The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwani.sris, 2021-05-27 09:37:52

Rakan Baik Saya

Penulisan Bahagian C

Keywords: Karangan Biografi

Rakan Baik Saya




Bina satu karangan biografi tentang
sahabat karib anda.

Pendahuluan :

• nama - umur - tarikh lahir - tempat
lahir

Isi-isi penting :

• di mana sambung belajar
• cita-cita
• sifat

Penutup

• disayangi warga sekolah - baik hati -
ringan tulang

Contoh Karangan

Saya mempunyai seorang rakan baik yang bernama Natasha
Adha binti Mohd Fazlee. Dia berumur 26 tahun dan
dilahirkan di Hospital Kuala Pilah pada 10 Mei 1995.

Rakan saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Paroi. Kemudia dia menyambung pelajarannya
ke SMK Dato’ Sheikh Ahmad selama lima tahun. Rakan
saya sedang menyambung pelajaran di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia di peringkat Sarjana Muda.

Rakan saya seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin
menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti. Dia ingin
menjadi seorang pensyarah kerana dia berazam untuk
mendidik anak bangsa.

Sifat yang paling saya suka pada dirinya ialah dia
seorang yang baik hati, pemurah dan penyayang. Apabila
lama tidak berjumpa, dia selalu membawa buah tangan
untuk saya. Rakan saya selalu memberi nasihat agar saya
bersungguh-sungguh dalam kehidupan.

Saya amat menyenangi dan menyayangi rakan saya
kerana sikapnya yang tidak sombong dan ringan tulang
untuk membantu saya tidak kira dalam kehidupan harian
mahupun akademik. Saya senang mendampinginya dan
ingin terus menjadi rakannya.


Click to View FlipBook Version