TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
TATACARA PENGOPERASIAN
LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI
PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SESI 2020/2021
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
1
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
1. PUNCA KUASA
Surat daripada Pengarah, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
bertarikh 08 Oktober 2020, no. rujukan KPM.600-8/2/3 (23) bertajuk:
PENGURUSAN PERGERAKAN PELAJAR PULANG BERMALAM DAN LAWATAN IBU
BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA.
2. IBU BAPA DAN WARIS YANG DILARANG BERTEMU PELAJAR:
Ibu bapa dan waris yang tidak didaftarkan didalam sistem Matrix Information System
(MIS) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Dari seluruh negeri Sabah (Berdasarkan kenyataan rasmi TERKINI dari MKN, CPRC
Kem. Kesihatan Malaysia)
Dari seluruh negeri Sarawak (Berdasarkan kenyataan rasmi TERKINI dari MKN,
CPRC Kem. Kesihatan Malaysia)
Daerah Zon Merah (Berdasarkan kenyataan rasmi TERKINI dari MKN, CPRC Kem.
Kesihatan Malaysia)
Kontak rapat dengan individu positif Covid-19
‘Person Under Investigation’
Individu positif Covid-19
3. TARIKH PELAKSANAAN
Ibu Bapa dan waris dibenarkan bertemu pelajar dengan mengikuti Gerak Kerja Kaedah
Pelaksanaan dan Standard Operating Prosedur (SOP) yang berkuatkuasa secara
berperingkat mulai 09 Oktober 2020.
BIL TARIKH HARI MASA PERKARA
1. 10 hingga 16 Oktober 2020 Sabtu & Ahad, 8.00 pagi – 6.00 Lawatan Ibu bapa dan
2. 17 & 18 Oktober 2020 Isnin hingga petang waris
Jumaat
3. Selepas 19 Oktober 2020 Sabtu & Ahad 6.00 pagi – 6.00 Pelajar daftar masuk
petang dari PULANG
Sabtu & Ahad BERMALAM CUTI
8.00 pagi – 6.00 PERTENGAHAN
petang SEMESTER
Lawatan Ibu bapa
serta waris
4. TINDAKAN BERTEMU WARIS
Terdapat EMPAT TINDAKAN dalam Gerak Kerja Kaedah Pelaksanaan Pertemuan untuk
rujukan semua pihak terutama ibu bapa serta waris, pelajar, pengurusan kolej dan agensi luar
yang berkaitan iaitu :
2
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
TINDAKAN 1
Prosedur pertemuan, tempat, masa, had bilangan ibu bapa dan waris.
Penyampaian maklumat
Makluman kepada MKN, PKD dan PDRM
TINDAKAN 2
Rekod nama ibu bapa serta waris dan pelajar
Kaedah saringan masuk
Waris yang sah sahaja dibenarkan
TINDAKAN 3
Pemantauan berkala
Limitasi pergerakan ibu bapa serta waris selain dari lokasi yang ditetapkan
Pergerakan pulang ibu bapa serta waris
TINDAKAN 4
Rekod keluar ibu bapa dan waris
5. TINDAKAN 1
5.1 Prosedur pertemuan hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure
(SOP) yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian
Kesihatan Malaysia serta Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan
kebenaran berkumpul dan mengadakan pertemuan di tempat terbuka dan
tertutup.
5.1.1 Sentiasa memakai pelitup muka
5.1.2 Sentiasa sanitasi tangan
5.1.3 Menjaga penjarakan
5.1.4 Mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) tempat pertemuan
5.2 Tempat pertemuan adalah di sekitar kawasan “Foyer Pentadbiran Kolej’ dan
kafeteria kolej.
5.3 Had masa pertemuan adalah 60 minit.
5.4 Bilangan waris untuk bertemu pelajar adalah seramai 4 orang sahaja dan
terhad kepada ibu bapa, waris (yang didaftarkan di dalam MIS KMNS),
adik beradik, datuk dan nenek.
5.5 Penyampaian maklumat tatacara pengoperasian lawatan ibu bapa serta waris
ini melalui Telegram INFO CHANNEL PELAJAR KMNS 2020/2021 dan Group
3
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
Whatsapp lain seperti group Ketua Praktikum, group Ketua Blok, group
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain – lain.
5.6 Borang Permohonan Kebenaran Lawatan melalui pautan QR Code seperti
Lampiran 1 dan Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak
COVID-19 melalui pautan QR Code seperti Lampiran 2 yang perlu diisi 2 HARI
SEBELUM HARI JUMAAT PADA TARIKH DAN MINGGU LAWATAN.
5.7 Data dari Perkara 5.6 akan dikongsikan dengan MKN, PKD dan PDRM.
6. TINDAKAN 2
6.1 Rekod nama ibu bapa serta waris dan pelajar adalah merujuk kepada perkara
5.6
6.2 Kaedah saringan masuk
6.2.1 Telah mengisi Borang Permohonan Kebenaran Lawatan melalui
pautan QR Code seperti Lampiran 1 sebelum hadir untuk lawatan.
6.2.2 Telah mengisi Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak
COVID-19 melalui pautan QR Code seperti Lampiran 2 sebelum hadir
untuk lawatan.
6.2.3 Hadir mengikut masa yang telah ditetapkan seperti Perkara 3.
6.2.4 Ibu bapa serta waris yang TIDAK MENGISI Permohonan Kebenaran
Lawatan adalah TIDAK DIBENARKAN MASUK ke premis kolej.
6.2.5 Menyerahkan bukti pengisian Borang Permohonan Kebenaran
Lawatan melalui pautan QR Code seperti Lampiran 1 di pondok
pengawal.
6.2.6 Menyerahkan bukti pengisian Borang Isytihar Tahap Kesihatan
Berkaitan Wabak COVID-19 melalui pautan QR Code seperti
Lampiran 2 di pondok pengawal.
6.2.7 Mengimbas suhu badan semua individu sebelum dibenarkan
memasuki premis kolej (suhu badan melebihi 37.5 0C tidak
dibenarkan masuk untuk melawat pelajar).
6.2.8 Mengimbas QR Code MySejahtera (ketua keluarga sahaja) sebelum
memasuki premis kolej.
4
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
6.2.9 Menyerahkan Lesen Memandu (ketua keluarga sahaja) kepada
pengawal Keselamatan untuk direkodkan.
6.2.10 Memakai pelitup muka sepanjang masa berada di dalam premis kolej
dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
7. TINDAKAN 3
7.1 Pemantauan Berkala oleh :
7.1.1 Pengawal keselamatan.
7.1.2 Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar,
Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Penyelia Asrama,
Penyelia Asrama, Ketua Felo Asrama dan Felo Asrama serta pegawai
– pegawai lain dalam organisasi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
7.1.3 MKN, PDRM dan KKM.
7.2 Limitasi Pergerakan - Ibu bapa serta waris TIDAK DIBENARKAN:
7.2.1 Masuk ke bilik kediaman pelajar
7.2.2 atau mana-mana lokasi di dalam premis kolej tanpa kebenaran bertulis
kepada pihak pengurusan tertinggi kolej.
8. TINDAKAN 4
8.1 Rekod Keluar
8.1.1 Ibu bapa serta waris akan keluar selepas tempoh lawatan (60 minit
sahaja).
8.1.2 Mengambil Lesen Memandu di pondok pengawal sebaik tamat lawatan.
.
9. PERANAN DAN TINDAKAN
Peranan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa serta waris dan pelajar
seperti yang berikut:
9.1 Pelajar
9.1.1 Memastikan Perkara 5.5 dan 5.6 diterima dan dikongsikan dengan ibu
bapa dan waris.
9.1.2 Mematuhi masa di dalam jadual lawatan ibu bapa dan waris yang telah
diisi.
5
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
9.1.3 Memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap menggunakan
cecair pembasmi kuman.
9.1.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa ibu bapa serta waris naik ke
blok kediaman pelajar dan memasuki bilik pelajar.
9.1.5 Para pemimpin pelajar akan menyalurkan maklumat kepada semua
pelajar dan ditularkan secara rantaian melalui aplikasi WhatsApp
Group.
9.2 Ibu bapa / Waris
9.2.1 Ibu bapa serta waris bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat
daripada pelajar.
9.2.2 Ibu bapa serta waris juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman
sesawang rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
9.2.3 Mengisi dengan jujur Perkara 5.6
9.2.4 Memberikan kerjasama kepada semua pihak ketika proses lawatan.
9.2.5 Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
9.3 Pegawai – pegawai Hal Ehwal Pelajar
9.3.1 PPHEP menyampaikan maklumat pelajar melalui saluran aplikasi
Telegram INFO CHANNEL PELAJAR KMNS 2020/2021 dan Group
Whatsapp lain seperti group Ketua Praktikum, group Ketua Blok,
group Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain – lain.
9.3.2 PPHEP juga akan menyalurkan maklumat melalui aplikasi Telegram
Channel rasmi kolej iaitu Info KMNS bagi memastikan tiada pelajar
yang terlepas maklumat dan dikongsikan oleh warga KMNS kepada
pelajar – pelajar.
10. PENUTUP
Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Sembilan sentiasa mengutamakan kebajikan
para pelajar. Dalam pada masa yang sama pihak kolej juga perlu sentiasa berusaha untuk
mengekang dan mencegah penularan wabak COVID-19 dari menjangkiti seluruh warganya.
Sehubungan dengan itu, semua pihak yang terlibat diharapkan dapat memberikan kerjasama
dan mematuhi tatacara ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita bersama.
6
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
LAMPIRAN 1
Borang Permohonan Kebenaran Lawatan
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ARAHAN
Semua ibu bapa / waris yang ingin melawat pelajar, WAJIB mengisi borang ini 2 HARI
SEBELUM HARI JUMAAT PADA TARIKH DAN MINGGU LAWATAN dan tunjukkan kepada
pengawal keselamatan sebagai bukti pengisian.Sila gunakan telefon bimbit anda untuk
mendapatkan capaian borang melalui cara :
1. Imbas (Scan) QR Code di bawah
2. Muat Turun Salinan Borang Permohonan Kebenaran Lawatan yang dihantar melalui
emel untuk ditunjukkan kepada Pengawal Keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
7
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
LAMPIRAN 2
Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak Covid-19
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ARAHAN
Semua ibu bapa / waris yang ingin melawat pelajar, WAJIB mengisi borang ini 2 HARI
SEBELUM HARI JUMAAT PADA TARIKH DAN MINGGU LAWATAN dan tunjukkan kepada
pengawal keselamatan sebagai bukti pengisian.Sila gunakan telefon bimbit anda untuk
mendapatkan capaian borang melalui cara :
3. Imbas (Scan) QR Code di bawah
4. Muat Turun Salinan Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak Covid-19
yang dihantar melalui emel untuk ditunjukkan kepada Pengawal Keselamatan sebelum
dibenarkan masuk.
8
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS
TATACARA PENGOPERASIAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS BAGI PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
CARTA ALIRAN
LAWATAN IBU BAPA / WARIS
Salah seorang Suhu Mula
badan melebihi 37.5 °
/ Bergejala Mengisi Google Form: Diisi 2 HARI SEBELUM HARI
JUMAAT PADA TARIKH DAN MINGGU LAWATAN.
Turun dari kenderaan dan 1. Borang Permohonan Kebenaran Lawatan (simpan
tunggu diluar kawasan
kolej (kawasan lapang respon didalam email)
didepan pondok pengawal 2. Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan wabak
Covid-19 (simpan respon didalam email)
Di pondok pengawal :
1. Tunjukkan Respon Kebenaran Melawat yang
telah diisi dan Borang Pengisytiharan Tahap
Kesihatan
2. Saring Suhu semua individu lawatan
3. Scan QR Code MySejahtera
4. Serahkan Lesen Memandu untuk rekod
kemasukan
Suhu badan di bawah
37.5 °
Pelawat / Ibu Bapa dibenarkan
berjumpa pelajar (di FOYER
PENTADBIRAN KOLEJ &
KAFETERIA)
Bersurai selepas 60 minit
pertemuan dan ambil lesen di
pondok pengawal
Tamat
9
Disediakan oleh : Unit HEP KMNS