INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TAHUN AKADEMIK :2022
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
(INDIVIDU)
BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM : PPISMP
AMBILAN: JUN 2022
SEMESTER:
1
NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL KARIM BIN MANSOR
NAMA PELAJAR: AHMAD IRSYADUDDIN BIN
KHAIRUDDIN
ANGKA GILIRAN: 2022152310026
NO KAD PENGENALAN: 040608-14-0949
TARIKH HANTAR: 3/10/2022
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan
oleh pensyarah.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2
MENGIKUT KRONOLOGI 2-3
2.1.1 SEMASA ZAMAN AWAL PENJAJAHAN 4-6
2.1.2 SEMASA ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN 6-7
2.1.3 SEMASA ZAMAN SELEPAS KEMERDEKAAN 7-9
2.2 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI 9-10
2.3 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MAA KINI 10-11
12-13
3.0 KESIMPULAN
4.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005),Ejaan dapat didefinisikan sebagai
kaedah atau cara untuk menghasilkan sesuatu perkataan dengan menggunakan
huruf.Gabungan huruf-huruf yang pelbagai dapat menghasilkan satu perkataan yang
boleh disebut dan difahami.Pada asalnya,tulisan utama bagi orang Melayu ialah
tulisan Jawi.Oleh sebab itu,semua perkataan bahasa Melayu dieja dengan
menggunakan huruf Jawi.Namun apabila Kesultanan Melayu Melaka dijajah oleh
Portugis,tulisan Jawi mula digantikan dengan tulisan Rumi.Perkara ini menyebabkan
ejaan Jawi mula digantikan kepada ejaan Rumi .Orang pertama yang mengubah
tulisan Jawi kepada tulisan Rumi ialah David Barbosa iaitu seorang kapten Portugis di
Melaka ketika tahun 1516.David Barbossa menggunakan huruf Latin untuk mengeja
dalam tulisan Rumi.Ejaan Rumi telah mengalami perubahan yang banyak sama ada
dalam bentuk tidak bersistem atau pun bentuk bersistem.Bagi bentuk tidak bersistem
iaitu ejaan menurut daya telinga dan lidah semata-mata,ejaan Rumi telah mengalami
perubahan sebanyak 10-21 kali manakala bagi bentuk bersistem,ejaan Rumi telah
mengalami perubahan sebanyak 11 kali.
Perubahan yang banyak ini didorong oleh ramai sarjana Barat yang beranggapan
bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi yang besar lalu mereka berusaha untuk
mewujudkan sistem ejaan Rumi yang lebih sistematik.Terdapat dua fasa perubahan
ejaan Rumi iaitu fasa perubahan tidak bersistem dan fasa perubahan
bersistem.Antara contoh ejaan Rumi yang tidak bersistem ialah Ejaan
Barbossa,Ejaan Pigafatte Ejaan Houtman dan Ejaan Bowrey manakala contoh bagi
ejaan bersistem pula ialah Sistem Ch A van Ophuisen,sistem R J Wilkinson dan
Sistem Za'aba.Perubahan ejaan Jawi kepada ejaan Rumi ini telah menyebabkan
timbulnya kerumitan dalam sistem ejaan bahasa Melayu.Hal ini kerana pengembara
serta orientalis Barat cuba untuk mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan
rumi.Masalah ini terus berlarutan kerana terdapatnya kekeliruan antara kajian bunyi
dengan kajian ejaan atau tulisan.
Namun secara beransur-ansur wujudnya beberapa pertubuhan yang memainkan
peranan penting bagi memastikan pengguna bahasa Melayu tidak keliru dengan
ejaan yang betul.Antara pertubuhan yang amat memainkan peranan yang penting
dalam menyelaraskan ejaan pada hari ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
1
2.0 PERBINCANGAN
2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
Ejaan rumi telah mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa mengikut
peredaran zaman.Bermula dari zaman selepas penjajahan sehinggalah ke hari
ini.Banyak pihak yang telah terlibat dalam perubahan sistem ejaan rumi
ini.Perubahan ini memastikan sistem ejaan Rumi sentiasa mudah difahami oleh
penggunanya.
2.1.1 SEMASA ZAMAN AWAL PENJAJAHAN
(i) SISTEM EJAAN PEGAFATTE
Sistem ejaan ini diperkenalkan oleh Anotnio Pegafatte iaitu seorang paderi Itali yang
menjadi pengikut kepada Ferdinand Megallen.Pigafetta telah menghasilkan sebanyak
426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain.Pegafetta
mengumpulkan perkataan-perkataan ini dengan bantuan Hendrick iaitu seorang
hamba Magellan yang berasal dari Melayu Sumatera.Pigafetta menggunakan sistem
ejaan berasaskan daripada sistem ejaan bahasa Itali dialek Vicentine yang
merupakan tempat asal Pigafetta.Daftar kata ini juga dikenali sebagai daftar kata
Itali-Melayu.Beliau juga turut memperkenalkan kosa kata ini sebagai kosa kata yang
digunakan oleh orang Moorish atau Muslim.Terdapat beberapa ejaan Lain Pigafatte
yang mempunyai persamaan dengan ejaan Rumi moden pada hari ini.
Jadual 2.1.1:Ejaan Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad Rumi
Terdapat empat naskhah awal yang dihasilkan oleh Pigafetta iaitu satu naskhah
Itali dan tiga buah naskhah Perancis (Hashim Musa 2006).Kemungkinan Pigafetta
telah mempelajari bahasa Melayu daripada Hendrick dan juga telah meminta bantuan
Hendrick untuk menyemak catatannya.
2
(ii) SISTEM EJAAN HOUTMAN
Sistem ejaan Houtman dihasilkan oleh Cornelius de Houtman iaitu seorang pelayar
Belanda.Beliau menghasilkan skrip ini ketika menjadi tahanan penjara Sultan Bantam
III kerana kekerasan rombongan Belanda.Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda
pada tahun 1598.Skrip inti telah diulas dan disiarkan oleh A.W. Hamilton di dalam
JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III).Namun,sistem ejaan Rumi ini tidak begitu stabil
seperti sistem ejaan Pigafetta kerana terdapat banyak masalah dengan bentuk abjad
atau grafem. Antara contoh perkataan yang dihasilkan oleh Houtman ialah:
Jadual 2.1.2:Senarai perkataan yang dihasilkan Houtman
(iii) SISTEM EJAAN BOWREY
Pada tahun 1701,Thomas Bowrey telah menghasilkan senarai kata bahasa
Inggeris-bahasa Melayu yang bertajuk A Dictionary of English Malayao,Malayo and
English yang diterbitkan di London.Beliau juga turut menghasilkan dialog serta
penggunaan kata dalam kehidupan seharian.Sistem ejaan Bowrey mempunyai
ciri-ciri antik serta pengulangan konsonan untuk melambangkan kepanjangan
sebutan sesuatu perkataan.Jadual 2.1.3 menunjukkan senarai kata yang telah
dihasilkan oleh Thomas Bowrey:
Jadual 2.1.3
3
2.1.2 SEMASA ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN
(i)SISTEM EJAAN WILKINSON
Sistem ejaan Wilkinson merupakan sistem ejaan yang diperkenalkan oleh British di
Tanah Melayu pada tahun 1904 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Melayu Bersekutu British yang diterbitkan di dalam buku
Romanised Malay Spelling.Ejaan ini diterbitkan atas arahan The Government of
Federated Malay States.Perkara ini kerana British mahu menyeragamkan sistem
ejaan Rumi di sekolah-sekolah di dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu agar dapat
memudahkan urusan pembelajaran serta berkomunikasi.Sistem ejaan ini merupakan
penambah baikkan daripada ejaan-ejaan Kamus Maxwell yang telah digunakan di
negeri-negeri Selat yang mana kaedah penggunaan vokalnya tak sekata serta
mempunyai banyak masalah dari segi ejaan.
Dalam sistem ini,terdapat enam peraturan utama yang perlu diambil berat ketika
proses merumikan ejaan bahasa Melayu.Peraturan yang pertama ialah semua
perkataan Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Melayu mestilah mengikut ejaan
bahasa Melayu.Seterusnya,kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu
contohnya akal mestilah dieja mengikut sebutan orang Melayu.Kemudian,ejaan bagi
perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya
dipilih walaupun sebutannya berbeza.Peraturan yang keempat,kata terbitan yang
mengandungi imbuhan,kata dasarnya dieja menyamai bentuk asalnya walaupun
mempunyai bunyi yang berbeza.Peraturan kelima,perkataan seperti
sahaja,bahaya,sahaya dan cahaya dieja dengan abjad h di tengahnya.peraturan
terakhir,sistem pemilihan vokal antara o dan u,antara e dan I pada akhir suku kata
tertutup.Vokal o dipilih bukan u jika pada suku kata yang berakhir dengan
ong,ok,oh,Contohnya,kepong,buloh dan merbok.Vokal u pula dipilih apabila suku
kata diakhiri dengan um,ut,un,ul,us dan ur.Misalnya,minum,tahun dan betul.
Setelah sistem ejaan ini telah selesai dikaji dan disusun satu laporan kajian telah
dibuat.Di dalam laporan tersebut jawatankuasa yang terlibat telah melampirkan
senarai panjang ejaan sebagai contoh dan panduan ejaan Rumi bahasa Melayu
mengikut sistem Ejaan Wilkinson.Sistem ejaan ini seterusnya digunakan dalam
pengajaran serta dalam penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah.Urusan
4
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik kerana wujudnya sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu yang seragam ketika di sekolah.
(ii)SISTEM EJAAN ZA’BA
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenal sebagai Za’ba merupakan satu nama
yang amat besar dalam dunia persuratan Melayu dan tidak asing lagi dalam kalangan
masyarakat di negara kita.Terdapat banyak jasa beliau kepada bahasa Melayu
sehingga diberi gelaran sebagai pendeta pada tahun 1956 oleh Kongres Bahasa dan
Sastera Melayu Ketiga serta dianugerahkan PMN yang membolehkan beliau
membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1962.Khidmat beliau dalam bidang bahasa
Melayu bermula pada tahun 1923 iaitu berkhidmat sebagai penterjemah di Bahagian
Terjemahan,Jabatan Pendidikan Tanah Melayu.Beliau juga pernah berkhidmat di
Sultan Idris Training College,Tanjung Malim bermula pada tahun 1924 sehingga
tahun 1939.Sumbangan beliau dalam pembakuan sistem ejaan Rumi memberikan
impak yang besar dalam dunia persuratan Melayu dan tidak akan boleh
dilupakan.Sistem ejaan yang dikenalkan oleh Za’ba telah digunakan dalam urusan
rasmi kerajaan dan di sekolah-sekolah bermula tahun 1940-an.
Dalam sistem ejaan ini,Za’ba telah memperkenalkan istilah ‘huruf saksi’ yang
diambil daripada istilah Wilkinson (1903).Beliau telah membahagikan fonem vokal
kepada enam bunyi iaitu bunyi atas,bunyi bawah dan bunyi hadapan.Setiap jenis
bunyi tersebut pula terbahagi kepada dua iaitu kasar dan halus.Setiap bunyi tersebut
mempunyai bunyi vokal dan fungsi sebutan yang berbeza.Menurut Ismail Dahaman
(1991),Za,Ba mempunyai pendirian yang berbeza dengan penulis-penulis lain iaitu
beliau mempunyai pendirian terhadap panjang-pendek bunyi vokal dalam kaitannya
dengan tulisan Jawi klasik.Pendirian ini dikatakan dapat menunjukkan sistem bunyi
bahasa Melayu yang betul dan tidak seperti konsep yang dinyatakan oleh
penulis-penulis lain.Za’ba tidak menggunakan apa-apa tanda sirkumfleks atau aksen
sebagai penanda di dalam sistem ejaannya.
Antara buku-buku yang ditulis oleh Za’ba ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggal
(1962),Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949) dan Pelita Bahasa Melayu Penggal
(1941).Di dalam karya beliau,beliau telah menyatakan penggunaan kata-kata istilah
yang lebih spesifik bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dengan betul
serta memberikan penekanan kepada sistem ejaan Rumi dan Jawi.Beliau juga
mengkhususkan istilah-istilah tersebut kepada beberapa bahagian nama iaitu kata
nama khas,kata nama am dan kata ganti nama diri.
5
(iii)SISTEM EJAAN KONGRES
Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan bahasa Melayu yang telah dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3.Kongres ini telah diadakan pada 16-21
September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dan dihadiri oleh 500 orang
perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari
seluruh Malaya.Indonesia juga turut menghantar beberapa orang wakil yang diketuai
oleh Menteri Pendidikan Pengajaran dan Pendidikan Indonesia.
Dalam kongres ini masalah penulisan ejaan Rumi diberi perhatian yang
khusus.Perkara ini berpunca daripada pergolakan yang berlaku tentang tulisan rasmi
bahasa Melayu sama ada tulisan Jawi atau tulisan Rumi.Ahli kongres telah membuat
rumusan untuk mewujudkan dan menggunakan sistem Ejaan Rumi Kongres.Salah
satu rumusan yang dipersetujui adalah berkaitan dengan sistem ejaan bahasa
Melayu bagi kedua-dua negara.Rumusan tersebut berbunyi,Bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia yang berbeza-beza sedikit akan perihal ejaannya,dan hal-hal lain
berkaitan harus disatukan,kerana asal dan dasar bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia itu sama sahaja”.Terdapat 14 ketetapan yang telah dicapai oleh kongres
tersebut.Antaranya melibatkan abjad,perlambangan diftong,perlambangan vokal dan
perlambangan konsonan.
Sistem ejaan ini mendapat sambutan ramai kerana dilakukan dengan tujuan
penyatuan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.Perlambangan sistem
keharmonian vokal dan penulisan bentuk terikat tanpa menggunakan sempang
merupakan antara persamaan yang ketara.Keseragaman ini memudahkan ejaan
Rumi berbanding dengan sistem ejaan yang sebelumnya.
2.1.3 SEMASA ZAMAN SELEPAS KEMERDEKAAN
(i) EJAAN RUMI PBMUM
Ejaan ini mula diperkenalkan melalui sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan
jurnal bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya(PBMUM) pada tahun 1959.Sistem ejaan ini bukanlah sistem ejaan yang
rasmi tetapi merupakan kesinambungan kepada percubaan menyatukan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.Ejaan ini hampir menyerupai Ejaan Fajar
6
Asia dan Ejaan Soewandi.Terdapat beberapa kelainan yang dapat dikesan di dalam
sistem ejaan ini jika dibandingkan dengan sistem ejaan Za’ba.Kelainan yang dapat
dikesan adalah dari segi perlambangan fonem,diftong Melayu,penulisan kata turunan
yang seragam,kata depan <ke> dijarakkan dari perkataan selepasnya manakala kata
depan <di> dirapatkan dengan perkataan selepasnya dan kata
<lah>,<kah>,<tah>,<pun> serta <nya> dirapatkan dengan perkataan sebelumnya.
(ii)SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972
Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia menyebabkan beberapa persetujuan
tidak dapat dijalankan.Sistem ejaan ini merupakan kemuncak kepada usaha
menyelaraskan ejaan Rumi.Sistem ejaan ini juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi
Baharu dan telah dirasmikan secara serentak di kedua-dua buah negara.Sistem
ejaan ini mewujudkan sistem ejaan yang lebih teratur dan seragam.
Terdapat enam ciri utama dalam sistem ejaan ini iaitu huruf dalam bahasa
Melayu,ejaan kata pinjaman,penggunaan tanda baca,sistem pola keselarasan huruf
vokal,penggunaan huruf besar dan huruf kecil serta kegramatisan
tatabahasa.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008),keselarasan vokal bermaksud
kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu
pasangan antara dua huruf vokal pada skala suku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku suku kata akhir tertutup.Sistem pola keselarasan bahasa mempunyai 18
pola keselarasan vokal.Selain itu,penggunaan huruf besar untuk huruf pertama kata
nama khas.Kegramatisan bahasa pula berkaitan dengan suatu hasil penulisan yang
mudah difahami,berkesan dan menggunakan pelbagai ayat dengan panjang pendek
yang berbeza.
2.2 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang
telah menetapkan bahawa bahasa rasmi untuk negara Malaysia ialah bahasa
Melayu.Oleh sebab itu,wujudnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diberikan
amanah dan tanggungjawab untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu di
negara kita termasuklah menyeragamkan sistem ejaan rumi.DBP diwujudkan pada
tahun 1956 di Johor Bahru,Johor.Pada ketika itu DBP dikenali sebagai Balai Pustaka
7
merupakan sebuah Jabatan Kecil yang terletak di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.DBP mula dinaik taraf pada bulan September 1956 hasil daripada Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III dan mempunyai anggota lembaganya sendiri.Pada
tahun 1959 DBP dinaik taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun iaitu Ordinan
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang membolehkan DBP mempunyai kuasa
autonomi untuk menggubal dasar-dasar khusus,menyusun program pembinaan dan
pengembangan bahasa serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku
secara kompetitif.
Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi adalah dengan
mewujudkan buku atau kamus yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi.Antara
contoh yang jelas dan nyata kita dapat lihat pada hari ini ialah Kamus Dewan yang
sudah memasuki edisi keempat.Kewujudan Kamus Dewan membolehkan pengguna
bahasa Melayu membuat rujukan tentang kesahihan ejaan sesuatu perkataan
sekaligus dapat mencari maksud perkataan tersebut.Dalam mendepani arus
kemodenan ini,DBP juga telah menghasilkan satu laman web yang dikenali sebagai
Pusat Rujukan dan Persuratan Melayu (PRPM).PRPM membolehkan urusan rujukan
dilakukan dengan lebih mudah kerana boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira
masa.Usaha ini membolehkan masalah kekeliruan ejaan dan maksud dapat
diselesaikan dengan mudah berdasarkan sumber rujukan yang sahih.
Selain itu,DBP juga telah memainkan peranan untuk menyeragamkan sistem
ejaan rumi dengan penggunaan ejaan yang betul dalam buku-buku yang
diterbitkannya.Contohnya,penggunaan ejaan Rumi yang betul di dalam buku teks
yang digunakan di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah
menengah.Perkara ini amat memberikan kesan kerana apabila anak-anak muda
sudah diberikan pendedahan ejaan yang betul dari akar umbi maka mereka tidak
akan berdepan masalah untuk mengeja dengan betul kerana meluntur buluh biarlah
dari rebungnya.Kesannya akan dapat dilihat dalam jangka masa panjang apabila
generasi ini pada masa akan datang tidak akan mengalami masalah ejaan ketika
melakukan penulisan.Perkara ini juga selari dengan fungsi bahas Melayu sebagai
bahasa ilmu.
Di samping itu,DBP juga boleh mengadakan bengkel penulisan atau
program yang melibatkan penulisan.Perkara ini dapat memberikan penerangan
kepada rakyat Malaysia tentang cara penulisan yang betul termasuklah dari aspek
ejaan Rumi.Antara program yang dapat dijalankan adalah penulisan cerpen.Program
8
ini membolehkan pengguna bahasa Melayu terutamanya generasi zaman kini mampu
untuk menulis dengan baik.DBP juga menggalakkan penghasilan karya-karya
penulisan seperti ini dengan membuka sesiapa sahaja yang ingin menghantar hasil
karya mereka untuk diterbitkan di dalam majalah dan memberikan bayaran.
Akhir sekali,pihak DBB juga turut memperkenalkan Bulan Bahasa
Kebangsaan.Slogan Bahasa Jiwa Bangsa merupakan slogan yang tidak asing lagi
dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini.Pihak DBP telah berusaha
menyebarkan kempen ini di setiap pelosok sumber informasi.Kesan daripada
pelaksanaan kempen seperti ini ialah dapat memupuk rasa cinta akan bahasa di
dalam diri semua rakyat Malaysia.Rasa cinta ini akan mendorong rakyat Malaysia
untuk sentiasa memelihara keindahan Bahasa Melayu termasuklah sistem ejaan
yang betul.
2.3 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI
Dalam menelusuri arus kemajuan ini,cabaran yang dihadapi oleh sistem ejaan Rumi
semakin hebat dan mencabar.Arus pemodenan meninggalkan kesan dan imak yang
amat besar ke seluruh pelosok dunia termasuklah di Malaysia.Perkembangan
teknologi yang semakin pesat menyebabkan bahasa Melayu berdepan dengan
beberapa masalah yang berpunca daripada penuturnya sendiri.Selari dengan
berkembangnya teknologi,penyaluran maklumat juga dapat bergerak dengan mudah
dan pantas.Hal ini menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa
Melayu sukar untuk dibendung kerana tiadanya tapisan maklumat berkaitan
kesalahan bahasa yang semakin berleluasa ini.
Menurut Mohd Asraf (2005),bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat
berpengaruh dan luas penyebarannya sehingga tiada negara di dunia ini yang tidak
menggunakan bahasa Inggeris.daripada penyataan tersebut dapat disimpulkan
bahawa masalah utama yang dihadapi oleh bahasa Melayu adalah penuturnya
sendiri mula memilih untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.Perkara ini
tercetus kerana terdapat segelintir pihak yang berpendapat bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa yang lapuk dan ketinggalan zaman.Misalnya,terdapat segelintir
pihak yang tidak bersetuju dan mengutuk tindakan Perdana Menteri Malaysia yang
kesembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap menggunakan bahasa
Melayu semasa persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijalankan
pada 24 September 2022.Perkara ini jelas menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia
9
yang terlalu menyanjung bahasa Inggeris sehingga menyebabkan kedudukan bahasa
kebangsaan kita digugat oleh bahasa Inggeris.
Selain itu,cabaran yang timbul untuk sistem ejaan Rumi adalah masalah
kerancuan bahasa atau dikenali sebagai bahasa rojak serta masalah penggunaan
bahasa slanga turut menjadi duri dalam daging.Hal ini menyebabkan bahasa Melayu
mula bercampur aduk dan kurangnya penggunaan bahasa Melayu
standard.Penggunaan singkatan yang berlebihan ketika berkomunikasi juga dapat
menjejaskan sistem ejaan Rumi pada hari ini.Contohnya,pengguguran huruf vokal
dalam sesuatu perkataan seperti ‘boleh’ yang disingkatkan menjadi ‘blh’.Perkara ini
boleh menyebabkan generasi zaman kini terbiasa menggunakan singkatan ejaan
sehingga tidak mengetahui ejaan yang betul dan menimbulkan kekeliruan dalam
mengeja.
Akhir sekali,sistem ejaan Rumi berdepan cabaran apabila program Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula
diperkenalkan.Perkara ini menyebabkan bahasa Inggeris mula digunakan sebagai
bahasa ketika belajar Sains dan Matematik.Penggunaan bahasa Inggeris ini
menggugat Akta Pendidikan 1996 di mana bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar ketika berada di sekolah.Bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai
bahasa Ilmu serta akan mendorong kepada kurangnya istilah-istilah dalam bahasa
Melayu.Generasi zaman kini akan mengalami kekeliruan dan kurangnya kosa kata
dalam bahasa Melayu.Rentetan daripada itu juga kemahiran mengeja istilah bahasa
Melayu yang betul juga akan berkurang kerana kurangnya penggunaan istilah bahasa
Melayu.
3.0 KESIMPULAN
Dapat saya simpulkan bahawa sistem ejaan Rumi telah banyak mengalami
perubahan dan evolusi untuk memastikan penggunaannya sentiasa relevan,seragam
dan tidak mengelirukan pengguna bahasa Melayu.Banyak pihak telah
berusaha,berbincang dan membuat keputusan tentang penggunaan ejaan rumi yang
betul.Pihak yang mempunyai autoriti seperti DBP juga telah banyak memainkan
peranan mereka agar sistem ejaan Rumi ini terus terpelihara.Oleh sebab itu,kita yang
berada di zaman kini hendaklah menghargai buah fikiran serta warisan mereka agar
kedaulatan Bahasa Melayu dapat dijaga.Semua pihak perlulah berganding bahu
10
menggembleng tenaga agar keunikan serta warisan bahasa Melayu akan terus dapat
dipelihara.
11
RUJUKAN
Abdul Razak Mohd Kassim (2021).Cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda penutur asli bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan
Pustaka.Capaian 29 September 2022 dari
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/991/
Afiq (2012).Modul BMMB3112:Topik 7(Versi MIcrosoft Word).Capaian 30 September
2022,dari
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-7-iankaka.pd
f
Ariff Ahmad (1994).Penerbitan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.Capaian pada 28
September 2022 dari
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbitan_
ejaan-rumi-bahasa-melayu_muhammad-ariff-ahmad.pdf
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022).Pengenalan.Capaian pada 1 Oktober 2022 dari
https://lamanweb.dbp.gov.my/pengenalan/
Faizah Othman (2013).Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu.Capaian 29 September 2022,dari
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-r
umi-bahasa-melayu
Khairuddin Mohammad et. al. (2015).Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu,Perkamusan dan Terjemahan.Sasbadi Sdn. Bhd.
Nurm Mustafa (2022).Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisas (Conference
Paper,5th National Pre-University Conference).Capaian 28 September 2022 dari
https://www.researchgate.net/publication/360723497_CABARAN_BAHASA_ME
LAYU_DALAM_ERA_GLOBALISASI
PeKhabar (2015).Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.Capaian pada 1 Oktober
2022 dari https://pekhabar.com/penubuhan-dewan-bahasa-dan-pustaka/
12
Sinar Harian (2022).PM cipta sejarah berucap bahasa Melayu di Perhimpunan Agong
PBB.Sinar Harian Online.Capaian 30 September 2022, dari
https://www.sinarharian.com.my/article/222672/berita/nasional/pm-cipta-sejarah-
berucap-bahasa-melayu-di-perhimpunan-agung-pbb
Zahid Bakar (2014).Bahasaku:sistem ejaan Rumi baharu.Capaian pada 1 Oktober
2022 dari
http://bahasaku-zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html
13