The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-12-13 17:28:13

KERTAS KERJA CADANGAN

KERTAS KERJA CADANGAN

KERTAS KERJA CADANGAN
2018

Tajuk:

PENUBUHAN
KELAB BOLA SEPAK BUKIT RAMBAI

Cadangan Kepada:
DATUK DR HJ AZIZ BIN UJANG

YDP PIBG
SK BUKIT RAMBAI

Cadangan Oleh:
MOHAMAD YUSRI BIN SANGAT

GPK KOKURIKULUM
SK BUKIT RAMBAI

1.0 PENDAHULUAN

- DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, LAGI MAHA PENYAYANG -

1.1 Semoga Kertas Kerja Cadangan ini tiba di pangkuan pihak Tuan di kala setiap
Jawatankuasa PIBG SK Bukit Rambai sihat dan sejahtera hendak-Nya. Insya Allah,
wa Alhamdulillah.

1.2 Bola sepak adalah suatu sukan yang sudah sedia terkenal di persada dunia.
Sukan ini seringkali dipertandingkan di pertandingan-pertandingan di seluruh
dunia, dan antara yang pertandingan-pertandingan peringkat negara, Asia
Tenggara, Asia malahan dunia.

1.3 Bola sepak seringkali juga dikaitkan dengan proses yang boleh menggalakkan
semangat setiakawan, kerjasama dan rasa hormat-menghormati sesama
manusia.

1.4 Dengan tertubuhnya kelab ini, Insya Allah, ia akan menjadi simbol harapan di
dalam bidang sukan di peringkat sekolah dan seterusnya membawa nama SK
Bukit Rambai di persada negara.

2.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1 Memberi peluang kepada murid-murid yang berminat untuk mempelajari
permainan sukan bola sepak.

2.2 Mengaturkan organisasi khas untuk sukan bola sepak di SK Bukit Rambai.
2.3 Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan bola

sepak.
2.4 Menyediakan jadual latihan, kelas teori dan sesi praktikal yang khusus di dalam

sukan bola sepak.
2.5 Mendapatkan fasilitator dan jurulatih di dalam latihan bola sepak.
2.6 Mengaturkan pertandingan bola sepak, perlawanan persahabatan atau lain-lain,

bersama kelab-kelab dan sekolah-sekolah yang sesuai dan mempunyai pasukan
bola sepak mereka sendiri.
2.7 Membuat pemilihan pasukan bola sepak sebagai wakil sekolah atau kelab di
dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.
2.8 Menanam sifat kerjasama dan hormat-menghormati sesama manusia melalui
sukan bola sepak.
2.9 Menggalakkan semangat bersukan sekaligus melaksanakan dasar kementerian
pendidikan iaitu 1Murid 1Sukan.

3.0 VISI KELAB

3.1 Merealisasikan idea sebuah pasukan bola sepak yang berkemampuan dan
berketerampilan, berkaliber, bersemangat setiakawan, saling hormat-
menghormati dan berdaya saing sebagai wakil dan pembawa nama baik SK
Bukit Rambai ke persada negara.

4.0 MISI KELAB

4.1 Misi penubuhan dan perlaksanaan kelab ini adalah untuk merealisasikan perkara-
perkara tersebut:-
4.1.1 Berusaha mencari bakat baru di dalam sukan bola sepak dari kalangan
murid SK Bukit Rambai;
4.1.2 Berusaha menyediakan prasarana, keperluan dan kelengkapan sukan
bola sepak yang berkualiti tinggi, efektif dan selesa kepada ahli kelab.

4.1.3 Berusaha memberikan set latihan yang terbaik kepada ahli terpilih kelab
4.1.4 oleh jurulatih dan fasilitator terpilih.;
4.1.5 Berusaha meningkatkan mutu permainan dan semangat kesukanan ahli

4.1.6 pasukan bola sepak.;
Berusaha mengharumkan nama SK Bukit Rambai melalui kejayaan dan
kecemerlangan di dalam aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan di dalam dan di luar SK Bukit Rambai.; dan
Berusaha memajukan sukan bola sepak untuk negara.

5.0 NAMA KELAB : Kelab Bola Sepak Bukit Rambai
5.1 Bahasa Melayu : Bukit Rambai Football Club @ BR Boys
5.2 Bahasa Inggeris

6.0 MOTTO KELAB
6.1 ‘Majukan Sukan Bola Sepak untuk Negara.’

7.0 SASARAN & SYARAT KEAHLIAN

7.1 Keahlian terbuka kepada murid-murid SK Bukit Rambai dan sekitarnya yang
berumur 6 tahun sehingga 12 tahun.

7.2 Jurulatih dan Fasilitator terbuka kepada guru-guru dan pihak luar.

8.0 ORGANISASI KELAB

8.1 Penaung : Datuk Dr Hj Aziz Bin Ujang
YDP PIBG SK Bukit Rambai, Melaka

8.2 Penasihat : Puan Siah Binti Kechut
Guru Besar SK Bukit Rambai, Melaka

8.3 Pengerusi : Encik Mohamad Yusri Bin Sangat
GPK Kokurikulum SK Bukit Rambai

8.4 Naib : Mohd Hermi B in Hamzah

Pengerusi Setiausaha Sukan SK Bukit Rambai

9.0 BIDANG TUGAS AHLI ORGANISASI KELAB

9.1 Penaung
9.1.1 Berperanan sebagai penaung dan penaja utama kelab ini.
9.1.2 Mempunyai hak untuk memberi nasihat, pendapat dan cadangan kepada
kelab ini di atas segala jenis urusan.
9.1.3 YDP PIBG SK Bukit Rambai terlantik secara automatik sebagai Penaung
kelab ini.

9.2 Penasihat
9.2.1 Berperanan sebagai penasihat kelab ini.
9.2.2 Merupakan salah satu sumber rujukan utama kelab ini di dalam urusan
rasmi kelab ini seperti membuat keputusan dan berbincang mengenai
gerak kerja kelab ini.

9.2.3 Menjadi pengiring utama di dalam program-program dan aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh kelab ini, samada di dalam dan di luar kawasan SK
9.2.4 Bukit Rambai.
9.2.5
9.2.6 Mempunyai hak untuk memberi nasihat, pendapat, cadangan dan
sokongan ke atas sebarang usul yang diutarakan kepadanya.
Merangkap Ahli Lembaga Disiplin di dalam kelab.
Guru Besar SK Bukit Rambai terlantik secara automatik sebagai Penasihat
kelab ini.

9.3 Ex-Officio
9.3.1 Setiap mantan YDP PIBG akan dilantik secara automatik sebagai ex-
officio bagi kelab ini bermula dari tempoh tamat pelantikannya.
9.3.2 Merupakan salah satu sumber rujukan utama kelab ini di dalam urusan
rasmi kelab ini seperti membuat keputusan dan berbincang mengenai
gerak kerja kelab ini.
9.3.3 Tempoh penjawatan sebagai ex-officio adalah sehingga YDP PIBG di
bawah nasihatnya tamat tempoh pelantikannya.

9.4 Pengerusi
9.4.1 Berperanan sebagai wakil utama kelab ini.
9.4.2 Berperanan sebagai pemantau bagi setiap urusan, aktiviti dan program
di bawah kelab.
9.4.3 Berperanan sebagai penasihat bagi setiap aktiviti dan program yang
dianjurkan.
9.4.4 Bertanggungjawab memastikan segala aktiviti dan program efektif,
berjalan dengan lancar dan berjaya.
9.4.5 Bertanggungjawab di atas persediaan, perancangan dan perlaksanaan
bagi sebarang aktivti dan program yang dianjurkan di sepanjang tempoh
pelantikannya.
9.4.6 Bertanggungjawab di atas tingkahlaku dan tindakan setiap ahli kelab di
dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan.
9.4.7 Mengelola setiap mesyuarat utama kelab, termasuk Mesyuarat Agung,
Mesyuarat Bulanan dan Perjumpaan Kelab.
9.4.8 Mempunyai kuasa untuk membuat setiap jenis keputusan yang melibatkan
setiap urusan, aktiviti dan program di bawah kelab, termasuk keputusan
segera.
9.4.9 Pengerusi adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

9.5 Setiausaha Agung
9.8.9 Menjadi setiusaha bagi setiap mesyuarat utama kelab, termasuk
Mesyuarat Agung, Mesyuarat Bulanan dan Perjumpaan Kelab.
9.8.10 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat
utama kelab, termasuk Mesyuarat Agung, Mesyuarat Bulanan dan
Perjumpaan Kelab.
9.8.11 Mengurus segala urusan surat dan memo rasmi kelab ini.
9.8.12 Memastikan rekod tersusun dan tersimpan dengan efektif, sistematik dan
terpelihara bagi segala jenis kertas kerja, laporan program dan kewangan,
urusan surat menyurat, memo, minit mesyuarat dan urusan-urusan rasmi
yang melibatkan sebarang urusan, aktiviti dan program di bawah kelab.
9.8.13 Memastikan segala jenis kertas kerja, laporan program dan kewangan,
urusan surat menyurat, memo, minit mesyuarat dan urusan-urusan rasmi
yang melibatkan sebarang urusan, aktiviti dan program di bawah kelab
adalah mengikut format dan aturan rasmi yang telah ditetapkan untuk
kelab ini.

9.8.14 Menyediakan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan untuk rujukan kelab ini
dan tindakan barisan majlis tertinggi kelab seterusnya.

9.8.15 Setiausaha Agung adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

9.6 Bendahari Agung
9.6.1 Memastikan anggaran perbelanjaan di dalam setiap kertas kerja, laporan
kewangan dan urusan-urusan rasmi yang melibatkan urusan keluar dan
masuk kewangan kelab ini mengikut format dan aturan yang telah
ditetapkan untuk kelab ini.
9.6.2 Mengurus dan mentadbir urusan kewangan kelab ini.
9.6.3 Mengaturkan dan menyelia sebarang urusan keluar dan masuk kewangan
kelab ini.
9.6.4 Memegang, menyimpan dan menguruskan wang tunai milik kelab ini
dengan penyeliaan Setiausaha Agung dan Pengerusi.
9.6.5 Bendahari Agung adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

9.7 Biro Peraturan & Pemilihan
9.7.1 Bertanggungjawab mendapatkan peraturan terkini permainan dan sukan
bulan sepak bagi setiap peringkat, mulai peringat akar umbi sehingga ke
peringkat dunia.
9.7.2 Menyediakan set peraturan umum permainan dan sukan bola sepak untuk
rujukan ahli kelab.
9.7.3 Membuat pemilihan pasukan bola sepak untuk sebarang pertandingan,
perlawanan dan aktiviti yang disertai.
9.7.4 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

9.8 Biro Aktiviti & Latihan
9.9.9 Bertanggungjawab mengatur dan merancang segala aktiviti dan program
yang bakal dianjurkan sepanjang tahun.
9.9.10 Bertanggungjawab menyediakan jadual latihan, set latihan mingguan,
kelas teori bulanan dan sesi praktikal bulanan kepada ahli kelab.
9.9.11 Menguruskan persediaan dan keperluan jurulatih dan fasilitator yang
terpilih untuk sebarang aktiviti dan program anjuran kelab.
9.9.12 Memastikan setiap ahli menghadiri latihan mengikut jadual yang
ditetapkan dan mengikuti set latihan yang telah ditetapkan.
9.9.13 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

9.9 Biro Keperluan & Kelengkapan
9.9.1 Bertanggungjawab memastikan setiap keperluan dan kelengkapan bagi
setiap aktiviti dan program yang dianjurkan kelab.
9.9.2 Bertanggungjawab menyediakan setiap keperluan dan kelengkapan bagi
setiap sesi latihan, kelas teori dan sesi praktikal yang dianjurkan.
9.9.3 Memastikan setiap keperluan dan kepengkapan yang diamanahkan
kepada kelab ini disimpan dan dijaga dengan baik.
9.9.4 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.

10.0 AGENDA TAHUNAN KELAB

10.1 ‘Majukan Sukan Bola Sepak untuk Negara.’

11.0 PENUTUP

11.1 Diharapkan cadangan ini diterima untuk dipertimbangkan. Kami mengharapkan
maklumbalas positif dari pihak berkenaan. Marilah majukan sukan untuk negara.

11.2 Semoga penubuhan kelab ini akan membawa harapan baru di dalam sukan bola
sepak dan membawa nama SK Bukit Rambai ke persada negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... .........................................
Mohamad Yusri Bin Sangat Puan Siah Binti Kechut
Pengerusi Penasihat
Kelab Bola Sepak Bukit Rambai Kelab Bola Sepak Bukit Rambai
Sesi 2018 Sesi 2018

Disahkan oleh, Ulasan:
………….…………………………………….............................…
………………………………………………….. ………….……………………………………….............................
Datuk Dr Hj Aziz Bin Ujang
Penaung
Kelab Bola Sepak Bukit Rambai
(YDP PIBG SK Bukit Rambai)


Click to View FlipBook Version