The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

6 Ting 1 Bidang Akhlak Pelajaran 27 - 30

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdlatifsariman, 2022-12-17 18:17:24

6 Ting 1 Bidang Akhlak Pelajaran 27 - 30

6 Ting 1 Bidang Akhlak Pelajaran 27 - 30

P27 AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI BIDANG AKHLAK

Buku Teks MS 162-165
#Nota al-FAQIH Ting 1

SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Akhlak Mahmudah dan Perkataan akhlak berasal daripada perkataan “Khuluq” yang bermaksud
Akhlak Mazmumah budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat. Dari segi istilah, akhlak ialah sifat
yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan
Kelebihan Berakhlak dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam.

Akhlak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu akhlak mahmudah dan
akhlak mazmumah.

Akhlak Mahmudah Akhlak Mazmumah

Maksud Sifat dan tingkah laku Sifat dan tingkah laku
terpuji yang terdapat terpuji yang terdapat
pada diri seseorang pada diri berlawanan
yang bertetapan dengan nilai dan
dengan nilai dan perakuan syarak.
perakuan syarak.

Akhlak kepada Allah SWT

Syukur, sabar, redha, Riya’, putus asa,
tawakal, zikir dan sangka buruk dan lalai.
qanaah.
Contoh
Akhlak kepada Manusia

Tawadhuk, menghormati Sombong,

orang lain, pengasih, memandang hina

dan pemurah. terhadap orang lain,

________________________________________________________________________

Orang yang berakhlak mahmudah kedudukan yang tinggi dan mulia di
sisi Allah SWT. Kemuliaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-
hadis yang berikut:

Abu Hurairah (r.a) menyatakan bahawa Rasulullah (r.a) bersabda, “Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya”.

Abu Al-Darda’ (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (di akhirat)
daripada keelokan akhlak”.


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING

Rasulullah SAW bersabda lagi sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Jabbar (r.a):

Tujuan Memelihara Akhlak Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kamu dan
paling dekat kedudukannya denganku pada Hari Akhirat ialah orang
Implikasi Tidak Memelihara yang paling baik akhlaknya.
Akhlak
________________________________________________________________________

• Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni
• Mendapat kasih sayang Allah SWT dan sentiasa diberkati
• Membentuk hubungan yang baik antara hamba dengan Allah

SWT
• Sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT
• Mendapat syafaat dan rahmat Allah SWT pada Hari Akhirat
• Mewujudkan kestabilan politik dan keamanan negara
• Meningkatkan kualiti modal insan yang amat diperlukan dalam

membina kemajuan dan ketamadunan yang tinggi

________________________________________________________________________

Wahai anakku yang tercinta, ingatlah pesanan ayah ini,

Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Hiasilah dirimu dengan akhlak
mahmudah dan peliharalah dirimu daripada akhlak mazmumah. Sesungguhnya
akhlak yang buruk meruntuhkan maruah dirimu dan menjadikan kamu hina di sisi
Allah SWT dan pandangan manusia.

Wahai anakku,

Binalah peribadimu dan jauhilah sifat mazmumah. Ingatlah bahawa sifat sombong
dan bongkok menjadikan kamu dibenci manusia. Sifat riya’ pula menjadikan
kamu dimurkai Allah SWT.

Wahai anakku,

Jangan sekali-kali kamu bersikap biadab terhadap gurumu. Bersopanlah dengan
guru kerana amalan ini kunci keberkatan ilmu yang engkau pelajari.

Wahai anakku,

Hiasilah dirimu dengan sifat amanah, sabar dan bertanggungjawab. Dengan ini
pasti kamu dihormati, disayangi dan dicontohi serta dapat memimpin orang ke
jalan yang benar. Ingatlah pesanan ini wahai anakku.

Ayahmu,

Haji Zaki Din

12 Rabiul Awal 1437 Hijrah

Kunci Ilmu

Nama Rasulullah SAW ialah Muhammad dan Ahmad yang bermaksud yang terpuji dan sangat terpuji. Allah SWT
menamakan Rasul-Nya Muhammad dan Ahmad sesuai dengan akhlak baginda yang terpuji dan bertepatan dengan
al-Quran.


P28 AMANAH TONGGAK KESEJAHTERAAN BIDANG AKHLAK

Buku Teks MS 167-169
#Nota al-FAQIH Ting 1

SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud Amanah
Bahasa: Tunai janji
Dalil Naqli
Istilah: Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta
benda, kehormatan dan kerahsiaan.

________________________________________________________________________

Firman Allah SWT:

(Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 58)

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan segala
amanah kepada ahli yang berhak menerimanya, dan apabila kamu

memutuskan hukum antara manusia, (Allah SWT) menyurut kamu
menghukum secara adil.

___________________________ Abu Hurairah (r.a) menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Kepentingan Sifat Amanah “Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi kamu amanah dan

jangan khianat kepada orang yang mengkhianatimu”.

_______________________________________________________________________

Pengurusan baik dan lancar

- Pengurusan yang bersih daripada sebarang rasuah dan penipuan
akan menjimatkan kos pentadbiaran. Perkhidmatan dapat diberikan
dengan lebih baik, cekap dan sempurna. Kualiti dan produktiviti
negara juga akan meningkat.

Dipercayai dan disenangi

- Orang yang amanah mudah mendapat kepercayaan ramai. Hal ini
dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW yang sangat dipercayai dan
disenangi oleh masyarakat Arab Jahiliah sejak sebelum kerasulan
baginda. Sekalipun mereka tidak beriman, mereka tetap
mengamanahkan barang berharga untuk disimpan oleh baginda.

Tanda orang beriman

- Tidak sempurna iman seseorang yang tidak memelihara amanah.
Orang yang mengkhianati amanah tergolong dalam kalangan orang
munafik. Orang munafik dijanjikan seksa azab neraka jahanam oleh
Allah SWT.

Mudah melintas Titian Sirat

- Orang yang menjaga amanah mampu melintas titian sirat dengan
lancarnya tanpa sebarang halangan


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING

Cara Mengamalkan Sifat Cara Mengamalkan Sifat Implikasi Tidak Amanah
Amanah dan Implikasi Tidak
Amanah Amanah

Amanah terhadap Diri

- Mematuhi suruhan dan

- larangan Allah SWT - Menjejaskan iman
- Memelihara penampilan diri - Tidak diredhai Allah SWT
Berdisiplin dan mematuhi - Hilang kepercayaan orang
- peraturan ramai
Bersungguh-sungguh dan

rajin

Amanah terhadap Keluarga

- Taat kepada ibu bapa - Menjadi anak derhaka

- Bertanggungjawab - Mencemarkan nama baik

terhadap amanah keluarga keluarga

- Menyaingi adik-beradik - Hubungan kekeluargaan

- Memastikan adik-beradik menjadi renggang

melaksanakan segala - Melahirkan anak yang tidak

perintah Allah SWT dengan mengenang budi ibu bapa

sempurna - Dibenci oleh adik beradik

Amanah terhadap Masyarakat

- Menghormati jiran, guru,

rakan dan masyarakat - Masyarakat tidak harmoni

sekililing - Keselesaan awam

- Menyertai program terganggu

kemasyarakatan


P29 ILMU CAHAYA KEHIDUPAN BIDANG AKHLAK

Buku Teks MS 173-177
#Nota al-FAQIH Ting 1

SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Kewajipan Menuntut Ilmu
Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT
di samping melakukan amalan-amalan soleh. Amalan yang didasari
dengan ilmu merupakan syarat diterima Allah SWT. Umat Islam dilarang
melakukan atau mengatakan sesuatu tanpa ilmu. Oleh itu, kita
diwajibkan mendalami ilmu pengetahuan sebgai ubat kepada kejahilan.
Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam telah
dijelaskan dalam hadis berikut:

Adab Menuntut Ilmu Anas bin Malik (r.a) berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Menuntut ilmu
wajib kepada setiap orang Islam”.

Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu fardhu ain seperti tauhid, fiqah
dan akhlak sebagai asas untuk menjalani kehidupan berlandaskan
syariat. Selain itu, ilmu fardhu kifayah seperti sains, ekonomi dan
kedoktoran wajib dipelajari untuk kekuatan dan memelihara maslahat
umat Islam. Kedua-dua jenis ilmu ini perlu dikuasai secara seimbang demi
kesejahteraan umat dan kegemilangan Islam.

________________________________________________________________________

Ilmu ibarat cahaya yang menyuluh kehidupan. Untuk mendapatkan ilmu,
kita perlulah mengamalkan adab-adabnya agar ilmu yang diperoleh
diberkati di samping dapat melahirkan ilmuwan yang berakhlak mulia
serta mengamalkan ilmunya dengan sempurna.

- Memuliakan dan menghormati gutu
- Menjauhi maksiat dan kemungkaran
- Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari
- Tidak malu bertanya
- Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
- Memohon doa dan keredhaan daripada ibu bapa
- Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT

Kunci Ilmu
Doa sebelum memulakan pembelajaran:

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepada kami kefahaman nabi-nabi
dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Kepentingan Beradab Anas: Assalamualaikum ustaz, maaf saya ada suatu kemusykilan dan ingin
Ketika Menuntut Ilmu bertanya…

Akibat Tidak Beradab Ketika Ustaz: Waalaikumussalam, kamu ingin bertanya tentang apa, Anas?
Menuntut Ilmu
Anas: Saya sedang menyediakan teks syarahan agama berkaitan
Kelebihan Orang yang dengan adab-adab menuntut ilmu dan kelebihannya. Bolehkah ustaz
Berilmu jelaskan serba sedikit tentang kepentingan beradab ketika menuntut
ilmu?

Ustaz: Oh, itu mudah sahaja, Anas. Ibarat kata pepatah buat baik dibalas
baik. Sekiranya kamu menuntut ilmu dengan beradab, maka sudah pasti
kamu akan mendapat ganjaran kebaikan serta memperoleh banyak
manfaat. Antara kepentingan termasuklah mendapat ganjaran pahala
manakala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan. Selain itu, kamu
akan mencapai kejayaan dalam hidup serta mudah melakukan
kebaikan dan ketaatan. Hidup kamu menjadi tenang dan masyarakat
juga akan memandang tinggi terhadap kamu.

Anas: Alhamdulillah, saya sudah faham, ustaz. Terima kasih banyak-
banyak ustaz atas penerangan tersebut.

_______________________________________________________________________

Seseorang murid yang tidak beradab ketika menuntut ilmu pasti akan
memperoleh kesan buruk. Antaranya termasuklah:

- Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
- Dipandang hina oleh guru dan rakan
- Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah SWT
- Ilmu yang dipelajari tidak membawa kebaikan kepada diri
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif
- Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah SWT

_______________________________________________________________________

Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan
orang yang berharta. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Thalut yang dilantik
menjadi raja (pemimpin Bani Israel) kerana kekuatan tubuh dan
ketinggian ilmunya walaupun dia seorang yang miskin.

Orang yang berilmu (ulama’) menjadi pewaris para nabi dan pemimpin
ke jalan kebaikan. Orang yang beramal dengan ilmunya akan menjadi
contoh teladan dalam masyarakat. Orang berilmu yang menyampaikan
ilmunya untuk kebaikan akan didoakan oleh semua makhluk di langit dan
di bumi dan dipermudah baginya jalan ke Syurga. Orang yang keluar dari
rumah dengan niat mencari ilmu ibarat berjihad di jalan Allah SWT.

Kunci Ilmu

Imam Syafie pernah berpesan ilmu tidak akan dapat diperoleh kecuali dengan enam perkara:
1. Az-Zaka’ (cerdas)
2. Al-Hirs (keinginan yang tinggi)
3. Al-Ijtihad (bersungguh-sungguh)
4. Al-Bulghah (kewangan yang cukup)
5. Suhbatul ustaz (berdamping dengan guru)
6. Thuluzzamani (tempoh yang panjang)


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING

(Surah al-Mujadalah, 58: Ayat 11)

Allah SWT mengangkat darjat orang-orang beriman dan orang yang
berilmu antara kamu beberapa darjat.

Kunci Ilmu

Islam telah melahirkan banyak tokoh ilmuwan yang terkenal. Antaranya termasuklah:
1. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad – Fiqah
2. Ibnu Sina – Perubatan
3. Al-Khawarizmi – Matematik
4. Al-Farabi – Falsafah
5. Jabir bin Hayyan – Kimia


P30 MARUAH DIRI CERMIN PERIBADI BIDANG AKHLAK

Buku Teks MS 179-183
#Nota al-FAQIH Ting 1

SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud Menjaga Maruah Maruah berasal daripada perkataan ‘Muruatun’ dalam bahasa Arab
Diri yang bermaksud keelokan peribadi. Maksud menjaga maruah ialah
usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan
Kewajipan Menjaga perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan
Maruah Diri masyarakat.

________________________________________________________________________

Kewajipan menjaga maruah ini disebutkan oleh hadis yang diriwayatkan
oleh Saidina al-Hasan bin Ali (r.a) bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT suka kepada perkara yang bernilai tinggi dan
mulia serta membenci perkara yang keji.

Ini disokong oleh Saidina Umar bin al-Khattab (r.a) melalui kata-katanya:

Cara Menjaga Maruah Diri Kemuliaan seseorang mukmin terletak pada ketaqwaan-Nya, agama
pada nilai diri dan maruah pada akhlak.

Kedua-dua dalil di atas menjelaskan bahawa Muslim yang bermaruah
ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik, menjaga pergaulan
dengan orang lain, mempunyai keperibadian yang mulia dan disenangi
oleh masyarakat.

________________________________________________________________________

Penjagaan maruah diri meliputi tiga aspek utama, iaitu penampilan
berpakaian, kesopanan dalam percakapan dan keelokan tingkah laku.
Panduan bagi tiga aspek tersebut adalah seperti yang berikut:

Panduan pakaian bermaruah

- Menutup aurat
- Kemas dan bersih
- Tidak menjolok mata
- Tidak mengandungi lambang, gambar dan tulisan yang dilarang

dalam Islam
- Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat
- Tidak menyerupai pakaian agama lain
- Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza

Kunci Ilmu

Ibnu Abbas (r.a) berkata bahawa
Rasulullah SAW melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang
menyerupai lelaki


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Panduan percakapan yang bermaruah
Contoh tingkah laku
bermaruah - Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan
- Intonasi dan nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang

yang mendengar
- Bermanis muka ketika bercakap
- Bercakap perkara yang berfaedah
- Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai
- Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat,

mengadu domba, memfitnah dan berkata-kata lucah
- Tidak memungkiri janji
- Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah
- Membudayakan ucapan terima kasih

Panduan tingkah laku yang bermaruah

- Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram
- Meminta izin sambil menundukkan badan apabila lalu di hadapan

orang yang lebih tua
- Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih

muda
- Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya
- Menolong orang yang memerlukan, contohnya orang buta, orang

kurang upaya, orang fakir dan miskin
- Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab
- Tidak menzalimi haiwan
- Menjaga kebersihan alam sekitar
- Menggunakan media sosial dengan berhemah
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan

________________________________________________________________________

Abu Said al-Khudri (r.a) berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah kamu duduk di tepi jalan”. Mereka berkata, “Kami tidak
dapat mengelaknya kerana di situ tempat kami berbual”. Rasulullah
SAW bersabda, “Sekiranya kamu terpaksa duduk di situ maka
tunaikanlah hak jalan.” Mereka bertanya, “Apakah hak jalan?”
Baginda menjawab, “Menundukkan pandangan, menahan diri
daripada menyakiti orang lain, menjawab salam, menyuruh membuat
kebaikan dan mencegah kemungkaran.”


SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING

Akibat Tidak Menjaga Usamah bin Zaid (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
Maruah dan Hikmah bersabda, “Sesiapa yang diperlakukan dengan kebaikan lalu dia
Menjaga Maruah mengucapkan kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut ‫َﺟ َزا َك‬
‫( ﷲُ َﺧ ْﯾ ًرا‬semoga Allah SWT memberikan balasan yang terbaik
kepadamu) sesungguhnya dia telah mengungkapkan ucapan terima
kasih (pujian) yang terbaik.”

________________________________________________________________________

• Berdosa dan dimurkai Allah
• Menyusahkan diri dan keluarga
• Hidup tidak aman
• Dibenci oleh masyarakat
• Dimasukan ke dalam neraka


Click to View FlipBook Version