The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUAN SOFIYAH SAKINAH BINTI TUAN HASSIN
2 PPISMP RBT 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiamz1810, 2022-03-25 09:06:58

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

TUAN SOFIYAH SAKINAH BINTI TUAN HASSIN
2 PPISMP RBT 1

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

SPONGE CITY
(SC)

DALAM MENANGANI ISU BANJIR

BIODATA

NAMA : TUAN SOFIYAH SAKINAH BINTI
TUAN HASSIN

ANGKA GILIRAN : 2021162312020

KUMPULAN : 2PPISMP RBT1

KOD & NAMA KURSUS : PALS 1012 ASAS
KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

NAMA PENSYARAH : DR HAIRIAH BINTI
MUNIP

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 5.0 KESIMPULAN

2.0 ISU BANJIR RUJUKAN

3.0 SPONGE CITY (SC)
4.0 TEKNIK BIOPORI

1.0

PENGENALAN

KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
DAN ASAS LESTARI

Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem yang berfungsi untuk memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti-aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Dalam erti kata lain ia juga bertindak
sebagai alat, produk serta sistem yang dapat mengurangkan degradasi kualiti
persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau, jimat tenaga dan
sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat
kepada alam sekitar.

KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
DAN ASAS LESTARI

Jika dibuat perbandingan dengan teknologi sedia ada, Teknologi Hijau
merupakan teknologi yang mesra alam dan mempunyai kadar pembebasan
karbon ke udara yang lebih rendah. Teknologi Hijau dikesan sebagai salah satu
cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

2.0

ISU BANJIR

BANJIR DAN BANJIR KILAT

Kejadian banjir merupakan salah satu isu alam sekitar yang menjadi
pendebatan pada masa kini, lebih-lebih lagi banjir kilat. Kejadian banjir kilat
yang berlaku tanpa sebarang tanda amaran telah menimbulkan kerisauan dan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat warga kota. Banjir kilat merupakan
satu istilah untuk banjir yang berlaku pada kadar yang cepat. Banjir kilat
dikategorikan sebagai satu bencana alam kerana ia memberikan kesan secara
langsung kepada kehidupan manusia. Sebagai contohnya, kematian,
kemusnahan hasil pertanian, kerosakan infrastruktur, dan kerosakan kenderaan
atau tempat tinggal. Masyarakat yang terjebak dengan situasi banjir kilat
terpaksa menanggung kerugian apabila banyak harta benda tidak dapat
diselamatkan.

Rajah 2.0 Contoh Kejadian Banjir Kilat Yang Berlaku di Kuala Lumpur

Sumber : Sinar Harian (2022)
https://images.app.goo.gl/99AeyMVjbAF548dg7

PUNCA BANJIR KILAT

Antara punca utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah
intensi hujan yang tinggi, kawasan pembangunan yang padat, masalah
pencemaran longkang dan saliran, serta sistem saliran yang tidak diselenggara
dengan baik. Sepertimana yang kita dapat lihat, pembangunan yang pesat di
kawasan bandar seringkali mengabaikan aspek pengurusan alam sekitar.
Aktiviti-aktiviti pembangunan seperti pejabat, bangunan perniagaan, rumah
kedai dan kawasan perumahan telah menyebabkan bandar menjadi ‘hutan
batu’ dan tepu. Landskap bandar diturap dengan tar sehinga menyebabkan
kawasan-kawasan hijau semakin mengecil. Keadaan ini telah menyumbang
kepada kejadian banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat, walaupun dalam
tempoh yang singkat.

PENERANGAN PUNCA BANJIR
KILAT

Pada dasarnya juga, tanah dan pokok dapat menyerap semua air hujan
yang turun. Namun, ekoran daripada pembangunan pesat tanpa saluran yang
tepat, tanah tidak lagi mampu menahan dan menampung air hujan. Landskap
bandar yang terturap juga menyebabkan air hujan tidak dapat diserap ke dalam
tanah dengan pantas. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembangunan pesat
telah menyebabkan banyak kawasan menjadi ‘permukaan solid’ yang
menghalang kepada laluan air. Perkara ini membawa kepada kenaikan air
banjir dengan cepat sehingga dapat mencapai lebih dari 6 kaki kedalaman.

DATA / POLA BANJIR

Rajah 2.1 Situasi Bencana di Malaysia 2018
Sumber : Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) (2018)

DATA / POLA BANJIR

Berdasarkan rajah 2.1 iaitu data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan
Bencana Negara (NDCC) pada tahun 2018 juga membuktikan, 66 kes atau
60.5% kejadian bencana yang berlaku dalam Malaysia adalah disebabkan
banjir dan 96% daripadanya adalah melibatkan banjir kilat. Sebahagian besar
kejadian ini pula adalah disebabkan masalah perparitan dan saliran. Perkara ini
jelas menunjukkan, kejadian banjir kilat yang berlaku bukanlah merupakan
fenomena semula jadi semata, namun juga akibat daripada tangan dan
perbuatan manusia.

DATA / POLA BANJIR

Rajah 2.2 Kejadian Banjir Seluruh Malaysia Tahun 2017
Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2018)

DATA / POLA BANJIR

Rajah 2.3 Kejadian Banjir Seluruh Malaysia Tahun 2019
Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2020)

DATA / POLA BANJIR

Rajah 2.2 dan 2.3 menunjukkan kejadian banjir di seluruh negara pada
tahun 2017 dan 2019. Mengikut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia, terdapat sebanyak 404 kes kejadian banjir
yang berlaku dalam negara pada tahun 2017 dimana ia telah membabitkan
seramai 95,929 mangsa yang terpaksa berpindah dan menyebabkan kerugian
lebih dari RM50 juta ringgit. Kemudian, pada tahun 2019 kes naik sehingga
mencapai 535 kes. Laporan ini jelas menunjukkan berlakunya trend
peningkatan yang agak ketara dalam kejadian banjir yang terjadi dalam negara
dan perkara ini wajar dipandang serius oleh semua pihak terutamanya pihak
bertanggungjawab.

3.0

SPONGE CITY
(SC)

Rajah 3.0 Sponge City

Sumber : The China Britain Business Council (CBBC)
https://images.app.goo.gl/Qz8B8R3cEeVQjtqu5

SEBAB SPONGE CITY
DIPERKENALKAN

Bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku, satu produk teknologi hijau
yang dinamakan bandar span atau sponge city (SC) telah pun diperkenalkan
oleh kerajaan China. Hal ini kerana, pada tahun 2010, 62% daripada bandar
China mengalami banjir teruk akibat dari hujan yang turun tanpa henti. Keadaan
ini telah memaksa kerajaan China mencari satu inisiatif bagi mengatasi masalah
ini iaitu dengan penciptaan Program Bandar Span (SCP) yang dilancarkan pada
tahun 2014. Konsep bandar span ini boleh diaplikasikan oleh negara-negara
yang mengalami masalah banjir kilat.

Rajah 3.1 Ilustrasi Konsep Sponge City

Sumber : The Source Magazine
https://images.app.goo.gl/dah8TKPStdLiuo7U6

APA ITU SPONGE CITY

Sponge city adalah sebuah bandar terancang yang direka khas untuk
mengurangkan atau mencegah kawasan bandar dari dilanda banjir kilat dengan
keupayaan untuk menyerap air secara semula jadi. Hanya dengan cara
mengurangkan permukaan ‘tanah solid’ dan meningkatkan jumlah tanah yang
menyerap, terutamanya ruang hijau, ia boleh membuat perbezaan yang cukup
besar dalam mengurangkan kekerapan dan keterukan banjir kilat. Antara
langkah yang boleh diambil ialah dengan penyediaan ruang hijau yang lebih
banyak, pembinaan jalan raya menggunakan bahan permukaan yang berliang,
memperkenalkan lebih banyak kolam dan tasik yang boleh menampung air, dan
menyediakan tempat penyimpanan dan pengaliran air hujan.

Rajah 3.2 Apa Itu Sponge City

Sumber : Chapman Taylor (2020)
https://images.app.goo.gl/Uy5PezA7cNiEGdkKA

KONSEP SPONGE CITY

Sponge city ini merupakan satu istilah untuk sebuah bandar yang mampan,
hijau, berdaya tahan dan berimpak rendah. Ia adalah satu sistem dimana
saluran air bawah tanah beroperasi seperti span untuk menyerap, menyimpan,
menapis, memulihkan air hujan serta mengalirkan ke akuifer bandar. Air hujan
akan dikumpul kemudian dilepaskan dan boleh digunakan kembali untuk
pengairan dan kegunaan rumah apabila perlu. Sponge city ini boleh
mengekstrak air dari tanah melalui telaga bandar atau pinggir bandar. Daripada
menggunakan konkrit untuk mengalirkan air hujan, penggunaan alam sekitar
untuk menyerap, membersih dan menggunakan air itu semula adalah idea yang
kreatif dan sangat mesra alam.

Rajah 3.3 Dinding / Atap Hijau Dalam Konsep Sponge City
Sumber : Sieker

https://images.app.goo.gl/vy7Khir39DxaMSzq9

Berdasarkan rajah 3.3, kita dapat melihat konsep bandar span juga termasuklah
dinding dan atap hijau, laluan/jubin serap air dan bangunan yang mesra alam.
Konsep bandar span yang diperkenalkan ini adalah sejajar dengan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) iaitu 6: air bersih dan sanitasi, 11: bandar
mampan dan komuniti, 13: tindakan iklim. Dengan konsep bandar span ini, ia
akan menjadikan struktur sesebuah bandar raya lebih berdaya tahan. Ia juga
boleh mengurangkan atau mencegah kawasan bandar daripada dilanda banjir
kilat dengan keupayaan untuk menyerap air secara semula jadi.

LANGKAH-LANGKAH

Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan penyediaan ruang hijau
terbuka yang lebih banyak, pembinaan jalan raya menggunakan bahan
permukaan yang berliang, memperkenalkan lebih banyak kolam dan tasik yang
boleh menampung air, bumbung hijau yang boleh menyimpan dan menapis air
hujan secara semulajadi, saluran dan longkang yang boleh menahan serta
menapis air dan menyediakan tempat penyimpanan dan pengaliran air hujan.
Selain itu, bandar tersebut juga perlu mempunyai reka bentuk bandar yang
berliang seperti jalan berliang dan turapan yang boleh menampung lalu lintas
disamping membenarkan air diserap.

KEBURUKAN

Secanggih manapun sesuatu produk itu, sudah tentu ia
mempunyai halangan dan cabaran yang tersendiri. Sekiranya
kita lihat dari sudut pandang negatif, antara cabaran yang ada
pada sponge city ialah memerlukan pemahaman dan
penguasaan yang mendalam. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana, setiap kawasan bandar memerlukan teknik atau cara
yang berbeza.

Sesebuah negara yang ingin mengamalkan konsep sponge
city perlu membuat kajian dengan teliti terlebih dahulu serta
merangka plan dan strategi yang ingin dilaksanakan dalam
memastikan setiap teknik yang digunakan adalah bertepatan
dan sesuai dengan kawasan tersebut. Tanpa penguasaan
yang baik, ia akan mengakibatkan sebuah bandar span tidak
berjaya dibentuk.

KEBURUKAN

Selain itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapi dalam
mewujudkan sponge city ini ialah ia melibatkan kos permulaan
yang agak tinggi. Hal ini kerana, dalam melaksanakan konsep
bandar span yang berkesan, ia memerlukan modal yang besar
lebih lebih lagi apabila ia perlu melibatkan pengubahsuaian
kawasan bandar yang sedia ada.

Namun demikian, pelaburan kepada bandar span yang hanya
melibatkan pelaburan sekali sahaja adalah wajar dan berbaloi
jika dibandingkan dengan kos yang perlu dibayar dan
ditanggung dalam membaiki kerosakan yang berlaku
disebabkan oleh kejadian banjir kilat. Oleh itu, dalam jangka
masa yang panjang ia sebenarnya akan mendatangkan
penjimatan yang besar kepada sesebuah negara.

KEBAIKAN

Tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan yang ada pada sponge
city yang tidak boleh disangkal lagi. Antaranya ialah ianya
membantu menyediakan air bawah tanah yang lebih bersih.
Perkara ini adalah selari dengan konsep sponge city yang
menapis air secara semulajadi di bawah tanah. Ini bermaksud, kos
kepada alam sekitar dan kesihatan juga akan turut lebih rendah
disebabkan oleh pengurangan dan penurunan yang ketara dalam
pencemaran air.

KEBAIKAN

Selain itu, kebaikan lain ialah dapat menyediakan keperluan air di
seluruh bandar dengan lebih mudah. Ini kerana secara asasnya,
air yang keluar dari paip di setiap rumah diperoleh melalui equifers
bawah tanah. Dengan adanya konsep sponge city, ia boleh
membantu mengekstrak air hujan yang turun dengan menggerudi
telaga dan mengepam air keluar daripadanya. Air tersebut
kemudian boleh dikumpul dan dirawat sebelum diedar ke seluruh
bandar sehingga ke paip di setiap rumah.

KEBAIKAN

Seterusnya, antara kebaikan yang ada pada sponge city ini ialah
mengurangkan risiko berlakunya kejadian banjir kilat. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana, sponge city menawarkan dan
menyediakan lebih banyak ruang telap bagi tujuan pengekalan
semulajadi dan resapan air berlaku. Ia seterusnya akan membawa
kepada daya tahan yang lebih baik dan keupayaan yang lebih
tinggi untuk menangani risiko banjir kilat daripada perubahan iklim
yang berlaku.

KEBAIKAN

Di samping itu, sponge city membantu dalam menyediakan ruang
bandar yang lebih hijau, sihat dan juga menyeronokkan. Ruang
bandar yang lebih hijau akan dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup masyarakat, mewujudkan landskap yang lebih
menyenangkan serta kawasan rekreasi yang menarik minat orang
ramai. Perkara ini juga akan membawa kepada ruang tanah yang
lebih bersih dan sihat ekoran daripada konsep semulajadi yang
diaplikasikan. Secara tidak langsung juga, ia dapat memberikan
rangsangan yang lebih baik kepada kesihatan mental dan fizikal
seseorang.

KEBAIKAN

Akhir sekali, kebaikan lain yang dapat diperoleh daripada sponge
city ini ialah membantu mengurangkan beban pada sistem
perparitan, loji rawatan air, saluran buatan dan juga aliran
semulajadi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sponge city akan
membantu dalam penyerapan air dan turut sama menapis air
sebelum diedarkan ke kawasan bandar. Perkara ini juga akan
turut membantu mengurangkan kos untuk infrastruktur saliran dan
rawatan.

4.0

TEKNIK
BIOPORI

APA ITU TEKNIK BIOPORI

Selain dari mengaplikasikan produk lestari sponge city, antara cadangan lain
yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah banjir kilat ialah dengan
menggunakan Teknik Biopori yang diperkenalkan oleh Ir Kamir R Brata. Sistem
ini telah terbukti berkesan selepas ia cuba dilaksanakan di beberapa kawasan
dan kemudian telah pun digunakan secara meluas di Indonesia. Biopori atau
dikenali sebagai Lubang Resapan Biopori merupakan satu alat yang diperbuat
daripada alat bor Biopori. Lubang Resapan Biopori ini mempunyai diameter 10
hingga 30 sentimeter dan merupakan alternatif yang perlu ada bagi setiap
rumah terutamanya yang tinggal di kawasan yang sering berlaku kejadian banjir
kilat.

Rajah 4.0 Bentuk Biopori Yang Akan Dihasilkan
Sumber : Djuanda, G. & Che Arshad, N. (2012)

Rajah 4.1 Alat Bar Biopori Yang Akan Digunakan
Sumber : Djuanda, G. & Che Arshad, N. (2012)

BAGAIMANA

Lubang Resapan Biopori ini sangat sesuai dilakukan kerana hanya melibatkan
kos yang rendah dan berfungsi untuk mengatasi banjir dengan cara
meningkatkan daya resapan air di dalam tanah. Peningkatan daya resapan ini
dilakukan dengan menghasilkan lubang pada tanah dan kemudiannya ianya
ditutup dengan sampah organik untuk menghasilkan baja. Secara tidak
langsung, teknologi biopori ini bukan sahaja dapat mengurangkan banjir malah
dapat mengurangkan penghasilan sampah serta menyuburkan tanah. Teknik
Biopori ini mempunyai lubang-lubang atau pori-pori kecil dalam tanah yang
dibentuk dari aktiviti mikroorganisma di dalamnya seperti cacing, akar tanaman,
dan juga serangga tanah yang lain.

KONSEP

Lubang yang dibuat akan dapat meningkatkan kemampuan tanah untuk
menyimpan air. Penyerapan air dari penghasilan lubang biopori ini berlaku
apabila lubang tersebut diisikan dengan sampah organik yang mudah diuraikan
secara berperingkat-peringkat. Sampah organik yang diletak akan bertindak
sebagai makanan kepada organisma disekitar lubang. Dengan itu, organisma
dalam tanah akan lebih aktif dan akan menjadikan struktur tanah lebih berpori.
Liang-liang udara yang terbentuk akan menjadi saluran yang akan menyerap
komposisi air dan seterusnya mengurangkan risiko banjir di kawasan
berkenaan.

KELEBIHAN TEKNIK BIOPORI

Antara kelebihan-kelebihan yang ada pada sistem biopori ini ialah
menggunakan aktiviti yang dijalankan secara semulajadi oleh flora dan fauna.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, sistem ini turut melibatkan penggunaan
cacing, serangga dan juga akar tanaman. Dengan itu, sistem ini dapat
meneruskan kelestarian sumber alam. Selain daripada itu, ia dapat
mengelakkan daripada berlakunya takungan air. Ini kerana sekiranya dilihat,
tidak semua kawasan yang lapang seperti halaman rumah, padang bola dan
kawasan yang belum diturap mempunyai kadar resapan air yang baik
disebabkan oleh jenis tanahnya. Oleh itu, teknik biopori ini boleh digunakan
dalam membantu penyerapan air ke dalam tanah. Semakin dekat jarak biopori,
semakin banyak jumlah biopori yang dapat menyerap air.

5.0

KESIMPULAN

Konklusinya, dapat disimpulkan disini bahawa kejadian banjir kilat yang
berlaku di kawasan bandar bukanlah merupakan satu masalah baru yang
perlu dihadapi. Namun, cara penyelesaian kepada masalah banjir kilat itu
adalah berbeza dan bergantung kepada sesebuah negara itu sendiri.
Pendekatan yang diambil oleh kerajaan China iaitu dengan mewujudkan
bandar span merupakan satu langkah yang bijak dan ianya boleh
diaplikasikan di seluruh dunia. Sesebuah negara boleh mempertimbangkan
dan melihat bandar span sebagai salah satu perkara yang perlu ada dalam
proses mereka bentuk bandar. Sekiranya ingin melibatkan kos yang rendah
sahaja, teknik biopori boleh diaplikasikan dalam mengurangi kejadian banjir
kilat.

Dengan adanya produk-produk yang mesra alam ini, ia dapat melindungi
rumah, mata pencarian dan kehidupan berjuta-juta orang. Di samping itu juga,
produk teknologi hijau yang diperkenalkan ini dapat meningkatkan
pemuliharaan kepada alam sekitar serta kelestarian alam. Kerajaan tempatan
dan pihak pembuat dasar haruslah mengambil inisiatif seperti sponge city
dalam menangani masalah banjir kilat daripada terus berlaku. Rakyat juga
hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara
kelestarian alam. Dengan adanya kerjasama yang jitu daripada semua pihak,
sudah tentu isu ini dapat dibendung dan diatasi dengan baik.

RUJUKAN

Djuanda, G. & Che Arshad, N. (2012). Teknik Biopori dalam Memperkasakan
Teknologi Hijau. Prosiding Perkem VII, 305-317.
https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1E5.pdf

Faris Fuad. (2022, Mac 7). Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan
Sekitar Ibu Kota. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931197/banjir-kilat-
tenggelamkan-ribuan-kenderaan-sekitar-ibu-kota

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. (2018). Laporan Banjir Tahunan Bagi
Tahun 2016/2017.
http://h2o.water.gov.my/man_hp1/Banjir_Tahun1617.pdf

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. (2020). Laporan Banjir Tahunan
2019. http://h2o.water.gov.my/man_hp1/2019.pdf

Muhammad Farid Ahmad Tarmiji. (2021, Disember 1). Pembangunan Pesat
Punca Banjir Kilat di Bandar. Kosmo.
https://www.kosmo.com.my/2021/12/01/pembangunan-pesat-punca-banjir-
kilat-di-bandar/

Pensyarah Kanan di Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (UiTM).
(2020, September 16). Konsep ‘Bandar Span’ Manfaat Hujan Melampau.
Berita Harian. https://www.pressreader.com/

Strephonsays. (n.d.). Perbezaan Antara Banjir Kilat dan Banjir Sungai.
https://ms.strephonsays.com/flash-flood-and-vs-riverine-flood-228

Temrin, S. N. A., & Awang, A. (2017). Bencana Banjir dan Tahap Pengetahuan
Penduduk Terhadap Pengurusan Banjir di Serian Sarawak. Malaysian
Journal of Society and Space, 13(4), 22-36.

Ulku, M. , Xinxin, S. , Lans, M. V. D. , Peynado, T. D. , Zheng, J. , & Fong, C.
(2018). ErQi Sponge City Final Report. Delf University Of Technology.
https://www.tudelft.nl/en/infrastructures/education/student-projects/sponge-
city-china

Ump News. (2021, April 8). ‘Bandar Span’ mungkin jawapan kepada
permasalahan banjir? https://news.ump.edu.my/experts/bandar-span-
mungkin-jawapan-kepada-permasalahan-banjir

World Future Council. (2016, Januari 20). Sponge Cities: What Is It All About?
https://www.worldfuturecouncil.org/sponge-cities-what-is-it-all-about/

Xu, Y. (2020, Ogos 26). What Are Sponge Cities and Why Are They The Future
of Urban Design?. Chapman Taylor.
https://www.chapmantaylor.com/insights/what-are-sponge-cities-and-why-
are-they-the-future-of-urban-design

Yusoff, S. Y. M., & Thomas, R. (2021). Pemetaan Titik Panas Banjir Kilat di
Kuala Lumpur: Pemetaan Titik Panas Banjir. Malaysian Journal of Tropical
Geography (MJTG), 47(1 and 2), 123-142.
https://mjir.um.edu.my/index.php/MJTG/article/view/35196/14327

Sekian,
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version