SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA 42000 KLANG SELANGOR 23 MAC 2024 | SABTU | 8.00 PAGI - 10.00 PAGI DEWAN LESTARI, SK SEMENTA SESI 2024/ 2025 ENCIK HASBULLAH BIN IBRAHIM@LEMBUT GURU BESAR SK SEMENTA ENCIK MOHAMAD KOSNI BIN MADAR YANG DIPERTUA PIBG SK SEMENTA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 1 ISI KANDUNGAN M/S Aturcara Majlis dan Agenda MAT PIBG Tahun 2024 2 Ucapan Penasihat PIBG 3 - 4 Kata-Kata Aluan YDP PIBG 5 - 6 Notis Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke – 45 Tahun 2024 7 - 8 Ahli Jawatankuasa Pelaksana MAT Kali ke 45 Tahun 2024 9 - 10 Agenda MAT PIBG Tahun 2024 11 Minit Mesyuarat MAT PIBG kali Ke – 44 Tahun 2023 12 - 18 Tarikh Mesyuarat AJK PIBG Tahun 2023/2024 19 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 20 - 26 Pertanyaan/Soalan/Usul/Cadangan PIBG 2024 27 - 31 Lampiran AJK PIBG sesi 2023/2024 Aktiviti Kurikulum 2023/2024 Aktiviti HEM 2023/2024 Aktiviti Kokurikulum 2023/2024 Aktiviti PPKI 2023/2024 32 - 36 Penghargaan 38
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 2 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE - 45 TAHUN 2024 8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa & Guru 8.30 pagi : Kata alu-aluan Pengerusi Mesyuarat dan bacaan doa (En. Mohamad Kosni Bin Madar) Ucapan Penasihat Guru Besar SK Sementa (En. Hasbullah B Ibrahim@Lembut) Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. Sementa kali ke-45 diteruskan Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Pelantikan pengerusi sementara Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 Penyerahan sijil dan cenderahati 10.00 pagi : Ucapan penangguhan YDP PIBG yang baru Mesyuarat selesai
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 3 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG SK SEMENTA Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perpaduan. Salam Karamah Insaniah. Salam Anak Yang Baik Lagi Cerdik. Salam JPN Selangor sentiasa berkualiti dan terus unggul. Salam Klang Cemerlang Klang Terbilang. Salam SK Sementa sekolah transformasi “School of inspiration”. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu kembali dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45. Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas komitmen kehadiran Tuan Puan ke mesyuarat agung pada kali ini. Saya berharap perjumpaan hari ini dapat memberikan input yang positif dan impak yang memberangsangkan kepada peningkatan kualiti pada masa akan datang di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf keceriaan sekolah juga turut giat dilakukan untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid untuk menuntut ilmu di sekolah dengan perasaan ceria dan selamat. Peningkatan mutu prasarana sekolah merupakan salah satu hala tuju utama PIBG dan terdapat beberapan perubahan yang Tuan Puan dapat lihat di sekitar sekolah ini. Sungguhpun begitu, kita juga tidak dapat lari daripada cabaran dan rintangan yang mendatang. Sering diingatkan bahawasanya mesyuarat agung ataupun perjumpaanperjumpaan anjuran pihak sekolah merupakan medium yang sesuai untuk berbincang hal berkaitan kemajuan pendidikan anak-anak. Sehubungan dengan itu, saya
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 4 mengharapkan agar ibu bapa dan warga SK Sementa bergerak sederap memajukan SK Sementa demi menjadikan sekolah ini yang sekolah berkualiti dan berwawasan. Akhir kata saya menyeru dan berharap agar warga SK Sementa dan pihak ibu bapa dapat terus berusaha menekankan prinsip kerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi untuk meraih lebih banyak kejayaan dalam meningkatkan kemenjadian murid. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 edisi 2024/2025 ini. Sekian, terima kasih. En Hasbullah B Ibrahim @ Lembut Guru Besar SK Sementa
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 5 SEKAPUR SIREH YANG DIPERTUA PIBG SK SEMENTA Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya telah diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit warkah ucapan pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 ini. Terlebih dahulu saya berasa amat berbesar hat dan ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ahli PIBG SK Sementa kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi menerajui Jawatan YDP PIBG pada sesi 2023/2024 yang lalu. Sepanjang sesi persekolahan 2023/2024 yang lalu, barisan ahli jawatankuasa PIBG telah berganding bahu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan di atas kepercayaan yang telah diberikan. Perbincangan melalui mesyuarat sering dilakukan demi memberikan manfaat yang sewajarnya kepada murid-murid SK Sementa. Walaupun setahun sekali, diharapkan perjumpaan ini dapat merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Sementa iaitu mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Saya percaya dibawah kepimpinan Tuan Guru Besar, barisan guru yang berdedikasi dan barisan AJK PIBG yang komited, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan. InsyaAllah dengan sokongan AJK yang ini saya percaya segala perancangan serta aktiviti yang telah dan akan dirancang dapat diteruskan dengan lancar. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan-tuan dan puan-puan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 6 yang sudi bersama-sama hadir pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak murid kita. Wabillahi_taufiq_walhidayah Assalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuh Bunga dedap di atas para, Di atas dahan burung tempua, Anak dusun pasang pelita. Melihat rusa tepi perigi. Kalau tersilap tutur bicara, Salam perpisahan untuk semua Jemari disusun maaf dipinta. Di lain masa bersua lagi. Sekian, Terima kasih. En. Mohamad Kosni Bin Madar YDP PIBG SK SEMENTA Sesi 2023/2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 7 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA & GURU ( PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA BATU 6, JALAN KAPAR, 42100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN NO. TEL : 03-32911308 NO. FAKS : 03-32905741 EMEL : [email protected] Rujukan Kami : SKS/07/04/002( ) Tarikh : 15hb Feb 2024 Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sementa Batu 6 Jalan Kapar, 42100 Klang Selangor Darul Ehsan Melalui, En Hasbullah Bin Ibrahim@Lembut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sementa Batu 6 Jalan Kapar, 42100 Klang Selangor Darul Ehsan Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE - 45 EDISI 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak Sekolah Kebangsaan Sementa akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-45 Sesi 2024/2025 pada ketetapan berikut : Tarikh : 23hb Mac 2024 Hari : Sabtu Tempat : Dewan Lestari, SK Sementa Masa : 9.00 pagi 3. Makluman untuk ahli PIBG, mesyuarat akan dijalankan secara bersemuka di Sekolah Kebangsaan Sementa. Kami sediakan Google Form dan kod QR untuk Tuan/Puan isi kehadiran dan usul atau pun cadangan. Mohon isi kehadiran dan usul atau cadangan sebelum 4hb Mac 2024 (Isnin). Link Google Form (https://forms.gle/aRg5f3mgDuuXzQQm9). Kod QR ada di lampiran 1. 4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat ini, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “ MALAYSIA MADANI" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Disediakan oleh, Disahkan dan Diluluskan oleh, …………………………………….... ............................................... (Zulkifli Bin Mohd Abd Ghani) (Mohamad Kosni Bin Madar) Setiausaha PIBG SK Sementa YDP PIBG SK Sementa Sesi 2023/2024 Sesi 2023/2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 8 Lampiran 1
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 9 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE – 45 TAHUN 2024 PENYAMBUT TETAMU En. Hasbullah B Ibrahim @ Lembut En. Mohamad Kosni Bin Madar En Tun Azmi bin Tun Abdullah En. Yusuf B Alimuddin Pn. Hajah Aryati Bt Tokiran Pn Nornajmah Bt Muah En. Mazlan Bin Ahmad Pn. Rahimah Binti Abd Aziz URUSETIA PENDAFTARAN Pn Siti Hadijah Bt Atan Pn Saadiah Bt Sairi Pn Siti Zainab Bt Kassim Pn Siti Aisyah Bt Bain Pn Siti Esah Bt Abdullah Cik Siti Juraidah Bt Mohamed Apandi Pn. Nur Asyilla Aslinda Binti Mohd Nasir Pn Nur A’in Azierahq Binti Mohd Ghazali Cik Farah Nabilah Binti Abdul Karim PENGACARA MAJLIS Pn Farizyan Bt Piut Pn Noor Nabilla Huda Bt Shamsuddin BACAAN DOA En Mazlan Bin Ayub JEMPUTAN VIP En Azrilhairi B Ahmad BUKU PERSIDANGAN En Zulkifli B Mohd Abd Ghani Pn Julianna A/P Selvanayagam Pn Nurul Syakirin Bt Nazian Pn Hajah Rafeah Bt Muhd Nor Pn Siti Mubarakah Bt Tarmudi Pn Umi Khalsom Bt Ibrahim Pn Noordiyanah Bt Kusnin Pn Norhayati Bt Isa Pn Suzana Bt Saipuddin Pn Siti Saluah Bt Masri SIJIL & CENDERAHATI Pn Siti Rahayu Bt Ilias Pn Hajah Roslina Bt Suaid Pn Hajah Rohaliza Bt Parham Pn Hajah Rajiha Bt Mustaffa Pn Rosliza Bt Mad Liki Pn Noralisa Bt Mohamad Hairi Pn Nor Aini Bt Mahamud Pn Siti Zakiah bt Ab Hamid Pn Tay Siow Han PENCATAT MINIT Pn Nur ‘Izzati Bt Abd Rahman Pn Khairun Nisa Bt Roslan Pn Latifah bt Mohamad Lutfi DOKUMENTASI Pn Nor Sharmin Bt Mohd Pn Nurul Izzah Bt Md Zubir Pn Norhidayah Bt Haji Anuar DERMA TABUNG PIBG Pn Noraidah Bt Nasir Pn Khadijah Bt Hassim Pn Mahani Bt Hamidon Pn Maidatusyatila Bt Mansor Pn Maslina Bt Minhat@Mihat Pn Hajah Maszura Bt Yaakob Pn Norlida Bt Parainah Cik Siti Hafsyah bt Idris Pn Tusinah Binti Hasan Pn Noor Shamila Binti Sahiar JEMPUTAN IBU BAPA, DAN MERUMUS/CADANGAN IBU BAPA En Ahmad Zamzuri Bin Haji Toha Pn Deepa Kumary A/P Kandasamy Pn Zaidah Bt Manap Pn Siti Azizah Bt Mohamed Yusof Pn Aizura Yanie Bt Mohd Ariffin Pn Mahida Bt Ramly Pn Siti Junainah Bt Tutor@Abu Naim Pn. Tamilselvi A/P Saladorai Pn Hajah Siti Rohaidah Bt Mohd Som BACKDROP & HIASAN PENTAS Pn Eliza Bt Ebnu Hajar Pn Fathiah Bt Mohamed Pn Fazliani Bt Khaled Pn Fatin Farhana Bt Sohani Pn Fazliatuniza Bt Mohd Fadzil Pn Indra Tagore Irani @ iti Binti Hassan Pn Jumaiah Bt Mohamad Salleh Pn Nik Zamaron Bt Ismail JAMUAN IBU BAPA Pn Haslinda Bt Baharuddin Pn Hasniza Bt Seharun Pn Hazlinah Bt Saringat Pn Zuraini Bt Awang Pn Zuana Bt Hanif Pn Kirender Kaur A/P Ranjeet Singh Pn Noorasiah Bt Abdul Rahman Pn Norhafizah Bt Hj Baharuddin Pn. Noraini Binti Lasiman JAMUAN VIP Pn Nor Laila Bt Lahwan@ Hj Mustafa Pn Hamidah Bt Misdar Pn Hamidah Bt Abu Hassan Pn Norliah Bt Bari Pn Zuraini Bt Mohd Kusrin Pn Atikah Bt Ramle Pn Aishah Bt Hj Hussin Pn Asmahan Bt Selamat Pn Hafizan Bt Sahizah Pn. Norkhuzaimah Binti Mohd Pauzi BANNER & KAIN RENTANG Cik Nur Nabilah bt Aziz Pn Rosyatimah bt M. Yassin Pn Radhiah bt Abdul Madul
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 10 TEKNIKAL & ICT En Mohamad Fauzie B Sulaiman En Mohamad Idwan Bin Mohd Hasli En Iswandi Bin Abdul Hamid En Muhammad Saiful b Mohd Daud Pn Azlinahwati Bt Ahmad Pn Fatimah az-Zahrah bt Juma`at Pn Jamaliah bt Jelani Pn Nurizawati bt Mohamed Ismail Pn Nurul Ezzah Hilwani bt Saleh Pn Asma Hairunnisa bt Abdullah Pn. Norlaili Binti Sonit Pn Azhariah bt Abdul Samad Cik Kokilavathi A/P Paramesvaran En Nik Mohd Samsul Bahari B Nik Kob (AJK IBUBAPA) Pn Siti Junainah Bt Jamaluddin (AJK IBU BAPA) Pn. Hairiawati bt MD Zaini (AJK IBU BAPA) En. Abd Razak bin Mohd Noor (AJK IBU BAPA) En. Mohamad Afis b Hussein (AJK IBU BAPA) Pn Norhedayah bt Sharir (AJK IBU BAPA) PERSIAPAN BUKA DAN TUTUP DEWAN En Mohd Irwan B Idris Encik Noor Azam B Osman En Shahrul Fahmi Bin Idris En Wan Suhaidi B Wan Sulaiman En Mohamad Rashidi Bin Mohd Halil En Mohammed Hakiman B Hanifah En Shamrizal Fauzi Bin Mohd Salleh En Mohamad Noor Asyraf Bin Che’ Basir En Syahril B Aziz Cik Izzatul Izana Bt Yahya Pn Juliah Bt Shamsuddin Pn Nor Azlin Bt Sallehudin Pn Norhaslina Bt Mat Hassan Pn Norliza Bt Mohd Kamal Pn Hajah Siti Norsahliha Bt Abdul Ghani En Zulkifli B Yahaya Pn Lailatul Amrini bt Abd Shahadan Pn Tengku Norsyafiqah bt engku Hadi PnNurul Syamimie bt Mohamad Aladin
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 11 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEMENTA KALI KE - 45 TAHUN 2024 1. Ucapan Pengerusi. 2. Ucapan Penasihat. 3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bilangan 44. 4. Perkara-perkara berbangkit. 5. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Tahun 2023. 6. Menerima dan membahaskan usul-usul 2024 7. Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG. 8. Ucapan penangguhan.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 12 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA, KLANG KALI KE – 44 TAHUN 2023 PK 07/3 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA, KLANG KALI KE – 44 sesi 2023 Tarikh : 10hb Jun 2023/Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Lestari, SK Sementa Pengerusi : En. Mohamad Kosni Bin Madar Kehadiran (Bilangan) : Ibu Bapa 113 orang Guru 114 orang JUMLAH 227 orang 1 AGENDA 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada AJK pelaksana mesyuarat kerana bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat pada hari ini. 1.2 Beliau berharap perbincangan pada hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kata sepakat daripada pihak guru dan ibu bapa. 1.3 Beliau juga menekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan hala tuju anak-anak. Tanggungjawab ini sebolehnya jangan dilepaskan pada pihak sekolah sepenuhnya tetapi memberi bantuan dan dorongan yang sepenuhnya. 1.4 Selain itu, beliau juga menyatakan tentang kos pembiayaan telah meningkat disebabkan ekonomi masa kini namun dengan peranan dan sokongan ibu bapa yang padu dapat membantu pihak sekolah menjalankan tugas dengan baik. UCAPAN GURU BESAR 1.5 Tuan Guru Besar En Hasbullah B Ibrahim @ Lembut mengucapkan tanda terima kasih kepada penjaga yang sudi hadir merencanakan amanah kepada anak-anak supaya mendapat mutu pendidikan yang terbaik. 1.6 Jumlah murid SK Sementa adalah sebanyak 2072 murid dan dengan kehadiran lebih kurang 113 ibu bapa, beliau berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana sudi meluangkan masa lapang untuk hadir ke mesyuarat ini. 1.7 PIBG ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pengarah Pendidikan Negeri dan guru besar sebagai pendaftar. Peranan PIBG adalah sebagai persatuan bersama ibu bapa yang
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 13 berperanan untuk memikirkan kearah pembangunan sekolah untuk memastikan kemenjadian murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek. 1.8 PIBG juga berperanan penting membantu pihak sekolah seperti contoh sumbangan yang diberikan digunakan untuk membangunkan prasarana sekolah. Kerja naik taraf yang terkini adalah membina penghalang panas di dewan terbuka, naik taraf lantai bilik muzik dan mengganti pintu rosak di kelas-kelas. 1.9 Beliau menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya memberikan dana untuk menguruskan murid dari segi pendidikan dan pembangunan yang asas sahaja. Beliau berhasrat untuk membina penghalang panas di sebelah kanan dewan pula supaya tidak tempias hujan dan terkena panas. Namun, pihak sekolah akan cuba buat yang termampu untuk keselesaan anak murid. 1.10 Beliau juga menyatakan tahun ini akan diadakan pelantikan baru. 2 AGENDA 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Setiausaha Kehormat PIBG bagi tahun 2023, En Zulkifli B Mohd Abdul Ghani membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan SK Sementa kali ke-43 bagi tahun 2022. Dicadang : PN. SITI JURAIDAH BINTI MOHAMED APANDI Disokong : PN WAN NUR ASIAH BINTI WAN HUSIN 3 AGENDA 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit 4 AGENDA 4 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31HB DISEMBER 202 4.1 Bendahari Kehorrnat, Cik Julianna A/P Selvanayagam membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31hb Disember 2022. Cik Julianna meminta para ibubapa dan penjaga merujuk Buku Mesyuarat Agung Tahunan muka surat 17 hingga 23. 4.2 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31hb Disember 2022 diterima sebulat suara oleh sidang mesyuarat tanpa sebarang pindaan. Dicadang : EN MUHD SAPARWAN BIN KAHLIL Disokong : EN ZULHAFIZAN BIN SAFAWI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 14 5 AGENDA 5 MEMBAHASKAN USUL-USUL DAN CADANGAN 5.1. YDP memohon kepada ahli mesyuarat merujuk muka surat 24 hingga 29. Usul yang terdiri daripada bidang pendidikan, keceriaan/pembangunan/kebersihan sekolah, kantin, keselamtan lalu lintas dan lain-lain. 5.2 Usul pertama dalam bidang Pendidikan pada muka surat 24 yang diutarakan oleh Encik Mohd Nazrin Bin Mohd Saad mencadangan agar pihak sekolah mewujudkan aktiviti kebudayaan lebih kerap supaya anak-anak boleh mempelajari adab dan kebudayaan dnegan lebih mendalam. * Respon : Tuan Guru Besar menjelaskan aktiviti disekolah dijalankan mengikut surat siaran KPM sebagai contoh sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum dari kelab, unit uniform dan sukan dan kebudayaan akan diterapkan secara tidak langsung. Sekolah juga ada membuat persembahan dan papan info untuk memberi pendedahan kepada muridmurid. Selain itu, guru-guru juga mempunyai kekangan dari segi masa disebabkan kerja tambahan. Oleh itu, jika pihak ibu bapa mempunyai cadangan untuk memberi sumbangan tenaga atau ‘coach’ luar untuk latih pelajar adalah amat dialu-alukan. 5.3 Usul kedua diterima menerusi En Saparwan Bin Kahlil yang mengajukan pertanyaan berkaitan dengan isu sesetengah guru yang garang sehinggakan anak takut hendak ke sekolah. * Respon : Guru Besar menyatakan bahawa guru perlu ada sifat tegas untuk memastikan anak-anak mengikut arahan yang diberikan. Guru perlu pandai memikirkan cara untuk menghiburkan dan menarik minat anak murid. Namun, ibu bapa boleh datang berjumpa dengan pihak pentadbir jika sekiranya ingin membuat aduan. Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya. 5.4 Selain itu, Puan Siti Wahyuzie Binti Mohd Arif turut mencadangkan sekiranya ada kerja sekolah, guru perlu memaklumkan di dalam group “WhatsApp” supaya ibu bapa dapat membuat pemantauan di rumah. * Respon : Guru Besar mengambil maklum tentang usul ini dan akan dibawa ke mesyuarat guru yang akan datang. 5.5 Usul seterusnya ialah tentang kantin sekolah iaitu En Saparwan Bin Kahlil bertanya tentang harga makanan dan minuman di kantin yang agak mahal. * Respon : Dalam usul ini, Guru Besar menjelaskan pihak sekolah sentiasa membuat pemantauan terhadap operasi kantin. Pihak kantin mengadukan harga barang mentah agak mahal masa kini. Pekerja yang diupah juga mesti merupakan orang tempatan dan bukan warga asing. Pihak kantin juga perlu membayar sewa pada pihak sekolah bermula bulan Mei yang lalu.Namun begitu, pihak sekolah akan sentiasa memantau harga supaya tidak diluar kawalan. Beliau juga menyatakan tender kantin akan dibuka 3 tahun sekali dan pihak sekolah akan cuba mencari pengusaha kantin yang berpatutan dari segi harga dan menjaga kebersihan.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 15 5.6 Usul yang seterusnya adalah daripada Pn Siti Ruzilah Binti Mohd Kasim yang mencadangkan pihak kantin menjual makanan yang berkhasiat. Kurangkan makanan frozen seperti nugget, kentang goreng dan lain-lain. * Respon : Guru Besar menyatakan pihak kantin sekolah dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi kebersihan dan pilihan makanan. Dalam tahun ini, pihak kantin telah dipantau sebanyak 2 kali dan mendapat maklum balas yang positif dari pihak KKM. Jelas beliau, tiada lagi makanan seperti nugget dijual kerana pihak kantin perlu mengikut menu yang ditetapkan oleh pihak KKM.KKM tidak benarkan pihak kantin menjual air kordial, tambah beliau. 5.7 Seterusnya, usul kantin yang terakhir adalah daripada Pn Maaidatulfaiezi Bt Chapot yang mencadangkan pihak kantin menyediakan garfu untuk menu mee dan bihun. * Respon : Guru Besar khuatir jika perlu menyediakan garfu, pihak kantin terpaksa menambah kos kepada anak murid. *Tindakan : Usul di atas akan dibawa kepada pengetahuan pihak kantin. 5.8 Selanjutnya, usul daripada segi keselamatan dan lalu lintas adalah daripada Pn. Nurashiykin Binti Abdul Rahman berkenaan dengan kawalan trafik semasa mengambil anak pulang ke sekolah dipertingkatkan demi keselamatan murid. Beliau menjelaskan insiden yang berlaku di depan mata beliau dimana terdapat murid yang terjatuh dan dipijak rakan di depan pintu pagar sekolah. * Respon : Tuan Guru Besar menyatakan guru-guru bertugas sudah cuba yang terbaik untuk mengawal keadaan di hadapan pintu pagar sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Murid akan disuruh berbaris namun masalah utama kesesakan di hadapan pintu pagar sekolah adalah sifat sesetengah ibu bapa yang berkerumun di betul-betul hadapan pintu pagar. Guru turut dinasihati untuk tidak pulang terlebih dahulu sehingga murid pulang. 5.9 Isu seterusnya berkait dengan isu 5.8 di mana Pn Noraini Binti Mahamud, guru SK Sementa meminta jasa baik ibu bapa untuk jarakkan diri daripada pintu pagar sekolah semasa menunggu atau mengambil anak pada waktu balik. * Respon : NYDP En Tun Azmi memberi respon dengan menasihati ibu bapa supaya tidak meletakkan motor di depan pagar sekolah. Pihak sekolah ada sediakan rela dan guru bertugas. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini. *Tindakan : AJK PIBG akan berbincang dengan pihak sekolah bagi menangani masalah ini. 5.10 Usul seterusnya adalah daripada Pn. Norhidayah Binti Samsudin yang mencadangkan supaya keadaan lalu lintas dikawal pada hari Sabtu waktu kokurikulum. * Respon : NYDP mengatakan di atas akan dibincang dengan pihak sekolah dan Rela memandangkan sesi kokurikulum belum bermula. 5.11 Bagi kategori usul lain-lain, Pn Siti Natrah Binti Ismail mencadangkan sesi persekolahan bermula pada bulan 1 seperti sebelum PKP. Hal ini kerana, hari pembukaan sekolah bertembung dengan hari yang ibu bapa tidak dapat menampung perbelanjaan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 16 serentak. * Respon : Guru Besar memaklumkan bahawa beliau tiada kuasa untuk menetapkan tarikh pembukaan sekolah. Ia tertakluk kepada surat siaran dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Namun, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan baru-baru ini, sesi persekolah akan bermula seperti biasa pada tahun 2026. Hal ini kerana, mengikut akta, hari persekolahan perlu cukup sebanyak 190 hari setahun 5.12 Usul seterusnya adalah daripada Pn Norhidayah Binti Samsudin di mana beliau mencadangkan pihak sekolah menyediakan screen besar unutk pada hadirin di belakang menonton persembahan atau penyampaian hadiah pada hari graduasi mahupun program lain yang melibatkan ibu bapa. * Respon : YDP menyatakan bahawa usul ini akan melibatkan kos yang agak besar namun akan diusahakan oleh pihak PIBG sekiranya dana mencukupi. Guru Besar juga menyatakan bahawa mengikut saiz dewan, pihak sekolah memerlukan sekurang-kurangnya 4 buah biji televisyen. Beliau juga meminta kerjasama ibu bapa untuk menyokong aktiviti dan kutipan sekolah bagi merealisasikan hasrat ini. 5.13 Pn. Siti Junainah Binti Jamaluddin selaku AJK PIBG memohon kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM60 dan sumbangan lalu lintas sebanyak RM20. Dengan jumlah ini, harapan ibu bapa, pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti di sekolah. * Respon : Guru Besar mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin menaikkan jumlah sumbangan PIBG. Pihak sekolah akan mengadakan hari kutipan sumbangan PIBG pada 24 Jun 2023. *Tindakan : Usul di atas mendapat persetujuan kesemua ahli mesyuarat. *Sokongan: En. Mohd Irwan Bin Idris 5.14 Usul yang terakhir adalah daripada Pn. Nornajmah Binti Muah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, iaitu memohon kutipan sumbangan sebanyak RM50 untuk Hari Graduasi Tahun 6 dan RM10 bagi Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak. * Respon : YDP meminta sokongan daripada kesemua ahli mesyuarat untuk menjalankan kutipan ini. NYDP juga menyatakan bahawa ibu bapa boleh membuat sumbangan secara ansuran kepada guru kelas. Pihak PIBG akan cuba menampung mana-mana kos yang kurang. *Tindakan : Usul di atas mendapat persetujuan kesemua ahli mesyuarat. *Sokongan: Pn. Maidatusyatila Binti Mansor 5.15 Terdapat beberapa cadangan yang diajukan, pertama adalah daripada Pn. Eliza Binti Ahmad iaitu beliau mengusulkan supaya pihak sekolah membuat tabung pandu lalu untuk memudahkan ibu bapa menderma. * Respon : Guru Besar memberi kenyataan bahawa pihak sekolah tidak boleh meminta sumbangan sesuka hati. Pihak sekolah perlu memohon kebenaran JPN untuk membuat kutipan sumbangan. Namun, jika ada yang ingin menyumbang, ibu bapa atau guru boleh menyumbang melalui PIBG.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 17 6 HAL-HAL LAIN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022/2023 6.1 Terdapat pemilihan dan pelantikan AJK pada tahun 2023/2024. AJK PIBG bagi tahun 2022/2023 dibubarkan. 6.2 En Ahmad Zamzuri Bin Haji Toha mencadangkan En Zulkifli Bin Mohd Abd Ghani menjadi pengerusi sementara. *Sokongan : En. Mohd Kosni Bin Madar 6.2 En. Mohd Irwan Bin Idris mencadangkan AJK PIBG tahun 2022/2023 dikekalkan untuk tahun 2023/2024. *Sokongan : En Mohamad Noor Asyraf Bin Che’ Basir 6.2 Oleh kerana, terdapat sedikit pertukaran AJK GURU PIBG bagi sesi 2023/2024 maka berikut adalah senarai nama guru dan ibu bapa yang terlibat: 5.15 Cadangan kedua adalah daripada En. Ahmad Zamzuri Bin Haji Toha, iaitu beliau mewakili unit kebajikan bantuan dan sumbangan memohon kebenaran untuk membuat kutipan derma kilat pada tahun 2023. * Respon : Guru Besar menerangkan bahawa derma kilat yang dijalankan disekolah adalah untuk disumbangkan kepada keluarga yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran dan kematian. Beliau meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat untuk menyokong cadangan di atas. *Tindakan: Ahli mesyuarat sebulat suara setuju untuk menjalankan derma kilat pada tahun 2023. *Sokongan : Pn Maaidatulfaiezi Bt Chapot. 5.16 Cadangan ketiga adalah daripada En. Ahmad Zamzuri Bin Haji Toha, iaitu beliau mencadangkan sebuah program khas iaitu karnival keusahawan atau karnival mega diadakan untuk meraih dana untuk pembangunan dewan lestari seperti membina bumbung tambahan dan sebagainya *Respon: YDP meminta ahli mesyuarat menyokong jika setuju dengan cadangan di atas. *Sokongan : Pn Hairiawati Binti Md Zaini 5.16 Cadangan terakhir adalah daripada YDP sendiri iaitu En. Mohd Kosni Bin Madar iaitu untuk meneruskan kutipan kad amal yang telah dijalankan seperti tahun sebelum ini. *Respon: NYDP menerangkan bahawa sumbangan melalui kad amal tersebut akan digunakan untuk menampung kos naik taraf infrastruktur sekolah. Beliau meminta ahli mesyuarat menyokong jika setuju dengan cadangan di atas. *Sokongan : Pn Wan Asiah Binti Wan Husin
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 18 Penasihat : En Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Yang Di Pertua : En Mohd Kosni Bin Madar Naib Yang Di Pertua : En. Tun Azmi Bin Tun Abdullah Setiausaha Kehormat : En. Zulkifli Bin Mohd Abd Ghani Bendahari Kehormat : Cik Julianna A/P Selvanayagam Ahli Jawatankuasa : AJK Ibubapa 1. En Abdul Razak Bin Mohd Nor 2. En Nik Mohd Samsul Bin Nik Kob 3. En Yusuf Bin Alimuddin 4. Pn Hairawati Binti Md Zaini 5. Pn Siti Junainah Binti Jamaluddin 6. Pn Norhedayah Binti Shari AJK Guru 1. Pn. Nurul Syakirin Binti Nazian 2. En. Azrilhairi Bin Ahmad 3. En Shahrul Fahmi Bin Idris 4. En Wan Mohamad Zulfadhli B Wan Hanaffi 5. Pn. Siti Mubarakah Binti Mohammad Tarmudi 6. Pn Siti Zakiah Binti Ab Hamid Juruaudit Dalaman : En Mohamad Afis B Hussein ( ibu bapa) Juruaudit Dalaman : Pn. Jamaliah Binti Jelani (guru) 7 AGENDA 7 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 YDP En Mohd Kosni B Madar mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan pelantikan AJK bagi sesi 2023/2024. Beliau berharap kesemua barisan AJK yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang terbaik demi kesejahteraan sekolah SK Sementa. 7.2 Mesyuarat di akhiri dengan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asr. 7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.37 pagi. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................…........ ........................................... (NURUL SYAKIRIN BINTI NAZIAN) (MOHD KOSNI B MADAR) AJK Guru PIBG Yang Di Pertua PIBG SK Sementa 2023/2024 SK Sementa 2023/2024 Tarikh : 13hb Jun 2023 Tarikh : 13hb Jun 2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 19 TARIKH MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 BIL PERKARA TARIKH 1 MESYUARAT AJK PIBG BILANGAN 1 8 JULAI 2023 2 MESYUARAT AJK PIBG BILANGAN 2 9 DISEMBER 2023 3 MESYUARAT AJK PIBG BILANGAN 3 7 FEBRUARI 2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 20 LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SEMENTA PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR 31.12.2023 PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM Baki pada 31 Disember 2022 RM107,810.21 Akademik (Nota 1) RM17,721.00 Sumbangan PIBG Kokurikulum (Nota 2) RM14,469.20 1130 murid x RM60 RM67,800.00 Hal Ehwal Murid (Nota 3) RM27,063.60 Elaun Lalu Lintas / Keselamatan (Nota 1) RM22,700.00 Naik Taraf / Penambahbaikan (Nota 4) RM42,052.65 Bayaran Pelbagai (Nota 2) RM64,490.95 Lain - lain (Nota 5) RM18,674.50 Elaun Lalu Lintas (Nota 6) RM23,040.00 PWR (Nota 7) RM2,000.00 JUMLAH RM145,020.95 BAKI BUKU TUNAI & PENYATA BANK RM117,780.21 JUMLAH RM262,801.16 JUMLAH RM262,801.16 Kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku telah memeriksa kira-kira kewangan PIBG SK Sementa bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 bagi pihak PIBG SK Sementa dengan berpandukan resit dan baucer yang ditunjukkan oleh Bendahari Persatuan ini dan kami mengesahkan bahawa kira-kira ini betul.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 21 PENERIMAAN NOTA RUJUKAN (2023) NOTA 1 ELAUN LALU LINTAS AMAUN (RM) JUN 11,100.00 JULAI 5,000.00 OGOS 1,820.00 OKTOBER 2,680.00 NOVEMBER 1,800.00 DISEMBER 300.00 JUMLAH 22,700.00 NOTA 2 BAYARAN PELBAGAI AMAUN (RM) SUMBANGAN PIBG 2022 (Diterima pada Jan – Mar 2023) 8,520.00 KAD AMAL (Diterima pada Jan – Mar 2023) 6,764.50 PSKPP (TUMPANG) 580.00 WINNER BANK RAKYAT 300.00 PENERIMAAN BH (Murid Baitul Hasanah) 2,142.00 GOTONG-ROYONG (KPM) 10,000.00 HARI KANAK-KANAK (TUMPANG) 18,800.00 HARI GRADUASI (TUMPANG) 13,800.00 SUMBANGAN PUSAT PAKAIAN HARIHARI 1,194.45 PENERIMAAN LAIN-LAIN 290.00 SUMBANGAN PIHAK KANTIN (Mesin Air) 2,100.00 JUMLAH 64,490.95
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 22 PERBELANJAAN NOTA RUJUKAN (2023) NOTA 1 AKADEMIK AMAUN (RM) 16/1/2023 Guru Ganti (1) 850.00 2/2/2023 Anugerah Kecemerlangan Murid 11,371.00 2/2/2023 Majlis Khatam & Graduasi Tahun 6 600.00 2/2/2023 Majlis Apresiasi Pengawas 1,520.00 3/2/2023 Guru Ganti (2) 1,600.00 18/10/2023 Program PLaN (Program Literasi & Numerasi) 1,780.00 JUMLAH 17,721.00 NOTA 2 KOKURIKULUM AMAUN (RM) 2/2/2023 Anugerah HEM & Kokurilum 3,022.00 Ogos – Sep 2023 Wakil Sekolah MSSD (Makanan, minuman & pengangkutan murid) 6,255.00 15/9/2023 Temasya Sukan Sekolah 4,370.00 22/11/2023 Bola Jaring (Penyertaan Murid Peringkat Kebangsaan) 502.20 21/11/2023 Pasukan Hoki (Yuran Pendaftaran Murid MSSD) 100.00 31/10/2023 Perkhemahan PPI (Makanan & Minuman Murid) 220.00 JUMLAH 14,469.20
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 23 NOTA 3 HAL EHWAL MURID AMAUN (RM) 17/7/2023 Bengkel Skuad Pencegahan Dadah (Penyertaan Murid) 50.00 2/8/2023 Gotong Royong Madani 2,440.00 8/12/2023 Hari Kanak-Kanak (Tumpang) 20,711.60 13/12/2023 Tanda Nama & PSS BH (Tumpang) 352.00 13/12/2023 Pengurusan Kebersihan & Keceriaan 3,510.00 JUMLAH 27,063.60 NOTA 4 NAIK TARAF / PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH AMAUN (RM) 25/3/2023 Pembaikan Pelbagai (Paip, lampu dan lain-lain) 1,265.15 16/6/2023 Memasang Frame Hollow Cladding Wall 12,346.00 24/6/2023 Naik Taraf Pintu Kelas & Lantai Bilik Muzik 22,381.50 22/6/2023 Papan Tanda “Larangan Berniaga” 450.00 29/7/2023 Membekal & Memasang Penyangkut Pintu 960.00 22/11/2023 Memasang Pagar Keselamatan (BRC Fence) 4,650.00 JUMLAH 42,052.65
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 24 NOTA 5 LAIN-LAIN AMAUN (RM) 31/1/2023 Bayaran untuk Seminar PIBG 200.00 1/2/2023 T-shirt AJK PIBG 1,003.00 1/2/2023 Servis Mesin Jenama Cuckoo 480.00 1/2/2023 Hari Kanak-Kanak (Tumpang) 200.00 1/2/2023 Sumbangan SEKOLAHKU/HIP/ e-Kelas (Tumpang) 2,620.00 2/2/2023 Sumbangan 10% BAKES dari Kad Amal 2,929.00 14/2/2023 Pinjaman Guru Baharu 2,000.00 6/4/2023 Majlis Iftar 1,400.00 14/4/2023 Pengeluaran PSKPP (Tumpang) 580.00 26/5/2023 Sumbangan Hari Guru 1,500.00 3/6/2023 Makanan Mesyuarat AJK PIBG 180.00 10/6/2023 Mesyuarat Agong Tahunan PIBG 2,500.00 24/6/2023 Sumbangan untuk Hari Kutipan Sumbangan PIBG 575.00 8/7/2023 Makanan Mesyuarat AJK PIBG 180.00 13/7/2023 Sumbangan untuk Karnival Pendidikan Pra-Sekolah 200.00 13/7/2023 Sumbangan Majlis Persaraan Cikgu Suryani Binti Salleh 900.00 15/9/2023 Sumbangan Majlis Persaraan Cikgu Ku Zaini Binti Ku Yusoff 900.00 10/12/2023 Pengeluaran Winner Bank Rakyat ke BAKES 300.00 Jan – Dis 2023 Caj Bank 27.50 JUMLAH 18,674.50
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 25 NOTA 6 ELAUN LALU LINTAS AMAUN (RM) JANUARI 2,160.00 FEBRUARI 1,440.00 MAC 1,200.00 APRIL 1,440.00 MEI 2,160.00 JUN 1,920.00 JULAI 2,400.00 OGOS 2,040.00 SEPTEMBER 2,160.00 OKTOBER 2,640.00 NOVEMBER 2,280.00 DISEMBER 1,200.00 JUMLAH 23,040.00
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 26 NOTA 7 PWR (PANJAR WANG RUNCIT) PENYATA BANK BERAKHIR PADA 31.12.2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 27 PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN TAHUN 2024 IBU BAPA PENDIDIKAN BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. EN KAMAL (5 Tekun) Isu bebanan beg sekolah Saya mencadangkan guru untuk menggunakan group “WhatsApp” sebagai medium komunikasi berkesan antara guru dan ibu bapa. Maklumkan rancangan pengajaran (lesson plan) dan buku apa yang ingin digunakan untuk kelas pada esok hari kerana tidak semua buku digunakan serentak. Jika minta loker untuk setiap murid mungkin pihak sekolah tidak bersetuju kerana isu bajet. Isu usul tidak dibincangkan Saya berpendapat mungkin ada ibu bapa yang tidak dapat hadir atau lewat hadir ke mesyuarat PIBG atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Mohon usul / isu berbangkit yang ditulis melalui “Google Form” ini dibincangkan walaupun individu tersebut tidak hadir. Mesyuarat perlu membincangkan isu berbangkit yang ditulis supaya “Google Form” secara atas talian ini relevan dan bukan sekadar untuk mengumpul data sahaja. 2. PN FATIN SUHANA (Nur Zahirah / 6 Maju, Mior Muhammad Khalid / 5 Usaha, Nur Sumayyah / 3 Rajin, Mior Muhammad Khidir / Tahun 1) Isu buku aktiviti yang tidak digunakan. Buku aktiviti sekolah banyak yang tidak digunakan. Bagi mengelakkan pembaziran, jika tidak digunakan, boleh dimansuhkan. Hal ini kerana, harganya agak mahal juga dan sesetengah buku hanya digunakan beberapa muka surat sahaja. Harap ada penambahbaikkan. 3. EN FAZLI BIN MAT ZAIN (Noor Fareena Zaramya binti Fazli / 3 Harmoni) Kuasai 3M
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 28 4. PN NAZATUL SAIDAH BINTI SALLEHUDDIN (Alesha Zahraa' binti Muhammad Firdaus / 3 Setia) Penyertaan murid pada Hari Sukan Sekolah. Saya berharap pada hari sukan mohon semua anak murid sertai seperti dahulu, tidaklah hanya yang terpilih sahaja, sekurang-kurangnya 1 penyertaan. 5. PN NUR'AISYAH NAJIHAH BINTI MOHAMAD ISA (Insyirah Husna binti Mohamad Idwan / 5 Usaha) Isu kenaikan harga buku NILAM. Harga buku Nilam semakin naik setiap tahun dengan bilangan muka surat semakin berkurang. Harap dapat maksimakan penggunaan setiap muka surat dengan hanya mencatatkan tajuk buku dan beberapa item sahaja tanpa perlu perincian setiap bahan bacaan. 6. PN NUR'AISYAH NAJIHAH BINTI MOHAMMAD ISA ('Irdina Hannah binti Mohamad Idwan / 4 yakin) Pakaian pengawas sekolah. Saya mencadangkan agar pakaian pengawas Tahap 2 masih mengekalkan baju kurung sama seperti pakaian pengawas Tahap 1. Ini lebih sesuai dan selesa buat murid untuk belajar dalam keadaan cuaca yang panas. 7. EN MOHD ZAILANI BIN ABD WAHAB (Nur Alisha Zara binti Mohd Zailani / 5 setia ) Pakaian baju sukan. Saya mencadangkan murid untuk pakai baju sukan semasa waktu sekolah. 8. EN. BAKRI BIN MOHD SAID (Nur Nabila binti Bakri / 6 Usaha) Isu RMT Saya berharap ada penambahbaikan sistem RMT kepada murid. 9. EN RAIS BIN YAHYA (Muhammad Danish bin Rais / 6 Usaha, Muhammad Raihan bin Rais / 4 Usaha) Lawatan sekolah. Saya mencadangkan pihak sekolah memperbanyakkan lawatan sambil belajar ke luar sekolah. 10. EN MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAINORAHIM (Ahmad Fathi Adha bin Muhammad Hafiz / 3 Tekun) Tugas pengawas sekolah. Saya mencadangkan Pengawas Darjah 2 hanya menjaga kelas Murid Darjah 2 atau Darjah 1 sahaja. Pengawas Darjah 3 menjaga kelas Darjah 3 atau Darjah 2 sahaja.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 29 KECERIAAN/ PEMBANGUNAN/ KEBERSIHAN BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN SITI JUNAINAH BINTI JAMALUDDIN (Muhammad Aqqif bin Mohamad Khairuzzam) Cadangan ganti/tambah kipas. Saya mencadangkan pihak sekolah untuk menggantikan kipas yang rosak dan membuat pertambahan kipas di dewan Lestari. 2. PN ERZA LIANA BINTI SHAHAR (Nur Rania Queseyra bt Muhamad Hafizudin) Menambah baik tandas murid. KEDAI BUKU SEKOLAH BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN NORAIN BINTI SULAIMAN SAFAWI (6 Setia) Mewujudkan sistem pembelian buku secara dalam talian (online) Saya mencadangkan pihak sekolah mewujudkan sistem beli buku secara online bagi mengelakkan kesesakan ibu bapa beratur di kedai buku dan menjimatkan masa semua pihak dalam penyediaan keperluan berkenaan. Ibu bapa hanya tinggal ambil buku sahaja dan balik. Isu harga sesetengah barangan jualan di kedai buku. Saya berharap pihak sekolah memantau barangan yang dijual di kedai buku sekolah. Hal ini kerana, anak-anak banyak membeli barangan / alat tulis di sana yang mana harganya agak mahal. Mungkin boleh mempertimbangkan jualan produk mampu milik agar murid-murid tidak menghabiskan wang saku di kedai buku.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 30 2. PN FADZILAWATI SARIPUDDIN (Nurkhalishah Wafiyyah Binti Kamarul Azizi / 2 Jujur) Barang jualan di kedai buku. Saya meminta pihak sekolah untuk pantau penjualan di kedai buku, ini kerana ada benda yang tidak sepatutnya di jual di sekolah sebagai contoh “keychain” yang ada lampu. Saya juga meminta pihak kedai buku boleh pantau juga pembelian anak murid terutama anak darjah 1 yang suka berbelanja di kedai buku, tidak logik jika seorang anak murid yang suka membeli dan tidak kenal nilai duit,sehingga boleh membeli pemadam sampai 10 biji 2 hari berturut-turut. SUMBANGAN SEKOLAH BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN FARIDAH BINTI ROSLI (Nur Aryana Farisyah / 4 Harmoni) Pembayaran sumbangan. Saya mencadangkan pembayaran sumbangan selepas Hari Raya Aidilfitri. 2. PN NORAIN BINTI SULAIMAN SAFAWI (6 Setia) Isu cara pembayaran sumbangan. Saya mencadangkan pihak sekolah membuat akaun bank bagi pembayaran sumbangan secara dalam talian atau “transfer”. KESELAMATAN/LALU LINTAS BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN NOR ATHIRA FITRI BINTI JEMALI (Noraliff Indra bin Norazwan / 3 Maju) Susunan murid semasa waktu balik. Saya mencadangkan murid Tahun 1 perlu di utamakan & perlu mempercepatkan masa balik sekolah sebelum budak tahun 2&3 keluar. 2. PN HAIRIAWATI BINTI MD ZAINI (Hairia Shaira Zulaikha binti Mohd Sharip / 3 Usaha) Pertambahan jumlah sumbangan lalu lintas daripada RM20 kepada RM25.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 31 LAIN-LAIN BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN ZURAINI BINTI MUHAMMAD (Nur Maisarah bt Mohd Sabaruddin / 5 Ikhlas) Tempat menunggu untuk warga emas. Saya mencadangkan sementara ada perjumpaan dengan guru kelas masing-masing, warga emas yang selalu hadir ditempatkan di kantin supaya boleh duduk daripada berdiri selama berjam-jam di luar. PENTADBIR / GURU BIL NAMA PERTANYAAN/ SOALAN/ USUL/ CADANGAN 1. PN NORNAJMAH BINTI MUAH (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sementa) Sumbangan kekal - RM 60 (PIBG) - RM 20 (keselamatan) *Kutipan sumbangan per keluarga. Kutipan sumbangan unit kebajikan murid bagi tujujuan sumbangan musibah. - (apabila diperlukan) kutipan secara sukarela Kutipan hari kanak-kanak - RM 10 seorang. Kutipan Majlis Graduasi Tahun 6 - RM 50 seorang Mengadakan program mencari sumbangan untuk menaiktaraf prasarana sekolah.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 32 LAMPIRAN i. LAMPIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 ii. LAMPIRAN AKTIVITI UNIT KURIKULUM iii. LAMPIRAN AKTIVITI UNIT HEM iv. LAMPIRAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM v. LAMPIRAN AKTIVITI PPKI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 33 LAMPIRAN 1 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 BIL NAMA AJK JAWATAN 1 EN HASBULLAH BIN IBRAHIM @ LEMBUT PENASIHAT 2 EN MOHAMAD KOSNI BIN MADAR YDP 3 EN TUN AZMI BIN TUN ABDULLAH NYDP 4 EN ZULKIFLI BIN MOHD ABD GHANI SETIAUSAHA 5 PN JULIANNA A/P SELVANAYAGAM BENDAHARI 6 EN NIK MOHD SAMSUL BAHARI BIN NIK KOB AJK IBU BAPA 7 EN YUSUF BIN ALIMUDDIN AJK IBU BAPA 8 PN NORHEDAYAH BINTI SHARI AJK IBU BAPA 9 PN SITI JUNAINAH BINTI JAMALUDDIN AJK IBU BAPA 10 PN HAIRIAWATI BINTI MD.ZAINI AJK IBU BAPA 11 EN ABDUL RAZAK BIN MOHD NOOR AJK IBU BAPA 12 EN MOHAMAD AFIS BIN HUSSEIN JURUAUDIT IBU BAPA 13 PN NURUL SYAKIRIN BINTI NAZIAN AJK GURU 14 EN AZRILHAIRI BIN AHMAD AJK GURU 15 EN SHAHRUL FAHMI BIN IDRIS AJK GURU 16 PN SITI MUBARAKAH BINTI MOHAMMAD TARMUDI AJK GURU 17 PN SITI ZAKIAH BINTI AB HAMID AJK GURU 18 PN JAMALIAH BINTI JELANI JURUAUDIT GURU
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 34 LAMPIRAN 2 AKTIVITI UNIT KURIKULUM Pengerusi : Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Puan Aryati Binti Tokiran Setiausaha : Puan Siti Hadijah Bt Atan BIL. AKTIVITI CATATAN 1. UJIAN FORMATIF OGOS - SEPT 2023 2. MINGGU PANITIA SEPANJANG TAHUN 3. HARI APRESIASI DAN KECEMERLANGAN MURID - TAHUN 1 HINGGA 6 - PPKI 27 JAN 2024 4. HARI GRADUASI PRA SEKOLAH 30 JAN 2024 5. HARI GRADUASI TAHUN 6 DAN PPKI 2 FEB 2024 6. UASA / UJIAN SUMATIF 4 - 11 JAN 2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 35 LAMPIRAN 3 AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID Pengerusi : Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Puan Nornajmah Binti Muah Setiausaha : Puan Nurul Ezzah Helwani Binti Saleh BIL. AKTIVITI CATATAN 1. GOTONG-ROYONG PEMBUKAAN SEKOLAH 15 MAC 2023 2. PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 20 MAC 2023 3. WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS / KETUA KELAS / PENOLONG / SPBT 16 MEI 2023 4. PROGRAM GOTONG - ROYONG 29 JULAI 2023 5. MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH 31 OKTOBER 2023 6. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & PELANCARAN GAYA HIDUP SIHAT TANPA ROKOK DAN VAPE 13 DISEMBER 2023 7. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 27 JANUARI 2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 36 LAMPIRAN 4 AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM Pengerusi : Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Encik Mazlan Bin Ahmad Setiausaha : Cik Nur Nabilah Binti Aziz BIL. AKTIVITI CATATAN 1. MEMANAH MSSD 10 - 14 JULAI 2023 2. BOLA SEPAK MSSD 24 -28 JULAI 2023 3. SEPAK TAKRAW MSSD 3 - 7 JULAI 2023 4. OLAHRAGA MSSD 9 - 10 OGOS 2023 5. BOLA TAMPAR MSSD 6 - 7 JULAI 2023 6. BOLA JARING MSSD 31 JULAI - 2 OGOS 2023 7. MERENTAS DESA MSSD 1 OGOS 2023 8. HOKIS MSSD 14 & 17 JULAI 2023 9. KATMO BOLA JARING 12 - 13 DISEMBER 2023 10. KATMO HOKI 27 NOVEMBER 2023 11. KATMO BOLA TAMPAR (L & P) 13 DISEMBER 2023 12. PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 PIALA DATO’ ORANG BESAR DAERAH KLANG 30 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2023 13. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 24 - 26 NOVEMBER 2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 37 LAMPIRAN 5 AKTIVITI PPKI Pengerusi : Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut Penyelaras : Encik Wan Mohamad Zulfadhli Bin Wan Hanffi Setiausaha : Puan Rajiha Binti Mustafa BIL. AKTIVITI CATATAN 1. SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 31 JULAI 2023 2. SUKAN SEKOLAH 11 MEI 2023 3. KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH KLANG 15 - 17 JULAI 2023 4. PERKHEMAHAN SEKOLAH 28 JULAI 2023 5. MERENTAS DESA 20 APRIL 2023 6. MERENTAS DESA DAERAH 23 & 24 APRIL 2023 7. MAJLIS GRADUASI SEKOLAH TAHUN 6 24 JANUARI 2024 8. KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS 20 & 21 MEI 2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA KALI KE-45 SESI 2024/2025 23 MAC 2024 38 PENGHARGAAN Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Hasbullah Bin Ibrahim@Lembut Guru Besar SK Sementa Encik Mohamad Kosni Bin Madar Yang Dipertua PIBG SK Sementa 2023/2024 Ahli jawatankuasa PIBG Ibu bapa dan barisan guru serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahun PIBG Sk Sementa kali ke-45 edisi 2024/2025 TERIMA KASIH