The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiamz1810, 2022-03-24 11:47:37

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

NUR NADIA AMISHA BINTI MAZLAN
2 PPISMP RBT1

ASAS KELESTARIAN
DAN TEKNOLOGI

HIJAU

PENULISAN AKADEMIK
DALAM BENTUK DIGITAL

BIODATA DIRI

NAMA: NUR NADIA AMISHA BINTI MAZLAN
ANGKA GILIRAN: 2021162312013
KUMPULAN: 2 PPISMP RBT1
KOD DAN KURSUS: PALS 1012 ASAS
KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
PENSYARAH: DR. HAIRIAH BINTI MUNIP

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU.
2.0 ISU SEMASA ALAM SEKITAR:

2.1 ISU BANJIR KILAT.
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU YANG DIGUNAKAN:

3.I KEBAIKAN TEKNIK BIOPORI ATAU LUBANG RESAPAN BIOPORI.
3.2 KELEMAHAN TEKNIK BIOPORI ATAU LUBANG RESAPAN
BIOPORI.
4.0 CADANGAN TEKNOLOGI HIJAU YANG LAIN:

4.1 BANDAR SPAN “SPONGE CITY”

5.0 KESIMPULAN.
6.0 RUJUKAN.

1.0

PENGENALAN KEPADA

TEKNOLOGI HIJAU:

PENGENALAN

Teknologi hijau dimaksudkan sebagai sebuah
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar atau alam semulajadi bagi
meminimumkan dan mengurangan impak negatif akibat
daripada aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Segala alat,
produk serta sistem dapat mengurangkan degradasi ke
atas kualiti persekitaran, rendah atau bebas daripada gas
rumah hijau, menjimatkan tenaga dan sumber asli, dengan
menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
serta selamat untuk digunakan kepada alam sekitar
disebut sebagai teknologi hijau. Jika dibandingkan dengan
teknologi yang telah sedia ada, penggunaan teknologi hijau
ini jauh lebih mesra alam dan lebih sedikit membebaskan
gas karbon ke ruang udara.

Antara empat tunggak utama dasar teknologi hijau negara
termasuklah tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tunggak yang
pertama adalah tenaga dimana ia menunjukkan bahawa tenaga hijau
tidak memerlukan kebergantungan tenaga dan ia berpotensi
mempromosikan kecekapan tenaga. Tunggak yang kedua adalah
alam sekitar yang memerlukan kita memulihara, memelihara dan
meminimumkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Seterusnya,
tunggak penting iaitu ekonomi memainkan peranan besar dimana
konsep teknologi hijau ini dapat meningkatkan tahap pembangunan
ekonomi negara seiring dengan penggunaan teknologi canggih atau
penggunaan konsep Industri Revolusi 4.0(IR4.0). Tunggak yang
terakhir atau tunggak yang keempat adalah berkenaan sosial
dimana ianya boleh meningkatkan kualiti hidup semua makhluk dia
atas muka bumi ini dan memastikan semuanya boleh hidup dengan
tenteram dan aman.

2.0

ISU SEMASA

ALAM SEKITAR:

BANJIR KILAT.

Isu banjir kilat ini ditafsirkan

sebagai satu fenomena yang

berlaku dalam tempoh masa yang

sangat singkat akibat daripada

curahan air hujan yang lebat dalan

jangka masa yang singkat

terutamanya di kawasan-kawasan

yang tertutup dengan bitumen atau

aspalt seperti di kawasan bandar.

Oleh itu, kebanyakan kejadian

banjir kilat ini berlaku tanpa

sebarang tanpa amaran yang

menyebabkan masyarakat

terpaksa menanggung risiko

kerugian yang sangat besar

kerana tidak memiliki kesempatan

atau peluang untuk

menyelamatkan harta benda

mereka kerana kejadian banjir

seperti ini sangat cepat dan

sentiasa berada diluar jangkaan

manusia.

Selain itu, trend kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan
bandar yang semakin mununjukkan peningkatan. Ini kerana,
intensiti hujan yang tinggi, kawasan pembangunan yang semakin
padat, sistem pengairan yang tidak sistematik kerana tidak
diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang
dan saliran yang dilihat telah menjadi penyumbang utama kepasa
masalah banjir kilat di kawasan bandar. Sebagai contoh yang
dapat diperlihatkan adalah Shah Alam, Selangor dan Batu Pahat,
Johor merupakan kawasan bandar yang pernah mengalami
fenomena banjir kilat yang teruk yang dikaitan dengan hujan
lebat di kawasan bandar. Ini jelas membuktikan bahawa kejadian
banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar adalah disebabkan
oleh kegagalan atau ketidakcekapan sistem saliran yang
terdapat dikawasan bandar akibat daripada kepesatan yang
berlaku.

Oleh itu, banjir merupakan satu situasi yang teruk kerana
menyebabkan kerosakan harta benda, kematian, dan
menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Ini kerana, mangsa-
mangsa banjir berkemungkinan untuk menghadapi masalah
kekuarangan, ketidakselesaan, kehilangan harta benda,
kehilangan pendapatan dan akan mengalami masalah psikologi.
Selain itu, masalah yang barkaitan dengan psikologi yang teruk
ini bukan sahaja dialami atau dirasai oleh mangsa-mangsa banjir
sahaja namun anggota sukarelawan juga akan terkesan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, menunjukkan
kekerapan berlakunya banjir pada tahun 2015/2016 berbanding
dengan kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2016/2017. Ini
kerana, kejadian banjir pada tahun 2016/2017 adalah lebih rendah
jika dibandingkan dengan tahun selepasnya. Ini telah jelas
menunjukkan bahawa kejadian berlakunya banjir adalah sukar
untuk diramalkan kerana kejadian ini boleh berlaku dalam sekelip
mata.

3.0

PRODUK
TEKNOLOGI

HIJAU :

Dalam konteks negara yang sedang membangun,
sudah semestinya banyak isu serta masalah yang timbul
dalam usaha mengejar kejayaan. Dalam pelbagai isu dan
masalah yang timbul, penciptaan produk-produk
teknologi hijau juga sentiasa dijalankan dalam
memastikan negara masih dapat dimajukan dalam
keadaan yang mesra alam dan tidak merbahayakan
penduduknya. Oleh itu, teknologi hijau yang juga
mempunyai fungsi untuk mengatasi masalah banjir kilat
di kawasan bandar iaitu Teknik biopori. Teknik ini hanya
melibatkan kos yang rendah untuk mengurangkan risiko
banjir. Selain dapat mengurangkan risiko banjir, Teknik
biopori ini juga merupakan teknik yang berkesan kerana
telah digunakan secara meluas di Indonesia.

Teknik biopori merupakan satu Lubang Resapan Biopori yang
diperbuat daripada alat bor biopori yang telah dicipta oleh Ir Kamir
Raziudin Brata. Lubang Resapan ini mempunyai diameter 10 hingga
30 sentimeter merupakan salah satu cara bagi setiap penduduk
untuk mengurangkan banjir. Fungsi Lubang Resapan Biopori ini
adalah untuk mangatasi banjir dengan cara meningkatkan kadar

Teknik

resapan air ke dalam tanah.
Teknologi ini bukan untuk mengurangkan kejadian banjir yang
disebabkan lubang yang tersumbat, namun untuk mengurangkan
masalah pembuangan sampah merata-rata dan dapat
mengembalikan kesuburan tanah. Selain itu, biopori ini memiliki
beberapa lubang atau pori-pori kecil yang dibentuk oleh mikro
organisma yang terdapat di dalamnya, seperti cacing, akar tanaman
atau serangga tanah yang lain. Oleh itu, dengan lubang-lubang atau
pori-pori yang terbentuk mempunyai keupayaan pada tanah untuk
menyimpan air. Semakin banyak lubang atau pori di dalam tanah,
maka semakin subur keadaan tanah kerana berlakunya kitaran air
dan oksigen yang sempurna.

Proses resapan air daripada penghasilan lubang biopori ini hanya
berlaku sekiranya lubang diisikan dengan sampah-sampah atau bahan-
bahan organik yang mudah diuraikan secara berperingkat. Ini kerana,

Teknik

bahan dan sampah organik ini berfunsi sebagai makanan kepada
organisma yang terdapat di dalam lubang. Oleh itu, semakin aktif
organisma tanah akan menjadikan struktur tanah memiliki lebih banyak
lubang atau pori yang dapat membantu proses resapan air dengan lebih
baik dan dapat mengelakkan tanah daripada menjadi kering, rosak dan
yang paling utama dapat mengelakkan berlakunya kejadian banjir di
kawasan tersebut.

3.1 KEBAIKAN TEKNIK BIOPORI.

Teknologi Lubang Resapan Biopori adalah berkos murah
berbanding dengan teknologi konvensional yang lain. Selain itu,
Teknik ini bersifat mesra alam kerana hanya melibatkan
penggunaan bahan organik dan sangat senang untuk dilakukan.
Antara kebaikan sistem biopori ini adalah dapat meningkatkan
daya resapan air oleh tanah. Ini kerana, air hujan akan diserap
dengan baik ke dalam tanah.

Selain itu, Teknik ini dapat merubah sampah atau bahan
organik kepada baja kompos dan dapat mengurangkan kesan
gas rumah hijau. Ini kerana, sampah atau bahan organik yang
dimasukkan ke dalam lubang biopori ini akan mengambil masa
selama 1 hingga 2 bulan sebelum berubah menjadi baja kompos.

Seterusnya, teknik ini menggunakan aktiviti yang dijalankan
secara semula jadi oleh flora dan fauna serta dapat melestarikan
sumber alam. Teknik ini juga dapat mengembalikan kesuburan
tanah yang dapat menyuburkan setiap tanaman yang berada
berdekatan dengannya. Teknik ini juga dapat mengurangkan
masalah timbulan sampah yang berbentuk organik kerana
sampah tersebut akan dimasukkan ke dalam lubang resapan
untuk berubah menjadi baja kompos.

Akhir sekali, dapat menghindar daripada pelbagai penyakit
yang berbahaya akibat daripada timbunan sampah yang dibuang
secara terbuka dan berbau busuk yang akan menarik perhatian
serangga seperti lalat, jentik-jentik kerana takungan air hujan
dan nyamuk. Selain itu, masalah takungan air hujan yang
berhampiran dengan kediaman juga dapat dihapuskan dengan
baik.

3.2 KELEMAHAN TEKNIK BIOPORI.

Setiap penciptaan teknologi hijau manusia tidak mempunyai
kemampuan untuk menghentikan masalah atau isu yang berlaku secara
terus, sudah pasti teknologi-teknologi tersebut memiliki kekurangan
tersendiri, tambahan pula dengan keadaan negara yang menginginkan
kemajuan tambah memikirkan risiko yang dihadapi.

Oleh itu, kelemahan lubang resapan biopori ini adalah tidak mampu
untuk menampung jumlah air yang terlalu banyak atau melimpah keran
ruangnya yang agak kecil. Ini akan mengakibatkan kawasan menjadi
rosak kerana air yang tidak terserap secara keseluruhan ini akan
menjadikan sesetengah kawasan tergenang dan lembab.

Selain itu, kawasan yang lembab dan mempunyai air yang bertakung
akan menjadi tempat sarang nyamuk. Disebabkan ini, lubang resapan
biopori perlu dibuat dengan ukuran yang lebih kecil agar dapat
menampung air hujan dengan lebih baik lagi.

Akhir sekali, untuk menghasilkan lubang resapan biopori memerlukan
tenaga yang waktu yang banyak kerana sukar untuk menghasilkan
lubang tersebur secara berseorangan. Selain itu, sekiranya lubang
resapan tidak ditutup dengan baik, boleh mendatangkan bahaya dan
kecederaan kepada orang lain yang turut menggunakan laluan tersebut
kerana mereka akan terperosok ke dalam lubang biopori lebih
membimbangkan lagi anak-anak yang masih kecil.

4.0

CADANGAN
TEKNOLOGI
HIJAU LAIN :

4.1 BANDAR SPAN “SPONGE CITY”.

Pembangunan bandar yang semakin pesat ini telah menyebabkan
berlakunya kejadian banjir kilat. Oleh itu, usaha yang telah dilakukan
untuk mengatasi masalah banjir kilat ini, kerajaan telah menggunakan
konsep bandar span (sponge city) sebagai jalan penyelesaian terhadap
masalah yang menjadi kebimbangan kepada semua masyarakat.
Konsep bandar span ini telah digunapakai di beberapa buah negara
seperti di China.

“Sponge City” merupakan kawasan bandar yang telah dirancang
bagi mengatasi hujan yang berlebihan dengan menggunakan pelbagai
Teknik. Selain itu, kawasan bandar yang telah sedia ada selalunya
terpaksa berhadapan dengan banjir yang disebabkan oleh hujan lebat,
air pasang, sungai yang membengkak, dan reka bentuk bandar span
yang dirancang untuk tujuan mengurangkan atau mencegah kejadian
yang telah berlaku dengan menyediakan kawasan yang berkebolehan
untuk menyerap air hujan secara semula jadi.

Selain itu, “Sponge City” hanya dapat mengurangkan bilangan
permukaan tanah yang keras dan meningkatkan jumlah permukaan
tanah yang dapat menyerap air semasa hujan turu terutamanya ruang
hijau dan boleh membuat perbezaan yang ketara dalam mengurangkan
keburukan dan kekerapan berlakunya kejadian banjir. Ditambah pula
pendekatan dengan sistem penyaluran dan penyimpanan yang cekap
dapat mengatasi kekerapan kekurangan air yang boleh menjadi akut di
kawasan bandar-bandar besar.

Bagi mengatasi masalah banjir kilat ini, “Sponge City” atau bandar
span iaitu salah satu dari produk teknologi hijau telah dicipta dan
digunakan di beberapa buah negara seperti China, antara kebaikan
“Sponge City” adalah lebih banyak bekalan air bersih yang dapat
disalurkan ke bandar. Ini kerana, dengan penambahan air bersih dari
bawah tanah ini akan lebih memudahkan proses untuk mengakses
sumber air bersih kepada kawasan bandar. Oleh itu, ini memerlukan
sara diri terhadap air yang lebih besar supaya dapat membolehkan
kawasan bandar itu agar terus bergantung dengan sumber air dari
dalam sempadan kawasan mereka sendiri.

Selain itu, memperoleh sumber air bawah tanah yang lebih bersih
disebabkan oleh peningkatan isupadu air ribut yang ditapis secara
semula jadi. Oleh itu, kos dalam kesihatan dan alam sekitar dapat
dikurangkan kerana berlaku pengurangan yang nyata dalam isu
pencemaran air akibat daripada penghasilan air bersih dari bawah
tanah.

Seterusnya, melalui pelaksanaan “Sponge City” ini dapat
megurangkan risiko terhadap banjir di kawasan bandar kerana
memiliki lebih banyak kawasan yang telap untuk pengekalan semula
jadi dan resapan air hujan. Oleh itu, ini akan menjadi daya tahan yang
kukuh khususnya memiliki kemampuan yang besar dalam menangani
risiko terhadap banjir yang berlaku akibat daripada perubahan iklim
yang tidak menentu.

Akhir sekali, “Sponge City” ini dalam mengurangkan tahap bebanan
pada sistem perparitan, loji rawatan air, saluran buatan dan aliran air
semula jadi. Oleh itu, kerajaan dapat mengurangkan pengeluaran kos
yang tinggi dalam infrastruktur seperti saluran dan rawatan ini. Selain
itu, kawasan bandar akan menjadi lebih hijau, sihat dan lebih
menyeronokkan untuk dipandangan. Ini kerana, kawasan bandar yang
lebih mesra alam dapat meningkatkan kualiti hidup, mewujudkan
estetika landskap yang lebih indah dan menjadikan kawasan rekreasi
sebagai pusat tumpuanan kepada orang ramai kerana dapat menarik
perhatin pengunjung. Ini bermaksud bahawa nilai tanah akan semakin
meningkat kerana memiliki kawasan yang terbuka adalah lebih estetik,
bersih serta sihat yang berada berhampiran dengan hartanah
persendirian

5.0

KESIMPULAN :

Natijahnya, isu alam sekitar selalu menjadi perbualan yang hangat
diperkataan oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana, alam sekitar
amatlah penting bagi semua hidupan di bumi tambahan pula, jika alam
sekitar gagal untuk dipelihara dengan baik, maka akan memberikan
impak yang buruk kepada semua hidupan. Jelas sekali bahawa,
kegagalan kita dalam memelihara alam sekitar akan mendatangkan
pelbagai risiko yang merbahayakan kesihatan dan kesejahteraan
hidupan dan bumi. Oleh itu, semua pihak haruslah cakna terhadap apa
sahaja yang sedang berlaku disekitar kita kerana boleh menyebabkan
masalah kepada alam sekitar dan juga hidupan yang lain.

Oleh hal yang demikian, dalam usaha mengatasi isu alam sekitar
terutamanya masalah banjir dalam negara, pihak kerajaan perlulah
memainkan peranan sebenar mereka sebagai pihak yang berkuasa
dalam negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlu
memastikan segala usaha yang perancangan dilakukan dengan teliti
untuk mengatasi masalah banjir di dalam negara. Penggunaan
teknologi hijau amatlah diperlukan kerana teknologi tersebut
merupakan sebuah produk yang mersa alam dan selamat untuk
digunapakai oleh kerajaan dalam usaha menangani isu alam sekitar
tanpa memberi impak negatif kepada rakyat dan pertumbuhan negara
untuk mencapai kemajuan.

6.0

RUJUKAN :

Abdul Hadi, (2021). Sponge City: Sebuah Konsep untuk Atasi Masalah

Air di Jakarta. https://www.antvklik.com/headline/sponge-city-sebuah-

konsep-untuk-atasi-masalah-air-di-jakarta

Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2021). Teknologi hijau tingkat kualiti

hidup, pacu ekonomi negara.

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknolo

gi-hijau-tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

Gustian Djuanda & Noraziah Che Arshad, (2012). Teknik Biopori Dalam

Memperkasakan Teknologi Hijau.

file:///C:/Users/Acer/Downloads/Documents/PKEM2012_1E5.pdf

Siti Nurul Annisa Temrin & Azahan Awang, (n.d). Bencana banjir dan

tahap pengetahuan penduduk terhadap pengurusan banjir di Serian,

Sarawak. file:///C:/Users/Acer/Downloads/Documents/22233-63939-1-

PB.pdf

Yichun Xu. (2020). What are sponge cities and why are they the future

of urban design? https://www.chapmantaylor.com/insights/what-are-

sponge-cities-and-why-are-they-the-future-of-urban-design


Click to View FlipBook Version