KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 1
TAJUK:
ZAMAN PRASEJARAH
NAMA :Arven Raj a/ Govintaraju
KELAS : 1 Kejora
GURU SEJARAH : Puan. Anis
1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
3
No. PERKARA 4
1 PENDAHULUAN 5
2 OBJEKTIF KAJIAN 8
4 KAEDAH KAJIAN 15
5 HASIL DAPATAN 17
6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 18
7 LAMPIRAN
8 RUJUKAN
2
PENDAHULUAN
PERNYATAAN MASALAH
Zaman Prasejarah merupakan zaman yang melihat tahap perubahan
pencapaian dan kemajuan manusia. Hal ini kerana, Zaman Prasejarah
membolehkan kita mengetahui sejarah dan tamadun manusia
berkembang dalam satu tempoh yang sangat panjang. Pelbagai
tahap perubahan perlu dilalui merentas masa yang berbeza-beza.
Perkembangan ini menjadikan manusia semakin matang dan
bertanggungjawabdalam tindakan mereka. Inovasi dalam peralatan
serta pengggunaan api sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam
telah membantu manusia memperbaiki tahap kehidupan mereka.
PENGEMBANGAN IDEA
a) Berdasarkan illustrasi di atas, apakah yang anda boleh rumuskan
berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik dan Zaman
Neolitik.
b) Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-dua
Zaman tersebut.
c) Mengikut imaginasi anda, lakarkan satu peralatan yang
digunakan pada masa hadapan mengikut kreativiti dan inovasi
and
3
OBJEKTIF KAJIAN
Membina objektif merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai
menggunakan kata kunci seperti berikut :
(Memahami, Mengetahui, Menghurai, Menganalisis, Menyatakan,
Mengkaji, Memenuhi, Memberikan dan mana-mana kata kerja yang
dirasakan sesuai)
1. Merumuskan berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman
Mesolitik dan Zaman Neolitik.
2. Menerangkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat
kedua-dua Zaman tersebut.
3. Melakarkan satu peralatan yang digunakan pada masa
hadapan mengikut kreativiti dan inovasi
4
KAEDAH KAJIAN
1. Kajian Perpustakaan
Saya menggunakan metodologi secara perpustakaan iaitu kajian yang
tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan
masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Cara ini terhad dari segi
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan kajian
ini hanya bergantung kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan.
Saya telah menggunakan buku Prasejarah dan Protosejarah Tanah
Melayu. Dalam buku tersebut saya dapati bahawa Prasejarah dan
Protosejarah Tanah Melayu secara khusus menyingkap Zaman
Prasejarah dan Zaman Protosejarah di Malaysia yang penulisannya
berdasarkan kronologi sejarah dan juga menyentuh tentang
perkembangan budaya dan evolusi teknologi pada zaman tersebut.
Pada asasnya pensejarahan negara kita Malaysia telah dirangka
mengikut kronologi zaman yang telah dibahagikan kepada tiga zaman
yang utama, iaitu Zaman Prasejarah, Zaman Protosejarah dan Zaman
Sejarah.Zaman Prasejarah dibahagikan kepada empat, iaitu Paleolitik
(Paleolitik Awal dan Paleolin akhir), Haobinhian (Mesolitik), Neolitik dan
Zaman Logam (Gangsa dan Besi). Zaman Prasejarah ialah zaman
manusia belum mengenal tulisan dan tinggalan masyarakat Zaman
Prasejarah ini hanya boleh dibuktikan secara penyelidikan arkeologi
yang juga merupakan salah satu cabang bidang sejarah dan ada juga
sarjana yang menganggap bahawa arkeologi ini merupakan cabang
bidang antropologi.
Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah di Malaysia telah
menemukan pelbagai jumpaan yang penting terutamanya yang
melibatkan asal usul Melayu. Data arkeologi telah mendedahkan
bahawa orang Melayu bukan berasal dari Yunan ataupun Taiwan
5
tetapi berasal dari Tanah Sunda. Evolusi dari segi budaya telah pun
berlaku sejak Zaman Paleolitik lagi. Jumpaan rangka atau tengkorak
manusia di Malaysia telah direkodkan di beberapa tempat dan
jumpaan yang paling tua ialah jumpaan tengkorak manusia di Gua
Niah, Sarawak yang berdasarkan pentarikhan mutlak umurnya lebih
kurang 40 000 tahun yang lalu. Di kawasan lain juga telah ditemui
beberapa rangka manusia yang berumur sekitar 10 000 tahun hingga
16 000 tahun yang lalu, antaranya termasuklah jumpaan di Gua Kepah,
Seberang Perai, Gua Cha di Kelantan, Gua Gunung Runtuh di
Lenggong dan Gua Bewah di Tasik Kenyir.
Berdasarkan artifak yang ditemui terutamanya tinggalan alat
batu, didapati bahawa kawasan di Lenggong, Perak dan Gua
Tengkorak di Sabah telah didiami oleh manusia sejak 200,000 tahun
yang lalu. Kajian terkini yang dijalankan di Bukit Bunuh pula telah
mendapati bahawa alat batu yang digunakan berusia sekitar 1.83 juta
tahun yang lalu, walaupun data ini masih dipertikaikan oleh para
sarjana yang terlibat dengan penyelidikan arkeologi terutamanya
penyelidikan prasejarah. Hal ini disebabkan jika berlakunya impak
meteorit, sudah pasti alat batu yang ada ketika berlakunya impak
tersebut tidak dalam keadaan fizikal yang masih sempurna.
Teknologi pembuatan alat batu, misalnya didapati mengalami
evolusi dari Zaman Paleolitik sehingga Zaman Logam, daripada saiz
yang besar kepada saiz yang lebih kecil dan cara bagaimana alat batu
itu direpeh untuk menjadi tajam dan bagaimana alat batu itu dilicinkan
Evolusi sains dan teknologi membolehkan manusia mencipta tembikar
tanah, alat perhiasan diri dan mula mengamalkan kegiatan bercucuk
tanam dan menternak haiwan serta menghasilkan peralatan daripada
logam.
6
2. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat
ataupengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-
perubahan tingkah laku, mendengar,serta melihat tingkah laku subjek
sama ada dari jauh atau dari dekat.
3. Kaedah Melayari Internet
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber internet
bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini.
Antara laman sesawang yang diakses untuk mendapatkan maklumat
mengenai kajian ini adalah seperti
https://www.my.wislah.com/zaman-prasejarah/
https://kamibantuye.wordpress.com/about/zaman-paleolitik/
https://sejkssrt4t3u6.wordpress.com/
Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu pengkaji untuk
memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop
kajian. Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi
internet tanpa had dan merentasi masa.
7
HASIL KAJIAN
1. Berdasarkan illustrasi di atas, apakah yang anda boleh rumuskan
berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik dan
Zaman Neolitik.
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu
Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.
Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama
lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan
di sesuatu tempat itu. Untuk menjawab kajian ini saya hanya akan fokuskan
dua zaman sahaja. Iaitu, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik.
Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang
bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam.
Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Universiti Sains Malaysia
telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan
8
ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di
Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu
iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Penemuan artifak seperti tulang, batu
dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di
Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman
prasejarah.
Zaman Mesolitik
Zaman yang cara hidupnya yang semakin berkembang. Cuaca tidak
terlalu sejuk. Mereka juga memburu sahaja tetapi menangkap ikan
sebagai sumber makanan. manusia zaman ini masih tinggal di dalam gua
dan lubang bawah tanah serta tempat tinggal yang berlindung yang
diperbuat daripada ranting kayu .tumpuan petempatan mereka di pinggir
sungai untuk memudahkan bekalan air dan makanan. Peralatan zaman
ini masih diperbuat daripada kayu , batu dan tulang haiwan .
Pembuatannya juga lebih halus dan kemas. Terdapat juga alatan yang
lebih kecil dikenali sebagai mikrolit dan mereka juga mengguna panah
untuk menangkap ikan dan memburu haiwan .
Manusia zaman ini masih hidup dalam kelompok kecil dan dan
juga hidup secara nomad . mereka juga mempunyai organisasi yang
tersusun. Manusia zaman ini masih mengumpul makanan dan mengumpul
kerang san siput yang ditemui di pinggir sungai dan laut . Manusia zaman
ini masih lagi mengutip hasil hutan , memburu binatang dan juga
menangkap ikan . perkongsian makanan masih berlaku . Manusia zaman
ini masih mengamalkan kepercayaan animism. Lukisan gua masih
merupakan antara ciri kesenian yang wujud pada zaman ini .
9
Zaman Neolitik
Zaman yang mula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta
corak kehidupan yang lebih baik. Manusia zamn ini tinggal secara
menetap di Kawasan petempatan terutamanya di Kawasan lembah
sungai dan di pesisiran pantai . Mereka membina rumah yang diperbuat
daripada kayu, tanah liat, dan batu . Peralatan zaman ini lebih halus dan
kemas .
Terdapat beberapa alatan termasuklah alat menggali dan roda .
Manusia zaman ini hidup menetap dan mewujud system sosial yang labih
baik . Terdapat ketua yang dipilih oleh kalangan mereka dan bermulanya
pembahagian dalam sosial , iaitu adanya kelas atasan atau pemimpin
dan kelas bawahan . Kemunculan organisasi ini membolehkan aturan
kehidupan yang lebih baik . Manusia pada zaman ini mampu menjalankan
aktiviti pertanian dan perternakan . Hal ini menyebab aktiviti
pengumpulan kurang . Manusia pada zaman ini tidak lagi menguna
sumber alam , sebaliknya mereka menghasilkan makanan sendiri melalui
kegiatan pertanin dan perternakan . Aktiviti perdangan dengan
menggunakan sintem barter dan pengkhukusan kerja telah bermula.
manusia zaman ini melakukan ritual bagi mewujudkan perdamaian
dengan kuasa alam dan amalan penyembahan mula dilaku.
Dalam zaman ini juga wujud kepercayaan kehidupan selepas
mati dan mayat akan diurus dengan teliti dan dikebumikan dengan
sempurna . Selain lukisan gua , kesenian manusia zaman ini turut dapat
dilihat melalui corak yang menghiasi permukaan tembikar . pola geometri
merupakan pola utama yang dikenali sebagai sibolisme .
10
2. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-dua
Zaman tersebut.
2.1 Zaman Mesolitik
Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu
dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka
tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah
tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan
oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh
badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan,
adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat
kediaman mereka.
Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama
seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini
dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan.
Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam.
Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-
buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka
mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara
memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila
mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.
Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat
daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan
yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan
peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup
menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga
11
dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah
dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring
dan perangkap untuk menangkap ikan.
2.2 Zaman Neolitik
Revolusi Neolitik adalah masalah 11.500 hingga 5000 yang lalu. Sebelum
itu mereka harus menghadapi banyak cabaran seperti . Mereka tidak
mempunyai tempat tinggal tetap dan tinggal bersama keluarga besar
mereka sebagai pengembara. Orang tidak akan dapat tinggal di
tempat lebih dari beberapa bulan walaupun mereka mahu tempat
perlindungan sementara. Mereka mesti mendapatkan makanan setiap
kali mereka mahu makan. Mereka juga tidak ada konsep penyimpanan
makanan.
Kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman Neolitik, mereka
amat mementingkan perkembangan aktiviti pertanian dan
penternakan binatang. Contohnya aktiviti pertanian bermula di Asia
Barat sekitar 7000SM di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico dan Hacilar. Antara
tanaman yang ditanam pada zaman ini seperti gandum, kacang dan
barli ditanam di Asia Barat, penanaman padi sawah dan menternak
binatang dijalankan di timur laut China dan sebagainya. Kegiatan
pertanian dijalankan secara sistematik dan lahir masyarakat yang
bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan. Masyarakat
Neolitik juga menternak binatang seperti kambing dan biri-biri.
Kehidupan sosial masyarakat zaman Neolitik, masyarakat Neolitik
tinggal menetap di kampung-kampung dan membina rumah
kediaman. Perkampungan Neolitik didirikan berhampiran sumber air
yang diperlukan untuk pertanian dan penternakan. Rumah mereka
didirikan daripada kayu, batu dan tanah liat. Petempatan Neolitik
terawal ditemui di Jarmo dan Catal Huyuk. Contoh petempatan kekal
12
dapat dilihat dalam tamadun Mesopotamia di sungai Tigris dan
Euphrates dan tamadun Mesir di sungai Nil.
Peralatan yang digunakan pada zaman Neolitik, perkembangan
aktiviti pertanian menyebabkan berlaku kemajuan dalam teknologi
peralatan. Misalnya peralatan tenggala dicipta sekitar 3000SM untuk
membajak tanah pertanian. Penciptaan roda pula pada zaman ini
menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan untuk mengangkut
hasil pertanian.
Pengkhususan pekerjaan masyarakat zaman Neolitik,
pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan menyebabkan berlaku
pengkhususan dalam pekerjaan. Perkembangan ini meyebabkan lahir
golongan petani, artisan dan tukang-tukang mahir. Keadaan ini
melahirkan masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang kompleks.
13
3. Mengikut imaginasi anda, lakarkan satu peralatan yang digunakan
pada masa hadapan mengikut kreativiti dan inovasi
Senapang
Hanya menembak orang jahat
Senapang ini dicipta dengan dilengkapai AI yang boleh mengecam
dan menembak orang jahat. Jika menembah orang baik mereka tidak
akan mati.
14
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mempelajari Zaman
Prasejarah menawarkan idea bagaimana kehidupan puluhan ribu
tahun yang lalu. Mempelajari topik ini memberikan pengetahuan yang
lebih besar mengenai spesies manusia dan evolusinya. Ini memberi
pencerahan kepada kita tentang bagaimana insiden kecil memiliki
pengaruh besar dalam membentuk gaya hidup manusia. Kita dapat
menggunakan pelajaran ini sebagai platform untuk membandingkan
gaya hidup kontemporari dengan zaman prasejarah dan bertanya-
tanya mengenai perubahannya.
Contohnya, ahli paleoanthropologi menerangkan bahawa alat
batu membantu mendapatkan akses kepada makanan bertenaga
tinggi yang mungkin telah mencetuskan pengembangan otak. Manusia
primitif pandai memburu. Mereka tanpa lelah mengikuti haiwan dan
membunuhnya ketika berhenti untuk menyejukkan badannya. Alat
batu memudahkan memotong daging, yang mana hal ini
mencetuskan pengembangan otak. Perubahan iklim mendorong
orang Zaman Batu untuk mencari tempat yang sempurna
Seni adalah bahasa simbolik. Manusia primitif mempunyai tiada
bahasa untuk menulis sejarah mereka. Mereka menggunakan seni
sebagai medium. Manusia Zaman Batu mengetahui untuk membuat
alat dan mendorong melebihi had mereka. Ketika pertanian bermula,
gaya hidup berubah secara mendadak. Tempat tinggal tetap,
penanaman tanaman makanan, penggunaan alat batu yang canggih
dan peliharaan binatang berlaku pada zaman tersebut.
15
Ketika zaman ais berakhir, pengembara berpindah ke tempat lain,
mereka menjumpai gandum liar dan barli banyak. Oleh kerana mereka
adalah nomad, mereka mempunyai bantuan untuk membawa bijirin
yang dituai kepada keluarga mereka. Beban memikul beban berat
menjadikan mereka menetap berhampiran ladang. Biji-bijirin yang
dituai dimasukkan ke tempat penyimpanan. Mereka membinanya
dengan batu dan dindingnya satu meter tinggi dari pangkalan
Tidak seperti Zaman Paleolitik, orang Zaman Batu Baru tinggal di
rumah bumbung jerami. Penghijrahan haiwan bermula pada zaman ini.
Kambing, lembu dan anjing hidup sejak itu Zaman Neolitik. Orang
Zaman Batu baru pula membuat alat mereka sendiri mengasah batu
dengan batu. Ia memberi impak mengenai gaya hidup orang. Ritual
bermula pada Zaman Neolitik. Mayat dikebumikan bersama dengan
perhiasan.
Manusia Neolitik telah menggambarkan persekitaran mereka
dalam seni. Seni gua menggambarkan persekitaran manusia Zaman
Batu. Seni adalah bahasa di mana manusia Zaman Batu menulis sejarah
mereka. Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar haruslah berasa syukur
dan bangga kerana semasa kita lahir kehidupan kita telah dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan. Kesemua keperluan kita telah pun
dilengkapi oleh ibu bapa kita. Jadi kita yang lahir pada zaman ke 21-an
ini haruslah senantiasa bersyukur kepada Tuhan kerana dapat dilahirkan
pada zaman ini. Pada masa yang sama juga kita mestilah berterimah
kasih kepada ibu baoa kita yang sentiasa menjaga dan memberikan
apa yang kita perlukan.
16
LAMPIRAN
Gambar daripada dapatan kajian
17
RUJUKAN
Internet
http://www.theborneopost.com/2015/09/03/14
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
https://www.my.wislah.com/zaman-prasejarah/
https://kamibantuye.wordpress.com/about/zaman-paleolitik/
https://sejkssrt4t3u6.wordpress.com/
Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Orang Sumber:
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5
18