The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salinalutfi3012, 2023-05-14 12:55:54

Takaful & Insurans K

Minimalist Quote Poster

Takaful & Insuran Konvensional MPU23012:Pengajian Islam Ust. Muhammad Luthfi Ameer B. Abdullah


Isi Kandungan 1) Tajuk Soalan 2) Definisi Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional 3) Persamaan Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional 4) Perbezaan Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional 6) Jenis Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional di Malaysia 5) Dalil 7) Hukum Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional 8) Soalan


Soalan 8 Bincangkan perbezaan antara Syarikat Takaful & Syarikat Insurans Konvensional


Pada asasnya, Takaful adalah pilihan insurans yang patuh Syariah yang berlandaskan kepada prinsip Muamalat Islam. Takaful berkongsi objektif yang sama iaitu menawarkan perlindungan terhadap kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, kerosakan terhadap hartanah, kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, kehilangan upaya atau kematian. Perkataan Takaful adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Kafala’ yang bermaksud ‘untuk menjamin, untuk bantu, untuk menjaga keperluan seseorang’ . Terma ini juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berdasarkan prinsip Islam iaitu saling bantu-membantu (ta’awun) dan derma (tabarru’), di mana peserta Takaful menderma wang mereka ke dalam dana Takaful yang akan digunakan untuk memberi manfaat kewangan secara bersama-sama. Sama seperti insurans, ada pelbagai produk patuh Syariah di bawah Takaful termasuklah keluarga, kesihatan, kenderaan, rumah, perjalanan dan macam-macam lagi jenis perlindungan. Definisi Syarikat Takaful


Insurans ialah sebuah kontrak bertulis di mana satu pihak bersetuju untuk melindungi pihak lain daripada kerugian kewangan. Pihak yang diinsuranskan mesti membayar premium mereka tepat pada masanya dan memfailkan tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagai pertukaran untuk perlindungan ini. Spesifik kontrak berbezabeza dan bergantung pada jenis insurans, tapi semua polisi mengandungi elemen penting tertentu. Sebagai contoh, kebanyakan polisi akan mempunyai klausa yang menyatakan kerugian yang dilindungi dan yang tidak dilindungi. Definisi Syarikat Insuran Konvensional


Kedua-dua Takaful dan insurans konvensional melindungi sekiranya malang tidak berbau. Ahli akan menyumbang wang untuk mendapatkan perlindungan Takaful ini. Untuk kedua-dua polisi, pihak yang diinsuranskan mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko tersebut. Ini bermakna ahli mesti mengalami kerugian wang semasa kejadian yang diinsuranskan berlaku. Persamaan antara Takaful dan Insurans Konvensional


PPeerrbbeezzaaaann aannttaarraa TTaakkaaffuull&& IInnssuurraann KKoonnvveennssiioonnaall Syarikat Takaful Syarikat Insuran Konvensional 1.Kerjasama semua. Dana disumbangkan oleh ahli. Dana yang dikumpulkan dapat digunakan untuk melindungi ahli lain dari risiko. 1.Polisi yang memindahkan risiko kepada syarikat insurans. Anda membayar premium untuk menerima perlindungan. 2.Tertakluk kepada undangundang Syariah dan kerajaan. 2.Tertakluk kepada undangundang kerajaan sahaja. 3.Pengendali Takaful hanya akan melabur dalam instrumen patuh Syariah yang bebas daripada gharar (keraguan), maisir (perjudian dan kebarangkalian), dan riba (faedah). 3.Syarikat insurans bebas melabur dalam instrumen yang sah seperti saham, bon, dan lain lain.


Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda; وعن أنس بن مالك عن النبي صىل هللا عليه و سلم قال : [ َطلُب ال َحالِل َواِجٌب عىل كِل ُمسِلم. ] ]2 ]رواه الطبراني في األوسط وإسناده حسن Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan). Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda; وعن أنس بن مالك عن النبي صىل هللا عليه و سلم قال : [ َطلُب ال َحالِل َواِجٌب عىل كِل ُمسِلم. ] ]2 ]رواه الطبراني في األوسط وإسناده حسن Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan). Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram Dalil


Pelan Kemalangan Diri Jenis-jenis Takaful di Malaysia Takaful Am Takaful Keluarga Pelan Kebakaran/ Empunya/ Isi Rumah Pelan Motor Pelan berkaitan Pelaburan Pelan Pendidikan Anak Pelan Anuiti Pelan Keluarga Pelan Perubatan dan Kesihatan


JJeenniiss- -jjeenniiss IInnssuurraannss ddii MMaallaayyssiiaa Insurans Kemalangan Diri Insurans Rumah Insurans Perjalanan Insurans Kereta Insurans Perubatan Insurans Nyawa


Hukum Takaful Sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Oleh kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan), maka masyarakat wajib untuk memilih skim takaful yang diiktiraf sebagai patuh syariah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (egensi) yang bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar. Sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Oleh kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan), maka masyarakat wajib untuk memilih skim takaful yang diiktiraf sebagai patuh syariah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (egensi) yang bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.


Gharar Ini adalah keraguan, peluang, atau risiko yang tidak memenuhi syarat. Gharar wujud kerana terdapat ketidakpastian tentang apa yang “dibeli” atau dibayar oleh pemegang polisi insurans sekiranya tidak berlaku kerugian dan pemegang polisi tidak menerima apa-apa. Maisir Ia merupakan perjudian ataupun kebarangkalian. Maisir wujud kerana pembayaran jumlah yang diinsuranskan bergantung pada kebarangkalian semata-mata. Riba Ia juga dikenali sebagai faedah dalam insurans konvensional. Ia wujud apabila dana dilaburkan dalam sekuriti yang berlandaskan dengan faedah. Gharar Ini adalah keraguan, peluang, atau risiko yang tidak memenuhi syarat. Gharar wujud kerana terdapat ketidakpastian tentang apa yang “dibeli” atau dibayar oleh pemegang polisi insurans sekiranya tidak berlaku kerugian dan pemegang polisi tidak menerima apa-apa. Maisir Ia merupakan perjudian ataupun kebarangkalian. Maisir wujud kerana pembayaran jumlah yang diinsuranskan bergantung pada kebarangkalian semata-mata. Riba Ia juga dikenali sebagai faedah dalam insurans konvensional. Ia wujud apabila dana dilaburkan dalam sekuriti yang berlandaskan dengan faedah. Hukum Insurans Konvensional Insurans konvensional mempunyai beberapa unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba ’ , gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (judi). Insurans konvensional mempunyai beberapa unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba ’ , gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (judi).


Situasi ini bergantung kepada jenis kemalangan dan rawatan yang anda terima. Sekiranya ada anggota yang patah dan dimasukkan besi, maka anggota yang dimasukkan besi tidak akan dilindungi takaful. Akan tetapi anggota yang lain masih boleh mendapat perlindungan takaful. Walaubagaimanapun, untuk kes seperti ini, kebiasaannya anda perlu ambil Laporan Perubatan (Medical report) dari hospital yang anda pernah menerima rawatan, untuk diserahkan ke pejabat takaful bagi tujuan pengesahan dan proses pendaftaran. Situasi ini bergantung kepada jenis kemalangan dan rawatan yang anda terima. Sekiranya ada anggota yang patah dan dimasukkan besi, maka anggota yang dimasukkan besi tidak akan dilindungi takaful. Akan tetapi anggota yang lain masih boleh mendapat perlindungan takaful. Walaubagaimanapun, untuk kes seperti ini, kebiasaannya anda perlu ambil Laporan Perubatan (Medical report) dari hospital yang anda pernah menerima rawatan, untuk diserahkan ke pejabat takaful bagi tujuan pengesahan dan proses pendaftaran. SSaayyaa PPeerrnnaahh KKeemmaallaannggaann,, BBoolleehhkkaahh SSaayyaa AAmmbbiill TTaakkaaffuull??


YA. Walaupun berlandaskan prinsip Islam, Takaful bukan produk keagamaan dan ia terbuka kepada semua orang, termasuk bukan Islam. Sebenarnya, Takaful dan pembiayaan Islamik semakin popular dalam kalangan bukan Islam. YA. Walaupun berlandaskan prinsip Islam, Takaful bukan produk keagamaan dan ia terbuka kepada semua orang, termasuk bukan Islam. Sebenarnya, Takaful dan pembiayaan Islamik semakin popular dalam kalangan bukan Islam. Bolehkah orang bukan Islam mendaftar untuk Takaful?


Click to View FlipBook Version