The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program
Mesyuarat Agung PIBG 2024
SK RKT Bersia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myaini77, 2024-06-04 10:49:29

Mesyuarat Agung PIBG 2024

Buku Program
Mesyuarat Agung PIBG 2024
SK RKT Bersia

Keywords: PIBG

2:30 petang RABU 05.06.2024 DEWAN A s - S y u r a Mesyuarat Agung SK RKT BERSIA, GERIK PERAK KE-19 2024 PIBG


PERKARA HALAMAN ATUR CARA 3 SURAT JEMPUTAN IBU BAPA/ PENJAGA 4 AGENDA MESYUARAT 5 KATA – KATA ALUAN GURU BESAR 6 KATA – KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 7 JAWATANKUASA PIBG 2023/ 2024 8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-18 SESI 2023/ 2024 9 - 14 PENYATA KEWANGAN 15 - 17 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2023 18 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 19 - 22 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-19 23 - 24 APRESIASI 25 isi kandungan


SK RKT BERSIA, GERIK PERAK Mesyuarat Agung KE-19PIBG2024ATURCARA MASA ATUR CARA 2.30 petang Pendaftaran Ibu Bapa /Waris /Penjaga / Guru 3.00 petang Ketibaan tetamu kehormat 3.15 petang Majlis Bermula Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Ahmad Shihabudin Bin Abdul Lateh Ucapan Guru Besar Pn. Norazlina Binti Mohd Arby Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19 2024 2.30 PETANG RABU 05 J U N 2024 DEWAN AS-SYURA SK RKT BERSIA 3


4 SURATjemputan ibu bapa/penjaga


SK RKT BERSIA, GERIK PERAK Mesyuarat Agung KE-19PIBG2024AGENDA BIL. AGENDA 1 Memulakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2024 Ucapan YDP PIBG selaku Pengerusi Mesyuarat 2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18 2023. 3 Perkara-perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat. 4 Membentang Laporan Aktiviti PIBG tahun 2023 5 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG (berakhir 31 Disember 2023) 6 Membentang dan membahaskan Usul 7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2024/ 2025 7.1 Pengisytiharan Pembubaran jawatankuasa 2022/ 2023 7.2 Perlantikan pengerusi dan pencatat masa sementara mesyuarat 7.3 Pemilihan jawatankuasa PIBG 2024/ 2025 8 Hal-hal lain 9 Ucapan penangguhan 5


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera… Alhamdulillah..Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat bersamasama kita berkumpul bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kecemerlangan anakanak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19. Kehadiran ibu bapa amat saya sanjung tinggi dan hargai kerana besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen anda terhadap kemajuan sekolah dan prestasi akademik anak-anak. Saya percaya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan juga amat bererti kepada anak-anak kerana keprihatinan ibu bapa mereka sudah tentu dapat menyuntik semangat anak-anak untuk lebih berjaya bukan sahaja dalam bidang kokurikulum malah kurikulum khususnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi Sekolah Kebangsaan RKT Bersia ke arah yang lebih dinamik. Sumbangan pihak tuan amat kami hargai bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, malah turut menyumbangkan wang ringgit sehingga membolehkan pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya percaya kerjasama ini sememangnya amat perlu jika kita inginkan sebuah kejayaan. Sikap saling membantu ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak sekolah malah anak-anak tuan dan puan juga mendapat manfaatnya. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha memastikan kejayaan ini dapat ditingkatkan dari masa ke masa. Akhir kata, saya bagi pihak warga Sekolah RKT Bersia bersedia untuk menerima sebarang cadangan, sokongan mahupun teguran daripada pihak ibu bapa demi kemajuan bersama. Moga usaha kita mendapat keredaan daripada Allah SWT. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Sekian, terima kasih. “Diamonds are Forever” ……………………………………………….. NORAZLINA BINTI MOHD ARBY Guru Besar, Sekolah Kebangsaan RKT Bersia, Gerik SekapurSireh SK RKT BERSIA, GERIK PERAK KE-19 Mesyuarat AgungPIBG20246


Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua waris SK RKT Bersia. Alhamdulillah dan Selamat datang ke Mesyuarat Agung kali ke-19 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK RKT Bersia bagi tahun 2024. Terima kasih diucapkan kepada semua waris yang hadir pada pagi ini dan kehadiran tuan puan mencerminkan komitmen dan keazaman dalam memastikan kejayaan anak-anak kita. Permuafakatan yang dicapai dalam mesyuarat ini diharap dapat memberi panduan dan bimbingan ke arah hala tuju anak-anak kita pada masa hadapan. Semoga kerjasama yang erat antara ahli PIBG sekolah ini akan memberi kejayaan kepada kita bersama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para waris, guru dan murid yang berjaya meletakkan SK RKT Bersia di tahap yang membanggakan dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. Kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah dihargai demi kecemerlangan anak-anak kita dan menjulang nama sekolah. Sekian, terima kasih. ……………………………………………….. AHMAD SHIHABUDIN BIN ABDUL LATEH Yang Dipertua PIBG SK RKT Bersia, Gerik. SeulasPinang SK RKT BERSIA, GERIK PERAK KE-19 Mesyuarat AgungPIBG20247


SK RKT BERSIA, GERIK PERAK KE-19 Mesyuarat AgungPIBG2024PENASIHAT NORAZLINA BINTI MOHD ARBY (GURU BESAR) YDP PIBG EN. AHMAD SHIHABUDIN BIN ABDUL LATEH NAIB YDP PIBG PN. ROSMARIA SUSANTI BINTI MOHAMED ISA PK PENTADBIRAN EN. BAHARIN BIN MOHD HANAFIAH PK HAL EHWAL MURID EN. MOHD FADZIL BIN MAJID PK KOKURIKULUM EN. ZUHAMIDI BIN MOHD PIAH SETIAUSAHA PN. NORULAINI BINTI MOHAMED YUNUS BENDAHARI PN. NUR SYAFIQAH BINTI NIZAMDIN AJK PERINGKAT 1 AJK PERINGKAT 2 AJK PERINGKAT 3 AJK KG BANDARIANG AJK BATU 6 PN. ZUNAIDAH BINTI JAMIL EN. ROSLI BIN MD IBRAHIM PN. HALIMATUN SATDIAH BINTI MAT YUSOF PN. SITI NAZIRA BINTI YAACOB EN. MOHD FIRDAUS BIN SAAD AJK GURU CIK WAN NORSILAWATI BINTI MAT SAID EN. MOHD HANIS ZHARIF BIN ABDUL MUTAI PN. WAN FATANAH BINTI MUSTAFA PN. WAN NORHAYATI BINTI WAN SEMAN JURUAUDIT PN. SURIATI BINTI SAPIEE (IBU BAPA) PN. HABIBAH BINTI OTHMAN (GURU) JAWATANKUASAPIBG2023/2024 8


MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 TARIKH : 17 MEI 2023 ( RABU ) MASA : 2.30 PETANG – 4.30 PETANG TEMPAT : DEWAN AS-SYURA, SK RKT BERSIA, GERIK PERASMIAN OLEH : EN. ABDUL RAHIM BIN JAMHARI KEHADIRAN : 86 ORANG AHLI ( RUJUK LAMPIRAN ) AGENDA MESYUARAT: 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Encik Fajrol Iman bin Mad Tahir bersama Puan Ainon Martini binti Abu Seman selaku Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran ibu bapa /penjaga serta guru dan mengucapkan ucapan terima kasih atas kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18 bagi tahun 2023 secara bersemuka. 2.0 BACAAN DOA 2.1 Disempurnakan oleh Ustaz Md Fadzil Noor bin Malik memohon doa supaya majlis dapat berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan. 3.0 UCAPAN ENCIK AHMAD SHIHABUDIN BIN ABDUL LATEH, YDP PIBG 2023 3.1 YDP merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK RKT Bersia kali ke-18 tahun 2023. 3.2 Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kepimpinan sekolah, guru-guru, AJK PIBG dan semua ibu bapa bersama-sama membantu membuat persiapan mesyuarat agung pada kali ini. 3.3 Beliau mengharapkan agar permuafakatan dan kerjasama guru-guru dan semua ibu bapa dapat dikekalkan serta ditingkatkan bagi melahirkan murid yang cemerlang. 9 9


MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 4.0 UCAPAN PN NORAZLINA BINTI MOHD ARBY, GURU BESAR SK RKT BERSIA 4.1 Beliau mengucapkan alu-aluan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir Pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. 4.2 Beliau juga memanjatkan rasa kesyukuran kerana diberi ruang dan kesempatan untuk bertemu muka bersama ibu bapa walaupun dalam keadaan negara dilanda ‘strok haba ‘. 4.3 Untuk makluman ibu bapa, anak-anak murid dilarang sama sekali terlibat dengan apa jua aktiviti yang terdedah kepada gelombang haba atau kepanasan. 4.4 Disebabkan itu juga, murid-murid SK RKT Bersia telah dilepaskan waktu pulang secara berperingkat sama seperti musim pandemik yang lalu. Berikut adalah jadual waktu pulang Tahap 1 : Tahun 1 – 12.20 tengah hari Tahun 1 – 12.25 tengah hari Tahun 3 – 12.30 tengah hari Manakala Tahap 2 pula : Tahun 4 – 1.20 tengah hari Tahun 5 – 1.25 tengah hari Tahun 6 – 1.30 tengah hari 4.5 Tiada aktiviti luar, tiada lagi aktiviti Pendidikan Jasmani, tiada lagi aktiviti kokurikulum yang dijalankan sehinggalah arahan selanjutnya diterima oleh pihak sekolah. 4.6 Begitu juga dengan pakaian. Murid-murid bebas berpakaian sukan setiap hari tanpa perlu memakai uniform sekolah yang lengkap bagi mengelak bahang kepanasan. 4.7 Guru-guru dan kakitangan sekolah juga dibenarkan memakai pakaian sukan. 4.8 Guru Besar turut memperkatakan beberapa perkara seperti berikut untuk ibu bapa mengambil perhatian dan tindakan : 1) Guru Besar menyampaikan amanah dan pesanan daripada Guru Besar SAR AlTaufikiah agar menghantar anak-anak ke sekolah agama rakyat. Ini kerana jurang jumlah murid yang berdaftar di SK RKT Bersia dengan SAR Al-Taufikiah sangat berbeza. 2) Guru Besar memaklumkan kekosongan tempat di pra sekolah SK RKT Bersia adalah sebanyak 29 tempat kekosongan. Jika ada anak-anak jiran, anak-anak saudara mara yang ingin mengisi kekosongan di pra sekolah, bolehlah menghantar anak-anak ke pra sekolah SK RKT Bersia. 10


MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 Bermula Mac 2023, semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan (Tahun 1) 2024, mestilah mendaftar anak-anak ini melalui sistem MOIES KPM ataupun Sistem Pengurusan Identiti (idME KPM ). Hebahan juga telah disampaikan oleh guru kelas dalam group Whatsapps kelas masing-masing. Jadual Waktu. Ramai ibu bapa Tahun 1 yang tidak memahami singkatan untuk setiap subjek yang digunakan dalam jadual waktu. Untuk makluman, kelas 1 Zamrud Cikgu Hasbiah telah menyenaraikan setiap singkatan berserta maksudnya. Contoh: PSV – Pendidikan Seni Visual. Ibu bapa perlu pantau jadual serta buku-buku yang dibawa oleh anak-anak kerana jadual yang dibina bertujuan untuk meringankan beg sekolah. Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah sekarang ialah tentang sikap anak-anak zaman sekarang yang tidak boleh disentuh atau dijeling. Kes yang sedang dihadapi oleh pihak sekolah sekarang ialah kes kurang sopan. Isu ini pernah ditegur dalam perhimpunan bersama dengan murid-murid namun masih berulang juga. Guru Besar meminta izin daripada ibu bapa untuk ‘ menjentik ‘ murid-murid yang melakukan kesalahan ini untuk memberi pengajaran. Murid datang sekolah dengan menunggang motorsikal sendiri. Guru besar tidak akan berkompromi dengan ibu ayah yang membenarkan anak-anak datang ke sekolah dengan menunggang motorsikal sendiri ke sekolah. Kes Vape. Terdapat murid Tahun 4 dan 5 terlibat dengan kes vape di sekolah agama rakyat. Murid dari SK RKT Bersia yang terlibat. Kes tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah agama rakyat. Ketidakhadiran ke sekolah. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mesti ada surat makluman atau pemberitahuan ataupun sijil cuti sakit. Guru Besar berharap agar masalah ponteng dapat diatasi dan ditangani dengan kerjasama yang utuh bersama ibu bapa murid. SK RKT Bersia merupakan sekolah TS25 Kohort 10. Banyak aktiviti yang dirancang terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca. Pasukan Boling.( Permainan Elit ). Pada tahun lepas, pasukan boling dianggotai oleh anak-anak guru. Pada tahun 2023, Guru Besar membuka peluang kepada anak-anak yang lain jika berminat untuk sertai dan sanggup memberikan komitmen yang tinggi. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11


MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 4.9 Guru Besar turut memohon maaf bagi pihak perasmi iaitu Encik Abdul Rahim bin Jamhari yang tidak dapat hadir kerana berada di Felda Wilayah Trolak. 4.10 Guru Besar merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 dengan lafaz Bismillah. 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 TAHUN 2022 5.1 Mesyuarat dikendalikan oleh YDP PIBG SK RKT Bersia. 5.2 Pn.Norulaini binti Mohd Yunus selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat tahun 2022 serta aktiviti yang telah dijalankan. 5.3 Puan Hamidah binti Husin mencadangkan pengesahan minit mesyuarat dan disokong oleh Puan Fairuz binti Osman. 5.4 Cik Nur Syafiqah binti Nizamdin selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan sehingga 31 Disember 2022 ( rujuk lampiran ). 5.5 Puan Nurul Wahida binti Mat Shah mencadangkan pengesahan minit mesyuarat dan disokong oleh Puan Nuradila binti Abdullah. 5.6 Tiada perkara berbangkit yang dibicarakan dalam minit mesyuarat dan penyata kewangan. 6.0 MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 2023 6.1 Usul 1 : Pelebaran jalan untuk menunggu dan menghantar anak. Ulasan Guru Besar : Menyatakan hanya 3 agensi sahaja iaitu PLB, JKR dan FELDA yang dapat melaksanakan pelebaran jalan. Pihak sekolah tiada kuasa untuk membuat sebarang tindakan. Begitu juga dengan persoalan pertukaran dari pintu pagar depan ke pintu belakang adalah disebabkan kejadian kemalangan yang melibatkan murid Pra sekolah pada tahun 2022. 6.2 Usul 2 : Yuran PIBG dikekalkan seperti tahun 2022 iaitu PIBG per keluarga RM30 dan PIBG per murid RM30. Ulasan Guru Besar : Bayaran PIBG tersebut diguna pakai untuk Unit Kurikulum ( Hari Anugerah Cemerlang, Pertandingan Mewarna Hari Anti Dadah dan lain-lain), Unit HEM ( Sambutan hari kanak-kanak, Kursus Motivasi, Kursus Jati Diri Pemimpin Kecil dan lain-lain ),Unit Kokurikulum ( sukan tahunan, perkhemahan, permainan ). 12


MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 Jumlah yang diminta oleh pihak sekolah adalah yang paling minimum jika dibanding kan dengan sekolah lain yang lebih tinggi. Para ibu bapa boleh membayar bayaran yuran PIBG sepanjang tahun secara ansuran bukannya sekali gus. Usul tersebut diterima dan sebulat suara bersetuju yuran PIBG dikekalkan sumbangan yang sama juga iaitu per keluarga RM30, per murid RM30. Usul 3 : Sekolah perlu memohon untuk pembinaan dewan terbuka untuk sebarang aktiviti murid. Ulasan Guru Besar : Untuk makluman ibu bapa, hanya 2 buah sekolah di Hulu Perak yang belum mempunyai dewan terbuka iaitu SK RKT Bersia dan SK Kampung Lalang. Pihak sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan dewan terbuka Kepada YB Menteri Pendidikan iaitu Puan Fadhlina Sidek. Usul 4 : Waris Mohd Zahib bin Ibrahim mencadangkan pihak sekolah mengubah waktu aktiviti di luar kelas pada waktu tengah hari kepada waktu lain yang lebih sesuai kerana keadaan suhu dan cuaca sekarang. Ulasan Guru Besar : Tiada sebarang aktiviti luar dijalankan sehingga akan dimaklum kemudian. Mohon agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak. Usul 5 : Mengambil dan menghantar anak melalui pintu pagar hadapan kerana pintu Belakang keadaan terlalu sesak. Ulasan Guru Besar : Guru Besar meminta waris menghormati keputusan sekolah Kerana setiap yang dilakukan ada pro dan kontranya. Usul 6 : Memperbanyakkan aktiviti luar untuk murid-murid PPKI. Ulasan Guru Besar : Aktiviti PPKI telah banyak dirancang tetapi murid-murid PPKI seringkali tidak hadir ke sekolah atas faktor kesihatan. Usul 7 : Jalan sehala pada waktu kemuncak dibuka untuk waris menghantar dan mengambil anak. Ulasan Guru Besar : Proses melaksanakan jalan sehala ini melibatkan kawalan pasukan polis trafik dan PDRM. Guru Besar mengambil langkah ‘win-win situation‘ ingin mengalualukan ibu bapa yang sukarela membantu mengawal lalu lintas. 13


Usul 8 : Waris mencadangkan pihak sekolah membina dan menambah bumbung parking atau tempat menunggu murid-murid. Ulasan Guru Besar : Insyaallah, pihak sekolah akan berusaha memohon sumbangan kepada YB Adun dan YB Parlimen. Sekiranya tidak dapat sumbangan, Guru Besar memohon mengeluarkan duit daripada tabung PIBG sekolah. Keputusan ahli mesyuarat semua bersetuju dengan cadangan permohonan dari Guru Besar tersebut. 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Tiada 1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.51 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh , ……………………...........……… ………………….........………………….. (NORULAINI BINTI MOHD YUNUS) (AHMAD SHIHABUDIN BIN ABD LATEH) Setiausaha PIBG 2023/2024 Yang Dipertua PIBG SK RKT Bersia, Gerik SK RKT Bersia, Gerik MINITMESYUARATAGUNGPIBG KALIKE-18SESI2023/2024 14


15 laporan kewangan pibg sesi 2023


16 laporan kewangan pibg sesi 2023


17 laporan kewangan pibg sesi 2023


BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Program Gotong-Royong bersama PIBK 22 Mac 2023 2. Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2023 6 April 2023 3. Merentas Desa Peringkat Sekolah 03 Mei 2023 4. Sambutan Hari Guru 16 Mei 2023 5. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18/2023 17 Mei 2023 6. Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2/2023 16 Jun 2023 7, Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3/2023 09 Ogos 2023 8. Program Gotong-Royong Madani 13 September 2023 9. Majlis penutupan Bulan Kebangsaan SK RKT Bersia 15 September 2023 10. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK RKT Bersia 29 September 2023 11. Kejohanan Olahraga Tahunan SK RKT Bersia 2 November 2023 12. Majlis Persaraan Guru 30 November 2023 13. Sambutan Hari kanak-kanak dan Hari Lahir peringkat sekolah 14 Disember 2023 14. Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2023 26 Januari 2024 18 Aktiviti sepanjang tahun 2023


19 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 2024 BIL USUL Usul 1 Shahrizan Bin Mohd Subki waris kepada Shazrin Nasri (5 Zamrud) Memohon pihak sekolah menyediakan gelanggang badminton/ sepak takraw untuk mempelbagaikan lagi jenis sukan di sekolah dan membudayakan sukan badminton di sekolah bagi mengurangkan penggunaan gajet dalam kalangan pelajar sekolah Usul 2 Nurul Aqilah Binti Md Harun waris kepada Mohamad Annur Fayyadh Darwishah Bin Mohamad Fayzal (1 Zamrud) Memberi kelonggaran kepada murid untuk terus memakai pakaian sukan/ T-shirt sekolah pada musim panas. Memastikan keselamatan murid lebih terjaga, lebih selamat sewaktu persekolahan. Usul 3 Muhammad Zulhilmi Bin Ahmad Razilah waris kepada Nur Zahra Sofia Binti Muhammad Zulhilmi (1 Zamrud) Melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu yang hanya dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini. Melibatkan jawatankuasa PIBG di dalam setiap acara yang di adakan di sekolah. Usul 4 Mohd Nor Haizrul Bin Mohd Khiri waris kepada Muhammad Arryan Zafran (3 Berlian) Mengusulkan agar pihak sekolah menukar cat warna yang lebih ceria dan membina lanskap.


20 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 2024 BIL USUL Usul 5 Mohd Fajrul Iman waris kepada Aisyah Humairah (1 Berlian) dan Mohammad Thaqif Rizqin (PPKI) Menyediakan pembinaan astaka untuk kemudahan murid dan guru sewaktu PJPK dan sukan, serta menjimatkan kos tanpa perlu menyewa khemah dari luar. Usul 6 Norazizan Bin Che Ani waris kepada Nur Badrisya Qalisya Binti Norazizan (4 Zamrud) Tidak bersetuju dengan yuran PIBG yang mana 1 murid perlu membayar RM30. Jika Ibu bapa mempunyai 3 orang anak, mereka perlu membayar RM90, termasuk ibu bapa, jumlahnya menjadi RM120. Yuran sekarang membebankan ibu bapa yang berpendapatan tidak tetap. Mengekalkan bayaran yuran PIBG seperti sebelum ini (1 keluarga hanya membayar RM30) Mohon sediakan pondok untuk ibu bapa / penjaga menunggu untuk mengambil anak-anak sewaktu mereka pulang pada cuaca yang panas. Mencadangkan supaya ibu bapa/ penjaga mengambil anak-anak di pintu pagar hadapan kerana terdapat 2 buah pondok menunggu dan kawasan di situ terdapat banyak pokok untuk berteduh. Mencadangkan supaya membina laluan keluar dan laluan masuk berasingan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sewaktu ibu bapa/ penjaga menghantar dan mengambil anak-anak.


21 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 2024 BIL USUL Usul 7 Abdul Rahim Bin Jamhari waris kepada Nur Madihah Bt Abdul Rahim (3 Zamrud) Mohon pihak sekolah mengadakan kelas tambahan bagi subek Matematik dan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Darjah 4, 5 dan 6 pada hari Sabtu dan Ahad kerana didapati murid-murid amat lemah dalam subjek berkenaan. Usul 8 Siti Morni Binti Ahmad Kamil waris kepada Dewi Nur Najwa Atielia Chan (4 Berlian) Mencadangkan supaya diletakkan seorang guru bertugas atau pengawal keselamatan untuk mengawasi murid yang menunggu penjaga/ pemandu van yang sampai lewat ke sekolah. Pemeriksaan beg sekolah dijalankan secara kerap kerana selalu terjadi kehilangan barang-barang murid. Diminta guru-guru memeriksa beg murid-murid. Usul 9 Nor Azlina Binti Sidik waris kepada Muhammad Thalhah Hilal Ramadhan Bin Mohd Zahib (2 Berlian) Mengehadkan aktiviti luar seperti di padang kerana cuaca panas.


22 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 2024 BIL USUL Usul 10 Rosslini Binti Ramli waris kepada Siti Nur Syifaa Binti Muhamad Shukri (4 Zamrud) Mohon sediakan pondok menunggu untuk ibu bapa sewaktu murid pulang kerana cuaca panas sekarang. Usul 11 Rahim Bin Masri waris kepada Farah Farhana Binti Mohd Fazli (PPKI) Mengusulkan murid-murid diberikan didikan asas agama, sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam pelajaran agama. (Contohnya, mengetahui tentang solat, fardhu ain, hukum dan lain-lain) Dari segi akademik, mengusulkan mengutamakan ejaan dari mula (bacaan dan tulisan). Mengadakan acara sukan secara kerap di sekolah bagi membentuk minda, rohani dan jasmani. Keperluan mengutamakan keselamatan murid-murid, Contohnya, tidak membenarkan murid keluar sekolah sebelum ibu bapa / penjaga mengambil murid setelah tamat waktu persekolahan. Usul 12 Mohd Firdaus Bin Saad waris kepada Muhammad Farish Haikal (PPKI) Memberi peruntukan kepada PPKI supaya anak-anak PPKI dapat menambah pengetahuan belajar di luar sekolah.


PENGERUSI Pn. Norazlina Binti Mohd Arby (Guru Besar) NAIB PENGERUSI En. Baharin Bin Mohd Hanafiah (PK 1) En. Mohd Fadzil Bin Majid (PK HEM) En. Zuhamidi Bin Mohd Piah (PK Kokurikulum) SETIAUSAHA Pn. Norulaini Binti Mohamed Yunus BENDAHARI Pn. Nur Syafiqah Binti Nizamdin 23 jawatankuasa pelaksana mesyuaraT agung pibg KE-19 sesi 2024/2025 PENYAMBUT TETAMU Yang Dipertua PIBG Naib Yang Dipertua PIBG Guru Besar Penolong-penolong kanan AJK PIBG PENGACARA MAJLIS Hasdalaila Binti Mohamad Hassan BACAAN DOA MD Fadzil Noor Bin Malik PENDAFTARAN Wan Fatanah Binti Mustafa Ainon Martini Binti Abu Seman PENGERUSI SEMENTARA Mohd Hanis Zharif Bin Abdul Mutai Mohd Fajrul Iman Bin Md Tahir KERTAS MESYUARAT Norulaini Binti Mohamed Yunus Nur Syafiqah Binti Nizamdin PENCATAT MINIT / LAPORAN Mohamad Johari Bin Mohamad Mahayudin ( Setiausaha Kurikulum ) Roslina Binti Othman ( Setiausaha HEM ) Khishorteram a/l Vasu ( Setiausaha Kokurikulum )


24 jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025 PERSIAPAN TEMPAT / BANNER Sebelum & Selepas Mat Sukri Bin Abdul Razak Zamuri Bin Razak Faizu Bin Muhammad Wan Mohammad Helman Bin Wan Hussin Md Fadzil Noor Bin Malik Pekerja Swasta HIASAN DEWAN, PENTAS DAN TEMPAHAN BANNER Mohd Fajrul Iman Bin Md Tahir Wan Norhayati Binti Wan Seman Habibah Binti Othman AJK PIBG (Ibu Bapa) SIARAYA Kamsul Bin Sa’aidin Mohd Fajrul Iman Bin Md Tahir BUKU PROGRAM Wan Norsilawati Binti Mat Said Aini Asirah Binti Mohd Nordin MEDIA DAN JURUFOTO Ibrahim Bin Ismail Faizu Bin Muhammad CENDERAHATI & HADIAH CABUTAN BERTUAH Norhayati Binti Abd Rahman Wan Adidatun Hanim Binti Abd Wahat Syariha Binti Idris Haslia Binti Arshad AJK PIBG (Ibu Bapa) JAMUAN VIP / JEMPUTAN / IBUBAPA / GURU Hasbiah Binti Ahmad Hamdan Aida Elena Binti Ismail Maimunah Binti Khalib TUGAS - TUGAS KHAS Mat Sukri Bin Abdul Razak Habibah Binti Othman AJK PIBG Staf Sekolah Pekerja Swasta


APRESIASI Yang Dipertua Dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK RKT Bersia, Gerik, Perak merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:- Guru Besar, Penolong-penolong Kanan En. Zulkafli Bin Md Sapar Ketua Kampung, En. Fadzil Bin Jaafar Sidek Ketua Peneroka, Pn. Nazariah Binti Yusop Pengerusi GPW, En. Mohd Ameyroll Hanezal Bin Abdullah Sani Naib Pengerusi Masjid Shuhada, En. Mohamad Ikmal Bin Zulkeplee Pengurus Belia Felda, Guru-guru serta Staf SK RKT Bersia, Gerik, Perak. Semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita serta semua pihak yang terlibat dalam membantu kami daripada segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Allah memberi keberkatan atas segala usaha kita. 25


catatan


Click to View FlipBook Version