The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2020 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mala Yusof, 2020-06-28 04:43:06

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2020 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2020 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

Keywords: BUKU PROGRAM,HARI GURU

PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU

DIRASMIKAN OLEH :
TUAN HAJI IZMI BIN ISMAIL A.M.P, P.J.K.

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

30 JUN 2020

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : CABUTAN BERTUAH :
* DEWAN CENDERAWASIH PPD KUALA LANGAT

* FB LIVE : http://gg.gg/sambutanhariguruppdkl

* YouTube LIVE : http://gg.gg/hari_guru_kualalangat

http://gg.gg/CABUTAN_BERTUAH
_BANK_ISLAM_HARIGURU_PPDKL

1 ISI KANDUNGAN 2
3
Atur Cara 4
Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor 5
Kata Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat 6
Reka Bentuk Logo Hari Guru 7
Ikrar Hari Guru 8
Lagu Guru Malaysia 9
Tema Hari Guru 10 – 11
Tafsiran Tema Hari Guru 2020 12 – 13
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 14 – 16
Anugerah Tokoh Guru 17
Anugerah Khas 18 - 22
Jawatankuasa Induk 23 – 25
Jawatankuasa Pelaksana
Penghargaan

2 ATUR CARA

8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi
: Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
9.30 pagi
: Nyanyian
• Lagu Negaraku
• Lagu Negeri Selangor
• Lagu PPD Kuala Langat

: Bacaan doa

: Ucapan Alu-aluan
Tuan Haji Azhar bin A. Kadir
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala Langat

9.45 pagi : Ucapan Perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat
Tuan Haji Izmi bin Ismail A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

10.00 pagi : Gimik dan Montaj Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat

: Ikrar Hari Guru

: Nyanyian Lagu ‘Guru Malaysia’

: Penyampaian Anugerah Khas Guru

: Multimedia dan Penyampaian Anugerah Tokoh Guru

11.00 pagi : Sesi bergambar
: Multimedia : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
: Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penaja
: Jamuan Makan
: Pengumuman Keputusan Cabutan Bertuah Tajaan Bank Islam
: Majlis bersurai

3 KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun
2020. Terlebih dahulu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru”
dan “Terima Kasih Cikgu” kepada semua guru di daerah Kuala Langat. Peranan dan
tanggungjawab para guru sangat murni dalam usaha untuk membentuk anak bangsa yang
berkualiti serta berkeperibadian mulia bagi merealisasikan kecemerlangan dan kegemilangan
negara.

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan rutin harian kita terjejas sehingga sekolah
terpaksa ditutup semenjak 18 Mac 2020, guru-guru kita sebenarnya tidak pernah berhenti
mengamanahkan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita. Guru-guru memanfaatkan
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk menimba ilmu dan kemahiran tentang pembelajaran digital. Daripada tidak
tahu, guru terus tekun belajar sehingga mula mampu mengendalikan kelas dalam talian dengan platform Google Classroom
dan pelbagai aplikasi lain supaya murid-murid yang duduk di rumah tidak begitu terkesan walaupun tidak hadir ke sekolah.
Semangat berkobar-kobar sebilangan besar guru kita inilah yang memang patut dipuji dan pada pendapat saya, sambutan
Hari Guru kita pada tahun ini sesungguhnya adalah untuk meraikan kejayaan golongan ini.

Maka, saya yakin bahawa sekiranya guru-guru senantiasa berusaha untuk memajukan diri dengan memperlengkapkan ilmu
dan kemahiran seiring dengan perkembangan dunia, masyarakat mesti akan kembali menghormati insan-insan mulia
bergelar guru ini. Hal ini bermakna masyarakat mesti terus berguru dengan insan-insan mulia ini demi pembentukan
generasi yang cemerlang, seiring dengan tema hari guru kita pada tahun ini iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu”.

Saya juga ingin menegaskan bahawa keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan melahirkan generasi masa depan
yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, warga guru perlu
memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian
kemahiran berfikir aras tinggi iaitu kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan kreatif, selain kemahiran komunikasi dan
kolaboratif serta penerapan nilai murni dan etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21.

Pada kesempatan ini juga, saya menyeru seluruh warga pendidik supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif
dan mampu mencipta kelainan yang dapat memberikan manfaat kepada murid-murid. Tiada apa yang mustahil sekiranya
kita beriltizam dan berbekalkan nawaitu yang ikhlas dan jitu biarpun dalam keadaan apa sekalipun. Terjemahkanlah
tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan pemberian khidmat yang terbaik
kepada negara.

Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas pengorbanan dan khidmat bakti
yang telah dicurahkan selama ini. Sesungguhnya, usaha para guru untuk melahirkan insan cemerlang yang seimbang tidak
ternilai harganya dan akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat dan negara. Terima kasih Cikgu!

Sekian, terima kasih.
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Wabilahi Taufik Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HAJI IZMI BIN ISMAIL A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

4 KATA ALU-ALUAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat-Nya kita dapat
merealisasikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Kuala Langat bagi tahun 2020 walaupun
dalam bentuk yang amat berbeza menurut norma baharu PKPP serta dengan penuh
Muafakat, Tangkas Cemerlang. Saya merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua
warga pendidik daerah Kuala Langat atas jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa.

Sempena tema hari guru pada tahun ini “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
menuntut komitmen warga guru untuk melahirkan generasi akan datang yang mampu
menggerakkan kemajuan negara dan memperkasa ilmu pengetahuan serta membina sahsiah
generasi yang harmoni seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengubahsuaian terhadap kebiasaan memerlukan anjakan transformasi yang berteraskan kepada teknologi oleh setiap
individu dan sistem pentadbiran; dan sudah tentulah sesuatu perubahan tidak akan dapat dilakukan tanpa ilmu. Saya
amat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merealisasikan tanggungjawab masing-masing.
Usaha ini membuktikan keupayaan warga pendidik untuk mengadaptasi diri dalam norma baharu melalui penguasaan
ilmu demi membina generasi baharu yang cemerlang. Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dengan lebih
cemerlang demi pembangunan generasi masa hadapan.

Pada hari ini, kita warga pendidik daerah Kuala Langat meraikan ketokohan guru-guru Kuala Langat yang telah
menabur bakti dalam dunia pendidikan negara. Ironinya sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini
tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua. Panggilan
keramat “cikgu” kekal kepada warga pendidik bergelar guru.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh
warga pendidik daerah Kuala Langat. Keikhlasan dan kesabaran semua pihak sama ada dalam situasi biasa atau situasi
sukar, perlu diteruskan dan diharapkan akan memperoleh ganjaran yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Marilah
kita berdoa semoga pembinaan generasi baharu yang cemerlang dapat dihasilkan melalui kecintaan terhadap ilmu, di
samping beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!

HAJI AZHAR BIN A. KADIR
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

5 REKA BENTUK LOGO HARI GURU

TAFSIRAN LOGO

PUTIH
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinar cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang
terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Menunjukkan keteguhan semangat.

BIRU
Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam
segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku
didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan
daripada seorang guru. Dua reka bentuk di antara murid dengan buku ialah guru
perempuan dan guru lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran
dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu
pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah
didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan “HIDUP BERBAKTI”. Ini menjadi
sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

6 IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat

Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

7 LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

8 TEMA HARI GURU

2020 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

9 TAFSIRAN TEMA HARI GURU 2020

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi
membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu
memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan
prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai
kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di
dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk
karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi
mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan
niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap
ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih
ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi
impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal
demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan
dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang
lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi
semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang
menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

10 TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN

BIODATA
HAJI ABD LATIFF BIN A. AZIZ
• Dilahirkan pada 7 Jun 1957 di Morib, Selangor.
• Kini menetap di Jalan Redan Kanchong Darat, Banting, Selangor.

PENDIDIKAN
• SK Morib, Banting (1964 – 1969).
• SMK Sultan Abdul Samad Telok Datok, Banting (1970 – 1975).
• Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Kota Bharu (1978 – 1979).
• Ijazah Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (1985 – 1989).
• Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (1999).

SEJARAH PERKHIDMATAN
• Guru Pembantu di SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor (1980 – 1984).
• Guru Pembantu di SMK Telok Datok, Banting (1989 – 1997).
• Ketua Bidang Bahasa di SMK Telok Datok, Banting (1997 – 2000).
• Pengetua di SMK Bandar Banting, Banting (2000 – 2002).
• Ketua Unit Sains Sosial di PPD Sepang (2002 – 2004).
• Ketua Unit Bahasa / Penolong PPD Akademik di PPD Kuala Langat (2005 – 2008).
• Ketua Penolong Pengarah Bahasa di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2008 – 2010).
• Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2010 – 2014).
• Ketua Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2014 – 2017).

SUMBANGAN
• Pengurusan Program MS ISO 9001:2008 SIRIM QAS 2012 – Pengekalan Persijilan untuk Sektor Akademik Pendidikan

Swasta dan Pendidikan Khas (Ketua Sektor) Peringkat Antarabangsa (2010 – 2013).
• Timbalan Wakil Pengurusan Pasukan Petugas Kualiti Program MS ISO 9001:2008 untuk kawalan menyeluruh

Keberkesanan Program Peringkat Kebangsaan dan Negeri (2014 – 2017).
• Panel temuduga kemasukan guru KPLI KPM.
• Program Anugerah Kualiti dan Inovasi Pengerusi JK Pelaksana Peringkat Kebangsaan dan Negeri (2014 – 2017).
• Ketua Delegasi Guru-guru Pendidikan Khas ke Program Sekolah Luar Biasa di Jambi Indonesia dan Melbourne,

Australia.
• Pengurus dan Jurulatih Pasukan Pidato JPNS ke peringkat akhir Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 (JOHAN).
• Program Ketepatan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi, Kerjasama dengan DBP, Jabatan-

Jabatan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun – sebagai Munsyi Dewan – Penceramah dan Penasihat Bahasa (2008 –
sekarang).
• Penggubal soalan STPM Bahasa Melayu (1996).
• Pentaksir soalan STPM Bahasa Melayu (1997).
• Jurulatih Pasukan Forum Remaja Sekolah ke Pertandingan Akhir Forum Remaja Kebangsaan (1993).
• Jurulatih Pidato Piala Diraja ke Peringkat Akhir Kebangsaan (1991 – 1994).
• Pemeriksa Kertas 1 Bahasa Melayu STPM (1993 – 1995).
• Kumpulan pengasas Program Kajian Tindakan Sekolah Negeri Selangor - Perancang/Penceramah/Pembentang kertas
kerja/Penilai program (1995 – 1998).
• Program Peningkatan 2Q-Akademik sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik Peringkat Negeri (2009 –
2010).
• Program Restu UPSR – Akademik sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik Peringkat Negeri (2009 – 2010).
• Seminar Kajian Tindakan JPN Selangor – Perancangan dan Penceramah (2012).

11 TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN

• Program Intervensi 2M untuk murid-murid pemulihan Sekolah Menengah Rendah – Perancang dan Penceramah
(2011 – 2013).

• Kajian Tindakan untuk Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Selangor – Perancang dan Penceramah (2011 -
2013).

• Pelaksanaan Program Kemahiran Vokasional PPKI Menengah Negeri Selangor – Perancang dan Penceramah (2012).
• Program Penempatan Guru Aliran Perdana ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Negeri Selangor – Perancang

(2012).
• Program Coaching dan Mentoring Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor berdasarkan keperluan (2015 – 2017).
• Pembugaran SPSK Peringkat Negeri Selangor (2014 – 2017).
• Panel Pentaksiran untuk kemasukan Program NPQL Peringkat Negeri Selangor (2015).
• Panel Temuduga Pelantikan Pengetua dan Guru Besar Peringkat Negeri Selangor (2015).
• Panel Temuduga Pelantikan SIP dan SISC Negeri Selangor (2015).
• Panel Penilai Pelantikan Pengetua Cemerlang DG54 dan JUSA C Negeri Selangor (2013).
• Pengerusi Peningkatan Q Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2015).

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN
• AJK Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu (KPPMS) Negeri Selangor (1990 – 2010).
• Yang DiPertua KPPMS Cawangan Kuala Langat (2004 – 2010).
• Munsyi Dewan – Penasihat dan Penceramah Ketepatan Penggunaan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan

(Sekarang).
• AJK Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (5P) Malaysia Cawangan Selangor (2018 – sekarang).
• Pengerusi 5P Kuala Langat (2018 – sekarang).
• Pengerusi Kumpulan Pesara Pengetua Daerah Kuala Langat (2018 – sekarang).

PENERBITAN/PENULISAN
• Buku Panduan Penulisan Dokumen Rasmi JPN Selangor (2010).
• Modul Kompak Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Selangor (2010).
• Modul Program Intervensi 2M Sekolah Menengah Negeri Selangor (2011).
• Buku Panduan Pengurusan Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integriti Negeri Selangor (2012).
• Modul Kemahiran Vokasional Program Pendidikan Khas Negeri Selangor (2012).

12 TOKOH GURU

BIODATA
HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI MD DAUD P.P.T
• Dilahirkan pada 24 Februari 1956 di Banting, Selangor.
• Kini menetap di Jalan Masjid Kanchong Darat, Banting, Selangor.

PENDIDIKAN
• SK Permatang Pasir, Banting (1963 – 1964).
• SK Sijangkang, Telok Panglima Garang (1965 – 1966).
• SK Kanchong Darat, Banting (1967 – 1968).
• SMJK (I) Telok Datok / SSAS Telok Datok, Banting (1969 – 1974).
• Sijil Perguruan – PPAK (Am) di Maktab Perguruan Kota Bharu (1976 – 1977).
• Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Bahasa Melayu – Sekolah Rendah) di Institut Bahasa Kuala

Lumpur.

SEJARAH PERKHIDMATAN
• Guru Penolong di SJKT Kumpulan, Kuala Selangor (1978 – 1981).
• Guru Penolong di SK Sungai Buaya, Kuala Langat (1981 – 1986).
• Guru Kanan 1 di SK Seri Lanang, Kuala Langat (1986 – 1994).
• Guru Penolong Kanan 1 di SK Dengkil, Sepang (1994 – 1995).
• Guru Penolong Kanan 1 di SK Batu Laut, Kuala Langat (1995 – 1997).
• Guru Besar di SK (A) Bukit Cheding, Kuala Langat (1997 – 1999).
• Guru Besar di SK Kelana Jaya 1, Petaling Jaya (1999 – 2001).
• Guru Besar di SK Tanjung Sepat, Kuala Langat (2001 – 2003).
• Penyelia Kanan Pembangunan dan Bekalan, PPD Kuala Langat (2003 – 2004).
• Guru Besar Cemerlang di SK Tanjung Sepat, Kuala Langat (2004 – 2010).
• Guru Besar di SK Kanchong Darat, Kuala Langat (2010 – 2016).

SUMBANGAN
• Bendahari Majlis Guru Besar (MGB) Kuala Langat (2002 – 2004).
• Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Kuala Langat (2006 – 2014).
• Exco Negeri Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) (2006 – 2014).
• Ahli Lembaga Koperasi Majlis Guru Besar Selangor (KGBS) (1998 – 2010).
• Yang DiPertua PIBG SRA Kanchong Darat (1998 – 2010).
• Penyelia Kawasan Peperiksaan UPSR (2002 – 2009).

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN
• Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kanchong Darat (1987 – 1993).
• Pengerusi Biro Pendidikan dan Belia JKKK Kanchong Darat (1987 – 1993).
• Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat (1993 – 2003).
• Timbalan Nazir Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat (2003 – 2007).
• Pengerusi Biro Tanah Wakaf Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat (2003 – 2007).
• Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Kanchong Darat (2000 – 2007).
• Setiausaha Surau Darul Amin Kanchong Darat (1982 – 2007).
• Ahli Jawatankuasa Surau Darul Amin Kanchong Darat (2007 – sekarang).
• Setiausaha UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat (1982 – 1994).
• Ketua Cawangan UMNO Cawangan Kanchong Darat Sejati (1995 – 2010).

ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPN Selangor (2004 dan 2014).
• Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Pengurniaan Pingat oleh DYMM Sultan Selangor Sempena Hari Keputeraan ke-61 (2007).
• Sijil Penghargaan Bakti Lestari PPD Kuala Langat (2009).
• Sijil Penghargaan Bakti Terpuji PPD Kuala Langat (2009).
• Pingat Peringatan Pengakap 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia (2013).
• Pingat Jasa Pengakap (PJP) Persekutuan Pengakap Malaysia (2013).
• Sijil Penghargaan Sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kanchong Darat oleh Pejabat Daerah Kuala Langat /

Mukim Morib dan Kelanang (1994).

13 TOKOH GURU

BIODATA
KELUAN SINGH A/L BACHAN SINGH
• Dilahirkan pada 31 Julai 1954 di Tanjong Sepat, Selangor.

PENDIDIKAN
• SJKT Ladang Tumbuk, Tanjong Sepat (1961 – 1966).
• SMJK (ING) Sungai Pelek, Sepang (1967 – 1973).
• Maktab Perguruan Raja Muda Kuala Lumpur (1977).
• Maktab Perguruan Lembah Pantai Kuala Lumpur (1978).

SEJARAH PERKHIDMATAN
• Guru Biasa di SK Kampung Buluh, Besut Terengganu (1979 – 1983).
• Guru Penolong Kanan di SJKT Gadong, Banting (1984 – 1988).
• Guru Penolong Kanan di SJKT Telok Datok, Banting (1989 – 1993).
• Guru Penolong Kanan di SJKT Jugra, Banting (1994 – 1998).
• Guru Besar di SJKT Sungai Sedu, Banting (1998 – 2003).
• Guru Besar di SJKT Telok Datok, Banting (2003 – 2014).

SUMBANGAN
• Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kuala Langat (2007 – 2013).
• Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor (2007 – 2013).

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN
• Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting (2017 – 2019).
• Setiausaha MIC Bahagian Sepang (2015 – sekarang).
• Pengerusi MIC Cawangan Kampung Kota Raja, Batu Laut (2010 – sekarang).

ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT/PENCAPAIAN
• Menerima Pingat PJK (2005).
• Guru Terbaik Bahasa Melayu di SJKT Gadong.
• Guru Terbaik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di SJKT Telok Datok.
• Mengumpul dana untuk bangunan tambahan di SJKT Telok Datok.
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang semasa berkhidmat di SJKT Jugra (1995).
• Pencapaian UPSR Terbaik SJKT Daerah Kuala Langat (SJKT Sungai Sedu).
• Guru Besar Cemerlang DG38 di SJKT Telok Datok (2005).
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang semasa berkhidmat di SJKT Telok Datok (2013).
• Berjaya mendapatkan dana sebanyak RM350 000 untuk membaik pulih bangunan sekolah SJKT Telok Datok.
• Ramai murid berjaya memperoleh 7A dalam peperiksaan UPSR sepanjang perkhidmatan di SJKT Telok Datok.

14 ANUGERAH KHAS

BIODATA
ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH
• Dilahirkan pada 17 Mac 1985 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
• Kini menetap di Sijangkang, Selangor.

PENDIDIKAN
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

SEJARAH PERKHIDMATAN
• SMK Pulau Carey, Kuala Langat.
• SMK Shahbandaraya, Klang.
• SMK Pulau Carey, Kuala Langat.
• SMK Jenjarom, Kuala Langat.

SUMBANGAN
• Founder Telegram Digital Classroom (50,000 ahli).
• Bengkel Digital Classroom (Lebih 300 bengkel di seluruh Malaysia sejak 2015).
• Bengkel Minecraft Education Edition (3 bengkel).
• Bengkel Microsoft Surface (6 bengkel).
• Bengkel 21st Century Learning Dimension.
• Bengkel Hour Of Code.
• Perkongsian Amalan Terbaik Digital Classroom Negeri Selangor.
• Seminar Amalan Terbaik PAK-21 UPSI.
• Bengkel Pengintegrasian Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran BSTP KPM.
• Program Digital Wave Kolej Matrikulasi Seluruh Malaysia.
• Program Transformasi Pengetua Dan Guru Besar Cemerlang Seluruh Malaysia.
• Kolokium Pendidikan STEM Zon Selatan, Sabah, Sarawak, Kelantan Dan Pahang.
• Program Digital Classroom STEM4all Maker Space.
• Mydigitalmaker Fair 2018 dan 2019.
• Seminar Perkongsian Sumber Ilmu BTP Kelantan Dan Negeri Sembilan.
• International Conference On STEM UPSI 2017.
• 2nd International Conference On Education Studies 2017.
• International Summit And Design Exposition (Inside 2019) – VR & AR.
• Bengkel Pengintegrasian Windows 10 Dalam PdP BTPN Selangor.
• Bengkel Digital Classroom Bersama Jemaah Nazir Selangor.
• Bengkel Digital Classroom Bersama Pegawai KPM.
• Bengkel Digital Classroom Bersama Pegawai BTPN Selangor.

ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT
• Peserta Global Education Exchange Microsoft E2 Sydney Australia (Antarabangsa).
• Tempat Pertama Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker 2020.
• Anugerah Khas Inovasi Pendidikan Negeri Selangor 2020.
• Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017.
• Ikon STEM Kebangsaan 2018.
• Microsoft Innovative Educator Expert.
• Tokoh Alumni Fakulti Sains Dan Matematik UPSI 2017.
• Anugerah 1Bestarinet Teacher Awards Kebangsaan (Penghargaan).
• Anugerah Guru Dalam TMK Peringkat Negeri Selangor 2018.

15 ANUGERAH KHAS

BIODATA
KARTIGESAN A/L M.VELOO (GURU CEMERLANG PRASEKOLAH)

• Dilahirkan pada 13 Disember 1982 di Sungai Petani, Kedah.
• Kini menetap di Presint 18, Putrajaya.

PENDIDIKAN
• SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah (1989 – 1994).
• SMK Bandar Sungai Petani, Kedah (1989 – 1999).
• Diploma Perakaunan, UTM (2000 – 2003).
• Ijazah Sarjana Muda Kewangan, UNITEM (2004 – 2008).
• Diploma Pendidikan Prasekolah, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail (2010 – 2011).

SEJARAH PERKHIDMATAN
• Pembantu Tadbir (P/O), Jabatan Perkhidmatan Awam (2004 – 2010).
• Jawatan Dalam Latihan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail (2010 – 2011).
• Pembantu Tadbir (P/O), Kementerian Dalam Negeri (2011 – 2011).
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, SK Seri Cheding (2011 – 2016).
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, SK Olak Lempit (2016 – kini).

SUMBANGAN
• Jurulatih Utama Prasekolah.
• Penceramah Kursus, Taklimat, Bengkel Prasekolah.
• Hakim Program dan Pertandingan Prasekolah.
• Penghasilan/Penulisan Profesional Buku, Kajian dan Artikel Jurnal Prasekolah.
• Peserta dan Pembentang Kertas dalam Persidangan Pendidikan (Dalam / Luar Negara).
• Pegawai Turus Kebangsaan (Kadet), St. John Ambulans Malaysia.
• Setiausaha Kehormat Persatuan Inovasi Muda.
• Peserta Program Pertukaran Belia Malaysia dengan Korea, China, Indonesia, Kemboja dan Singapura.
• Mantan Pengerusi Tetap, Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
• Mantan Setiausaha Kehormat St. John Ambulans Malaysia Wilayah Persekutuan.
• Peserta rakaman TV Okey Pendidikan (RTM).

ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perkhidmatan Awam (2009).
• Pingat Jasa Terpuji St. John Ambulans Malaysia (2012).
• Amalan Terbaik Dalam PdPc PPD Kuala Langat (2012).
• Anugerah Perdana Belia Negara (Johan), Wilayah Persekutuan (2013).
• Anugerah Guru Inovatif Prasekolah (Johan) PPD Kuala Langat (2013).
• Anugerah Inovatif Program Inklusif (Naib Johan) Kementerian Sains dan Inovasi (2013).
• Anugerah Khas – Tokoh Guru Inovatif PPD Kuala Langat (2013).
• Anugerah Guru Inovatif Prasekolah (Naib Johan) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2014).
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia (2014).
• Pingat Jasa Cemerlang St. John Ambulans Malaysia (2015).
• Anugerah Pembangunaan Ummah (Pendidikan) Wilayah Persekutuan (2017).
• Serving Brother (SBSt.J) – The Most Venerable Order of Jerusalem (UK – London) (2017).
• Anugerah Guru Inovatif Prasekolah Negeri Selangor 2020.

16 ANUGERAH KHAS

BIODATA
MAISITA BINTI UDANG
• Dilahirkan pada 22 Julai 1978 di Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat, Selangor.
• Kini menetap di Kampung Melayu, Pulau Carey.

PENDIDIKAN
• Diploma Perguruan Malaysia (Pengkhususan Pengajian Melayu – Kajian Tempatan)

(2002 – 2004).
• Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah) (2012-

2016).

SEJARAH PERKHIDMATAN
• SK Sungai Judah, Pulau Carey (2005 – kini).

SUMBANGAN
• Penulis buku “Koleksi Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli” diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(2010).
• Tenaga Pengajar KEDAP (2017-2019).
• Guru Cemerlang KEDAP Bahasa Melayu Peringkat Sekolah.
• Pembentang Amalan Terbaik LINUS Peringkat Negeri Selangor 2018.
• Jurulatih Pertandingan Teater Peringkat Negeri Selangor 2019.
• Jurulatih Murid Majlis Penutupan Sukan SEA 2017.
• Penyelaras Program Bersama AEON Bukit Tinggi Klang 2019.
• AJK Cenderahati Majlis Graduasi KEDAP Peringkat Negeri Selangor 2019.
• Guru Pengiring KEDAP Program Paya Bakau Bersama UUM Pulau Indah.
• Ketua AJK Cenderamata Program Mesra Rakyat Bersama YB Dr. Xavier di Kampung Orang Asli Sungai Judah.
• Pengurus Program Cok Kudah bersama pelajar UUM 2019.
• AJK Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Negeri Selangor.
• Pengurus Program Bersama MYKASIH Foundation ke Kidzania 2019.
• Senamaerobik bersama Pusat Komuniti Kampung Orang Asli Sungai Judah.
• Urusetia Projek Duk Kele (Pondok Kita) 2019.
• AJK PIBG 2018-2020.
• Pengurus Program Sedekah Subuh di Kampung Orang Asli 2019.
• Pengurus Program Jom Solat bersama Pusat Tahfiz di Surau Arrahman di Kampung Orang Asli Kepau Laut, Pulau

Carey.
• AJK Program Khatan beramai-ramai.
• Pengurus Lawatan ke Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya anjuran PKPI Negeri Selangor 2019.

ANUGERAH/PENGHARGAAN/PINGAT
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010.
• Anugerah PERAK (Keseluruhan) - Pertandingan Teater Peringkat Negeri Selangor 2019.
• Anugerah Produksi Terbaik - Pertandingan Teater Peringkat Negeri Selangor 2019.
• Anugerah Tenaga Kreatif Terbaik - Pertandingan Teater Peringkat Negeri Selangor 2019.
• Anugerah Guru Inovatif Orang Asli Peringkat Negeri Selangor Pribumi 2020.
• Anugerah Guru Cemerlang Orang Asli/Pribumi Negeri Selangor 2020.

17 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Haji Azhar bin A. Kadir
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Abdul Rahman bin Basri @ Hadari
Timbalan PPD Sektor Perancangan

Naib Pengerusi 1 : Encik Abdul Hamid bin Abdul Majid
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi 2 : Encik Yusman bin Mubni
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Naib Pengerusi 3 : Tuan Haji Zulkifli bin Mohamed
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha / Urus Setia : Encik Nazri bin Samsudin
Penolong PPD Unit Pendidikan Swasta

Penolong Setiausaha / : Puan Siti Suhaili binti Sarif

Urus Setia Penolong PPD Unit Pemulihan Khas

Bendahari : Puan Afidah Noor binti Paiman
Penolong PPD Unit Pemulihan Khas

Penolong Bendahari : Puan Siti Noor Suhara binti Ramli
Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi (PTPO)

Sumber Kewangan : Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad
Pengerusi MPSM Daerah Kuala Langat
Pengetua SMK Jenjarom

: Encik Noor Faiz bin Dasuki
Pengerusi MGB Daerah Kuala Langat
Guru Besar SK Kebun Baharu

: Puan Tiong Siok Khim @ Law Siok Khim
Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Cina Daerah Kuala Langat
Guru Besar SJKC Tanjung Sepat

: Encik Ganash a/l Ramasamy Konndar
Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Tamil Daerah Kuala Langat
Guru Besar SJKT Jenjarom

18 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGURUS MAJLIS (Kaunselor Pendidikan Daerah)
Encik Hamid bin Mohamad @ Asanar (Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah)
Encik Mohd Kamaruzaman bin Tukol
(Pengetua SMK Jenjarom)
AJK PENDAFTARAN DAN DOORGIFT (School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Bahasa)
Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad (Penolong Akauntan)
Puan Siti Zurina binti Mohd Moksin (SMK Jenjarom)
Puan Nor Adlina binti Abd Latif (SMK Jenjarom)
Puan Mahani binti Masiron (SMK Jenjarom)
Puan Nor Zatusy binti Abd Hamid
Puan Suhaila binti Wazir (Guru Besar SK Kampung Medan)
(School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Sains Sosial)
AJK PERSIAPAN DEWAN (Penolong PPD Unit Pendidikan Khas)
Puan Nor Suhaida binti Saufi (SK Kampung Medan)
Encik Mohd Aris bin Sabri (SK Kampung Medan)
Encik Norhizam bin Ismail (SK Kampung Medan)
Puan Asuza binti Abd Hamid (SK Kampung Medan)
Puan Noor Hikmah binti Yusop (SK Kampung Medan)
Encik Sazali bin Shaarani (SK Kampung Medan)
Encik Mohamed Hanafi bin Wahab (SK Kampung Medan)
En Mohd Hafiz bin Alias (SK Kampung Medan)
Encik Azizan bin Saidi (SK Kampung Medan)
Encik Mohd Zafli bin Mohd Zainon (SK Kampung Medan)
Encik Mohd Asyrof bin Ismail (SK Kampung Medan)
Encik Nasruddin bin Misbahun (SK Kampung Medan)
Encik Adzuan Hafiz bin Ahmed (SK Kampung Medan)
Puan Asmahaney binti Abdullah (SK Kampung Medan)
Puan Normala binti Saad (SK Kampung Medan)
Puan Siti Rahayu binti Mohammad Yos (SK Kampung Medan)
Puan Radhimah binti Abdul Rashid
Puan Nurul Asma’ binti Mohamed Zulkifli (Pengetua SMK Sungai Manggis)
Puan Norzelawati binti Ghazali (Penolong PPD Unit Pendidikan Khas)
(PK Pentadbiran SMK Sungai Manggis)
AJK JEMPUTAN (SMK Sungai Manggis)
Encik Ibrahim bin Yaacob (SMK Sungai Manggis)
Encik Nasharuddin bin Abdul Karim (SMK Sungai Manggis)
Puan Hajah Norhaliza binti Yahya (SMK Sungai Manggis)
Puan Raja Azhana binti Raja Yaacob (SMK Sungai Manggis)
Puan Rose Zarina binti Abu Hanet (SMK Sungai Manggis)
Puan Hajah Surayah binti Sahlan (SMK Sungai Manggis)
Puan Saripah binti Nekmat
Puan Fauziah binti Abd Latif
Puan Siti Idayu binti Abd Aziz
Puan Noor Shela binti Asha’ari

19 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA (Pengetua SMK Jugra)
Puan Hajah Rossita binti Haji Ramlan (Penolong PPD Unit Hal Ehwal Murid)
Puan Norfaizah binti Md Kamary (Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi (PTPO))
Puan Siti Saloha binti Abu Saman (PK Pentadbiran SMK Jugra)
Puan Hajah Noraishah binti Sanat (SMK Jugra)
Puan Asruzailah binti Md Senat (SMK Jugra)
Puan Kartini binti Markayon @ Haji Yusof

AJK PENGACARA MAJLIS (Pengetua SMK Bandar Banting)
Puan Siti Asnah binti Ahmad (School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Bahasa)
Encik Aminuddin bin Sarmiran (SK Kampung Medan)
Encik Sazali bin Shaarani

AJK BACAAN DOA (Pengetua SAM Unwanus Saadah)
Puan Hajah Mariam binti Adnan (Penolong PPD Unit Pendidikan Islam)
Tuan Haji Abdul Najah bin Said
(Pengetua SMK Telok Panglima Garang)
AJK SAMBUTAN DAN PROTOKOL (Kaunselor Pendidikan Daerah)
Tuan Haji Mahyani bin Simis (Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah)
Encik Hamid bin Mohamad @ Asanar (School Improvement Partners Plus (SIPARTNERS+))
Encik Mohd Kamaruzaman bin Tukol (School Improvement Partners Plus (SIPARTNERS+))
Encik Salahuddin bin Hassan Jaba’ie (SMK Telok Panglima Garang)
Encik Azman bin Muhammad (SMK Telok Panglima Garang)
Puan Rosnah binti Haji Idris (SMK Telok Panglima Garang)
Encik Nor Azman bin Sukar (SMK Telok Panglima Garang)
Encik Mohd Fazli bin Mohd Ramlan
Encik Wan Kamarulzaman bin Wan Mohd

AJK BUKU PROGRAM (Guru Besar SK Kanchong Darat)
Puan Hajah Rozanah binti Haji Abd Razak (Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6)
Encik Muhamad Zaidi bin Abd Rahman (PK Kokurikulum SK Kanchong Darat)
Encik Shahrulrazi bin Omar (SK Kanchong Darat)
Cik Noormala binti Md Yusof (SK Kanchong Darat)
Encik Wan Adnan bin Wan Salleh (SK Kanchong Darat)
Encik Wan Mohamad Fuzaini bin Abdol Jani

AJK TEKS UCAPAN / KATA ALU-ALUAN (Guru Besar SK Sijangkang)
Tuan Haji Mohamad Rosli bin Azhar (Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah)
Encik Soleman bin Saripan (SK Sijangkang)
Encik Ewan Johan bin Muhd Mahrol (SK Sijangkang)
Encik Muaddib bin Masnan

AJK JURUGAMBAR, VIDEO DAN DOKUMENTASI

Encik Mohd Azwan bin Mohd Razi (Penolong PPD Unit Hal Ehwal Murid)

Encik Khirul Anuar bin Ishak (Penolong PPD Sektor Perancangan)

20 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK JAMUAN TETAMU DAN JAMUAN VIP (Pengetua SMK Pulau Carey)
(Penolong PPD Sektor Perancangan)
Puan Hajah Hanizam binti Kassim (PK Hal Ehwal Murid SMK Pulau Carey)
Puan Hajah Zakiah binti Mat Rabee (SMK Pulau Carey)
Puan Zaleha binti Selamat
Puan Noor Fizah binti Abdul Wahab

AJK PUBLISITI DAN SERANTA (Guru Besar SK (A) Bukit Cheding)
Encik Rumaizi bin Ahmad (School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Matematik & Sains)
Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak (SK (A) Bukit Cheding)
Encik Tahir bin Abdullah (SK (A) Bukit Cheding)
Encik Syafiq bin Zainal Abidin (SK (A) Bukit Cheding)
Cik Wak Suraina a/p Jimi (SK (A) Bukit Cheding)
Puan Zura Azlin binti Ratimin (SK (A) Bukit Cheding)
Cik Eriana binti Elmi (SK (A) Bukit Cheding)
Encik Islahudin bin Mohamad

AJK PERSIAPAN HIASAN PENTAS (Guru Besar SK Kebun Baharu)
Encik Noor Faiz bin Dasuki (Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah)
Puan Nur Shafawati binti Hamzah (SK Sungai Lang)
Puan Norasila binti Misnan (SK Kebun Baharu)
Puan Anushya Devi Nair a/p Prabhakaran (SK Kebun Baharu)
Puan Sarah Fairuzah binti Sanus (SK Kebun Baharu)
Puan Farah Hidayah Hani binti Mansor (SK Kebun Baharu)
Puan Nur Izni binti Ishak (SK Kebun Baharu)
Encik Hanif bin Hussin

AJK PERSEMBAHAN GIMIK DAN MONTAJ (Pengetua SM Sains Banting)
Puan Norsham binti Nordin (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
Encik Azhar bin Tukiaman (PK Kokurikulum SM Sains Banting)
Encik Mohamad Zaki bin Othman (SM Sains Banting)
Encik Yusanizan bin Shafie (SM Sains Banting)
Tuan Haji Saharom bin Palil (SM Sains Banting)
Puan S. Rosmawati binti Said (SM Sains Banting)
Encik Mohd Fauzi bin Maulan

AJK PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TOKOH GURU DAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA (SELINGAN)

Puan Sangeetajit Kaur a/p Jag Singh (Pengetua SMK Methodist)

Encik Saiful Azman bin Md Saleh (Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid)

Dr. Hajah Hamizul binti Hamid (SMK Methodist)

Puan Nurafika binti Mohamad (SMK Methodist)
Puan Nurul Izuana binti Abd Rahim (SMK Methodist)
Puan Norliza binti Sapatanoh (SMK Methodist)
Encik Mohd Rosdi bin Raship (SMK Methodist)

21 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK ANUGERAH TOKOH GURU DAN PENERIMA ANUGERAH

Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad (Pengerusi MPSM / Pengetua SMK Jenjarom)

Encik Noor Faiz bin Dasuki (Pengerusi MGB / Guru Besar SK Kebun Baharu)

Puan Tiong Siok Khim @ Law Siok Khim (Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Cina / Guru Besar SJKC Tanjung Sepat)

Encik Ganash a/l Ramasamy Konndar (Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Tamil / Guru Besar SJKT Jenjarom)

Encik Mohd Zaki bin Mat Salimi (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)

AJK BACAAN IKRAR DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA

Puan Ng Yoke Khuan (Guru Besar SJKC Peng Ming)
Encik Mohd Zulkifly bin Mohamed (Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid)
Encik Syaza Khalis bin Suphi (SJKC Peng Ming)

AJK TEKNIKAL SIARAN LANGSUNG (Penolong PPD Unit Sumber Teknologi Pendidikan)
Puan Azlina binti Ahmad (Penolong PPD Unit Sumber Teknologi Pendidikan)
Encik Mohd Firdaus bin Nawawi (SK Jenjarom)
Tuan Haji Mohd Zamri Amri bin Rohibon (SK Olak Lempit)
Encik Mohd Akmar bin Rahim (SMK Banting)
Encik Muthu Alagan a/l Priasamy (SMK Jenjarom)
Encik Marwan bin Marsaun

AJK TEKNIK DAN SIARAYA (Guru Besar SK (A) Bukit Kemandol)
Encik Anuwar bin Arshad (Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6)
Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Hashim

AJK PERSEMBAHAN GURU/MURID (Guru Besar SK Jenjarom)
Tuan Haji Jaini bin Darsan (Guru Besar SK Kampung Medan)
Puan Nor Suhaida binti Saufi (Guru Besar SJKT Jenjarom)
Encik Ganash a/l Ramasamy Konndar (Guru Besar SJKC Choong Hua)
Puan Soo Li Ching (Guru Besar SK (A) Bukit Kemandol)
Encik Anuwar bin Arshad (Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6)
Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Hashim (SK Jenjarom)
Encik Azahari bin Hj Ahmad

AJK PERARAKAN TOKOH GURU (Guru Besar SK Sungai Lang)
Puan Ruhayah binti Ehsan (SK Sungai Lang)
Puan Zalina binti Jasman

AJK KESELAMATAN/KECEMASAN LOGISTIK DAN PANDU ARAH

Encik Nor Azman bin Mohd Hassan (Pengetua SMK Sijangkang Jaya)
Encik Mazwan bin Wahid (School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) TVET)

22 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PERALATAN (Guru Besar SJKT Telok Panglima Garang)
Encik Rajaseran a/l Krishnan (Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6)
Encik Mohamad Shahrin bin Samuri @
Samsuri

AJK AKTIVITI ZIARAH (AKTIVITI DAERAH)

Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad (Pengerusi MPSM / Pengetua SMK Jenjarom)

Encik Noor Faiz bin Dasuki (Pengerusi MGB / Guru Besar SK Kebun Baharu)

Puan Tiong Siok Khim @ Law Siok Khim (Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Cina / Guru Besar SJKC Tanjung Sepat)

Encik Ganash a/l Ramasamy Konndar (Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Tamil / Guru Besar SJKT Jenjarom)

Encik Hamid bin Mohamad @ Asanar (Kaunselor Pendidikan Daerah)

Tuan Haji Zulkifli bin Mohamed (Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid)

Encik Agos Salim bin Shahrom (Penolong PPD Unit Pemulihan Khas)

AJK TAJAAN DOORGIFT (Guru Besar SK RTB Bukit Changgang)
Puan Siti Hajar binti Haji Mohd Ali (Guru Besar SJKC Kah Wah)
Puan Law Yet Yeeng (Guru Besar SJKT Pulau Carey Selatan)
Encik Sathiya Seelan a/l Annamalay (School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Sains Sosial)
Encik Azlan bin Amat

AJK PHOTO BOOTH (Guru Besar SJKC Jenjarom)
Puan Wong Chui Kim (Guru Besar SJKC Tiong Nam)
Puan Chan Ngok Yong (Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah)
Encik Adenan bin Abd. Ralip

23 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi Penghargaan

Terima Kasih

kepada

Tuan Haji Izmi bin Ismail A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Atas kesudian merasmikan
Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Kuala Langat

Daripada:
Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Hari Guru

Peringkat Daerah Kuala Langat

24 PENGHARGAAN

Terima Kasih

En Amran bin Haji Risman
YDP PIBG

SMK Bukit Changgang

25 PENGHARGAAN

Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat 
merakamkan setinggi­tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Tuan Haji Izmi bin Ismail A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Tuan Haji Azhar bin A. Kadir
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat
Majlis Guru Besar Daerah Kuala Langat

Majlis Guru Besar Sekolah­sekolah Cina Daerah Kuala Langat
Majlis Guru Besar Sekolah­sekolah Tamil Daerah Kuala Langat

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat
Pengetua dan Guru Besar Sekolah­sekolah Daerah Kuala Langat

Bank Islam Berhad Cawangan Banting
En Amran bin Haji Risman , YDP PIBG SMK Bukit Changgang

Mind Map Resources
K One Enterprise

EF Delights, Sg Lang

Serta

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Kuala Langat

26 autograf


Click to View FlipBook Version