Proses pengambilan sumber manusia:
a) Merekrut(menarik minat)
b) Pemilihan
c) Penawaran pekerja
d) Mengadakan program induksi
1. Merekrut (menarik minat)
- Proses menarik minat bakal calon pekerja untuk berkhidmat dalam sesebuah
organisasi.
- Proses ini bertujuan utk membolehkan pengurus memilih calon terbaik drpd
sekumpulan calon yg memohon sesuatu jawatan.
a) Pengrekrutan sumber dalaman
- bermaksud mendapatkan pekerja yg sedia ada dlm organisasi bagi mengisi kekosongan
jawatan.
- Pengrekrutan sumber ini blh dibuat melalui pengumuman kerja di papan penyataan,
buletin syarikat, rujukan pekerja.
b) Pengrekrutan sumber luaran
- bermaksud mendapatkan pekerja dari luar organisasi utk bekerja di dlm organisasi.
- Pengrekutan sumber ini blh dibuat melalui:
1) Pengiklanan jawatan kosong dlm surat khabar, majalah, radio, televisyen, Internet
2) Permohonan sendiri oleh calon dgn bertulis surat pertanyaan
3) Agensi pekerjaan swasta dan Jabatan Sumber Manusia
4) Institusi pengajian tinggi samasa hari kerjaya dan pengrekrutan kampus melalui
temuduga terbuka
Tindakan menarik minat
1) Iklan
- Pengumuman mengenai jawatan kosong bg mendapatkan pemohon- pemohon.
- Iklan blh dilakukan melalui media cetak (poster, surat khabar) dan media elektronik
(radio, televisyen)
- Iklan yg baik mempunyai ciri :
i) menarik perhatian
ii) tidak terlalu panjang (ringkas)
iii) mempunyai maklumat kelayakan permohonan
2) Hebahan umum
- Tindakan pihak majikan menyebarkan kekosongan jawatan kpd org ramai melalui
media massa.
- Hebahn umum disasarkan kpd pihak awam yg berkelayakan supaya tertarik utk
memohon bagi mengisi kekosongan jawatan.
3) Head-hunting
- Wakil organisasi yg bantu organisasi mencari pekerja yg sesuai dgn
pekerjaan yg ditawarkan melalui temuduga.
- Biasanya utk jawatan profesional.
4) Temuduga terbuka
- Satu kaedah mudah utk menarik bakal pekerja berkhidmat dgn
organisasi.
- Calon bakal pekerja blh menghadiri temuduga dgn membawa bahan
keperluan temuduga spt sijil-sijil asal, salinan sijil kelayakan dan lain-
lain dokumen sokongan.
5) Rujukan
- Organisasi membuat semakan dan rujukan kpd agensi pekerjaan
atau cadangan drpd pekerja dalaman syarikat itu sendiri.
2. Pemilihan
Proses memilih individu yg berkelayakan utk mengisi kekosongan
jawatan dlm organisasi.
-- Proses pemilihan :
a) Borang permohonan
- Calon diminta melengkapkan borong permohonan sebagai langkah
awal proses permilihan.
- Borang harus mengandungi maklumat peribadi calon seperti nama,
umur, alamat, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja
sebelumnya.
- Calon perlu menyertakan resume dan salinan sijil yg disahkan
bersama-sama dgn borang permohonan.
- Calon yg memenuhi syarat akan dipilih utk proses yg seterusnya.
b) Semakan rujukan
- Calon menyediakan perujuk utk mengesahkan kebenaran
kenyataan calon tentang diri mereka dlm borang permohonan.
- Organisasi akan menghubung perujuk utk mendapatkan maklumat
tambahan mengenai calon.
c) Temu duga
- Merupakan proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi
dan calon yg memenuhi syarat jawatan secara bersemuka.
- Tujuan : utk menguji kemahiran komunikasi, mendapatkan
maklumat tambahan yg tidak diperoleh drpd borang permohonan,
memaklumkan tugas pekerja, polisi gaji, suasana tempat kerja,
melihat keperibadian dan tingkah laku calon secara bersemuka.
d) Ujian
- dijalankan utk mengenal pasti calon benar-benar memiliki
pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan keupayaan utk memegang
jawatan yg ditawarkan.
- Ujian yg dijalankan :
1) Ujian kesihatan – memeriksa tahap kesihatan calon
2) Ujian simulasi – memberi kpd calon contoh kerja utk dilakukan
3) Ujian keupayaan konitif – mengukur kebolehan minda calon
4) Ujian personaliti atau psikometrik – menilai sama ada calon
mempunyai ciri bekerjasama, mesra, suka membantu
5) Ujian keupayaan fizikal – mengukur kesesuaian aspek fizikal calon
6) Ujian poligraf – mengetahui kejujuran calon dlm memberikan
maklumat.
7) Ujian prestasi – mengukur kebolehan calon utk melalukan sesuatu
tugas.
3) Penawaran kerja
- Calon yg berjaya dlm proses pemilihan akan ditawarkan kerja
bersertakan syarat perkhidmatan.
- Tawaran kerja akan dibuat kpd calon yg layak melalui surat rasmi
atau panggilan telefon.
Syarat perkhidmatan yg terdapat dlm surat tawaran :
i) Nama jawatan
ii) Tarikh mula bekerja
iii) Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan
iv) Gaji yg bakal diterima oleh calon
v) Tempat kerja, waktu bekerja
vi) Cuti tahunan dan cuti sakit
4) Induksi
- Kursus yg diberikan kpd pekerja baharu supaya mereka dpt
memahami dan menyesuaikan diri dgn suasana kerja baharu dlm
organisasi.
Tujuan program induksi :
i) Membantu pekerja menyesuaikan diri dgn persekitaran tempat
kerja baharu.
ii) Menerangkan polisi, prosedur, peraturan organisasi kpd pekerja.
iii) Menerangkan struktur organisasi kpd pekerja.
iv) Menerangkan aspek penting yg berkaitan dgn skop kerja atau
jawatan kpd pekerja.
Masalah pelaksaanan
i) Program induksi melibatkan kos yg tinggi spt kos menempah tempat
induksi, bayaran kpd penceramah.
ii) Pegawai atasan tidak bekerjasama utk membenarkan pekerja bawahan
menyertai program induksi atas alasan kekurangan tenaga kerja.
iii) Pegawai tidak mempunyai kemahiran komunikasi yg baik dlm
menyampaikan maklumat berkenaan kandungan program kpd pekerja.
iv) Pegawai kekurangan maklumat mengenai maklumat tertentu yg akan
menyukarkan proses penyampaian maklumat yg sepatutnya diketahui
pekerja baharu.