The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94155275, 2021-09-21 03:05:42

Protozoa

Protozoa

PROTOZOA

SAIZ PROTOZOA

• Kebanyakan protozoa merupakan
mikroorganisma unisel yang
berukuran antara 5 μm – 250 μm
dan dapat dilihat melalui
mikroskop cahaya kuasa rendah.

• Protozoa lazimnya wujud secara
berkoloni.

BENTUK PROTOZOA

• Protozoa mempunyai
pelbagai bentuk.

• Paramecium sp.
berbentuk seperti bentuk
selipar dan mempunyai
struktur seperti
mikronukleus,
makronukleus,
sitoplasma, vakuol
makanan, vakuol
mengecut, membran sel
dan rerambut halus yang
dikenali sebagai silia.



BENTUK
PROTOZOA

• Amoeba sp. tidak
mempunyai bentuk yang
tetap. Bentuknya
berubah-ubah semasa
bergerak.

• Amoeba sp. mempunyai
struktur seperti nukleus,
sitoplasma, vakuol
makanan, vakuol
mengecut dan membran
sel.



NUTRISI

• Protozoa mengamalkan nutrisi yang
pelbagai jenis.

• Terdapat protozoa yang dapat
menjalankan fotosintesis seperti
Euglena sp. dan ada yang bersifat
parasit seperti Plasmodium sp..
Amoeba sp. mendapatkan nutrien
melalui fagositosis

• Amoeba sp. menggunakan unjuran
sitoplasma yang dikenali sebagai
pseudopodium atau ‘kaki palsu’ untuk
bergerak dan mengepung makanan
semasa fagositosis



CARA PEMBIAKAN
PROTOZOA

• Belahan dedua bermula dengan
pembahagian nukleus diikuti oleh
pembahagian sitoplasma

• Paramecium sp. dan Amoeba sp.
membiak secara aseks melalui
belahan dedua.

• Sel induk membahagi dua untuk
membentuk dua sel anak yang
mempunyai bahan genetik yang
serupa dengan induk.

CARA PEMBIAKAN
PROTOZOA

• Paramecium sp. membiak juga
secara seks melalui konjugasi.

• Dua Paramecium sp. bertaup dan
pertukaran bahan genetik berlaku

HABITAT
PROTOZOA

• Habitat Paramecium
sp. ialah air tawar.

• Habitat Amoeba sp.
pula termasuklah
tanah yang lembap,
air tawar, air laut
dan perumah.


Click to View FlipBook Version