The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nieyna Shamsudin, 2023-05-28 19:42:38

TUGASAN PI (insurans)

TUGASAN PI (insurans)

JABATAN PERDAGANGAN SESI II 2022/2023 MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM TAJUK: INSURANS DAN TAKAFUL DALAM PERSPEKTIF ISLAM PENSYARAH: ENCIK MOHD NOORZAIDI BIN MOHD ZAWAWI DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN NUR SHAZNI AMANINA BINTI SHAMSUDIN 02DBS22F1017 NUR FATINI BINTI MOHAMAD KODRI 02DBS22F1019 IMAN SAFIRAH BINTI MOHD SAHARRUDDIN 02DBS22F1023


PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 1 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2 3.0 ISI DAN KETERANGAN 3.1 PENGENALAN INSURANS DAN TAKAFUL 3.2 SIFAT INSURANS DAN TAKAFUL 3.3 JENIS INSURANS DAN TAKAFUL 3.4 KEPENTINGAN INSURANS DAN TAKAFUL 3.5 PANDANGAN ULAMA TERHADAP INSURANS DENGAN TAKAFUL 3-4 5 6 7 8 4.0 KESIMPULAN 9 5.0 LAMPIRAN 10-11 6.0 SUMBER RUJUKAN 12


1 1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada pembca-pembaca tugasan yang dilaksanakan oleh kami. Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi atas nikmat masa, kesihatan dan tenaga atas menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang bertungkus lumus memberi bimbingan, Ustaz Mohd Noorzaidi Bin Mohd Zawawi atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan sehinggan kami dapat menyiapkan tugasan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat handal yang juga membantu kami dalam menjayakan tugasan ini dengan berkongsi serba sedikit maklumat tentang isu insurans. Akhir kata, kami berasa rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langung atau tak langsung dalam proses pembuatan tugasan ini yang bertajuk “Insurans dalam Perspektif Islam. Terima kasih.


2 2.0 OBJEKTIF KAJIAN • Mengenal pasti maksud insurans dan takaful. • Mengetahui sifat-sifat insurans dan takaful • Mengapa insurans itu wujud dan digantikan dengan takaful • Menerangkan betapa pentingannya takaful dalam kehidupan • Mengetahui pandangan sesetengah ulama tentang insurans dan insurans


3 3.1 PENGENALAN INSURANS Perkataan insurans bermaksud suatu kumpulan yang membuat pengutipan duit mengikut hari dan jumlah. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan. Dengan kata mudah, orang yang mendaftar insurans akan mudah dapat pampasan jika berlaku kemalangan diluar jangkaan dan keupayaan. Konsep insurans wujud pada zaman Yunani. Hal ini berlaku kerana apabila salah seorang daripada mereka hendak menghantar kapal perdangan mereka merentasi lautan, mereka akan mengambil pinjaman daripada pihak tertentu. Jika kapal tersebut selamat sampai ke destinasinya, pinjaman itu akan dipulangkan dengan faedah yang amat tinggi. Jika kapal tersebut tenggelam, maka wang pinjaman tersebut tidak perlu dipulangkan. Tujuan insurans ialah untuk mengadakan persediaan bagi menghadapi kesulitan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka. Jika seseorang tidak membuat persediaan, mereka mungkin mengalami kerugian besar. Kerugian besar seperti kemusnahan kereta, rumah, dan anggota badan yang tidak dapat diduga tidak dapat atasi dengan cara ini. Dalam keadaan ini, tidak semua masyarakat dapat membantu kita. Pihak yang menanggung risiko ini dinamakan sebagai pemberi insuran. Dan pihak yang memberi duit kepada pemberi insuran untuk menanggung risikonya dinamakan sebagai pemegang polisi insuran. Dan duit yang diberikan dinamakan sebagai premium. Ia dinamakan sebagai premium kerana dalam bentuk asal orang Yunani, pinjaman yang diambil oleh saudagar perniagaan itu dikenakan bunga yang jauh lebih tinggi daripada bunga pinjaman biasa. Premium bermaksud bayaran tambahan yang diberikan. Tempoh insuran dianggap tamat apabila berlaku salah satu daripada tiga perkara seperti apabila ada tuntutan terhadap insuran tersebut, apabila tempoh insuran itu tamat tanpa tuntutan dan apabila pemegang polisi menamatkannya sebelum tempoh insuran tersebut tamat. Jika tempoh insuran itu telah tamat dan tiada tuntutan, pemberi insuran akan berikan salah satu daripada jumlah keseluruhan premium yang telah dibayar, tanpa tambahan dan pengurangan atau keseluruhan premium yang telah dibayar dengan tambahan yang tidak dijanjikan jumlahnya atau kurang daripada premium yang telah dibayar. Lebih lanjut boleh dirujuk melalui fakta pada 15 Jun 1972 , Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa insurans itu haram kerana terdapat perkara-perkara yang tidak selari dengan ajaran Islam atau pun terlibat dengan perkara yang Islam larang.


4 Antara punca pengharaman dalam insurans ialah kontrak yang berlaku antara pencarum insurans dengan syarikat insurans ialah kontrak jual beli. Kontrak jual beli yang berlaku itu ialah si pembayar membeli risiko daripada syarikat Insurans dengan membayar setiap bulan. Ini dengan harapan jika berlaku risiko dia akan dapat pampasan. Benda yang dibeli adalah risiko, sedangkan kita memang tau risiko adalah satu perkara abstrak atau subjektif. Risiko inilah yang membuatkan kontrak jual beli insurans tadi tak sah dan haram di sisi Islam. Untuk mengelakkan masyarakat mengambil insurans yang hukumnya boleh dijatuhkan haram. Oleh itu, majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan sistem takaful iaitu setiap orang yang menyertai Takaful, dia memang dah berniat untuk menyertai kumpulan yang sentiasa saling jamin-menjamin. Ia bermaksud jika terjadi sesuatu pada orang dalam kumpulannya dia redha duitnya digunakan sedikit bagi membantu orang yang ditimpa musibah itu. Sistem takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan golongan bersama di mana peserta-peserta takaful bersetuju untuk menyumbang dana berbentuk wang yang memberi manfsat kepada golongan peserta takaful atau waris yang dipersetujui sekiranya berlaku hal didalam syarat seperti kematian. Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian, perjudian dan faedah. Perkataan takaful berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud menjamin, membantu dan menjaga keperluan sesama kita.


5 3.2 SIFAT INSURANS DAN TAKAFUL Tujuan insurans adalah sebagai persediaan menghadapi bahaya oleh sekelompok orang yang mempunyai tanggungjawab bersama. Cara – cara untuk melindungi bahaya yang mungkin terjadi, biasanya diamalkan oleh mereka itu ialah dengan menghadapi bersama dengan memberi pertolongan dan menanggung kerugian itu bersama – sama bagi meringankan beban yang ditanggung oleh sesuatu anggota kumpulan itu. Ini bermakna bahawa kerugian yang menimpa seseorang itu, akan dibahagikan di antara anggota kelompok itu pada keseluruhannya. Jadi insurans ialah perlindungan bersama terhadap kemalangan oleh sekelompok orang tertakluk kepada bahaya yang zalim. Selain itu, setiap ahli menjadi sebagai pengambil insurans dan sebagai penanggung insurans tanpa mengira apa – apa kepentingan. Ia tidak bertujuan untuk mencari keuntungan, bukan usaha kapitalis ataupun menangguk kekayaan daripada kerugian orang lain. Pada hakikatnya ia merupakan sebuah institusi sosial yang dibentuk untuk meringankan beban individu dengan membahagikan beban itu di kalangan anggotanya. Seterusnya, institusi insurans dibahagikan kepada dua peringkat iaitu tanggungan bersamadan pemilikan. Dalam syarikat milik sendiri, syarikat yang menandatangani surat, dikehendaki membayar sejumlah insurans yang ditetapkan yang disebut premium, dengan pertimbangan bahawa syarikat insurans akan bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin berlaku sesuai dengan risiko yang ditentukan dalam polisi, iaitu dokumen kontrak insurans. Bagi takaful pula, takaful adalah sebuah persetujuan yang dimeterai di antara kumpulan individu yang sama – sama terdedah kepada risiko kecelakaan tertentu, di mana mereka bersetuju untuk saling melindungi dan bantu – membantu dalam mengurangkan kesan mudarat yang dibawa oleh kecelakaan itu jika ia menimpa ke atas salah seorang ahli yang menyertai pakatan yang dibuat. Setiap ahli dengan sebab itu terikat untuk membayar jumlah caruman atau sumbangan tertentu sebagai bayaran penyertaan. Jumlah wang ini kemudiannya dikumpulkan di dalam sebuah tabung yang dinamakan sebagai Dana Takaful atau Kumpulan Wang Takaful yang disenggarakan oleh pengendali takaful. Dana takaful ialah sebuah entiti yang diwujudkan bagi memudahkan urusan pengendalian di mana ia akan bertindak sebagai entiti yang bertanggungjawab dalam urusan menerima sumbangan daripada peserta, membayar tuntutan pampasan, dan sebagainya.2 Berdasarkan hal ini, dapat disimpulkan bahawa Dana Takaful pada hakikatnya adalah milik kumpulan peserta secara bersama. Dalam erti kata lain, kerjasama antara kumpulan peserta untuk merealisasikan matlamat takaful adalah faktor utama yang mewujudkan Dana Takaful ini.


6 3.3 JENIS INSURANS DAN TAKAFUL Jenis-jenis Perlindungan dalam Insurans Takaful Produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans secara amnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu produk Takaful Keluarga dan produk Takaful Am. Takaful Keluarga Jenis takaful ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut: 1. Takaful Keluarga Polisi ini menawarkan perlindungan dan simpanan jangka panjang (https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/simpanan-tetap/) untuk individu dan keluarga; 2. Takaful Berkaitan Pelaburan Bagi produk ini pula, ia menggabungkan pelaburan patuh Syariah dan perlindungan Takaful di bawah satu polisi yang sama; 3. Takaful Perubatan dan Kesihatan Produk takaful ini menawarkan perlindungan untuk tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad hospital swasta; 4. Takaful Pendidikan Anak Pelan Takaful ini bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk menampung kos pengajian pada masa akan datang. Selain itu, polisi ini juga turut menyediakan perlindungan kewangan untuk anak anda sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan kekal atau kematian. Takaful Am Bagi Takaful Am pula, produk ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut: 1. Takaful Kenderaan Insurans Kereta melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran. Ia juga melindungi pemegang polisi sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kematian. Pelan Insurans Takaful Komprehensif pula menawarkan perlindungan menyeluruh yang melindungi pemegang polisi dan pihak ketiga daripada sebarang risiko kecederaan akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran. 2. Takaful Rumah Insurans takaful rumah terdiri daripada dua jenis iaitu Takaful Rumah (House Owner) dan Takaful Isi Rumah (House Holder). Takaful Rumah secara amnya melindungi struktur rumah daripada sebarang risiko kerosakan dan kerugian disebabkan oleh banjir,kebakaran, atau bencana lain. Takaful Isi Rumah pula


7 melindungi isi rumah seperti perabot, barangan rumah, peralatan elektrik dan lainlain daripada sebarang kerosakan dan kerugian. 3. Takaful Kemalangan Diri Insurans nyawa takaful pula memberi perlindungan kepada anda dan keluarga dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kecederaan atau kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan. Sebab Insurans Konvensional Tidak Diterima dalam Islam 3.4 KEPENTINGAN INSURANS DAN TAKAFUL Insurans mempunyai banyak kepentingan. Antaranya ialah insurans memberi perlindungan buat diri dan keluarga apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Jadi, perlindungan insurans boleh menyediakan diri dan keluarga dari segi kewangan untuk berhadapan dengan risiko tersebut. Apabila kematian, sekurang – kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak – anak. Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas. Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil – bil dan keperluan – keperluan rawatan. Selain itu, insurans juga akan melindungi aset atau harta. Sebagai contoh, jika kita membeli kereta atau memperbaharui cukai jalan, diwajibkan untuk mengambil insurans insurans kenderaan. Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman atau pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans tertentu. Ini kerana insurans ini akan melindungi harta – harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran. Insurans bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada. Jadi, perlindungan insurans adalah sangat penting untuk melindungi aset – aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan. Seterusnya, insurans dapat melindungi pelaburan. Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada. Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu. Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini. Contohnya, berlaku kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi. Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menanmpung kos yang diperlukan. Jika ini berlaku bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yangg belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Kalaulah diambil perlindungan insurans sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan.


8 Kepentingan takaful pula ialah patuh syariah. Jika hendak dibandingkan antara takaful dan juga insurans konvensional, sudah pasti takaful adalah lebih patuh syariah. Tanpa unsur gharar, judi dan riba. Oleh itu, takaful dapat memberi jaminan perlindungan kewangan kepada pemiliknya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan pencarum. Seterusnya, melalui takaful, pencarum mendapat manfaat daripada hasil caruman. Keluarga pencarum takaful tidak perlu khawatir tentang takaful pencarum itu jika pencarum tersebut meninggal dunia. Hal ini kerana, waris atau keluarga pencarum akan mendapat manfaat dari hasil caruman yang dibayar oleh pencarum. Apabila skim perlindungan takaful itu sudah matang, maka pihak keluarga akan mendapat semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh pencarum sebelum pencarum meninggal dunia. Apabila si mati mempunyai hutang, ahli keluarga juga dapat menyelesaikan hutang itu dengan membayar menggunakan wang takaful yang diterima.


9 3.5 PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP INSURANS DAN TAKAFUL Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad / Kontrak DERMA (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan. Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful INSURANS TAKAFUL Kontrak Jual Beli Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. Peserta membayar premium kepada syarikat insurans Peserta membuat caruman ke dalam takaful. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful. Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya Syarikat Takaful bertindak sebagai pemegang amanah dan membayar manfaat daripada kumpulan wang peserta Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Pelaburan kumpulan wang Takaful hanya dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah Wang peserta dianggap wang syarikat insurans dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh peserta. Wang peserta tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh syarikat Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari lebihan untung Lebihan untung dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada peserta Salah Faham dan Penjelasan: SEBAB INSURANS BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM? • Unsur Riba • Unsur Ketidaktentuan (gharar) • Unsur Perjudian


10 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang bentuk kecelakaan atau perkara yang tidak diingini. Dengan memiliki takaful sebagai perlindungan akan memberi keyakinan kepada keluarga dan orang yang tersayang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita. Kemalangan atau sakit merupakan antara risiko yang tidak berbaloi untuk kita tanggung dan kita perlu mengambil serius dalam bagaimana kaedah yang perlu digunakan untuk menghadapi risiko ini. Mengambil takaful merupakan langkah persediaan jangka panjang yang memerlukan rancangan teliti untuk menghadapi malang yang tidak berbau.


11 5.0 LAMPIRAN


12


13


14 6.0 SUMBER RUJUKAN 1. MUSLEHUDDIN MOHAMMAD, (1988). INSURANS DAN HUKUM ISLAM pada 13 MEI 2023. 2. Diyanah Rashid, (2022). Takaful: Pengenalan, Konsep Dan Kepentingan https://akumuslim.asia/takaful-pengenalan-konsep-dan-kepentingan/ pada 23 Mei 2023. 3.


Click to View FlipBook Version