The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainakamiliaa, 2023-07-18 15:05:03

NUR AINA KAMILIA BT AZMI-TUGASAN 1 FKIK3013

PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PAHANG

Keywords: PROSEDUR PERKAHWINAN

PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA MENURUT ENAKMEN UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PAHANG Disediakan oleh: NUR AINA KAMILIA BINTI ‘AZMI UNIT BM4 Nama Pensyarah: Dr. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN Kod Kursus : FKIK3013


1 PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PAHANG. 1.0 PENGENALAN Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah dan merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara. Perkahwinan juga merupakan kunci kepada permulaan langkah pertama dalam membina sesebuah keluarga kerana secara fitrahnya, setiap makhluk yang Allah SWT cipta memerlukan pasangan. Namun, manusia pula secara fitrahnya memerlukan pasangan untuk hidup berkeluarga dan menjalani kehidupan yang bahagia. Perkahwinan juga adalah suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan. Perkahwinan itu diibaratkan seperti malam dan siang, hitam dan putih, tinggi dan rendah serta mana-mana perumpamaan yang boleh digunakan untuk menunjukkan persamaannya dengan manusia yang masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Fatir ayat ke-11; “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan).”. Pembentukan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah bermula dengan perkahwinan ataupun nikah. Hikmah pensyariatan perkahwinan adalah untuk memenuhi fitrah semula jadi setiap manusia yang dijadikan oleh Allah SWT, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.


2 Berikut dinyatakan ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapa tberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenangwenangnya.”. 2.0 KONSEP PERKAHWINAN Maksud perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula perkahwinan dikatakan sebagai akad yang menghalalkan hubungan seorang lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dengan menetapkan hak-hak dan tanggungjawab masing-masing dengan menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang membawa makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan (Muhammad, 2020) Menurut Ahmad Ibrahim (1999), pensyariatan perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan untuk melahirkan dan mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai satu penyambung keturunan dan mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak. Selain itu, menurut Faezah et.al. (2020), sebuah perkahwinan perlu mempunyai matlamat untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia untuk melahirkan generasi yang hebat kerana kehebatan masyarakat dan negeri bermula daripada institusi kekeluargaan yang hebat.


3 3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA MENURUT ENAKMEN UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PAHANG. Setiap negeri di Malaysia mempunyai prosedur perkahwinan yang berbeza-beza berdasarkan undang-undang syariah yang telah ditetapkan di negeri tersebut. Prosedur perkahwinan tidak menjadi salah satu syarat sah dalam Islam namun realitinya sekarang telah menjadi suatu kemestian agar perkahwinan itu direkodkan dalam bentuk dokumen supaya pentadbiran mahkamah lebih sistematik dan teratur sepertimana yang terkandung di dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Sebelum mendirikan rumah tangga, setiap pasangan iaitu pihak lelaki dan perempuan perlu mempunyai pengetahuan berkaitan persediaan dan pelaksanaan yang perlu dilakukan sebelum berkahwin. Saya telah melawat Pejabat Agama Islam Daerah Lipis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Prosedur Perkahwinan Negeri Pahang. 3.1 KURSUS PRA PERKAHWINAN Langkah pertama yang wajib dilaksanakan oleh setiap pasangan yang ingin berkahwin ialah mereka perlu menjalani kursus pra perkahwinan terlebih dahulu. Kursus ini merupakan perkara wajib dilaksanakan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Pasangan akan dibekalkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkahwinan misalnya tanggungjawab suami & isteri, prosedur perkahwinan, pengurusan konflik dalam rumah tangga, pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan keluarga, pembubaran perkahwinan dan lain-lain lagi. Kursus pra perkahwinan ini adalah penting kerana hal-hal yang berkaitan dengan Pendaftaran Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri kursus dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang diiktiraf oleh JAKIM.


4 3.2 UJIAN SARINGAN HIV Kemudian, ujian saringan bagi virus kurang imun manusia (HIV) perlu dijalani oleh pasangan di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan kerana pemohonan kebenaran berkahwin yang telah diluluskan oleh Penolong Pendaftar perlulah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing berserta dengan keputusan ujian saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Hal ini bertujuan untuk membolehkan seseorang individu mengetahui status HIV pasangan masing-masing bagi pengambilan tindakan yang wajar agar dapat mencegah daripada transmisi penyakit ini kepada orang lain (Sabtuah, 2015). Cas bagi menjalani ujian saringan tersebut adalah sebanyak RM1.00 bagi warganegara manakala untuk bukan warganegara adalah sebanyak RM90.00. Tempoh sah laku keputusan ujian saringan HIV adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan. Sekiranya keputusan ujian menunjukkan negatif, maka proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan tetapi sekiranya keputusan menunjukkan positif, maka langkah-langkah berikut perlu dilakukan: ✓ Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin. ✓ Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV. ✓ Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. ✓ Sekiranya pasangan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. ✓ Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk langkah penajagaan kesihatan seterusnya.


5 3.3 PERMOHONAN BERKAHWIN Setelah selesai melakukan ujian saringan HIV, langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin berkahwin ialah membuat permohonan kebenaran berkahwin dengan mengisi borang kebenaran berkahwin melalui sistem secara atas talian (online). Bagi negeri Pahang, pasangan boleh mengakses sistem melalui laman web https://emunakahat.pahang.gov.my/. Antara dokumen yang perlu dilampirkan oleh pemohon adalah seperti berikut: ✓ Salinan Sijil Kelahiran ✓ Salinan Kad Pengenalan ✓ Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI ✓ Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin ✓ Surat akuan bujang yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah bujang sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon seorang lelaki). ✓ Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup) ✓ Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati) ✓ Surat akuan memeluk agama Islam (jika beliau seorang mualaf) ✓ Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis) ✓ Surat kebenaran dari Angkatan Tentera (jika pemohon anggota tentera).


6 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran untuk berkahwin selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh pernikahannya. Pendaftar pula perlu mengeluarkan surat kebenaran berkahwin sekurang – kurang 90 hari pada tarikh tesebut dikeluarkan. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang, Seksyen 16 (Permohonan untuk kebenaran berkahwin): (1) Apabila dikehendaki untuk mengakad nikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pahang tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin. (2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar. (3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu. (4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama. Untuk mendapatkan kebenaran permohonan berkahwin, Pendaftar perlu menerima permohonan yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar dan memastikan borang perkahwinan diterima selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan. Perkara ini telah digariskan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang, Seksyen 19, iaitu tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Pahang atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri tersebut.


7 3.4 PROSES AKAD NIKAH Prosedur yang seterusnya ialah proses akad nikah. Pendaftar perlu memastikan akad nikah yang akan dilangsungkan adalah dalam kariah di tempat pasangan perempuannya tinggal ataupun menetap. Namun, pendaftar juga boleh memberikan kebenaran akad nikah untuk dilangsungkan di tempat lain dan memastikan majlis akad nikah tersebut dilangsungkan oleh wali atau wakil wali di hadapan pendaftar, pendaftar sendiri mewakili wali atau pendaftar sebagai Wali Raja bagi perempuan yang tidak mempunyai wali atau walinya enggan. Perkahwinan tersebut perlu didaftarkan di dalam negeri atau di luar negeri. Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang- undang yang sedia ada. Seksyen 25 (pendaftaran) dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang telah menggariskan bahawa perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang bermastautin dalam Negeri Pahang dan perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri Pahang hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen ini. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan. Akan tetapi, jika pasangan tersebut bernikah di luar negeri, Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.


8 3.5 MAS KAHWIN Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Menurut Seksyen 21 (1) dalam Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang menggariskan bahawa mas kahwin hendaklah dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain. Mas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya. Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk barangan contohnya wang tunai atau gelang emas dan mahar ini juga boleh diberikan dalam bentuk hutang. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran. Tiada had dalam pemberian mahar ini. Sedikit atau banyaknya bergantung kepada kata sepakat kedua-dua belah pihak pengantin. Kadar minimum semasa bagi mas kahwin atau mahar di Malaysia adalah berlainan mengikuti negeri. Sebagai contoh, bagi negeri Pahang, mas kahwin untuk bujang dan janda adalah sebanyak RM 22.50.


9 Firman Allah yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” Surah al-Nisa’ (4) Seterusnya, menurut Seksyen 22 (1) dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang, selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta'liq yang ditetapkan atau taliq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan. Seksyen 22 (2) pula menyatakan bahawa catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakad nikahkan. Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu (Seksyen 22 (3). 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah mempunyai persediaan dan pengetahuan yang lengkap tentang alam perkahwinan lebih-lebih lagi prosedur perkahwinan yang akan dilaluinya. Perkahwinan yang dilaksanakan tanpa mengikut prosedur mengikut seksyen 40 akan disabitkan sebagai satu kesalahan. Oleh itu, setiap pasangan perlulah akur dan menjalankan tanggungjawab sebelum melangkah ke alam rumah tangga kerana kewujudan prosedur ini mempunyai hikmah yang tersendiri salah satunya ialah sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar selepas memasuki alam perkahwinan. Laporan ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang prosedur perkahwinan mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam khusunya bagi Negeri Pahang. Pendedahan mengenai ilmu perkahwinan ini sepatutnya lebih diberi penekanan kepada semua pasangan yang bakal berkahwin malah pada pasangan yang sudah lama berkahwin dalam usaha mengurangkan kes penceraian dan masalah rumah tangga di Malaysia. Islam merupakan agama yang sangat indah yang menuntut setiap umatnya untuk bersatu dan bergabung bukannya berpecah atau bercerai-berai. Oleh itu, semua pihak haruslah mengorak langkah yang proaktif dalam mencapai usaha murni ini.


10 RUJUKAN Ahmad Ibrahim.(1999).Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia.Kelana Jaya: Malayan Law Journal Sdn.Bhd. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, (Akta 303).(2001).Kuala Lumpur:International Law Book Services. Biro Wanita. (1991). Perkahwinan dan Penceraian Dalam Islam . Kuala Lumpur:Kementerian Pembangunan Sosial. Dayana Suhaimi.(2017).Prosedur perkahwinan Pahang dan kelantan. https://dayanasimscrush.blogspot.com/2017/12/prosedur-perkahwinan-pahangkelantan.html Dewan Bahasa dan Pustaka.(2007).Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Enakmen Terkini. (2004, Julai 1). Retrieved from eSyariah.gov:http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_En act_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/ca9cc9e2f91e354748257115000 d69dd?OpenDocument Haron Din. (2007). Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia. Selangor: PTS Litera Utama. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. Putrajaya : Sinaran Bros SDN. BHD. Mustafa Hj Daud. (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Selangor: Utusan Publiations . Said Haji Ibrahim.(2010).400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Batu Caves:Media Hasda Siti Aisyah Hussin. (1988). Kuasa Akad Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya. Syabrina Syukri.(2022).Penulisan Laporan. https://www.studocu.com/my/document/institutpendidikan-guru/fiqh-dan-kekeluargaan/fkik3013-penulisan-laporan/24407883 Syahidi Bakar. (2017, Oktober 11). 171 252 Kes Cerai Pasangan Islam. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/171-252- kescerai-pasangan-islam-1.536513


Click to View FlipBook Version