The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguEkin, 2020-05-05 05:45:51

SIMPULAN BAHASA TAHUN 1

SIMPULAN BAHASA TAHUN 1

Simpulan bahasa

- merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas
- terdiri daripada dua patah perkataan.
- digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu

pengucapan dengan membawa erti yang
mendalam.
- Kandungan maksud simpulan bahasa adalah
berlainan daripada makna perkataan yang
membentuknya.

1. Alia merupakan anak
bongsu kepada Encik Amran
dan Puan Hamidah.

2. Anak bongsu Puan Nancy
belajar di sebuah universiti
luar negara.

1. Faiz ialah anak emas bagi
keluarganya kerana dia
merupakan anak tunggal.

2. Encik Karupan
menjadi anak emas syarikat
itu kerana kejujuran.

1. Encik Shahril ambil berat
akan kebajikan pekerjanya.

2. Ibu bapa Mina sangat
ambil berat tentang
pelajarannya.

1. Cikgu Hamid sangat garang
tetapi beliau baik hati .

2. Nenek memang baik hati
kerana suka membantu orang
lain.

1. Zahid sering dimarahi oleh
kakaknya kerana dia berat
tulang .

2. Sikap berat tulang Pak Salleh
tidak disenangi oleh jiran-
jirannya.

1. Kami membawa buah tangan
semasa melawat nenek di
kampung.

2. Saya membeli buah tangan
berupa hasil laut untuk dibawa
pulang.

1. Oleh sebab nenek buta huruf,
Amir membacakan neneknya
surat khabar.

2. Ajis dan Sudin perlu
menduduki kelas dewasa kerana
mereka buta huruf.

1. Puan Hayati baru sahaja
melahirkan cahaya mata yang
kedua.

2. Puan Siti mempunyai tujuh
orang cahaya mata.

1. Budak lelaki yang celik
huruf itu baru berusia empat
tahun.

1. Adik Amira membaca dengan
lancar kerana dia celik huruf.

1. Hafiz terpaksa
berkaki ayam ketika pulang dari
masjid kerana kasutnya telah
hilang.

2. Kami berkaki ayam apabila
berjalan di tepi pantai.

1. Ilham kaki bangku kerana
dia tidak pernah bermain bola
sepak.

2. Nurliana hanya mampu
melihat kawan-kawannya
bermain futsal kerana dia
seorang kaki bangku.

1. Dia dikenali sebagai seorang
yang panjang tangan kerana
sering ditangkap mencuri.

2. Sikap panjang tangan Lily
sudah diketahui oleh Cikgu
Linda.

1. Pada hujung minggu lepas,
kami sekeluarga makan
angin ke Kota Bharu.

2. Kami sekeluarga akan makan
angin ke Pulau Tioman.

1. Hazirah dikenali sebagai ulat
buku kerana sangat rajin
membaca.

2. Maniam gemar membaca buku
sehingga rakan-rakannya
menggelarkan dirinya ulat buku.

1. Ali mengajak saya makan
dengan ajak-ajak ayam sahaja.

2. Kami tidak mahu makan
bersamanya kerana dia
hanya ajak-ajak ayam.

1. Pak Hassan sangat murah
hati di kampung itu kerana
beliau sering menderma.

2. Sikap murah hati Maimun
disukai jiran-jirannya.

1. Kawasan rumah Encik Simon
selalu bersih kerana tukang
kebunnya ringan tulang.

2. Adis seorang yang ringan
tulang kerana sering menolong
kawan-kawannya.

1. Tulisannya seperti cakar
ayam dan sukar dibaca.

2. Tulisan adik seperti cakar
ayam.

1. Semenjak kematian ibunya,
Ahmad telah menjadi anak
yatim.

2. Keluarga Hasnan menerima
kedatangan anak yatim itu
dengan tangan yang terbuka.

1. Azizah seorang yang berat
mulut dan pemalu.

2. Dia tidak sombong tetapi
hanya berat mulut .

1. Alia bulat hati untuk membeli
baju itu walaupun harganya
sangat mahal.

2. Rosli bulat hati untuk
menyunting gadis itu sebagai
isterinya.

1. Sejak tinggal di rumah besar
itu dia bersikap hidung tinggi.

2. Kalau kita bersikap hidung
tinggi kita tidak disenangi oleh
kawan-kawan.

1. Zamri seorang yang hati
batu kerana tidak mendengar
nasihat ibunya.

2. Zarina memang hati
batu kerana dia tetap menyertai
ekspedisi berkayak itu walaupun
dilarang oleh ibunya.

1. Dia mengikut jejak langkah
ayahnya menjadi seorang
perajurit.

2. Rania berhajat mengikut jejak
langkah ibunya menjadi
seorang penulis.

1. Suzana langkah kanan kerana
ketika dia tiba di rumah abangnya,
mereka sedang menikmati buah
durian .

2. Hari ini saya langkah kanan
kerana dapat bertemu dengan
pengarang terkenal di pesta
buku itu.

1. Abu digelar mulut
tempayan kerana sifatnya yang
suka membocorkan rahsia
rakan-rakannya kepada orang
lain.

2. Suzana tidak disukai kerana
dia seorang yang mulut
tempayan.

1. Amin makan pengat pisang
sebagai pencuci mulut selepas
makan tengah hari.

2. Ubi kayu juga boleh dijadikan
ubi rebus dan pengat ubi
sebagai pencuci mulut.

1. Walaupun Pak Mustafa sudah
lanjut usia, namun pendengarannya
seperti telinga lintah.

2. Amin seorang telinga lintah
apabila sering kali mendengar
perbualan orang.

1. Ishak rabun ayam, sebab
itulah dia tidak keluar pada
waktu malam.

2. Suhaila tidak boleh memandu
pada waktu malam kerana
dia rabun ayam.

1. Rubiah tidur-tidur ayam
sahaja kerana menunggu
anaknya yang belum balik.

2. Nasib baik ayah hanya tidur-
tidur ayam pada malam itu
kerana pencuri cuba memasuki
rumah kami.

1. Halim angkat kaki segera
semasa mendengar bunyi yang
menakutkan di rumah kosong itu.

2. Aini angkat kaki selepas
majlis penyampaian hadiah
selesai.

1. Sakit hati saya apabila
mendapat tahu dia telah
menipu saya.

2. Ibu sakit hati melihat gelagat
adik yang degil itu.

1. Kakak ada hati untuk
membeli kereta baru.

2. Abdul ada hati untuk
membeli komputer yang mahal
itu.

1. Walaupun tidak menang, adik
mendapat hadiah sagu hati
dalam pertandingan itu.

2. Sagu hati akan diberikan
kepada semua penghuni
setinggan apabila rumah
mereka dirobohkan.

1. Habsah otak cair dan dia
dapat menjawab semua soalan
dengan tepat.

2. Amzah boleh menjawab semua
soalan Matematik dengan betul
kerana dia otak cair.

1. Hasil bekas tangan ibu
Aiman sangat cantik.

2. Terendak yang cantik
ini adalah bekas tangan
Syamsiah.

1. Baru pukul sembilan malam
adik sudah berat mata..

2. Berat matanya setelah
semalaman tidak tidur..

1. Jamilah tidur mati dan
langsung tidak sedar semasa
pencuri memasuki rumahnya.

2. Munas tidur mati kerana
terlalu penat.

Simpulan Bahasa Tahun Satu KSSR

Bilangan Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa

1 Anak bongsu Anak yang terakhir dalam keluarga

2 Anak emas Orang yang disayangi
Anak pertama dalam keluarga
3 Anak sulung Anak yang tidak mempunyai adik-beradik lain
4 Anak tunggal Anak yang kematian ibu atau bapa
5 Anak yatim Bersikap baik dan penyayang, suka menolong orang
6 Baik hati Orang yang malas bekerja
7 Berat tulang Hadiah
Anak yang kematian ibu dan bapa
8 Buah tangan Tidak tahu membaca dan menulis
9 Yatim piatu Anak
10 Buta huruf Tulisan yang buruk
11 Cahaya mata Tidak memakai kasut
12 Cakar ayam Berehat atau bersiar-siar
13 Kaki ayam Orang yang suka mencuri
14 Makan angin Orang yang rajin bekerja
15 Panjang tangan Tidak pandai bermain bola sepak
16 Ringan tulang Tahu membaca dan menulis
17 Kaki bangku
18 Celik huruf


Click to View FlipBook Version