101
Ahli Jawatan-Kuasa Program Syarahan Umum Sasterawan Negara yang melaksanakan tugas dan
tanggungjawab bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar
BENGKEL PERSEDIAAN UJIAN SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU BAGI WARGANEGARA
ASING (SKBMW)
Pusat Bahasa dan Pendidikan Islam (PBPI), FPBU telah bekerjasama dengan Bahagian Sumber
Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam menganjurkan Bengkel Persediaan Ujian Sijil Kecekapan
Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW). Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman dan kecekapan para peserta peserta terhadap penggunaan Bahasa
Melayu dan memberikan pendedahan terhadap format dan teknik menjawab yang sebenar sebelum
mereka menduduki ujian SKBMW. Bengkel ini telah disertai oleh 43 orang dalam kalangan staf
antarabangsa USIM dan peserta luar USIM. Bengkel SKBMW telah dijadualkan bermula pada 26
Jun 2021 sehingga 23 Oktober 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom.
Poster Bengkel Persediaan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi WarganegFaakraultAi Pseinnggaji(aSnKBBahMasWa U)tama
102
Para Peserta Bengkel SKBMW bergambar di platform Zoom
Laporan Tahunan 2021
103
KURSUS BAHASA ARAB IBADAH 2021
Pusat Bahasa dan Pendidikan Islam (PBPI), FPBU telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab Ibadah
tahun 2021 bermula dari 26 Jun 2021 sehingga 1 Ogos 2021. Seramai 13 orang peserta daripada
luar USIM dan orang awam telah menyertai kursus ini yang dijalankan secara dalam talian melalui
platform Zoom.
Poster Kursus Bahasa Arab Ibadah 2021
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
104
Para peserta yang menjalani kursus di platform Zoom
Laporan Tahunan 2021
105
KURSUS INTENSIF AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH (LAM)
Pusat Bahasa dan Pendidikan Islam (PBPI), FPBU dengan kerjasama Sekolah Agama Menengah
Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) telah mengadakan Kursus Intensif Al-Lughah Al-Arabiah
Al-Muasirah (LAM) anjuran Panitia Bahasa Arab SAMBBST. Kursus ini telah dijalankan pada 13
November 2021 sehingga 4 Disember 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom. Seramai
879 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5 telah menghadiri kursus ini secara
bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Poster Kursus Intensif Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah (LAM)
Para pelajar yang menjalani kursus di asrama melalui platform Zoom
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
106
Laporan Tahunan 2021
107
INTERNATIONAL LANGUAGE AND EDUCATION CONFERENCE (iLEC 2021)
Persidangan International Language and Education Conference (iLEC) merupakan persidangan
antarabangsa yang dirintis oleh FPBU (USIM) bermula pada tahun 2012. Persidangan iLEC 2021
telah dianjurkan dengan jayanya pada 2 hingga 3 November 2021 sepenuhnya secara dalam talian
melalui platform Zoom. Bertemakan “Language and Education: New Norms”, persidangan iLEC 2021
mengetengahkan topik-topik perbincangan berkaitan norma baharu pendidikan yang berlaku pada
era pandemik Covid-19 oleh para ahli akademik daripada pelbagai bidang. Persidangan tertumpu
kepada transformasi pendidikan di mana pembelajaran digital berkembang serta diintegrasi ke dalam
era teknologi yang sentiasa melalui dinamika perubahan zaman. Sub-tema persidangan meliputi
bidang Linguistik, Linguistik Gunaan, Metadologi Pendidikan Bahasa, Kesusasteraan, Terjemahan,
Inovasi dalam Pendidikan, serta Pembangunan Kurikulum Pendidikan dan Bahasa. Seramai 138
orang peserta dari dalam dan luar negara telah mendaftar persidangan ini.
Poster Persidangan iLEC 2021
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
108
Ucaptama 1 oleh Prof. Dr. Rahmah Binti Ucaptama 2 oleh Prof. Dr. Rozhan Bin
Ahmad @ Osman, Mohammed Idrus,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(UIAM)
Para Peserta Persidangan iLEC 2021 bergambar di platform Zoom
Laporan Tahunan 2021
109
Poster “Innovation Talk” yang dianjurkan oleh Jawatan-Kuasa Inovasi iLEC 2021
Ahli Jawatan-Kuasa Program Persidangan iLEC 2021 yang melaksanakan tugas dan
tanggungjawab bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
110
MAHRAJAN BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN HARI BAHASA ARAB SEDUNIA 2021
Program Mahrajan Bahasa Arab Sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2021 merupakan
anjuran Exco Pengantarabangsaan dan Perhubungan Korporat, Nadi Thaqafah, FPBU dengan
kerjasama Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Muhammadiyah
Yogyakarta, Indonesia. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar menerusi
platform dalam talian bermula pada 30 November sehingga 18 Disember 2021. Terdapat enam
pertandingan yang dianjurkan sepanjang sambutan ini dilaksanakan dan mendapat respon yang baik
daripada para peserta. Antaranya ialah Pertandingan Khat, Pertandingan Mencipta dan Menyanyi
Lagu Arab, Pertandingan Video Iklan Bahasa Arab, Pertandingan Mencipta Poster Sambutan Hari
Bahasa Arab Sedunia 2021, Pertandingan Video Masakan dan Pertandingan Bercerita Bahasa
Arab. Jumlah peserta secara keseluruhannya ialah seramai 429 orang yang terdiri daripada dalam
dan luar negara.
Laporan Tahunan 2021
111
Pelbagai Poster berkaitan pertandingan yang dianjurkan di dalam program Mahrajan Bahasa Arab
Sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2021
Ahli Jawatan-Kuasa Program Mahrajan Bahasa Arab Sempena Sambutan Hari Bahasa Arab
Sedunia 2021 yang melaksanakan tugas bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar
Secara umumnya, pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar kepada segala
perancangan program-program pemposisian FPBU yang tidak dapat dilaksanakan seperti kebiasaan
pada tahun 2021. Namun begitu, FPBU masih optimis dalam mengorak langkah untuk mencipta
nama di pelbagai peringkat pada masa akan datang.
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Sidang Redaksi
LAPORAN TAHUNAN 2021 FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
NUR ALIFAH MD ARNIDA ABU BAKAR KARTINI MOHAMAD MUHAMMAD ARIF ABDUL
YUNUS AMIN RAHMAN SITHIRAVEL
NADIYAH BHASAH NORMAZLA AHMAD NURUL HANNA ZARINA ASHIKIN
MAHIR KHAIRUL ANUWAR ZAKARIA
ISSN 2735-1041