The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-10-04 01:44:06

kajian kes sejarah

Kajian kes sejarah.ainul1

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA : AINUL MARDHIAH BINTI NORANI

KAD PENGENALAN : 070912010652

TINGKATAN : 2 SHEFFIELD

PENYATAAN MASALAH : Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan Alam
Melayu yang wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini
terus dipertahankan?

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang
dinyatakan sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :…………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
lengkapkan laporan kajian kes bagi subjek Sejarah tingkatan 2. Laporan kajian kes ini
bertajuk Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu, di mana zaman
tercoretnya kegemilangan dan kemasyhuran masyarakat Melayu dahulukala.

Sekalung penghargaan dihulurkan kepada guru subjek sejarah saya, En. Fauzi bin
Mahmud kerana kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya. Selain
itu, Puan Rashiah bt Mustapha telah menyediakan tugasan ini.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya serta memberikan motivasi sepanjang folio ini disiapkan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi menghulurkan
bantuan dengan memberikan tunjuk ajar kepada saya serta memperbetulkan kesalahan-
kesalahan saya sepanjang tempoh menyiapkan projek folio ini. Bantuan kalian ini amatlah
saya hargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atautidak langsung sepanjang projek ini dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan Projek Sejarah ini, terdapat beberapa objektif kajian yang
ingin saya laksanakan. Di antaranya adalah untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang
Kesultanan melayu melaka

Selain itu, saya dapat mengetahui tentang adat istiadat diraja yang diamalkan pada
zaman dahulu sehingga kini. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya mempelajari
dan mencapai ilmu.

Disamping itu, saya juga berupaya untuk mendapatkan pengetahuan tentang kesan
peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara. Saya akan menggunakan
kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk mencari bagaimana sesuatu kerajaan boleh
stabil dengan arahan pemerintah.

Seterusnya, saya akan mengumpul fakta dan menganalisis maklumat dari pelbagai
sumber yang sahih seperti di internet, buku ilmiah dan lain-lain.

Pada waktu yang sama, kajian ini juga secara tidak langsung dapat memupuk
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai kegemilangan
yang disebabkan oleh faktor kepimpinan raja yang berwibawa, sistem pentadbiran yang
cekap dan sistem perundangan yang teratur. Saya dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang kepimpinan raja tersebut. Usaha perlu terus dikekalkannya agar
generasi akan datang dapat melakukan sedemikian.

Dalam pada itu, kajian ini juga dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan
bertoleransi dalam diri saya ketika proses pengumpulan maklumat di jalankan.

Akhir sekali, tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara
berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa
dan rakan.

KAEDAH KAJIAN

Dalam proses menyiapkan kajian bertajuk Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu
ini, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini. Kaedah-kaedah
yang saya gunakan ialah:

1) Melayari Internet
Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai tajuk tugasan ini dengan melayari

internet. Banyak info penting telah saya perolehi yang boleh dijadikan bahan maklumat dan rujukan bagi
menghasilkan folio kajian ini.

2) Bimbingan guru

Setiap kali kelas Sejarah berlansung saya telah mendapatkan bimbingan daripada guru iaitu Tuan
Fauzi Bin Mahmud.

3) Buku ilmiah

Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku ilmiah. Salah satu buku ilmiah
yang saya gunakan ialah Buku teks sejarah tingkatan 2.

Bil. Tarikh JADUAL KERJA Tandatangan guru
Perkara

1 20/9/2021 Menerima Taklimat daripada Guru subjek sejarah
iaitu En. Fauzi bin Mahmud

2 27/9/2021 Mengumpul maklumat tentang pertabalan diraja

3 1/10/2021 Membina penghargaan, objektif kajian, kaedah
kajian dan sumber kajian

4 2/10/2021 Memasukkan semua isi ke dalam words

5 4/10/2021 Menghantar tugasan ke dalam “Google classroom”

TEMA 5.2: WARISAN KERAJAAN ALAM MELAYU

Tajuk Tugasan : Kesultanan Melayu Melaka
Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan Alam Melayu yang wujud sebelum
Kesultanan Melayu Melaka.Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini terus dipertahankan?

Ya, adat pertabalan raja-raja Melayu ini wajar untuk terus dipertahankan kerana adat pertabalan
merupakan satu istiadat melafazkan sumpah jawatan dan istiadat Menandatangani Surat Pengisytiharan
bagi seseorang raja yang dilantik menjadi Yang di Pertuan Agong. Ianya melambangkan keunggulan
Warisan Kesultanan Melayu. Perlantikan dan pertabalan seseorang raja dianggap tidak sah tanpa alat-alat
kebesaran. Alat-alat kebesaran ini akan dikeluarkan hanya untuk upacara-upacara tertentu sahaja seperti
dalam istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran dan upacara-upacara rasmi negara sahaja.

Pengenalan
1. Jelaskan maksud adat istiadat Diraja.

Adat istiadat ini adalah cabang kebudayaan bangsa bagi menuju satu identiti negara. Ia
merupakan susun atur bagi kehidupan sehari-hari termasuk dalam suka dan duka.
Adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam
sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat
berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Adat ialah sebagai cara untuk
melengkapkan kehidupan, apa sahaja perkara yang dilakukan hendaklah bepandukan adat.
Istiadat pula, membawa maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah
menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau resam. Istiadat ini meliputi aturan negeri dan
peraturan dalam sesuatu upacara.

2) Senaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.

Adat istiadat diraja yang Masih diamalkan Hari ini adalah Istiadat Perpuspaan, Istiadat Pemasyuran
Pengganti Sultan, Istiadat Pemasyuran Perlantikan Pengiran Muda Mahkota, Istiadat Perkahwinan Diraja,
Istiadat Meluaran Diraja, Istiadat Berkhatan Diraja, dan Istiadat Bertindik Diraja

Perkembangan idea

1. Huraikan faktor berlakunya pertabalan seseorang raja

Istiadat pertabalan ini adalah untuk mengekalkan warisan adat istiadat Kesultanan Melayu.
Walaupun kita telah menyelusuri kemodenan tetapi ada perkara-perkara yang menjadi tunjang
negara dan bangsa kita, tradisi itu tidak harus ditinggalkan.
Penobatan raja mengambil bentuk yang berbeza bergantung pada Kerajaan. Secara amnya ia adalah
perayaan yang melibatkan sumpah secara rasmi di Raja baru. Kadang-kadang ini terjadi selepas
kematian Raja duduk atau selepas Raja duduk memerintahkan bahawa dia akan berjaya awal. Ia
adalah kebudayaan dan kebanyakannya dilakukan secara tradisional bagi menggantikan
pemerintah.

2. Jelaskan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan

PERJALANAN PERTABALAN

Tuanku Muhriz berkata istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang
alat-alat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Okt oleh Pegawai 99 yang
diketuai Datuk Seri Amar Diraja. Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning,
lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan
tonggol kuning, hitam dan merah.
Alat-alat ini akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan
dilakukan pada 28 Okt.

Ini akan diikuti dengan tembakan dua das meriam. Istiadat seterusnya ialah istiadat bersiram pada
25 Okt melibatkan Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah
Rohani Tengku Besar Mahmud. Baginda berdua akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan
diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada, disusuli dengan lapan das tembakan
meriam. Orang Empat Istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan
bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali. Baginda berdua akan
bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti
dengan disusuli lapan das tembakan meriam lagi.

ISTIADAT PERTABALAN

Istiadat pertabalan akan berlangsung pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.
Istiadat itu bermula dengan ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin di
sebelah pagi diperkarangan Istana. Setelah bermalam di rumah telapak (rumah persinggahan)
masing-masing,Undang Yang Empat akan berehat di balai-balai sementara yang disediakan khas
di luar perkarangan Istana Besar Seri Menanti sebelum berjalan kaki memasuki perkarangan Istana
Besar Seri Menanti diiringi oleh Datuk-Datuk Lembaga masing-masing. Lima belas das tembakan
meriam akan dilepaskan. Undang Luak Sungai Ujong akan berjalan dari Balai Melintang,
UndangLuak Jelebu dari Balai Serong, Undang Luak Johol dari Balai Bertingkat manakala Undang
Luak Rembau dari Balai Panjang. Pada ketika ini jemputan lain akan tiba di Istana termasuk Raja
Muda atau Tengku Mahkota yang mewakili Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri.

BARISAN KEHORMATAN

Setelah semua mengambil tempat masing-masing di perkarangan Istana Besar Seri Menanti, Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan diiringi oleh Orang Empat Istana akan berangkat memeriksa
barisan kehormatan. Para tetamu kemudian mengambil tempat di Balairong Seri. Yang
DiPertuanBesar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan kemudian berangkat
bersemayam di atas singgahsana dengan diapit oleh Putera YangEmpat. Istiadat bermula apabila
Datuk Bentara Kanan menghadap memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
untuk memulakan istiadat dan kemudian meminta Datuk Undang Luak Sungai Ujong bagi pihak
Undang Yang Empat, bangun mengisytiharkan bermulanya istiadat pertabalan. Ini akan diikuti
dengan teriakan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku.
Datuk Bentara Kanan kemudian akan mengisytiharkan kepada hadirin bahawa pertabalan selesai
dilakukan dan melafazkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali, diikuti oleh para hadirin. Lagu
kebesaran Negeri Sembilan dimainkan dan disusuli oleh tembakan meriam sebanyak 32 das.
Upacara seterusnya ialah istiadat menghadap dan menjunjung kasih Yang Dipertuan Besar yang
dimulakan oleh Undang Yang Empat, diikuti Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Penghulu Luak
Tanah Mengandung dan Datuk Lembaga Tiang Balai masing-masing. Menteri Besar Negeri
Sembilan kemudian akan menghadap menjunjung kasih serta melafazkan ucapan taat setia. Tuanku
Muhriz kemudian melafazkan titah pertabalan dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan. Akhirnya Datuk Seri Amar Diraja membuat aluan sembah dan memaklumkan bahawa
istiadat pertabalan selesai disempurnakan.

ISTIADAT LAIN SEBELUMNYA

Keunikan istiadat pertabalan di Negeri Sembilan ini melibatkan beberapa istiadat lain sebelumnya
dan yang berlangsung di Istana-istana lain.
Antaranya istiadat menghadap Undang Yang Empat yang dilaksanakan oleh Orang Empat Istana
manakala yang terpakai di Istana-istana lain ialah menyembahsilakan Raja-Raja Melayu termasuk
Yang di-Pertuan Agong,Sultan Brunei dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak. Jemputan disempurnakan oleh rombongan Diraja diketuai oleh Tunku Besar Seri Menanti
dan disertai Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, Tunku Alang Tunku Datuk Seri Iskandar,
Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dan Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud Tunku Besar
Burhanuddin, yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, anggota Exco dan Setiausaha
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan ke-11 ini merupakan satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun
ini. Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah
Rohani Tengku Besar Mahmud diadakan terlebih dahulu pada 14 April 2009. Sebelum itu diadakan
istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku
Muhriz iaitu Putera Yang Empat terkanan, pada 22 Feb 2009, bagi menggantikan tempat ayahanda
baginda.

SALASILAH YAMTUAN

Tuanku Muhriz merupakan keturunan langsung daripada salasilah lebih 200 tahun keturunan Raja
Lenggang dan juga Raja Alam Pagaruyung, Sumatera. Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Jan
1948. Baginda merupakan satu-satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul
Rahman dengan Tunku Ampuan Durah Tuanku Besar Burhanuddin.
Baginda dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Laksamana (kedudukan kedua di antara Putera
Yang Empat) pada tahun 1960 dan Tunku Besar Seri Menanti (kedudukan tertinggi di antara Putera
Yang Empat) pada tahun1961. Baginda kekal memegang gelaran itu selama 47 tahun. Dibesarkan
di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad
Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin serta Sekolah Menengah King George V, di
Seremban.

BELAJAR UNDANG-UNDANG

Tuanku Muhriz meneruskan pelajaran di Aldenhem School, United Kingdom ke peringkat O-
Levels dan A-Leves. Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di
University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan LLB pada tahun 1970.
Sekembali ke Malaysia, baginda memulakan kerjaya dalam pelbagai bidang termasuk bekerja di
bank, syarikat kewangan dan pengiklanan. Tuanku Muhriz banyak menyumbang kepada badan-
badan kebajikan terutama dalam meningkatkan peluang pendidikan dengan menjadi anggota
lembaga pengarah sebuah syarikat senaraian awam dan beberapa syarikat yang mempunyai
kepentingan di luar negara yang beroperasi di Malaysia. Sebelum dilantik sebagai Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan yangke-11, baginda merupakan anggota lembaga pengarah sebuah
bank.Tuanku Muhriz melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Aishah Rohani pada 25 April
1974 dengan mengadakan istiadat di Istana Maziah KualaTerengganu, Istana Lama Seri Menanti
dan Istana Munarah Seremban. Pasangan Diraja itu mempunyai tiga orang putera -- Tunku Besar
Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-
Amin.

3) Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara.

Kebiasaannya kedaulatan seseorang raja tersebut telah dipilih melalui dari nasab keturunan,
kewibawaan, kepimpinan dan tanggungjawab bahkan dilengkapkan dengan alat-alat kebesaran
yang diwarisi secara turun-temurun agar pemimpin menjadi yang terbaik kepada rakyat.
Kesan peristiwa tersebut kepada diri ialah kita sebagai rakyat memberi penghormatan dan
menimbulkan kebanggaan bagi raja sehingga ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Dari segi masyarakat, peristiwa ini mengukuhkan kesetiaan masyarakat Malaysia terhadap sistem
yang telah lama diamalkan, yaitu sistem yang menunjukkan bagaimana rakyat mengangkat tinggi
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong juga harus dilihat
sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat, bertanggung jawab terhadap
kegemilangan negara dan kedaulatan rakyat. Selain itu, harapan baru bagi negara untuk
memperoleh kejayaan dan keberhasilan yang lebih baik dari pada tahun-tahun sebelumnya.
Pertabalan juga merupakan nilai yang sangat penting karena raja merupakan contoh dari negara
Malaysia itu sendiri.

4) Sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan.

Istiadat Pertabalan amat penting kerana ianya merupakan satu istiadat Melafazkan Sumpah
Jawatan dan Istiadat Menandatangani Surat Pengisytiharan bagi seseorang raja yang dilantik
dirinya menjadi Yang di Pertuan Agong. Ianya perlu dipertahankan agar generasi akan datang
mengenal lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini. Selain itu, adat ini
menunjukkan adat yang dikaitkan dengan ketertiban, bersopan-santun dan berbudi-pekerti itu juga
boleh menunjukkan jati diri seseorang.

5) Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja.

Pada generasi pada hari ini, globalisasi telah berubah dengan adanya kemajuan dan media sosial
yang menyebabkan kebudayaan dan moral manusia semakin berkurang. Jadi dengan adanya
kemajuan yang tersedia kita perlulah digunakannya dengan betul. Bagi mempertahankan institusi
raja, kita perlu menggunakan media sosial untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan situasi
semasa tentang institusi raja agar ianya tidak ketiggalan zaman dan diketahui oleh rakyat. Institusi
raja mempunyai contoh yang baik bagu rakyat seperti sopan-santun, berlemah-lembut dan
sebagainya bagi rakyat mencontohi dan meningkatkan moral.

Kesimpulan
1) Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.

Daripada kajian ini, saya telah mempelajari bahawa adat pertabalan raja adalah sangat penting bukan
sahaja untuk rujukan dan renungan generasi masa kini, bahkan juga kepada generasi akan datang. Topik
ini sekaligus akan mengingatkan kita untuk mengimbau Kembali kepada pertabalan kedaulatan seorang
raja pada suatu masa dahulu yang boleh diambil ikhtibar bersama untuk genarasi sekarang dan genarasi
akan datang. Oleh yang demikian, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab perlu terus mengukuhkan
pertabalan raja yang ada di Malaysia agar ia kekal padu dan berpanjangan.

2) Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.

Di dalam topik ini kita mempunyai pelbagai nilai murni yang baik dan memberi contoh kepada
mereka dengan sifat pemimpin, sesuatu masyarakat dan sesebuah negara. Antara nilai murni yang
kita dapat ialah nilai murni prihatin, hormat, keadilan, hemah tinggi, da berdikari. Kita mestilah
melahirkan masyarakat yang bersatu padu untuk mengukuhkan institusi raja. Selain itu, kita
mestilah melahirkan masyarakat bermoral yang patuh kepada agama. Kita juga mestilah melahirkan
masyarakat matang yang berfikir secara rational. Akhir sekali, kita mestilah melahirkan masyarakat
bertanggungjawab yang prihatin.

3. Harapan daripada peristiwa pertabalan untuk masa depan negara.

Saya mengharapakan peristiwa pertabalan pada masa hadapan tidak ketinggalan zaman dan
ditinggalkan, Selain itu, rakyat perlu Bersatu-padu pertahankan istiadat dan sentiasa bersyukur
dengan adanya pelbagai generasi dan gunakanlah untuk sebaiknya demi negara.

RUJUKAN
1) Melayari internet

- https://perlisroyalty.perlis.gov.my/index.php/ms/raja-kita/dymm-tuanku-syed-sirajuddin/2015-
11-05-08-44-09
- https://www.bing.com/search?q=kronologi+Istiadat+Pertabalan+Diraja+Negeri+Sembilan
- https://prezi.com/kcagc9vs4dqi/majlis-adat-istiadat-diraja/
- https://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/03/pengertian-adat-dan-istiadat.html

- https://prezi.com/r-behfnph2vh/adat-istiadat-
diraja/?frame=699111c33e7dda14c0c541576ba6696deac4d3f4

2) Buku ilmiah
- Buku teks sejarah tingkatan 2


Click to View FlipBook Version