2023 PERATURAN BOLA JARING TERKINI
Isi Kandungan • Asas Peraturan Bola Jaring • Undang-undang asas bola jaring • Tempoh masa permainan bola jaring o Masa tambahan bola jaring • Pemain dan Posisi bola jaring o Senarai posisi pemain bola jaring • Penalti o Lontaran Percuma o Memegang bola o Gerakan kaki o Menerima bola o Kawasan bola o Off side • Lontaran penalti o Melanggar o Menghalang o Penalti gol • Akhir kata
Bola jaring adalah salah satu sukan yang sinonim dengan kaum wanita Malaysia. Untuk bermain bola jaring anda terlebih dahulu perlu untuk mengetahui peraturan bola jaring terkini yang wajib dipatuhi. Untuk pengetahuan semua, bola jaring adalah sukan yang mempunyai banyak rule atau peraturan yang wajib dipatuhi sepanjang perlawanan. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa peraturan bola jaring yang anda wajib tahu. Rule bola jaring ini adalah yang paling terkini dan terbaru. Asas Peraturan Bola Jaring Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan boleh dua pasukan yang setiap satu pasukan terdiri daripada tujuh. Pengiraan mata sukan ini adalah dikira berdasarkan jumlah jaringan bola yang paling banyak akan menang. Hanya posisi pemain Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja yang boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan. Undang-undang asas bola jaring • Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa disentuh atau diambil oleh pemain • Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau memusingkan tapak kaki apabila sedang memegang bola • Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada pasukan lawan. • Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilirgilir selepas jaringan gol • Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil • Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku perlawanan • Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang dibenarkan • Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang memegang bola • Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika memegang bola samada sengaja atau tidak. Tempoh masa permainan bola jaring Bagi permainan bola jaring terkini, masa permainan ialah terbahagi kepada 4 suku masa. Setiap suku masa mempunyai 15 minit permainan. Setiap suku mempunyai masa rehat 4 minit antara suku 1 ke 2 dan suku
3 ke 4. Manakala bagi suku 2 ke 3 adalah dikira separuh masa dan diberi masa rehat selamat 12 minit. Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki suku baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa permainan sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan penalti pas di dalam bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat setelah pemain tersebut selesai melakukan penalti pas. Masa tambahan bola jaring Di dalam sesetengah perlawanan bola jaring, pengadil berkemungkinan akan memberikan masa permainan tambahan jika kedudukan mata seri selepas tamat masa permainan sebenar. Masa tambahan ini diberikan untuk menentukan pasukan yang lebih banyak jaringan mata dikira sebagai pemenang. Masa tambahan ini mengandungi 2 suku tambahan, setiap suku mempunyai 7 minit dan diselang dengan rehat selama 1 minit. Kedua-dua pasukan akan menukar gelanggang setiap kali masuk suku tambahan. Pemain dan Posisi bola jaring Di dalam sukan bola jaring, setiap pemain mempunyai posisi masingmasing, setiap posisi ini mempunyai kawasan yang berbeza di atas gelanggang bola jaring. Kami akan kongsikan di dalam slot ini. Sepanjang permainan setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 atau maksima 7 pemain di atas gelanggang. Setiap pasukan wajib mempunyai seorang ketua/kapten. • Jika salah satu pasukan tidak mempunyai minima 5 pemain di atas gelanggang, pengadil akan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. • Jika salah satu pemain mempunyai lebih dari maksima 7 pemain di atas gelanggang, pemain yang lebih perlu keluar dari gelanggang.
Senarai posisi pemain bola jaring • Goal Shooter (GS) • Goal Attack (GA) • Wing Attack (WA) • Centre (C) • Wing Defence (WD) • Goal Defence (GD) • Goal Keeper (GK) Setiap pemain mempunyai posisi masing-masing di dalam gelanggang. Posisi seperti di bawah: Penalti Di dalam cara bermain bola jaring, terdapat beberapa kesalah yang boleh dikenakan penalti. Terdapat 2 jenis penalti bola jaring iaitu: 1)Lontaran Percuma Lontaran percuma ini diberikan apabila berlakunya kesalahan kecil. Apabila pengadil melihat berlakunya kesalahan kecil maka pasukan lawan akan diberikan lontaran percuma. Antara kesalahannya adalah:
2)Memegang bola Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya mempunyai masa 3 saat untuk melakukan hantaran ke pemain seterusnya. Jika lebih dari 3 saat, pengadil akan meniup wisel dan memberikan lontaran kepada pasukan lawan. 3)Gerakan kaki Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya dibenarkan untuk membuat satu langkah sahaja. Jika semasa mendapat bola kaki kiri menjejak gelanggang, maka hanya satu langkah kaki kanan sahaja dibenarkan. Jika kedua-dua kaki berada di atas gelanggang semasa memegang bola, selangkah dibenarkan untuk mana-mana belah kaki. 4)Menerima bola Seorang pemain hanya boleh memberikan/melantunkan bola yang sedang dipegang kepada pemain lain sahaja. Pemain tidak dibenarkan untuk mengambil semula bola yang dilepaskan dari penggangan tangan. Jika berlaku, bola perlu terlebih dahulu diambil oleh pemain lain barulah boleh menerima semula bola tersebut. 5)Kawasan bola Bola yang dihantar lebih daripada satu pertiga dari kawasan permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain adalah satu kesalahan, pengadil akan meniup wisel dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan. 6)Off side Setiap pemain mempunyai posisi dan kawasan bergerak masing-masing di dalam gelanggang. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan selain dari kawasan posisinya. Jika pemain memasuki kawasan yang bukan sepatutnya, ini adalah satu kesalahan dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.
Lontaran penalti Lontaran penalti ini akan diberikan apabila berlakunya kesalahan seperti bermain secara kasar, mengganggu pemain lawan serta beberapa lagi yang dikenal pasti oleh pengadil. Kesalahan ini boleh dilihat apabila pengadil akan mengarahkan pemain untuk berdiri di sebelah pemain lawan yang memperoleh lontaran penalti. Pemain yang melakukan kesalahan ini hanya boleh bergerak apabila lontaran penalti dilakukan. Antara kesalahn yang sering dilakukan adalah: 1)Melanggar Dalam permainan bola jaring, setiap pemain dilarang melanggar pemain lain samada sengaja ataupun tidak sengaja. Pengadil akan melihat dan membuat keputusan samada untuk memberikan lontaran penalti ataupun tidak. 2)Menghalang Setiap pemain tidak dibenarkan untuk menyentuh ataupun mengambil bola yang sedang dipegang boleh pemain lain. Setiap pemain hanya boleh melakukan halangan minima jarak 3 kaki daripada pemain yang memegang bola. 3)Penalti gol Jika kesalahan seperti melanggar atau menghalang dilakukan di dalam bulatan gol, pasukan lawan akan diberikan lontaran terus ke jaring gol. Lontaran ini dilakukan tanpa halangan daripada pemain pasukan lawan. Akhir kata Jika dinilai secara terpeinci, terdapat beberapa lagi paraturan bola jaring yang tidak dinyatakan di atas. Ini kerana point-point peraturan di atas adalah antara yang paling penting dan kerap berlaku di dalam permainan bola jaring. Diharap dengan serba sedikit info ini membantu anda untuk lebih dalam peraturan bola jaring.
Posisi Bola Jaring Terkini peraturan / By bola jaring terkini
Isi Kandungan • Goal Shooter (GS) • Goal Attack (GA) • Wing Attack (WA) • Centre (C) • Wing Defence (WD) • Goal Defence (GD) • Goal Keeper (GK) • Akhir kata
Jika anda baru kali pertama menyaksikan perlawanan bola jaring sudah semestinya anda tertanya-tanya apakah maksud posisi yang terdapat di setiap baju para-para pemain bola jaring. Malah bagi yang baru hendak belajar pasti agak keliru dalam mengenal pasti posisi dan peranan pemain-pemain bola jaring. Oleh sebab itu di dalam artikel kali ini kami kongsikan huraian posisi bola jaring serta peranannya. Goal Shooter (GS) Posisi goal shooter (GS) ini adalah untuk menjaringkan gol. Pemain yang berada pada posisi ini mestilah mahir dalam membuat jaringan gol. Bagi posisi ini kebiasaannya pemain yang mempunyai kelebihan ketinggian menjadi keutamaan kerana mudah untuk melontar bola ke jaring. Goal Attack (GA) Goal Attack (GA) ini adalah posisi yang mempunyai banyak ruang selepas Goal Defence (GD) dan Centre (C). Namun begitu, posisi GA ini selalu bersama di dalam bulatan gol bersama-sama Goal Shooter (GS) untuk membantu memudahkan membuat jaringan bola ke jaring. Posisi ini juga boleh membuat jaringan gol seperti GS. Wing Attack (WA) Posisi Wing Attack (WA) ini adalah bertindak sebagai penyerang sayap di atas gelanggang. Tugas utama pemain ini adalah mendapatkan bola untuk dibawa hingga sampai bulatan gol pihak lawan. Pemain yang lincah dan tangkas sangat sesuai untuk bermain di posisi penyerang sayap ini kerana memerlukan ketangkasan untuk merampas bola dari pihak lawan. Centre (C) Posisi Centre (C) adalah posisi yang paling advance kerana mempunyai ruang hampir ke seluruh gelanggang kecuali bulatan gol sahaja. Posisi ini juga bertanggung jawab untuk memulakan balingan bola permainan di tengah gelanggang. Pemain yang sesuai untuk posisi ini adalah pemain yang mempunyai stamina yang tinggi kerana boleh berlari hampir ke semua sudut gelanggang.
Wing Defence (WD) Wing Defence (WD) ataupun boleh dipanggil sebagai pertahanan sayap di atas gelanggang. Peranan utama posisi WD ini adalah untuk menghalang pergerakan dan membuat pintasan bola daripada Wing Attack (WA) pasukan lawan. Posisi ini juga boleh bertindak untuk menghantar bola ke bahagian gelanggang lawan. Sudah semestinya pemain yang lincah dan tangkas sangat sesuai untuk mengisi posisi ini. Goal Defence (GD) Goal Defence (GD) ataupun pertahanan gol berperanan untuk mengawal dan membuat pintasan bola daripada pemain Goal Attack (GA) pasukan lawan. Posisi ini penting sebagai penjaga di bahagian dalam gelanggang sendiri pasukan. Goal Keeper (GK) Goal Keeper (GK) adalah posisi dimana pemain perlu menahan serangan dari Goal Shooter (GS) atau Goal Attack (GA) daripada membuat jaringan gol di dalam bulatan gol. Pemain yang mempunyai kelebihan ketinggian diperlukan di posisi ini kerana memudahkan untuk membuat kawalan di tiang jaring gol. Akhir kata Setiap posisi boleh jaring ini mempunyai beberapa peranan yang berbeza, oleh itu, dalam menentukan posisi pemain perlulah menilai dari segi ketinggian, stamina, dan kecergasan pemain bola jaring pasukan anda. Diharap dengan info ini menjadikan anda lebih jelas dan pakar dalam menyusun atur pasukan bola jaring anda.