BUKU PANDUAN
KESELAMATAN DI
RUMAH
By NORMASDIANA BT SHAHRUL AFENDI
PENGENALAN
◦ Rumah tidak lari dari mempunyai pelbagai
risiko yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada penghuninya sama ada di dalam
atau di luar rumah
◦ Mencegah kecederaan biasanya
memerlukan penglibatan pelbagai displin
dan pendekatan
◦ Kanak-kanak kurang daripada 14 tahun dan
juga warga tua yang melebihi 65 tahun
merupakan golongan yang paling ramai
mengalami kecederaan dirumah
PERKARA YANG MENJEJASKAN
KESELAMATAN KANAK-KANAK
◦ Kanak-kanak – bucu dan juga bahagian tepi perabot
,alat pertukangan,peralatan rumah dan juga alat
permainan
◦ Jatuh daripada perabot ,basikal dan tempat tinggi ke
atas permukaan atau lantai yang keras serta
tercekik,lemas dan keracunan
◦ Warga tua – penyebab utama kecederaan yang
berlaku adalah akibat terjatuh yang akan membawa
kepada patah tulang dan pada wanita yang berumur
diburukkan lagi oleh masalah osteoporosis
◦ Dapur merupakan kawasan yang paling kerap dimana
berlakunya kecederaan
◦ Bagi kecederaan di dalam rumah peratusnya
adalah lebih tinggi berbanding dengan kejadian di
luar rumah
FAKTOR YANG MENYEBABKAN
BERLAKU KECUAIAN DI RUMAH
◦ FAKTOR KEMANUSIAAN -
◦ Kecuaian yang menyebabkan kurang
memberi tumpuan kepada anak-anak
◦ Kurang berpengetahuan tentang panduan
keselamatan di rumah
◦ Sikap tidak ambil tahu mengenai sesuatu
yang diperlukan dalam melaksanakan
arahan yang betul
◦ Tidak menyusun atur barangan yang tajam di
tempat yang sesuai
TIPS MENYIMPAN BARANG DI
TEMPAT YANG SELAMAT
◦ Bahan-bahan tajam seperti alat dapur seperti
pisau,parang dan lain-lain perlu diletakkan pada
ketinggian yang sukar untuk digapai oleh kanak-kanak
◦ Alat-alat jahitan seperti gunting,pin tudung kerongsang
perlulah diletakkan di dalam bilik dan tidak mampu
dicapai oleh anak-anak seperti rak penyimpan
◦ Perabot di rumah pula sebaik-baik nya tidak
mempunyai bucu tajam ,kaca yang mudah pecah atau
reka bentuk yang boleh mencederakan
◦ Alat-alat pembaiki seperti screw driver perlu disimpan
didalam kotak khas bagi peralatan tersebut iaitu ( tool
box )
PUNCA-PUNCA KEMALANGAN
DI RUMAH
◦ BILIK TIDUR – periksa benda-benda yang terdapat di
atas katil seperti bantal dan selimut ini dapat
mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak
◦ Bili tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti
televisyen perlu diberi perhatian
◦ BILIK MANDI – awasi anak anda semasa mandi di
dalam tab mandi atau mengunakan air di dalam baldi
◦ Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh
menyebabkan seseorang terjatuh
◦ TANGGA – Ini merupakan lubuk yang bahaya di dalam
rumah bertingkat
◦ Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat
permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan
terjatuh
PUNCA-PUNCA KEMALANGAN
DI RUMAH
◦ DAPUR – bahagian ini yang selalu menyebabkan
berlakunya kecederaan yang berpunca dari peralatan
dalam dapur
◦ Minyak masak yang panas ,air mendidih,kuali panas,
rempah dan juga pisau boleh mewujudkan
persekitaran yang sangat berbahaya kepada kanak-
kanak
◦ LAMAN RUMAH – Di samping menghadapi bahaya-
bahaya semula jadi seperti ular , lipan dan juga
serangga berbisa kanak-kanak juga terdedah kepada
bahaya buatan manusia seperti bahan kimia
baja,racun,serangga dan juga peralatan berkebun
◦ BILIK STOR DAN GARAJ – terdapat barang-barang
berbahaya yang disimpan disini seperti bahan kimia
dan juga alatan pertukangan adalah barang yang
paling kerap boleh mendatangkan kecederaan
PENCEGAHAN KEMALANGAN DI
RUMAH
◦ BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK – memasang pagar
keselamatan pada tangga
◦ Elakkan penggunaan walker yang beroda
◦ Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan
baru seperti merangkak ,memanjat dan lain-lain
◦ Pada peringkat umur tertentu kanak-kanak cenderung untuk
memanjat dan jangan letakkan barang yang boleh dipanjat
berhampiran dengan tingkap serta awasi sepenuhnya aktiviti
yang mereka lakukan
◦ Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat yang
selamat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
◦ Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat dan
pastikan benda-benda tersebut tidak bersepah di lantai
KATA
PENGHARGAAN
SEKIAN TERIMA KASIH
SAYA UCAPKAN KEPADA
ENCIK EMIR AZREEN BIN
ROSLIN DI ATAS TUNJUK
AJAR YANG BELIAU
BERIKAN KEPADA SAYA
DAN SENTIASA MEMBERI
PELUANG UNTUK
BERJAYA DI DUNIA INI