MESYUARAT AGUNG 1
TAHUNAN PIBG
KALI KE 44 (2020)
& KE 45 (2021)
9 OKTOBER 2021 (SABTU)
9.30 PAGI
GOOGLE MEET DI LOKASI MASING-MASING
Dirasmikan oleh
ENCIK MOHD SHAHRIL BIN IBENIL HARJAD
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,
Sektor Pembangunan Murid, JPN Kedah
Mesyuarat Agung PIBG ke 44 & 45
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
2
BIL KANDUNGAN 3
1. ISI KANDUNGAN 4
2. ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5
3. ALUAN GURU BESAR 7
4. NOTIS MESYUARAT AGUNG 8
5. ATURCARA MAJLIS 9
6. AGENDA MESYUARAT 10
7. JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021 12
8. AJK MESYUARAT AGUNG KALI KE 44/2020 & KE 45/2021 19
9. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43 24
30
10. LAPORAN AKTIVITI PIBG 31
11. LAPORAN KEWANGAN
12. LANTIKAN BAHARU AJK PIBG SESI 2021/2023
13. PERBAHASAN USUL
2
Sekalung Bicara
Seulas Rasa
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita semua diberi kesihatan dan dipanjangkan usia untuk
bertemudalam Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Abdul Halim kali ke 44 & 45. Akhirnya berjaya
juga kita mengadakan mesyuarat secara atas talian setelah beberapa kali tertunda kerana terpaksa
akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir
memandangkan ini adalah kali pertama kita bermesyuarat dengan saya selaku YDP. Saya amat
mengharapkan sokongan sepenuhnya dari semua ahli PIBG, barisan pentadbiran dan guru SKTAH .
Saya dan barisan jawatankuasa PIBG akan berusaha untuk mendapatkan sumber yang diperlukan
dalam melakukan penambahbaikan untuk SKTAH dalam meningkatkan kemenjadian murid dan
kemajuan sekolah ke tahap yang terbaik .
Selain itu, saya berharap kita sebagai ibu bapa memainkan peranan mengukuhkan
keperibadian anak-anak di samping pengukuhan bidang agama sewaktu di rumah lagi agar mereka
bersedia memasukki alam persekolahan. Tugas mendidik serta mengasuh anak-anak akan diteruskan
oleh guru apabila mereka telah memasuki alam persekolahan. Usaha kita ini akan membantu murid-
murid lebih berdisiplin dan rajin berusaha untuk meraih kejayaan. Anak adalah anugerah Tuhan yang
sangat berharga , marilah kita sama-sama menjaga amanat Allah ini.
Akhir kata, selamat bermesyuarat, semoga segala yang dirancang berjalan lancar dan pada
masa yang sama dapat merapatkan silaturrahim di antara guru dan waris.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikom warahmatulli wabarakatuh.
KHAIRUL HISYAM BIN HUSNI
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim.
3
Sekapur Sireh Pembuka Bicara
Salam sejahtera , Salam Kedah Aman Makmur
Alhamdullilah , saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Abdul Halim kali ke 44 & 45. Selaku guru besar baru di
sekolah ini, saya berharap pertemuan secara norma baharu ini dapat mendekatkan saya dengan para
waris.
Komitmen yang ditunjukkan oleh ibubapa pasti dapat merealisasikan kecemerlangan sekolah ini
dalam pelbagai bidang. Sebagai guru besar saya akan cuba yang terbaik untuk sekolah ini bagi
mencapai kecemerlangan. Selain kemantapan kepimpinan dan meningkatkan potensi guru dan
murid , penglibatan ibu bapa , komuniti dan orang berkepentingan juga penting dalam mencapai
matlamat Program Transformasi Sekolah.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YDP kita yang dapat menerajui PIBG
walaupun dalam keadaan pandemik ini. Begitu juga barisan jawatankuasa PIBG yang dapat
membantu pihak sekolah dengan buah fikiran , tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan pelbagai
aktiviti dan program sekolah demi kepentingananak-anak didik sekolah ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang turut menyokong
usaha pihak sekolah terutamanya dalam melaksanakan PdPR. Tidak dinafikan, dengan keadaan
pandemik yang melanda negara sekarang , semua pihak menghadapi kekangan dari segi kewangan
dalam menjayakan sebarang aktiviti. Dengan kerjasama PIBG, kita akan usahakan agar segala aktiviti
yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
Tugas pihak sekolah adalah untuk menghasilkan kecemerlangan pelajar dan kecemerlangan
inipastinya memerlukan sokongan dan bimbingan dari ibu bapa kerana anak-anak menghabiskan lebih
banyak masa di rumah . Semoga kerjasama baik di antara waris dan guru akan dapat dilihat kesannya
pada anak-anak. Kerjasama yang pihak PIBG dan waris berikan sangat dihargai dan disanjung tinggi.
Semoga anak-anak kita akan cemerlang dunia dan akhirat.
Sekian, selamat bermesyuarat dan terima kasih.
‘ Transform and Perform ‘
HAJI AHMAD BIN ABDULLAH
Guru Besar
SK Tunku Abdul Halim
4
Rujukan : SKTAH 60/002/2 ( )
Tarikh : 13 September 2021
Ibu Bapa/Penjaga dan Waris
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim.
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUNKU ABDUL HALIM KALI KE 44/2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SKTAH kali ke 44 akan diadakan seperti
ketetapan berikut :
Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing melalui pautan Google Meet
2. Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Yang Dipertua PIBG dan seluruh ahli jawatankuasa
PIBG SK Tunku Abdul Halim dengan segala hormatnya menjemput para waris untuk menghadiri
mesyuarat tersebut.
3. Pautan Google Meet akan diberikan sejam sebelum mesyuarat dimulakan melalui
kumpulan Whatsapp kelas anak masing-masing.
Sekian , terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
( SITI RAZANA BINTI JAFFAR )
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK TUNKU ABDUL HALIM, ALOR SETAR.
5
Rujukan : SKTAH 60/002/2 ( )
Tarikh : 13 September 2021
Ibu Bapa/Penjaga dan Waris
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim.
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUNKU ABDUL HALIM KALI KE 45/2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SKTAH kali ke 45 akan diadakan seperti
ketetapan berikut :
Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing melalui pautan Google Meet
2. Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Yang Dipertua PIBG dan seluruh ahli jawatankuasa
PIBG SK Tunku Abdul Halim dengan segala hormatnya menjemput para waris untuk menghadiri
mesyuarat tersebut.
3. Pautan Google Meet mesyuarat adalah seperti berikut :
http://meet.google.com/hrr-svww-rsn
4. Mohon kerjasama para waris untuk mengisi Borang Maklum Balas Kehadiran dan Usul
pada atau sebelum 20 September 2021 melalui pautan berikut :
https://forms.gle/Xu6YQks131dRUzk26
Sekian , terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
( SITI RAZANA BINTI JAFFAR )
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK TUNKU ABDUL HALIM, ALOR SETAR.
6
Aturcara Majlis
8.30 pagi Pautan Google Meet diberikan dalam Whatsapp group kelas
9.00 pagi anak masing-masing
Pendaftaran kehadiran waris di Google Meet
9.30 pagi Pendaftaran cabutan bertuah dengan mengisi Google Form di
ruangan chat
Para waris mengambil tempat di lokasi masing-masing
Ketibaan tetamu jemputan
Majlis dimulakan
- Negaraku
- Bacaan Doa :
Ustaz Muhammad Khobiz Bin Abdullah
- Ucapan Guru Besar (Penasihat PIBG):
Tuan Hj Ahmad Bin Abdullah
- Ucapan Yang Dipertua PIBG:
Encik Khairul Hisyam Bin Husni
- Ucapan Perasmian :
Encik Mohd Shahril Bin Ibenil Harjad
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
- Penyampaian Sijil & Cenderahati AJK PIBG Sesi
2019/2021
- Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 44 dan 45
dimulakan
- Cabutan Bertuah
- Majlis Bersurai
7
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Aluan Pengerusi (YDP PIBG)
2. Menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung PIBG
SKTAH Kali Ke-43
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2019/2020
5. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/2021
6. Menerima dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG 2020
7. Menerima dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG 2021
8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021
9. Perlantikan Pengerusi Sementara
10. Pemilihan Jawatankuasa PIBG dan Juruaudit Dalaman Sesi
2021/2023
a) Yang Dipertua
b) Naib Yang Dipertua
c) 5 orang Ahli Jawatankuasa Waris
d) 1 orang Juruaudit Dalam
11. Membahas dan menerima usul
12. Hal - hal lain
13. Ucapan Penangguhan
8
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL HALIM
SESI 2019 - 2021
PENASIHAT
TUAN HAJI AHMAD BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA
ENCIK KHAIRUL HISYAM BIN HUSNI
NAIB YANG DIPERTUA
EN AZIZEE BIN AYOB
SETIAUSAHA
PUAN SITI RAZANA BINTI JAFFAR
BENDAHARI
PUAN LEE SUET FANG
PENOLONG BENDAHARI
PUAN ROSHIDAH BINTI MUSTAFA
AHLI JAWATANKUASA WARIS
PN. NORIZA BINTI BAKAR
PN. NOORHAYATI BINTI ABD SALAM
ENCIK AZHAR BIN MD ALI
ENCIK ASROL FAAWAZS BIN MOHD
AHLI JAWATANKUASA GURU
ENCIK MOHAMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA
ENCIK MOHAMMAD KHOBIZ BIN ABDULLAH
PUAN SHAHRIAH BINTI MOHD SHAH
JURUAUDIT DALAM
PN. SITI NURGAYA BINTI HASAN
PN. HAJAH FATIMAH RASHIDA BINTI HJ HARON
9
Jawatankuasa Induk
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL HALIM
KALI KE- 44 & 45 TAHUN 2021
PENGERUSI /PENASIHAT
Tuan Haji Ahmad Bin Abdullah
(Guru Besar)
YANG DI PERTUA PIBG
Encik Khairul Hisyam Bin Husni
TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Asiah Binti Ahmad
( Penolong Kanan HEM )
NAIB PENGERUSI I
En. Aisomuddin Bin Ahmad
(Penolong Kanan Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II
En. Mohd Jazley Bin Othman
(Penolong Kanan Kokurikulum)
SETIAUSAHA
Puan Siti Razana Binti Jaffar
BENDAHARI
Puan Lee Suet Fang
PENOLONG BENDAHARI
Puan Roshidah Binti Mustafa
10
Jawatankuasa Pelaksana
URUSETIA PENCATAT
Pn. Asiah Binti Ahmad Pn. Faridah Binti Hashim
En. Mohd Jazley Bin Othman Pn. Nurul Shahida Binti Umat
En. Azizee Bin Ayob Pn. Azimon Binti Mat Zain
Pn. Siti Razana binti Jaffar
Pn. Lee Suet Fang PENGUNDIAN AHLI JAWATANKUASA
PIBG SECARA DALAM TALIAN
MODERATOR /MULTIMEDIA
Pn. Shahriah binti Mohd Shah Pn. Che Gayah Binti Ahmad
Pn Norfizah binti Jusoh
BACAAN DOA Pn. Noriza Binti Bakar
En. Mohammad Khobiz bin Abdullah Pn. Siti Nurgaya Binti Hasan
En. Asrol Faawazs Bin Mohd
PENDAFTARAN En. Azhar Bin Mat Ali
Tahun 4, 5 & 6 - En. Mansor Bin Bakar
Tahun 1, 2 & 3 - Pn. Norhafizah Abd Hamid CENDERAHATI / HADIAH
CABUTAN BERTUAH
TEKNIKAL/PERALATAN/RAKAMAN Pn. Fatimah Rashida Binti Hj. Haron
En. Mohd Naim Bin Ibnu Hajar Pn. Roshidah Binti Mustafa
En. Ikmal Hakim Bin Ismail Pn. Eshah Shaari
Pn. Zuraidah Binti Bakar
FOTOGRAFI/DOKUMENTASI Pn. Noorhayati Binti Abd Salam
En. Mohd Firdaus bin Zakaria
BUKU MESYUARAT AGUNG
Pn. Siti Razana Binti Jaffar
Pn. Lee Suet Fang
11
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL HALIM KALI KE 43
TARIKH : 17 MAC 2019
HARI : AHAD
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : ANJUNG KENANGA, SK TUNKU ABDUL HALIM
PERASMI : YANG BERHORMAT DATO' MAHFUZ BIN HAJI OMAR
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
KEHADIRAN :
93/ 127 WARIS –( 73.22 % )
19/19 GURU – (100%)
UCAPAN DAN LAPORAN GURU BESAR - EN.MAHMUZIR BIN OSMAN
1. Ucapan terima kasih atas kesudian hadir YB Dato’ Mahfuz B. Hj Omar , Timbalan Menteri Sumber
Manusia.
2. Terima kasih kepada YDP PIBG , AJK dan waris SK Tunku Abdul Halim dalam menjayakan
majlis kali ini.
3. Tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk turut hadir pada hari ini.
4. Sokongan seperti ini amat penting untuk melonjakkan kejayaan dan kemenjadian murid-murid.
5. Jumlah murid bagi tahun 2019 ialah seramai 175 orang meliputi Tahun 1 hingga 6 dan pra sekolah
seramai 18 orang.
6. Dari segi perjawatan SKTAH mempunyai 19 orang guru, 4 orang staf bukan guru, 4 orang
pengawal keselamatan dan 3 orang pekerja am.
7. SKTAH merupakan salah sebuah sekolah dari 5 buah sekolah dalam daerah Kota Setar yang
terpilih untuk Program Transformasi SekolahKohort 3. Program ini bermula dari tahun 2018 dan
akan tamat pada tahun 2020. Untuk tujuan ini , pihak pentadbir telah dan akan menghadiri kursus
melibatkan 7 modul sepanjang tempoh tersebut.
8. Pihak Kementerian Pendidikan akan dapat melihat hasilnya pada tahun 2021. Sekolah
Transformasi akan mengalami perubahan dari segiPdPc , kemenjadian murid dan MTM(
menguasai tahap minima) 100% dalam bidang akademik menjelang akhir 2020.
9. Perubahan cara pengajaran di dalam kelas memerlukan peruntukan yang besar.
Pelaksanaan PAK 21 merupakan pembelajaran berpusatkan murid. Setiap murid akan
dibekalkan mini whiteboard dan marker pen sebagai asas dalam kelengkapan kelas PAK
21.
10. Program HIP merupakan program untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan murid-murid degan menggalakkanmereka berkomunikasi dengan guru , staf dan
juga ibubapa. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perhimpunan mingguan
dikendalikan dalam Bahasa Inggeris oleh pengawas-pengawas yang bertugas. Ini selaras
dengan pemilihan Bahasa Inggeris sebagaikebitaraan sekolah ini.
11. Penglibatan pelbagai pihak seperti lawatan sekolah dari Thailand dan UUM International School
pada tahun 2018.
12
12. SKTAH beruntung kerana mempunyai PIBG yang banyak memberi sumbangan dan bantuan untuk
menjayakan setiap aktiviti sekolah ini.
13. Pada 13 Jun 2019 , akan dilaksanakan One Day International English Camp. Aktiviti
ini akan disertai pelajar-pelajar dari UUMInternational School, Sekolah Tedsaban 1,
Khlong Hae, Hatyai dan sebanyak 10 sekolah sekitar Alor Setar.
14. Permuafakatan antara ibubapa dan guru amat penting dalam membantu meningkatkan
pencapaian sekolah dan pembangunan sahsiahmurid.
15. Peruntukan dari KPM yang diterima oleh pihak sekolah bagi tahun 2019 berjumlahRM19,000.
Jumlah ini merangkumi perbelanjaan penyelenggaraan, kurikulum dan kokurikulum. Jumlah ini
memang tidak mencukupi tetapi alhamdullilah PIBG banyak membantu menjayakan program-
program sekolah seperti gotong-royong membersihkan dan mengecat kawasan sekolah yang
telah dijalankan pada 9Mac yang lalu.
16. Akhir sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Asiah ,
Perunding Pemasaran , Qurba Food Sdn Bhd.Yang telah sudi menaja mee kari untuk majlis
pada hari ini.
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG - TN HJ ISMAIL BIN MUSTAFA
17. Terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ dan para hadirin yang dapat hadir pada hari ini.
18. Keputusan SPM 2018 yang baru diumumkan beberapa hari yang lalu menunjukkan seramai
8453 calon telah mendapat keputusan semuaA dalam semua matapelajaran yang diambil.
Keputusan ini merupakan keputusan yang sangat baik
19. Selain pencapaian akademik yang baik, akhlak juga harus selari agar dapat melahirkan generasi
yang baik dari segi sahsiah dan akademik.
20. Waris perlu mengenal pasti sifat anak masing-masing dan berusaha untuk memberi dorongan dan
semangat kepada anak-anak untuk terus maju dalam kedua-dua aspek ini.
21. Anak-anak kita terbahagi kepada 3 golongan manusia :
i - The climbers ( bersifat sentiasa ingin maju,bersemangat ,tidak mudah kecewa )
ii -The campers ( bersikap tidak apa dan membiarkan orang lain mendahului)
iii -The quitters (tiada keyakinan,menyerah kalah sebelum bertanding,jadi masalah kepada yang
lain)
22. YDP merasa terharu dengan sokongan yang cukup baik dari pihak ibubapa dan waris kepada
AJK PIBG dan berharap sokongan yangpadu juga akan diberikan kepada barisan AJK yang
akan dilantik sebentar lagi.
UCAPAN PERASMIAN – YANG BERHORMAT DATO' MAHFUZ BIN HAJI OMAR
23. Terima kasih kepada barisan PIBG yang sudi menjemput beliau merasmikan majlis pada hari ini.
24. Yang Berhormat berasa gembira dengan kehadiran para waris pada hari ini dan berharap lebih
ramai waris lelaki dapat hadir pada mesyuarat akan datang.
25. Beliau menyarankan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan bukan hanya penerima hadiah dan
waris mereka yang dijemput hadir tetapi juga semua murid dan waris sekolah ini. Situasi seperti
ini dilihat dapat menyuntik semangat di kalangan murid-murid lain untuk lebih berusaha dan
berjaya di masa akan datang.
26. Peluang belajar dan berkerjaya sekarang terbuka luas termasuk kepada golongan kurang upaya.
13
Kelemahan dan ketidakupayaan seseorang bukan lagi penghalang untuk mencapai sesuatu
kejayaan.
27. Pendidikan perlu seiring dengan keperluan zaman. Selain akademik, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran teknikal. Anak-anak zaman sekarang perlu lebih kreatif dalam
mencipta kerjaya sendiri. Ilmu akan mengajar anak-anak berdikari dan tidak hanya bergantung
kepada kerajaan semata-mata untuk mendapat sesuatu pekerjaan.
28. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak kepimpinan dan warga sekolah kerana berjaya
menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah.
29. Yang Berhormat mengumumkan sumbangan sebanyak RM 3000 untuk dana sekolah dan seterus
merasmikan Mesyuarat Agung SKTAH kali ke 43.
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
AGENDA 1
ALUAN PENGERUSI
1. YDP mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua waris yang sudi meluangkan masa
untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini.
2. Terima kasih juga kerana sudi membantu menjayakan perjalanan PIBG 2018/2019 yang lalu dan
berharap para waris dapat terus memberisokongan kepada PIBG walau siapa pun yang dilantik.
3. Beliau juga berharap lebih ramai waris bapa dapat hadir pada mesyuarat akan datang
memandangkan yang hadir pada kali ini sebahagianbesarnya adalah waris ibu.
AGENDA 2
MENERIMA DAN MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKTAH KALI KE 42
4. Setiausaha PIBG,Pn Siti Razana binti Jaffar membentangkan minit mesyuarat yang lalu
bertarikh 29 Mac 2018 untuk diluluskan.
Cadangan Pengesahan : Pn. Nur Syamimi Thieng Abdullah
Sokongan : Pn. Mustakimah Binti Mohd Nahar
AGENDA 3
PERKARA BERBANGKIT
5. Tiada
AGENDA 4
PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2018/2019
6. Rujuk Buku Mesyuarat muka surat 13.
AGENDA 5
MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
7. Puan Lee Suet Fang selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2018 untuk disahkan.
Cadangan pengesahan : Puan Nur Shahidah Abdullah
Sokongan : Puan Rosmina Shaari
14
AGENDA 6
PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2019
8. Pengerusi mengumumkan Jawatankuasa 2018/2019 dibubarkan.
AGENDA 7
PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT.
9. Cikgu Aisomuddin mencadangkan Guru Besar, Cikgu Mahmuzir Osman sebagai Pengerusi
sementara. Disokong oleh Encik Azhar MatAli.
AGENDA 8
PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG DAN JURUAUDIT DALAMAN SESI
2019/2020
1. En. Azizi mencadangkan Tuan Hj Ismail sebagai YDP. Disokong oleh semua waris.
2. Pn. Nur Shahidah mencadangkan En Azizi sebagai YDP. Disokong oleh Pn. Noriza
3. En Hafiz mencadangkan En Khairul Hisyam sebagai YDP. Disokong oleh En Firdaus.
4. Undian dibuat dan dimenangi oleh En Khairul Hisyam.
5. Tuan Hj Ismail mengumumkan penarikan diri dari calon AJK dan mencadangkan En. Azizi
dilantik sebagai NYDP berdasarkan undiantadi. Disokong oleh En Yahya.
6. Pn Rosmina mencadangkan Puan Didi dan En Azhar Mat Ali sebagai AJK. Disokong oleh Pn Nur
Syamimi
7. En Azhar mencadangkan En Asrol Fawwaz sebagai AJK. Disokong.
8. En Khairul Hisyam mencadangkan Pn. Noriza. Disokong.
9. Pn Noriza mencadangkan Puan Nur Syamimi. Disokong.
10. Pn Faridah mencadangkan Puan Nur Shahidah. Disokong.
11. Pn Mustakimah mencadangkan Puan Noorhayati . Disokong.
12. Undian dibuat dan keputusan memihak kepada Puan Didi, Puan Noorhayati, Puan Noriza, En
Azhar Mat Ali dan En Asrol Fawwaz.
13. Puan Razana mencadangkan Puan Siti Nur Gaya dikekalkan sebagai Juruaudit Dalam.Disokong
sebulat suara.
14. Manakala senarai jawatankuasa guru telah ditetapkan oleh Tuan Guru Besar. Penukaran
jawatankuasa guru ini diadakan secara dwi-tahunan selaras perlembagaan PIBG SK Tunku
Abdul Halim.
15. Sehubungan dengan itu, Setiausaha, Pn Siti Razana dan Bendahari, Puan Lee Suet Fang
dikekalkan. AJK guru yang baru , En. Muhammad Khobiz Abdullah , Puan Shahriah Mohd
Shah dan En Mohamad Firdaus. Manakala juruaudit dalaman ialah Pn Hjh FatimahRashida.
16. Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021:
Yang Dipertua : En Khairul Hisyam Bin Husni
Naib Yang Dipertua : En Azizee Bin Ayob
Setiausaha : Pn Siti Razana Binti Jaffar
Bendahari : Pn. Lee Suet Fang
AJK Waris : Puan Noriza Binti Bakar
Puan Norhayati Binti Abd Salam
15
AJK Guru : Puan Nor Qhadijah Binti Abdul Wahab
Juruaudit Dalam 1 : En Azhar Bin Mat Ali
Juruaudit Dalam 2 : En Asrol Fawwaz Bin Mohd
En Muhammad Khobiz Bin Abdullah
En MohamadFirdausBinZakaria
Puan Shahriah Binti Mohd Shah
Puan Siti Nur Gaya Binti Hasan
Puan Hjh Fatimah Rashida Hj Haron
17. Senarai jawatankuasa ini berkuatkuasa serta merta.
18. Syarat-syarat tandatangan dalam pengeluaran wang PIBG ialah 2 daripada 3 penandatangan.
Senarai penanda tangan sedia ada ialah Yang Dipertua PIBG , Hj Ismail B. Mustafa , Bendahari ,
Puan Lee Suet Fang dan Setiausaha , Puan Siti Razana Binti Jaffar.
19. Selaras dengan penukaran Yang Dipertua PIBG , tandatangan Tuan Hj Ismail Mustafa perlu
ditukarkan dengan En Khairul Hisyam dalam masa terdekat ini.
AGENDA 9
MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL YANG DITERIMA
20. Usul dari Jawatankuasa PIBG untuk dibahaskan iaitu :
a. Sumbangan Tabung PIBG dikekalkan sebanyak RM30.00 setiap waris bagi tahun 2019
Cadangan usul diterima : Pn. Jauhariah
Sokongan : En Azhar
Bangkangan : Tiada
b. Sumbangan untuk Program Peningkatan Akademik dikekalkan RM20.00 seorang murid
bagi tahun 2019 dengan pecahan seperti berikut :
i. RM 10.00 – Peningkatan Akademik
ii. RM 5.00 - Dana Pendidikan
iii. RM 5.00 - ICT
Cadangan usul diterima : Pn Faridah Hanim
Sokongan : En Mohd Firdaus
Bangkangan : Tiada
b. Puan Azilawati mencadangkan warna tali leher kuning ditukarkan kepada warna gelap
seperti hitam atau biru gelap supaya lebihmudah dijaga.
Jawapan : Guru Besar maklumkan kuning adalah warna identiti sekolah. En Yahya
berpendapat usul ini akan melibatkan kos yang tinggi dan membebankan waris. Beliau
cadangkan agar usul ini ditolak. Mesyuarat bersetuju.
21. YDP dan Guru Besar memberi respon kepada cadangan-cadangan yang diterima dari para waris.
a. Disiplin di kalangan murid-murid perlu diberi perhatian oleh guru-guru
Jawapan : Guru memaklumkan bahawa pihak sekolah amat prihatin tentang masalah ini.
Antara langkah yang telah diambil ialah mengadakan garisan kuning dan merah untuk
16
mendisiplinkan pergerakan untuk masuk dan keluar murid dari kelas masing-masing.
Peraturan ini telah dipraktikkan sejak awal Januari lalu dengan pengawasan Cikgu
Aisomuddin dan pengawal keselamatan. Tindakandisiplin dibuat secara berperingkat-
peringkat mengikut garis panduan KPM dan nasihat sentiasa diberi kepada murid-murid dari
semasa ke semasa. Kita berharap menjelang tahun 2021 akan ada pembaharuan dari segi
sahsiah dan akademik.
b. Buku teks yang rosak teruk digantikan dengan buku baru.
Jawapan : Pihak sekolah tiada lagi stok untuk buku teks tahun 4,5 dan 6 kerana tahun 1,2 dan
3 menggunakan buku teks sukatan baru.Mohon kerjasama waris untuk memastikan buku
teks masih dalam keadaan elok walaupun sudah lama digunakan.
c. Tingkatkan tahap kebersihan tandas murid
Jawapan : Perkara ini memang selalu diberi perhatian oleh pihak sekolah dan ada pekerja
yang membersihkannya. Namun ada muridyang tidak menjaga kebersihan dan merosakkan
paip air di dalam tandas. Mohon waris tunjukkan tatacara penggunaan tandas awamkepada
anak masing-masing
d. Sediakan makanan yang sihat di kantin sekolah.
Jawapan : Guru Besar maklumkan bahawa makanan di kantin adalah di bawah
pemantauan PK HEM dan pihak sekolah akan pastikan makanan berkhasiat
disediakan. Sosej dan nugget adalah makanan yang mengenyangkan berbanding
makanan ringan.
e. Cadangan pembinaan bonggol di hadapan sekolah
Jawapan : YDP berjanji akan usaha untuk dapatkan bonggol dan garisan kuning sebelum
mesyuarat agung yang akan datang.
f. Mewujudkan group Whatsapp kelas
Jawapan : Hadirin dimaklumkan setiap kelas telah ada group sendiri. Puan Faridah
Hashim minta para waris bagi nombor telefon terkini kepada guru kelas untuk
dimasukkan dalam group.
g. Sediakan almari untuk buku teks Tahun 6
Jawapan : Guru Besar maklumkan pihak sekolah tiada peruntukan untuk tujuan tersebut.
Bukan buku teks Tahun 6 sahaja yang berat,Tahun 1 – 5 pun sama.
h. Puan Hasmi minta diadakan latih tubi UPSR
Jawapan : Guru Besar maklumkan memang latih tubi UPSR telah dimulakan dan
berterima kasih kepada En Yahya yang telahmendapatkan sumbangan dana sebanyak
RM5000 untuk program peningkatan UPSR.
i. En Azhar maklumkan adalah kes buli berlaku di kalangan murid-murid di sekolah ini.
Jawapan : Cikgu Aisomuddin minta pelajar yang terlibat laporkan segera kepada guru dan
tindakan akan diambil. Pemantauan akandibuat pada waktu rehat oleh guru bertugas.
AGENDA 10
UCAPAN PENANGGUHAN
22. Guru Besar memaklumkan serba sedikit tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang
telah dilaksanakan sepenuhnya. Murid-muridTahun 1,2& 3 tidak akan menduduki sebarang
ujian atau peperiksaan.Mereka akan dinilai di dalam bilik darjah sepanjang tahun
berdasarkan Tahap Penguasaan.
23. Mereka juga tiada lagi kedudukan di dalam kelas tetapi akan dianugerahkan dengan Anugerah
17
emas , perak dan gangsa mengikut tahappenguasaan yang dicapai. Guru-guru setiap subjek
akan berbincang dan sepakat dalam menentukan tahap penguasaan keseluruhan seseorang
murid.
24. Waris akan dijemput untuk taklimat khas PBD dan dialog prestasi anak masing-masing. Bagi
murid yang tidak menguasai kemahiran akanditentukan kaedah khusus untuk membantu mereka
seperti Modul Pengesanan Tahap Penguasaan.
25. Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Ismail atas khidmat beliau
sebagai YDP PIBG disekolah ini sejak tahun2006. Jasa beliau tidak akan terbalas.
26. Terima kasih juga kepada En Yahya Abd Raof , Tuan Hj Megat Azhar Hussein dan Pn Nor
Faiza Kamalia yang turut menyumbangkanjasa bakti kepada sekolah ini sebagai AJK PIBG.
27. Murid-murid akan transform jika mempunyai sekolah dan pentadbir yang cekap , sokongan
PIBG yang padu dan sokongan waris yangtidak berbelah bahagi.
28. Tuan Haji Ismail memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang beliau
menerajui PIBG sekolah ini.
29. En Khairul Hisyam ingin berterima kasih kepada semua atas kepercayaan melantik beliau sebagai
YDP yang baru. Tidak lupa juga kepadaayahanda YDP, Tn Hj Megat, Pn Faiza dan En Yahya
yang menjadi inspirasi , memberi pengetahuan dan pengalaman dalam ilmu mengendalikan
PIBG. Mohon kita dapat mengekalkan silaturrahim sebagai tanda ukhwah sesama kita.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.20 petang
Dicatat oleh : Pn Hjh Roshidah Binti Mustafa Disahkan oleh :
Disediakan oleh : En Khairul Hisyam Bin Husni
Yang Dipertua PIBG
Pn Siti Razana Binti Jaffar SK Tunku Abdul Halim
Setiausaha PIBG
SK Tunku Abdul Halim
18
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG
2019/2020
Tarikh Mesyuarat AJK dan Kehadiran
Bil Nama AJK Jawatan Tarikh mesyuarat
1. En. Khairul Hisyam Bin Husni YDP 31/3/2019 6/11/2019 09/02/2020
2. En. Azizee Bin Ayob NYDP
3. Pn. Siti Razana Bt. Jaffar S/U √√√
4. Pn Lee Suet Fang √√√
5. Pn. Roshidah Bt. Mustafa BENDAHARI √√√
6. Pn. Noriza Bt. Bakar P. BENDAHARI √√√
7. Pn. Noorhayati Bt Abd Salam √√√
8. AJK WARIS O√O
9. Encik Azhar Bin Md Ali AJK WARIS √√√
10. AJK WARIS √√√
11. Encik Asrol Faawazs Bin Mohd AJK WARIS √√O
12. AJK WARIS O Bertukar
13. Pn.Nor Qhadijah Bt. Abd Wahab AJK GURU √√√
14. Encik Mohamad Firdaus Bin Zakaria AJK GURU √√O
15. Encik Mohammad Khobiz Bin Abdullah AJK GURU √√√
Puan Shahriah Binti Mohd Shah Juruaudit(W) √√√
16. Pn. Siti Nur Gaya Binti Hasan Juruaudit(G) √√O
17. Pn. Hjh Fatimah Rashida Hj Haron
18. GB √√√
19. Ex - Officio GPK 1 √√√
20. En. Mahmuzir Bin Osman GPK HEM √ Bertukar
21. En Aisomuddin Bin Ahmad - √√
Pn. Norseha Bt Mohamad Rejab GPK KO √ Bertukar
Pn. Asiah Binti Ahmad - √√
En Mohamad Rizuan Bin Ishak
En. Mohd Jazley Bin Othman
19
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG
2020/2021
Tarikh Mesyuarat AJK dan Kehadiran
Bil Nama AJK Jawatan 10/03/20 Tarikh mesyuarat 08/09/20
20 21/12/20 24/03/20 21
1. En. Khairul Hisyam Bin Husni YDP O √
2. En. Azizee Bin Ayob NYDP √ 20 21
3. Pn. Siti Razana Bt. Jaffar S/U √ √√ √
4. Pn Lee Suet Fang BENDAHARI √
5. Pn. Roshidah Bt. Mustafa P. BENDAHARI √ √O
6. Pn. Noriza Bt. Bakar AJK WARIS O
7. Pn. Noorhayati Bt Abd Salam AJK WARIS √ √√√
8. Encik Azhar Bin Md Ali AJK WARIS √
9. AJK WARIS O √√√
10. Encik Asrol Faawazs Bin Mohd AJK WARIS
11. AJK GURU √ O√ √
12. Pn.Nor Qhadijah Bt. Abd Wahab AJK GURU O
13. Encik Mohamad Firdaus Bin Zakaria AJK GURU √ OOO
14. Encik Mohammad Khobiz Bin Abdullah Juruaudit(W) √
15. Puan Shahriah Binti Mohd Shah Juruaudit(G) O O√√
Pn. Siti Nur Gaya Binti Hasan
16. Pn. Hjh Fatimah Rashida Hj Haron GB √ OOO
17. GB -
18. Ex - Officio GB - OO O
19. En. Mahmuzir Bin Osman GPK 1 √ Bertukar
20. En. Mohd Fauzi Bin Othman GPK HEM √
21. Tn Hj Ahmad Bin Abdullah GPK KO √ O√√
En Aisomuddin Bin Ahmad
Pn. Asiah Binti Ahmad OO√
En. Mohd Jazley Bin Othman
O√√
O√√
OO√
Bertukar
√ √ Bersara
- -√
O√ √
√√√
√√√
20
LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG SESI 2019/2020
AKTIVITI TARIKH
1. Mesyuarat AJK PIBG 31 Mac 2019, 6 Nov 2019, 09 Feb 2020
10 Mac 2020, 21 Dis 2020 ,
2. Karnival Usahawan Muda 6 April 2019
3. SKTAH International Fun Run
4. Majlis Sekalung Budi Semerbak Kasih 6 April 2019
5. Sambutan Hari Guru 11 April 2019
6. SKTAH One Day International English Camp 29 April 2019
7. Majlis Bacaan Yassin UPSR bersama waris Murid 18 Julai 2019
1 September 2019
Tahun 6 18 September 2019
8. Gotong Royong Mengacau Bubur Asyura 6 – 7 November 2019
9. Perkhemahan Unit Beruniform 14 November 2019
10. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 05 November 2019
11. Majlis Apresiasi Gemilang Tahun 6 17-19 October 2019
12. Lawatan Tahun 6 ke KL - Melaka 23 Disember 2019
13. Gotong-Royong Keceriaan Sekolah 31 Disember 2019
14. Pendaftaran Tahun 1 & Pra Disember 2019 – Januari 2020
15. Projek Menaiktaraf Kantin Januari 2020
16. Projek mengecat bangunan sekolah 6 Januari 2020
17. Perjumpaan waris Tahun 6 3 Februari 2020
18. Kejohanan Merentas Desa SKTAH 26 Februari 2020
19. Kejohanan Sukan Olahraga SKTAH 29 Februari 2020
20. Prokids Kedah Tour ( Murid Tahun 6 )
21. Majlis Raikan Kemilau Mutiara Unggul SKTAH 10 Mac 2020
21
22. Kem Bestari UPSR 12-14 Mac 2020
23. Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat (Pandu lalu) 19 Mei 2020
24. Sambutan Bulan Kemerdekaan/Hari Kebangsaan ke Ogos 2020
63
25. Majlis Bubur Asyura
10 September 2020
26. Projek Papan Tanda SKTAH Oktober 2020
27. Projek Naiktaraf Kelas PAK 21 November 2020
28. Projek Sudut Pidato & Naiktaraf Pusat Akses Disember 2020
22
LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG SESI 2021
AKTIVITI TARIKH
1. Mesyuarat AJK PIBG 24 Mac 2021 , 08 Sep 2021
2. Dana Keceriaan Kelas 14 Januari 2021
3. Anugerah UPSR 2019 14 Januari 2021
4. Majlis Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 8 Februari 2021
5. Taklimat PdPR kepada Waris ( Google Meet ) 19 Februari 2021
6. Pembukaan Sekolah Sesi 2021 8 Mac 2021
7. Majlis Semarak Kasih 7 Mac 2021
8. Projek Tanaman Nenas ( Sumbangan benih ) 31 Mac 2021
9. Bakul Kasih Infaq Ramadhan 7 April 2021
10. Sumbangan Ramadan Kareem 12 April 2021
11. Majlis Sumbangan Aidil Fitri 6 Mei 2021
12. Majlis Bacaan Yassin Warga SKTAH ( Google Meet ) 2 Jun 2021
13. Program Pengurusan Emosi- Peranan Ibu Bapa & Guru 10 Julai 2021
Dalam menghadapi Cabaran PdPR ( Youtube )
14. Program Bakul Aidil Adha
18 Julai 2021
15. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ( Youtube) 25 Ogos 2021
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ( Youtube) 27 September 2021
16. Merentas Desa Virtual Run 31 Ogos – 7 September
17. Perkhemahan Unit Beruniform Perdana Virtual 3 – 4 September 2021
23
PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA
BAGI 1 JAN 2019 BE
PENDAPATAN
TARIKH PERKARA JUMLAH
(RM)
01.01.19 Baki di tangan pada 31.12.2018
01.01.19 Baki di bank pada 31.12.2018 230.00
7200.40
21.11.19 Yuran PIBG Tahun 1(18Dis+77=95) 2310.00
27.06.19 Yuran Guru(15 orang) 450.00
140.00
11.03.19 Sumbangan Waris Agong PIBG (1I)
11.03.19 2000.00
12.03.19 Mesyuarat Agong PIBG(Ustaz Rizuan) 520.00
14.03.19 Sumbangan Waris Agong PIBG (6IRM 80, 260.00
17.03.19 5IRM90, 4IRM110,3IRM90, 2I RM150) 100.00
Sumbangan Waris Agong PIBG (6IRM 50,
20.03.19 5IRM50, 4IRM90,3IRM20, 2I RM50) 35.30
21.03.19 Sumbangan Waris Agong PIBG (6IRM
07.04.19 30,4IRM10, 3IRM20, 2I RM30, 1IRM10) 175.00
07.05.19 20.00
10.05.19 Lebihan hadiah dan cedera hati(RM850- 225.00
05.08.19 RM814.70=RM 35.30) 3000.00
21.10.19 3000.00
Lebihan jamuan(RM750-RM575=RM175) 3000.00
Lebihan Hadiah Bonanza Karnival
Usahawan (RM300-RM280=RM20)
Lebihan Hari Guru (RM1000-
RM775=RM225)
Sumbangan Timbalan Menteri Kewangan
J/K Projek Khas PPN
Sumbangan Dato' Mahfuz
A DAN GURU SEK.KEB. TUNKU ABDUL HALIM
ERAKHIR 31 DIS 2019
TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH
PERKARA (RM)
13.02.19 Sumbangan Hari Sukan 1000.00
27.02.19 Makanan dan minuman Mesyuarat AJK 76.00
06.03.19 PIBG
08.03.19 2000.00
12.03.19 Mesyuarat Agong PIBG (Ustaz Rizuan) 0.50
12.03.19 Yuran Proses Cek(RM0.50) 100.00
14.03.19 Buku Mesyuarat (Razana) 850.00
Cenderahati VIP 100, Cenderahati AJK PIBG 750.00
300, Hadiah Cabutan Bertuah 250, Hadiah
Misteri 200(Rashida)
Jamuan VIP/AJK/Guru/ Staf (RM400)
Jamuan ringan waris (RM350) Che Gayah
17.03.19 Tambahan Buku Mesyuarat (Razana) 132.50
17.03.19 242.20
Banner dan backdrop Mesyuarat Agong
PIBG (Ustaz Rizuan)
17.03.19 Siaraya 150.00
17.03.19 315.00
Pulangan sumbangan mesyuarat RM 5
1IRM30, 2I RM70, 3I RM30,
4IRM80,5IRM50,6IRM55
21.03.19 Yuran Proses Cek(RM0.50) 0.50
02.04.19 Yuran Proses Cek(RM0.50) 0.50
04.04.19 Hadiah Bonanza Karnival Usahawan Muda 300.00
09.04.19 Majlis Sekalung Budi Semerbak Kasih 200.00
21.04.19 (RM25X8=RM200) 1.00
29.04.19 Yuran Proses Cek (RM0.50)
Hari Guru 1000.00
24
Sumbangan Datuk Wan Ahmad Uzir B. 120000.00
13.11.19 Haji Wan Sulaiman
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
JUMLAH 142665.70
02.05.19 Yuran Proses Cek (RM0.50) 0.50
23.07.19 Program SKTAH One Day International English 1000.00
26.07.19 Camp 0.50
09.09.19 Yuran Proses Cek (RM0.50) 1.00
11.09.19 Yuran Proses Cek (RM0.50)
18.09.19 56.00
20.09.19 Buku resit (20XRM2.80) 500.00
26.09.19 Majlis Bubur Asyura
14.10.19 Yuran Proses Cek (RM0.50) 1.00
Yuran Proses Cek (RM0.50) 0.50
16.10.19 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2000.00
Lawatan Tahun 6 (Jafila Travel) 1000.00
19.10.19 Yuran Proses Cek (RM0.50) 2.50
05.11.19 105.00
06.11.19 Jamuan Graduasi Tahun 6 60.00
21.11.19 Jamuan Mesyuarat PIBG 1.50
15.12.19 Yuran Proses Cek (RM0.50) 34830.00
15.12.19 Naik taraf kantin siri 1 15645.00
15.12.19 Naik taraf kantin siri 2 10720.00
15.12.19 3600.00
20.1219 Naik taraf kantin siri 3 13900.00
20.1219 Naik taraf kantin siri 4 13025.00
20.1219 Naik taraf kantin siri 5 795.00
23.12.19 Naik taraf kantin siri 6 3.50
Naik taraf kantin siri 7
Yuran proses cek (RM0.50)
Jumlah Perbelanjaan 104365.20
Baki di tangan pada 31.12.2019 0.00
Baki di dalam bank pada 31.12.2019 38300.50
Baki keseluruhan pada 31.12.2019 38300.50
142665.70
25
26
PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA
BAGI 1 JAN 2020 BE
PENDAPATAN
TARIKH PERKARA JUMLAH
(RM)
01.01.20 Baki di tangan pada 01.01.2020
01.01.20 Baki di bank pada 01.01.2020 0.00
38300.50
12.03.20 Sumbangan waris mesyuarat Agong PIBG 160.00
07.06.20 2000.00
21.06.20 Bayar balik Mesyuarat Agong PIBG
15.07.20 Sumbangan waris mesyuarat Agong PIBG 10.00
Sumbangan waris mesyuarat Agong PIBG 30.00
16.08.20 Sumbangan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri 30000.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
A DAN GURU SEK.KEB. TUNKU ABDUL HALIM
ERAKHIR 31 DIS 2020
TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH
PERKARA (RM)
01.01.20 Naik taraf kantin siri 8 4730.00
01.01.20 Naik taraf kantin siri 9 6500.00
01.01.20 Naik taraf kantin siri 10 6450.00
01.01.20 Upah cat bangunan sekolah
08.01.20 Yuran proses cek (RM0.50) 500.00
22.01.20 Yuran proses cek (RM0.50) 3.00
10.02.20 Makanan & minuman mesyuarat AJK PIBG 0.50
17.02.2020 Sukan SKTAH 75.00
20.02.20
Yuran proses cek (RM0.50) 2200.00
20.02.20 Baju sukan 2 org pengadil Kejohanan Olahraga
10.03.20 SKTAH9RM35X2) 1.50
11.03.20 Kem UPSR (Penceramah dan bahan)
12.03.20 Mesyuarat Agong PIBG(Cikgu Jazlee) 70.00
18.03.20 Makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG
18.06.20 Yuran proses cek (RM0.50) 500.00
12.07.20 Yuran proses cek (RM0.50) 2000.00
15.07.20 Bahan berkaitan Covic (En Aisomuddin)
25.08.20 Yuran proses cek (RM0.50) 100.00
27.08.20 Hiasan Kelas Hari Kemerdekaan 1.50
07.09.20 Yuran proses cek (RM0.50) 0.50
01.10.20 Program Bubur Asyura
Yuran proses cek 1175.50
0.50
300.00
0.50
200.00
0.50
27
0.00 1
2
0.00
2
0.00 2
0.00 0
0.00 0
JUMLAH 0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
0.00
70500.50
19.10.20 Papan tanda dan upah cat (Naik taraf kantin) 2750.00
21.10.20 Cikgu Aisomuddin 0.50
Yuran proses cek
24.11.20 2000.00
26.11.20 Naik taraf kelas PAK 21 & Surau(Naik Taraf 0.50
Kantin) Noor Hayati Binti Abdul Salam
01.12.20 Yuran Proses Cek 5055.00
0.50
03.12.20 Sudut pidato/ Baik pulih Bilik Akses/ Bilik
darjah PAK 21(Naik Taraf Kantin) Cikgu
Aisomuddin
Yuran Proses Cek
Jumlah Perbelanjaan 34615.50
Baki di tangan pada 31.12.2020 0.00
Baki di dalam bank pada 31.12.2020 35885.00
Baki keseluruhan pada 31.12.2020 35885.00
70500.50
28
29
LANTIKAN BAHARU AJK PIBG
SESI 2021/2023
YANG DIPERTUA 1
NAIB YANG DIPERTUA 2
3
SETIAUSAHA 4
BENDAHARI 5
PENOLONG BENDAHARI 1
AJK WARIS 2
3
AJK GURU
JURUAUDIT DALAM 1
JURUAUDIT DALAM 2
30
USUL / CADANGAN YANG DITERIMA
USUL PEMBAWA
1 Sumbangan Tabung PIBG ditambahkan dari Jawatankuasa
RM30.00 kepada RM50.00 setiap waris bagi tahun 2021 PIBG
2 Sumbangan untuk Program Peningkatan Akademik Jawatankuasa
dikekalkanRM20.00 seorang murid bagi tahun 2021 PIBG
dengan pecahan seperti berikut :
i. RM 10.00 – Peningkatan Akademik
ii. RM 5.00 - Dana Pendidikan
iii. RM 5.00 – ICT
31
CADANGAN / KOMEN PEMBAWA
1. Baik pulih sistem air di bilik air. NOR SHAHIDAH BT ABDULLAH
Nurqistina Zahirah Bt Saifudin
(3I)
2. Murid perempuan jika ke bilik air,berteman atau berdua NOR SHAHIDAH BT ABDULLAH
demi keselamatan mereka. Nurqistina Balqis Bt Saifudin (5I)
3. Sekiranya sekolah dibuka saya merayu agar pihak berwajibMUHAMMAD NAQ SHABANDI BIN
membuat sop yg ketat terhadap ank dan staf serta guru ABU KASIM
demi menjaga keselamatan semua Muhammad Firash Mikail Bin
Muhammad Naq Shabandi (1I)
4. Sekiranya sesi pembelajaran dibuat secara bersemuka, ABDUL RAHMAN BIN MAT ZAIN
dicadangkan murid yg pakaian seragam tidak muat Putera Muhammad Razman Hafiz
bolehlah memakai seluar sukan dan baju T sekolah atau Bin Haslan (5I)
baju T berwarna putih Puteri Nur Amanina Balqis Binti
Haslan(4I)
5. Apabila sekolah dibuka semula..diharapkan ibu bapa dapat NURUL ERNA NADIA BINTI
mematuhi sop yang ditetapkan semasa menghantar dan AHMAD ISMAIL
mengambil anak-anak. Adam Haikal Bin Azhan Fairouze
(5I)
Dhia Hana Delisha Binti Azhan
Fairouze (3I)
Dhia Sumaiyyah Binti Azhan
Fairouze(Pra)
6. Dokumen Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Termasuk MUHAMMAD REDZUAN BIN
Bahan PDPR dikongsikan di Google Drive/Youtube/Open DAUT
Learning/mana-mana platform bersesuaian bagi Muhammad Rayyan Danish Bin
memudahkan anak-anak membuat ulangkaji setiap subjek Muhammad Redzuan (4I)
dengan bantuan waris tanpa ketinggalan silibus. Ini sedikit Nur Raudhah Iman Binti
sebanyak meningkatkan tahap keupayaan pembelajaran, Muhammad Redzuan (3I)
memperbaiki kelemahan dan meningkatkan motivasi Nur Raisha Irdina Binti
anak-anak untuk terus belajar. Muhammad Redzuan(Pra)
32
7. Saya cadangkan kalau teros ada kelas PDPR MASWAN BIN ABDULLAH
mnta pihak sekolah siapkan modul Keja sekolah Muhammad Lutfi Iqbal (1I)
BG kat anak2 untuk buat d rumah...BG Keja
sekolah bentuk photostat n murid boleh buat d
rumah..kalau perlu bayaran rasanya ibubapa
sanggup bayar..buat semnggu sekali p ambk d
sekolah pastu antar pastu bagi yg laen plak
...sekadar pendapat..kalau online xsmua ibubapa
DPT pantau n tgk smua...sekian Tima
kasih...minta dipertimbangkan pendapat
InshaAllah ibubapa akan setuju..semoga
dipermudahkan
8. Mohon guru-guru menyediakan modul2 pdpr ROHAIZA BINTI ZAINI
seperti terdahulu (PKP), berikutan kekangan Muhammad Arif Daniyal Bin
tugas bagi frontliner terutamanya, yang tidak MohdTajjul Arif (3I)
mempunyai waktuuntuk membantu anak2
menyelesaikan tugasan melalui online. Ini bagi
mengelakkan ketinggalan anak
murid dlm semua subjek
9. Saya rasa tak ada apa yang perlu diusulkan kerana HAMIDAH BINTI JUSOP
segala yang dibuat oleh guru2 telah mencukupi Muhammad Irfan Danial
untuk mendidik murid2 binMohamad Foad (5I)
33
Sekalung Budi
Yang Dipertua , Naib Yang Dipertua dan barisan
AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
danterima kasih kepada Guru Besar ,
Guru-guru Penolong Kanan , Guru-guru dan Staf
serta Semua Kakitangan Sokongan
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
Serta
Ibu Bapa / Para Waris / Penjaga dan
semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan
sokongan baik dari segi tenaga , kewangan mahupun
material dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali
ke 44 & 45
secara norma baharu.
34