The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesy. koku 3 2018 editted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helwah175, 2019-01-05 13:18:27

Minit Koku 3/2018

minit mesy. koku 3 2018 editted

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL : 3/2018
SK BELIMBING DALAM

Tarikh : 5 September 2018 (Rabu)
Masa : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : 30/36

1. Pn Nurshakina binti A3hmad Halidin (Guru Besar)
2. En Abdul Razak bin Rashidin (GPK Pentadbiran)
3. Pn Haniza binti Mohd Hanif (GPK Kokurikulum)
4. Tn Hj Helmirizal B. Che Long
5. En Mohamad Hairil Azwan B. Ramli
6. Tn Hj Salim bin Mohamed
7. Pn Hamizah Binti Ismail
8. Tn Hj Kamarudin Bin Abu Hassan
9. Pn Maimunah binti Mohd Amin
10. Pn Zainorhanim binti Zainal
11. Pn Norizan Binti Rabu
12. Pn Zaini Aziah binti Othman
13. Pn Zalina binti Jabar @ M. Sanat
14. Pn Mardiah Hayati binti Norazlim
15. Pn Fazidah binti Abd Ghani
16. Pn Khadijah binti Lawang
17. Pn Junaidah binti Shamsudin
18. Tn Hj Fazilan bin Othman
19. Pn Norlizawati binti Sujak
20. Pn Aminiza binti Badarudin
21. Pn Nur Shahida binti Mohamad Yusof
22. En Yusri bin Ahlan
23. Pn G. Puspa
24. Pn Suryahana binti Saedan Mukhtar
25. Pn Tuty Martini Bt Hj Amid
26. Cik Ainun Jariah binti Jameran
27. Pn Maisarah binti Thamby Chik

Tidak Hadir : (Taklimat)
1. Pn Masrurah binti Dzulkifli (Cuti Mengerjakan Haji)
2. Pn Rosidah binti Mohamed Mustafa (Taklimat)
3. En Mohd Zamri bin Arshad (Cuti bersalin)
4. Pn Shafarina binti Shahidan (Taklimat)
5. Pn Jamakyah binti Sulaiman (Taklimat)
6. En Herman Shah bin Ghazali (Urusan PIBG)
7. Pn Nur Naimi binti Awang (Urusan PIBG)
8. Pn Faridah Hariani binti Abd Hadi (Taklimat)
9. En Mohd Uswardi bin Ab Rahim

1

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI (GPK Kokurikulum - Pn Haniza binti Mohd Hanif)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran dan
sedia meluangkan sedikit masa untuk Mesyuarat Kokurikulum kali ketiga untuk sesi
persekolahan tahun 2018 ini.

2. UCAPAN GURU BESAR (Pn Nurshakina binti Ahmad Halidin)

2.1 Pn Guru Besar mengingatkan kepada semua setiausaha agar menyediakan format
minit mesyuarat menggunakan flip atau alam maya.

2.2 Beliau juga mengingatkan kepada semua setiausaha agar tidak menghantar minit
mesyuarat di saat akhir sebelum mesyuarat seterusnya berlangsung. Minit
mesyuarat hendaklah diserahkan kepada pentadbir sebelum atau pada tujuh (7) hari
selepas mesyuarat dijalankan.
Tindakan : Setiausaha Unit

2.3 Mengucapkan kalungan Tahniah kepada pasukan Robotik SKBD yang Berjaya
mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan pada minggu hadapan iaitu pada
11 Sept 2018 di Gambang Resort, Pahang
Tindakan : Penyelaras Robotik

2.4 Pn Guru Besar berharap agar PdPc tidak terarah dalam bilik darjah sahaja, malah
menggalakkan PdPc di luar bilik darjah supaya dapat menyerlahkan bakat murid
seperti aktiviti Masak-masak Merdeka sempena program Bulan Kemerdekaan.

Tindakan : Semua guru

2.5 Beliau juga berharap agar masa terluang murid antara waktu tamat persekolahan
dan sesi kegiatan kokurikulum bermula, murid dapat diberikan pengisian bermanfaat
seperti memantau pergerakan dan solat Zohor mereka. Guru agama boleh
memainkan peranan tersebut.
Tindakan : Guru GPI / GBA

2.6 TS25; Akan dijalankan Kolokium sekolah TS25 Peringkat Negeri Melaka yang
akan diadakan di SMKA Syarifah Rodziah (SHARODZ).

Tindakan : JK TS25

2.7 Memaklumkan juga mengenai Program Rakan Elit (SIC) yang akan memantau RPH
dan Kriteria Kejayaan (KK) ke atas guru-guru di sekolah TS25. Beliau memaklumkan
terdapat segelintir guru yang tidak menyediakan ruangan KK dalam fail ringkasan
mengajar.

2.8 Pengerusi menekankan mengenai susunan fail ringkasan mengajar mengikut hari
dan tarikh terkini diletakkan di atas fail. Susunan tersebut hendaklah diselaraskan
kepada semua guru.

2

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

2.9 Terdapat juga penulisan RPH yang meragukan iaitu semua elemen PAK21 ditanda
seolah-olah melaksanakan aktiviti tersebut dalam satu PDPc. Begitu juga, terdapat
guru yang menulis RPH terlalu ringkas dan tidak menepati ciri-ciri penulisan PAK21.

Tindakan : Semua guru

2.10 Pn Guru Besar menyarankan kepada semua guru agar bersedia kaedah
pengajaran menggunakan “Digital Tools” sekiranya berlaku pemantauan.

2.11 Borang online HRMIS dan juga manual hendaklah diisi kedua-duanya sekiranya
mempunyai urusan yang memerlukan guru keluar dari sekolah.

2.12 Beliau juga memaklumkan bahawa cuti peristiwa untuk perkhemahan telah
mendapat kelulusan oleh pihak JPM
Tindakan : Semua guru

3. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LALU

3.1 Cadangan pengesahan : Pn Rosidah binti Mohamed Mustafa
Cadangan Sokongan : Pn Aminiza binti Badarudin

4. BANGKITAN MINIT
4.1 Minit mesyuarat post-mortem sukan olehraga 2018 masih belum diserahkan
( Perkara 6.3)
Tindakan : S/U Sukan

5. PERKHEMAHAN
5.1 Perkhemahan berubah dari 28-30 Sept 2018 ke 26-28 Okt 2018.

5.2 Perubahan Tarikh disebabkan cadangan tempat perkhemahan di luar Kawasan
sekolah iaitu di Serama Adventure Park, Durian Tunggal Melaka.

5.3 Setiap peserta perkhemahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM58.00 untuk
setiap aktiviti “outdoor” yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih luar
selama 2 hari 1 malam.

5.4 Guru-guru akan hadir mengikut blok masa yang akan ditetapkan mengikut
kesesuaian masa dan pilihan oleh guru itu sendiri.

Tindakan : Semua guru & JK Koku

5.5 Cadangan daripada Tn Hj Salim bahawa perkhemahan ini diadakan di dalam
Kawasan sekolah sahaja memandangkan kos perbelanjaan seorang peserta tinggi.
Setiausaha kokurikulum menyatakan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai
khemah yang mencukupi dan kebanyakkan khemah sekolah sudah rosak. Tn Hj
Salim dan En Abd Razak akan usahakan untuk mendapatkan 40 unit khemah untuk
tujuan perkhemahan pada tahun ini.
Tindakan : JK Koku & Tn Hj Salim, En Abd Razak

3

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

5.6 Perkhemahan Unit Uniform sebulat suara akan diadakan di sekolah mengikut
ketetapan Tarikh yang diputuskan.

6. UJIAN SEGAK

6.1 Ujian SEGAK untuk fasa kedua telah dibuka untuk mengisi data dan maklumat
bermula 1 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 31 Okt 2018.

6.2 Pengerusi telah menetapkan Tarikh ujian SEGAK untuk setiap murid seperti
ketetapan berikut :

Tahun 4 : 2 Okt 2018 (Selasa)
Tahun 5 : 3 Okt 2018 (Rabu)
Tahun 6 : 5 Okt 2018 (Jumaat)

6.3 Guru yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Ujian SEGAK, hendaklah
menyerahkan data tersebut kepada guru kelas untuk pengisian atas talian
(online).
Tindakan : Guru PJK & guru kelas

6.4 Pengisian data online PAJSK akan dibuka mulai 24 September 2018 dan akan
berakhir pada 31 Okt 2018 (Rabu). Diharapkan semua guru kelas dapat mengisi
data murid selewat-lewatnya pada 15 Okt 2018 (Isnin).

Tindakan : Guru kelas Tahun 4,5,6

7. LAPORAN AKTIVITI 2018 / PERANCANGAN 2019

7.1 Laporan aktiviti setiap unit di bawah kokurikulum hendaklah disediakan mengikut
format yang disediakan seperti tahun sebelumnya.

7.2 Guru penasihat setiap unit hendaklah merekod dalam bentuk laporan setiap aktiviti
sepanjang 2018. Sama ada aktiviti telah dijalankan ataupun aktiviti yang
ditangguhkan pada tahun berikutnya disebabkan faktor-faktor tertentu.

7.3 Buku-buku Rekod PAJSK hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke bilik GPK
Kokurikulum sebelum cuti persekolahan..

7.4 Perancangan strategik 2019 hendaklah dihantar pada minggu akhir persekolahan.

Tindakan : Penyelaras Unit

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Pengerusi menyatakan bahawa kehadiran Kokurikulum guru adalah wajib ( merujuk
SPI Bil1/1985 Akta Pendidikan 1996). Guru yang tidak hadir dianggap sebagai tidak
hadir bertugas. Pengerusi berharap buku kehadiran kokurikulum guru dapat
dilengkapkn. Bagi guru yang menghadiri kursus/taklimat sila tuliskan sebab tidak
hadir diruangan catatan. Bagi guru yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab
tertentu, sila maklumkan kepada Guru Besar dan GPK Kokurikulum serta mengisi
borang ketidakhadiran kokurikulum.

4

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

8.2 Pengerusi juga menyatakan bahawa pengiraan waktu kokurikulum adalah sebanyak
12 kali perjumpaan bagi setiap sub unit kokurikulum (SPI Bil. 2/2007). Setiap kali
perjumpaan adalah selama dua jam iaitu:
Unit beruniform = 12 kali X 2 jam = 24 jam
Kelab/Persatuan = 12 kali X 2 jam = 24 jam
Sukan/Permainan = 12 kali X 2 jam = 24 jam

Jumlah keseluruhan = 36 kali X 2 jam = 72 jam

Tindakan : Semua guru

8.3 Pengerusi memaklumkan bahawa dana RM2000.00 telah diperuntukkan untuk
pertandingan memanah. RM1000.00 untuk kegunaan sepanjang pertandingan dan
RM1000.00 lagi untuk pembelian peralatan memanah.

8.4 Beberapa sirkit memanah akan diadakan mengikut Tarikh yang ditetapkan iaitu
Sirkit 1 untuk peserta Under 11 pada 29 Sept 2018 di SKBD, Sirkit 2 di SK Datuk
Naning dan Sirkit 3 di SRA JAIM Jelatang.
Tindakan : JK Unit Memanah

8.5 Program Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri Melaka pada 28 dan 29 Sept
2018 tidak dapat dihantar kerana pendaftaran PPIM tidak dibuat. Pengerusi
berharap agar Unit beruniform PPIM dapat didaftarkan mulai tahun hadapan untuk
memberi peluang kepada murid mengammbil Ujian Puteri Bongsu.

Tindakan : JK Unit Puteri Islam

8.6 Tn Hj Fazilan menyatakan mengenai isu menghantar murid ke pertandingan-
pertandingan luar.

Pengerusi menyatakan bahawa isu tersebut mengikut keputusan dalam minit
mesyuarat yang lepas iaitu ibu bapa murid akan menghantar anak mereka ke
kejohanan yang disertai atau mereka membenarkan guru pengiring dengan surat
kebenaran.

Tindakan : JK Koku & semua guru

8.7 Tn Hj Salim memaklumkan khemah sebanyak 40 unit telah selesai untuk
kegunaan perkhemahan nanti.

8.8 Beliau juga membentangkan mengenai perbelanjaan untuk Pasukan Robotik
SKBD yang akan menyertai pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan pada 11-
13 Sept 2018 di Gambang, Pahang.

RM2073.51 – Perbelanjaan untuk peralatan Robotik
RM 850.00 – Hasil kumpul dana
RM 1000.00 – Sumbangan PIBG

Tindakan & makluman : Semua guru

5

Minit Mesyuarat Kokurikulum 3/2018

9. PENUTUP

9.1 Pengerusi majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas komitmen
dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2018

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………..…….….. ………………..........….......…..…
(EN HELMIRIZAL BIN CHE LONG) (PN HANIZA BINTI MOHD HANIF)
Setiausaha Kokurikulum 2018 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Belimbing Dalam SK Belimbing Dalam

Disahkan oleh,

………………........................….......…..…
(PN NURSHAKINA BINTI AHMAD HALIDIN)
Guru Besar
SK Belimbing Dalam

Cadangan Pengesahan;

............................................................
Sokongan;

............................................................

6


Click to View FlipBook Version