PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK SUNGAI RANGGAM, KOTA SETIA
36000 TELUK INTAN, PERAK
KANDUNGAN : NAMA
FASAL 1 : TEMPAT URUSAN
FASAL 2 : TUJUAN / OBJEKTIF
FASAL 3 : KEAHLIAN
FASAL 4 : YURAN KEAHLIAN
FASAL 5 : DANA / KELAB KEWANGAN
FASAL 6 : HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI
FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG
FASAL 9 : JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI
FASAL 10 : PEMERIKSA KIRA-KIRA (JURUAUDIT)
FASAL 11 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 12 : LARANGAN
FASAL 13 : PEMBUBARAN
FASAL 14 : PENJELASAN
FASAL 15
PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK SUNGAI RANGGAM, KOTA SETIA
36000 TELUK INTAN, PERAK
PERLEMBAGAAN
FASAL 1 NAMA Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Ranggam. Selepas ini di sebut “KGKT SEMESRA”.
FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan “KGKT SEMESRA” ialah Sekolah
Menengah Sungai Ranggam, Kota Setia, 36000 Teluk Intan, Perak.
FASAL 3 TUJUAN / OBJEKTIF Tujuan “KGKT SEMESRA” ialah:
3.1 Memberikan satu saluran berkuasa Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana untuk
menyuaran pendapat mereka berkaitan dengan hal-hal kebajikan ahli.
3.2 Meningkat kan keharmonian dan kerjasama dikalangan semua warga sekolah.
3.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang membawa kearah semangat kekitaan (esprit de cop)
3.4 Mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
3.5 Memupuk kecenderungan dalam hal-hal ikhtisas, social dan kebudayaan dalam kalangan
ahli.
FASAL 4 KEAHLIAN Semua Guru dan Kakitangan Sokongan yang berkhidmat secara tetap di
sekolah ini secara automatik menjadi ahli KGKT SEMESRA. Tarikh keahlian adalah tarikh
pegawai datang bertugas melapor diri di SEMESRA.
FASAL 5 YURAN KEAHLIAN
5.1 Semua ahli (guru) wajib membayar yuran keahlian sebanyak RM 100.00 bermula Januari
hingga Oktober. (RM: Satu Ratus Sahaja.)
5.2 Semua ahli (akp) wajib membayar yuran keahlian sebanyak RM 70.00 bermula Januari
hingga Julai. (RM: Tujuh Puluh Sahaja.)
5.3 Semua ahli yang mendapat parking (tempat letak kenderaan) di wajib kan membayar
sewa sebanyak RM30.00 setahun (RM: Tiga Puluh Sahaja.)
5.4 Giliran parking mengikut pergerakan pindah masuk ahli.
FASAL 6 DANA / KEWANGAN KELAB
6.1 Kutipan yuran dan kumpulan wang bagi kelab hanya boleh digunakan untuk membiayai
aktiviti kelab sahaja.
6.2 Kelab berhak menerima dan mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari
mana-mana pihak.
6.3 Segala perbelanjaan hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari.
6.4 Penyata darihal wang yang diterima serta penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi
setahun adalah disediakan oleh Bendahari dan diperiksan oleh Pemeriksan Kira-Kira
yang dilantik dalam Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun penyata kewangan. Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah
dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan
salinannya hendaklah dibekalkan kepada semua ahli.
6.5 Tahun kewangan KGKT SEMESRA ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada bulan
Disember tiap-tiap tahun. (Mesyuarat Guru kali Pertama Sesi Persekolahan baru.)
FASAL 7 HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI
7.1 Ahli-ahli berhak menikmati semua kemudahan yang mampu disediakan oleh “KGKT
SEMESRA”.
7.2 Semua ahli berhak:
7.2.1 Mengundi untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi diperingkat sekolah;
7.2.2 Memegang jawatan dalam Jawatan Kuasa Tertinggi kecuali kalangan Pentadbir;
7.2.3 Mencadang dan meminda sesuatu usul
7.3 Setiap ahli juga berhak mendapat ganjaran seperti berikut: BIL PERUNTUKAN CATATAN
7.3.1 Masuk wad RM50.00 sekali dalam setahun
7.3.2 Bersalin ank pertam/pertama di SEMESRA RM 50.00
7.3.3 Pertukaran hadiah bernilai RM50.00
7.3.4 Persaraan hadiah bernilai RM200.00
7.3.5 Perkahwinan kali pertama RM 50.00
7.3.6 Hadiah harijadi – pakej ke hadiah hujung tahun atau mengikut kesesuaian
7.3.7 Hadiah Hari Guru RM 10.00 atau mengikut kesesuaian
7.3.8 PSKPP dan Hari Guru Daerah di tanggung
7.4 Satu salinan perlembagaan kelab ini akan diserahkan kepada Pengetua dan sesalinan
akan di tampal di papan kenyataan KGKT.
FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
8.1 Seseorang yang telah membayar yuran keahliannya dan tidak lagi berkhidmat di sekolah
ini atas sebab perpindahan atau bersara berhak menghadiri jamuan akhir tahun dalam
tahun semasa.
8.2 Seseorang ahli yang gagal membayar yuran sepenuhnya tidak akan mendapat manafaat
daripada KGKT SEMESRA pada tahun semasa.
8.3 Seseorang ahli boleh ditamatkan keahliannya sekiranya ahli itu dikeluarkan dari sekolah
ini atas sebab dihukum oleh mahkamah.
8.4 Seseorang yang tamat keahliannya tidak berhak terhadap tuntutan, hak milik dan
tabung / dana KGKT SEMESRA.
FASAL 9 MESYUARAT AGUNG
9.1 Pengelolaan KGKT SEMESRA ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.
9.2 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau
dua kali ganda jumlah Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi, hendaklah hadir dan
diterimamencukupi korum mesyuarat, bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat.
9.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi “KGKT SEMESRA” hendaklah diadakan secepat mungkin
setelah berakhir tahun kewangan / sebelum/ pada tarikh guru mesyuarat guru pertama
sesi akademik baru. Masa dan tempat Mesyuarat Agung ditetapkan oleh pihak
pentadbir dan AJK KGKT SEMESRA.
9.4 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:
9.4.1 Menerima Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah di audit bagi
tahun lalu.
9.4.2 Memilih ahli-ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tahun
yang akan datang. AJK sedia ada tidak boleh dilantik / dipilih semula untuk tahun
yang berikutnya.
9.4.3 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat itu.
FASAL 10 KEWAJIPAN JAWATAN KUASA TERTINGGI
10.1 Pengerusi
10.1.1 Menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Tertinggi dan bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat.
10.1.2 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan.
10.2 Naib Pengerusi
10.2.1 Membantu pengerusi menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
10.2.2 Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi di sekolah dan
mengendalikan mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi.
10.3 Setiausaha
10.3.1 Menjalankan kerja pentadboiran KGKT SEMESRA mengikut perlembagaan
10.3.2 Hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatan Kuasa
Tertinggi.
10.3.3 Bertanggungjawab menguruskan urusan surat menyurat dan menyimpan ,
semua buku, surat dan kertas, kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
10.4 Bendahari
10.4.1 Bertanggungjawan ke atas semua hal ehwal kewangan “KGKT SEMESRA”.
10.4.2 Hendaklan membuat dan menyimpan semua kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab keatas ketepatannya.
10.5 Penolong Bendahari
10.5.1 Membantu menjalankan semua tugas Bendahari, terutama sekali semasa
ketiadaannya.
10.6 Ahli Jawatankuasa Biasa (Biro Lawatan (rekarasi)/ Biro Kebajikan/Biro Jamuan/ Biro
Hadiah)
10.6.1 AJK terdiri dari kalangan 10 orang ahli ( AJK termasuk Biro-Biro kecil)
10.6.2 Hendaklah membantu Jawatan Kuasa Tertinggi dalam menjalankan semua tugas
yang diarahkan kepadanya.
FASAL 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA (JURUAUDIT)
11.1 Seorang Pegawai yang bukan ahli Jawatan Kuasa Tertinggi boleh dilantik dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Dia akan memegang jawatan
selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
FASAL 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Pindaan perlembagaan mengenai mana-mana hanya boleh dilakukan dengan
persetujuan dua pertiga (2/3) kehadiran Mesyuarat (memenuhi korum).
FASAL 13 LARANGAN
13.1 Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama kelab sebagai tujuan tanpa
pengetahuan dan kelulusan kelab dan kebajikan KGKT SEMESRA.
13.2 Mana-mana pihak tidak dibenarkan menggunakan wang KGKT tanpa persetujuan Kelab
Guru dan Kakitangan.
FASAL 14 PEMBUBARAN
14.1 Pembubaran hanya boleh dibuat semasa Mesyuarat Guru dan Kakitangan dalam sesi
persekolahan baru.
14.2 Penyerahan tugas AJK harus dilakukan secara rasmi pada Mesyuarat Guru dan
Kakitangan sesi persekolahan baru.
14.3 Semua fail Setiusaha dan Bendahari harus dikemaskini dan Laporan Kewangan harus
dibentangkan pada Mesyuarat Guru dan Kakitangan Pertama sesi persekolahan baru
sebelum penyerahan tugas kepada AJK yang baru.
FASAL 15 PENJELASAN
Jika timbul sesuatu perkara yang luar daripada peraturan-peraturan yang di atas, yang tidak
diterangkan dengan jelas, Jawatan Kuasa Tertinggi akan menggunakan keputusan kuasanya
untuk memberi keterangan mereka sendiri dan keputusan itu akan melibatkan semua ahli
kecuali mendapat tentangan dari Mesyuarat Agung yang akan diadakan kelak.