The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by youssufabdulmuiz, 2021-09-24 13:54:55

MESYUARAT AGUNG PIBG SK WAN SULAIMAN SIDIQ KALI KE-47

MESYUARAT AGUNG SECARA ATAS TALIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
05100 JALAN TAMBANG BADAK,

ALOR SETAR KEDAH, DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 46

TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
MASA : 8.30 PAGI
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKWSS
PERASMIAN : EN. MOKHTAR BIN ABD RASHID
KEHADIRAN : GURU - 28 ORANG

WARIS - 170 ORANG

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-45
3. PERKARA BERBANGKIT
4. MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN
5. MEMBENTANG MEMBAHASKAN USUL/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6. PEMBUBARAN JK PIBG DAN PELANTIKAN JK PIBG 2020
7. HAL-HAL LAIN
8. UCAPAN PENANGGUHAN

1

BUTIRAN MESYUARAT

AGENDA 1: UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1. Naib Yang Dipertua PIBG selaku pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi
atas kehadiran waris dalam mesyuarat kali ini.
2. Ucapan terima kasih pada pihak sekolah atas kerjasama yang baik dalam
melancarkan perjalanan mesyuarat Agung kali ini.

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE 45
3. Setiausaha PIBG , Pn. Norhidayati bt Ahmad membentangkan minit mesyuarat
lalu dan minta disahkan .
Pn. Aza Noor Erma bt Azmi mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh
Pn.Che Nooraida bt Che Ramli.

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT
Tiada

AGENDA 4: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG
4. Puan Norsiah bt Mohamed Yusoff selaku bendahari PIBG membentangkan
laporan kewangan bermula 1 Januari 2019 berakhir pada 31 Disember 2019 dan
mohon disahkan.
Pn. Siti Darma Baizuri bt Hussain mencadangkan laporan kewangan disahkan
dan disokong oleh Pn. Zaiton bt Ali Abdul Khan.

AGENDA 5: MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

5. YDP membacakan usul / cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh para
waris untuk dibincangkan dan diterima di dalam mesyuarat. Setiap cadangan
hanya akan dibacakan sekiranya waris yang mencadangkan itu hadir .

2

Usul /Cadangan Pertama - Pn Norlia bt Yaakob, waris Nur Intan Afiqah bt Mohd Nasir
6 Tekun

• Beliau mencadangkan pihak sekolah menyediakan tong sampah di setiap
tingkat dan dewan terbuka untuk memudahkan waris membuang sampah
setiap kali majlis atau program sekolah diadakan.

• Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan menerima usul ini.
• Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menyediakan plastik

hitam atau tong sampah di dewan setiap kali ada majlis tertentu.

Usul /Cadangan Kedua – Encik Mohd Dzul Azreen ,waris Myrza Zack 1 Rajin
• Beliau memberi saranan kepada pihak sekolah supaya membuat
persediaan atlet/pasukan sukan tanpa menunggu temasya Hari Sukan .
Pendedahan awal untuk sebarang acara sukan dan kokurikulum dari Tahun
1 bagi mencungkil bakat murid di peringkat awal. Disamping itu,pihak
sekolah boleh mewujudkan pelbagai aktiviti murid mengikut bakat dan
kebolehan murid-murid.
• Guru besar memaklumkan bahawa persediaan murid telah dibuat dari awal
tahun lagi untuk murid-murid Tahun 3 dalam permainan Hoki oleh Encik Azhari
b. Abd Aziz. Selain itu,permainan lain yang aktif bergerak di sekolah ialah Bola
Jaring di bawah Pn. Nooraini Md Daud, Kelab Bola Sepak di bawah En. Mazwan
b. Abd Aziz dan Kelab Bowling di bawah En. Mohd Nazer b. Ishak.
• Encik Mohd Nazer selaku Penolong Kanan Pentadbiran bersetuju dengan
cadangan yang diberikan. Beliau memaklumkan Pn. Nooraini dan En. Azhari
membuka banyak peluang pada murid tetapi kehadiran murid amat
mendukacitakan .
• En. Mohd Nazer meminta kerjasama waris supaya dapat memberikan komitmen
yang baik untuk pembangunan anak-anak dalam bidang sukan. Ini kerana anak-
anak yang menunjukkan kehebatan dalam bidang sukan dapat membuka
peluang untuk ke sekolah berasrama.
• En. Rostam selaku NYDP juga bersetuju dengan cadangan ini kerana ia satu
kelebihan untuk murid yang aktif dalam sukan.

3

Usul /Cadangan Ketiga – Encik Ahmad Hassan b. Kamis, wakil guru
• Beliau memohon jasa baik Pibg supaya merancang satu program yang
memberi ganjaran kepada waris yang dapat menghantar anak-anak ke
sekolah awal atau tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah
setiap pagi, terutamanya tahun 6. Selain itu beliau turut mencadangkan
penglibatan ajk pibg untuk berada bersama guru-guru bertugas pada waktu
pagi di sekolah untuk mengetahui punca kelewatan murid ke sekolah.
• NYDP menyatakan menghantar anak-anak ke sekolah adalah tanggung jawab
waris/ibu bapa sendiri. Anak-anak perlu dididik supaya tidur awal supaya dapat
bangun awal.
• Guru besar memaklumkan hal ini akan dibincangkan dengan pihak sekolah.
Beliau turut memaklumkan En. Ahmad Hassan adalah ketua guru disiplin. En.
Ahmad Hassan membuat analisis kehadiran murid melalui nama-nama yang
dicatat oleh pengawas sekolah.
• Guru besar turut memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjemput waris
yang anak-anak selalu lewat ke sekolah. Perbincangan antara pentadbiran
sekolah dengan pihak pibg akan dibuat pada bulan April nanti untuk
membincangkan masalah ini.

Usul /Cadangan Keempat – En. Mohd Hafizey, waris Nur Irdina Safia 3 Rajin
• Beliau mencadangkan diadakan permainan catur dan memanah.
• NYDP memaklumkan cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat ajk
pibg.
• Guru besar memaklumkan permainan catur akan cuba dilaksanakan. Memanah
merupakan aktiviti yang bahaya dan memerlukan kos yang tinggi . Beliau
mengalu-alukan sekiranya ada waris yang berkemahiran untuk mengajar
memanah di sekolah.

Usul /Cadangan Kelima – En. Mohd Dzul Azreen, waris Myrza Zack 1 Rajin
• Beliau bertanyakan mengenai penglibatan murid dalam ko akademik. Selain
itu, beliau mencadangkan setiap kelas mewujudkan satu group whatsapp
untuk perkongsian maklumat dari pihak sekolah, waris dapat memantau
aktiviti atau kerja rumah yang diberikan oleh guru.

4

• Guru besar memaklumkan group whatsapp kelas akan diwujudkan hanya
membincangkan perkara berkaitan pelajaran sahaja.

• Guru besar juga memaklumkan mengenai pertukaran jadual waktu kerana ada 2
orang guru baharu iaitu En. Mohd Taufiq dan Pn. Noorlidza.

• NYDP berharap waris dapat pantau jadual baharu dan alat tulis anak-anak
supaya lengkap sebelum ke sekolah.

• NYDP juga turut mewar-warkan program Fun Run anjuran pibg sekolah.
Harapan beliau waris dapat bantu menjayakannya.

• En. Norhisyam b. Mat Darus selaku Penolong Kanan KoKurikulum
memaklumkan penglibatan murid dalam ko akademik telah ada. Murid-murid
yang terlibat bermula dari tahun 3. Sudut Pidato telah wujud di bahagian
belakang dewan. Murid-murid akan dilatih menggunakan sudut berkenaan
sebelum menyertai pertandingan pada bulan April nanti.

• Beliau memaklumkan penglibatan murid tahun 3 telah ada dalam rumah sukan ,
persatuan,kelab permainan dan unit uniform sebagai persediaan. Kokurikulum
diwajibkan bermula dengan tahun 4 kerana perlu didaftarkan dalam PAJSK.

• Cik Ainaa selaku juru latih untuk Kalam Jamaii memaklumkan bahawa beliau
telah mewujudkan group whatsapp untuk Kalam Jamaii. Penglibatan murid dan
waris amat menggalakkan .

• PK KoKurikulum turut memaklumkan pencapaian murid dalam aktiviti ko
kurikulum yang berjalan lancar. Antaranya
- Nor Alya Batrisyia pingat gangsa dalam acara Lontar Peluru peringkat
PKG Telok Kechai.
- 4 orang murid terpilih dalam Hoki peringkat MSSD
- Tahun 2019 murid tahun 6 dieksport ke Perlis untuk Hoki di Sekolah
Sukan ,SMK Syed Hassan.
- MTQ / Karnival tahun 2019 dapat tempat ke-empat.
- Tahun 2020 , akan menyertai pertandingan Kalam Jamaii.

AGENDA 6: PEMBUBARAN AJK PIBG
6. Pengerusi selaku NYDP PIBG memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang
beliau menjadi NYDP ada kekurangan di pihak beliau.
7. Beliau seterusnya membubarkan AJK PIBG .

5

AGENDA 7: PELANTIKAN AJK PIBG 2020

❖ YANG DIPERTUA EN.CHE ROSTAM B. CHE HASIM

❖ NAIB YANG DIPERTUA EN.MOHD DZUL AZREEN B. MD ZAHIR

❖ SETIAUSAHA PN. NORHIDAYATI BT AHMAD

❖ NAIB SETIAUSAHA PN.KALSOM BT PARIMIN

❖ BENDAHARI PN.NORSIAH BT MOHAMED YUSOFF

❖ AJK GURU EN.AHMAD HASSAN B. KAMIS
EN.MAZWAN B. AZIZ
PN.CHE KU NORAZIZAH BT CHE KU HASSAN
PN.RAHMAH BT AHMAD
PN.NAJIHAH BT ABD RAZAK
CIK AINAA SAFIAH BT AZIZ

➢ AJK WARIS EN. RASHTAN B. MAT ISA
EN. MOHAMAD HAFIZEY B. AHMAD KHOZAE
EN. SHAHRUL MUIM B. RAHMAT
PN. ROMLAH BT MOHAMAD ZUKI
PN. NORLIA BT YAAKOB
PN. WAIZURI BT SHAHROM
PN. NORHAYATI BT ABDUL MUKHTI
PN. NORIZANA BT HASHIM

➢ JURU AUDIT PN.SURIATI BT SHAARI

AGENDA 8: HAL-HAL LAIN
Tiada

AGENDA 9: UCAPAN PENANGGUHAN
8. Guru besar mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang baharu dilantik
dan jawatankuasa yang lama dilantik semula.
9. Beliau juga memaklumkan mengenai sumbangan bantuan awal sebanyak
RM100 kepada waris yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

6

10. Bantuan ini melibatkan 150 orang murid yang terpilih. Beliau mengingatkan
waris supaya menggunakan wang bantuan ini untuk membeli keperluan
persekolahan anak,terutamanya murid tahun 6. Ibubapa boleh gunakan wang
tersebut untuk membayar yuran peningkatan UPSR sebanyak RM180.

11. Guru besar juga mengingatkan para waris yang anak-anak dapat RMT perlu
datang awal ke sekolah untuk makan RMT.

12. Guru besar menyentuh mengenai isu/cadangan yang meminta kantin menjual
buah-buahan di kantin. Beliau menyatakan RMT menyediakan buah-buahan
untuk murid setiap hari tetapi murid tidak makan.

13. Penggunaan pagar sebelah kopitiam sebagai laluan utama masuk ke sekolah.
Pintu pagar sebelah Aman Central hanya akan dibuka pada hari hujan dan majlis
tertentu sahaja.

14. YDP pibg ,En. Rostam meminta kerjasama ibubapa yang mempunyai masalah
boleh berjumpa dengan jawatankuasa pibg bila-bila masa sahaja. Komunikasi
dua hala adalah penting untuk pembangunan dan kemenjadian anak-anak murid
SK Wan Sulaiman Sidiq. Ibubapa juga boleh dapatkan maklumat mengenai
aktiviti sekolah melalui facebook SKWSS.

15. Beliau menangguhkan mesyuarat pibg kali ini pada jam 11.56 pagi.

PENCATAT MINIT
1.PN.HASMAH BT HARUN
2.PN.ZURAYANI BT MOHD TAIB

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………… ………………………………
NORHIDAYATI BT AHMAD CHE ROSTAM B. CHE HASIM
SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG
SK WAN SULAIMAN SIDIQ SK WAN SULAIMAN SIDIQ

7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ

PENYATA KEWANGAN PIBG
BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020

BIL. PENDAPATAN JUMLAH BIL. PENGELUARAN JUMLAH
RM RM

1. BAKI PADA 1.1.2020 3903.90 1. BELI BUKU RESIT 23.00
2280.00 2. PIBG 2020 899.00
2. SUMBANGAN PIBG 2020 3. MESYUARAT AGUNG
200.00 PIBG 2019 400.00
3. DENDA WARIS TIDAK HADIR KEJOHANAN
MESYUARAT AGUNG 2019 BALAPAN DAN 60.00
PADANG
4. JAMUAN 120.00
MESYUARAT AJK 102.00
5. PIBG
SUMBANGAN
6. PERSARAAN GURU
DAN STAFF
SUMBANGAN GURU
DAN STAFF
BERTUKAR
SEKOLAH

JUMLAH 6383.00 JUMLAH 1604.00
PERBELANJAAN 4779.00
BAKI
6383.00
JUMLAH

………………………………. ………………………….. …………………..................
(CHE RUSTAM B CHE HASIM)
(NORHIDAYATI BT AHMAD) ( NORSIAH BT MOHD YUSOFF )
YANG DIPERTUA PIBG SETIAUSAHA PIBG BENDAHARI PIBG

Laporan Pemeriksa Kira-kira
Bahawa kami mengaku telah memeriksa dan mengaudit penyata di atas serta membandingkan
bil-bil pembeliaan dengan baucer-baucer pembayaran serta buku tunai dan didapati semuanya
betul.

……………………………………

( SURIATI BINTI SHAARI )
Juru Audit Waris

USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 / 2021

1. MOHD NAZER BIN ISHAK ( GURU )
Wujudkan akaun kedua khusus utk dana derma dan waqaf fisabilillah utk
Pembangunan sekolah.

2. PN.NOREHA BINTI SAID ( WARIS KEPADA NUR AQILAH BINTI MUSA - 5
TEKUN)
Supaya cikgu dapat memantau anak anak.

3. PN.NOOR HIDAYAH BINTI ABDUL SHUKOR ( WARIS KEPADA MUHAMMAD
FIRDAUS HAKIM BIN ABDUL RAHIM - 3 TEKUN )

Perlu perbanyakkan kelas online bersemuka Google meet pdpr sekiranya masih
belum dapat ke sekolah untuk memastikan murid faham apa yang di belajar.

4. PN. Zunaidah binti Zainol (WARIS KEPADA Adam Hariz, Haziq & Haikal - 5

Tekun )

Saya cadangkan terutamanya mata pelajaran matematik. Klu boleh setiap
jawapan bagi latihan matematik cikgu sertakan cara kiraan@penyelesaian
dalam bentuk video. Untuk rujukan ank2 & ibu bapa..jadi anak2 boleh ulang
tgk video utk faham cara penyelesaian..& sangat membantu sekiranya murid2
telepas mengikuti penerangan dari cikgu..sbb tahap matematik pd ms ini sngt
berbeza dgn zaman ibu bapa dl..ssh utk kami terangkan kpd ank2 cr
penyelesaian..& juga kekangan masa bg ibu bapa yg bekerja..dicadangkan jgk
utk mata pelajaran lain yg sesuai..

5. EN. AHMAT TERMIZI BIN MOHD IZHAM ( WARIS KEPADA NUR QISTINA

ALISYA - 5 TEKUN )

HARAP PIHAK KANTIN MAMPU SEDIA KAN MAKANAN BERKHASIAT BUAT
ANAK2 .

6. EN. MOHD SHAHRUDY BIN DALI ( WARIS KEPADA MUHAMMAD ADIB

SYAHPUTRA / 5 TEKUN )

Diharap GC dapat diteruskan jika sesi persekolahan bersemuka diadakan
kembali.

7. PN. SURIATI BT SHAARI (WARIS KEPADA SYAMIL SYAKIRIN 6 RAJIN DAN
SYAMIA SYAFIYAH 3 TEKUN)

Cadangan sumbangan tahunan PIBG sebanyak RM50 setahun bagi program
peningkatan akademik murid dan kokurikulum.

CARTA ORG
PERSATUAN IBU
SEKOLAH KEBANGSAAN

PENASIHAT 1 ( G
TN. HAJI MUNI

PENASIHAT ( PK HEM ) PENASIHAT
TN. HAJI GHAZALI B. MUSA EN.MOHD NAZ

NAIB YANG DIPERTUA YANG DIP
EN.DZUL AZREEN B. MD ZAHIR EN.CHE ROSTAM

JURU AUDIT BENDAHARI K
PN.SURIATI BINTI SHAARI
PN.NORSIAH BINTI M

GANISASI
U BAPA & GURU

WAN SULAIMAN SIDIQ

GURU BESAR )
IR B. SALLEH

T ( PK 1 ) PENASIHAT ( PK KOKURIKULUM )
ZER B. ISHAK EN.MOHD QADRI B. ABDUL RANI

PERTUA SETIAUSAHA KEHORMAT
M B. CHE HASIM PN.NORHIDAYATI BT AHMAD

KEHORMAT NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT
PN.KALSOM BINTI PARIMIN
MOHAMED YUSSOF

CARTA ORG
PERSATUAN IBU B
SEKOLAH KEBANGSAAN W

AJK WA

EN. SHAHRUL MUIM B. RAHMAT EN.MOHAMAD HAFIZEY

PN.NORLIA BINTI YAAKOB PN.WAIZURI BINT

PN.NORIZANA BINTI HASHIM

GANISASI
BAPA & GURU
WAN SULAIMAN SIDIQ

ARIS

B. AHMAD KHOZEE EN. RASHTAN B. MAT ISA

TI SHAHROM PN.NORHAYATI BINTI ABDUL MUKHTI

PN.ROMLAH BINTI MOHAMAD
ZUKI

CARTA ORG
PERSATUAN IBU B
SEKOLAH KEBANGSAAN W

AJK GU

EN.AHMAD HASSAN B. KAMIS

PN.CHE KU AZIZAH BT CHE KU HASSAN

PN.NAJIHAH BINTI ABDUL RAZAK

GANISASI
BAPA & GURU
WAN SULAIMAN SIDIQ

URU

EN. MAZWAN B. ABDUL AZIZ

PN.RAHMAH BINTI AHMAD

PN.AINAA SAFIAH BINTI AZIZ


Click to View FlipBook Version