The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnaz, 2024-01-28 23:41:14

MINIT MESYUARAT GURU

MINIT MESYUARAT GURU

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 /2023 Tarikh : 30 Julai 2023 ( Ahad ) Masa : 1.30petang Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Murabbi Kehadiran : 1. Cg Razihawari bin Che Wan (Guru Besar) 2. Cg Roslan bin Taib (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Cg Zukifle bin Manan (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Cg Wan Nurul Huda binti Ahmed 5. Cg Normazira binti Mohd Zain 6. Cg Mazni binti Mahamad @ Mohamad 7. Cg Azhani binti Jaafar 8. Cg Hernani binti Tajul Arifin 9. Cg Mazlina binti Ab Manaf 10. Cg Melati binti Hussin 11. Cg Nur Aina binti Agus Salim 12. Cg Shahidah Farhanah binti Ismail 13. Cg Nurul ‘Ain binti Ahmad Naspu 14. Cg Roshimah binti Kassim 15. Cg Zawiyah binti Abdol Aziz 16. Cg Rosman binti Abd Rased 17. Cg Raizan binti Ramly. 18. Cg Suriani binti Ahmad 19. Cg Rokiah binti Salleh 20. Cg Rosnah binti Mohd Zali 21. Cg Riner binti Maslie 22. Cg Zariani binti Zakaria


Tidak Hadir: 1. Cg Mohd Arif bin Ismail ( CRK ) 2. Cg W. Mohd Zuhdi bin W.MD Amin ( CRK ) 3. Cg Wan Norhidayah binti Wan Mohamad ( CRK ) 4. Cg Mardhiah Syairah binti Mohd Sarif ( MC ) 5. Cg Asrul bin Mohammad ( KOT SMKSD ) 6. Cg Nik Mohd Basri bin N.Lah@ N.Abdullah ( KOT SMKSD ) 7. Cg Wan Salini binti Wan Ab Ghani ( KOT SMKSD ) 8. Cg Zawati binti Mat Zain ( KOT SMKSD ) 9. Cg Nazmi bin Che Mohamed ( GOLF MSSD ) Agenda 1 Perutusan pengerusi 1.1 Dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Al-fatihah. Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru. Tahniah atas pencapaian cemerlang dalam semua bidang bagi semester pertama 2023. Makluman Agenda 2 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Cg Nurul ‘Ain binti Ahmad Naspu telah mengesahkan minit mesyuarat guru kali pertama dan disokong oleh Cg Raizan Binti Romly Makluman Agenda 3 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Pertandingan meja guru tercantik, Jawatankuasa 3K. Bincang semula dengan Cikgu Zuhdi. Akan dilaksanakan dan diketuai oleh Cikgu Zuhdi. 3.2 Penekanan kepada Arrahmah Insaniah. In sha Allah akan diambil cakna supaya anak murid menjadi lebih baik dan soleh 3.3 Lawatan yang akan diadakan dalam daerah perlu permohonan 21 hari sebelum lawatan dibuat. Walau bagaimanapun perlu diawalkan 2 minggu sebelum itu. Lawatan antara negeri pula adalah 30 hari ,lawatan antrabangsa 60 hari, guru- guru yang ingin melancong 60 hari dan perlu dihantar ke PPD bagi kelulusan. 3.4 Belanja Baikpulih Prasekolah adalah sebanyak RM10,000. Makluman


Agenda 4 Taklimat Guru besar 4.1 Program Assyura telah mendapat tawaran dari FELDA untuk buat di masjid. Guru yang diperlukan adalah seramai 3 orang. Guru-guru perlu membuat pilihan samada mahu buat di masjid atau di sekolah. Pihak FELDA mahukan keputusan 3 hari dari sekarang. Makluman 4.2Penghantaran ERPH perlu tepat pada masa. Hantar pada tarikh yang sepatutnya. Pengisian ERPH perlu tepat dan bersesuaian. Sila penuhi bahagian aktiviti dan refleksi yang ada dalam ERPh. Makluman 4.3 Guru- guru perlu sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi. Guru Disiplin boleh denda murid yang sampai ke sekolah selepas 7.30 pagi. Sekiranya ada guru yang ingin keluar masa yang diperlukan untuk berada di sekolah adalah selama 4 jam. Sekiranya guru ada time slip, guru juga mesti hadirkan diri ke sekolah. Sekiranya ingin membaiki kereta atau ingin ke bank sila buat pada waktu petang. Makluman 4.4 Guru- guru perlu memakai name tag dan pakailah pakaian dengan kemas meskipun berbaju t- shirt. Pakai kasut yang bersesuaian. Makluman 4.5 MesyuaratPanitiaperludilaksanakanselepasmesyuarat guru. Mesyuarat unit HEM dan unit kokurikulum juga perlu dijalankan. Makluman 4.6 Guru kelas dan guru-guru yang memegang kelas-kelas khas perlu mengisi boring aset yang diedarkan dengan kadar yang segera. Aset yang diberikan kepada sekolah akan menjadi milik sekolah. Tindakan :Guru-guru kelas dan guru-guru kelaskhas 4.7 Guru-guru perlu tegas terhadap murid-murid. Beri teguran segera sekiranya muridmurid melakukan kesalahan. Semua guru adalah guru disiplin. Nasihati murid agar tidak melakukan vandalisme dan menonton video lucah. Makluman


AGENDA 5 TAKLIMAT GPK 1 5.1 Terima kasih kepada para guru yang hadir pada hariini. Makluman 5.2 Tahniah kerana UPSA berjalan dengan lancar. Markah bagi semua subjek adalah / 100. Guru-guru boleh mengisi markah dalam google Drive. Tempoh pengisian adalah sehingga 14/8/2023. Sijil penghargaan akan diberikan kepada murid yang mendapat tempat 1-3 di dalam kelas. Makluman 5.3 Fail panitia adalah bahan bukti yang perlu dikemaskini setiap tahun. Diharapkan semua panitia mata pelajran dapat menyediakan 4 buah fail dan mengemaskini seperti yang sepatutnya. Fail panitia akan disimpan di dalamalmari yang akan disediakan nanti di dalam bilik mesyuarat. Makluman 5.4 Guru- guru diingatkan agar mengisi ERPH mengikut DSKP dan RPT. Sila hantar ERPH selewat-lewatnya pada Jumaat malam. Makluman 5.5 Ketua panitia diminta membentangkan Analisa UPSA yang akan diadakan selepas 14/8/ 2023. Makluman 5.6 Program TS25 menyiapkan taman Sains yang tergendala. PPKI, PraSekolah dan ketua Panitia perlu menyediakan info sekolah. Makluman 5.7 Program j-QAF KBS kali pertama akand iadakan pada minggu hadapan. Pengisian data j-QAF sudah selesai. Program j-QAF perlu dimantapkan lagi agar murid- murid dapat solat dengan sempurna. Makluman


5.8 Pengemaskinian e- operasi telah selesai. Makluman AGENDA 6 TAKLIMAT GPK HEM 6.1 Ada pembaharuan dalam Unit HEM. - Penyelaras kantin dan AJK Unit Disiplin(Cikgu Nurul Huda) - Penyelaras PPDa , AJK Unit Disiplin , AJK program 3K dan Setiausaha Kelab KPJ (Cikgu Asrul). 6.2 Perhimpunan masih guru yang lama 6.3 Cikgu Zukifle telah menjadi guru bantu bagi kelas 1 Al Jazari. 6.4 Guru bertugas setiap minggu adalah seramai 6 orang 6.5 Program Gotong- Royong Madani akan diadakan pada 19 Ogos 2023 6.6 RM90.00 akan disediakan bagi pembelian barang untuk menghias kelas. Tuntutan pembelian barang perlu disertakan dengan resit pembelian. 6.7 Pertandingan kelas akan bermula pada bulan 9. 6.8Mesyuarat HEM akan diadakan pada hari yang lain.Ketua setiap unit akan membuat laporan. 6.9 Bantuan Awal Persekolahan telah selesai diagihkan kepada murid. 6.10 Unit Disiplin( Pengawas ) telah selesai membuat kertas kerja untuk mengadakan Kem. 6.11 RMT- ( Masa rehat ) Guru bertugas sila peka kepada murid yang tidak membawa duit belanja dan pastikan juga menu yang disediakan bertepatan dan sesuai. 6.12 Guru bertugas mingguan perlu melatih pengawas yang bertugas supaya dapat membaca ikrar dan doa dengan penuh semangat serta penuh motivasi. Pastikan lagu Negaraku dinyanyikan dengan betul.Seorang murid perlu berada di hadapan sebagai petunjuk. Guru Muzik boleh melatih murid menyanyi lagu Negaraku dengan betul. 6.13 Guru – guru diminta untuk mengisi amalan baik (SSDM ) dengan lebih kerap.


Makluman AGENDA 7 TAKLIMAT GPK KO ( Wakil Guru Besar ) 7.1 Terima kasih atas kehadiran semua guru pada hari ini. 7.2 Tahniah diucapkan kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih murid dalam semua acara yang dipertandingkan dan juga kepada murid yang telah mewakili daerah. 7.3 Kereta guru yang ingin menghantar murid ke mana-mana pertandingan dihadkan seramai 4 orang murid sahaja. 7.4 Semua unit Kokurikulum yang telah mengadakan mesyuarat sila hantar minit mesyuarat kepada GPK Kokurikulum untuk disahkan. 7.5 Guru- guru yang ingin menghantar murid bagi mengikuti perlawanan ataupun pertandingan perlu mengisi Borang Bawa Murid. Makluman 8.HAL- HAL LAIN 8.1 Program Maal Hijrah akan diadakan pada 1 Ogos 2023 / 14 Muharram 1445 ( Lihat edaran ) 8.2 Cikgu Mazni menyatakan aset yang berada di bilik sains tidak ada nombor rujukan. Perlu rujuk kerani pejabat Puan Norhayati. 9.3 Belakang kelas Pra Sekolah telah dibaikpulih. 9.4Cikgu Nurul ‘Ain menyataka nterdapat murid darjah 4 yang bermain di belakang tandas murid lelaki pada waktu solat zohor. Terdapat juga murid perempuan berada di dalam kelas sehingga selesai solat zohor. 9.5 Murid- murid datang ke sekolah pada waktu petang untuk bermain dan mengambil bola di bilik stor tanpa kebenaran guru. 9.6 Cikgu Mazira menanyakan soalan adakah kertas soalan UPSA perlu dipulangkan semula kepada murid selepas ditanda. (Terpulang kepada guru untuk memulangkannya ataupun tidak)


9.7Bilik Pengawas adalah dibawah tanggungjawab Ustaz Nik Mohd Basri. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang Disediakan oleh : Disahkan oleh : MELATI BINTI HUSSIN RAZIHAWARI BIN CHE WAN Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK LKTP Jerangau, Dungun SK LKTP Jerangau, Dungun


Click to View FlipBook Version