The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sufiqanur, 2024-06-09 23:51:39

skim pengairan tanjong karang 3

skim pengairan tanjong karang 3

SKIM PENGAIRAN TANJONG KARANG JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA SELANGOR (BHGN. PENGAIRAN TG.KARANG)


DEFINISI SALIRAN: Tindakan mengalirkan dan membuang lebihan air yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tumbuhan dan juga harta benda awam di atas permukaan tanah dan di dalam sistem saliran DEFINISI PENGAIRAN: Membawa atau mengalirkan air di atas atau di bawah permukaan bagi tujuan menghidupkan tumbuhan dan secara langsung menyuburkan tanah


SKIM PENGAIRAN TANJUNG KARANG Tanaman padi di kawasan Tanjung Karang dimulai sejak 1930an secara kecil-kecilan. Rancangan Pengairan Tanjung Karang pula mula dirancang pada tahun 1940an dengan keluasan 20 000 hektar. Empangan Sungai Tengi, Empangan Sungai Bernam, Spillway Sungai Tengi, Spillway Sungai Hj. Dorani, Main Canal, Feeder Canal, dan Intake Gate merupakan struktur yang dibina pada peringkat awal. Namun ianya diberhentikan semasa perang dunia ke-2. Selepas perang dunia ke-2, pembinaan dan pembangunan telah disambung kembali. Setelah selesai ianya dinamakan sebagai Skim Pengairan Tanjung Karang yang meliputi kawasan Sawah Sempadan, Sungai Burong, Sekinchan, Sungai Leman, Pasir Panjang, Sungai Nipah, Panchang Bedena dan Bagan Terap.


STRUKTUR UTAMA PENGAIRAN 1.BERNAM RIVER HEADWORK (BRH) Kawasan tadahannya meliputi Tanjong Malim, Behrang dan Ulu Basir. Di bina sepanjang 30 meter merentangi Sungai Bernam, di lengkapi dengan 3 set radial gate 6.5 meter setiap satu bagi menahan dan meningkatkan aras air sungai ke aras 9.6 meter. Di lengkapi juga dengan 6 pintu intake kawalan air berukuran 1.5m x 2.5m setiap satu yang akan mengalirkan air ke Terusan Bekal (Feeder Canal) dengan kadar maksima 30.6 cumec / 6 pintu. 1 unit pintu pasir (scour gate) juga dilengkapkan pada empangan ini bertujuan mengalirkan enapan 1.5 cumec setiap masa, melainkan pada masa kemarau di mana ianya akan ditutup.


2. FEEDER CANAL Di bina sepanjang 14.5 km bagi mengalirkan air dari intake Sungai Bernam ke Sungai Tengi. Lebar terusan lebih kurang 15 meter.


3. SUNGAI TENGI Mengalir sepanjang 24.5 km hingga ke Terusan Besar Tanjong Karang. Lebar lebih kurang 30 meter.


4. MAIN CANAL Di rekabentuk bagi meninggikan aras air sehingga ke paras 4.5m (FSL), membekalkan air ke selatan (Sawah Sempadan) sepanjang 3.3 km dan seterusnya ke utara sehingga ke Daerah Sabak Bernam sepanjang 37.8 km.


5. SPILWAY SUNGAI TENGI Mempunyai 4 pintu limpahan berkeupayaan melepaskan lebihan air yang boleh memudaratkan tatkala musim tengkujuh sebanyak 27 cumec.


6. REGULATOR 1 SUNGAI BURONG Di lengkapi dengan 2 set radial gate yang akan menahan dan meningkatkan aras air kepada 4.2m semasa Irrigation Schedule area 1 (ISA 1) berlangsung. 2 set spill weir di kiri dan kanan struktur bagi mengawal ketinggian air semasa.


7. REGULATOR 2 SUNGAI LEMAN Menyeimbangkan paras air di dalam Terusan Besar di antara Irrigation Schedule Area 1 (Sawah Sempadan & Sungai Burong) dengan Irrigation Schedule Area 2 (Sekinchan,Sungai Leman,Pasir Panjang dan Sungai Nipah).


8. SPILLWAY HJ. DORANI Mengawal aras air di dalam Terusan Besar dengan keupayaan discharge sebanyak 18 cumec.


9. REGULATOR 3 HJ.DORANI Menyeimbangkan paras air di dalam Terusan Besar di antara Irrigation Schedule Area 2 (Sekinchan,Sungai Leman, Pasir Panjang dan Sungai Nipah) dengan Irrigation Schedule Area 3 (Pancang Bedena dan Bagan Terap).


10. KOLAM TADAHAN KAWASAN PANCANG BEDENA DAN BAGAN TERAP Keluasan - 90 hektar. Kapasiti - 1.5 juta meter cube.


11. RUMAH PAM BAGAN TERAP BAGAN TERAP Kapasiti 20 cusec.


12. CHO INTAKE GATE/WIRE TYPE (CONSTANT HEAD ORIFICE) Kemasukan air dari Main Canal dikawal oleh struktur ini bergantung kepada F.S.L +4.50m.


13. PALONG CONCRETE CONDUIT Pada asalnya setiap palong di bina mengikut contour permukaan tanah kawasan. Saiz palong juga berbeza ukuran bagi setiap kawasan Sungai Burong dan Sawah Sempadan kerana perlu berdasarkan intake discharge dan water requirement bagi jajarannya. Kecerunan rekabentuk adalah merangkumi Level CHO di main canal dan aras tanah paling rendah di penghujung. Untuk menstabilkan paras air di dalam palong plank slot di bina pada chainage tertentu supaya freeboard adalah sama atau rata pada setiap chainage jadi intake Q adalah samarata.


14. DRAINAGE CONTROL DAN DRAINAGE END CONTROL Apabila padi mencapai umur lebih kurang 90 hari atau padi dah terbit, air didalam sawah akan di keringkan dan semua pintu air saliran akan dibuka dan air dikeluarkan. Pesawah akan menunggu hingga padi 85%-90% masak untuk dituai dan ketika itu tanah sawah telah separa kering untuk laluan jentuai menjalankan kerja menuai.


Secondary Canal S. sempadan Spillway Sg. Tengi Regulator Sg. Burong Regulator Sg. Leman Main Canal Kolam Tadahan Regulator Hj. Dorani Spillway Hj. Dorani Irrigation End Control Rumah Pam Bagan Terap BRH Feeder Canal Sungai Tengi A-A Line B-B Line C-C Line 1 2 3 4 5 6 8 7 9 10 11


03-32897569 (kuala selangor) 03-32698001(tanjung karang) http://[email protected] Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Selangor


Click to View FlipBook Version