10.13 Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir.
10.14 Mengawasi keselamatan murid pada waktu latihan.
10.15 Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah
sukan.
11. Guru Penasihat Sukan/Permainan
11.1Membentuk jawatankuasa guru dan murid.
11.2Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam
permainan.
11.3Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
11.4Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
11.5 Membantu memilih dan melantik pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
11.6 Menganjurkan pertandingan antara rumah/kelas/tingkatan/sekolah.
11.7 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
11.8 Mengurus surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
11.9 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai sekolah.
11.10 Menyediakan anggaran perbelanjaan peralatan dan pengurusan.
11.11 Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
11.12 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
11.13 Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
11.14 Menilai prestasi sukan sekolah dan mengambil langkah untuk mempertingkatkannya.
11.15 Merekodkan mana-mana permainan yang mewakili sekolah/daerah/negeri/negara.
11.16 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan dari masa ke
semasa.
12. Guru Penasihat Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan Dan Pasukan Badan
Beruniform
12.1Membentuk jawatankuasa kelab dan persatuan serta badan beruniform.
12.2Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
12.3Memastikan adanya persatuan / perlembagaan.
12.4 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam
perlembagaan.
12.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya kepada
Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
12.6 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
12.7 Merancang strategi untuk peningkatan Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan
Pasukan Badan Beruniform.
12.8 Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
12.9 Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan
dan Pasukan Badan Beruniform.
12.10 Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
12.11 Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan.
12.12 Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum, Temasya Olahraga Tahunan, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Guru
dan lain-lain.
12.13 Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
12.14 Menentukan papan kenyataan (jika ada) digunakan sepenuhnya.
Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum.
139
140
141