The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit kurikulum bil3 20222023.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusairid43266, 2023-01-02 00:24:18

Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 3

minit kurikulum bil3 20222023.docx

SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR
KAMPUNG PADANG RAJA, 16400 MELOR,
KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7835362 FAX: 09-7835530
Email : dba1071@gmai

Ruj Kami :SKM 100-6/2/1(3)
Tarikh : 14 Ogos 2022

Kepada
Semua guru

Tuan/Puan

MESYUARAT KURIKULUM BIL 3 2022/2023

Dengan ini segala hormat dan sukacitanya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuap/puan, mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2022

Hari : Selasa

Masa : 1.20 petang

Tempat : Bilik Gerakan, Al Firdaus

3. Agenda-agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan mengesahkan minit
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Agenda Profesional:
3.4.1 Bulan Bahasa
3.4.2 PBD kali pertama
3.4.3 Pemulihan
3.4.4 PBB
3.4.5 Program Panitia
3.4.6 SEGAK & BMI
3.4.7 Nilam
3.5 Hal-hal lain
3.6 Ucapan Penutup

4. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Azmi Bin Sulaiman)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Melor,
Kota Bharu, Kelantan.

SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR

KAMPUNG PADANG RAJA, 16400 MELOR,

KOTA BHARU, KELANTAN.

TEL: 09-7835362 FAX: 09-7835530

MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/2022-2023

Tarikh : 16 Ogos ( Selasa )
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Gerakan Al Firdaus
AGENDA :

3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan mengesahkan minit
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Agenda Profesional:

3.4.1 Bulan Bahasa
3.4.2 PBD kali pertama
3.4.3 Pemulihan
3.4.4 PBB
3.4.5 Program Panitia
3.4.6 SEGAK & BMI
3.4.7 Nilam
3.5 Hal-hal lain
3.6 Ucapan Penutup

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/2022-2023
SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR

16400 MELOR, KOTA BHARU KELANTAN

Tarikh : 16 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Gerakan Al Firdaus

Kehadiran : Semua hadir

3.1 Perutusan Pengerusi

3.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesungguhan guru-guru
dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Tindakan : Makluman

3.2 Membentang dan mengesahkan minit
3.2.1 Dicadang untuk disahkan : En. Mohd Nizal Bin Zakaria
3.2.2 Disokong untuk disahkan : Pn. Noriza Binti Mohd Yusoff
Tindakan : Makluman

3.3 Perkara Berbangkit
3.3.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan : Makluman

3.4 Agenda Profesional:

3.4.1 Program Bulan Bahasa
3.4.1.1 Unit kurikulum akan mengadakan program bulan bahasa yang melibatkan
tiga panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia
Bahasa Arab. Penglibatan murid adalah mengikut kesesuaian aktiviti yang
dirancang oleh ketiga-tiga panitia.

3.4.1.2 Cadangan perasmian pembukaan Bulan Bahasa ialah pada 25 Ogos.
Program Bulan Bahasa bakal dijalankan bermula pada 25 Ogos sehingga 25
September 2022. Cadangan perasmian Majlis Penutupan Bulan Bahasa ialah
pada 29 Ogos 2022.
Tindakan : Panitia BM, BI & BA

3.4.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kali pertama
3.4.2.1 Penyerahan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah kali pertama kepada ibu
bapa/penjaga akan diadakan pada 6 Oktober 2022 iaitu pada hari Khamis.

3.4.2.2 Semua guru diminta membuat pengisian tahap penilaian murid di tapak
PBD offline. Semua guru kelas perlu membuat cetakan untuk diserahkan
kepada ibu bapa/penjaga.
Tindakan : Semua Guru

3.4.3 Pemulihan
3.4.3.1 Jumlah murid pemulihan ialah seramai 28 orang.
Tindakan : Makluman

3.4.4 Program Bantu Membaca (PBB)
3.4.4.1 Program ini merupakan program KPM dan perlu dilaksanakan di semua
sekolah. Program dijalankan selama tiga bulan dalam tiga fasa. Semua
guru terlibat dalam program ini.

3.4.5 3.4.4.2 Tempoh pelaksanaan dibahagikan kepada tiga fasa.
Fasa 1 : 1.09.2022 – 30.09.2022
Fasa 2 : 1.10.2022 – 30.10.2022
Fasa 3 : 1.11.2022 – 30.11.2022
Tindakan : Semua Guru

Program Panitia
3.4.5.1 Panitia Pendidikan Agama Islam akan mengadakan dua program iaitu

ceramah Ma’al Hijrah 1444H pada 18 Ogos 2022 dan program ceramah
maulidul rasul peringkat sekolah sempena sambutan maulidul rasul 1444H
pada bulan Oktober.

Tindakan : Makluman

3.4.6 SEGAK & BMI
3.4.6.1 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) adalah satu bateri ujian
standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan. Ujian SEGAK dan BMI dijalankan sebanyak dua
kali setahun. Ujian ini adalah untuk murid normal sahaja dan murid
berkeperluan khas tidak perlu menjalani ujian ini.

3.4.6.2 Bagi murid yang tidak sihat, ujian boleh dilakukan pada hari lain pada bulan
yang sama. Pelaporan dicatat dalam sistem KPM melalui pautan PAJSK
oleh guru pendidikan jasmani.

3.4.6.3 Penyelaras SEGAK : Encik Yusmizam Bin Yusof

Penyelaras BMI Tahap 1 : Pn. Wan Khadijah Binti Wan Ghazali

Penyelaras BMI Pra Sekolah : Pn. Mazidah Binti Mohd Zain

Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani dan pra sekolah

3.4.7 Nilam
3.4.7.1 Murid-murid meneruskan pengisian rekod bacaan dalam dashboard nilam
seperti yang dimaklumkan.
Tindakan : Guru Nilam

3.5 Hal-hal lain
3.5.1 PKP menyatakan bahawa pembelian peralatan mestilah menggunakan wang PCG
berdasarkan ketetapan setiap panitia.
Tindakan : Semua guru

3.6 Ucapan Penutup

3.6.1 Pengerusi telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi
kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

------------------------- ----------------------------
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Kurikulum

(Pn. Zuraida Binti Mohamad @ Abdullah ) (En. Nik Mohd Yusairi B. Nik Jaafar)

Sekolah Kebangsaan Melor Sekolah Kebangsaan Melor


Click to View FlipBook Version