The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helwah175, 2019-04-14 17:31:00

Minit mesyuarat AJK PIBG bil 1 2019

Minit mesyuarat AJK PIBG bil 1 2019

Keywords: SKMP PIBG 2019

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

BIL : 1/2019 SK MELAKA PINDAH

Tarikh : 16 Januari 2019 (Rabu)
Masa : 2.15 Petang
Tempat : Makmal Komputer SKMP

Kehadiran : 17/21

1. Pn Hajah Suriati Binti Hj Ahmad (Penasihat)
2. En Syaharuddin Bin Sabri (Yang Dipertua)
3. En Amir Ang Bin Abdullah (Naib Yang Dipertua)
4. En Helmirizal Bin Che Long (Setiausaha)
5. Pn Fadilah Binti Mohd Tohar (Naib Setiausaha)
6. En Hamzah Bin Habibudin (Bendahari)
7. En Mohd Fahmy Bin Harun (AJK Guru)
8. Pn Juwairiah Binti Berahim (AJK Guru)
9. Pn Hajah Noritah Binti Tompang (AJK Guru)
10. Pn Mariah Binti Abd Rani (AJK Guru)
11. En Mohd Faizal Bin Hj Dalib (AJK Ibu bapa)
12. Pn Noorsaedah Binti Mat Jamal (AJK Ibu bapa)
13. Pn Anis Eliza Binti Abdullah (AJK Ibu bapa)
14. Pn Juraidah Binti Abdullah (AJK Ibu bapa)
15. Pn Zalina Binti Jabar (Ex-Officio)
16. Pn Maimunah Binti Hasan (Ex-Officio)
17. Pn Umie Noorshalehah Binti Kamarudin (Pemeriksa Kira-kira)

Tidak Hadir : 4/21 Kursus
1. Pn Rasidah Binti Abu Noh Check up kesihatan
2. Pn Hikmatul Mabruk Bin Hashim Mengerjakan umrah
3. Pn Noor Syazlin Binti Ismail Urusan kerja
4. En Rosli Bin Mohamad

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG- En Syaharuddin Bin Sabri)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG di atas kehadiran
dan sedia meluangkan sedikit masa untuk Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali
pertama sesi 2019 ini.

1.2 Beliau juga beramah mesra bersama AJK PIBG yang baharu menerusi sesi taaruf
dan mengharapkan kerjasama padu dalam membentuk organisasi yang cemerlang.

2. UCAPAN PENASIHAT (Guru Besar - Pn Hjh Suriati Binti Hj Ahmad)

2.1 Pn Guru Besar merakamkan ucapan tahniah di atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa PIBG yang baharu untuk sesi 2019-2021.

1

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

2.2 Beliau juga merakamkan sekalung tahniah kepada semua ahli sama ada yang
baharu mahupun yang lama di atas pelantikan sebagai barisan kepimpinan PIBG
SK Melaka Pindah untuk sesi 2019-2021 ini.

2.3 Dengan pelantikan ini, beliau mengharapkan kerjasama erat dan komitmen yang
ikhlas dari kalangan AJK PIBG kali ini agar dapat melancarkan setiap program yang
dirancang oleh pihak sekolah dan program-program tambahan dari pihak PIBG dan
komuniti.

2.4 Puan Guru Besar sangat menitikberatkan mengenai dana. Dana yang diperlukan
adalah untuk tujuan pembangunan dan kecemerlangan akademik murid dan juga
sahsiah menerusi pelbagai program. Tanpa dana, segala program tidak akan
terlaksana dan matlamat mendidik dari hati dengan penuh integriti tidak dapat dikotai
dengan jayanya. Justeru, penasihat amat berharap agar jawatankuasa yang dilantik
kali ini dapat sama-sama mengembleng bahu dan tenaga untuk mencari dana
sekolah.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

2.5 Puan penasihat memaklumkan mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah,
yang mana pengisian guru di SK Melaka Pindah adalah seramai 23 orang guru
daripada 24 orang. Seorang guru Bahasa Inggeris telah berpindah ke SK Batu
Berendam. Walau bagaimanapun, kekosongan guru subjek berkenaan telah diisi
oleh beberapa guru elektif yang turut sama menyumbang tenaga mengajar anak-
anak SKMP.

2.6 Makluman mengenai Pusat Pemindahan Banjir. Sekolah telah menerima bantuan
untuk membaiki tandas banjir. Tandas tersebut telah selesai diperbaiki dan akan
beroperasi dalam masa terdekat ini. SKMP juga tersenarai antara sekolah yang akan
mendapat bantuan untuk baikpulih bangunan Blok D iaitu aras 3 (Perpustakaan tidak
dapat digunakan kerana syiling rosak dan sistem pendawaian tidak selamat). Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan telah membuat pengesahan mengenai
ketidakselamatan menggunakan bangunan tersebut. Selain mendapat perhatian JPN
untuk baikpulih tandas dan beberapa fasiliti sekolah.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa tiada streaming kelas. Tiada peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun untuk murid tahap 1 sama ada berupa formatif atau
sumatif.
Sekolah memberi tumpuan dan fokus kepada KPI akademik tahun 2019 dalam
UPSR. Calon UPSR seramai 34 orang dan sasaran pencapaian kualiti UPSR
seramai 3 orang murid memperoleh 6A, manakala Gred Purata Sekolah (GPS)
sebanyak 2.22 dan peratusan lulus antara 65-70%.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

2.8 Puan Guru Besar juga melahirkan rasa syukur di atas ketiadaan masalah parkir
kereta di kalangan ibu bapa dalam kawasan sekolah. Cuma mengharapkan
kerjasama ibu bapa/ penjaga yang mengambil dan menghantar murid agar sentiasa
menjaga keselamatan anak-anak di kawasan sekolah.

2

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

2.9 Enrolmen murid setakat 21 Mac 2019 adalah seramai 229 orang murid. Terdapat
beberapa pertukaran murid dan kemasukan murid baharu sepanjang bulan Jan-Mac
2019 ini.

2.10Pembayaran yuran PIBG untuk tahun 2019 ini adalah seramai 127/135 buah
keluarga. Dapatan daripada pemerhatian lepas, keluarga yang sama juga tidak
membayar yuran PIBG saban tahun. Mohon jasa baik bendahari untuk membuat
Analisa tahap ekonomi keluarga yg tidak menjelaskan sumbangan yuran PIBG.

Tindakan dan makluman : YDP & Bendahari PIBG

2.11Beberapa program telah Berjaya dijalankan sepanjang persekolahan penggal
pertama 2019. Antaranya Penataran Format UPSR kepada ibu bapa/ penjaga serta
calon UPSR, Bantuan Persekolahan RM100, Merentas Desa, Sukantara 1 dan 2
disamping beberapa pelancaran seperti pelancaran Guru Penyayang, Mentor
Mentee Guru dan Murid, Pelancaran Bulan Bahasa Melayu, NILAM, MTQ, Olahraga
dan Festival Nasyid Sekolah yang akan diadakan pada 22 Mac 2019 (Jumaat).
Pasukan olahraga telah memperolehi 1 Emas (Lompat Tinggi L12) dan 2 Gangsa
(4x100M dan 4x200M) di peringkat MSSM Negeri Melaka.
Mohon para ibu bapa mendoakan seorang murid SKMP yang terpilih menjadi Tokoh
NILAM Kebangsaan yang akan mewakili Negeri Melaka pada April akan datang.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

3. AKTIVITI TAHUNAN SEPANJANG 2019

3.1 Program Kecemerlangan Tahun 6 sepanjang tahun hingga September 2019.
Terdapat 14 program untuk program kecemerlangan UPSR sahaja dan kesemuanya
melibatkan dana. Sumbangan daripada ibu bapa murid tahun 6 sebanyak
RM100.00. 6 org belum jelaskan lagi. 14 aktiviti terdapat RM7418.00 kutipan hanya
RM3400.00 sahaja. Akhbar sisipan Didik BH sebanyak 34 kali keluaran sudah
mencecah melebihi RM1K.

3.2 Temasya Sukan Tahunan (Sukan Olahraga) yang akan berlangsung pada 11 April
2019 (Khamis).
Bantuan Tambahan Persekolahan sebanyak RM22.50 seorang untuk setiap sekolah
yang merangkumi Bantuan Sukan Sekolah, Pendidikan Islam dan Pusat Sumber
tidak dibekalkan lagi oleh KPM mahupun JPN.
Anggaran perbelanjaan untuk 30 acara yang dipertandingkan dalam temasya sukan
tahun ini sebanyak RM3032.00. Bantuan PCG untuk kokurikulum hanya RM1600.00
sahaja yang merangkumi semua aktiviti kokurikulum iaitu aktiviti sukan dan
kokurikulum.

3.3 Ihya’ Ramadhan dan Pelancaran Nur Mahabbah. Antara aktiviti sepanjang bulan
Ramadhan 1440h ini seperti Tazkirah Ramadhan, Kuiz Ramadhan, Pertandingan
Laungan Azan dan Iqamah, Khatam al-Quran, Pelancaran Iyha’ dan Pelancaran Nur
Mahabbah, Pertandingan mewarna dan melukis poster. Anggaran perbelanjaan
untuk program Ihya’ Ramadhan sahaja tidak termasuk Pelancaran Tabung Nur
Mahabbah adalah sebanyak RM692.00.

3

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

3.4 Perkhemahan Unit Uniform akan diadakan sepanjang tahun. Anggaran dan kertas
kerja perkhemahan akan dibentangkan pada perjumpaan akan datang.

3.5 Sambutan Hari Kanak-kanak.
Murid-murid akan ditaja makan dan minum semasa sambutan tersebut dan
anggaran perbelanjaannya sebanyak RM1350.00.

3.6 Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2019.
Anggaran perbelanjaan sebanyak RM7262.00 yang merangkumi pelbagai aspek
seperti tokoh pelajar, gred A untuk setiap mata pelajaran, anugerah kelas terbersih
dan ceria, kehadiran terbaik dan sebagainya.

3.7 Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana
Tahun ini pihak sekolah mencadangkan agar program ini dilaksanakan di peringkat
sekolah sahaja iaitu di Dewan Peperiksaan. Anggaran perbelanjaan dalam
RM800.00.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

4. PENYATA KEWANGAN

4.1 Merujuk kepada penyata kewangan bermula 1 Oktober 2018 hingga 21 Mac 2019,
baki akhir dalam akaun CIMB adalah sebanyak RM6091.45 dan baki di tangan
sebanyak RM790.24.

4.2 Cadangan oleh pengerusi dan dipersetujui oleh sidang mesyuarat bahawa baki
kewangan di tangan bendahari adalah sebanyak RM500.00 sahaja.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

5. SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

5.1 Pengerusi mencadangan agar pecahan kewangan digabungkan dalam satu akaun.
Duit tabungan Masjid Melaka Pindah. Minta setiausaha senaraikan aktiviti
keagamaan termasuk solat hajat, ihya’ Ramadhan dan serahkan kepada beliau
untuk diserahkan kepada Pengerusi Masjid Melaka Pindah agar memohon kutipan
mingguan (Jumaat) hanya 2x setahun untuk disalurkan ke tabung SK Melaka Pindah
sahaja.

5.2 Sumbangan dari ADUN dan Parlimen. Ada peruntukan khas untuk setiap sekolah.

5.3 Kedai Buku Sekolah. Sumbangan tahunan dari syarikat kedai buku ke pihak sekolah
sebagai wang tambahan untuk kegunaan luaran sekolah seperti membaikpulih
peralatan sekolah.

5.4 Pengerusi akan cuba menghubungi ALUMNI SK Melaka Pindah yang sudah
mencecah 48 generasi. Menerusi ALUMNI ini, pihak sekolah boleh memohon
sumbangan selain bentuk kewangan dari individu ALUMNI, berupa peralatan
sekolah seperti kertas fotostat, alatan tulis dan sebagainya.

4

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

5.5 Kutipan bayaran yuran PIBG. Cadangan setiap keluarga dikehendaki membayar
RM30.00 untuk seorang anak, manakala anak seterusnya (yang kedua, ketiga,
keempat dan seterusnya yang masih bersekolah di SKMP) dikenakan tambahan
RM10.00 sahaja.

5.6 Memohon sumbangan dari Pusat Zakat. Pengerusi meminta pihak sekolah
menyenaraikan murid yang tergolong dalam golongan asnaf yang 8 agar dapat
diketengahkan kepada Pusat Zakat. Beliau memaklumkan agar pihak sekolah tidak
memutuskan hubungan dengan pusat zakat dan memohon sumbangan

5.7 Bank angkat sekolah. Pengerusi mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan
bank angkat sekolah dan menggalakkan ibu bapa/ penjaga menabung di bank
tersebut.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

6 PERTUKARAN AKAUN PIBG

6.1 Pengerusi memohon agar bendahari memaklumkan hari, waktu dan tarikh yang
bersesuaian dan dipersetujui untuk berurusan di bank.

6.2 Beliau juga menekankan bahawa nombor akaun PIBG perlu disegerakan agar boleh
disebarluaskan dalam kumpulan ALUMNI dengan lebih yakin tanpa meragukan
pihak yang akan menderma.

6.2.1 Berikut adalah senarai nama yang boleh mengeluarkan wang di akaun CIMB bank.
YDP PIBG – En Syaharuddin Bin Sabri
Setiausaha – En Helmirizal Bin Che Long
Bendahari – En Hamzah Bin Habibudin

Pengeluaran wang yang melebihi RM5000.00, pengerusi, setiausaha dan bendahari
perlu ada sekali untuk pengeluaran tersebut manakala pengeluaran kurang daripada
RM5000.00 memadai dua pertiga sahaja daripada mana-mana nama di atas.

Tindakan dan makluman : YDP & Bendahari PIBG

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi mencadangkan agar dapat mewujudkan group whatsapp AJK PIBG
untuk memudahkan perbincangan dan makluman tidak langsung dari pihak sekolah
dan pihak AJK.

7.2 Puan Guru Besar bertanyakan mengenai akaun PIBG untuk mencari dana sekolah
dan menggunakan akaun PIBG sebagai akaun tumpang lalu.
Pengerusi memaklumkan perkara itu tidak menjadi masalah dan setiap pengeluaran
melebihi RM5000.00, pengerusi, setiausaha dan bendahari perlu ada sekali untuk
pengeluaran tersebut manakala pengeluaran kurang daripada RM5000.00 memadai
pengerusi dan bendahari atau setiausaha sahaja.

5

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

7.3 Puan Guru Besar juga memaklumkan penggunaan medium group whatsapp AJK
PIBG sebagai makluman dan mesyuarat kecil jika memerlukan keputusan segera
dan tidak sempat mengadakan mesyuarat AJK.

7.4 Mencadangkan seseorang yang sering menyumbang dan berkongsi idea untuk
pembangunan sekolah ke dalam AJK PIBG untuk sesi ini. Beliau juga merupakan
bekas pelajar sekolah ini dan sering memberi komitmen yang tinggi terhadap SKMP.
Beliau adalah Tn Hj Rahim (Pengusaha Kedai Rahim Kelemak).
Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik beliau dalam Jawatankuasa PIBG
kali ini.

7.5 Puan Zalina selaku GPK Kokurikulum menjemput Pengerusi dan AJK PIBG dari
kalangan ibu bapa memeriahkan Temasya Sukan Olahraga Sekolah sebagai
Jawatankuasa Teknikal yang dilantik secara rasmi.
Beliau juga memohon sumbangan kewangan PIBG sebanyak RM1500.00 untuk
kegunaan sukan olahraga ini.
Pengerusi menyatakan bahawa kewangan yang diluluskan untuk Sukan Olahraga
tahun ini adalah sebanyak RM1000.00.

7.6 YDP memohon agar pihak sekolah memperincikan permohonan kewangan
mengikut unit. Unit Kurikulum (Akademik), Unit Hal Ehwal Murid dan Unit
Kokurikulum.

7.7 YDP juga berhasrat untuk mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 3 kali setahun
seperti yang tertera dalam perlembagaan . Dan meminta agar menyenaraikan
agenda utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Beliau berhasrat untuk memberi saguhati daripada PIBG kepada mereka-mereka
yang telah membantu menaikkan nama SKMP;

7.7.1 Murid yang mengharumkan nama sekolah (Sukan)
7.7.2 Murid yang mengharumkan nama sekolah (Ko-Akademik)
7.7.3 Guru yang mengajar kelas tambahan UPSR

7.8 Puan Maimunah selaku GPK HEM menyatakan mengenai Persatuan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK). Unit HEM dengan kerjasama Unit B&K telah mengadakan ziarah
cakna bagi melihat dan membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan
memantau permasalahan pembelajaran anak mereka yang sering tidak hadir ke
sekolah bagi memastikan keciciran pembelajaran tidak berlaku.

Beliau telah mengadakan ziarah cakna ke atas 2 murid yang kurang sihat iaitu;

7.8.1 Adik Muhd Shahfiq Imran 3 Ino – Sakit Dialisis (Dah melancarkan
tabung sumbangan untuk perbelanjaan rawatannya)

7.8.2 Adik Hindra 4 Ino – Sakit Saraf

Beliau juga memohon agar AJK PIBG yang berkelapangan turun sama-sama
membantu dalam ziarah cakna tersebut.
YDP mencadangkan agar ziarah cakna ini dijalankan sekurang-kurangnya 5 buah
keluarga setahun.

7.9 Puan GPK Koku mencadangkan agar tahun 2020, Unit Koku akan membuat baju
khas untuk PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) seragam untuk satu sekolah.

6

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

Tujuannya untuk menampakkan keseragaman apabila murid menyertai aktiviti luar
atau senamrobik bulanan di sekolah. Anggaran untuk sehelai baju dalam RM16.00
ke RM18.00.

YDP bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar Unit Koku dapat
menyediakan design baju yang menarik.

7.10 En Mohd Fahmy mempelawa barisan AJK PIBG ibu bapa menempah baju T
seragam untuk Sukan Olahraga pada tahun ini.

7.11 Ustaz Helmirizal memperkenalkan laman sesawang rasmi untuk SKMP iaitu
blogspot sekolah dan akan mewujudkan facebook SKMP dalam masa terdekat ini.
Segala aktiviti sekolah dan program dalaman akan disalurkan ke dalam laman
rasmi ini. Blog rasmi sekolah adalah http://skmpmba0029.blogspot.com

7.12 YDP akan memaklumkan nilai untuk hadiah hari guru 2019 kepada setiap guru.

7.13 YDP juga menguar-uarkan mengenai program akademik yang dianjurkannya dan
menggalakkan murid-murid lepasan ijazah untuk sama-sama melibatkan diri
sebagai fasilitator untuk melonjakkan akademik anak-anak SKMP.

Tindakan dan makluman : YDP & AJK PIBG

8. PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

8.1 Puan Guru Besar menyerahkan surat pelantikan kepada barikan jawatankuasa
PIBG yang baharu untuk sesi 2019-2021.

9. PENUTUP

Pengerusi majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas komitmen dan
kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.44 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………..…….….. ………………..........……........
(EN HELMIRIZAL BIN CHE LONG) (EN SYAHARUDIN BIN SABRI)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Melaka Pindah SK Melaka Pindah
Sesi 2019-2021 Sesi 2019-2021

7

Minit Mesyuarat AJK PIBG 1/2019

Disahkan oleh,

………………..........……................
(PN HJH SURIATI BINTI HJ AHMAD)
Penasihat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Melaka Pindah
Sesi 2019-2021

Pengesahan oleh,

………………..........…….......................
(PN HIKMATUL MABRUK BINTI HASHIM)
Mantan Bendahari
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Melaka Pindah
Sesi 2017-2019

Cadangan Pengesahan;

............................................................
Sokongan;

............................................................

8


Click to View FlipBook Version