Disediakan oleh : [email protected] KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) KG.TAJAU, 89208 TUARAN KERTAS CADANGAN MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN KAFA KG.TAJAU TARIKH : 16 FEB 2023
Disediakan oleh : [email protected] PROGRAM PENDIDIKAN KAFA KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA)KG.TAJAU 1.0 PENGENALAN Projek baikpulih bangunan KAFA Kg. Tajau telah mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kos sebanyak RM114.800 dan telah siap sepenuhnya pada Feb 2023. Projek baikpulih bangunan ini dibuat bagi menyediakan kemudahan kepada Murid KAFA dan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti dengan lebih berkesan. 2.0 RASIONAL Cadangan majlis ini ibuat adalah untuk melahirkan rasa syukur warga KAFA Kg.Tajau dengan kemudahan bagunan yang telah dibaikpulih disamping menyampaikan penghargaan kepada pihak yang terlibat. 3.0 OBJEKTIF Menyediakan satu majlis untuk: 1. Memaklumkan kepada warga KAFA Kg.Tajau, ibu bapa serta masyarakat tentang wujudnya bangunan KAFA di Kampung Tajau. 2. Membuktikan kepada masyarakat luar KAFA Kg.Tajau semakin maju ke hadapan dalam memberikan Pendidikan yang sempurna kepada murid-murid KAFA. 3. Melahirkan perasaan bangga dan bersyukur warga KAFA Kg.Tajau dengan kemudahan bangunan baru yang telah disediakan. 4. Mengeratkan tali silaturahim dan muhibah sesama warga KAFA Kg.Tajau. 5. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga KAFA Kg.Tajau dalam melaksanakan sesuatu program. Aspek-aspek yang dinyatakan di atas amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi Pendidikan selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan dan pelan induk pembangunan Pendidikan 2013- 2025. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Perasmi Cadangan perasmian disempurnakan oleh: Datuk Haji Norjeli Bin Hj. Dais Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. 4.2 Penolong Pengarah Unit KAFA Ust. Saiful Mukharrom Bin Tahrir 4.3 Pengerusi KAFA Daerah Tuaran & Tamparuli Tn. Roslani Bin Abdullah 4.4 Penyelia KAFA Daerah Tuaran
Disediakan oleh : [email protected] Ust. Hamsah Bin Sulaimana 4.5 Pengerusi Masjid Kg. Tajau 4.6 Pengurus Pusat Giatmara Tuaran 4.7 Imam Kariah Kg. Tajau 4.8 Ketua Kampung, Kg. Tajau 4.9 Kontraktor 4.10 Ajk KAFA Kg. Tajau 4.11 Ibubapa yang berkelapangan 5.0 CADANGAN PENGISIAN PROGRAM 5.1 Tarikh cadangan : 16 Feb 2023 5.2 Tempat : KAFA Kg. Tajau 5.3 Aturcara Malis : ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KAFA KG.TAJAU 1.30 – 2.00 Petang 2.00 – 2.10 Petang - Ketibaan Para Jemputan - Bacaan Doa - Ucapan Alu-Aluan Pengerusi KAFA Kg. Tajau - Ucapan Perasmian - Penyerahan Kunci Dan Penerimaan Moq Voucher Diantara Pengarah Jakim Dan Kontraktor - Upacara Menandatangani Plak Perasmian - Sesi Bergambar - Jamuan Ringan - Majlis Selesai 5.4 Ahli Jawatankuasa/Urusetia Majlis 5.4.1 Ahli Jawatankuasa Induk 5.4.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA NAMA TUGAS Floor Manager Ustzh. Rattie Memastikan perjalanan sebelum dan semasa majlis berjalan dengan lancar JK Jemputan Ustzh. Fatimah Az-Zahra Menyediakan surat dan kad jemputan kepada 1. Perasmi 2. Penolong Pengarah Unit KAFA 3. Pengerusi KAFA Daerah Tuaran & Tamparuli 4. Penyelia KAFA Daerah Tuaran 5. Pengerusi Masjid Kg. Tajau 6. Pengurus Pusat Giatmara Tuaran 7. Imam Kariah Kg. Tajau 8. Kontraktor 9. Ajk KAFA Kg. Tajau 10. Ibubapa yang berkelapangan JK Sambutan & Protokol AJK KAFA Kg.Tajau Menyambut kehadiran tetamu Mempastikan tempat duduk tetamu
Disediakan oleh : [email protected] 5.5 Senarai peralatan yang diperlukan untuk Majlis Perasmian Bangunan KAFA Kg. Tajau Peralatan Yang Diperlukan Untuk Majlis Perasmian Bangunan Kafa Kg.Tajau BIL PERKARA KUANTITI 01 Tray / Dulang Untuk Meletak Cenderamata 1 02 Banner 1 03 Kerusi Utk VIP 04 Kerusi Plastik 05 Coffee Table 06 Alas Meja VVIP 07 Bunga Hiasan Atas Meja VIP 08 Mineral Water Atas Meja VIP Diikat Dengan Sedikit Riben 09 Gelas Untuk Air Mineral VIP 10 Set Cawan Untuk Minuman Panas VIP 11 Rostrum 1 12 Microfone 13 PA Sistem 14 Ribbon Dan Ballon 15 Bunga Manggar / Bunga Hiasan Dewan JK Dokumentasi Ustzh. Fatimah Az-Zahra Menyediakan dokumentasi 3 salinan 1. Pengarah 2. PPK 3. Penyelia JK Kebersihan Memastikan tempat bersih sebelum, semasa dan selepas majlis JK Buku Program Ustzh. Fatimah Az-Zahra Menyediakan buku Program. Buku program untuk tetamu-tetamu kehormat perlulah berwarna. JK Cenderahati / Gimik Perasmian Pn. Noraini Binti Hj. Jaat Menyediakan plak untuk perasmian Menyediakan cenderamata untuk perasmi. Menyediakan keperluan semasa perasmian dan penyampian cenderamata JK Peralatan, Persiapan Pentas & Tempat Menyediakan persiapan pentas, backdrop dan susunan kerusi. Memastikan segala peralatan yang digunakan disimpan dengan baik. JK Persembahan Menyediakan persembahan JK PA Sistem/LCD/ Multimedia Ust. Lokman Menyediakan berkaitan muzik, system bunyi atau tayangan. Pengacara Majlis Samsul Bin Albeh Menyediakan teks pengacara majlis mengikut aturcara yang ditetapkan. Sentiasa mengikuti perjalanan majlis Bersama “floor manager” Bacaan Doa Menyediakan teks untuk bacaan doa. JK Jamuan Pn. Nurijah Binti Tuagh Pn. Roslinda Roslan Menentukan menu dan kuantiti yang perlu Disediakan. Penyediaan bilik/ruang jamuan Jurugambar Merakamkan gambar-gambar mengikut aturcara yang dinyatakan. Letak dalam CD /Video JK Keceriaan & Pameran Ustzh. Rattie Ustzh. Fatimah Az-Zahra Ust. Lokman Memastikan ruangan kelas kelihatan ceria dan dilengkapi dengan pameran aktiviti anak-anak kafa/ AJK KAFA dan lain-lain.
Disediakan oleh : [email protected] 16 Gunting 17 Pen Untuk Menandatangani Plak 18 Cenderamata /Hamper Buah 19 Plastik Sampah 6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN 6.1 Pembentangan Kertas Kerja 6.2 Pembentukan Jawatankuasa Kerja 6.3 Pengagihan Tugas 6.4 Tindakan 6.5 Perlaksanaan 6.6 Penilaian Dan Penambah Baikan Majlis 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran Perbelanjaan Majlis BIL PERKARA HARGA KUANTITI AMAUN 1 Cenderamata Perasmi RM 50 1SET RM 50 2 Plak Perasmian RM 200 1PCS RM 200 3 Banner RM 100 1PCS RM 100 4 Jamuan Perasmi,Vvip,Tetamu Jemputan RM 10 50 PAX RM 500 5 Buku Program RM 30 6 Persediaan Pentas / Tempat RM 50 7 Lain-Lain RM 100 JUMLAH PERBELANJAAN RM 1030 Sumber perbelanjaan : 1. Sumbangan AJK 2. Sumbangan Luar 3. Sumbangan Guru / Ibubapa 8.0 PENUTUP Adalah menjadi harapan agar majlis ini akan dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan. Keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan diharapkan dapat merealisasikan majlis yang bakal mengukir suatu lagi sejarah perkembangan Pendidikan KAFA di Kg. Tajau. Semua warga KAFA Kg. Tajau memain peranan dalam meningkatkan kualiti sistem Pendidikan negara yang akan menyemai benih kejayaan anak-anak KAFA yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan bagi menjayakan majlis ini.