The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jilum Ngu, 2024-01-16 09:34:48

PENGAMBILAN GLUKOSA DALAM SUKAN BERKUMPULAN

EBOOK PEMAKANAN SUKAN JILUM NGU 211021

PENGAMBILAN GLUKOSA DALAM SUKAN BERKUMPULAN SPE 3541 PEMAKANAN UNTUK PRESTASI SUKAN BY JILUM NGU MATRIX NO. : 211021


Bil. Perkara Muka surat 1. PENGENALAN 1 2. PENYATAAN MASALAH 2 3. OBJEKTIF 3 4. METODOLOGI 4-6 5. DAPATAN KAJIAN 7-9 6. PERBINCANGAN 10-12 7. CADANGAN 13-14 8. RUMUSAN 15-16 9. RUJUKAN 17-18 ISI KANDUNGAN


Glukosa adalah jenis gula sederhana atau monosakarida yang merupakan komponen dasar karbohidrat. Secara kimia, glukosa memiliki rumus molekul C6H12O6, yang menunjukkan bahawa molekulnya terdiri dari enam atom karbon, dua belas atom hidrogen, dan enam atom oksigen. Glukosa dikenal sebagai "gula darah" kerana peranannya yang sangat penting dalam memberikan tenaga bagi sel-sel tubuh, terutama dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat). Dalam konteks sukan, glukosa tetap menjadi sumber tenaga utama untuk tubuh. Glukosa yang dapat ditemukan dalam darah, merupakan bahan bakar yang sangat penting untuk menyokong keperluan tenaga selama latihan fizikal dilakukan. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang kepentingan pengambilan glukosa bagi atlet yang menceburi bidang sukan berkumpulan. PENGENALAN fakta glukosa Gula sangat diperlukan oleh otak. Ketiadaan gula boleh menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak cergas. Penggunaan ‘tanpa gula’ atau ‘tanpa gula tambahan’ menimbulkan persepsi yang salah terhadap pengguna.


PENYATAAN MASALAH Bagaimana pola makan atlet berkaitan dengan tingkat pengambilan glukosa sebelum, semasa dan selepas sesi latihan atau pertandingan sukan berkumpulan? Apakah faktor-faktor seperti jenis sukan, durasi pertandingan, dan intensiti latihan mempengaruhi keperluan glukosa dan pola makan atlet? 1. 2.


OBJEKTIF KAJIAN Mengenalpasti kesan pengambilan glukosa di dalam sukan berkumpulan. Menyelidiki persepsi atlet tentang mengenai pengambilan glukosa di dalam sukan berkumpulan. 1. 2.


METODOLOGI Sampel Kajian Kaedah persampelan yang digunakan di dalam kajian ini adalah merupakan seorang atlet daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menceburi bidang sukan berkumpulan iaitu sukan bola sepak. Melalui kaedah ini, respon daripada atlet akan diambil kira dari segi kesan juga persepi terhadap pengambilan glukosa di dalam sukan berkumpulan. Menurut Azizi et. al (2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Manakala, menurut Sekaran (2000) pula, persampelan adalah merujuk kepada proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifat-sifat sampel dapat memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan.


METODOLOGI Analisis Data Dalam kajian ini, analisis kualitatif telah digunakan. Semua data dan keputusan yang diperoleh daripada responden akan diambil kira berdasarkan jawapan dan penerangan responden terhadap soalan yang diusulkan. Data-data yang diperolehi dibandingkan dengan dapatan kajian yang dibaca melalui artikel kajian.


BIODATA SAMPEL KAJIAN NAMA: HELDREENAL ABONG WONG UMUR: 23 TARIKH LAHIR: 26/8/2001 ASAL: SARAWAK TEMPAT PENGAJIAN: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) SUKAN: BOLA SEPAK Pencapaian Dalam Sukan Berkumpulan: Menyertai Kejohanan Bola Sepak Bahagian Sarikei mewakili Sarikei di bawah Kejohanan Bola Sepak Negeri Sarawak.


Hasil daripada temu bual bersama dengan sampel kajian iaitu atlet yang menceburi bidang sukan berkumpulan ini ialah, beliau menyatakan bahawa pengambilan glukosa adalah penting bagi meningkatkan tenaga semasa latihan intensif atau pertandingan. Dapatan ini dapat menunjukkan keperluan untuk menyediakan sumber tenaga yang cepat diserap bagi atlet. Hal ini kerana beliau ada menekankan di mana glukosa memainkan peranan utama dalam tubuh semasa melakukan aktiviti sukan kerana glukosa adalah merupakan sumber tenaga utama untuk aktiviti sukan. Selain itu, apabila ditanya berkaitan dengan bagaimana pengambilan glukosa dapat mempengaruhi prestasi atlet semasa latihan intensif, beliau menyatakan bahawa glukosa merupakan sumber energi cepat yang dapat diserap dengan cepat oleh tubuh dan ia dapat menyediakan bekalan tenaga yang cepat dan dapat segera digunakan oleh otot. Oleh yang demikian, pengambilan glukosa yang mencukupi membantu mencegah keletihan otot dengan menyediakan bekalan tenaga yang berterusan kepada otot yang aktif. DAPATAN KAJIAN


Atlet ini juga telah menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor individu yang perlu dipertimbangkan apabila merancang pengambilan glukosa untuk setiap atlet. Antaranya adalah seperti berat badan dan komposisi tubuh seseorang dapat mempengaruhi keperluan kalori dan karbohidrat. Atlet dengan berat badan yang lebih tinggi mungkin memerlukan lebih banyak glukosa untuk menyediakan tenaga yang mencukupi. Selain itu, jenis sukan atau aktiviti latihan yang dijalankan oleh atlet memainkan peranan penting. Aktiviti berintensiti tinggi atau kekuatan memerlukan lebih banyak tenaga daripada aktiviti kardiovaskular ringan. Oleh itu, pengambilan glukosa perlu disesuaikan dengan keperluan spesifik setiap sukan. Ini telah menjawab bagi objektif yang kedua yang ingin dikaji oleh pengkaji. Di soalan yang terakhir, atlet ini telah menjawab soalan di mana beliau mengatakan pengambilan glukosa adalah penting bagi atlet yang menceburi bidang sukan berkumpulan.


Sukan berkumpulan sering melibatkan aktiviti yang bersifat anaerobik, seperti pusingan pantas, berpusing-pusing, atau aktiviti dengan pergerakan pantas yang melibatkan kekuatan dan daya tahan. Dalam konteks ini, glukosa berperanan sebagai sumber tenaga utama yang menyokong keperluan metabolik yang tinggi yang diperlukan untuk prestasi berkumpulan yang optimum. Antara kepentingannya adalah seperti glukosa merupakan sumber tenaga cepat yang boleh diambil oleh otot untuk menghasilkan tenaga segera.


Melalui kajian ini, hasil yang diperolehi telah menunjukkan bahawa glukosa ini memberikan impak dan fungsi yang berguna kepada atlet yang menceburi bidang sukan berkumpulan. Daripada hasil temu bual yang telah dilakukan, atlet yang tel;ah ditemu bual mengatakan glukosa memainkan peranan utama dalam tubuh semasa melakukan aktiviti sukan kerana glukosa adalah merupakan sumber tenaga utama untuk aktiviti sukan. Semasa berlatih, otot-otot menggunakan glukosa sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk penguncupan otot. Oleh yang demikian, glukosa ini mempunyai fungsi yang sangat berguna dalam membekalkan tenaga kepada otot beliau semasa atlet tersebut mengongsikan pengalamannya. Selain itu, atlet ini juga menyatakan bahawa glukosa merupakan sumber tenaga cepat yang dapat diserap dengan cepat oleh tubuh. Semasa latihan intensif, otot memerlukan tenaga dengan segera untuk menjalankan kontraksi otot secara efisien. Glukosa menyediakan bekalan tenaga yang cepat dan dapat segera digunakan oleh otot. PERBINCANGAN


Kekurangan glukosa atau glikogen dapat menyebabkan keletihan otot, yang dapat mengurangkan prestasi atlet. Pengambilan glukosa yang mencukupi membantu mencegah keletihan otot dengan menyediakan bekalan energi yang berterusan kepada otot yang aktif. Oleh itu, glukosa ini sangat sesuai digunakan bagi atlet yang menceburi bidang sukan berkumpulan kerana mereka akan bermain dengan masa permainan yang agak panjang dan glukosa ini perlulah diambil agar mampu membekalkan tenaga kepada tubuh badan mereka. Melalui sesi temu bual bersama sampel kajian, beliau telah menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor individu yang perlu dipertimbangkan apabila merancang pengambilan glukosa untuk setiap atlet. Antaranya adalah seperti berat badan dan komposisi tubuh seseorang dapat mempengaruhi keperluan kalori dan karbohidrat. Atlet dengan berat badan yang lebih tinggi mungkin memerlukan lebih banyak glukosa untuk menyediakan tenaga yang mencukupi.


Selain itu, jenis sukan atau aktiviti latihan yang dijalankan oleh atlet memainkan peranan penting. Aktiviti berintensiti tinggi atau kekuatan memerlukan lebih banyak tenaga daripada aktiviti kardiovaskular ringan. Oleh itu, pengambilan glukosa perlu disesuaikan dengan keperluan spesifik setiap sukan. Beliau telah mneyatakan dengan spesifik bahawa glukosa ini perlu diambil berdasarkan keperluan dan perlu dirancang sebaik mungkin agar tidak mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Glukosa ini juga akan mendatangkan kesan yang tidak baik jika diambil secara tidak teratur. Kesimpulannya, glukosa ini mempunyai manfaat dan kesan yang berguna terhadap atlet di dalam sukan berkumpulan ini. Pengambilan glukosa ini mampu membantu atlet untuk mencapai pada tahap prestasi yang baik agar dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan baik. Oleh yang demikian, glukosa ini boleh menjadi salah satu faktor yang mampu meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik.


Bagi merancang kajian masa depan mengenai pengambilan glukosa di kalangan atlet sukan berkumpulan, banyak aspek haruslah dipertimbangkan agar kajian yang dilakukan adalah sahih dan tepat. Antara aspek yang perlu diambil kira adalah seperti pengaruh pengambilan glukosa terhadap prestasi kumpulan. Pengkaji pada masa akan datang boleh mengkaji lebih mendalam tentang bagaimana pengambilan glukosa mempengaruhi prestasi sukan berkumpulan. Kajian ini haruslah diberikan lebih penumpuan terhadap elemen-elemen seperti kerjasama, taktikal, dan strategi yang dapat diperoleh melalui peningkatan tenaga yang disediakan oleh glukosa. Selain itu, aspek penting yang hendaklah diambil kira adalah dari segi kesan jangka panjang. Penyelidik boleh selidiki kesan pengambilan glukosa dalam jangka panjang terhadap prestasi atlet sukan berkumpulan sama ada terdapat perubahan dalam kecekapan tenaga, daya tahan, atau perkembangan prestasi jangka panjang bagi atlet tersebut. Seterusnya, pengkaji juga boleh mengkaji tentang pengaruh faktor pemulihan ke atas atlet tersebut melalui rutin pengambilan glukosa mereka. Pengkaji harus selidiki bagaimana pengambilan glukosa mempengaruhi pemulihan pasukan selepas perlawanan atau sesi latihan yang intensif sama ada glukosa membantu mengurangkan keletihan pasukan dan meningkatkan keupayaan pemulihan ataupun sebaliknya. CADANGAN


Aspek yang turut menjadi aspek terpenting di dalam konteks ini adalah dari segi pemahaman faktor individu. Pengkaji boleh mempertimbangkan faktor-faktor individu yang boleh mempengaruhi respons terhadap pengambilan glukosa, seperti jenis badan, genetik, dan tahap kecergasan semula jadi. Aspek-aspek yang dititikberatkan ini penting bagi memperoleh data secara holistik dan mempertimbangkan konteks sukan berkumpulan ketika merancang dan melaksanakan kajian masa depan dalam aspek pengambilan glukosa di kalangan atlet.


Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menyelidiki kesan pengambilan glukosa terhadap prestasi dan pemulihan atlet dalam konteks sukan berkumpulan. Glukosa memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kepada otot dan sistem saraf, dan keupayaan untuk mengelola pengambilan glukosa dengan bijak dapat membawa kepada peningkatan prestasi dan pemulihan yang lebih baik dalam kalangan atlet berkumpulan. Kajian ini akan mengeksplorasi strategi pengambilan glukosa sepanjang aktiviti latihan dan pertandingan serta kesan terhadap parameter prestasi dan pemulihan. Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa glukosa dapat memberikan banyak manfaat yang positif terhadap prestasi atlet yang telah dikaji. Pengambilan glukosa ini terbukti dapat membekalkan tenaga yang mencukupi bagi atlet untuk mencapai prestasi yang baik. RUMUSAN


Oleh yang demikian, glukosa merupakan salah satu sumber pembekal utama tenaga kepada sistem otot dan saraf di dalam tubuh badan manusia. Diharapkan agar hasil kajian ini dapat menyediakan pandangan holistik terhadap pengambilan glukosa dalam sukan berkumpulan, menyumbang kepada pembangunan amalan pemakanan yang lebih baik dan strategi pengurusan tenaga untuk meningkatkan prestasi dan pemulihan atlet.


RUJUKAN Hengist, A., Watkins, J. D., Smith, H. A., Edinburgh, R. M., Betts, J. A., Roe, G. A., & Gonzalez, J. (2021). The effects of glucose-fructose co-ingestion on repeated performance during a day of intensified rugby union training in professional academy players. Journal of Sports Sciences, 39(10), 1144-1152. Bowler, A. L. M., Whitfield, J., Marshall, L., Coffey, V. G., Burke, L. M., & Cox, G. R. (2022). The use of continuous glucose monitors in sport: Possible applications and considerations. International journal of sport nutrition and exercise metabolism, 33(2), 121-132. Mor, A., Kayacan, Y., Ipekoglu, G., & Arslanoglu, E. (2019). Effect of carbohydrate–electrolyte consumption on insulin, cortisol hormones and blood glucose after high-intensity exercise. Archives of physiology and biochemistry, 125(4), 344-350. Castillo, M., Lozano-Casanova, M., Sospedra, I., Norte, A., Gutiérrez-Hervás, A., & Martínez-Sanz, J. M. (2022). Energy and macronutrients intake in indoor sport team athletes: Systematic review. Nutrients, 14(22), 4755.


Clavel, P., Tiollier, E., Leduc, C., Fabre, M., Lacome, M., & Buchheit, M. (2022). Concurrent validity of a continuous glucose-monitoring system at rest and during and following a high-intensity interval training session. International journal of sports physiology and performance, 17(4), 627- 633. Video Interview: https://drive.google.com/file/d/1E1yneGiDNYYkdhM8ohssc v6ukvjHkl6A/view?usp=sharing


Click to View FlipBook Version