Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
PPEERRSSAATTUUAANNIBIBUUBBAAPPAADDAANNGGUURRUU(P(PIBIBGG) )
SSEEKKOOLLAAHHKKEEBBAANNGGSSAAAANNMMEELLAAKKAAPPININDDAAHH
77880000AALLOORRGGAAJJAAHH, ,MMEELLAAKKAA
TTEELL&&FFAAXX: :0066-5-556688440022
EE-m-maailil: :mmbbaa000229@[email protected]
TTAARRIKIKHH: :2299FEFEBBRRUUAARRI 2I 2002200
HHAARRI I: :SASABBTTUU
MMAASSAA: :88.3.300PPAAGGI I
TTEEMMPPAATT: :DDEEWWAANNSKSKMMEELALAKKAAPPININDDAAHH
DDIRIRAASSMMIKIKAANNOOLELEHH
EENNZZAAMMZZUURRI BI BININAARRIFIIFNIN
YYAANNGGDDIPIPEERRTTUUAAMMAAJLJILSISPPEERRBBAANNDDAARRAANNAALOLORRGGAAJAJAHH
1
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA 3
4
1 Notis Mesyuarat Agung Kali Ke-49 2020 5
2 Kata aluan YDP PIBG SK Melaka Pindah 6
3 Kata aluan Guru Besar SK Melaka Pindah 7
4 Atur cara majlis 8
5 Jawatankuasa PIBG 2019-2021 9
6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 10
7 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 14
8 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 2019 19
9 Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 2019 22
10 Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2019 26
11 Laporan Aktiviti PIBG sesi 2019 28
12 Laporan Aktiviti Sekolah 31
33
12.1 Unit Kurikulum / Keputusan & Sasaran UPSR 35
12.2 Unit Hal Ehwal Murid 36
12.3 Unit Kokurikulum
13 Usul dan Cadangan
14 Penghargaan
2
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
NOTIS MESYUARAT
3
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KATA ALUAN YDP PIBG
SK MELAKA PINDAH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul
bersama-sama dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49
tahun 2020 ini. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak
sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
Saya amar berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian ibu bapa hadir ke mesyuarat kita
pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat
kepada barisan petadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan
demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan, baik dalam bidang pendidikan mahupun
sahsiah diri.
Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah Berjaya melahirkan
Modal Insan yang mempunyai minda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup
meluangkan masa untuk bersama-sama pada pagi ini bagi menunjukkan keprihatinan pada sekolah
dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang diamanahkan
melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara
pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan
yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang.
Saya berharap ibu bapa yang hadir pada kali ini dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan
fizikal kerana itulah asset yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua dikalangan kita mempunyai
peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar
sukarela namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang
terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan pernghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK PIBG 2019-2021, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan semua pihak yang terlibat
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 2020.
_____S_y_a_h_a_r_u_d_d_i_n_S__a_b_ri_____
SYAHARUDDIN BIN SABRI
Yang Dipertua PIBG SKMP
4
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KATA ALUAN GURU BESAR
SK MELAKA PINDAH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera, Salam SK Melaka Pindah, Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih.
Bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita berkumpul pada hari
ini untuk membincangkan pelbagai perkara yang pastinya akan membawa kebaikan dan
kecemerlangan dalam diri anak-anak kebanggan kita semua.
Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi Ahli Jawatankuasa PIBG
dan juga kita sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaain kita berada pada tahap yang cemerlang atau
sebaliknya. Ia juga menjadi forum untuk menyalurkan pandangan dan idea disamping melaksanakan
tanggungjawab dalam menentukan hala tuju persatuan.
Sering kali apabila disebut PIBG, ibu bapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan
jawatankuasa itulah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah didokong
sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat
Agung Dwi Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak pengurusan
sekolah.
Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJKnya sahaja tetapi
ia berdasarkan sumbangan daripada semua ahli. Kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang ada pada
ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar persatuan ini.
Ahli korporat dapat menyumbang dari segi kewangan, golongan professional pula
menyumbang dari segi kepakarannya, ahli pemikir dari segi ideanya dan kita semua mungkin
menganggap tiada kepakaran atau kelebihan yang sebenarnya penyumbang utama dari segi tenaga dan
keringat untuk kecemerlangan PIBG. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing.
Oleh itu, janganlah dibiarkan PIBG bergerak berlandaskan saf kepimpinan yang ada sahaja
atau hanyut tanpa komitmen ahli. Sebaliknya marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan
sebagai penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. “Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya” iaitu kegigihan yang berkekalan menjanjikan kecemerlangan hidup.
“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Justeru, mari kita saling berganding
bahu “Bagai aur dengan tebing” agar SK Melaka pindah muncul antara sekolah yang cemerlang dalam
kalangan yang terbilang.
Sekian, terima kasih.
_____H_j_h_S__u_r_ia_t_i_H__j__A__hm__a_d_____
HJH SURIATI BINTI HJ AHMAD
Guru Besar
SK Melaka Pindah
5
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 2020
8.30 pagi Ketibaan ibu bapa / penjaga / guru
9.00 pagi Pendaftaran
Ketibaan Tetamu Jemputan Khas
10.00 pagi Ucapan aluan pengacara majlis
Ucapan YDP PIBG
(En. Syaharuddin Bin Sabri)
Ucapan Penasihat PIBG
(Pn. Hjh Suriati Binti Hj Ahmad)
Guru Besar SK Melaka Pindah
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49
(En. Zamzuri Bin Arifin)
YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah
Penyampaian cenderahati kepada murid cemerlang UPSR 2019 yang
mendapat 6A, 5A, 4A dan 3A
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 bermula
Cabutan nombor bertuah
Jamuan ringan
Bersurai
6
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN MELAKA PINDAH
SESI 2019-2020
BIL NAMA JAWATAN
1 PN HJH SURIATI BINTI HAJI AHMAD PENASIHAT
2 EN SYAHARUDDIN BIN SABRI PENGERUSI
3 EN MUHAMMAD AMIR ANG BIN ABDULLAH NAIB PENGERUSI
4 EN HELMIRIZAL BIN CHE LONG SETIAUSAHA
5 PN FADILAH BINTI MOHD TOHAR NAIB SETIAUSAHA
6 EN HAMZAH BIN HABIBUDIN BENDAHARI
7 EN ROSSHAHDAN BN MOHAMED EX-OFFICIO
8 PN ROSLEEN BINTI HANID EX-OFFICIO
9 PN ZALINA BINTI JABAR EX-OFFICIO
10 EN MOHD FAHMY BIN HARUN AJK GURU
11 EN RUSHDAN BIN ABU HASAN AJK GURU
12 PN JUWAIRIAH BINTI BERAHIM AJK GURU
13 PN NOOR SYAZLIN BINTI ISMAIL AJK GURU
14 PN MARIAH BINTI ABD RANI AJK GURU
15 EN MOHD FAIZAL BIN HAJI DALIB AJK IBU BAPA
16 EN ROSLI BIN MOHAMAD AJK IBU BAPA
17 PN ANIS ELIZA BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA
18 PN NOORSAEDAH BINTI MAT JAMAL AJK IBU BAPA
19 PN JURAIDAH BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA
20 PN HIKMATUL MABRUK BINTI HASHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA
21 PN UMIE NOORSHALEHAH BINTI KAMARUDIN PEMERIKSA KIRA-KIRA
7
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 2020
Penasihat : Pn Hjh Suriati Binti Hj Ahmad (Guru Besar)
Yang Dipertua : En Syaharuddin Bin Sabri
Naib Yang Dipertua : En Muhammad Amir Ang Bin Abdullah
Setiausaha : En Helmirizal Bin Che Long
Penolong Setiausaha : Pn Fadilah Binti Mohd Tohar
Bendahari : En Hamzah Bin Habibudin
JK Penyambut tetamu JK Buku Program
En Syaharuddin Bin Sabri En Helmirizal Bin Che Long
Pn Hjh Suriati Binti Hj Ahmad
En Rosshahdan Bn Mohamed JK Pencatat Minit
Pn Rosleen Binti Hanid Pn Noor Syazlin Binti Ismail (Perjalanan
Pn Zalina Binti Jabar majlis)
En Muhammad Amir Ang Bin Abdullah Pn Fadilah Binti Mohd Tohar (Mesyuarat
Agung)
JK Juruacara Majlis
En Mohd Zairy Bin Zainordin JK Jamuan
Cik Nurul Aini Binti Rosdi Pn Noorsaedah Binti Mat Jamal
Pn Juraidah Binti Abdullah
JK Bacaan Doa Pn Mariah Binti Abd Rani
En Hamzah Bin Habibudin Pn Juwairiah Binti Berahim
Pn Asmah Binti Md Jani
JK Jurugambar Pn Nooramiza Binti Zainol Abidin
En Khafizi Bin Leman
JK Keselamatan
JK Pendaftaran
Pn Nurul Qaaisara Binti Md Nasir En Mohd Faizal Bin Dalib
Pn Anis Eliza Binti Abdullah En Rosli Bin Mohamad
Pengawal Keselamatan
JK Persiapan Pentas & Dewan
En Mohd Fahmy Bin Harun JK Banner
En Abdul Hairlir Bin Mat En Mohd Nasrun Naim Bin Md Salim
En Abdul Latif Bin Wappu En Helmirizal Bin Che Long
En Rushdan Bin Abu Hasan
Pn Sarinah Binti Mohamed JK Cenderahati / Cabutan Bertuah
Pn Asmah Binti Md Jani Pn Noor Afida Ayu Binti Mamat
Pekerja Swasta Pn Hikmatul Mabruk Binti Hashim
Pn Umie Noorshalehah Binti Kamarudin
JK Siaraya Pn Siti Hajar Binti Nor Azizi
En Mohd Nasrun Naim Bin Md Salim Pn Junaidah Binti Arifin
En Zulkifli Bin Ramli
8
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 2020
10.00 pagi - Ucapan Penasihat
- Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)
- Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 2019
- Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada
31 Disember 2019.
- Membahaskan Usul dan Cadangan
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan
9
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 2019
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan, AJK
PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-48 ini.
1.2 Ucapan salam dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk
bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
2. BACAAN DOA
Disempurnakan oleh Ustaz Hamzah bin Habibudin
3. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (ENCIK MUHAMMAD AMIR ANG BIN ABDULLAH)
3.1 Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak
terhingga kepada barisan tetamu serta ibu bapa yang sudi melapangkan masa
untuk menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48.
3.2 Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program.
3.3 Beliau mewakili AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.
3.4 Beliau juga menegaskan bahawa segala tindakan AJK PIBG sentiasa memikirkan
kepentingan dan kebajikan anak-anak di sekolah. Sumbangan yang telah
diberikan telah digunakan sebaik-baiknya untuk membantu program-program
sekolah yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-
anak SK Melaka Pindah.
3.5 Beliau juga menyatakan PIBG merupakan medium yang berkesan untuk
mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG
sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi
penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Dengan
itu, beliau mengharapkan para ibu bapa memberikan sokongan yang tidak
berbelah bahagi agar AJK PIBG dapat menjalankan tugas dan amanah dengan
sempurna dan berkesan.
3.6 Beliau selaku YDP PIBG dan mewakili semua AJK PIBG memohon kemaafan
sekiranya tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-
baiknya untuk sesi 2017/2019
10
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
4. UCAPAN PENASIHAT PIBG (PUAN HAJAH SURIATI BINTI HAJI AHMAD –
GURU BESAR SK MELAKA PINDAH)
4.1 Beliau memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya
dapat semua berkumpul sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48.
4.2 Beliau mewakili pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan Haji Abu Bakar bin Awang, Pegawai
SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah kerana sudi menerima undangan di
saat-saat akhir, seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Melaka
Pindah.
4.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan waris-waris
murid yang telah berusaha untuk hadir pada hari ini. Tahniah dan syabas serta
jutaan terima kasih diucapkan juga kepada jawatan kuasa kerja kerana telah
berjaya merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan majlis ini.
4.4 Beliau juga menyatakan kehadiran ibu bapa adalah sangat utama dan penting
bagi membolehkan pihak sekolah merangka usaha dan cara untuk melonjakkan
pencapaian anak-anak dalam sesi akademik dan koakademik serta memastikan
kemenjadian murid-murid sepanjang mereka berada di SK Melaka Pindah ini.
4.5 Enrolmen terkini SK Melaka PIndah bagi tahun 2019 adalah guru seramai 24
orang termasuk pentadbir, murid arus perdana 207 orang, murid prasekolah 24
orang, AKP seramai 3 orang. Jumlah keseluruhan murid adalah 231 orang dan 7
orang daripadanya adalah murid bukan Islam.
4.6 Keputusan UPSR 2018 adalah seperti berikut, 6A 1 orang, 5A 1orang, 4A 2 orang
dan 3A 2 orang. Dua mata pelajaran yang berjaya menguasai 100% adalah mata
pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Sains.Murid-murid tahun enam juga
menerima empat pelaporan iaitu slip UPSR, Pentafsiran Bilik Darjah ( semua
subjek ), PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik.
4.7 Untuk memastikan target UPSR 2019 tercapai, selain calon-calon UPSR ibu bapa
calon juga telah diberikan pendedahan tentang format baharu yang telah
dilaksanakan pada 23 Februari yang lalu. Ibu bapa juga telah diberi penerangan
tentang program-program kecemerlangan UPSR yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun 2019 berserta dengan anggaran perbelanjaan.
4.8 Puan Guru Besar juga menyatakan sokongan 100% daripada ibu bapa boleh
menjelma dalam pelbagai bentuk seperti sokongan spiritual, emosi, kasih sayang,
penjagaan kesihatan, pemakanan untuk fizikal dan minda cerdas, motivasi dan
yang lebih utama ialah pemantauan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran
anak-anak semasa di rumah. Beliau juga mengharapkan jika ada ibu bapa yang
mampu menjadi fasilitator ketika mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja
adalah terbaik.
11
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
4.9 Dalam bidang ko-akademik pula, SK Melaka telah melahirkan Tokoh NILAM iaitu
Said Hambali bin Liman yang akan mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan
Tokoh NILAM Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April ini. Mohon
doakan kejayaan Said Hambali bin Liman.
4.10 Dalam bidang kokurikulum pula, SK Melaka Pindah telah memperoleh 1 emas
menerusi Akmal Putra bin Abd Rahim untuk acara lompat tinggi dan 2 pingat
perak menerusi Muhammad Afiq Haikal bin Kamil dalam cara 100m lelaki bawah
12 tahun dan Ibnul Amsyar Bin Mohd Rashdan dalam acara lompat jauh lelaki
bawah 10 tahun.
4.11Beliau memaklumkan murid-murid Tahun 1,2 dan 3 kini sedang mengikuti
transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017). Kandungan
disusun semula dan ditambahbaik untuk memastikan murid dibekalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
4.12 Puan Guru Besar juga memaklumkan bahawa mulai 2019, pemansuhan
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1. Ini akan
digantikan dengan pentaksiran yang melihat kepada perkembangan murid secara
menyeluruh. Proses pembelajaran, hasil kerja murid dan amalan nilai murni
digunakan untuk menilai perkembangan pembelajaran murid.
4.13 Beliau juga mengingatkan ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun
2014 dan 2015, bahawa pemohonan penempatan kanak-kanak ke Prasekolah
dan Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2020 dan 2021 adalah bermula pada
1 Mac hingga 30 April 2019. Terdapat dua kaedah pemohonan Prasekolah,
pertama merupakan kaedah yang sedia ada di mana ibu bapa boleh hadir ke
sekolah dan mengisi borang permohonan penempatan manakala kaedah kedua
pula jika ada kemudahan internet, ibu bapa boleh mengemukakan permohonan
melalui Sstem Permohonan Atas talian (SPAT) hhtp://public.moe.gov.my. Ibu
bapa juga dikehendaki melengkapkan rekod kesihatan anak melalui laman
sesawang apdm.moe.gov.my. Permohonan ke Tahun 1 mesti melalui online.
5. UCAPAN PERASMIAN (Tuan Haji Abu bakar bin Awang- Pegawai SIP+ Pejabat
Pendidikan Alor Gajah)
5.1 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan pihak
sekolah kerana menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Melaka Pindah kali ke-48.
5.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada sekolah kerana berjaya mengadakan
mesyuarat pada masa yang ditetapkan. Tahniah juga kepada jawatan kuasa kerja
yang bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat ini.
12
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
5.3 Tuan Haji Abu Bakar menyatakan PIBG merupakan pentas dan wahana bagi
pihak sekolah dan para ibu bapa untuk berkolaborasi dalam menjayakan pelbagai
program demi kepentingan anak-anak di sekolah SK Melaka Pindah.
5.4 Beliau juga mengingatkan peranan PIBG adalah menyokong dan menjayakan
setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah bukan seperti “lebih sudu dari
kuah”.
5.5 Beliau juga mengharapkan PIBG agar dapat mencari dana dan bukan hanya
mengharapkan sumbangan yang dikutip pada setiap tahun.
5.6 Beliau juga menyatakan sejajar dengan usaha KPM melalui Dasar Transformasi
Pendidikan iaitu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Sarana Ibu
bapa ada menggariskan panduan penglibatan ibu bapa untuk membantu pihak
sekolah dalam strategi peningkatan prestasi anak-anak. Berdasarkan sarana ini
ada enam peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak di rumah yakni menjadi
jurulatih, mentor, penyokong, sentiasa bermaklumat, menjadualkan kehidupan
dan sahabat kepada anak. Beliau yakin jika ibu bapa memainkan enam peranan
tersebut secara total, kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak di rumah dan
di sekolah akan selari dan mudah dicapai.
Disediakan oleh,
(HAJAH SITI NORITAH BINTI TOMPANG)
Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48
SK Melaka Pindah,
78000 Alor Gajah, Melaka
13
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 2019
TARIKH : 9 MAC 2019
HARI : SABTU
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK MELAKA PINDAH
1.0 UCAPAN PENGERUSI: ENCIK AMIR ANG BIN ABDULLAH
1.1 Terima kasih diucapkan semua ibu bapa yang hadir dan sudi meluangkan masa
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 ini.
1.2 Memaklumkan mesyuarat pada kali ini akan diadakan pemilihan jawatan kuasa yang
baharu bagi sesi 2019-2021.
1.3 Beliau berharap pemilihan jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2019-2021 ini dapat
menerima dengan hati yang terbuka dan dapat menjalankan tanggungjawab dan
amanah yang diberi dengan baik.
1.3 Memaklumkan ibu bapa boleh merujuk buku program untuk melihat usul yang telah
dibahaskan. Usul yang telah dibahaskan akan dibincangkan bersama.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN 2018
2.1 Puan Siti Noritah binti Tompang selaku Setiausaha PIBG melapor dan
membentangkan minit mesyuarat 2018.
Minit Mesyuarat Agung disahkan oleh:
Cadangan : Puan Anis Eliza binti Abdullah
Sokongan : Puan Seri Wani binti Rosli
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
4. 0 LAPORAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Bendahari membentang penyata kewangan dan meminta ahli mesyuarat meneliti dan
mengesahkan penyata kewangan (Puan Hikmatul Mabruk binti Hashim).
Cadangan : Encik Azmi bin Seman
Sokongan : Puan Sarah binti Abdullah
4.2 Encik Azmi bin Seman musykil tentang penyata kewangan Tabung Nur Kasih yang
tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan PIBG. Puan Hikmatul Mabruk
14
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
menjelaskan bahawa pihak sekolah telah bersepakat untuk mengasingkan Tabung
Nur Kasih dengan kewangan PIBG.
4.3 Encik Azmi bin Seman bertanya tentang akaun tumpang lalu yang banyak dalam
penyata kewangan PIBG. Puan Hikmatul Mabruk menjelaskan bahawa pihak PPD
mencadangkan agar pihak sekolah memasukkan semua kewangan sekolah yang
digunakan ke dalam akaun PIBG sebagai tumpang lalu. Duit yang dimasukkan akan
terus dikeluarkan. Oleh itu, ia tidak akan mengganggu akaun yang sedia ada.
5. MEMBAHASKAN USUL
5.1 Usul 1 (Puan Mahyon binti Ahmad)
Mencadangkan aktiviti senamrobik dijalankan dua kali sebulan untuk kecergasan
murid-murid.
Keputusan: Puan Zalina binti Jabar (GPK Kokurikulum) menyatakan bahawa aktiviti
senamrobik telah dijalankan pada waktu petang iaitu waktu kokurikulum. Ia tidak
sesuai dijalankan pada waktu pagi kerana akan mengganggu waktu Pdp.
5.2 Usul 2 (Encik Samsuddin bin Tamrin)
Mencadangkan setiap guru kelas membuka group whatsapp bagi memudahkan ibu
bapa bertanya tentang anak-anak. Selain itu, beliau mencadangkan kantin menjual
satu atau dua jenis makanan ketika anak-anak pulang dari sekolah.
Keputusan: Puan Hajah Suriati binti Ahmad (Guru Besar) memberi kebenaran kepada
guru kelas mengadakan whatsapp group. Walau bagaimanapun, ia bergantung
kepada keselesaan guru. Beliau tidak mahu mengganggu privacy guru-guru. Beliau
mengingatkan ibu bapa agar menggunakan bahasa yang sopan semasa berurusan
dengan guru melalui aplikasi whatsapp.
Makanan selepas pulang dari sekolah boleh ditempah dengan pengusaha kantin khas
untuk anak-anak.
6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2017-2019
Dengan rasminya pembubaran AJK PIBG Sesi 2017-2019 oleh pengerusi sementara
(Encik Rosli bin Mohamad).
7.0 Pembentukan AJK PIBG Sesi 2019-2021
7.1 Pemilihan Yang di Pertua PIBG
7.1.1 Encik Azmi bin Seman mencadangkan agar AJK PIBG yang lama dikekalkan.
7.1.2 Puan Noorsaedah binti Mat Jamal mencadangkan agar Encik Syaharuddin bin
Sabri dilantik sebagai YDP PIBG.
7.1.3 Encik Zulkifli bin Ramli mencadangkan agar Tuan Haji Rahim dilantik sebagai
YDP PIBG.
7.1.4 Encik Mohd Fahmy bin Harun mencadangkan agar Encik Azrol’Hairy dilantik
sebagai YDP PIBG.
7.1.4 Selepas undian dilakukan pengerusi memaklumkan bahawa jawatan Yang di
Pertua PIBG yang baru disandang oleh Encik Syaharuddin bin Sabri.
15
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
7.2 Pemilihan Naib Yang di Pertua PIBG
7.2.1 Encik Azmi bin Seman mencadangkan Encik Amir Ang bin Abdullah dilantik
sebagai Naib Yang di Pertua PIBG.
7.2.2 Puan Noor Syazlin mencadangkan Puan Umie Noorshalehah dilantik sebagai
Naib Yang di Pertua PIBG
7.2.3 Puan Siti Noritah binti Tompang mencadangkan Encik Azrol’Hairy dilantik
sebagai Naib Yang di Pertua PIBG.
7.2.4 Setelah undian dilakukan, Encik Amir Ang dilantik sebagai Naib Yang di Pertua
PIBG
7.3 Pemilihan AJK ibu bapa
7.3.1 AJK Kampung Melaka Pindah – Puan Anis Eliza binti Abdullah
7.3.2 AJK Panchor – Puan Noorsaedah binti Mat Jamal
7.3.3 AJK Taman Perumahan Pengkalan - Encik Rosli bin Mohamad
- Encik Mohd Faizal bin Mat Dalib
7.3.4 AJK Inang Sari/Krubong - Puan Juraidah binti Abdullah
7.4 Pemilihan pemeriksa kira-kira
7.4.1 Puan Noor Syazlin mencadangkan Puan Umie Noorshalehah dilantik sebagai
pemeriksa kira-kira
7.5 Setelah undian dilakukan, pembentukan AJK PIBG sesi 2019-2021 adalah seperti
berikut:
Penasihat : Puan Hajah Suriati binti Haji Ahmad
Yang Di Pertua : Encik Syaharuddin Bin Sabri
Naib Yang di Pertua : Encik Amir Ang bin Abdullah
Setiausaha : Encik Helmirizal bin Che Long
Penolong Setiausaha : Puan Fadilah binti Mohd Tohar
Bendahari : Encik Hamzah bin Habibudin
AJK Ibu Bapa : Encik Rosli bin Mohamad
: Puan Noorsaedah binti Mat Jamal
AJK Guru : Puan Anis Eliza binti Abdullah
: Encik Mohd Faizal bin Mat Dalib
Pemeriksa kira-kira : Puan Juraidah binti Abdullah
: Puan Siti Noritah binti Tompang
: Puan Juwairiah binti Berahim
: Puan Mariah binti Abd Rani
: Puan Noor Syazlin binti Ismail
: Encik Mohd Fahmy bin Harun
: Puan Hikmatul Mabruk binti Hashim
: Puan Umie Noorshalehah binti Kamarudin
16
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
8.0 Hal-hal lain
8.1 Encik Syaharuddin bin Sabri mengucapkan terima kasih di atas lantikan dan
sokongan ibu bapa dan guru yang melantik beliau sebagai Yang di Pertua PIBG SK
Melaka Pindah bagi sesi 2019-2021.
8.2 Encik Syaharuddin juga berharap semua ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam
membantu kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak SK Melaka Pindah.
9.0 Ucapan penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini.
9.2 Pengerusi berharap AJK lantikan yang baharu dapat bekerjasamaa dengan pihak
sekolah dalam menjayakan program sekolah dan membantu kecemerlangan anak-
anak SK Melaka Pindah.
9.3 Pengerusi juga berharap agar AJK yang dilantik dapat hadir ke mesyuarat AJK PIBG
kali pertama bagi tahun 2019.
Disediakan oleh:
………………………………………..
(Puan Fadilah binti Mohd Tohar)
Penolong Setiausaha PIBG
SK Melaka PIndah
17
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
18
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN KEWANGAN
19
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
20
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
21
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN AKTIVITI PIBG
BIL TARIKH PERKARA
1 31 Dis 2019 Hari Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 2019
2 22 Feb 2019 Hari Penetapan Target UPSR 2019
3 9 Mac 2019 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 2019
4 11 April 2019 Sukan Olahraga SK Melaka Pindah 2019
5 21 Jun 2019 Hari Menandatangani Pelaporan dan Pentaksiran
6 18 Nov 2019 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2019
22
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019-2021
BIL NAMA JAWATAN TARIKH
1 PN HJH SURIATI BINTI HAJI PENASIHAT Mesy 1 Mesy 2 Mesy 3
AHMAD PENGERUSI 21-03-19 26-06-19 04-11-19
2 EN SYAHARUDDIN BIN SABRI ///
3 EN MUHAMMAD AMIR ANG BIN NAIB ///
ABDULLAH PENGERUSI
/X/
4 EN HELMIRIZAL BIN CHE LONG SETIAUSAHA
///
5 PN FADILAH BINTI MOHD NAIB
TOHAR SETIAUSAHA ///
6 EN HAMZAH BIN HABIBUDIN BENDAHARI X/ /
7 PN RASIDAH BINTI ABU NOH EX-OFFICIO ///
8 EN NOR AFANDI BIN SAFAR EX-OFFICIO / /X
9 PN ZALINA BINTI JABAR EX-OFFICIO ///
///
10 EN MOHD FAHMY BIN HARUN AJK GURU ///
///
11 EN RUSHDAN BIN ABU HASAN AJK GURU ///
///
12 PN JUWAIRIAH BINTI BERAHIM AJK GURU
/ XX
13 PN NOOR SYAZLIN BINTI ISMAIL AJK GURU XXX
14 PN MARIAH BINTI ABD RANI AJK GURU ///
AJK IBU BAPA
15 EN MOHD FAIZAL BIN HAJI AJK IBU BAPA ///
DALIB
///
16 EN ROSLI BIN MOHAMAD
/ /X
17 PN ANIS ELIZA BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA
///
18 PN NOORSAEDAH BINTI MAT AJK IBU BAPA
JAMAL
19 PN JURAIDAH BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA
20 PN HIKMATUL MABRUK BINTI PEMERIKSA
HASHIM KIRA-KIRA
21 PN UMIE NOORSHALEHAH BINTI PEMERIKSA
KAMARUDIN KIRA-KIRA
23
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019-2021
BIL NAMA JAWATAN TARIKH
1 PN HJH SURIATI BINTI HAJI PENASIHAT Mesy 1
AHMAD 30.1.2020
2 EN SYAHARUDDIN BIN SABRI PENGERUSI /
3 EN MUHAMMAD AMIR ANG BIN NAIB /
ABDULLAH PENGERUSI
X
4 EN HELMIRIZAL BIN CHE LONG SETIAUSAHA
/
5 PN FADILAH BINTI MOHD TOHAR NAIB
SETIAUSAHA /
6 EN HAMZAH BIN HABIBUDIN BENDAHARI /
/
7 EN ROSSHAHDAN BIN MOHAMED EX-OFFICIO /
/
8 PN ROSLEEN BINTI HANID EX-OFFICIO /
/
9 PN ZALINA BINTI JABAR EX-OFFICIO /
/
10 EN MOHD FAHMY BIN HARUN AJK GURU /
11 EN RUSHDAN BIN ABU HASAN AJK GURU X
12 PN JUWAIRIAH BINTI BERAHIM AJK GURU
13 PN NOOR SYAZLIN BINTI ISMAIL AJK GURU
14 PN MARIAH BINTI ABD RANI AJK GURU
15 EN MOHD FAIZAL BIN HAJI DALIB AJK IBU BAPA
16 EN ROSLI BIN MOHAMAD AJK IBU BAPA X
17 PN ANIS ELIZA BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA /
18 PN NOORSAEDAH BINTI MAT AJK IBU BAPA X
JAMAL X
AJK IBU BAPA
19 PN JURAIDAH BINTI ABDULLAH /
PEMERIKSA /
20 PN HIKMATUL MABRUK BINTI KIRA-KIRA
HASHIM PEMERIKSA
KIRA-KIRA
21 PN UMIE NOORSHALEHAH BINTI
KAMARUDIN
24
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
25
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH 2019
BIL TARIKH PERKARA
1 28/12/2018 Hari Pendaftaran & Orientasi Murid Tahun 1/Pra Sekolah
2 29/12/2018 Gotong-royong “Ceria Kelasku” Bersama Komuniti
3 14/1/2019 Pelancaran Penutup Minggu Transisi Tahun 1 2019
4 16/1/2019 Senamrobik bersama MILO
5 29/1/2019 Senamrobik
6 30/1/2019 Pelancaran Mentor-mentee dan Guru Muda (Tahun 6)
7 1/2/2019 Pertandingan MTQSS Peringkat Sekolah
8 11/2/2019 Pelancaran Guru Penyayang dan Salam Hormat
9 18/2/2019 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019
10 19/2/2019 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
11 25/2/2019 Pelancaran NILAM
12 25/2/2019 Pelancaran FROG VLE
13 20/3/2019 Sukantara 2
14 22/3/2019 Festival Nasyid Peringkat Sekolah
15 Latihan Kebakaran 1/2019
16 1/4/2019 Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat SKMP
17 11/4/2019 Kejohanan Sukan Olahraga ke-47 2019
18 3/5/2019 Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
19 16/5/2019 Sambutan Hari Guru SKMP
20 17/5/2019 Pertandingan Azan & Iqamah
21 24/5/2019 Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah
22 24/5/2019 Sumbangan Nur Mahabbah 2019
23 21/6/2019 Majlis Menandatangani Rekod Prestasi PBD Pertengahan
24 1/7/2019 KBS Tahap 2
25 4/7/2019 KBS Tahap 1
26 11/7/2019 KCJ Tahap 1
27 15/7/2019 KCJ Tahap 1
28 1/8/2019 Pelancaran Bulan Kemerdekaan
29 29/8/2019 Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin sempena UPSR 2019
30 26/9/2019 Hari Keusahawanan SK Melaka Pindah
31 8-9/10/2019 Kem Bestari Solat & Takmil Khatam Dun Machap 2019
32 16-17/10/2019 Perkhemahan Unit Uniform SKMP 2019
33 30/10/2019 Program Pasca UPSR : Sembelihan
34 1/11/2019 Program Pasca UPSR : Mandi Hadas
35 6/11/2019 Sambutan Hari Kanak-kanak 2019
36 8/11/2019 Sambutan Maulidur Rasul 1441H
37 8/11/2019 Majlis Khatam al-Quran Perdana Peringkat Sekolah
38 12/11/2019 Pelantikan Pengawas & Pengawas Percubaan sesi 2020
39 13/11/2019 Latihan Kebakaran 2/2019
40 18/11/2019 Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Pra Sekolah 2019
41 20/11/2019 Majlis Tautan Kasih Sejambak Budi Pn Rasidah Abu Noh
42 21/11/2019 Keputusan UPSR 2019
43 22/11/2019 Gotong-royong kelas sesi 2019
26
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
27
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
KEPUTUSAN UPSR 2019 & SASARAN 2020
KEPUTUSAN UPSR 2019 SASARAN UPSR 2020
BILANGAN 6A PERATUS GPS
BALANGAN A PERATUS GPMP
2.03
BM (KEFAHAMAN) 16 2.30
3.05
BM (PENULISAN) 8 3.05
3.05
BI (KEFAHAMAN) 4 89.2% 2.54
BI (KEFAHAMAN) 7 GPMP
2.67
1/34 Orang 76.47% 2.78 MATEMATIK 4
(2.9%)
SAINS 3
KESELURUHAN BALANGAN A PERATUS
2 Orang (5.4%) 78.4 %
PERBANDINGAN PERATUSAN PENGUASAAN
2017, 2018 & 2019
18 BM (PEN) BI (PEM) BI (PEN) MATH SN
16
14
12
10
8
6
4
2
0
BM (PEM)
2017 2018 2019
28
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
PERBANDINGAN PERATUSAN PENGUASAAN
2017, 2018 & 2019
90
80 75 76.47
70
60.53
60
50
40
30
20
10 PERATUS 1.8 2.85 2.78
111 GPS
0
BIL 6A
2017 2018 2019
SENARAI NAMA MURID CEMERLANG UPSR 2019
6A
IMAN FAHRIN NAJMI BIN NOR HADI
4A
DURRAH SORFINA BINTI SEIFHUL
MUHAMMAD HAZRUL ARMAND BIN ABDULLAH
SAID HAMBALI BIN LIMAN
3A
AFIQ HAIKAL BIN AHMAD KAMIL
29
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
30
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2019
Jumlah murid = 207 orang
Pra sekolah = 25 orang
JUMLAH BESAR= 232 orang
A. BANTUAN &KEBAJIKAN
BIL NAMA BANTUAN BIL. MURID
1. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 207 orang
14 orang
2. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
- Peruntukan RM2.50 sehari 31 orang
- 190 hari 110 orang
3. KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN 12 orang
- Peruntukan RM 100
10 0rang
4. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- RM 100.00
- penyerahan dilakukan oleh ADUN MACHAP
5. BANTUAN TAPEM (Tabung Amanah Pendidikan
Melaka)
- Menerima baucer RM150.00
6. BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH DARIPADA ADUN
MACHAP
B. PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
I. PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH
II. KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
III. GOTONG-ROYONG PERDANA
IV. PROGRAM GURU PENYAYANG &SAMBUTAN HARI LAHIR
V. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
VI. LATIHAN KAWAD KEBAKARAN
VII. PROGRAM MENTOR MENTEE
VIII. PROGRAM ZIARAH CAKNA
IX. PROGRAM CUCI TANGAN DENGAN KERJASAMA LIFEBOUY
31
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
32
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
LAPORAN KOKURIKULUM 2019
BIL AKTIVITI/PENGLIBATAN TARIKH/TEMPAT BILANGAN PESERTA PENCAPAIAN/
YANG TERLIBAT PERINGKAT
1 KEJOHANAN CATUR BAWAH 12 26/1/2019 SMK 4 ORANG SIJIL PENYERTAAN
PERINGKAT
TERBUKA SIMPANG BEKOH NEGERI
SIJIL PENYERTAAN
2 KEJOHANAN BADMINTON MSS 18/2/2019 MSS 2 ORANG PERINGKAT
NEGERI
NEGERI MELAKA NEGERI MELAKA SIJIL PENYERTAAN
PERINGKAT
(AYER KEROH) NEGERI
SIJIL PENYERTAAN
3 KEJOHANAN SKUASY MSS 4/3/2019 MSS NEGERI 1 ORANG PERINGKAT
DAERAH
NEGERI MELAKA(INDIVIDU) MELAKA STADIUM -NAIB JOHAN
BERCERITA
HANG JEBAT LELAKI
SIJIL PENYERTAAN
4 MTQSS KAWASAN ALOR 26/2/2019 6 ORANG PERINGKAT
DAERAH & NEGERI
GAJAH SK LESONG BATU -N/JOHAN LOMPAT
JAUH L10
5 OLAHRAGA MSSD ALOR 26/2/2019 11 ORANG -JOHAN LOMPAT
GAJAH TINGGI L12
-N/JOHAN 100M L12
6 PERKHEMAHAN INTEGRASI 4-6/MAC/2019 KEM 11 ORANG SIJIL PENYERTAAN
BADAN BERUNIFORM LANCHANG 1 ORANG PERINGKAT
KEBANGSAAN
7. PERTANDINGAN NYANYIAN 3/4/2019 DEWAN SIJIL PENYERTAAN
SOLO PERINGKAT DAERAH JAPERUN PERINGKAT
DAERAH
8. PERTANDINGAN BERCERITA 17/4/2019 SK 2 ORANG TEMPAT KE-7
SIJIL PENYERTAAN
TAHAP 1 DAN 2 PERIINGKAT BELIMBING DALAM DAERAH &
-JOHAN DAERAH
DAERAH SIJIL PENYERTAAN
DAERAH &
9. PERTANDINGAN PIDATO PIALA 23/4/2019 1 ORANG -N/JOHAN DAERAH
SIJIL PENYERTAAN
DIRAJA PERINGKAT DAERAH SK HUTAN PERCHA NEGERI
A.G
10. PERTANDINGAN SAHIBBA 23/4/2019 1 ORANG
PERINGKAT NEGERI SARINGAN DEWAN BESTARI JPN
11. PERTANDINGAN PUBLIC 30/4/2019 1 ORANG SIJIL PENYERTAAN
SPEAKING PERINGKAT SK JERAM MASJID DAERAH
DAERAH TANAH
17/6/2019 4 ORANG SIJIL PENYERTAAN
12. PERTANDINGAN CATUR MSS DEWAN SMK SERI NEGERI
NEGERI MELAKA TANJONG
26/9/2019 SEMUA WARGA SKMP
13. HARI KEUSAHAWANAN SK
MELAKA PINDAH
14. PERKHEMAHAN PENGAKAP 18-20/10/2019 2 ORANG SIJIL PENYERTAAN
1 ORANG KEBANGSAAN
JOTA JOTI PERINGKAT SK RUMBIA ALOR
SIJIL PENYERTAAN
KEBANGSAAN GAJAH MELAKA NEGERI
15. PERKHEMAHAN PENGAKAP 8-10/11/2019
KEMBORI PERINGKAT NEGERI KEM PENGAKAP
MELAKA MELAKA
33
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
34
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
USUL DAN CADANGAN
USUL 1 : Pn Rosleen Binti Hanid
Nama Anak : Tiada
1. MENAIK TARAF TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH
USUL 2 : En Rosshahdan Bin Mohamed
Nama Anak : Tiada
1. MEMBINA PEMASANGAN BESI KESELAMATAN PEJALAN KAKI
USUL 3 : En Syaharuddin Bin Sabri
Nama Anak : Balqish (5 Ino)
1. SUMBANGAN PIBG SKMP DITETAPKAN RM50 SEKELUARGA SETAHUN
USUL 4 : Pn Fahrina Binti Md. Zin
Nama Anak : Nur Kaisah Zahirah (3 Ino)
1. AYAM RM1.00 DI SEKOLAH TIDAK MEMUASKAN. AIR MILO RM1.00
KURANG SUSU. HARAP AIR DAN AYAM LEBIH BAIK. DI LUAR SEKOLAH
AYAM RM1.00 PUN SEDAP NAMPAK MENARIK.
35
Mesyuarat Agung PIBG SKMP ke-49 2020
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG dan seluruh ahli PIBG SK Melaka Pindah 2020 merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
EN. ZAMZURI BIN ARIFIN
YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah
EN SYAHARUDDIN BIN SABRI
YDP PIBG SK Melaka Pindah
PN HJH SURIATI BINTI HJ AHMAD
Guru Besar SK Melaka Pindah
EN MUHAMMAD AMIR ANG BIN ABDULLAH
Naib YDP PIBG SK Melaka Pindah
BARISAN GURU PENOLONG KANAN
PEMIMPIN MASYARAKAT, AJK PIBG, GURU-GURU, IBU BAPA / PENJAGA DAN ORANG PERSEORANGAN SERTA
SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DAN SUMBANGAN DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-49 2020 INI.
Renungan bersama :
“MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA,
MINDA SEDERHANA berbicara tentang PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA”
36