TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
1
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
1. PUNCA KUASA
1.1 Surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia, bertarikh 13 Oktober 2020, no. rujukan KPM.100-1/7/8 (100) bertajuk:
PINDAAN TARIKH KEMBALI KE KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM) dan
1.2 Surat daripada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
bertarikh 21 Oktober 2020, no. rujukan KPM.100-1/7/8 JLD 2 (01) bertajuk:
PELANJUTAN TARIKH KEMBALI KE KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
1.3 Teks ucapan Menteri Kanan Pendidikan bertarikh 8 November 2020
“PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KPM SERTA PEPERIKSAAN
AWAM TAHUN 2020”
1.4 Surat daripada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
bertarikh 11 November 2020, no rujukan KPM.100-1/7/8 JLD 2 (50) bertajuk:
PELANJUTAN TARIKH KEMBALI KE KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
2. IBU BAPA DAN WARIS YANG DILARANG menghantar pelajar pulang adalah:
Ibu bapa dan waris yang tidak didaftarkan didalam sistem Matrix Information System
(MIS) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Daerah atau kawasan yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketat seperti pengisytiharan TERKINI oleh MKN
Individu dibawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan
Penyakit Korona Virus 2019 (Covid-19) di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
‘Person Under Investigation’
Individu positif Covid-19
2
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
3. TARIKH PELAKSANAAN
Ibu bapa dan waris dibenarkan menghantar pelajar dengan mengikuti Gerak Kerja Kaedah
Pelaksanaan dan Standard Operating Prosedur (SOP) yang berkuatkuasa.
BIL TARIKH KAEDAH PULANG BLOK KEDIAMAN MASA
1. 31 Disember 2020 A1, B1, C1 6.00 pagi hingga 5.00
petang
Makluman dalam info
2. 1 Januari 2021 dari semasa ke A3, B2, C2
semasa untuk balik
3. 2 Januari 2021 bersama ibu bapa A4, B3, C4, & B5
serta waris, bas
4. 3 Januari 2021 sewaan dan kapal A5 B4 & C5
terbang.
4. TINDAKAN PULANG PELAJAR DARI OUTING BERMALAM
Terdapat EMPAT TINDAKAN dalam Gerak Kerja Kaedah Pelaksanaan Pulang dari Outing
Bermalam untuk rujukan semua pihak terutama ibu bapa serta waris, pelajar, pengurusan
kolej dan agensi luar yang berkaitan iaitu :
TINDAKAN 1
Prosedur pergerakan, tempat, masa, had bilangan ibu bapa dan waris.
Penyampaian maklumat
Makluman kepada MKN, PKD dan PDRM
TINDAKAN 2
Rekod nama ibu bapa serta waris dan pelajar
Kaedah saringan masuk
Waris yang sah sahaja dibenarkan
TINDAKAN 3
Pemantauan berkala
Limitasi pergerakan ibu bapa serta waris selain dari lokasi yang ditetapkan
Pergerakan pulang ibu bapa serta waris
TINDAKAN 4
Rekod keluar ibu bapa dan waris
5. TINDAKAN 1
5.1 Prosedur pertemuan hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure
(SOP) yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan
3
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
kebenaran berkumpul dan mengadakan pertemuan di tempat terbuka dan
tertutup.
5.1.1 Sentiasa memakai pelitup muka
5.1.2 Sentiasa sanitasi tangan
5.1.3 Menjaga penjarakan
5.1.4 Mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) tempat pertemuan
5.1.5 Sentiasa mengelakkan 3C (Crowded Places, Confined Spaces & Close
Conversation)
5.1.6 Sentiasa mengamalkan 3W (Wash, Warn & Wear)
5.2 Tempat turun pelajar adalah di sekitar kawasan blok kediaman sahaja.
5.3 Had masa proses menurunkan pelajar dan barangan peribadi adalah 10
hingga 15 minit.
5.4 Bilangan waris untuk menghantar pelajar adalah mengikut kapasiti kenderaan
dan terhad kepada individu yang tinggal serumah.
5.5 Penyampaian maklumat tatacara pengoperasian penghantaran pelajar ini
melalui Telegram INFO CHANNEL PELAJAR KMNS 2020/2021 dan Group
Whatsapp lain seperti group Ketua Praktikum, group Ketua Blok, group
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain – lain.
5.6 Borang Permohonan Pulang dari Outing Bermalam melalui pautan QR
Code seperti Lampiran 1 dan Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan
Wabak COVID-19 melalui pautan QR Code seperti Lampiran 2 yang perlu diisi
1 HARI SEBELUM TARIKH menghantar pelajar pulang dari Outing Bermalam.
5.7 Data dari Perkara 5.6 akan dikongsikan dengan MKN, PKD dan PDRM.
6. TINDAKAN 2
6.1 Rekod nama ibu bapa serta waris dan pelajar adalah merujuk kepada perkara
5.6
6.2 Kaedah saringan masuk
6.2.1 Telah mengisi Borang Permohonan Pulang dari Outing Bermalam
melalui pautan QR Code seperti Lampiran 1 sebelum hadir untuk
menghantar pelajar.
6.2.2 Telah mengisi Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak
COVID-19 melalui pautan QR Code seperti Lampiran 2 sebelum hadir
untuk menghantar pelajar.
4
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
6.2.3 Hadir mengikut masa yang telah ditetapkan seperti Perkara 3.
6.2.4 Ibu bapa serta waris yang TIDAK MENGISI Borang Permohonan
Pulang dari Outing Bermalam adalah TIDAK DIBENARKAN
MASUK ke premis kolej.
6.2.5 Menyerahkan bukti pengisian Borang Permohonan Pulang dari
Outing Bermalam melalui pautan QR Code seperti Lampiran 1 di
pondok pengawal @ stesen lain yang akan dinyatakan kemudian.
6.2.6 Menyerahkan bukti pengisian Borang Isytihar Tahap Kesihatan
Berkaitan Wabak COVID-19 melalui pautan QR Code seperti
Lampiran 2 di pondok pengawal @ stesen lain yang akan dinyatakan
kemudian.
6.2.7 Mengimbas suhu badan semua individu sebelum dibenarkan
memasuki premis kolej (suhu badan melebihi 37.5 0C tidak
dibenarkan masuk untuk menghantar pelajar).
6.2.8 Mengimbas QR Code MySejahtera (ketua keluarga sahaja) sebelum
memasuki premis kolej.
6.2.9 Memakai pelitup muka sepanjang masa berada di dalam premis kolej
dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
7. TINDAKAN 3
7.1 Pemantauan Berkala oleh :
7.1.1 Pengawal keselamatan.
7.1.2 Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar,
Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Penyelia Asrama,
Penyelia Asrama, Ketua Felo Asrama dan Felo Asrama serta pegawai
– pegawai lain dalam organisasi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
7.1.3 MKN, PDRM dan KKM.
7.2 Limitasi Pergerakan - Ibu bapa serta waris TIDAK DIBENARKAN:
7.2.1 Masuk ke bilik kediaman pelajar
7.2.2 atau mana-mana lokasi di dalam premis kolej tanpa kebenaran bertulis
kepada pihak pengurusan tertinggi kolej.
5
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
7.2.3 Waris keluar dari kenderaan dan berada di kawasan kolej atau
sekitarnya tanpa tujuan yang munasabah.
8. TINDAKAN 4
8.1 Rekod Keluar
8.1.1 Ibu bapa serta waris akan keluar selepas tempoh penghantaran (15
minit sahaja).
9. PERANAN DAN TINDAKAN
Peranan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa serta waris dan pelajar
seperti yang berikut:
9.1 Pelajar
9.1.1 Memastikan Perkara 5.5 dan 5.6 diterima dan dikongsikan dengan ibu
bapa dan waris.
9.1.2 Mematuhi masa di dalam jadual pergerakan ibu bapa dan waris yang
telah diisi.
9.1.3 Memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap menggunakan
cecair pembasmi kuman.
9.1.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa ibu bapa serta waris naik ke
blok kediaman pelajar dan memasuki bilik pelajar.
9.1.5 Para pemimpin pelajar akan menyalurkan maklumat kepada semua
pelajar dan ditularkan secara rantaian melalui aplikasi WhatsApp
Group.
9.1.6 Mengimbas kad matrik di PONDOK PENGAWAL @ STESEN LAIN
yang akan dinyatakan kemudian, ketika mula memasuki kawasan kolej.
(Prosedur keluar masuk pelajar)
9.2 Ibu bapa / Waris
9.2.1 Ibu bapa serta waris bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat
daripada pelajar.
9.2.2 Ibu bapa serta waris juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman
sesawang rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
9.2.3 Mengisi dengan jujur Perkara 5.6
6
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
9.2.4 Memberikan kerjasama kepada semua pihak ketika proses
penghantaran pelajar pulang dari outing bermalam.
9.2.5 Bilangan waris yang menghantar pelajar adalah mengikut kapasiti
kenderaan yang digunakan. Walau bagaimanapun, adalah
dinasihatkan supaya bilangan waris ini diminimumkan.
9.2.5 Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
9.3 Pegawai – pegawai Hal Ehwal Pelajar
9.3.1 PPHEP menyampaikan maklumat pelajar melalui saluran aplikasi
Telegram INFO CHANNEL PELAJAR KMNS 2020/2021 dan Group
Whatsapp lain seperti group Ketua Praktikum, group Ketua Blok,
group Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain – lain.
9.3.2 PPHEP juga akan menyalurkan maklumat melalui aplikasi Telegram
Channel rasmi kolej iaitu Info KMNS bagi memastikan tiada pelajar
yang terlepas maklumat dan dikongsikan oleh warga KMNS kepada
pelajar – pelajar.
10. MAKLUMAT PENTING
10.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DITERUSKAN SECARA DALAM
TALIAN (ONLINE) SEPENUHNYA DAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2020.
10.2 21 & 22 DISEMBER 2020 ADALAH MINGGU “STUDY WEEK”.
10.3 23 DISEMBER HINGGA 29 DISEMBER 2020 ADALAH CUTI SEMPENA
SAMBUTAN HARI KRISMAS.
10.4 PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
SEMESTER 1 SESI 2020/2021 PADA 6 HINGGA 13 JANUARI 2020.
10.5 UJIAN MUET PADA 26 JANUARI HINGGA 6 FEBRUARI 2021
10.6 SEMUA PERALATAN ELEKTRIK YANG DILARANG PENGGUNAANYA DI
BILIK ASRAMA (KECUALI TELEFON, KOMPUTER RIBA DAN PRINTER)
HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA SEMASA
PROSES PENGHANTARAN PELAJAR PULANG. PERALATAN ELEKTRIK
YANG DILARANG PENGGUNAANYA DI ASRAMA INI, AKAN DI RAMPAS
SELEPAS TARIKH 3 JANUARI 2021.
7
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
10.7 SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE
SEMASA.
10.8 TARIKH PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG INI DITETAPKAN BAGI
TUJUAN MEMBERI RUANG KEPADA PELAJAR UNTUK MENGURUSKAN
DIRI, BILIK, DAN PERALATAN PERIBADI YANG LAIN KESAN DARIPADA
TEMPOH MENINGGALKAN KAWASAN KOLEJ YANG PANJANG.
11. PENUTUP
Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sentiasa mengutamakan
kebajikan para pelajar. Dalam pada masa yang sama pihak kolej juga perlu sentiasa berusaha
untuk mengekang dan mencegah penularan wabak COVID-19 dari menjangkiti seluruh
warganya. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang terlibat diharapkan dapat memberikan
kerjasama dan mematuhi tatacara ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita
bersama.
8
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
LAMPIRAN 1
Borang Permohonan Pulang dari Outing Bermalam
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ARAHAN
Semua ibu bapa / waris yang ingin menghantar pelajar, WAJIB mengisi borang ini 1 HARI
SEBELUM TARIKH PENGHANTARAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM
dan tunjukkan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti pengisian.Sila gunakan telefon
bimbit anda untuk mendapatkan capaian borang melalui cara :
1. Imbas (Scan) QR Code di bawah
2. Muat Turun Salinan Borang Permohonan Pulang dari Outing Bermalam yang
dihantar melalui emel untuk ditunjukkan kepada Pengawal Keselamatan sebelum
dibenarkan masuk.
9
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
LAMPIRAN 2
Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak Covid-19
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ARAHAN
Semua ibu bapa / waris yang ingin menghantar pelajar, WAJIB mengisi borang ini 1 HARI
SEBELUM TARIKH PENGHANTARAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM
dan tunjukkan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti pengisian.Sila gunakan telefon
bimbit anda untuk mendapatkan capaian borang melalui cara :
3. Imbas (Scan) QR Code di bawah
4. Muat Turun Salinan Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak Covid-19
yang dihantar melalui emel untuk ditunjukkan kepada Pengawal Keselamatan sebelum
dibenarkan masuk.
10
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN PELAJAR PULANG DARI OUTING BERMALAM,
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
CARTA ALIRAN
PENGHANTARAN PELAJAR DAN
LAWATAN IBU BAPA / WARIS
Mula
Suhu badan melebihi Mengisi Google Form: Diisi 1 HARI SEBELUM TARIKH
37.5 ° / Bergejala menghantar pelajar pulang dari Outing Bermalam
1. Borang Permohonan Pulang dari Outing Bermalam
Turun dari kenderaan dan
tunggu di luar kawasan (simpan respon di dalam email)
kolej (kawasan lapang 2. Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan wabak
didepan pondok pengawal
/ wakaf bersebelahan Covid-19 (simpan respon di dalam email)
pondok pengawal.
Di pondok pengawal @ stesen lain yang
dinyatakan kemudian :
1. Tunjukkan Respon Permohonan Pulang dari
Outing Bermalam yang telah diisi dan Borang
Pengisytiharan Tahap Kesihatan
2. Saring Suhu semua individu lawatan
3. Scan QR Code MySejahtera
4. Serahkan Lesen Memandu untuk rekod
Kemasukan
5. Pelajar mengimbas kad matrik di pondok
pengawal
Suhu badan di bawah 37.5 °
Pelawat / Ibu Bapa dibenarkan
menurunkan pelajar di blok
kediaman.
Bersurai selepas 15 minit proses
menurunkan pelajar dan
barangan peribadi.
Tamat
11
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS