The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahranorazri, 2021-09-29 05:40:58

FOLIO SEJARAH HOKI MALAYSIA

FOLIO SEJARAH HOKI MALAYSIA

SEJARAH HOKI
MALAYSIA

BY

AYU MIERZA
ZAHRA

NUR ZAHEERA
FARIHIN

1.0 SEJARAH HOKI DI MALAYSIA

Permainan hoki di Malaysia telah diperkenalkan oleh askar dan
kakitangan Inggris yang bertugas di Malaysia pada tahun
1892.Namun,ia hanya menarik minat orang Eropah.

Pada tahun 1904,permainan hoki antara negeri kali pertama
diakakan di Malaysia,iaitu Selangor dan Singapura.

Pada tahun 1920,permainan hoki mula menarik
perhatian penduduk tempatan.Semakin lama,semakin
ramai yang mempelajari permainan ini.Pada tahun
1926,perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk
tempatan iaitu di antara Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dengan Negeri-Negeri Selat.Tidak lama
kemudian,tertubuhnya pasukan hoki Malaysia.

Pada tahun 1932,tidak lama kemudian,tertubuhnya
pasukan hoki Malaysia.Ini bertujuan untuk mengadakan
perlawanan persahabatan dengan India yang baru
memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik.Dalam
perlawanan ini,Malaysia tewas 1-7.Namun,perlawanan
pertama peringkat antarabangsa itu menjadi pengajaran
kepada pasukan Malaysia.

Perlawanan hoki Malaysia vs India

Perlawanan tersebut mendorong pasukan kita
mengadakan perlawanan persahabatan
seterusnya.Beberapa tahun selepas itu,pasukan hoki
Malaysia mengadakan perlawanan di Hong Kong dan
Macau.Pasukan Malaysia berjaya memenangi
perlawanan tersebut.Pasukan Macau mengadakan dua
perlawanan di Malaysia dan Malaysia memenanginya.

Liga hoki dimulakan di negara kita,pada tahun 1946 di
Taiping,kemudia Kuala Lumpur,Ipoh,Singapura dan
Pulau Pinang.Pada 1984,Persekutuan Tanah
Melayu(MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras
permainan ini di negara kita.Pada tahun 1953,FIH telah
menerima MHF sebagai ahli gabungannya.Ia memberi
peluang kepada pasukan negara mengambil
bahagian.Kemudia MHF bersama Kesatuan olahraga
tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.

Kejohanan hoki pertama dianjurkan oleh MHF pada
tahun 1951.Allahyarham Tun Abdul Razak
menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk
pertandingan antara negeri.Piala ini dinamakan Piala
Razak.Walaubagaimanapun,pada tahun 1963,barulah
permainan ini berjaya dianjurkan.

Pasukan hoki bersama Piala Razak

Piala Razak

Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Presiden MHF telah
memberi perangsang dan semangat baru kepada MHF
serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini
di negara.Terdapat pelbagai pertandingan peringkat
kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.Kini presiden MHF
ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Azlan Shah,Sultan Perak.

MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan
peringkat antarabangsa.Hasil pertemuan Tanah Melayu
dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk
mengadakan perlawanan ulangan pada 1954.Setahun
kemudian,pasukan hoki Pakistan mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.

Perlawanan hoki Malaysia vs Pakistan

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki
negara kita.Ini kerana pasukan hoki negara kita
mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik di
Melbourne.Kita menduduki tempat ke sembilan daripada
12 pasukan.Pasukan hoki juyga mengambil bahagian
dalam Piala Dunia.Pada 1975,negara kita telah menjadi
tuan rumah Piala Dunia,dimana kita menduduki tempat
ke empat.

Pasukan hoki 1975,Piala Dunia


Click to View FlipBook Version