14/10/2020
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS
ISLAM
AKIDAH
ISLAM 2
(Nubuwwah)
1 1
4.1 PERUTUSAN PARA RARUL
Allah SWT mengutusakn par RasulNYA adalah untuk menyeru manusia
beribadah dengan membersihkan segala bentuk kesyirikan kepadaNYA.
Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT,
“Dan sesungguhnya Kamu telag mengutus pada Rasul kepada setiap umat
(untuk menyerukan) “sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”
Perkataan an-Nubuwwah dari kata an-anabwah yang bererti ar-rif’ah,
keluhuran dan ketinggian darjat.
An-Nubuwwah juga daripada kata an-Naba’ yang bererti al-khabar
berita.
2
14/10/2020
Justeru an-Nabiyy membawa maksud nasbi adalah pembawa berita 2
dari Allah dengan perantaraan malaikat.
Kenabian hanya berlaku kepada manusia sahaja, dan tidak berlaku
dalam kalangan para malaikat dan jin, maka tidak ada nabi dari
kalangan malaikat mahupun jin.
Sedangkan kerasulan bukan hanya berlaku dalam kalangan
manusia, malah dalam kalangan para malaikat juga ada rasul.
Firman Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 75:
“ Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia,
sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”
3
Agama Islan dibawa oleh semua para nabi dan rasul Allah,
Walaupun mempunyai nama yang berbeza tetapi
mempunyai tujuan yang sama iaitu mengesakan ALLAH
SWT.
Tiada Nabi atau rasul yang diutuskan untuk menyampaikan
agama yang mempunyai tujuan yang berlainan.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 25:
“ Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum
kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya:
“Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku,
maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.
4
14/10/2020
4.2 Penurunan Wahyu
Perkataan “ nuzul” dari segi bahasa bererti menetap di
satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi.
Kata perbuatannya “nazala” membawa amaksud “dia
telah turun” atau “dia menjadi tetamu”.
Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara
majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud
pemberitahuan al-Quran.
Tujuannya adalah untuk menunjukkan ketinggian al-
Quran.
5
Secara teknikalnya nuzul-Quran
bererti penurunan al- Quran dari langit
kepada Nabi Allah yang terakhir.
Perkataan nurul dalam pelbagai wajah sama ada kata
nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-
Quran sebanyak lebih kurang 290 kali, sebagai contoh:
“ …Dan Dia yang telah menurunkan air (hujan) dari 3
langit…” al- Baqarah:22
“… Dan Dialah yang menurunkan Taurat dan Injil…” al-
Imran:3
6
14/10/2020
4.2.1 PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN 4
PERINGKAT PERTAMA
Penurunan al-Quran daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz iaitu satu-
satunya tempat yang termulia yang berkumpul di dalamnya segala
ketentuan Allah untuk semua makhlukNYA (Husin, 1979:14).
Kewujudan al-Quran di Luf Mahfuz adalah dengan cara dan pada waktu
yang tidak diketahui oleh makhluk melainkan Allah dan sesiapa yang
dikehendakiNya sahaja. Ini terbukti dengan firma Allah SWT dalam
surah al-Buruj ayat 22:
“ Yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Luf Mahfuz).
Hikmah penurunanan al-Quran peringkat pertama menandakan
kemuliaan al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan
semulia-mulia tempat di sisi Allah.
7
PERINGKAT KEDUA
Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luf
Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.
Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah SWT
dalam surah al-Qadar ayat 1:
“ Sesungguhnya Kami Turunkannya (al-Quran) pada malam
Lailatul Qadar”
Hikmah diturunkan ke langit dunia bertujuan menambahkan
lagi keghairahan nabi kepada al-Quran itu.
Ia juga bertujuan untuk menghilangkan keraguan sesetengah
orang tentang keasliaan al-Quran dan menambahkan lagi
keimanan.
8
PERINGKAT KETIGA 14/10/2020
5
Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada
Rasululllah SAW Secara beransur-ansur (tanjim) selama 22,
23, 24 atau 25 tahun mengikut perselisihan para ulamak.
Dalil bagi peringkat ini adalah firman dalam surah al-Isra
ayat 106:
“ Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur
supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara
perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit”
9
4.3 SIGNIFIKAN PERUTUSAN RASUL
Kehidupan manusia penuh dengan kesesatan dan
kegelapan, mereka sentiasa mencari kebenaran tetapi
tidak menjumpainya, tiada petunjuk dan tauladan yang
mereka terima.
Ketika kesesatan ini Rasul didatangkan
untuk
kesesatan. memandu mereka kejalan kebenaran mengeluarkan
Para nabi dan rasul diutuskan agar
manusia sentiasa bersatu dan menegah manusia daripada
berpecah belah.
Umat manusia yang berpecah memudahkan musuh-musuh Islam untuk
menyelewengkan ajaran Islam.
10
Ia seperti yang telah berlaku pada hari ini dimana umat Islam berpecah 14/10/2020
kerana hal-hal politik seperti yang berlaku di seluruh negara umat 6
Islam.
Hal ini sangat mengecewakan kerana Islam mengajar umatnya untuk
bersatu. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat103:
“ Berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-
berai…”
Paraa nabi dan rasul juga mengajak dan mengarahkan manusia untuk
meneliti ciptaan Allah dari pelbagai sudut.
Pelbagai kekuasaan Allah dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai
contoh Allah menurunkan hujan yang mana air hujan menjadi sumber
utama dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
11
Hal ini membuktikan kekuasaan Allah
yang mana manusia tidak dapat
berbuat sama sepertiFirman Allah dalam surah al-Fathir ayat 27: apa yang
dilakukan oleh Allah.“ Tidaklah engkau melihat bahawa Allah menurunkqn hujan dari langit lalu
Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.
Dan diantara gunung-gunung itu garis-garis putih dan merah yang beraneka
macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat”
Sesungguhnya, perutusan para nabi dan rasul ini berserta dengan kitab-kitab
panduan merupakan sau rahmat Allah kepada seluruh manusia.
Tanpa panduan ini, kehidupan manusia akan menjadi kucar kacir walaupun
mereka mempunyai kelebihan dari sudut penciptaan mereka.
12
14/10/2020
Sesungguhnya manusia itu adalah daif dan sangat memerlukan
bimbingan daripada Allah Taala. Namun dalam pada itu, Allah Taala itu
Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesiapa jua.
Kesimpulannya, perutusan rasul bertujuan untuk
1. Memberi petunjuk kepada manusia, tanpanya manusia tidak dapat
mengenali Allah.
2. Menyelesaikan pertikaian dan perselisihan yang timbul dalam kalangan
umat manusia.
3. Bukti kepentingan kesatuan dalam kalangan umat Islam, semua nabi
dan rasul membawa risalah yang sama , iaitu agama Allah yang
berasaskan akidak Tauhid.
13
7