apa yang dirancang. Organisasi sentiasa memastikan pengurusan risiko dan peluang yang dapat memberi kesan kepada keperluan penyampaian perkhidmatan. Pengurusan risiko dikawal dengan mengenalpasti risiko dan peluang berdasarkan proses untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 2.8 Prosedur ini merujuk kepada proses mengenalpasti risiko dan peluang bagi mengelak risiko, Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Penolong Kanan T6 / Penolong Kanan Petang / Ketua Pembantu Tadbir 42
No PK Objektif Skop Prosedur Kerja Pemegang PK e) mengenai kesediaan menghadapi kemungkinan risiko dan melaksanakan strategi mengambil risiko untuk peluang, penyingkiran punca risiko, perkongsian risiko, perubahan kekerapan dan kesan, pengekalan risiko melalui penetapan keputusan untuk memastikan insiden risiko dikenalpasti daripada berlaku berdasarkan prosedur yang ditetapkan. PK24 Pengurusan Kantin Sekolah Prosedur ini bertujuan memastikan: a) Pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh Kementerian dan agensiagensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. b) Pematuhan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dilaksanakan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan. f) Penyediaan laporan harian pemeriksaan kendiri kantin sendiri sebagai penarafan pemeriksaan kantin sekolah. Prosedur ini diguna pakai oleh sekolahsekolah seluruh negeri Selangor dalam memastikan pematuhan ke atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah. Penolong Kanan/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Petang 43
44
45
46